01 May 2010

Laporan polis di Hulu Selangor, BN sudah terdesak bila kempen dianggap hasutan

16 Jamadil Awal 1431H.

Tiga orang dari Melayu, Cina dan India yang mendakwa mewakili tiga kaum itu di Selangor membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor

Nizar didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet

Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat.

Saya kira semua maklum apa itu ceramah dan kempen kalau bukan ajakan dan pujukan, dan dalam bahasa lain dipanggil hasutan untuk mengajak pengundi memberikan sokongan.

Demikianlah yang dilakukan oleh Nizar dan termasuk juga pemimpin UMno yang lain, semuanya ada untuk menarik pengundi di Hulu Selangor.

Namun apa yang diucapkan oleh penceramah Pakatan Rakyat penuh dengan fakta dan bukti untuk menyakinkan rakyat termasuklah kepada orang cina di Hulu Selangor.

Saya kira laporan BN mengenai isi ceramah tidak lengkap bila tidak disekalikan dengan laporan yang sama terhadap semua orang cina yang telah mengikuti ceramah Pakatan Rakyat di Hulu Selangor khususnya ceramah yang dilaporkan. Tuduhlah mereka kerana sudah percaya dengan hasutan.

Yang penting laporan diatas menggambarkan BN sudah sangat terdesak bila kaum cina hampir keseluruhanya sudah mengucapkan selamat tinggal kepada BN. Langkah ini dilihat untuk membendung apa yang dianggap "hasutan" di PRK Sibu pada pertengahan bulan ini.

Semuga semuanya tidak patah semangat dengan lapOran itu dan kerjakanlah usaha untuk menghasut siapa saja bagi memastikan BN cepat ditumbangkan.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

ADUN Pelabuhan Klang masuk Umno

16 Jamadil Awal 1431H.

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini menyerahkan borang untuk menyertai Umno setelah enam bulan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas, demikian menurut laporan Umno online.com. Tindakan beliau tersebut saya lihat sebagai permulaan dan trend baru ADUN bebas dengan mengistiharkan diiri masuk UMNO.

Adakah tindakan beliau itu akan disusuli dengan pengumuman dari dari ADUN dan Ahli Parlimen bebas lain dalam perkara yang sama ? Kita tunggu dan lihat.

Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima borang keahlian dari Badrul Hisham, 50, dengan disaksikan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Sebelum itu, Najib yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Selangor mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Janda Baik.

Berikutan kemasukan beliau, BN kini ada 21 ADUN BN di DUN Selangor , termasuk 19 ADUN Umno.