03 March 2010

Resepi (Mee) Mi Udang

16 Rabiulawal 1431H
Email : mohd naim mohd zain

Bahan-bahan :
1 peket mi kuning
10 ekor udang
3 biji bawang merah
½ inci belacan
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
Sedikit sos cili
Sedikit sos tomato
Sawi
Tauge
Daun bawang
Minyak secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan air rebusan udang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, garam dan serbuk perasa.
4. Setelah sebati masukkan mi kuning dan udang. Kacau seketika.
5. Akhir sekali, angkat dan boleh hiaskan dengan sawi, tauge dan hirisan daun bawang.

Resepi Nasi Berani Gam

16 Rabiulawal 1431H
Email : mohd naim mohd zain

(hidangan lebih lima orang)

Bahannya:
2 kilogram beras basmati
100 gram bawang merah - dihiris
50 gram bawang putih - dihiris
50 gram halia - dihiris
1/2 tin susu cair
Empat sekawan - bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis
1 biji tomato - dipotong empat
2 tangkai cili merah - belah dua
2 tangkai cili hijau - belah dua
5 gram daun sup atau daun bawang - potong 1 1/2 inci
3 gram daun ketumbar
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:
Masak nasi hanya selepas daging siap dimasak
1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.
2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.
3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.

Daging beriani:
1 kilogram daging - potong 10 ketulan
20 gram rempah beriani - campur sedikit air
1/2 cawan pes tomato
1/2 cawan sos tomato
50 gram bawang goreng
4 sekawan - bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga
50 gram bawang merah - dikisar
20 gram bawang putih - dikisar
20 gram halia - dikisar
3 gram daun pudina - dikisar
3 gram daun ketumbar - dikisar
1/2 cawan minyak sapi
50 gram biji gajus goreng - ditumbuk kasar
50 gram kismis
Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan yang sudah dikisar serta rempah, pes tomato, sos tomato, minyak sapi, daun pudina, ketumbar dan empat sekawan.

2. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan biji gajus dan kismis ke dalamnya.

3. Didih dengan api pelahan sehingga daging itu empuk dan tambah bahan perasa.

------------

Keenakan nasi beriani gam memang tidak dinafikan, malah ia antara makanan yang mendapat perhatian pada majlis hebat seperti perkahwinan atau perayaan.

Beriani gam turut menjadi sajian istimewa Hotel Residence@Universit i Tenaga Nasional di Jalan Kajang-Puchong, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Chef masakan Melayunya, Chef Ismail Ahmad berkongsi rahsia untuk menyedapkan nasi beriani berkenaan:

# Antara yang penting, beras mestilah berbau wangi dan cantik. Pilih basmati yang perlu dibasuh terlebih dulu sebelum direndam selama setengah jam.


# Bagi membolehkan daging lebih enak dan empuk, perap daging dengan rempah ratus dihasilkan sendiri selama setengah jam.

# Masak dalam api perlahan antara satu hingga dua jam supaya daging benar-benar empuk.

# Antara punca daging tidak menepati cita rasa adalah ia dimasak terlalu cepat dengan api tidak terkawal.

Untuk maklumat lanjut, layari www.residenceatunit en.com atau www.seripacific. com.

Hadith Untuk Hari Ini - Doa

16 Rabiulawal 1431H
Email : Roslan

Assalamualaikum,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah Ta'ala melainkan doa." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Allah SWT juga berfirman dalam ayat Quran yang berikut:-

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Surah Al- Baqarah, Ayat 186

Tiada sesiapa yang dapat menolong kita melainkan Allah SWT. Maka mintalah pertolongan dariNya sambil kita berusaha untuk menyelesaikan masaalah kita. Sambil berdoa kita pun hendaklah bersabar kerana pertolongan dari Allah SWT akhirnya akan datang, cuma bezannya ia datang dengan cepat atau lambat. Tetapi kalau kita tidak solat 5 kali sehari, tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, tidak mengeluarkan zakat atas harta-harta yang kita miliki, tidak bertaubat ke atas kesalahan-kesalahan kita dan membuat apa yang dilarang dan tidak membuat apa yang disuruh oleh Allah SWT, maka janganlah tertanya-tanya kenapa pertolongan itu tidak datang. Malah, bukan pertolongan yang datang, tapi azab pula yang datang.

Wallahu'alam

Rahasia Sholat Tahajud

16 Rabiulawal 1431H
By: agussyafii

Rahasia sholat Tahajud sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam al-Qur'an Surat al-Muzzamil ayat 1-2 yang berbunyi,

'Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sholat) di malam hari.'

Ayat ini sebuah seruan kepada Nabi Muhammad agar melaksanakan qiyamul lail. Kata 'berselimut' dapat diartikan orang yang sedang bermasalah, dirundung duka, kegelisahan, kecemasan, kekhawatiran atau ketakutan dalam mengarungi bahtera kehidupan yang tidak menentu sebab turunnya ayat ini diturunkan setelah Nabi Muhammad menghadapi masalah berat, dicaci maki, ancaman dan percobaan pembunuhan.

