24 April 2010

Isu Rampasan Hak Mahasiswa Melayu Mesir, Kenapa?


9 Jamadil Awal 1431H.
oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Isu Kutub Sittah yang melakarkan sejarah hitam dalam pentadbiran JPMK pada sesi ini menjadi ingatan bagi setiap mahasiswa Mesir, tidak kira perubatan mehupun pengajian Islam. Semuanya sedar tentang kepincangan yang telah dibuat oleh JPMK untuk merampas kebebasan mahasiswa dalam mendapatkan ilmu Hadis daripada Para Masyaikh.

Sedih apabila melihat rampasan hak mahasiswa dibuat terang-terangan oleh pihak terbabit. Ia bertambah teruk apabila kenyataan yang dibuat oleh Prof Jamil ketika di Malaysia sangat bercanggah dengan apa yang terjadi. Segalanya diputarbelit seolah-olah mereka bersih daripada sebarang tuduhan.

Tidak dinafikan, ia akan berulang buat kali kedua. Ya, saya yakin bahawa isu rampasan hak mahasiswa akan diulangi lagi oleh JPMK untuk memadamkan al Azhar dari mata masyarakat Melayu. Melenyapkan golongan ulama' yang terhasil dari bumi Anbiya merupakan salah satu agenda yang dibawa oleh JPMK, dan ia terserlah dengan Isu Kutub Sittah ini.

Ya, ia pasti akan berulang. Ia pasti akan berulang. Dengan strategi yang berbeza dan pendekatan yang lebih halus akan digunakan bagi "menghabiskan" golongan ulama dari bumi ini. Bukan sahaja JPMK, bahkan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) juga terlibat sama dalam perecanaan ini.

Bagaimanakah strategi mereka? Tidak mungkin akan diketahui secara umum. Tetapi ia boleh dilihat dengan apa yang berlaku selama ini. Lihatlah usaha untuk menghapuskan muadalah, kemudian mencipta "Universiti al Azhar Melayu". Antara tenaga pengajar U ini ialah Datuk Duta sendiri.

Kitab yang diajar oleh beliau bercanggah dengan manhaj al Azhar yang sebenar. Sekiranya apa yang saya utarakan ini tidak bertepatan, sila tampil untuk membuktikannya dan memberitahu perkara yang sebenar. Ini adalah hasil aduan mereka yang turut serta dalam kelas tersebut.

Selain itu, Faks telah digunakan oleh pihak "gatal tangan" untuk melambatkan dan menyusahkan proses urusan passport. Persoalannya, apakah dosa kami sehinggakan kamu ingin merampas hak kami sebegini rupa? (link) (link)

Mengikut kajian peribadi saya, saya mendapati bahawa kehadiran mahasiswa perubatan pada tahun ini bakal mencecah angka 1400 orang. Keahlian perubatan ketika ini sekitar 3200 orang. Manakala pengajian Islam sekitar 5000 orang, dan kehadiran pada tahun ini dijangka susut 70 % berbanding kedatangan pada sesi 2009/2010.

Antara yang lain, urusan pendaftaran kuliah pengajian Qiraat masih belum diselesaikan. Masih ramai pelajar qiraat yang sepatutnya didaftarkan oleh pihak JPMK, tetapi tidak dilakukan sehingga ke hari ini. Ia sudah memakan tempoh yang panjang daripada kehadiran mereka pada bulan 8, 2009. (sila lihat pada gambarajah diatas)

Kes kelewatan pendaftaran mahasiswa Qiraat ini sudah bermula pada 2007 lagi (seingat penulis). Tidak dapat dipastikan punca sebenar kelewatan ini. Tetapi, apa yang pastinya segalanya di bawah urusan JPMK.

Persoalan di sini ialah, dimanakah fungsi pihak tersebut? Di manakah hak kami? Apa salah kami? Kenapa terdapat tangan-tangan kotor hendak menghapuskan ulama Melayu dari al Azhar? Kenapa dan kenapa?

ADUN Titi Serong lawat mangsa ribut.

Drs. Khalil meninjau salah sebuah rumah yang rosak teruk dalam kejadian ribut kelmarin di Jalan Terusan Titi Serong. Berbaju merah adalah tuan rumah mangsa yang terlibat.


9 Jamadil Awal 1431H.

TITI SERONG, 23 April :- Hujan lebat sekitar sejam yang diserta dengan angin kencang telah menyebabkan kerosakan kepada sekitar 15 buah rumah yang terletak disekitar DUN titi Serong. Sebagaimana biasa ADUN Titi Serong, Drs. khalil Idham Lim telah meluangkan masa untuk menziarah mangsa yang terlibat sekaligus menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan mangsa.

Tiga kawasan yang terlibat ialah di Taman Seri Tenggara, jalan Terusan dan Parit Hj. Nasir kesemuanya terletak dalam DUN Titi Serong.

Beliau mengharapkan semua magsa bersabar dengan sedikit ujian yang mungkin ada hikmahnya tersendiri.

Drs. khalil juga mengharapkan kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan kepada kegiatan kemasyarakat termasuklah membantu mangsa ribut yang seringkali berlaku di DUN titi Serong bolehlah menyumbang kepada Tabung Amal DUN .



Menyampaikan sumbangan untuk meringankan bebanan mangsa.


ADUN BEBAS LEPAS TUDUHAN: BIAR RAKYAT ADILI

9 Jamadil Awal 1431H.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut malah sudah menjangkakan bahawa Mahkamah akan membebaskan tuduhan rasuah terhadap 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapten Bersara Mohd Osman Mohd Jailu pada hari ini.

DPPN Pk tidak mempertikai keputusan Mahkamah yang telah di buat tetapi sepertimana yang sudah dijangkakan kerana sudah tentu berpihak kepada ADUN Bebas tersebut. Apa yang lebih penting, DPPN Pk berharap rakyat dapat menilai dan mengadilinya kerana terlalu banyak persoalan yang timbul.

DPPN Pk mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 ADUN Bebas tersebut dan berharap keadaan dapat dibaiki sepertimana yang telah tercemar dahulu. Apa yang boleh rakyat harapkan ialah maruah dan integriti 2 ADUN Bebas tersebut dipulihkan kembali sepertimana yang rakyat inginkan.

Malah keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tercalar dengan keputusan Mahkamah tersebut. DPPN Pk mempersoalkan, di manakah bukti yang telah SPRM nyatakan dahulu kerana setiap pendakwaan perlu kepada bukti yang kukuh. Inilah nasib rakyat yang di rampas kuasa oleh mereka-mereka yang gilakan kuasa dan tidak menghormati hak rakyat sebagai penentu kuasa.

Kenyataan Media (23 April 2010)
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

SURAT TERBUKA BUAT MUFTI PERAK

9 Jamadil Awal 1431H.
MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN

Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010041705331320100417053313/Article

PENDAHULUAN

Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara

Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.

Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Salah satu protokolnya ialah:

Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.

Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.

SIAPAKAH APCO?

Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .

Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)

2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)

3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjatamengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepadaMargery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO danASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.


APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana diamenuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan danpembunuhan aktivis-aktivis.

2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

ISU DEMONSTRASI BANTAHAN HUBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN APCO DI PERKARANGAN MASJID SULTAN IDRIS SHAH II

1.Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

2.salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.
Tindakan peserta himpunan tempohari itu sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.

Yahudi Zionis adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap pesrta himpunan hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.

Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.

Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.

Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. maka bidapkah kami yang hanya membaling telur ke arah papan yang tertera lambang zionis.

3. Isu penggunaan telur busuk : ? Telur busuk itu hanyalah laungan dibibir kami sahaja, sesuai dengan Yahudi dan Israil yang lebih busuk dari telur busuk .Dalam demontrasi ini kami tidak gunakan batu sebab mungkin akan terkena kepada orang ramai dan ada yang tercedera, Telur adalah simbolik penentangan kami terhadap isu APCO. Disini juga kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak menggunakan telur busuk seperti yang didakwa dan hanya melibatkan 7 biji telur ayam yang baru dibeli dikedai berdekatan. kami juga menggunakan kasut sebagai ganti kepada batu yang boleh membahayakan orang ramai ke arah papan yang tertera lambang Israel dan Umno, peristiwa lontaran ini berlaku berdekatan pintu pagar luar masjid dan agak jauh dari org ramai. Perbuatan inikah yang menyebabkan Tuan Mufti kata kami biadab dan hukumnya haram. Dan yang peliknya kenapakah Tuan Mufti orang yang pertama menghidu bau telur busuk sedangkan kami peserta demonstrasi tidak dapat menghidu bau busuk tersebut.

4.Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.

