05 May 2010

Pendatang haram Yahudi bakar masjid

SEORANG penduduk Palestin begitu sedih melihat masjid yang terbakar di perkampungan Ash-Sharqiya di selatan Nablus, Tebing Barat.



20 Jamadil Awal 1431H.

Tindakan biadab kali kedua dalam tempoh dua minggu

RAMALLAH: Pendatang haram Yahudi disyaki membakar sebuah masjid di utara Tebing Barat sebelum fajar semalam, tindakan kedua mencemar masjid dalam tempoh dua minggu. Masjid itu terletak di Lub-ban ash-Sharqiya kira-kira 10 kilometer selatan Nablus, sebahagian besarnya musnah dalam serangan, kata Datuk Bandar, Jamal Daraghma.

“Penduduk penempatan Yahudi membakar masjid terbabit. Saksi mendengar bunyi kereta mereka berhampiran masjid kira-kira jam 3 pagi dan melihat mereka menerusi tingkap sedang membakar buku di dalamnya,” kata Daraghma kepada AFP, menyatakan sebahagian besar masjid itu hangus terbakar.

Bandar itu terletak berhampiran tiga penempatan Yahudi: Eli, Maaleh Levona dan Shiloh.

Radio Israel berkata tentera Israel sebagai kuasa penceroboh Tebing Barat, membuka satu siasatan terhadap punca kebakaran.

Pada 14 April lalu, sebuah masjid di Huwara berhampiran Nablus dicemari penduduk haram Yahudi yang menconteng patung Yahudi dan Star of David pada dindingnya, kata sumber keselamatan Palestin.

Dua kereta juga dibakar ketika insiden itu, menyebabkan tentera Israel membuka satu siasatan.

Disember lalu, penduduk haram Yahudi merosakkan satu lagi masjid di utara perkampungan Tebing Barat di Yasuf, membakar Al-Quran dan menyembur mesej kebencian dalam tulisan Yahudi. Insiden itu mencetuskan pertempuran di antara penduduk dan tentera Israel. Seorang budak lelaki 17 tahun di penempatan Yahudi berhampiran kemudian ditahan. – AFP

Macam-macam: Saintis cipta alat pengesan daging babi dalam makanan

20 Jamadil Awal 1431H.

ALMATY: Saintis di Kazakhstan memperkenalkan alat ujian segera kehadiran elemen babi di dalam makanan, lapor akhbar tempatan kelmarin, memudahkan penduduk negara majoriti Islam ini mengenalpasti makanan halal.

Kayu penguji plastik yang direka itu berupaya mengesan molekul makanan yang hanya ditemui dalam daging babi, yang mudah ditemui di negara Asia Tengah ini, kata mingguan Megapolis. “Tiada rahsia sesetengah chef menipu dan mencampurkan daging babi dengan daging lembu untuk menjadikan makanan itu lebih murah,” kata akhbar itu kelmarin.

Freedom House: Media Malaysia masih 'tak bebas'

19 Jamadil Awal 1431H.

Malaysia naik dua tangga untuk berada di kedudukan ke-141 dalam kebebasan akhbar yang dibuat oleh Freedom House di kalangan 196 negara.

Bagaimanapun kedudukan terbaru itu masih menyaksikan negara berada di takuk terbawah di kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas.

Menurut kajian yang berpangkalan di Washington DC itu, Malaysia berkongsi tempat dengan Algeria dan Zambia.

Antara sepuluh negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.

Manakala lima negara yang berada di tangga paling bawah ialah Eritrea (pada kedudukan 192), Libya (192), Burma (194), Turkmenistan (194) dan Korea Utara (196).

Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).

Freedom House meletakkan media di Filipina, Indonesia dan Thailand di bawah kategori “sebahagian bebas”.

Freedom House adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.

Malaysiakini/-

Pemuda PAS adalah penyelamat masyarakatnya sendiri

19 Jamadil Awal 1431H.
Muhammad Nuruddin Bashah

Setuju atau tidak, Pemuda PAS adalah seorang anak muda yang memimpin bukan sekadar di dalam ruang parti dan organisasi sahaja malah ia memimpin masyarakat sekitar. Pemuda PAS adalam lambang kepimpinan anak muda walaupun bukan beragama Islam. Inilah yang ditegaskan juga oleh YB Ustaz Firdaus Jaafar dalam perasmian Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini di Air Kuning Taiping.