Sebagaimana dalam kehidupan kita sehari-hari yang tidak lepas dari masalah satu ke masalah lainnya, seolah tidak pernah dari berbagai masalah, duka dan kekhawatiran. Untuk itu, sholat tahajud bagi kita merupakan kebutuhan demi menghadapi berbagai masalah yang tak kunjung usai. Hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kita memohon pertolongan, sumber dari segala pertolongan untuk menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi dalam hidup kita sekarang ini. Itulah rahasia sholat tahajud.

Yuk..Sholat Tahajud..!

Wassalam,
agussyafii

Sidang Dun Perak pada 30hb Mac

16 Rabiulawal 1431H

Kelmarin saya terima surat dari Setiausaha Dewan Negeri Perak yang memaklumkan sidang DUN Perak kali yang pertama bagi penggal ke tiga yang akan diadakan pada 30hb Mac akan datang.

Surat itu juga memaklumkan bahawa DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan mencemar Duli merasmikan perasmian sidang DUN untuk kali ini.

Dimaklumkan juga satu perbarisan hormat akan diadakan sebelum perasmian dan semua ADUN diarahkan berpakaian istiadat.

Sidang DUN tersebut diadakan dalam keadaan Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan Zambry sebagai MB dan dalam keadaan pertikaian kedudukan Ganesan yang tidak sah perlantikannya.

Satu mesyuarat penting yang akan diadakan oleh Pakatan Rakyat pada Jumaat ini berkemungkinan akan memutuskan beberapa perkara penting mengenai sidang tersebut. Sehari selepas itu satu sidang akhbar akan diadakan di Ipoh bagi memaklumkan keputusan yang telah diputuskan.

Kursus Peningkatan Bacaan Al-Quran Peringkat DUN Dabong

16 Rabiulawal 1431H
Email : Mr. President

Urusan Ulamak Majlis Tindakan DUN Dabong telah mengadakan satu Kursus Peningkatan Bacaan Al-Quran pada 27 Februari 2010. Bertempat di Masjid Al-Insaaf, Dabong Hilir, Kelantan Darul Naim.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi tu telah dihadiri oleh Pegawai Halaqat, Pembatu Pegawai Halaqat Dun Dabong, guru-guru al-Quran, serta guru-guru KAFA Dun Dabong.

Tenaga pengajar ialah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Che Ali yang merupakan Guru Al-Quran Dun Kuala Balah. Beliau juga merupakan pimpinan Urusan Ulamak Dun Kuala Balah, Kelantan.

Menurut Ketua Urusan Ulamak Dun Dabong, Tn. Hj. Mhd. Yusoff B Daud, program yang julung-julung kali diadakan ini sungguh berjaya dan mendapat sambutan semua. Menurutnya, Insya Allah program seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Dalam majlis tersebut, para peserta didedahkan dengan bacaan al-Quran yang sebenar berkaitan hukum-hukum tajwid.

Syabas Dun Dabong!!!.






Sistem keretapi dibeberapa negara.

16 Rabiulawal 1431H
Email : roslan mohd

Di China

Di Taiwan

Korea

Di Jepun

Di Sepanyol

Inggeris

'Di Perancis

Dubai Metro



Dan sekarang yang terbaik
Di India






Dan

Pakistan !!!!!

Kami minta maaf atas keterlambatan kereta

Keselamatan, dan akhirnya tiba .......










Pengkhianat : Lepas curi wang royalti Awang Adek curi bendera LTdl

16 Rabiul Awwal 1431H.
Cina Islam

Kelmarin Harakahdaily dan beberapa akhbar arus perdana melaporkan berita yang saya anggap sebagai satu tindakan sabotaj dan penghinatan kepada rakyat Kelantan apabila Menteri Besarnya, YAB. Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sepatutnya melepaskan pelumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL)diadakan di Dataran Rehal Kota Bharu dinafikan.

Kalau sebelum ini Awang Adek bersama dengan Mustafa Muhamaad telah melakukan satu rompakan dan mencuri wang Royalti minyak milik rakyat Kelantan, sekali ini dia melakukan kerja jahatnya dengan menncuri bendera untuk melepaskan pelumba LTdl dari seorang menteri besar yang juga milik rakyat kelantan.

Adakah Awang Adek tidak sedar dan sengaja tidah mahu sedar bahawa dia tidak ada apa di Kelantan. Pelantikannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan adalah atas dasar perlantikannya sebagai Sanator secara kontrak dua tahun sekali. Dari segi piliharaya dia kalah pada semua kerusi yang dipertandingkan, dan bermakna dia bukanlah wakil rakyat di Parlimen atau DUN di Kelantan.

Mengikut maklumat yang saya terima dia menunjukkan sikapnya yang sebenar bila tidak menghormati Menteri besar Kelantan dengan tidak bangun memberikan tanda hormat sedangkan hadirin yang lain bangun semasa ketibaan Menteri Besar kesayangan rakyat itu.

Perlu saya tegaskan kalau Awang Adek tidak menghormati MB kelantan yang juga seorang Ulama yang dihormati , yang menjadi busuk adalah Awang Adek, kini orang tahu itu perangai dan hati budinya. Adakah kebencian Awang Adik melebihi dari segalanya kerana paling kurang Tok Guru perlu dihormati kerana ketuaannya dan kedudukan Tok Guru diiktiraf sebagai Ulama.