Para ulama menyebut kalau berhukum tanpa ada gambaran maka hukum itu salah seperti yang sabit dari hadis Nabi SAW bahawa hakim yang berhukum tanpa pengetahuan dan gambaran terlebih dahulu maka tempatnya di neraka

5.Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.

Mengapa pencemaran dan penghinaan terhadap masjid yang dilakukan oleh Umno danBarisan Nasional tidak dikritik oleh SS Mufti, sedangkan ini adalah suatu yang lebih besar tidah dilihat oleh Mufti

Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah menceritakan, seorang murid yang belajar sepuluh tahun dengan seorang guru tetapi tidak pernah naik darjah. Suatu hari dia bertanya kepada gurunya. “ Tuan, saya telah belajar hampir sepuluh tahun tetapi kenapa tidak naik darjah?” maka tuan guru itu pun pergi dekat satu tembok lalu dia mengambil arang dan membuat titik pada tembok tersebut. Maka beliau bertanya kepada muridnya itu, “ apakah yang kamu nampak di hadapan kamu?” Jawab murid itu: “ Titik hitam” . “ Sebab itulah kamu tidak naik darjah, tembok yang besar kamu tidak nampak tetapi titik hitam yang kecil itu kamu nampak.”

Telur yang dilontar ke arah lambang zionis di luar masjid sekitar 5 minit dikritik hebat dan diiktiraf sebagai biadab. Pengerusi dan jawatankuasa masjid yang tidak berakhlak dan terlalu jarang datang masjid sehingga ada yang tak pernah peduli untuk meningkatkan peranan masjid tetapi masih dilantik untuk tempoh tiga tahun tidak dikritik dan tidak biadab
6. Sekiranya pihak Tuan Mufti merasakan bahawa dengan menyokong kami akan menjejaskan Tuan Mufti, maka diam adalah sebaik-baik jawapan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
“Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka berkatalah perkara yg baik atau diam”

(Hadis riwayat bukhari dan muslim)

Perjuangan kami ada fakta melalui hadis yang pernah diungkapkan oleh Junjungan besar Nabi SAW :

أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر
“Jihad yang paling afdhal perkataan yg benar di hadapan pemerintah yg zalim”
Persoalan jihad ini mesti didahulukan bagi yang mampu dan pihak kami mampu sertasanggup menerima ancaman dari pemerintah dan sama sekali tidak sanggup menerima ancaman Allah seperti firman Allah :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).(Surah Taubah ayat 24)

Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :

Pertama : Mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup melantik sebuah Syarikat Firma Perunding yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Rejim Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal menyeksa dan menzalimi orang Palestin diberi peluang untuk membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO sebagai Firma Perunding kepada Kerajaan Malaysia, ini bermakna pengaruh Zionis, kini telah mula dibenarkan untuk menentukan hala tuju negara, serta mempunyai akses kepada semua kepentingan kerajaan termasuklah maklumat-maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Adakah ini tidak membimbangkan pihak Tuan Mufti?

Selain Israel dan Amerika Syarikat yang dapat mengakses maklumat-maklumat ini, perlu diketahui juga oleh pihak Tuan Mufti bahawa di antara pemimpin ASERO, satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng iaitu seorang bekas polis Singapura.

Kedua : Apakah Pendirian Tuan Mufti setelah mendengar penjelasan yang telah saya jelaskan di atas, adakah Tuan Mufti masih lagi menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atau akan bersama-sama kami menentang kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Firma Perunding APCO Worldwide. Dengan ini saya serta sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara Malaysia memohon Tuan Mufti untuk menyatakan pendirian Tuan Mufti. (Kenyataan ini disiarkan didalam Blog Dewan Pemuda PAS Negeri Perak : dppperak.blogspot.com).

KESIMPULAN

1. Keputusan Perdana Menteri untuk bekerjasama dan berganding bahu serta membuka ruang Malaysia kepada pengaruh rejim Zionis dan anti-Islam wajib dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

2. Perdana Menteri Malaysia mesti memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya yang cintakan keamanan dan prihatin pada rakyat palestin kerana telah bekerjasama dengan rejim Zionis.

3.Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar:Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?

4. Harapan kami agar mufti tegas dengan ilmunya seperti Imam Nawawi iaitu Penyusun Kitab Riadhus Solihin yang selalu Dato Mufti gunakannya ketika mengajar di Masjid dan Surau-surau. menurut riwayat bahawa apabila Baginda Sultan Az Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar(Monggol), timbul satu persoalan adakah diharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Lalu Baginda bertitah meminta fatwa dari Imam Nawawi. Imam NAWAWI telah memberikan penjelasan seperti berikut:-

“Ampun Tuanku

Adalah patik sememangnya mengetahui bahawasanya tuanku dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada sebarang harta benda, tetapi dengan pertolongan Allah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.

Ampun Tuanku

Adalah patik telah mendengar bahawasanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap-tiap seseorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 org khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.

Andaikata tuanku sendiri membelanjakan semua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat”.

Kesimpulannya, beliau berfatwa bahawa baginda tidak dibenarkan mengambil harta rakyat selamamana kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda sultan Az Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari damsyik. Imam Nawawi menerima sahaja perintah pengusiran itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama’ syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan sambil berkata ‘ saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa”

5. Harapan kamai agar mufti tidak seperti Ali Abdul Raziq seorang ulama Azhar suatu ketika dahulu yang menulis buku memisahkan agama dengan politik pemerintahan islam. yang mahu meletakan agama di masjid sahaja tanpa melibatkan politik islam. Politik islam perlu disangkut dipintu masjid. Akhirnya Majlis ulama azhar telah menarik balik segala anugerah akademik dan gelaran yang diberi oleh Al Azhar. Ini menunjukkan betapa hinanya ulama seperti itu.

Rasul pernah mengecam mereka yang mengetahui sesuatu perkara tetapi menyembunyikannya dgn sabdanya :

من سئل عن علم يعلمه فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار
Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api neraka.(hadis riwayat ahmad)

MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Perak

Sambutlah Kesedihan Dengan Senyuman

9 Jamadil Awal 1431H.
By: agussyafii

Disaat Malam tiba. merenungkan setiap peristiwa yang dialami dalam keseharian. Mengikuti irama pendulum kehidupan. Kegembiraan dan kesedihan datang silih berganti. Banyak hal yang tidak pernah dimengerti. Kegembiraan disambut dengan penuh suka cita dan kesedihan selalu disambut dengan air mata.

Terkadang kita hanya memilih datangnya kegembiraan dan menolak datangnya kesedihan. Padahal kesedihan juga datangnya dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai wujud kasih sayangNya kepada kita. sebab dengan kesedihan Allah berkenan mengampuni dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Sebagai sabda Nabi Muhammad yang mengingatkan kepada kita.

'Tidak seorang muslim menderita karena kesedihan, kedukaan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuh kecuali dengan itu Allah mengampunti dosa-dosanya' (HR. Bukhari).

Jika kita mengerti makna hadist ini, semua kesedihan akan mudah kita hadapi dengan lapang dada. Jika kita menerima disetiap kesedihan yang hadir pada diri kita dengan senyuman maka butiran-butiran air mata yang menetes menjadi titik-titk mutiara yang begitu indah. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Janganlah engkau bersikap lemah dan jangan pula engkau bersedih hati. Padahal engkaulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika engkau termasuk orang-orang yang beriman.' (QS. Ali Imran: 139).

Ayat diatas mengingatkan kepada kita agar menyambut setiap datangnya musibah, ujian, kesedihan dengan senyuman sebab kita adalah orang-orang yang derajatnya paling tinggi Allah menjanjikan hal-hal yang lebih baik dalam kehidupan kita sebagai pengganti kesedihan yang sedang kita alami pada saat ini.

HIDAYAH DAN TAUFIQ

9 Jamadil Awal 1431H.
USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA

Hidayah dan taufiq adalah intan berlian yang berbentuk maknawi dan rohani. Ia adalah berharga seperti juga intan berlian bersifat maddi:

(1.) Siapa yang memilikinya dianggap kaya dan mulia.

(2.) Siapa yang memiliki intan berlian rohani, dia merupakan orang kaya Tuhan. Dia telah mendapat segala-galanya.

(3.) Siapa yang memilikinya, hidupnya terpimpin, akhlaknya mulia, syariatnya terjaga, imannya teguh dan bercahaya dan dia menjadi orang yang berbahagia.

Perlu diingat hidayah dan taufiq seperti jugalah barang yang berharga seperti emas dan intan berlian, ini juga boleh hilang. Oleh itu kenalah jaga dan dipelihara sebaik-baiknya agar ia tidak hilang. Barang yang hilang dari kita susah untuk memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas-pulas berusaha mencarinya semula.

