26 February 2010

Alhamdulillah, saya selamat...

11 Rabiul Awwal 1431.


Alhamdulillah saya selamat.


Sekitar jam 10.30 malam tadi saya selamat sampai di rumah dihantar oleh Unit Amal Bukit Gantang. Alhamdulillah dalam kemalangan yang saya alami petang tadi saya tidak mengalami apa-apa kecederaan walaupun terpaksa menerima hakikat kerosakan kereka adalah teruk dan memakan masa untuk diperbaiki.

Sebenarnya sehari dua ini badan juga kurang sihat dan pagi tadi saya sempat menemui Doktor untuk meminta ubat batuk, demam dan selsema. Selain itu saya mengambil peluang untuk memeriksa jantung, kolesterol dan kandungan gula. Alhamdulillah keadaan jantung dalam keadaan baik, kandungan gula 4.2 dan kolesterol 5.06. Kata doktor semuanya baik dan normal.

Itulah kata pepatah, "malang tidak berbauh" dalam perjalanan ke Tapah untuk menghadiri majlis minum teh pada jam 5.00 petang dan sebelah malamnya ada ceramah isu semasa. Dalam keadaan "mengelamun" selepas makan ubat sepanjang perjalan saya sesekali jaga dan tidur berlakulah kejadian yang tidak diingini tersebut.

Semasa pemandu peribadi terkejut dalam keadaan kereta sedang menaik bukit di Bukit Berapit selepas Hentian Sebelah Bukit Gantang, saya terjaga dari tidur dan sempat melihat keadaan kepala lori semacam membawa kontena sudah menghulurkan kepala ke kanan dan sebahagiannua berada dikawasan sebelah kanan.

Dalam keadaan tersebut saya kira pemandu saya telah mengambil langkah yang tepat untuk tidak memberek dengan mengejut dalam kelajuan hampit 100 km sejam dan dia mengambil jalan tengah untuk terus merempuh lorong yang telah mengecil itu.

Disitulah sebelah kiri kereka tersangkut dengan bahagian hadapan lori dan alhmadulillah kereta kami tidak berpusing langsung dan dalam keadaan tayar dan rim yang telah pecah kami meminggir ketepi dan lori yang terlibat terus cabut lari.

Rasa lemah badan dan dalam keadaan agak trauma dan menggeletar saya keluar dari kereta dan mengarahkan pemandu meletakkasn sesuatu tanda dan saya menalifon PLUS dan temah-teman seperjuangan.

Seingat saya yang sempat saya hubungi ialah YB. Zainuddin, Hj. Mustafa Wahab dan Cikgu Sharuddin. Semuanya berada berdekatan dengan tempat kejadian. Selain itu ada beberapa kereta yang mengenali berhenti untuk bertanya khabar.

Selepas terselamat dari musibah yang lebih besar dan walaupun inilah yang terbesar semenjak saya memiliki kereta sendiri pada tahun 1994. Minggu lepas saya juga terlibat dengan kemalangan di bandar Tanah Merah dalam perjalanan balik sesudah Berhari Raya Cina di Kelantan. Bumper hadapan semuanya rosak dan mootosikal yang terlibat dengan kemalangan itu serta 2 penumpangnya mengalami kecederaan kecil.

Alhamdulillah saya dalam keadaan baik dan akan kembali bertugas esok hari. Petang esok saya akan menaiki kapal terbang dari Penang ke KL untuk menaiki Kapal terbang ke Miri Sarawak pada awal pagi sabtu ini kerana program yang telah diatur lebih awal.

Awal pagi minggu 28 Feb saya balik ke Kuala Lumpur untuk mengikut 3 program yang diatur dan bari kembali ke Parit Buntar pada pagi Isnin ini.

Semangat kembali pulih walaupun telinga masih rasa bengang dan terbayang-bayang bagaimana kejadian petang tadi, namun tidak melemahkan semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Pada kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mambantu saya semasa selepas kejadian, semasa membuat laporan di IPD Kuala Kangsar sehinggalah yang menghantar saya sampai ke rumah di Parit Buntar.

Selain itu terimakasih kepada yang menghebahkan sedikit ujian ini dalam beberapa blog berserta dengan gambarnya sekali. Seingat saya blogger Infotambahan yang berada dan menyiarkan dalam blognya dan diulang posting dan beberapa blog yang lain.