Ataupun Awang Adek sangat kecewa dengan Tok Guru kerana gagal dengan usahanya untuk jadi MB Kelantan dalam projek UMNO tawan kelantan pada tahun 2008 lepas.Semacam kerusinya telah dirampas. Ternyata dia adalah bekas menteri besar yang tidak berbekas bila k alah dalam pilihanraya tersebut.

LTdL tahun ini buat pertama kali dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 km bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.

LTdL 2010 menjadikan Kelantan sebagai tempat pelepasan pertama peserta bagi memulakan cabaran Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5 km. Kerana itulah sewajarnya Tok Gurulah yang melepaskan perlumbaan ini seperti tahun-tahun yanglepas.

Apalah lebihnya Awang Adek "merampas" bendera pelepasan dalam keadaan orang lebih layak berada bersamanya. Tok Guru yang berada dalam majlis itu saya rasakan sangat tinggi maruahnya atas nama Menteri Besar Rakyat yang dipilih secara sah oleh Rakyat.

Sedangkan Awang Adek semacam "lalat" yang berada dalam majlis ditambah pula merampas hak Tok Guru.

Inilah masanya dan sudah kira sudah ada keputusannya dari seluruh rakyat Kelantan untuk menghukum sehukumnya kepada penghinat rakyat Kelantan ini dengan memastikan Awang adek dikalahkan dalam mana-mana kerusi yang beliau bertanding pada masa akan datang.

Awang Adek bukan seorang pemimpin yang tidak ada maruan dan "tidak reti basa" dengan menghina rakyat Kelantan dengan mencuri wang royalti menjadi wang Ehsan dan dialah yang dilantik untuk menjadi pengagihnya. Sesudah itu disahkan dia benar-benar khinat bila mencuri bendera yang sepatutnya dilepaskan oleh Menteri Mesar yang dipilih secara sah oleh Rakyat.

Bagi saya sinar politik Awang Adek sudah malap dan hampir padam sudah. Saya sebagai seorang anak kelahiran Bachok sangat malu mempunyai seorang sepertinya. Kerana itu saya jangkakan hayat politiknya sudah hampir kepenghujungnya.

Kes Syafia Humairah: Tamparan hebat kepada kerajaan

16 Rabiulawal 1431H

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Kesal dan dukacita dengan insiden melibatkan Syafia Humairah Sahari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS menganggap ianya satu tamparan hebat kepada kerajaan, rakyat dan keseluruhan sistem masyarakat di negara ini.

Sehubungan itu, katanya PAS mahu pihak polis melakukan siasatan segera berhubung kes kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun,Syafia Humairah Sahari sehingga membawa kepada kematiannya, Khamis lalu.

"PAS yakin, majoriti rakyat di negara ini berasa marah dan mahu pembunuhnya dihukum mati. Dalam Islam, hukuman bagi kes sebegini adalah dipancung di khalayak ramai sebagai pengajaran kepada rakyat keseluruhannya.

"PAS berharap agar pihak polis mempercepatkan siasatan kes ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS turut menyeru kerajaan agar menyemak semula modul sistem masyarakat dan keluarga yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar selari dengan kehendak Allah.

Usaha murni membina masyarakat tegas Idris, bukan hanya bergantung kepada satu kementerian itu sahaja, tetapi ianya melibatkan semua organisasi Kerajaan yang secara langsung turut memberikan input kepada pembinaan sistem masyarakat di negara ini.

Menurut beliau juga, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan harus membantu dalam memberikan input-input positif dalam masyarakat, bukan hanya program hiburan kepada masyarakat.

"Kajian terhadap kehidupan dan cara fikir rakyat perlu dibuat secara kerap dan tidak hanya bergantung pada kempen-kempen budi bahasa yang menghabiskan duit rakyat dengan pelancaran program dan konsert," katanya.

Kes Syafia ini juga ujarnya, menuntut rakyat untuk kembali kepada cara hidup Islam dan menjadikan keluarga sebagai nadi kekuatan bagi setiap anggotanya.

"Institusi keluarga yang hancur seperti yang dilalui oleh Syafia adalah contoh realiti yang berlaku dalam masyarakat. PAS yakin bahawa ramai lagi anak-anak malang yang hidup dalam suasana seperti Syafia dan perlukan perhatian masyarakat," katanya lagi.

Justeru, PAS berharap agar rakyat dan Kerajaan keluruhannya bekerjasama bagi memulihkan sistem masyarakat yang kian terdedah kepada keganasan ini.

"Tidak guna jika negara ini maju dan menjadi 'global player' tetapi dalam masa yang sama kita hilang identiti sosial untuk diwariskan pada generasi akan datang. PAS yakin, hanya Islam yang mampu berikan kesejahteraan dan perlindungan bagi setiap insan,” katanya.

Syafia, dari Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dilaporkan meninggal dunia Khamis lalu apabila seorang lelaki yang menjadi kenalan ibunya mendakwa kanak-kanak itu terjatuh dari motosikal dan meninggal dunia.

Lelaki itu membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Kuala Kubu Baharu tetapi pihak hospital yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena telah membuat laporan polis dan suspek kemudiannya ditahan pada jam 3 pagi selepas berjaya dijejaki polis.