Kalau tidak ia akan terus hilang dari kita buat selama-lamanya. Kerana itulah Allah SWT mengingatkan kita dalam sepotong ayat suci Al-Quran yang bermaksud:

"Wahai Tuhan kami, jangan engkau gelincirkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk dan kurniakan kami di sisiMu rahmat, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

BAGAIMANA MENJAGA DAN MEMELIHARA HIDAYAH DAN TAUFIQ

(1.) Syukur nikmat Tuhan yang paling berharga ini

(2.) Kita istiqamah mengamalkannya dengan teguh serta penuh rasa bimbang kalau Allah Ta'ala ambil semula atau kalau-kalau Allah Ta'ala tarik semula.

(3.) Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar terutama di waktu-waktu malas berbuat kebaikan dan terasa ringan untuk melakukan kemungkaran.

(4.) Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik kerana ia sangat membantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dan kita terasa ada kawan.

(5.) Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas daripada pimpinan. Ada pimpinan itu perlu kerana kita sentiasa mendapat nasihat dan ilmunya dari masa ke semasa.

BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIQ DITARIK SEMULA

Hidayah dan taufiq kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Diwaktu itu kita akan hidup terumbang-ambing semula - tiada displin, malas beramal, ringan berbuat maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun mempunyai kekayaan yang banyak dan serba ada.

Di antara sebab-sebab hidayah dan taufiq ditarik semula:

(1.) Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinan

(2.) Derhaka dengan kedua-dua ibubapa. Kita sia-siakan akan kedua-duanya. Kita biarkan ibubapa tidak terurus dan terjaga. Terbiarlah kehidupan kedua-duanya lebih-lebih lagi kalau dia marah dan rasa tidak senang dengan kita.

(3.) Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok. Telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan dengan halal-haram tidak diambil kira hingga takut dengan Tuhan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya.

(4.) Menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Lepas itu cuai pun datang. Malas beribadah, kemungkaran sedikit demi sedikit berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam dalam maksiat.

(5.) Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat, kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu, dan terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan lepas itu terus dalam kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.

Di antara cara untuk memelihara hidayah dan taufiq agar tidak terhakis dari kita ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Kita boleh menyuluh diri kita samada tanda-tanda bersyukur itu ada pada kita dengan perkara-perkara seperti berikut:

(1.) Solat awal waktu - sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan Allah yakni persiapan menunaikan solat dengan menyediakan diri dengan lebih awal. Melambat-lambatkan solat seolah-olah tidak memandang berat akan solat itu, maka rasa syukur pun terhakis.

(2.) Elak dari maksiat - jauhi maksiat termasuk maksiat batin mendekatkan diri kita kepada syukur tetapi sangat perlu untuk mujahadah bagi mereka yang sudah sebati dengan maksiat seperti bergaul bebas lelaki perempuan, melihat aurat, terlibat dengan riba dan kemungkaran. Allah melarang kita dari melakukan maksiat sedangkan kita masih terasa sedap buat maksiat, bagaimana kita nak ada rasa syukur kalau ini masih ada pada kita?

(3.) Tidak menyukai mazmumah setelah mengenali mazmumah lebih dekat - ramai orang memikirkan maksiat atau kemungkaran itu pada yang zahir seperti minum arak, berjudi dan berzina tidak tidak memikirkan mazmumah yang penting untuk di bakar dan dibuang. Sebab itu bermujahadah mengikis mazmumah adalah perlu dan dibuat secara berterusan.

DI SEDIAKAN OLEH USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR
NO. 19 Atas Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung Perak.
E Mail ibrahim_mtd07@yahoo.com
Segala sumbangan derma boleh lah di salurkan ke dalam akaun bank muamalat no 08030002138714

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali

9 Jamadil Awal 1431H.
Naim Qlate

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

Tok Kenali - Tokoh Besar Ulama Kelantan

Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.

Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tok Kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M) , seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Untuk selanjutnya marilah sama-sama kita mengikuti garis-garis perjuangan beliau dan cebisan riwayat hidup beliau sebagai berikut:

Kelahiran Tok Kenali

Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M) . Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Latar Belakangnya

Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.

Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.

Isterinya ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi.

Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.

Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan. Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

Kebolehan Luar Biasa

Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun.

Dalam beberapa laporan lain, misalnya laporan dari salah seorang penduduk Kubang Kerian yang menceritakan pada wartawan Majalah Tiga yang ditayangkan pada Sabtu, 13 Jun 2009.Pemuda itu menceritakan bahawa ayahnya telah menceritakan kepadanya tentang kisah kebolehan Tok Kenali. Bapanya mencritakan bahawa pada suatu ketika,di sebuah kampung di Kelantan,terdapatny a beberapa masyarakat Melayu Kelantan lama yang suka menyabung ayam dan menyabung lembu,keadaan pesta menyabung itu sangat bising dan hiruk pikuk lantaran keasyikan masyarakat yang suka pada perbuatan menyabung haiwan,(pada kebiasaannya perbuatan menyabung haiwan dapat menyebabkan masyarakat penyabung terdedah dengan kegiatan judi dan pergaduhan). Oleh demikian,Tok Kenali dan beberapa orang kampung telah terganggu akan kebisingan pesta sehinggakan Tok Kenali pada waktu itu beranggapan dan melafazkan bahawa terdapatnya rumah terbakar dikampung itu.Dengan kuasa Allah, pada petang hari pesta menyabung itu juga,kebanyakan dari rumah-rumah penyabung haiwan itu telah dijilat api keseluruhannya. Maka begitulah kekuasaan Allah SWT terhadap hambanya yang beriman dan ingkar.

Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru

Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.

Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Penghidupan Tok Kenali di Tanah Suci Mekah

Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Melah adalah semata-mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira RM50.00 dan sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.

Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan atau antara kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan tandus.

Perkembangan Pelajaran

Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan- pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu . Beliau telah pun menguasai pengetahuan bahasa arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tuk Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajaran-pelajaran nya yang sedang berkembang dewasa ini di Tanah Suci Makkah.

Tuk Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh yang agak lama dengan cara yang cermat sekali. Kitab-kitab Wakaf yang ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami kuliah-kuliah gurunya . Selain itu, Tuk Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya , membawa Tuk Kenali mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain

Jelaslah bahawa Tuk Kenali banyak sekali membaca dan menatap kitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam yang telah dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan perbandingan- perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa.

Antara guru-guru di Masjid yang namanya banyak disebut-sebut oleh Tuk Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal sebagai seorang pengarang sesudah nama Syaikh Daud Patani. Kepada Guru inilah Tuk Kenali mendapat bimbingan dan bantuan baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun penghidupan. Disamping itu, terdapat beberapa orang guru dari patani dan indonesia yang mungkin mendapat perhatian Tuk kenali disamping guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.

Lawatan Tok Kenali ke Mesir

Dalam tahun 1904M, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Hj. Ismail Patani. Garis-garis kasar lawatan ini adalah menunjukkan bahawa lawatan beliau ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan Agama Islam di Universiti Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.

Pulang ke Tanah Air

Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.

Murid-murid dari seluruh kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.

Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.

Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu pengajian Bahasa dan pengetahuan- pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung. Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Ililah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.

Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.

Menghembus Nafas Terakhir

Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.

Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi;

“ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.

“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.

Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.

Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.

Jawatan-jawatan Tok Kenali

Tuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:

1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19 November 1933).

2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama. Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.

3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah).

4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.

6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.

7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu.

8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar).

Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok Kenali

Selain daripada mengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.

Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah dipilih untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan setiap hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.

Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta,wiil fil Ma’aani At-Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Juga tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang berbahagia tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang berguna daripada Tuk kenali. Majalah pengetahuan ini diterbitkan tiga kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu didatangi oleh Tuk kenali danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.

Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimopan sebuah buku cetera Raja Muda . salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah diberikan kepada pengaranag buku Hikayat Seri kelantan.

- dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan suatu getakan perhimpunan umat islam yang di namakan ‘Jam ,iyyatul Asriyyah] ‘[Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] , pebincangan= perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tebgah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.

Perkembangan Pengaruh

Melihatkan jawatan- jawatan pentig yang telah disandang oleh Tuk Kenali dalam masa hayatnya,juga memandangkepada kegiatan dan jasa -jasa beliau yang cermelang dalam perkambangan pengajian ugama dan kebudayaan islam di Negeri Kelantan khasnya dan Alam Melayu amnya.