Allah menegaskan dalam KitabNya berkaitan dua unsur penting pembinaan kekuatan pemuda,

salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah". (Al Qasas : 26)

Kuat bererti sihat jasmani dan kekutan emntal yang tinggi. Amanah adalah substensi yang ada pada rangka yang sihat tadi.

Untuk memacu perjuangan pemuda PAS yang suka untuk saya tulis sebagai Pemuda Islam, pemuda perlu memiliki beberapa ciri yang memastikan mereka menjadi relevan dalam dakwah dan perjuangan politik. Sesungguhya pihak musuh saban hari memikirkan cara untuk memperbesar kes moral para pejuang kebenaran walaupun kes tersebut terlalu lama berlalu. Hal inilah memerlukan persiapan awal pemuda untuk membuat satu grand design untuk diri sendiri dan rentak kerja pemuda. Malah kehendak massa, sossiopolitik hari ini menghendaki pemuda sebagai pewaris kepimpinan negara memiliki ciri kebertanggungjawaban yang tinggi. Ciri ini membawa beberapa ciri tambahan yang memberi makna kepada kepimpinan pemuda seperti karismatik, individu yang berkesan, individu yang futuristik dalam mengamat suasana serta individu sihat yang aktif dalam pelbagai aktiviti.

Massa dan sosial hari ini menghendaki perjuangan Pemuda Islam yang bervisi. Bervisi bukan bermaksud tenggelam dalam kalimah retorik dan slogan sahaja, Visi di sini bermakna pemuda memiliki iktikad, pegangan dan idealisme sama ada idealisme thabat yang kekal (iaitu perjuangan Islam) serta idealisme murunah (perjuangan yang anjal, segar dan kena dengan suasana semasa). Masyarakat hari ini tidak gemar dengan sebarang gerakan pragmatik yang tidak menampilkan idealisme sebenar kerana idealisme juga menjadi faktor konsistensi sesuatu kerja amal. Pragmatik kerana isu atau hanya memainkan isu ‘seronok sendiri’ akan menyebabkan gerakan Pemuda mati dan tidak konsisten sebagai jurubicara umat dan masyarakat dalam negara.

Apabila memikirkan hal ini, suka untuk saya ketengahkan pula permata nasihat dan pedoman yang telah diberikan oleh Al fadhil ustaz Abu Bakar Hussain iaitu Pesuruhjaya PAS Perak dalam Muktamar Pemuda PAS Perak baru-baru ini. Beliau benar-benaar berharap Pemuda PAS bukan sekadar mewakili nama parti da jamaah sebaliknya menjadi payung atas nama pemuda islam iaitu mewakili semua pemuda muslim seluruh negara.

Analogi menarik yang beliau utarakan berkaitan dengan moral dan etika pejuang Islam adalah berkenaan sirah rasulullah SAW dalam menyelesaikan kes perletakan Haajarul Aswad. Sunnah Rasul walapun sebelum mengambil tanggungjawab kerasulan, baginda telah membuktikan betapa integriti dan moral pemuda boleh menjadi satu punca penyelesaian masalah sosial. Malah moral dan kebaikan rasulullah sewaktu muda dan remaja menyebabkan beliau menjadi penyatu kepada beberapa kelompok kaum Quraisy walaupun sewaktu itu mereka bukan menganut Islam atau menjadi pengikut rasulullah.

Dalam konteks hari ini, isu moral dalam berpolitik bukan sekadar memerlukan perhatian kepada perkara mungkar yang jelas sarih dosanya, malah melibatkan juga isu lompat parti yang mempermainkan mandat rakyat kepada para pemimpin tempatan.

Menurut Al fadhil ustaz Abu bakar, kisah penyelesaian kes Hajarul Aswad membawa beberapa feqh (kefahaman) perjuangan untuk para pemuda teliti berhati-hati.

Ketika itu, perbalahan berlaku mengenai siapa yang berhak meletakkan semula batu itu di tempat yang asalnya.

