08 March 2010

Kerajaan Perpaduan di Perak, terima kasih kepada Harussani !

21 Rabiul Awwal 1431.
Cina Islam.

Berikutan dengan kenyataan Mufti Perak , Tan Sri Harussani Zakaria dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

Namun perkara itu telah disanggah oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga pesuruhjaya PAS Perak pada masa itu , Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS. Dalam bahasa lain Harussani telah berbohong.

Selayaknya dan dalam bahasa yang paling mudah Hasussani sekarang ini bukan lagi berperanan sebagai Mufti Perak yang sebenarnya, namun dia adalah Penasit Agama kepada UMNO, malah semacam jurucakap pula dalam permasalah tersebut.

Satu lontaran persoalan awal, kenapa perkara ini dilontarkan kepada orang yang berada diluar Perak dan dihadapan kalangan ilmuan dan mereka yang saya kira tidak selayaknya mengetahui dengan jelas perkara itu.

Atau adakah Harussani sudah tidak berani untuyk menghalalkan Kerajaan Perak yang ada sekarang di Perak , tetapi cuma berani untuk menghalalkannya diluar. kalau berani datanglah ke Parit Buntar untuk mengulangi ucapan tersebut.

Selain itu dalam pendedahan yang berlaku itu saya anggap satu rahmat kepada PAS dan Pakatan Rakyat Perak kerana ia menjadikan satu medan bagi menjelaskan betapa PAS ikhlas dan sangat konsisten dalam menegakkan prinsipnya untuk bersama dengan DAP dan PKR dalam menubuhkan kerajaan di Perak satu masa dulu.

Seperti yang didedahkan oleh Ust. Ahmad Awang bahawa Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam. Lalu disanggah olehnya dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," tegas Ust. Ahmad Awang.

Perkara ini mendedahkan bahawa kita bersama dengan DAP atas dasar mengenali lebih dekat dengan mereka dan tahu hati budi pimpinannya, sebaliknya Harussani walau seorang yang dipanggil mufti namun sengaja menegakkan hujah dan benang basahnya tanpa ada alasan yang kuat.

Perkara ini menyerlahkan sikap kita yang sebenarnya dan saya yakin akan mendapat perhatian penghormatan yang tinggi dari DAP.

Kerana itu beberapa hari lepas dalam Mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat Perak, DAP bertegas dan telah dipersetujui sebulat suara bahawa jawatan Ketua Pembangkang di DUN Perak diserahkan kepada DS. Nizar. Walaupun diperingkat awal kita beralah dan menjelaskan kerusi PAS jauh lebih sedikit dari mereka tetapi DAP tetap bertegas menyerahkannya kepada PAS.

Saya masih hairan dengan Harussani yang sangat dekat dengan perjuangan Melayu bersama UMNO sedangkan jelas perjungan Assobiyah yang dicanangkan oleh UMNO itu jelas bercanggah dengan Islam. Sepatutunya persoalan assobiyah yang menghantui perjuangan UMNO sudah cukup untuk Harusssani berdiam diri dan jangan terlalu memihak.

Sayangnya apa yang ditunjukkan oleh Harussani menyebabkan raputasi masyarakat Islam terhadapnya sudah sangat merosot. Ianya sangat dikesali oleh para "kulaan" . rungutan dari kawan-kawan sepengajian di Kolej Islam Kelang sering saya dengar.

Apa boleh buat, Harussani mahu dia tidak dihormati itulah yang dia dapat sekarang ....

Pemecatan Zulkifli Noordin , tahniah kepada PKR.

21 Rabiul Awwal 1431H.

Berikutan dengan pemecatan terhadap Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah. Keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan "kesalahan yang berulang-ulang" yang dilakukannya dan kesannya terhadap partinya.

Sehubungan dengan itu saya sukaa menjelaskan beberapa pendirian peribadi dalam perkara tersebut.

1. Saya sangat bersetuju dan mengucapkan tahniah kepada ketegasan dan tindakan yang saya anggap sangat konsisten yang diputuskan oleh PKR dan menentukan kedudukan Ahli Parlimen Kulim-bandar Baharu yang sangat bermasalah itu.

2. Sehubungan dengan itu saya merasakan bahawa tindakan tersebut akan menguatkan lagi kedudukan PKR apabila membuang "virus" yang bukan saja menjadi masalah kepada PKR , namun kepada Pakatan Rakyat.

3. Sesungguhnya ia memberi pengajaran bahawa dalam banyak hal seseorang yang sangat mendewakan mesej dan perjuangan peribadi dalam apapun parti tidak akan bertahan lama.

4. Nasihat saya kepada seluruh penyokong dan pendokong pakatan Rakyat supaya sentiasa mengambil kira kepentingan parti berbanding dengan kepentingan peribadi.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Selamat datang....

21 Rabiul Awwal 1431H.

Saya seisi keluarga mengucapkan selamat datang kepada semua sahabat handai, rakan taulan dan seluruh penduduk di Parlimen Parit Buntar khususnya di DUN Titi Serong ke Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada hari ini pada jam 3.00 petang hingga 6.00 petang di Perkarangan pejabat ADUN di Taman Wawasan Parit Buntar.

Segala persiapan yang perlu untuk menjayakan program tersebut telah disempurnakan oleh jawatankuasa pelaksana yang dilantik. Semuga ianya berjalan lancar seperti yang berlaku dalam sambutan yang serupa dimasa yang lalu.

Satu kelainan yang ditampilkan oleh jawatan kuasa dalam sambutan kali ini ialah penampilan 2 DJ dari kaum Tionghua dan persembahan Tarian Singa selama dua jam sepanjang program tersebut.

Sekitar Pelancaran Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak.

21 Rabiul Awwal 1431H.
http://anakmuaallaf.blogspot.com/

HARI INI SATU LAGI SEJARAH WANITA PAKATAN RAKYAT PERAK TERCIPTA
"Saya amat mengharapkan semua ahli jawatan kuasa Sekretariat yang telah dilantik untuk terus memberi komitmen yang jitu dalam usaha memperkasakan gerak kerja yang telah dan akan dirancang"-Ustazah Bariah Alang Sapri(ketua dewan muslimat PAS perak)



"Wanita Pakatan Rakyat Perak memang no 1 mantap dalam menangani isu-isu wanita.Wanita PR perlu serius meletakan halatuju kerana suara rakyat adalah suara keramat.Wanita PR kena kedepan"-Yb roziah Ismail (exco portfolio wanita selangor mewakili Yb Zuraida)

"Wanita mampu membuat keputusan dan jadilah seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah yang merupakan tonggak kejayaan ummah.Sekarang wanita DAP tidak takut lagi duduk semeja dengan PAS dalam merungkai isu-isu wanita.Begitu juga sebaliknya"-Yb leong me meng (yb Jalong mewakili Yb chong eng)

"penyerahan bendera parti kepada DS Nizar"
"pasangan yang cukup romantis"
Ayat baru DS Nizar "persidangan DUN Perak 30 mac ini UMNO pening kepala untuk letak polis. Kalau bubuh mati mak..kalau letak mampuih bapa"...hanya orang yang faham sahaja memahami maksudnya.


Tabung Fatimah mengambil sempena penaung DS Fatimah Taat juga dilancarkan

pemimpin veteran muslimat juga turut hadir mantan Ketua Dewan muslimat Pusat senator Jamilah-senator juga bekas guru saya.
orang bank..kira duit tabung..
pimpinan Wanita Pakatan Rakyat bersama DS Nizar dan Dato Ngeh
bersama Yb Siva..speaker rakyat