Harakahdaily.net/-

MCA bidas Ibrahim Ali

16 Rabiulawal 1431H

KUALA LUMPUR, 1 Mac: MCA hari ini membidas sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat Cina yang tidak tahu berterima kasih.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA

Bagi beliau, kenyataan Ibrahim berlandaskan ras dan berbau perkauman adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan sentimen prasangka perkauman yang semakin menebal dalam negara kita.

Kenyataan sedemikian akan menimbulkan ketidaktenteraman bangsa Malaysia yang sedang diancam oleh ancaman luar dan dalaman di mana keharmonian negara buat pertama kalinya terancam oleh pelbagai isu nasional yang sengaja diwar-warkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda merosakkan ketenteraman negara, katanya.

Bagi Ti, kenyataan Ibrahim itu seharusnya merujuk kepada semua kaum berlandaskan prinsip-prinsip yang murni dan bukannya mendedahkan kehodohan muka perkauman Ibrahim yang berselindung di bawah pertubuhan Perkasa dengan agenda politik peribadi semata-mata.

"Minda zero sum game berlandaskan batasan kaum juga akan merugikan negara dan bangsa dalam kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi oleh semua," katanya.

Beliau menyifatkan, kenyataan Ibrahim yang melulu dan tidak berasas adalah satu strategi politik lampau yang tidak boleh lagi diguna pakai dalam era 1Malaysia yang mempromosikan keberkesanan dan sumbangan positif kepada pembangunan negara yamg dapat membawa keuntungan optimum kepada semua rakyat Malaysia.

Dengan menjadikan korporat Cina sebagai sasaran akan menghalang kemasukan pelabur-pelabur asing dan kepakaran apabila mereka mengubah haluan akibat ketidak selesaan terhadap dasar negara yang menjadikan mereka mangsa tuduhan dan tohmahan, katanya.

"Kenyataan Ahli Parlimen Bebas itu bolehlah disifatkan sebagai dangkal dan tidak relevan dalam era globalisasi yang semakin mencabar dan terbuka," katanya.

Menurut Ti, semua pihak sepatutnya memberikan tumpuan tuntas dan fokus kepada usaha meningkatkan tahap daya saing ekonomi negara yang kini sedang berhadapan dengan saingan dan peluang kebangkitan ekonomi dari negara-negara jiran.

“Ini bukan masanya untuk kita berdebat mengenai siapakah yang seharusnya menikmati pai ekonomi negara yang lebih banyak," katanya.

Kita ketinggalan

Bagi beliau, dalam keadaan daya saing ekonomi negara kita yang kini semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran, inilah masanya untuk semua pihak bersepakat duduk berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk merencanakan kembali ekonomi negara tanpa menimbulkan isu-isu emosi berlandaskan politik semata-mata.

Ini kerana akhirnya, ia akan merugikan negara dan rakyat jua yang akan sengsara.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim itu adalah “counter-productive” dan cenderung kepada agenda membinasa daripada agenda membina.

Cara dan pendekatan beliau yang ingin mengapi-apikan emosi perkauman, untuk memonopolikan peluang-peluang ekonomi berasaskan perkauman adalah ketinggalan masa dan tidak lagi secocok dengan hasrat kepimpinan negara. Rakyat sekarang inginkan ketelusan, keadilan dan kesaksamaan demi masa depan mereka.

MCA berpandangan, kata Ti, mana-mana kontraktor yang mempamerkan sikap positif dan keupayaan terutamanya dari segi kesanggupannya, kemampuan dan keberkesanannya, harus dan perlu diberi peluang yang setimpal untuk bersaing supaya mereka kekal dan terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.

"Polemik politik Ibrahim akan menjejaskan kepentingan dan kestabilan negara. Tindakan beliau dikhuatiri akan menakutkan pelabur dalam negara. Inilah masanya kita menunjukkan sikap mesra pelabur dan bukannya kehodohan perkauman," tambahnya.

Bagi beliau, tiada gunanya negara menampung kontraktor yang tidak berkesan dan kurang berprestasi yang pada akhirnya akan menggadaikan mutu pembinaan, selain mengancam keselamatan rakyat. Imej negara juga akan terjejas.

Pengorbanan piawaian dan rasuah kuasa telah menyebabkan kerajaan dan rakyat mengalami kerugian atas keuntungan segelintir individu. Masalah ini juga telah mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan pengguna dan rakyat.

Oleh yang demikian, sekiranya kontraktor-kontraktor yang mendapat tender tidak mempamerkan prestasi yang cemerlang dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka peluang mendapat tender itu tidak harus diberikan kepada mereka lagi di masa hadapan sejajar untuk memupuk prestasi keberkesaan , penyampaian dan amanah di bawah slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan."

Harakahdaily.net/-

Maulidur-Rasul: Amalkan setiap hari dan sepanjang tahun

16 Rabiulawal 1431H
http://www.blogtokguru.com


Firman Allah SWT:

“...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Hasyr 59:7)

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifah-Nya di bumi ini. Seterusnya diberikan pula kesempatan untuk menyambut Maulidur-Rasul bagi tahun 1431H pada kali ini.

Allah SWT mengutus para nabi dengan tujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada-Nya. Para nabi tidak diutus semata-mata untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana menyelamatkan diri di akhirat kelak.

