16 March 2010

Terkini : Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS mati dibunuh??

29 Rabiulawal 1431H

Saya menerima panggilan telefon dari seorang aktivis PAS di Ipoh memaklumkan berita Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS, Sdr. Siva mati ditembak di Langkap hari ini.

Berita itu juga mengesahkan mangsa ditembak oleh dua orang yang bermotosikal tidak dikenali.

Sementara itu pihak kami masih menjejaki sumber dari pihak berwajib mengenai berita tersebut.


Terkini : Naib YDP PAS Bukit Gantang kembali ke Rahmatullah

29 Rabiulawal 1431H

Cikgu Samad, YDP Bukit Gantang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Demikian satu sms yang diterima oleh PJ PAS Perak sebentar tadi yang dikirim oleh YDP PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin bin Jaafar.

Pagi tadi saya menerima sms dari setiausaha kawasan Cikgu Khairul yang memaklumkan Cikgu Samad sedang nazak di wad C5 Hospital Taiping.

Kami semua rombongan Badan Perhubungan PAS Perak yang masih berada di Jordan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah, dan berharap mereka bersabar menempuh ujian ini.

Umat Islam diseru kembalikan kegemilangan ilmu

29 Rabiulawal 1431H
Hazayani Zakaria

GOMBAK, 15 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam agar mengembalikan kegemilangan ilmu seperti zaman pemerintahan Islam yang terdahulu.

Abdul Hadi berkata, ramai di kalangan manusia pada zaman ini mempunyai ilmu yang tinggi tapi gagal memanfaatkannya ke arah kebaikan.

"Agenda ilmu perlu kembali dan dikembalikan untuk memartabatkan umat Islam. Hari ini kita melihat banyak orang yang berilmu tapi gagal dalam hidup. Mereka ada ilmu, tahu, faham, mengerti, macam orientalis barat, alim dalam bidang Islam tapi menentang Islam.

"Ulama-ulama yang jahat, ilmunya ada tapi iman dan akhlak tidak dibina dengan cara yang baik, tidak istiqamah dalam hidup. Contohnya, golongan berilmu dalam bidang sains dan teknologi, mencipta alat-alat yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata. Sebabnya kerana ilmu tidak berasaskan kepada kewajipan khilafah dan kewajipan amanah yang ditetapkan oleh Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Pembangunan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar petang semalam.

Ujar Abdul Hadi, asas segala ilmu yang dipelajari oleh manusia terdapat dalam Al-Quran, iaitu mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

"Islam telah berjaya memerintah negara yang besar. Di timur, sampai ke rantau Asia Tengah, di Baratnya Sepanyol, di utaranya, Asia Tengah hingga ke Moscow, di selatan, Afrika Tengah.

"Pada zaman yang belum wujud kecanggihan ilmu seperti zaman ini, tetapi asas-asas ilmu dalam segala bidang sudah wujud di dalam Al-Quran. Apa sahaja ilmu yang lahir di kalangan manusia asasnya adalah di dalam al-Quran, sama ada ilmu yang dapat memberi manfaat dalam hubungan dengan Allah, dengan manusia, dengan segala benda yang ada di muka bumi, termasuk ilmu yang diharamkan, seperti ilmu sihir, ada dalam al-Quran," katanya.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dan Datuk Mahfodz Mohamed, Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Abu Bakar Chik dan Rektor KUIZM, Dr Shahbudin Ngah

Abdul Hadi petang tadi turut mengambil kesempatan meninjau tapak KUIZM yang pembinaannya sedang giat dijalankan.

Turut bersama, Pengarah Syarikat A One Pro Construction, iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan pembinaan KUIZM, Mohd Idris Kassim.

Pembinaannya dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun ini dan akan mula mengambil pelajar sulung pada Julai depan.

Harakahdaily.net/-

Resepi Roti Capati

29 Rabiulawal 1431H

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung capati
4 sudu besar mentega
1 sudu minyak sapi
½ sudu teh garam
5 cawan air sejuk


Cara Menyediakan:
1. Gaulkan tepung bersama mentega dan garam.
2. Tuangkan air dan uli hingga lembut.
3. Kemudian ditutup biarkan selama 30 minit. Bahagikan adunan itu kepada lapan bahagian.
4. Canai tiap-tiap satu sampai nipis. Letakkan atas kuali. Bila keluar gelembung kecil balikkan masak sampai berwarna kunign pucat.
5. Hidang panas-panas dengan kuah dal atau sambal tumis.