Maka sudah sewajanyalah pengaruh beliau segera berkembang ke segenap pelusuk tanah air dalam masa yang singkat sekali. Perkembangan- perkembangan ini adalah agak memuncak di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad IV (1900-1920M) dan di awal pemerintahan sultan Ismail (1920-1944M) . kedua-dua baginda sultan ini adalah di antara sultan-sultan yang banyak mencipta kemajuan negeri dalam serba lapangan, lebih-lebih lagi di lapangan kemajuan agama islam. Ini adalah memberi peluang yang besar kepada perkembangan pengaruh Tuk kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah air, apa lagi melihat kedudukan Tuk Kenali yang sedang berkembang ke seluruh tanah air, apa lagi mellihatkan eratnya perhubungan Tuk Kenali dengan anak tuan gurunya dahulu iaitu dengan hj. Nik mahmud bin ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja) yang juga memegang peranan terpenting dalam pentadbiran negeri kelantan dewasa itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tersebarnya pengatahuan Bahasa Arab dan pengetahuan- pengetahuan agama melalui pondok dan sekolah-sekolah pondok ke seluruh Tanah melayu ini antara lain ialah daripada jasa Tuk kenali yang menyusun kata-kata Tassrif yang kemudiannya diperkanalkan oleh murid-murid nya terutama tuan guru hj. Ali Shalaahuddin Pulau Pisang dan syaikh uthman jalaluluddin, seberang prai dalam buku Tatriful Arf- itu, syaikh Uthman menulis;

“Sesungguhnya hamba pungut akan dia daaripada beberapa mutiasa tasrif yang amat elok bagi guru hamba yang alim lagi yang amat ilmunya lagi yang menghimpunkan bagi beberapa fan ilmu yang bangsa kepada agama iaitu muhammad yusof yang masyhur akan gelarannya di seluruh tanah melayu dengan Tuk kenali di negeri kelantan.

Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu

Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) . Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak. Tuan-tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang datang dari beberapa tempat di seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja dan lain-lain.

Guru-guru pondok lepasan kenali inilah kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula sistem pondok.

Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem persekolahan.

Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.

Jadi, Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah ini lebih dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis”.

Kemudian pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah” barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan “Sekolah Melayu Majlis”, manakala sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”. Akhir sekolah aliran melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai ekoran daripada sekolah aliran arab tadi )

Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit mertajam pada tahun 1934 (1353). Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem pondok).

Di samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain. Beliau tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam yang suci.

Tok Kenali Melahirkan Angkatan Pengarang

Di antara murid-murid Tuk kenali terdapat suatu golongan atau angkatan pengarang buku-buku agama yang mempunyai kedudukan yang baik di kalangan masyarakat Islam di dunia sebelah sini. Mereka ialah”

1. Dr. Syaikh Muhammad idris Al-Marbawi, seorang pujangga Islam yang banyak memberio sumbangan dalam perkembangan ajaran-ajaran Isdlam dengan kamusnya “Kamus Al- Marbawi” (Arab-Melayu) dan kitab-kitab karyanya yang banyak di lapangan Agama Islam.

2. Saahib Al-Fadhilah Datuk Hj. Ahmad mahir, Mufti Kerajaan kelantan yang juga seorang pengarang.

3. Syaikh uthman Jalaluddin Al-Kilantani, seorang pengarang buku-buku agama dan seorang guru.

4. Tuan guru Hj. Yaakub bin Ismail. Legor, Selatan Thailand.

5. Saahib Al-Fadhilah, Datuk Hj. Ismail bin Yusoff, Mufti Kerajaan kelantan.

6. Asy-Syaikh Muhammad Salih Tuk kenali, Makkah Al-Mukarramah Saudi Arabia.

7. Yang Berbahagia Hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela Negara) pengarang majalah Al-Hikmah*** (1923M) yang banyak mendidik bakat-bakat penulis dan pengarang-pengarang sebelum perang.

8. Tuan guru Hj. Ali Salahuddin, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.

9. Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir, seorang guru agama terkenal yang juga menjadi seorang pengarang.

10. Tuan Guru Hj. Yaakub bin Hj. Ahmad , lorong Gajah mati, kota Bharu adalah seorang guru agama dan seorang pengarang.

11. Yang berbahagia Datuk Hj. Hassan Yunus Al-Azhari, Bekas Menteri Besar Johor , ahli politikyang juga menjadi seorang pengarang.

Selain murid-murid beliau yang berbakat, terdapat pula cahaya-cahaya mata Tuk kenali yang turut memperkembangkan pengajaran ayahndanya, mereka ialah

1. Al-Marhum Hj. Ahmad Tuk Kenali, guru agama di pondok kenali dan guru yang mengajar pada beberapa buah surau dalam beberapa jajahan, daerah Negeri Kelantan.

2. Hj. Mahmud, wakil Syaikh haji , makkah.

3. Hj. Mohd Salleh Tuk Kenali, guru agama di kota suci Makkah dan seorang pengarang buku-buku dan risalah-risalah agama. Beliau mendirikan persatuan “Darul-Islah” bertempat di Maulid nabi, Suatu persatuan astu perhimpunan kaum Muslimin dari Tanah melayu, patani, kemboja, Indonesia dan lain-lain yang datang ke Tanah Suci makkah terutamanya di musim-musim haji, di mana Tuk kenali diperkenal dan jasanya diperkenangkan. Suatu persatuan lagi didirikan oleh beliau dengan nama “Darul-Quran (Persatuan Al-quran) bertempat di Misfalah, Makkah.

4. Hj. Abdullah Zawawi, lulusan kuliah Syariah, makkah. Berkecimpung di bidang pendidikan dan menjadi pengetua sekolah-sekolah menengah di Kerajaan Arab Saudi dan Nigeria.

Peribadi dan Sifat-sifat Utama


Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam. Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakatt islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:

a) Sangat menghormati dan memuliai ibu

b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.

C) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.

D) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.

E) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.

F) suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.

G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.

H) pakaian beliau amat sederhana.

Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali” atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan kasihan belas.

Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan

Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajar annya, Tuk kenali didapati agak gemar sekali membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tuk kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali” oleh AQHAS - halaman 76), Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).

Tok Kenali dan Puisi

Dalam masa menyampaikan pengajarannya, disamapaing mengutarakan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis nabi Muhammad S.A.W , maka terhamburlah dari mulut beliau beberapa rangkap syair dan kata-kata hikmat bak mutiara gugur dari untainya.

Di sini dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan oleh Tuk Kenali iaitu:

Bahaya Merokok:

Perokok itu terhina, dungu, membazir dan keji, kerendahan bagi penagihnya, pasti, Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.

Antara kata-kata hikmatnya:

“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu” “mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran”,

Pengaruh Imam Al-Ghazali

Melihatkan peribadi dana sikap hidupnya, nyatakan bahawa Tuk kenali adalah terpengaruh oleh ajaran-ajaran Failasuf islam Iman Ghazali, seorang alhi Tasauf yang sampai kepada darjat “hakikat” mengenal diri dan Tuhannya, ingin mencapai kebahagiaan dan kesucian yang setinggi-tingginya dalam penghidupan yang singkat ini, kemewahan hidup yang terhad dan sifat tidak membesar diri adalah nyata sekali dalam penghidupannya.

Unsur-unsur ini adalah terkandung dalam adoa yang dikumpul dan digubah oleh Iman Al-Ghazali dalam kitabnya “Ayyuhai Walad” (Wahai Anak) yang menjadi amalan Tuk Kenali dan murid-murid beliau sehingga sesudah itu dikenal pula dengan “Doa Tuk Kenali” (Doa mengiringi sembahyang Lima Waktu) yang antara lain bererti:

wahai tuhan, sesungguhnya saya pohon pada Engkau pemberiannya sempurna , kesihatan yang berkekalan, rahmat yang menyeluruh dan kesegaran yang berguna. Saya pohonkan daripada Engkau puncak kesenangan hidup, puncak kebahagiaan umur, kesempurnaan kebaikan, juga keluasan pemberian dan kesopanan yang lebih berfaedah.”
Tuhanku, Tolonglah kami dan jangan pula kami ditindas. Tuhanku, Bahagiakanlah kesudahan hidup kami, buktikanlah hasrat kami dengan penambahan amalan. Susilah kesegaran dikala berpagi-pagi dan berpetang-petang.

Wahai Tuhanku, tumpahkanlah rahmat engkau di tempat kembali kami dan kesudahan kami dan tuangkanlah dulang kemaafan ke atas dosa-dosa kami dan kurniakanlah pembaikan kepada keaifan-keaifan kami dan berikanlah kegiatan kami pada agama engkau. Kepada Engkau kami berserah dan kepada engkau kami menggantung harapan”.