Di atas dasar itulah, para nabi termasuklah Nabi Muhammad saw diutus oleh Allah SWT. Lantaran itu, kebangkitan Rasulullah saw adalah untuk memastikan umat manusia hidup di dalam dakapan hidayah berpaksikan kepada keimanan dan ketakwaan.

Sehubungan dengan itu, sambutan Maulidur-Rasul tidak boleh hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata, ia tidak boleh terhenti setakat perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja. Lebih jauh lagi, ia perlu diiringi dengan kehendak untuk mematuhi sunnah Rasulullah saw.

Semangat Maulidur-Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan ini sahaja, tetapi ia perlu untuk terus hidup setiap hari dan sepanjang tahun.

Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat semata-mata dengan menepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT.

Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, di bawah dasar Membangun Bersama Islam, kami akan terus komited dengan usaha dan hasrat melaksanakan syariat Islam di dalam pentadbiran.

Dalam hal ini, Rasulullah saw yang juga sebagai seorang pemimpin akan dijadikan sebagai model ikutan yang terbaik di dalam mengurus tadbir negeri.

Itulah misi kerajaan negeri Kelantan di dalam mentadbir amanah yang diberikan oleh rakyat dengan izin Allah SWT ini.

Semoga Allah SWT memberikan kita ganjaran di atas segala amalan kebaikan yang kita lakukan. Salam Maulidur-Rasul 1431H.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Nazir Razak 40 terkaya di Malaysia, CIMB siapa punya?

16 Rabiulawal 1431H
http://gemasuara.blogspot.com/

Baru-baru ini majalah Malaysian bisnes menyenaraikan 40 orang rakyat Malaysia terkaya.Penyeneraian ini dibuat berdasarkan kaji selidik nilai pegangan saham mereka dalam syarikat yang tersenarai dipasaran saham pada 15 januari 2010.

Apa yg menarik ialah adanya muka baru dari 40 orang rakyat Malaysia yg terkaya. Antara muka baru yang disenaraikan ialah Datuk Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Razak.

Kekayaan Datuk Nazir Razak dikaitkan dengan CIMB Group dimana beliau sebagai ketua pegawai eksekutif. Seperti yg dinyatakan kekayaan Datuk Nazir dinilai dari jumlah pegangan beliau didalam syarikat yg tersenarai dibursa saham Kuala Lumpur. Syarikat yang dimaksudkan sudah tentu lah CIMB Group.

Setahu saya CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan(GLC). Datuk Nazir ialah ketua pegawai executif CIMB group.

Persoalannya sekarang ialah adakah Datuk Nazir juga memiliki pegangan syer dalam CIMB. kalau mengikut kaedah yg diguna untuk mengenal pasti kekayaan sesaorang berdasarkan pegangan syer didalam syarikat yg tersenarai ini bermakna Datuk Nazir memilikki sejumlah pegangan didalam CIMB group.

Isunya apa status CIMB sekarang. Adakah masih sebagai syarikat kaitan kerajaan.Berapa jumlah pegangan kerajaan dalam CIMB yang asalnya ialah Bank Bumiputra.

Apakah kerajaan masih memiliki pegangan majorati atau sekadar golden syer.Perdana Menteri perlu menjelaskan semua ini termasuk berapa pegangan yg dimiliki olih adiknya Nazir dan bila pegangan itu diperolihi serta darimana pegangan itu diperolihi.

Adakah pegangan itu diperolihi dari pegangan kerajaan.Rakyat perlu diberikan penjelasan bagaimana Nazir Razak adik kepada Perdana Menteri yang bekerja makan gaji dengan syarikat kaitan kerajaan tiba tiba menjadi orang yang ke 40 terkaya diMalaysia dengan jumlah kekayaan rm385 juta.pelik bin ajaib.

Dato,Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS,
Ahli Parlimen Pokok Sena.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Apa 76 NGO ini nak buat?

16 Rabiulawal 1431H
Zolkharnain Abidin

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menjadi ketua Majlis Perundingan NGO Melayu yang baru ditubuhkan. Khabarnya, tujuan penubuhannya adalah sebagai benteng untuk mempertahankan hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan raja-raja Melayu.

MPM juga sebagai pendesak kepada kerajaan supaya kekal dalam perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 153. Dikatakan 76 NGO bersatu bergabung bersama MPM.

Saya berfikir begini.

Adakah ini maknanya, rakyat Malaysia sudah tidak lagi meyakini kemampuan Umno untuk mempertahankan hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan mempertahankan raja-raja Melayu?

Adakah ini juga bermaksud, komponen-komponen yang ada di dalam Umno, seperti pemuda Umno misalnya, sudah tidak lagi mampu menjadi pendesak kepada Umno untuk mempertahankan asas perlembagaan?

Sehingga Ibrahim Ali terpaksa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Umno. Atau, boleh juga dikatakan begini.

NGO ini ditubuhkan untuk menajamkan semangat kebangsaan Melayu sempit Umno dan menajamkan keruncingan hubungan antara kaum yang dimulai oleh Umno.

Apa pun tujuan dan maksud penubuhan MPM, saya percaya, kalau sekiranya MPM diasaskan sekadar untuk kepentingan kebangsaan Melayu sempit, MPM akan menerima nasib seperti Umno juga.