Resepi Karipap

29 Rabiulawal 1431H

Bahan-Bahan:
½ kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
Isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa

Cara menyediakan:
1. Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.
2. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.

Untuk membuat intinya:
1. Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.
2. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/ gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
3. Sedia utk membuat karipap.

Tips tambahan:
1. Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.
2. Mentega juga poleh digunakan.



Bangunan aneh seluruh dunia.

29 Rabiulawal 1431H
Email : Sleeping Beauty

































































































KENYATAAN MEDIA : PAS Perak sokongan tindakan PAS Bagan Serai adakan Solat Hajat terhadap Mohsin.

Berhubung dengan Program Solat Hajat yang dianjurkan khusus oleh Balai Kuliah Tasawur Islam dengan kerjasama PAS Kawasan Bangan Serai dalam isu Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadli yang mengkhianati partinya dan Pakatan Rakyat, maka saya suka untuk memberikan beberapa kenyataan media dalam hal yang berkaitan,

1. PAS Perak menyokong tindakan dan program yang diadakan oleh Balai Tasawur Islam dengan kerjasama PAS Kawasan Bagan serai dan berharap program tersebut mendapat sokongan dari semua pihak khususnya Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat( PAS dan PKR).

2. Kami juga mengucapkan terima kasih dengan sikap proaktif yang dilakukan oleh Balai Tasawur Islan yang diketui oleh Bekas Peusurhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang.

3. Saya mengharapkan supaya program tersebut mendapat keredhaan dari Allah SWT, dan Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kepada makluk-makhlukNya yang beriman. Selain itu diharapak Allah menetapkan hukuman Nya yang setimpal kepada siapa sahaja yang melakukan kezaliman. Juga memberikan kesedaran kepada mereka yang cuba untuk menghianati amanah rakyat.

Kenyataan Media, 15 Mac 2010

Ust. Abu Bakar Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak.
(Irbik, Jordan)

PEPERANGAN MUKTAH

Rombongan Badan perhubungan PAS Perak bergambar di tugu peringatan yang menceritakan sejarah Peperangan Muktah di Jordan.


Kekuatan tentera Islam seramai 3000 orang, manakala kekuatan tentera musuh seramai 200,000 orang (100,000 dari pasukan Rom dan 100,000 dari Arab Nasrani) yang berperang di Ma’rakah Muktah iaitu sebuah perkampungan dekat Syam(syria), yang sekarang bernama Kurk, terletak disebelah tenggara Laut Mati. Pada Awal tahun 8 Hijrah. Ada pandangan lain ianya berlaku di Jordan ditempat yang dikenali dengan Muktah yang terletak tidak berapa jauh dari Universiti Muktah mengambil sempenan peperangan bersejarah itu.

Kematian Harith bin Umair Al Azli sebagai utusan Rasulullah ke Basra yang telah dibunuh oleh seorang pemimpin Rom. Apabila sampai berita itu kepada Rasulullah, baginda amat berdukacita lalu mempersiapkan pasukan tentera seramai 3000 orang untuk mengajar Kerajaan Rom. Baginda meletakkan Zaid bin Harithah sebagai panglima perang dan berpesan:”Jika Zaid gugur sebagai gantinya Jaafar bin Abi Talib, jika Jaafar pula terkorban maka gantinya adalah Abdullah bin Rawahah”.

Baginda juga berpesan supaya tentera Islam berperang kerana Allah, tidak mengganggu ahli-ahli ibadat dalam kuil/rumah ibadat mereka, tidak membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua yang tidak berdaya, tidak merosakkan pokok, meruntuhkan bangunan atau binaan.