Meninjau kepada beberapa segi yang telah dikemukakan di atas, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Tuk kenali adalah salah seorang tokoh ulama terkenal dan pembangun fikiran Umat Islam di dunia sebelah juga tidaklah salah jika dikatakan bahawa selagi terbitnya majalah pengasuh ke alam persuratan melayu, maka selama itulah Tuk Kenali dikenangan, seterusnya tidaklah merupakan suatu penonjolan jika dikatakan bahawa selagi wujudnya majlis Agama islam dan Adat istiadat melayu kelantan” maka selama itulah ?Tuk Kenali masih disebut dan dikenali.

Tokoh Kelantan di Laman Pendidikan Kelantan

•http://www.geocitie s.com/traditiona lislam/TokKenali .htm
•http://ulama. blogspot. com/2006_ 10_01_ulama_ archive.html
•http://www.bharian. com.my/m/ BHarian/Sunday/ Perspektif/ 20070318082401/ Article/
•http://www.townplan .gov.my/al% 20ansar/AL_ ANSAR2.pdf

WAHAI ANAK SELANGOR, KEMBALILAH DAN JANGAN BENARKAN WARISMU DITIPU LAGI

9 Jamadil Awal 1431H.
WFAUZDIN

Gabungan PR telah menasihati semua penduduk di Hulu Selangor agar menjauhi parti yang bersekongkol dengan APCO/Yahudi serta yang terus melakukan rasuah dan kezaliman. PR juga telah menawarkan calon yang tidak hipokrit, merendah diri serta insaf di atas perbuatan lampaunya untuk terus memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor.

Tidak sampai 48 jam lagi, rakyat Hulu Selangor sendiri akan membuat pilihan. Meskipun beberapa ratus orang dari mereka telah `diusir' dari menunaikan kewajipan untuk memilih calon mereka angkara dari SPR, namun kita masih mengharapkan agar kecerdikan pengundi-pengundi yang ada untuk membuat keputusan.

Kepulangan anak-anak Hulu Selangor dari perantauan mungkin boleh menyelamatkan kaum keluarga dan saudara mereka yang masih diulit oleh tipu daya sekutu APCO ini. Pimpinan serta jentera PR telah berikhtiar dan berusaha untuk menyedarkan mereka dari mengalami nasib yang menimpa pengundi-pengundi di Bagan Pinang sekarang. Di sana mereka ditipu hidup-hidup termasuklah perajurit-perajurit di sekitar kem Bagan Pinang. Sebelum itu, di Manek Urai juga rakyat di tipu hidup-hidup dengan sebuah jambatan jutaan ringgit. Butakah mata kita setelah Tuhan tunjukkan semua tipu muslihat golongan ini? Mengundi mereka bererti kita menggalakkan mereka terus menipu dan menipu seperti di awal-awal pencalonan lagi mereka sudah menipu rakyat di hulu Selangor. TPM berjanji dengan calon tempatan dari MIC, tetapi apa yang terjadi? Calon mereka pula mengikut jejak pemimpin penipu ini dengan sijil yang beliau ada.

Isu APCO diselesaikan di Parlimen sahaja tanpa ada jawapan dari Najib. Jawapan mereka adalah DS Anwar mesti dikenakan tindakan kerana tidak mahu bersekongkol dengan APCO. DS Anwar sebaliknya berani mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka di Hulu Selangor pada malam esok berkaitan APCO dan keselamatan negara. Soalnya, adakah Najib punyai keberanian seperti Obama yang beliau agung-agungkan itu? Amat rugi sekali Najib sewaktu bertemu Obama tidak meminta tips atau petua dari pemimpin sekutu Israel itu bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berani berhujah. Obama terkenal kerana berani berdebat sewaktu pemilihan Presiden Amerika sebelum ini. Mengapa tidak dengan Najib? Mengapa yang baik tidak diikut, tetapi yang buruk begitu cepat diikuti oleh Najib?

Kembalilah wahai anak jati Hulu Selangor di perantauan. Satu undi dari kamu sama seperti sebutir peluru yang kamu halakan ke arah sekutu APCO. Teruskan perjuangan.

TAK MAMPU SANGGAH PROGRAM KEBAJIKAN KERAJAN PR SELANGOR, BN SERANG PERIBADI CALON

8 jamadil Awal 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

BN terus menggunakan isu peribadi bagi memburukkan calon lawan mereka. BN sudah kehabisan modal untuk menangkis serangan PR di Hulu Selangor.

2 tahun PR memerintah negeri Selangor, sudah membuktikan keupayaannya memerintah dengan baik berbanding 50 tahun BN perintah Selangor.

Pencapaian terbaik kerajaan PR Selangor selama 2 tahun memerintah Selangor dapat dilihat berdasarkan program-program kebajikan kepada rakyat. Antaranya :-

1. Pemberian 20 meter padu pertama air secara percuma
2. Tabung Warisan Anak Selangor
3. Skim Mesra Usia Emas
4. Hadiah dermasiswa kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
6. Berjaya membawa pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 (pelaburan kedua tertinggi di Malaysia)
7. Menaikkan elaun guru-guru KAFA RM 1000 sebulan.
8. Berjaya menyiapkan dan menyerahkan 5,655 unit rumah yang terbengkalai semasa BN memerintah.
9. Tiada lagi kontrak runding terus untuk projek-projek kerajaan negeri.
10. Tidak membenarkan Adun & EXCO menganggotai jawatankuasa tender untuk kontrak majlis tempatan.
11. Balai raya dan dewan dibenarkan digunakan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman parti, bangsa dan agama.
12. Memberi hak milik tanah kepada 100,00 penduduk di Kuala Selangor dan melanjutkan pajakan 99 tahun kepada 183 keluarga di Sekinchan dengan bayaran hanya RM 1 sekaki persegi.
13. Memperuntukkan dana RM 50 juta untuk skim micro-kredit (al Qardhu Hasan) bagi mengatasi masalah Along.
14. Memperuntukkan RM 20 billion untuk tempoh 10 tahun bagi menaik tarafkan sungai-sungai di Selangor.
15, Mengazetkan 321.7 hejtar hutan Kota Damansara sebagai Hutan Simpan Kekal.
16. Melantik Ahli-ahli Majlis tempatan dari kalangan mereka yang ada berkelayakan dan profesional.
17. Mewujudkan pendengaran Awam SELCAT bagi membuat siasatan terhadap tingkahlaku pentadbiran terdahulu yang menyalahgunakan harta rakyat untuk kepentingan tertentu.

dan banyak lagi.

Tinjauan petugas PR di kampung dan felda-felda Hulu Selangor, petugas UMNO BN telah membohongi rakyat apabila nikmat yang rakyat kecapi melalui program-program seperti pemberian 20 meter padu air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah dermasiswa kepada pelajar IPT dan sebagainya, para petugas UMNO BN mendakwa itu semua datangnya dari kerajaan UMNO BN.

Inilah pembohongan yang dilakukan dalam kempen-kempen UMNO BN. UMNO BN semakin terdesak, tidak ada cara lain untuk mengelabui mata rakyat, mereka menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang dituduh sebagai kaki arak, kaki judi, tidak ada pegangan agama, berfahaman liberal, mencabar hukum hudud dan sebagainya.

Apapun masalah peribadi Zaid, itu semua sejarah zaman silamnya sewaktu dalam UMNO. Beliau sendiri secara jujur mengakui sejarah zaman silamnya sewaktu masih bergelumang dalam UMNO BN. UMNO BNlah yang menjadikan ia berakhlak begitu. Kini beliau telah meninggalkan tabiat tersebut, beliau sudah berubah 100%, pemikiran dan aqeedah sudah berubah 100%, akhlaknya juga sudah jauh berbeza berbanding dengan akhlak dan amalan pemimpin UMNO BN yang lain. Beliau sudah bertaubat sejak meninggalkan UMNO BN.

UMNO BN sebenarnya terkejut dengan perubahan 100% Datuk Zaid. Terpaksalah mereka mencari gambar-gambar lama yang diubah suai dengan teknologi yang tinggi sehingga digambarkan Zaid peminum arak yang tegar, dicari semua kenyataan-kenyataan zaman silamnya terhadap Islam dan sebagainya. UMNO BN tidak berupaya berbuat demikian, rakyat menolak kempen terburuk UMNO BN ini, mereka mencari isu lain pula. UMNO mengakui Zaid sudah bertaubat dan berubah, persoalan yang UMNO bangkitkan sekarang adakah taubat Zaid diterima Allah.