Juga, sekiranya MPM sekadar untuk mempertahankan Islam dengan maksud mempertahankan perkara-perkara seperti perarakan Maulidur Rasul sahaja, nasibnya akan sama seperti Umno juga.

Atau memang NGO ini ditubuhkan untuk mempertahankan Umno supaya tidak kalah dalam PRU yang akan datang?

Apa pun, senarai penuh NGO itu tidak disiarkan oleh media. Justeru sukar untuk menangkap tujuan tersirat di sebalik tujuan tersurat.

Mengapa saya bersangka buruk begitu? Ya, bukankah kini Umno begitu ghairah menaja penubuhan NGO untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa parti itu masih diterima oleh rakyat?

Satu hal lagi, bolehkah NGO tadi meletakkan harapan mereka kepada Ibrahim Ali untuk merealisasikan apa yang disuratkan itu. Mengapa Ibrahim Ali? Sudah tidak ada orang lain selain dia? Hebat benarkah Ibrahim?

Dia memang seorang yang licik dalam politik. Tetapi kelicikannya itu dilihat lebih kepada menyelamatkan karier atau kedudukan politiknya. Bagi saya, kebelakangan ini dia semakin aktif dengan NGO kerana dia tidak punya platform politik yang selamat untuk terus berpolitik.

Dia sudah berpatah arang dengan Umno, sudah berkerat rotan dengan PAS. Apa yang dia punya hanyalah menjadi aktivis NGO. Untuk lebih dilihat gah dan hebat, dia perlu mengepalai gerakan NGO yang ada kaitan dengan agama dan bangsa.

Seorang lagi yang dirasakan sesuai untuk bersama Ibrahim Ali selepas ini ialah Zulkifli Nordin. Mungkinkah mereka adalah gandingan yang serasi?


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno

16 Rabiulawal 1431H
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Pengkianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas aksi lompat beberapa beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata, kemasukan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke dalam Umno dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Apa yang berlaku itu, katanya, membuktikan Umno dan BN adalah ‘parti tong sampah dan tong najis’ yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.

"Keluarnya mereka akan mewujudkan suasana persekitaran PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih baik.

"Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukkan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari menjadi sarang pengkhianat perjuangan rakyat. Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebelum ini, kata Mahfuz, ‘parti tong sampah dan tong najis’ itu berkerjasama dengan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang didedahkan oleh Umno dan BN sendiri sebagai perasuah.

Kes kedua-dua mereka begitu menggemparkan kerana turut melibatkan rasuah seks.

"Mereka ini keluar dari PKR bersama seorang Adun dari DAP untuk menyokong 'parti tong sampah dan tong najis' merampas kerajaan PR Perak.

"Umno dan BN sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang dilihat rendah moral oleh rakyat untuk kepentingan politik singkat mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun melihat apa yang berlaku itu sebagai satu proses pembersihan dalaman PKR dan PR.

"PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu, bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden PAS, pimpinan tertinggi dan mereka yang digelar ulama meninggalkan PAS.

"Namun PAS terus mantap dan maju dengan didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas," katanya.

Proses tersebut juga, katanya, membuktikan parti-parti kompnen PR hanya layak didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memartabatkan kuasa rakyat.

"Ini adalah proses yang natural dan tak mampu dilakukan oleh proses organisasi.

"Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam-dalamnya niat dan agenda sebenar seseorang.

"Tetapi proses alam semulajadi (sunnatullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan parti dari pengkhianat perjuangan rakyat," katanya.

Beliau menggesa mana-mana wakil rakyat yang keluar dari PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka.

Harakahdaily.net/-

Gandingan profesional sains teknikal yang pertama dalam sejarah

16 Rabiulawal 1431H
http://limguaneng.com

1. Bersyukur kita kepada rahmat yang diberikan yang membolehkan kita berkumpul di pagi yang berbahagia ini bagi upacara Pengakuan Penerimaan Jawatan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Cik Hjh Patahiyah bt. Ismail yang dilantik untuk memegang jawatan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Saya percaya beliau telah mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang dilantik memegang jawatan Yang Dipertua bukan sahaja di dalam sejarah Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang tetapi juga di Semenanjung Malaysia.

Setiap lantikan adalah berdasarkan kebolehan dan kelayakan dan bukannya atas dasar warna kulit, agama, fahaman politik ataupun jantina. Cik Hjh. Patahiyah pernah menjawat jawatan Pengarah Bangunan dan Setiausaha Perbandaran dan saya percaya beliau akan menggunakan pengalaman beliau untuk terus mempertingkatkan lagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang ke arah bandaraya yang moden, bersih, hijau, selamat dan bertaraf antarabangsa di Malaysia.

Perlu ditegaskan Pulau Pinang ingin memberikan peluang kepada semua wanita yang berkebolehan untuk menunjukkan bakat. Oleh itu, Kerajaan Negeri menolak pandangan CEUPACS yang tidak bersetuju untuk meletakkan wanita dalam jawatan penting.

Kerajaan Negeri tidak akan menafikan peluang kepada seseorang hanya kerana beliau adalah wanita. Bukan sahaja Arkitek Patahiyah diberikan peluang malah Kerajaan Pakatan Rakyat telah melantik Pegawai Daerah wanita pertama di Pulau Pinang, Puan Hajah Rohani Hassan, Puan Wan Zailena sebagai Pengurus Besar Invest Penang dan Cik Ooi Geok Ling sebagai Pengurus Besar Penang Global Tourism.