Setelah dilepaskan oleh Rasulullah, berangkatlah pasukan Islam menuju ke perkampungan Maan. Di situ mereka mendapat berita bahawa angkatan perang Heraklius (Maharaja Rom) telah siap menunggu mereka dengan pasukan yang besar berjumlahnya seramai 200,000 (dua ratus ribu) orang. Dikhabarkan juga bahawa pasukan musuh itu telah sampai di perkampungan Balqa’, Damsyik. Pasukan Islam menetapkan selama dua hari di Maan itu untuk bermesyurat. Ada yang mencadangkan agar dihantar utusan kepada Rasulullah meminta bantuan.

Abdullah bin Rawahah membantah dengan ucapannya yang penuh semangat:
“Saudara-saudara, apa yang tidak kita sukai, justeru itu yang kita cari sekarang ini, iaitu mati syahid. Kita memerangi musuh itu bukan kerana perlengkapan, bukan kerana kekuatan, juga bukan kerana jumlah tentera yang besar. Tetapi kita memerangi mereka hanyalah kerana agama ini yang dengannya Allah telah memuliakan kita. Oleh kerana itu mara. Kita akan memperolehi salah satu dari dua kebaikan: Menang atau Mati Syahid”.

Mendengar ucapan semangat dari Abdullah ini mereka terus mara ke medan perang dan berjuang bermati-matian. Di tengah pertempuran panglima pertama tentera Islam iaitu Zaid bin Harithah terkorban. Sebelum jatuh ke tanah, bendera yang dipegang Zaid disambut oleh Jaafar bin Abi Talib. Jaafar meneruskan serangan hingga tangan kanan dan kirinya putus terkena pedang musuh dan bendera terpaksa dipeluknya hingga beliau terkorban pula akibat luka-luka yang banyak mengenainya lebih 70 lubang. Bendera seterusnya disambut oleh Abdullah bin Rawahah, tetapi kemudian beliau juga turut terkorban. Pada saat itu, seorang lelaki dari Bani Ajalan iaitu Thabit bin Al Arqam tampil mengambil bendera dan melaungkan:”Saudara-saudara kaum muslimin, mari kita mencalonkan salah seorang dari kita” Ahkirnya pilihan jatuh kepada Khalid bin Al Walid. Bendera pasukan Islam lalu diserahkan kepada Khalid dan beliau meneruskan peperangan dengan sengit sekali.

Apabila malam tiba kedua-dua pihak berhenti berperang. Khalid menyedari bahawa saf (barisan) pasukan Islam mesti diatur kembali. Pada pagi besoknya, dengan kebijaksananya Khalid menyusun kembali saf pasukan Islam dengan membuat taktik memperlihatkan kepada musuh seolah-olah bantuan tentera pasukan Islam telah datang dari Madinah. Musuh berasa gerun dan takut kerana menyangka bilangan tentera Islam bertambah dengan banyaknya. Sampai mereka jadi takut terhadap kaum muslimin dan sebahagiannya ada yang berkata, “Jika jumlah tentera sebesar 3,000 (tiga ribu) orang saja sudah cukup untuk membuat pasukan Rom dalam kesulitan dan kesukaran, apatah lagi pasukan tentera Islam ditambah”.

Maka pasukan Rom memilih untuk menarik diri dari medan peperangan. Sehingga peperangan Muktah berakhir. Akhirnya kedua-dua pihak berundur tanpa ada kemenangan dalam peperangan itu.

SATU PERSOALAN

Ada satu persoalan, berapakah tentera Islam yang syahid dalam peperangan ini????
100 orang, 500 orang, 1000 orang. Ini semuanya salah. Salah tu.Sebenarnya hanya seramai 12 (dua belas) orang saja.Cuba anda bayangkan, 3,000 orang melawan seramai 200,000 orang hanya 12 orang Islam yang mati (syahid). Hebat, bukan. Itulah seperti ucapan dari Abdullah bin Rawahah:

“Saudara-saudara, apa yang tidak kita sukai, justeru itu yang kita cari sekarang ini, iaitu mati syahid. Kita memerangi musuh itu bukan kerana perlengkapan, bukan kerana kekuatan, juga bukan kerana jumlah tentera yang besar. Tetapi kita memerangi mereka hanyalah kerana agama ini yang dengannya Allah telah memuliakan kita. Oleh kerana itu mara. Kita akan memperolehi salah satu dari dua kebaikan: Menang atau Mati Syahid”.