Selain itu terima kasih kepada rakan seperjuangan yang bertanya khabar melalui talifon dan sms. Antaranya Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain. Selain itu Timbalanynya, Ust. Mustafa Shaari yang kebetulan habis program di Bukit Gantang bersama rombonganya menjenguk saya semasa di IPD Kuala kangsar tadi.

Tidak lupa terima kasih kepada Ust. Misbah yang menggantikan tempat saya di Tapah dan pelbagai pihak lain byang tidak sempat saya sebutkan namanya disini.

Semuga Allah melipat gandakan ganjaran untuk semua dan sentiasa memberi ketabahan kepada kita dalam menempuh pelbagai ujian yang datang dan pergi.

PRESS STATEMENT

11 Rabiul Awwal 1431H
Email : PAS Miri

The recent statement made by Datuk Shafie and Datuk Najib about the RM3.6billion provision for infrastructure development is clearly a political bait by the BN since the disolvement of the DUN of Sarawak shall be done anytime soon. Many political analysts opine that the disolvement could done soonest by April 2010. This matter is strengthen with the currently frequent visits by the Federal Governement leaders to this country, as well as the entry of PPP, one of BN component party, into Sarawak recently.

PAS and its PR counterparts request that any monetary provision approved must be utilised for the real benefits of the Rakyat as a whole. The many prolonged issues be it, the pot-holed roads, traffic congestions or the forever unresolved prolem of municipal waste dumping ground in Miri, show that any statement by Barisan Nasional is only lip service to attract voters. The recent shocking report by MACC that about 60% of the infrastructure allocations for Sarawak have been siphoned off or the projects did not materialise but payments were made. Hence, PAS rejects this announcement of RM3.6b if the money is used for BN political interests or to enrich the cronies of BN. This huge allocation could be divided among the BN quarters as per Seniman P.Ramlee put it nicely in one of his film, "One for you and 9 for me”.

The MACC investigation report about the leakage has not been made public. PAS is hereby urge the government to publices the report and prosecute culprits to face the music. We do not want the BN government to threaten and linger only on petty matters of the PR state governement like the RM2,400 cheque and the sacrificial cattle issues. PAS is also urging the allocation announced by Shafie Apdal and Najib to be used for the betterment of the people and to ensure among the society. The recent attack of a school boy Winstien Balang in Kuching; and DAP State Chief's spouse and the vandalism attack on a church in Miri necessitate the government seriousness in tackling the issue in order to ensure safety to all quarters.

PAS and other PR members will continue to render their commitment to sanctify and enhance the principt of the Rukunegara and harmony to all, which were resoluted in the recent Pakatan Rakyat Convention.PAS like to wish Happy Chinese New Year to all Chinese communities all over the country especially in Miri and Sarawak. We pray that the new year will bring greater and continous success and improvement.

To all Muslims, PAS ask them to continue propogating goodness towards the realisation of the Welfare State as in line with the rememberance of the birth of the Great Prophet Muhammad SAW on 12 Rabi'ul Awal 1431H/ 26 February 2010.

GONG XI FA CHAI and Salam Maulidur Rasul.
"PAS FOR ALL"
PAS MIRI DIVISION
pas-miri.blogspot.com

Information Chief : Engr.Mohd Azwani
YDP : Tuan Haji Jofri

CERAMAH POLITIK ISU SEMASA

Penceramah : 1. Ustaz Haji Idris bin Ahmad
(Ketua Penerangan PAS Pusat)
2. Ustazah Bariah binti Alang Sapri
(Ketua Dewan Muslimat PAS Perak)
3. SDR. Badrul Hisham bin Shahrin
(AMPT PKR)

Tempat : Markaz PAS Cawangan Permatang Pauh, Belanja Kiri, Parit
Jam : 9.00 mlm
Tarikh : 28.02.2010 (Ahad)


Semua Dijemput Hadir


Adat Perkahwinan Tradisi Penganut Islam di Beijing

11 Rabiul Awwal 1431H

Adat perkahwinan tradisi umat Islam mempunyai gabungan ciri-ciri tradisi adat kebangsaan China dan kebiasaan agama Islam. Ini mencerminkan adat budaya tradisi tempatan dan juga ciri-ciri adat resam etnik Hui sendiri.