Kami menjemput mana-mana wanita yang berkebolehan yang ditolak oleh pandangan sempit macam CEUPACS untuk mencari rezeki di Pulau Pinang kerana Kerajaan Pakatan Rakayat akan memberi peluang kepada mereka.

2. Sebagai Yang Dipertua yang baru, beliau akan menghadapi banyak cabaran dan di antara aspek-aspek yang perlu diberi penekanan termasuk pembangunan perbandaran yang mapan, penyediaan perkhidmatan perbandaran dan infrastruktur yang berkualiti, pengwujudan persekitaran hidup yang bersih, indah dan sejahtera serta mengamalkan urus tadbir yang baik.

3. Saya difahamkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang telahpun mula mengambil tindakan untuk mengatasi masalah 3C iaitu (Cleanliness, Congestion dan Crime) di kawasan pentadbiran MPPP.

Dari segi kewangan MPPP, dianggarkan mengalami defisit sebanyak RM40 juta pada tahun 2010 kerana pelancaran beberapa projek infrastruktur yang dapat membantu Pulau Pinang menuju ke arah sebuah negeri bertaraf antarabangsa.
Projek ini diharap akan dapat mengatasi masalah 3C. Satu perkara yang mesti diperhatikan adalah kos emolumen sebanyak RM91 juta pada Bajet 2010 dengan per kapita gaji hampir RM40,000 setahun. Kos emolumen boleh diterima sekiranya warga Pulau Pinang menikmati perkhidmatan bertaraf antarabangsa. Itulah sebabnya Kerajaan Negeri memberi peluang kepada semua pegawai yang berintegriti untuk naik pangkat.

4. Bagi mencapai kualiti hidup yang tinggi dari segi kebersihan dan kesihatan, MPPP sedang dalam proses pengambilan 250 Pekerja Awam bagi memperkukuhkan lagi tenaga kerja di Bahagian Perkhidmatan Perbandaran.

Di samping itu, prosedur kawal selia telahpun dimantapkan untuk memantau perjalanan kontraktor dengan kaedah kawal selia yang tersusun dan sistem demerit yang lebih efektif.

Kontraktor pembersihan laut dan pantai telahpun diarahkan untuk membina papan maklumat yang mengandungi maklumat nama syarikat dan nombor telefon kontraktor di sepanjang pantai bagi membolehkan orang ramai membuat aduan tentang perkhidmatan yang diberi.

Oleh itu sesiapa yang masih merasakan ketidakpuasan hati tentang kebersihan pantai sila hubungi no hotline MPPP di talian 04-2637637. MPPP telahpun diarahkan untuk membeli alat jentera dan mesin baru yang bernilai hampir RM10 juta bagi memantapkan lagi perkhidmatan agar adalah lebih baik.

5. Sejumlah RM4.7 juta telahpun disediakan bagi menaiktaraf dan kerja-kerja penyelenggaraan beberapa pasar lama iaitu Pasar Pulau Tikus, Pasar Jelutong, Pasar Air Itam, Pasar Lebuh Cecil dan TPS Batu Maung.

Kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan akan memberi fokus kepada aspek kebersihan dan keselesaan kepada rakyat seperti menaiktaraf sistem perparitan, pembekalan air dan elektrik serta penambahbaikan tandas awam. MPPP akan melancarkan satu kempen kebersihan kompleks makanan.

Di bawah program kebersihan kompleks makanan satu kempen pemakaian apron dan topi yang bertemakan ”Kebersihan Amalan Kita” akan dilancarkan pada bulan Mac ini. Kempen tersebut adalah untuk menggalakkan pengendali makanan ke arah pemakaian apron dan topi serta amalan penyediaan makanan secara bersih.

6. Bagi menjayakan initiatif Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri hijau, MPPP juga terlibat dalam program kitar semula komputer peribadi (P.C Recycling) dengan Dell Global Business, IRM Industries, Sunshine Wholesale Mart dan Penang Environment Working Group (PEWOG).

Program ini telah diusahakan mengikut konsep Local Agenda 21 telah berjaya mengutip 17,331 kg komputer peribadi dan aksesori komputer terpakai pada tahun 2009. Sebagai menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penggunaan bag plastik, MPPP juga turut menjayakan kempen ”Say No To Plastics”.

Ke arah ini, MPPP pada tahun 2009 telah menganjurkan 18 program bersama sekolah, penjaja, persatuan penduduk, kilang dan hypermarket dan program-program ini akan berterusan bagi tahun 2010.

7. Untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas atau ’congestion’, MPPP secara berterusan mengambil tindakan untuk memantapkan sistem pengangkutan dan lalulintas dengan membina dan menaiktaraf jalan, melaksana sistem jalan sehala, menambahbaik sistem kawalan lampu isyarat serta menaiktaraf laluan pejalan kaki dengan kemudahan OKU.