Itu kita tidak tahu, kita menghukum dan menilai pada yang zahir sahaja. Soal taubatnya diterima atau tidak oleh Allah, bukan kerja kita sebagai manusia untuk menilainya. Tidak akan ada di kalangan malaikat mahu memberitahu kita bahawa taubat Zaid telah diterima oleh Allah swt.

Sekurang-kurangnya Zaid seorang yang jujur, mengakui sejarah silamnya. Dia bukan malaikat atau manusia yang sempurna sebagaimana para nabi dan rasul. Para sahabat Rasulullah saw. sekalipun ada zaman silamnya. Saidina Umar Al Khattab r.an, semua orang tahu kehidupan zaman jahiliyahnya bagaimana, setelah beliau menerima Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat yang terbaik taqwanya yang akhirnya dipilih menjadi Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar Assiddiq r.an.

Begitulah Zaid Ibrahim. Semua orang tahu sejarah silamnya. UMNO lagi tahu dari orang lain sejarah silam Zaid. UMNO jugalah yang mendokong Zaid ketika itu. Sekarang Zaid tidak lagi Zaid sebagaimana dalam UMNO. Dia menentang hudud ketika dalam UMNO, beliau mengakui UMNOlah yang menjadi penyebab mengapa beliau menentang hudud. Beliau telahpun menarik balik sikapnya dulu sebagai penentang hudud. UMNO menerima Zaid di ketika Zaid berakhkak buruk sebagaimana yang UMNO sendiri dedahkan, kini PAS, PKR dan DAP menerima Zaid setelah Zaid meninggalkan semua amalan buruknya dulu sewaktu dalam UMNO. PAS turut bangga mempunyai pemimpin dalam PR yang sudah bertaubat.

UMNO BN kata Zaid tidak layak menjadi Ahli Parlimen untuk rakyat Hulu Selangor kerana Zaid telah ditolak oleh rakyat Kelantan, bodohnya mentaliti pemimpin UMNO BN yang bercakap demikian. Rakyat Kelantan tolak Zaid dalam pilihanraya 2008 kerana Zaid ketika itu UMNO. Sekarang kalau Zaid bertanding atas tiket PR sudah pasti rakyat Kelantan akan terima beliau. Zaid bertanding di Hulu Selangor bukan sebagai ahli UMNO, tetapi sebagai ahli PKR. Tidak ada sebab pengundi Hulu Selangor tolak Zaid hanya kerana Zaid ditolak oleh rakyat Kelantan. Zaid banyak kelebihan berbanding dengan calon BN, beliau ada pengalaman sebagai Menteri dan juga peguam. Suara beliau sangat diperlukan di Parlimen bagi menyuarakan masalah rakyat, kemampuan sebagai ahli undang-undang juga melayakkan beliau menjadi Ahli Parlimen yang baik bagi membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan hak asasi.

Rakyat Hulu Selangor diseru menggunakan akal dan hati budi yang waras bagi menentukan masa depan yang lebih baik menerusi undi mereka dengan memilih Datuk Zaid sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.

Bebas dari tuduhan rasuah, lantik kami jadi Exco kalau tidak ugut untuk lompat sekali lagi.

8 Jamadil Awal 1431H.

Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak (gambar) dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri. Keputusan ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat yang mempertahankan mereka berdua sebelum mereka menjadi pengkhianat dan penyebab kepada jatuhnya kerajaan PR Perak dalam rampasan kuasa satu masa dulu adalah benar.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta hari ini.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

Semua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar .

Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Berikutan dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah pada hari ini , saya menjangkakan mereka berdua akan menerima hadiah yang dijanjikan iaitu dilantik menjadi Exco kerajaan negeri. Kemungkinan untuk mereka dilantik kejawatan itu adalah sangat wajar memandangkan jasa mereka berdua kepada BN sangatlah besar sedangkan hadiah yang diterima mereka adalah tidak setimpal jasanya setakat ini.

Bagi saya katak dari jelapang, Hee Yit Fong yang telah menerima semua yang diimpikan selama dia berada dalam pakatan Rakyat. Hadiah -hadiah kepada Katak ini telah diterima semuanya menurut maklumat yang saya dapat termasuklah anugerah pangkat Datuk dari DYMM Sultan adalah hasratnya yang sering diucapkan satu masa dulu.

Namun kenapakah hadiah kepada jamaluddin dan osman tidak nampak sangat, sedangkan masa dan hayat katak ini dalam politik semakin hampir untuk tamat. Sudah pasti mereka berdua tidak akan dicalonkan lagi untuk mewakili BN bila berlaku pilihanraya pada masa akan datang, sedangkan habuan dari persaraan nampak kurang jelas.

Katak jelapang sudah sangat kenyang, dan dia sebenarnya kalaupun masih berkokok bukan untuk memanggil hujan tapi sekadar untuk seronok-seronok sahaja sebab semua yang diimpikan sudah dicapainya.

Sedangkan katak Behrang dan Changkat Jering terus berkokok kalau-kalau benar jangkaan saya dia akan dilantik menjadi Exco dalam masa terdekat.

Kalau tidak eloklah ugut BN untuk melompat sekali lagi dan pasti saudara-saudara akan dilantik kejawatan tersebut.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

Penjaga Bayi, Pekerjaan yang Semakin Popular di China


8 Jamadil Awal 1431H.

Kini, semakin banyak keluarga China mempelawa orang profesional menjaga ibu muda yang baru melahirkan anak dan anaknya. Purata pendapatan mereka ialah 3000 yuan RMB sebulan. Purata pendapatan tertinggi mereka di antara 5000 hingga 6000 yuan RMB sebulan. Angka ini lebih tinggi daripada pendapatan seorang kekitangan kerajaan biasa di Beijing.

Orang profesional yang menjaga anak yang baru berusia tiga bulan dan anaknya dipanggil "penjaga bayi", manakala mereka yang menjaga anak lebih tiga bulan dan ibunya dipanggil "penjaga anak". Pendapatan penjaga anak lebih rendah daripada penjaga bayi. Di antara perkhidmatan yang mereka berikan termasuklah makanan ibu muda yang berzat, menjinakkan anak secara saintifik, memandikan, mengurut dan melatih anak. Pekerjaan ini bukan sahaja memerlukan pengetahuan profesional, tetapi juga memerlukan sikap sabar dan rasa kasih sayang.

Makcik Xu yang berasal dari bandar Handan, provinsi Hebei memberitahu wartawan bahawa pada mulanya, anggota keluarganya tidak menyokong beliau menceburkan diri dalam industri ini. Menurut tanggapan warga China, pendapatan bukan perkara yang penting dalam menilai kedudukan seseorang dalam masyarakat, sebaliknya taraf pendidikanlah yang menentukan sama ada seseorang akan dihormati atau tidak dalam masyarakat. Kebanyakan orang menganggap penjaga rumah tidak pernah mengikuti pendidikan yang bertaraf tinggi. Sebenarnya, pada beberapa tahun kebelakangan ini, taraf profesional penjaga anak telah semakin meningkat. Industeri ini telah membebaskan diri daripada industri penjaga rumah. Penjaga anak turut mendapat pengiktirafan dan penghormatan dalam masyarakat.

Zhang Junjun merupakan seorang ibu muda. Menurutnya, mempelawa penjaga anak amat bermanfaat kepada bayi dan wanita yang baru melahirkan anak. Dia boleh membelajari konsep saintifik menjaga anak daripada penjaga anak tersebut.

Walaupun penjaga anak boleh menyediakan perkhidmatan yang professional, namun, ada di kalangan warga emas yang tidak menyokong untuk mempelawa penjaga anak dalam tempoh jangka yang panjang. Ibu Zhang Junjun pula berpendapat bahawa ibu bapa muda perlu menjaga sendiri anak mereka kerana ini bermanfaat bagi meningkatkan rasa kasih sayang antara ibubapa dengan anak. Tambahan pula, ibu bapa boleh mengenali kebiasaan anaknya dan mempunyai pengalaman dalam membesarkan anak.


Wang Lei, merupakan seorang lagi ibu muda. Ibu bepanya tidak dapat membantunya untuk menjaga anaknya kerana mereka kurang sihat. Manakala, Wang Lei pula sangat sibuk. Oleh itu, dia mempelawa penjaga anak. Menurut Wang Lei, berkomunikasi dengan penjaga anak tersebut dan menghormatinya, kerena penjaga anak itu boleh menjaga anak kecil dengan bersungguh-sungguh.