Menurut ajaran Islam, peraturan asas perkahwinan bagi seorang pemuda dan gadis yang pertamanya, mereka berdua mestilah beragama Islam. Kedua, perkahwinan itu mesti dipersetujui oleh calon pengantin itu sendiri. Ketiga mesti ada dua orang saksi yang beragama Islam bagi perkahwinan tersebut. Keempat, pihak keluarga lelaki mestilah memberikan mas kahwin kepada pihak keluarga wanita. Manakala yang kelima mesti ada Imam yang menjadi saksi perkahwinan itu.

Terdapat lima peringkat dalam adat perkahwinan tradisi umat Islam di Beijing. Ini termasuk yang pertama, melaksanakan adat peminangan ke atas keluarga wanita.

Calon pengantin lelaki dan wanita mestilah beragama Islam dan mendapat keizinan terlebih dahulu oleh ibu bapa mereka sebelum berkahwin. Setelah pemuda dan pemudi mencapai usia untuk berkahwin, ibu bapa mereka akan mulai mempertimbangkan urusan perkahwinan. Oleh itu, mereka mulalah merisik untuk mencari calon yang sesuai untuk anaknya menerusi saudara atau sahabat handai. Ibu bapa kedua-dua bakal pengantin akan saling mengetahui mengenai keadaan keluarga masing-masing secara berasingan menerusi risikan yang dilakukan oleh saudara atau sahabat. Jalinan hubungan percintaan secara bebas juga kadang kala boleh terjadi.

Apabila kedua-dua calon pengantin telah saling mempersetujui, begitu juga kedua-dua ibu bapa mereka, maka ibu bapa lelaki dengan bantuan saudara maranya akan menjalankan urusan peminangan ke atas perempuan itu sebelum perkahwinan. Ini digelar pertunangan yang benar. Sebelum itu, ibu bapa kedua-dua calon pengantin akan saling kunjung mengunjung ke rumah masing-masing.

Hubungan perkahwinan dikenalpasti. Sopan santun dan upacara keagamaan mestilah wujud dalam proses penjalinan hubungan perkahwinan umat Islam. Pertamanya, tarikh bagi majlis perkahwinan akan ditetapkan pada hari yang sesuai. Ini kerana hari Jumaat merupakan hari penting bagi umat Islam untuk bersembahyang berjemaah di masjid. Keduanya, upacara perkahwinan itu lebih sesuai diadakan di masjid atau hotel. Sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung, kedua-dua ibu bapa calon pengantin lelaki dan perempuan mestilah mandi terlebih dahulu. Ketiga, jamuan perkahwinan akan disediakan oleh pihak keluarga lelaki. Imam, ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan serta saudara mara turut diundang ke majlis tersebut. Sanak saudara yang beragama Islam akan menyampaikan salam kepada ibu bapa kedua-dua bakal pengantin.

Keempat, selepas jamuan dimulakan, bakal pengantin lelaki dan wanita akan bertukar-tukar maklumat diri dalam bahasa Arab antara satu sama lain. Maklumat diri ini diperbuat daripada bahan emas, perak atau logam yang amat cantik coraknya. Seterusnya, kedua-dua pengantin saling bertukar cenderamata kenang-kenangan, yang terdiri daripada barang kemas emas dan perak, jam tangan yang mahal serta pakaian yang bermutu tinggi. Kelima, meja makan pengantin disediakan khusus kepada kedua mempelai ibu bapa mereka, serta jemputan yang beragama Islam, dan satu meja yang lain disediakan untuk para sahabat dan saudara yang bukan beragama Islam. Setelah Imam selesai membaca Al-Quran, jamuan akan dimulakan. Selepas selesai jamuan, kedua mempelai akan bertepuk tangan dan membaca Al-Quran. Ini menandakan kesyukuran kerana terjalinnya hubungan perkahwinan dan merapatkan hubungan antara keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan telah pun melafazkan akad nikah dan tidak akan melepaskan hubungan perkahwinan itu.

Menyediakan barang-barang hantaran perkahwinan.

Selepas hubungan perkahwinan dikenalpasti, barang hantaran perkahwinan yang diterima daripada pihak pengantin perempuan, termasuk selimut, pelbagai jenis alat perkakas dan sebagainya akan dihantar ke rumah pihak lelaki. Jumlah barang hantaran perkahwinan tersebut ditentukan menurut keadaan ekonomi keluarga pihak wanita. Di samping itu, barang-barang tersebut akan diiringi oleh saudara mara pihak wanita, sementara barang hantaran tersebut akan disambut oleh saudara mara dari pihak lelaki. Untuk majlis ini rumah akan dihiasi indah. Selain itu, 4 jenis masakan lauk pauk yang lazat akan disediakan yang dijadikan sebagai hadiah kepada pihak wanita, termasuklah masakan daging ayam, itik, lembu, kambing, kuih muih dan gula serta teh.