Ini contohnya kekuatan pemikiran Islam. Seperti yang saya selalu menyatakan bahawa, Pemikiran Islam ialah Aqidah dan penerapan hukum syarak. Contoh penerapan hukum syarak seperti pesanan Rasulullah :
1.Tentera Islam berperang kerana Allah,
2.tidak mengganggu ahli-ahli ibadat dalam kuil/rumah ibadat mereka,
3.tidak membunuh wanita, kanak-kanak,
4.orang tua yang tidak berdaya,
5.tidak merosakkan pokok,
6.tidak meruntuhkan bangunan atau binaan.
Ini hukum syarak dalam peperangan.

PENGAJARAN PEPERANGAN MUKTAH

Peperangan Muktah adalah contoh terbaik bagi kaum muslimin pada hari ini, yang menunjukkan bahawa Kebangkitan Islam kali kedua hanya boleh diwujudkan dengan ada PEMIKIRAN ISLAM bagi setiap kaum muslimin. Tanpa ada pemikiran islam, kita sedia ketahui sebagaimana terjadinya di Palestin, Iraq, Afgan, Bosnia, Somalia, Chechen dan juga penganiayaan umat islam secara umumnya. Lihatlah peperangan Muktah, pertempuran yang tidak seimbang dan melawan kerajaan Rom yang terkenal dengan kegagahannya masih juga tidak dapat mengalahkan pasukan Islam yang sekecil itu. Dan bilangan kematian dari pasukan Islam seramai 12 orang sahaja. Kalau kita hendak samakan pada zaman sekarang ini, kerajaan Rom itu samalah seperti Amerika Syarikat.

KESIMPULAN

Peperangan Muktah berlaku pada 8 hijrah, iaitu selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah. Dengan menunjukkan hal ini, ialah membuktikan Rasulullah telah mewujudkan Negara Islam dan beliau sendiri menjadi Ketua Negara. Dipendekkan cerita, adanya Negara Islam yang memiliki sistem yang tersendiri.

Kehebatan Islam dapat dikembalikan dengan adanya Negara Islam yang berkhalifah serta penerapan hukum syarak secara total dilaksanakan hasil dari pancaran aqidah yang benar.

Petikan dari : Bicara MyKhilafah

Tahniah kepada Chong Wei.

JUARA... Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akhirnya menjuarai Kejohanan Badminton All England buat kali pertama dalam kariernya selepas mengalahkan pemain Jepun, Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham malam tadi. - foto AFP

Gambar ziarah tempat bersejarah sekitar Jordan.

Rombongan bergambar di hadapan Makam Sahabat Rasulullah Jaafar bin Abi Talib.


Hari kedua berada di bumi Syam, Jordan digunakan oleh rombongan untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di sini. Lawatan tersebut disusun bagi mengisi masa lapang rombongan setelah menamat program bersama dengan pelajar disini.

Tempat yang telah dilawati oleh rombongan pada 14 Mac kelmarin ialah Makam Sahabat yang syahid dalam Peperangan Muktah iaitu Jaafar bin Abi Talib, Zaid bin Harisah dan Abdullah bin Ruwahah. Tempat lain yang dilawati ialah Laut Mati dan Ashabul Kahfi.


Badan terapung dan kepekatan garam yang tinggi. Bergambar bersama DS. Nizar.

Badan terapung.

Permandangan laut mati dari jauh.

Artifak yang dipamirkan yang dikatakan penemuan dari sejarah Al Kahfi di Jordan.

Drs. Khalil dn DS. Nizar bergambar dihadapan kubur yang menyimpam tulang dan artifak kuno yang dipercayai milik Ashabul Kahfi.

Timbunan tulang dan artifak yang diambil dari lubang kecil(berkaca).

Bergambar dipintu masul Al Kahfi.

Ziarah dan bergambar di makam syuhada perang muktah, sahabat Rasulullah Abdullah bin Ruwaihah.

Bergambar di makan sahabat Rasulullah, Zaid bin Harisah yang juga syahid dalam perang Muktah.