28 March 2010

Kemelut istana: Kerajaan Negeri Kelantan tiada masalah

12 Rabiulakhir 1431H.

PENGKALAN CHEPA, 27 Mac: Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri tidak menghadapi sebarang masalah dengan kemelut istana kini kerana apabila dilihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad ianya sentiasa berlandaskan undang-undang.

"Ini masalah perlembagaan, saya serah kepada orang yang berkenaan iaitu Abdul Halim dan saya ucap terima kasih kepada beliau kerana buat kenyataan sebelum ini.

"Apa yang penting Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra masih gering, kalau tuan-tuan berasa hendak ziarah atau menghadap sendiri sila lakukan, tengok sejauh mana tahap kesihatan tuanku, boleh buat kerja atau tidak," katanya.

Baginya, krisis yang melanda institusi Kesultanan Kelantan kini hanyalah kerana adanya pihak yang tidak merujuk kepada Perlembagaan Negeri dan sengaja membawa kekalutan apabila membuat sesuatu tindakan.

Tambahnya, dan ia akan semakin merebak sekiranya masih berpegang kepada pandangan peribadi.

Harakahdaily/-

Siapa Presiden MCA hari ini ?

12 Rabiulakhir 1431H.

Siapa di antara tiga calon yang akan dilantik dan diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk menerajui MCA melalui zaman paling gawatya? Bagi saya siapapun yang akan dilantikm MCA akan semakin ditolak oleh masyarakat Cina sendiri. Sebagaimana UMNO ia akan terus dipinggir oleh bangsanya setelah sekian lama khianat kepada amanah yang diberikan.

Bagi peganalisis politik, Ooi Kee Beng beliau yakin bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting akan berjaya merampas semula jawatannya pada pemilihan parti itu hari ini.

“Sekurang-kurangnya, dia adalah pemimpin tunggal BN yang meletakkan jawatan selepas perkara yang memalukan pada 8 Mac itu,” kata Ooi dalam wawancara menerusi e-mail dengan Malaysiakini.

8 Mac 2008 yang juga dinamakan 'tsunami politik' menyaksikan BN hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan lima negeri.

“Apa yang baik bagi MCA ialah menjadi pemimpin berkredibel untuk masyarakat Cina - dengan kata lain berani untuk berdepan dengan Umno,” kata Ooi yang berpangkalan di Singapura.

Malangnya, semua mereka tidak mampu berbuat demikian.

Ka Ting membuat keputusan untuk turun semula ke gelanggang politik dan akan berdepan dengan presiden sekarang, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bagi penganalisis politik, James Wong, pengamatannya mendapati kebanyakan masyarakat Cina lebih gemarkan pemimpin muda.

Jika perkiraan itu diambil, maka ia bererti Ka Ting atau Tee Keat akan dipilih mereka mempunyai usia yang sama berbanding Chua yang lebih tua.

Menurut Wong, Tee Keat bagi sesetengah orang dilihat sebagai pemimpin yang agak individualistic dan egoistic.

Hadits Pilihan.

Sabda Rasulullah saw "Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu" (Muslim)

Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara.

11 Rabiulakhir 1431H.
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 27 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Isu pindaan perkataan Allah pada prinsip Rukun Negara dibangkitkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ujar Tuan Guru Nik Aziz lagi, jika masih timbul kekeliruan berhubung penggunaan perkataan Allah itu, PAS bersedia mengambil tanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat.

Mengulas kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS pula, beliau sedia memikul amanah tersebut jika terus diberi kepercayaan oleh parti.

Namun, beliau juga menyatakan kesediaan untuk berundur jika parti mempunyai pengganti yang lain.

Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

"Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan.

"Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita.

"Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau

Nik Aziz bahagia jika tak lagi dilantik

11 Rabiulakhir 1431H.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan merasa bahagia jika tidak lagi dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata bahawa dalam PAS, ramai calon yang layak untuk menggantikannya dan bukan hanya diri beliau sahaja yang layak. Demikian seperti dilaporkan oleh malaysiakini hari ini.

Ia ditambah pula dengan pengakuan beliau sendiri bahawa rekod kehadiran beliau tidak memuaskan untuk menghadiri program di luar Kelantan termasuk menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang lebih banyak diwakilkan kepada timbalannya Datuk Dr Harun Din.

"Rekod kehadiran saya memang buruk dan mungkin barangkali timbullah ... lebih baik ambil orang yang sihat," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa beliau dijangka tidak akan dikekalkan sebagai Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun lagi, yang keputusan mengenainya akan diputuskan Majlis Syura Isnin ini.

Ditanya bagaimana pula sekiranya beliau terus dipilih, beliau berkata "jika dilantik lagi, ambo (saya) terima, tetapi itulah saya payah nak hadir mesyuarat."


Beliau turut menyambut baik saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya ditukar prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah.

Nik Aziz berkata perkataan Allah lebih jelas maksudnya.

"Semua agama guna Tuhan dan Allah itulah Tuhan yang sebenar," katanya.

Mengulas mengenai pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin bahawa Zulkifli ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, beliau berkata Zulkifli wajar membuat laporan kepada polis dan bukan sekadar membuat pendedahan.

"Kalau saya tahu perkara macam itu, saya akan buat laporan polis dan serah sahaja kepada polis untuk menyiasatnya," katanya.

Hadits Pilihan.

11 Rabiulakhir 1431H.


Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)