Suatu keputusan diambil, iaitu sesiapa yang ditemui hadir paling awal di masjidil haram untuk bersolat esok paginya, maka orang itulah yang berhak menjadi hakim dalam perbalahan itu. Maka Muhammad al-Amin telah terpilih. Saat itu, Nabi belum lagi diangkat sebagai nabi dan rasul.

Keputusan dibuat. Kain serban Muhammad dihamparkan ke tanah. Keempat-empat bucu serban dipegang oleh empat pemimpin kabilah yang bertelagah tadi. Mereka lalu mengiringi Hajarul Aswad yang diletakkan oleh Muhammad ke dalam serbannya sehingga tiba ke tempat sebenar batu itu. Akhirnya, baginda sendiri yang meletakkan batu itu tempat asalnya. Saat itu, baginda berusia 35 tahun menurut tahun Hijrah.

Antaranya ibrah pertama yang dapat diamati adalah, nabi telah membuktikan bahawa sejak muda lagi Baginda menjadi punca penyelesaian masalah, tempat kebergantungan masyarakat Quraisy sebagai contoh Nabi dijadikan sebagai penjaga amanah barang dan harta mereka serta nabi juga tidak menjadi bebanan kepada sosial pada zamannya.

Pemuda PAS boleh menjadi dominan dan mempamerkan kepimpinan bukan sekadar di dalam kelompok organisasi pemuda da partinya sahaja, malah menjadi pemimpin dan pemandu cara dalam aspek integriti dan moral kepada pemuda dan belia daripada parti lain, NGO, pertubuhan mahupun masyarakat awam.

Rasulullah pada peristiwa hajarul aswab, bukannya seorang pemimpin besar atau ketua satu pertubuhan yang ramai pengikutnya. Baginda adalah minoriti walaupun berasal dari kaum terhormat. Minoriti kerana beliau tidak pernah melatih anak muda lain untuk menyertai baginda sebelum kerasulannya. Jadi apakah ciri yag menyebabkan baginda diminta menyelesaikan kes perkauman tersebut? Ianya disebabkan oleh sikap Amanah. Amanah menjadikan pemuda Islam lebih terurus dan boleh dipercayai untuk menguruskan sesuatu hal. Walaupun pemuda islam di sesuatu tempat bukan majoriti, namun aspek amanah akan menonjolkan diri mereka. Sikap siddiq juga menyebabkan rasul terpilih. Sikap ini penting dalam ilmu politik pemuda islam kerana ia melibatkan perlaksanaan janji dan perancangan. Pemuda Islam akan dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek jika mereka adalah golongan yang buat apa yang dirancang. Sikap ketiga adalah sikap hilmun iaitu sopan santun dalam percakapan baginda.

Ibrah kedua daripada sirah ini ialah bagaimana Rasulullah menampilkan pemikiran kreatif dalam penyelesaian masalah iaitu menggunakan kain serban sebagai wasilah atau medium untuk setiap kaum menunjukkan tanggungjawab terhadap batu suci tersebut. Sikap yang sama perlu diteladani oleh Pemuda Islam hari ini. Kreatif bukan sekadar dikaitkan dengan ciptaan sains sahaja, kreatif dalam penyelesaian masalah, sabar dengan sedikit kerugian untuk mendapat laba yang lebih besar juga adalah salah satu ciri kreatif. Pemuda kreatif adalah pemuda yang optimis dengan ideanya. Malah banyak isu umat Islam seperti isu penindasan mustadhafin di malaysia, peminggiran bahasa Melayu, penindasan terhadap kaum pelarian di Malaysia walaupun memiliki dokumen sah serta banyak lagi boleh dihidangkan kepada masyarakat dengan gaya kreatif atas satu matlamat iaitu masyarakat sedar dan isu diselesaikan.

Ibrah ketiga seperti yang dinyatakan oleh Al fadhil Ustaz ialah politik atau siasah Islam ada di mana-mana. Sekaligus ini membantah politik sekular yang hanya menyempitkan isu politik dalam masjid, di parlimen dan sebagainya. Politik nabi pada saat itu telah menunjukkan baginda bersedia menjadi pemimpin, mengurus dan mentadbir sesiapa dalam suasana pelbagai.