Kini, konsep menjaga anak dalam keluarga China mengalami perubahan secara beransur-ansur. Industri penjaga anak yang semakin popular di negara ini merupakan salah satu keistimewaan masyarakat China pada masa kini.CRI/-




Masjid-masjid di Shanghai : Masjid Songjiang

8 Jamadil Awal 1431H.

Masjid Songjiang terletak di Jalan Gangbeng, Jalan Zhongshanzhonglu. Ia dibina pada zaman Dinasti Yuan, iaitu pada tahun 1341 hingga tahun 1367. Masjid tersebut merupakan masjid yang paling lama di Shanghai. Keunikan zaman purba masjid tersebut masih terpelihara dengan baik yang mengekalkan nilai berharga dari segi sejarah dan kesenian.

Masjid Songjiang mengekalkan gaya tradisional agama Islam pada zaman Dinasti Yuan dan Ming dalam sejarah China, iaitu kawasan perkuburan disediakan dalam masjid. Terdapat empat batu bersurat kuno yang tercatat sejarah masjid tersebut dan proses projek memperbaiki masjid ini pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Masjid Songjiang boleh dikatakan sebagai tapak bersejarah yang penting bagi interaksi tamadun China dengan dunia Arab.

Pintu utama masjid tersebut menuju ke arah utara. Selepas memasuki pintu masjid, kita melalui sebatang jalan yang sempit. Setelah melalui jalan ini, pemandangan kita akan terbuka luas kerana sampai ke satu halaman yang sangat luas. Halaman tersebut dikelilingi oleh tembok. Bentuk tembok tersebut menyerupai seekor naga. Maka, tembok ini juga dikenali sebagai "Tembok Naga". Bentuk yang halus dan cantik diukir pada atap tembok tersebut.

Pintu gerbang ini juga dianggap sebagai menara dalam masjid. Seni binanya mempunyai cirri binaan tradisional bahagian selatan China pada zaman kuno.

Dewan sembahyang yang menyerupai istana tradisional China terletak di barat masjid tersebut. Tempat mengambil wuduk terletak di sebelah selatannya, manakala bilik untuk Imam menyampaikan ceramah, membaca Al-Quran dan menemui tetamu disediakan di kedua-dua bahagian di utara dan selatan dewan sembahyang ini.

Masjid Songjiang seperti sebuah taman peranginan. Pokok yang berusia dapat dilihat dalam halaman masjid, manakala rumput yang hijau dan bunga yang berwarna-warni juga terdapat dalam masjid ini. Suasana di sini sangat sunyi dan harmoni.


Panduan Perjalanan ke Masjid Songjiang:


Masjid Songjiang, Shanghai

Add: No. 339 Jalan Zhongshanzhonglu, Daerah Songjiang, Shanghai
Tel: 021-57823684 Poskod: 201600


Bagaimana untuk sampai di Masjid Songjiang:


(1) Subway Line 9 turun di stesen Songjiangxincheng (stesen terakhir line 9 ke arah selatan), bertukar kepada bas No.12 dan turun di stesen Jalan Renminnanlu. Berjalan kaki ke arah utara kira-kira 400 meter sehingga sampai ke Jalan Gangbeng dan akan kelihatan pintu utara Masjid Songjiang.

(2) Subway Line 9 turun di stesen Songjiangdaxuecheng, bertukar kepada bas No. 9 dan turun di stesen Keyunzhongxin (bermaksud Pusat Pengangkut). Berjalan kaki ke arah utara kira-kira 600 meter sehingga sampai Masjid Songjiang.

(3) Subway Line1 turun di stesen Jinjiangleyuan, bertukar Line Songmei turun di stesen Songjiangqichezhan, dan terus berjalan kaki ke arah utara kira-kira 400 meter sehingga sampai ke Masjid Songjiang. CRI/-

Ahli PKR keluar parti : UMNO kena tipu dan penipu

8 Jamadil Awal 1431H.

Sejak kebelakangan ini seiring dengan kehangatan kempen PRK Hulu Selangor, BN dan UMNO terus berkempen dengan cara kotor dengan menipu dan sekali gus dia juga kena tipu apabila Media Arus Perdana yang dikuasai oleh UMNO mengumumkan kononnya pemimpin PKR teluar parti dan masuk UMNO.

Sedangkan hakikatnya setakat ini dua penafian dilakukan bagi menafikan dan membuktikan bahawa individu berkenaan bukan seperti yang laporkan malah jelas satu pembohongan,. Setakat ini melibatkan PKR Bagan Serai perak dan AMK PKR Kelantan.

Kelmarin dilaporkan secara meluas kononnya setiausaha AMK Kelantan keluar parti sedangkan sekarang ia tidak memegang jawatan itu. Benar ia bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad yang sebenarnya kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.

“Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai,” demikian penafian olah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.

Beberapa hari lepas juga seorang wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai dilaporkan media keluar dari PKR.

Namun wanita itu berbohong dan UMNO berbohong seperti yang dinyatakan oleh kenyataan, "sebenarnya dia tidak memegang apa- apa jawatan dalam organisasi Wanita PKR Cabang Bagan Serai." Demikian satu penafian yang dikeluarkan oleh Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Sdr. Md. Nasib bin Rahim.

Kenyataan PKR Bagan Serai itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang betul Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi kami sebagai Pimpinan Cabang sudah tahu bahawa perempuan ini merupakan proksi UMNO dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang.

Inilah cara kempen UMNO yang sudah dilihat sangat terdesak dan melakukan apa saja cara untuk memburukkan dan menggambarkan parti lawan lemah walaupun dengan mengggunakan kaedah penipuan.

Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuah bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin UMNO dan mengaku pemimpin PKR mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti sekaligus masuk UMNO. Pasti mereka akan menerami saudara sebagai pelakun tambahan seterusnya.

Buka itu sahaja, rasanya ada bayaran yang agak lumayan dengan kerja jahat itu. selain itu adalah peluang didamping oleh orang seperti Zahrin, Salahuddin dan yang seronoknya kalau untuk Bagan Serai Mohsin Tempirai boleh duduk disebelah untuk episod berikutnya kalau ada, itupun kalau dia berani !.

Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan

8 Jamadil Awal 1431H.

Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.

Wong (gambar), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.

Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.

Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.

Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.

Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya.

Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.

Sejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak.

Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi.

Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.

“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.

Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan.Malaysiakini/-

Lawatan PM bukti mahu tunduk terhadap polisi AS

8 jamadil Awal 1431H.
Nuruddin Muhammad

Malaysia sedari awal digambarkan sebagai negara umat Islam yang membangun, produktif, antara yang paling aman serta mengalami pertumbuhan FDI, teknologi dan institusi pendidikan yang tinggi di kalangan negara umat Islam yang lain.

Malah melalui OIC, malaysia menjadi harapan kepada dunia Islam yang ingin sangat menrungkai jauh islamophobia di kalangan barat dan sekutunya, membaiki persepsi luar terhadap dunia Islam, menjadi duta untuk melobi bahawa negara Islam adalah antara blok yang boleh menjadi kuasa penentu ekonomi dunia, kestabilan keselamatan dunia dan sebagainya.

Malaysia yang juga memimpin OIC boleh berperanan dengan berkesan jika kita terus-menerus melobi agar negara lain turut cakna dan aktif bersuara lantang untuk membela umat Islam sedunia. Kini uamt Islam sedunia makin parah masa depannya akibat polisi Amerika yang semakin lama semakin terpesong daripada kempen awal counterterrorist policy mereka.

Melalui lawatan dan pertemuan PM dengan Presiden AS baru –baru ini, rakyat dan umat Islam sedunia mulai ragu peranan Malaysia sebagai duta diplomatik yang boleh menhubung jalinkan hubungan antara blok barat dengan Islam serta membuang prasangka barat terhadap umat Islam da sistem agamanya. Obama yang memiliki agenda tersirat untuk melobi sebanyak mungkin negara – negara terutama dari kalangan dunia ketiga dan negara yang mewakili Islam khususnya demi menyokong dasar washington yang ingin mneyekat hak Iran memperkayakan pengeluaran uraniumnya.

Tidak cukup dengan kuasa PBB, IEA dan sebagainya, AS kini inginkan lidah-lidah umat Islam pula dijadikan ‘wasilah’ dan kini Obama berjaya bertawasul dengan lidah Perdana Menteri kita untuk mengiyakan ‘keganasan’ yang dibuat oleh Iran hanya kerana memproses nuklear.

Malah sebelum malaysia yang cukup kerdil dalam arena nuklear, AS telah berjaya melobi kuasa besar dunia seperti China, Britain, Perancis, Jerman da Russia.

PM sendiri mengakui dalam perbincangan bersama Obama, betapa pelrunya Iran mentaati arahan PBB, NPT dan IEA untuk menghentikan proses nuklearnya walaupun telah ada janji daripada Tehran bahawa nuklear mereka hanya untuk penjanaan elektrik da sumber tenaga tertier semata-mata.