Satu projek penyeleraian trafik akan dimulakan daripada Bulatan Bukit Gelugor ke Jalan Masjid Negeri pada tahun ini sebagai uji kaji. Sehubungan dengan ini juga, kajian “Decongesting George Town” telah ditauliahkan untuk menggariskan tindakan-tindakan bagi menambahbaik aliran lalulintas dan pengangkutan awam di kawasan-kawasan yang mengalami kesesakan yang serius seperti Jalan Masjid Negeri, Air Itam dan pusat bandar George Town.

Dalam usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan dalam kawasan pusat bandar serta bagi membolehkan rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih efisen, cepat dan berkualiti, Kerajaan Negeri melalui MPPP telahpun menyambung semula pengangkutan Bas CAT (Central Area Transit) yang disediakan setiap hari dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 malam yang melibatkan kos sebanyak RM600,000 setahun. Pada masa sekarang perkhidmatan Bas CAT mendapat sambutan yang baik dengan lebih daripada 50,000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini setiap bulan.

8. Bagi tujuan mencegah jenayah di kawasan pentadbirannya, MPPP telah menggunapakai Program Bandar Selamat yang melibatkan 23 langkah pencegahan jenayah di mana langkah-langkah tersebut dilaksanakan secara berterusan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Sehingga kini, MPPP telah melaksanakan langkah-langkah berkaitan dengan bidang tugasnya seperti berikut:-

(a) pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor
(b) pemasangan rel penghadang
(c) penyediaan bollard
(d) pemasangan cermin keselamatan
(e) pemasangan CCTV
(f) laluan awam yang tidak terlindung

Baru-baru ini, konsep Bandar Selamat juga telah dilengkapkan dengan ciri-ciri mesra OKU seperti laluan yang lebar tanpa halangan, pembinaan ramp dan pemasangan “guiding block”.

Di bawah Program Bandar Selamat, MPPP telah bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengenalpasti kawasan-kawasan kerap berlaku jenayah. PBT dipertanggungjawabkan untuk memasang dan menyelenggara sistem CCTV tersebut yang hendak disambung ke Ibu Pejabat Polis Daerah yang berkenaan manakala PDRM akan bertanggungjawab terhadap operasi dan pemantauan sistem CCTV tersebut.

Setiap tahun MPPP membelanjakan lebih kurang RM1.16 juta untuk penyediaan sistem CCTV dengan 31 buah kamera yang dikendalikan oleh Polis. Pada tahun ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menambahkan 24 kamera CCTV lagi.

9. Saya percaya bahawa Cik Patahiyah bt Ismail sebagai seorang yang berpengalaman dan telah lama berkecimpung di dalam pentadbiran Majlis, dapat membawa MPPP ke tahap kecemerlangan dengan kerjasama yang erat di antara semua Ahli Majlis dan pegawai MPPP.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sr. Ir. En Ang Aing Thye, selepas berkhidmat selama 31 tahun telah dilantik sebagai Setiausaha MPPP yang baru. Sebagai seorang jurutera bertauliah, beliau adalah jurutera pertama dilantik sebagai Setiausaha MPPP. Bersama-sama dengan Arkitek Patahiyah, gandingan professional sains teknikal yang pertama dalam sejarah PBT di Malaysia berpeluang mempamerkan prestasi perkhidmatan ala CAT.

10. Adalah menjadi harapan saya agar semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan pegawai Majlis memberi sokongan padu kepada Yang Di Pertua yang baru dan bekerja sebagai satu pasukan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada orang ramai. Sekian, terima kasih.

(UCAPAN YAB TUAN LIM GUAN ENG, KETUA MENTERI PULAU PINANG
DI UPACARA PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN PUAN HJH PATAHIYAH BT ISMAIL SEBAGAI YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG PADA 1 MAC 2010)

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Surat jemputan debat masih tidak dibalas

16 Rabiulawal 1431H
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 2 Mac: Sampai ke saat ini, surat untuk jemputan mengadakan 'Debat Perdana' yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat pada 22 Februari lepas kepada Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, Norman Zailan tidak dijawab.

DPMPP dan GPMS terus sembunyi kuku selepas sahaja surat dikemukakan berbanding sebelum ini melalak riuh rendah menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersikap zalim, kuku besi kepada peniaga Melayu manakala surat yang dihantar kepada Pemuda Umno pula dibalas dengan dikoyak di depan media.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Amir Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kebaculan ketiga-tiga individu terbabit kerana tidak berani ke depan untuk menceritakan apa yang terbuku di hati mereka.

"Sebenarnya kita masih menunggu surat sehinggalah 7 Mac ini. Jika seandainya mereka tidak membalasnya bermakna apa yang disuarakan hanyalah mainan Umno yang tidak senang dengan kelebihan yang ada pada Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding parti yang menjadi naungan mereka sebelum ini," tegasnya.

Tambah beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), masih ada lima hari untuk mereka menjawabnya.

Pemuda Pakatan Rakyat tetap menunggu surat itu kerana berharap dapat berhadapan dengan individu yang tidak suka dengan ketrampilan kerajaan sekarang yang mengamalkan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T).

Ujar Amir, program yang dijangka diadakan pada 7 Mac nanti bermula pukul 9.00 malam di Tapak Ekspo Seberang Jaya tetap berjalan seperti biasa jika ketiga-tiga individu tersebut tidak menunjukkan kelibat masing-masing.

Harakahdaily.net/-