Ibrah yang keempat daripada kisah itu juga adalah bagaimana Pemuda Islam perlu bertindak selaku mughayyir iaitu agen musleh (pengubah sosial) ke arah yang lebih baik. Pemuda PAS yang mewakili pemuda islam seluruh negara perlu memikirkan rencana kerja dan program tetap bulanan dan mingguan untuk menyelesaikan masalah umat. Kemiskinan tegar, masalah kesihatan, pemakanan rakyat, isu gejala sosial, jenayah remaja, alam sekitar dan hak-hak kepenggunaan perlu diperjuangkan kerana ini adalah kerja-kerja agen mughayyir. Inilah kerja Islam.

Pemuda PAS mudah sahaja untuk mendapat kepercayaan sepertimana yang diperolehi oleh baginda walaupun Pemuda itu minoriti dalam segala aspek. Islam tidak pernah mensyaratkan majoriti untuk menampikan Islam dan keindahan syariah.

Muhammad Nuruddin Bashah
AJK Dewan Pemuda PAS Gopeng Perak

Kerajaaan persekutuan gadai 1.9 juta ekar kawasan blok L dan menara M kepada Brunei

19 Jamadil Awal 1431H.
Oleh: Haris Akhlaken

Penyerahan 2 Blok carigali minyak secara sukarela oleh kerajaan Malaysia kepada kerajaan Brunei melalui Surat Pertukaran (Letter of Exchanges) bertarikh 16 Mac 2009 adalah sesuatu yang cukup mengejutkan kerana kerajaan persekutuan tidak pernah membuat sebarang pendedahan ataupun kenyataan rasmi berkenaan penyerahan wilayah negara kepada Brunei Darussalam.

Tindakan kerajaan tersebut hanya diketahui umum selepas Murphy Oil Corporation , sebuah syarikat yang berpengkalan di El Dorado, Arkansas, Amerika Syarikat mengeluarkan laporan dalam laman web syarikat berkenaan bahawa kontrak perkongsian pengeluaran ( production sharing contracts ) bersama Petronas Carigali Sdn Bhd yang melibatkan Blok L dan M yang dianugerahkan oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada tahun 2003 telah dibatalkan. Menurut surat pembatalan bertarikh 7 April 2010, kontrak tersebut dibatalkan oleh Petronas atas sebab Blok L dan M bukan lagi terletak di bawah wilayah Malaysia.

Kenyataan tersebut juga telah disahkan oleh kerajaan Brunei melalui Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng yang menyatakan bahawa penyerahakkan tersebut bukanlah sesuatu yang baru dan Brunei boleh memulakan kerja carigali pada bila-bila masa di Blok L dan M yang juga dikenali sebagai Blok-blok J dan K oleh Brunei.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) mengecam keras tindakan kerajaan Malaysia yang dengan mudah menyerahkan kawasan negara kepada kerajaan asing seolah-olah tindakan tersebut tidak membawa sebarang kesan kepada negara. Penyerahan hak kedaulatan Blok-blok L dan M yang terletak di perairan Sabah-Sarawak merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Tindakan ini juga sesungguhnya mencerminkan kegagalan pentadbiran Negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional dalam soal mempertahankan kedaulatan Negara.

Peristiwa ini sesungguhnya telah mengulangi episod sedih kehilangan Pulau Batu Putih kepada kerajaan Singapura. DPKKG juga menyatakan bahawa Negara bukan sahaja kerugian ratusan billion ringgit melalui tindakan tersebut namun lebih utama telah kehilangan kawasan seluas lebih kurang 1.9 Juta ekar (net acre) kepada kerajaan Brunei. Ini berdasarkan kepada laporan Form-10K dalam Laporan Tahunan 2009 Murphy Oil Corporation yang sehingga kini masih merahsiakan hasil penggalian di Blok L pada tahun 2003. Namun menurut laporan kawasan Blok-blok L dan M mempunyai kandungan minyak dan gas asli benilai lebih RM230 billion.

DPPKG juga turut mengecam kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengalami sebarang kerugian dari tindakan tersebut kerana persetujuan kerajaan Brunei untuk bekerjasama dengan Malaysia membangunkan kawasan berkenaan. DPPKG berpendirian kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan seolah-olah meletakkan soal keuntungan lebih utama berbanding dengan kedaulatan Negara.