Adakah Perdana Menteri kita tidak sedar bahawa tarian AS yang memalu gendang agar dunia merestui serangan mereka ke atas Iraq pada 2003 hanya atas alasan senjata pemusnah adalah ternyata palsu? Bukankah pegawai penyiasat ke Iraq sendiri mengakui tiada langsung senjata pemusnah di Iraq?

Persoalannya mengapa perlu PM kita menari megikut tarian Islamofobia AS? Kemunculan Obama dalam pentas politik White House dimulakan dengan pelbagai slogan dan retorik untuk membaik pulih hubungan antara AS dan dunia Islam demi meredakan kudis 11 September yang dicipta oleh AS sendiri.

Rasanya Perdana Menteri kita cukup arif betapa negara yang sekian lama menyalahgunakan senjata adalah AS dan sekutunya! Iran tiada rekod holocoust atau genosid etnik dilakukan oleh mereka. Iran tiada rekod silam penyalahgunaan nuklear dengan menghancurkan mana-mana negara.

Sebaliknya AS sarat dengan data dan statistik jenayah perag di Vietnam, Afghanistan, Iraq, usaha mereka membantu Israel membantai Palestin dan pernah diam membungkam melihat Serbia meratah Bosnia pada awal 1990an dahulu. Malaysia pernah menganjurkan ‘jihad’ menentang kezaliman Isral-AS melalui kempen We Want Peace serta kempen Aman malaysia, namun kini membawa masuk syarikat APCO World wide (Yahudi Zionis yang nyata pro dengan kezaliman AS) ke dalam pentadbiran negara.

Dunia Islam telah lama dicengkam oleh Barat dan kini diketuai oleh AS melalui oelbagai perjanjian yang akhirnya merugikan umat Islam. Perjanjian damai di antara Palestin dan Israel yang ditaja Amerika telah memaksa umat Islam untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah walau pun Israel didirikan di atas tanah yang dirampas daripada orang Islam, Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear (NPT), yang menghalang Iran dari membuat senjata nuklear sedangkan Amerika memberi teknologi nuklear kepada Israel dan India yang tidak menandatangani NPT; Perjanjian AFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Asia Tenggara) yang memberi peluang kepada syarikat asing mengeksport produk mereka tanpa sebarang halangan; dan Perjanjian PerdaganganBebas (Free Trade Agreement, FTA) yang telah dimeterai antara Amerika dan Malaysia serta Malaysia dan Jepun.

NPT adalah umpama paspot besar AS untuk menghalang sebarang kebangkitan teknologi dari blok Islam. Tesis Samuel Hungtington berkenaan potensi besar blok Islam mendominasi dunia barat cukup menjadi paranoid AS sejak zaman Bush dan kini Obama mewarisinya lagi. NPT juga menjadi wazan untuk AS melobi dunia ketiga membenci Iran dan mana-mana negara umat Islam yang ingin bangkit maju. Maju yang direstui oleh AS adalah negara-negara yang hanya sibuk untuk menaikkan kadar FDI, sibuk memperomosi KDNK kepada dunia, sibuk dengan ekonomi berependapatan tinggi dan sebagainya. Malah AS cukup bangga dengan negara-negara yang korup dalam institusi ketenteraannya termasuk korup dalam pembelian senjata dan instrumen perang.

Kini Kajian Semula Pendekatan A.S. Terhadap Nuklear (NPR) menjadi alat baru AS untuk melobi dunia agar setuju dengan wayang mereka memusuhi negara yang ingin juga mmeiliki nuklear. Melalui NPR Pentadbiran Obama ingin memaksa masyarakat global untuk mematuhi perjanjian NPT. Di bawah perjanjian ini, negara-negara yang ada senjata nuklear bersetuju untuk melucutkan senjata nuklear mereka, sementara negara-negara tanpa senjata nuclear pula bersetuju untuk tidak membuat senjata nuklear, dan memberi hak negara lain membina tenaga nuklear untuk tujuan keamanan.

Menurut teks Kajian Semula Pendekatan A.S. Terhadap Nuklear, "Amerika Syarikat tidak akan mengguna atau mengancam untuk menggunakan senjata nuklear ke atas negara-negara yang tidak mempunyai senjata nuklear yang menjadi ahli di dalam NPT dan mematuhi syarat-syarat perjanjian pengawalan nuklear tersebut." Namun AS ghairah melaung bahawa negara membangun yang memiliki nuklar berpotensi menjadi ganas. Objektifnya, ganas adalah subjek yang ingin dibincangkan. Bagaimana pula negara yang kononnya baik dan berdisiplin dengan NPT seperti AS tetapi ganas membunuh umat Islam serata dunia? Perdana Menteri kita perlu disedarkan hakikat ini.

Rakyat boleh menilai betapa kunjungan PM ke AS hanya untuk membina imej bukannya menjadi duta umat Islam. Malaysia yang giat mencanangkan dirinya sebagai wakil umat Islam tidak boleh menanggalkan label tersebut walau di mana sahaja lawatan kerja kerajaan serata dunia.

Sampai bila pemerintah negara ini ingin menghanyutkan rakyat dengan kalimah dongeng yang indah tetapi kosong. Umpama India yang memujuk kemiskinan rakyat melalui lambakan filem cinta yang idealis, indah dan mewah. Daripada konsep Isla Hadhari, 1 Malaysia kini pula menyusul Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengitar semula masalah defisit negara kepada bentuk kerugian yang baru.

Jika alasan PM mengunjungi AS untuk melobi negara yang dikatakan memiliki kuasa ekonomi yang kuat, ia adalah salah dan karut. Setakat maklumat tahun daripada Monthly Budget Review yang boleh ditinjau di laman www.cbo.gov, hutang AS sendiri adalah berjumlah $12 trillion (November 2009) iaitu 83% daripada KDNK. Hasil negara pula hanya $2.106 trilion (2009) berbanding perbelanjaan negara sebanyak $3.515 trilion (2009). Malah AS adalah antara negara yang paling tinggi mengalami defesit belanjawan tahunannya serta masih samar cara untuk merawatnya secara jangka panjang melainkan menipu dunia melalui stimulus jangka pendeknya sahaja.

Jika malaysia inginkan rujukan dari aspek kemampanan ekonomi, pertubuhan FDI, pengurusan awam yang kian cemerlang, PM perlu melawat ke negara kuasa baru ekonomi dunia iaitu BRAIC (Brazil, Rusia, India dan China). Sekurang-kurangnya negara-negara tersebut tiada lagi rekos jenayah perang, parasangka buruk terhadap Isla yang sedahsyat AS da sekutunya.

Dalam hal melobi negara luar untuk memperkukuhkan negara, PM perlu sedar bahawa kemampanan hubungan seranta bukan sekadar boleh ditangani melalui lawatan dan diskusi bertema sahaja tanpa ada agenda jauh yang berperinsip. Dialog peradaban yang bersungguh untuk meruntuhkan Islamofobia barat dan AS perlu dijalankan dan bukannya mengangguk terhadap persepsi negatif AS terhadap umat Islam.

Anwar Ibrahim pernah menyatakan,

“ Dialog pelru berterusan dan berlandaskan kejujuran serta kesungguhan untuk memahami satu sama lain. Setiap pihak mesti keluar daripada tempurung pemikiran melampaui sempadan kebudayaan masing-masing. Persengketaan lama perlu dilupakan seperti yang diungkap oleh T.S Eliot, we must not revive old factions, restore old policies or follow an antique drum” (Gelombang Kebangkitan Asia)

AS perlu disedarkan betapa dasar zalim mereka tidak akan membantu defisit nilai, sosial dan ekonomi mereka kini. Tanpa sokongan blok Islam dan Asia, AS akan runtuh menyembah bumi seperti mana kuasa hegemoni sebelumnya. Peranan pemimpin seperti PM Malaysia adalah terletak dalam konteks sebegini dan bukannya menambahkan keangkuhan AS terhadap umat lemah serata dunia.

PM kita berkata sentimen dan sikap AS terhadap Malaysia telah berubah bukan sahaja oleh Presiden Barack Obama dan pentadbirannya tetapi juga menjangkau ke Capitol Hill dalam kalangan senator dan ahli Kongres serta sektor swasta. Selain imej Islam yang dipandang rendah oleh AS, kezaliman, penyalahgunaan mahkamah, salah laku pemimpin, dan rasuah juga memberi imej negatif terhadap Malaysia jika kita teliti sekian banyak kajian dan dokumentasi pemerhati bebas.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha TERAS Perak