DPPKG juga turut mempersoalkan rasional tindakan tersebut yang disifatkan sebagai situasi ‘menang-menang’ oleh Perdana Menteri. Apakah erti kemenangan jika kedaulatan Negara tergadai hanya kerana Petronas diberikan hak bekerjasama dengan kerajaan Brunei membangunkan kawasan tersebut selama 40 tahun tetapi kehilangan hak kepada kawasan tersebut buat selama-lamanya? Hakikat ini lebih kepada situasi “menang sorak kampung tergadai”!

DPPKG juga mahukan kerajaan persekutuan memberikan jawapan kepada rakyat berkenaan laporan bahawa persetujuan untuk menyerahkan Blok-blok L dan M sebagai timbal balas terhadap persetujuan kerajaan Brunei untuk menggugurkan tuntutan ke atas daerah Limbang. Sedangkan sehingga ke hari ini, kerajaan Brunei masih lagi mengekalkan status quo terhadap tuntutan mereka dan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei melalui Brunei Times bahawa rundingan pemetaan sempadan antara Brunei dan Malaysia belum lagi bermula.

DPPKG berpendirian tindakan kerajaan pusat menyerahkan Blok-blok L dan M yang terletak di wilayah Sabah dan Sarawak sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Jumlah royalti yang bernilai puluhan billion yang sepatutnya diterima oleh rakyat Sabah dan Sarawak melalui Petronas punah dengan sendirinya dengan pembatalan kontrak perkongsian tersebut. DPPKG dengan ini menuntut agar kerajaan persekutuan membayar balik kerugian yang ditanggung oleh rakyat Sabah dan Sarawak hasil tindakan kerajaan menyerahkan kawasan berkenaan kepada Negara Brunei.

DPPKG menggesa agar rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan pusat dan berharap pengundi di Parlimen Sibu memberikan isyarat jelas kepada kerajaan BN pada pilihanraya kecil yang akan datang.

DPPKG juga menyeru agar semua pihak, tanpa mengira latar politik, badan-badan bukan kerajaan, dan individu-individu menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan BN yang menggadaikan kedaulatan Negara hanya atas dasar kepentingan ekonomi. Marilah sama-sama kita berdoa, agar kecurangan dan pengkhianatan kerajaan BN kepada Negara yang tercinta ini akan segera berakhir.

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng.

Apa kewajaran Kerajaan Perak bersetuju sumbang RM 50,000 kepada setiap Bahagaian MCA.


Menteri Besar Perak menerima kunjungan Presiden MCA, Chua Soi Lek di Ipoh KelMarin/Gambar Sinar Harian 4 Mei/-


Sehubungan dengan tersiar nya berita dan gambar dalam akhbar Sinar Harian edisi hari ini 4 Mei, dengan tajuk "kunjungan" seperti yang saya siarkan semula diatas, saya suka mempersoalkan beberapa perkara seperti di bawah :-

1.Apakah kewajaran sebuah kerajaan menyumbang wang dari dana kerajaan atau dengan nama lain adalah wang rakyat untuk disumbangkan kepada sebuah parti politik. Seperti yang dilaporkan dimana dikatakan Kerajaan negeri perak bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM 50,000 pada tahun ini kepada setiap bahagian MCA di negeri Perak.

2. Tidakkah Zambry tahu bahawa antara kerajaan dengan parti adalah sesuatu yang berbeza dan salah sekiranya wang kerajaan yang menjadi milik semua rakyat termasuk bagi yang tidak berparti disumbangkan untuk sesuatu parti politik.

3.Dalam hal ini ianya juga membuka peluang bahawa parti politik yang lain juga perlu disumbangkan kepada semua komponen BN yang lain dan ianya membawa kepada suasana pengurusan wang kerajaan yang lebih parah dan tidak mematuhi peraturan.

4. Sekiranya sumbangan sebanyak itu untuk satu bahagian MCA dan meliputi 24 Bahagian MCA di Perak, berarti sebanyak RM 1.2 Juta diperlukan untuk tujuan itu.

5. Jumlah yang sebanyak itu kalau diambil kira untuk satu komponen BN di Perak dan merupakan satu jumlah yang besar dan saya mempersoalkan dari manakan peruntukan itu diambil dan pada jumlah Bajet mana yang diluluskan seperti yang dibentang dalam "Bajet Mee Segera" yang cuma memerlukan masa 20 minit dengan dikendalikan oleh Speaker HaraM Ganesan pada tahun lepas.

6. Pakatan Rakyat Perak menuntut supaya penjelasan yang terperinci diberikan dengan kadar segera kepada persoalan ini supaya rakyat tahu dari mana dana sebanyak itu diambil.

7. Selain itu adakah agensi dan badan kerajaan negeri yang ada di negeri Perak sudah tidak berfungsi dan boleh diharapkan lagi sehingga program untuk menarik soKongan rakyat kepada BN sehingga memerlukan penyaluran dana kepada komponen BN secara langsung waaupun ianya bertentangan dengan peraturan yang sedia ada.

8. Saya menegaskan disini bahawa kepincangan pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh BN yang tidak direstui oleh rakyat secara majoriti dengan cuma dengan rampasan kuasa dan pengesahan mahkamah sangat jelas dan serius kerana kegelojohan BN untuk mempertahan kuasa "haram" tersebut.

Kenyataan Media, 4 Mei 2010.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
SEKETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK
.

DS Najib Diminta Tarik Balik Tuduhan Fitnah

19 Jamdil Awal 1431H.
http://www.blogtokguru.com

Pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden Umno menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakan saya dengan pihak Istana Selangor.

Pandangan Datuk Seri Mohd Najib itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan atas tajuk “Pembangkang ingkari Sultan” yang turut mencetak kononnya kenyataan saya selaku Mursyidul Am iaitu “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”

Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan.

Kemudian, pandangan Datuk Seri Mohd Najib dirasai paling tidak bermoral lagi apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua atas tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”

Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.

Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page).

Sesungguhnya pandangan tersebut adalah suatu tuduhan yang kononnya dikaitkan dengan perlanggaran titah Sultan mengenai larangan penggunaan masjid atau surau untuk tujuan politik. Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor.

Pada saya, apabila saya hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang saya amalkan ialah saya tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan. Maka, prinsip yang sama saya pegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya ‘orang beragama’ dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.

Saya yakin di atas kebenaran, maka kebenaran itu akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

Sekian, wassalam.

Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Musyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Muktamar dewan pemuda pas negeri perak ke 27


19 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: mie

Dewan Pemuda PAS Perak telah berjaya menganjurkan Muktamar tahunan dengan penuh kejayaan tahun ini. Bertempat di Dewan TG Samad Noh Air Kuning Taiping, Muktamar itu memperlihatkan lonjakan gerak kerja yang jauh ke hadapan.Momentum kemenangan 2008 masih dirasai dan rampasan kuasa oleh kerajaan haram tidak langsung dilihat melemahkan semangat juang sayap parti itu. Perbahasan yang menyentuh pelbagai perkara tidak langsung menggambarkan kekecewaan sebaliknya diserikan dengan keazaman bagi merampas kembali kerajaan Perak dan mengembalikan kedaulatan rakyat.


Sebagaimana biasa, PAS tidak lari dari aspek tarbiyyah yang telah mengukuhkan parti sepanjang tempoh panjang kewujudan PAS. Pemuda yang menjadi sayap utama dan nadi perjuangan PAS Perak disuntik dengan ruh tarbiah oleh Pengarah Pilihanraya Pusat dan Pesuruhjaya yang mengisi ruang perasmian.

Dalam kehangatan berbahas dan gurauan yang penuh erti, keseriusan dan tekad mengembalikan hak rakyat yang dirampas jelas dipamerkan oleh perwakilan dan pimpinan. Fokus mengukuhkan kekuatan parti dan mengembalikan hak rakyat di Perak terus menjadi fokus.

Usul pula memfokuskan kecaman terhadap Polis, SPRM dan SPR yang dilihat gagal menjadi benteng rakyat sebaliknya menjadi alat umNO BN.

Timbalan Ketua yang menggulung perbahasan telah menggariskan keperluan Taqwa semasa bermuhasabah jua dalam melaksanakan hasil muhasabah. Ia asas kekuatan pejuang Islam. Demi mencapai matlamat tersebut, beliau mengharapkan agar usaha tarbiah mesti bermula di peringkat cawangan.Selain itu , beliau amat mengharapkan agar pemuda memberi tumpuan kepada usaha kebajikan yang menjadi nadi harapan rakyat yang tidak dipedulikan oleh umno.

Istiqomah

19 Jamadil Awal
Oleh: agussyafii

'Setiap apapun usaha kita, resepnya cuman satu Mas Agus Syafii, yaitu Istiqomah atau konsistensi. Soal jatuh bangun, itu hal yang biasa dalam usaha. Seiring perjalanan waktu, bila istiqomah, seseorang bakal menemukan jalan menuju kesuksesannya. ' Itulah yang diucapkan Pak Zainal beberapa waktu yang lalu pernah mampir ke Rumah Amalia bersama anak dan istrinya untuk berbagi kebahagiaan.

Pak Zainal tidak hanya sekedar berbasa basi. Prinsipnya itu didasarkan pada perjalanan beliau merintis usahanya yang pernah dialaminya. Pada Tahun 1997 usaha bangkrut karena krismon. Kerugiannya mencapai milyaran rupiah. 'Disaat itu saya benar-benar minus, jumlah aset dan hutang, lebih banyak hutangnya,' tuturnya pada saya.

Sejak peristiwa itu Pak Zainal merasa tersentak pada sebuah kenyataan bahwa sepandai-pandainya kita berencana pada akhirnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua yang menentukan. 'Disaat itulah pentingnya mendekatkan diri pada Allah, saya perlu kembali mengevaluasi diri bagaimana cara saya mengabdikan diri kepada Allah,' tutur Pak zainal dengan wajah penuh kebahagiaan.

Sentilan Allah sebagai wujud kasih sayangNya menyadarkan Pak Zainal untuk lebih banyak waktu untuk berkumpul dan melakukan aktifitas bersama keluarga. 'kami sekeluarga sangat berbahagia, bisa sholat berjamaah dan mendalami agama bersama-sama. ' tutur beliau. Pak Zainal telah membuktikan dengan keistiqomahan dalam bidang usahanya, semakin mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala usaha semakin lancar dan rizkinya semakin melimpah serta keluarganya semakin tenteram dan bahagia. Subhanallah.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. (QS Ath-Thalaq 4 )

Empayar islam

19 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Mohd Kairul Azmi bin. Abdul Majid

Salam YB.

Saya nak kongsi blog yang saye jumpe yang boleh YB ketengahkan dalam blog YB.


Empayar Islam yang bermula dari negri china sampai ke tanah melayu..

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com.

Ibu paling kecil di dunia

19 Jamadil Awal 1431 H
Shah Bundy

HINKLEY - Seorang bayi yang berumur 14 bulan di sini mempunyai ketinggian mengatasi ibunya, Amanda Moore di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu berlaku kerana bayi itu dilahirkan oleh ibu paling kerdil di negara berkenaan, Amanda Moore yang berusia 25 tahun.

Bayi itu yang diberi nama Aidan dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada Februari tahun lalu.
Penyakit tulang yang dialami oleh Amanda menyebabkan dia setinggi 0.93 meter dan tidak lagi mampu untuk berdiri.

Namun, anaknya itu sudah setinggi 0.76 meter.

Menurut Amanda, Aidan mungkin akan menjadi tinggi seperti bapanya, Steven Fyfe, 20 yang memiliki ketinggian 1.85 meter.

Lahir dalam keadaan 14 tulangnya patah, wanita itu dinasihatkan supaya tidak mengandung kerana doktor bimbang kerangka tubuh yang kecil tidak mampu menampung kandungannya dan memintanya melakukan pengguguran.

"Namun, pada masa sama, saya merasakan perasaan kasih sayang terhadap anak ini. Kami mahukan dia," kata Amanda yang tidak bercadang untuk mempunyai anak kedua.

Menurutnya, Aidan sudah mula belajar bercakap dan sangat suka bergerak.

Qonaah

19 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: muhamad agus syafii

Pernah suatu hari ada seorang teman mampir ke Rumah Amalia. Kami berdua menikmati semangkuk bubur kacang ijo. Ditengah kami sedang menikmati bubur kacang ijo, kami berbincang tentang qonaah. Teman itu bertutur bahwasanya qonaah adalah sikap rela menerima dan merasa cukup dengan apa yang dimilikinya.

Qonaah merupakan sikap orang yang gigih dalam berusaha dan giat dalam bekerja namun apabila hasilnya tidak sesuai dengan yang diharapkan maka dirinya dengan senang hati menerima hasilnya dengan rasa penuh syukur terhadap nikmat yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala berikan pada dirinya.

bagi kita yang mampu memiliki sikap qonaah maka rasa kecukupan inilah yang menjadikan dirinya kaya hati karena berapapun jumlah rizki yang diterima bagi kita sudah sangat cukup. Kekayaan hati ini yang selalu mendorong diri kita untuk meraih kemajuan hidup berdasarkan kemandirian dengan tetap berharap kepada karunia Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam.

'Dari Abdullah ibnu Amru ibnu al-Ashr, bahwasanya Nabi bersabda, 'Sungguh beruntunglah orang yang masuk Islam dan diberikan rizki yang cukup kemudian Allah memberikan karuniaNya sikap qonaah (menerima apa adanya) dengan apa yang telah diberikan kepadaNya.' (HR. Muslim).

Bubur kacang ijo terasa begitu nikmat memaknai qonaah. Penjual bubur tersenyum mendengar perbincangan diantara kami tentang qonaah. Sore itu menjadi indah. Angin berlalu. Terlihat anak-anak berlarian dijalanan. 'Alhamdulillah, kita bisa menikmati bubur kacang ijo sekaligus belajar qonaah dari penjualnya,' tutur teman, wajahnya nampak berseri memaknai qonaah dalam realitas kehidupan sehari-hari.

Wassalam,
agussyafii
----
Tulisan ini dibuat dalam rangka kampanye program Kegiatan 'Salam Amalia' (SALMA) Hari Ahad, Tanggal 9 Mei 2010 Di Rumah Amalia. Silahkan kirimkan dukungan dan partisipasi anda di http://www.facebook .com/agussyafii2, atau http://agussyafii. blogspot. com/, http://www.twitter. com/agussyafii atau sms di 087 8777 12 431

Guru oh guru

19 Jamadil Awal 1431 H
Naninu Sakun

16 Mei setiap tahun akan disambut perayaan Hari Guru di Malaysia. Berbagai program dirancang bagi memeriahkannya oleh GURU. Mesyuarat khas biasa dibuat memanggil GURU-GURU membincangkannya. Tahunni mungkin hebat lagilah sebab telah keluar arahan 15 Mei hari Sabtu semua GURU kena datang sekolah bagi menjalankan Gotong Royong Perdana sempena hari GURU. Oleh kerana 16 Mei jatuh hari ahad maka semua sekolah kena sambut perayaan Hari GURU pada hari Isnin 17 Mei. Semuanya GURU jugak kena jalankan. GURU-GURU takde rehatkah? hingga sambutan hari GURUpun GURU juga kena jalankan? Perkara inilah yang dirungutkan oleh kawan-kawan saya yang merupakan GURU-GURU.

8 Mei hari Sabtuni GURU-GURU ada yang kena ke sekolah menghadap LADAP lagi. Duit xde tapi program kena jalan juga. Asyik-asyik hari Sabtu juga diganggu GURU-GURU. Yang peliknya kerani-kerani di sekolah boleh bersenang lenang di rumah dengan keluarga mereka tapi GURU menghadap sekolah jugak. Kasihan GURU-GURU.......TPM kita tidak kesianke??????????

Pada pandangan saya, sepatutnya hari GURU janganlah dibebankan GURU-GURU lagi. Bagilah GURU-GURU ni berehat sempena perayaan hari mereka. Cukup sekadar murid-murid buat majlis untuk GURU-GURU disekolahpun tidak mengapa ataupun para Ibu bapa penjaga membuat majlis untuk GURU-GURU di sekolah. Xsalahkan bendani. Kita cuba membuat perubahan demi memperjuangkan nasib GURU agar GURU-GURU merasa diri mereka dihargai bukan dibebankan dengan bermacam-macam perkara. Bagi GURU-GURU yang pernah mengajar saya TERIMA KASIH CIKGU saya ucapkan...........

ANAK KOMANDO REJIMEN 1