Adat perkahwinan tradisi umat Islam mempunyai gabungan ciri-ciri tradisi adat kebangsaan China dan kebiasaan agama Islam. Ini mencerminkan adat budaya tradisi tempatan dan juga ciri-ciri adat resam etnik Hui sendiri.

Menurut ajaran Islam, peraturan asas perkahwinan bagi seorang pemuda dan gadis yang pertamanya, mereka berdua mestilah beragama Islam. Kedua, perkahwinan itu mesti dipersetujui oleh calon pengantin itu sendiri. Ketiga mesti ada dua orang saksi yang beragama Islam bagi perkahwinan tersebut. Keempat, pihak keluarga lelaki mestilah memberikan mas kahwin kepada pihak keluarga wanita. Manakala yang kelima mesti ada Imam yang menjadi saksi perkahwinan itu.

CRI/-

Rahsia Panjang Umur Penduduk di Pekan Longquan, Hainan

11 Rabiul Awwal 1431H

Di kawasan selatan China terletak sebuah pekan yang bernama Longquan didiami 19 orang tua yang berumur lebih daripada 100 tahun. Antara mereka yang paling panjang umurnya 108 tahun. Pekan Longquan mempunyai penduduk seramai hampir sepuluh ribu orang. Menurut standard antarabangsa, ia adalah sebuah "kampung orang panjang umur".

Nenek Wang, berusia 102 tahun, seorang penduduk pekan Longquan. Ketika wartawan tiba di rumhanya, nenek Wang sedang berehat di pintu hadapan rumahnya. Pekarangan rumahnya seluas 10 meter persegi amat bersih dan teratur. Cucunya Chen Yingsheng memberitahu wartawan bahawa neneknya merupakan seorang yang rajin dan sukakan kebersihan. Beliau mencuci rambutnya setiap hari. Sehingga kini, beliau masih boleh memasak sendiri, mencuci pakaian dan mandi sendiri. Biliknya juga dikemas sendiri beliau.

Ketika mengenang kembali liku-liku perjalanan hidup nenek Wang yang lalu, anak bongsunya Chen Rufu berkata ibunya amat "bersusah payah". Nenek Wang berkahwin ketika berumur 14 tahun dan mempunyai 8 orang anak. Suaminya meninggal dunia ketika nenek Wang berumur lebih 30 tahun. Beliau terpaksa meneruskan kehidupan dan membesarkan sendiri lapan orang anaknya. Nenek Wang sentiasa menasihatkan anaknya agar menjadi seorang yang bersikap sabar, besar hati dan mudah memaafkan. Menurutnya, kelapangan hati dan kejernihan jiwa adalah dua perkara yang membawa seseorang itu panjang umurnya.

Selepas meninggalkan rumah nenek Wang, wartawan pergi pula ke rumah datuk Wang yang berumur 104 tahun. Beliau memakai pakaian cantik yang dibelikan oleh menantu perempuannya. Anak lelakinya, Wang Caiquan yang berumur 78 tahun memberitahu wartawan bahawa datuk Wang pernah menjinakkan lebah, bermain Erhu (sejenis alat muzik tradisional China), dan berlatih kung fu. Menurut Wang Caiquan rahsia panjang umur ayahnya mungkin ada kaitan dengan ketiga-tiga aktiviti tersebut. Ini kerana madu amat baik bagi kesihatan manusia, manakala bermain Erhu bukan sahaja boleh mendatangkan pendapatan, tetapi juga memupuk suasana yang harmoni. Kung fu pula menyihatkan badan. Datuk Wang kini tidak makan banyak setiap hari, tetapi makanannya terdiri daripada beraneka jenis makanan. Beliau tidak suka makan daging dan mengekalkan kerja-kerja hariannya.

Apakah rahsia panjang umur bagi penduduk pekan Longquan? Pegawai pekan itu Wu Jingyi berkata, udara di sini amat bersih sehinggakan ramai orang tua yang berumur lebih daripada 100 tahun tinggal di sini. Mereka biasanya makan sayur-sayuran yang ditanam sendiri, mengekalkan kerja-kerja harian dan dijaga dengan baik oleh anaknya. Inilah sebabnya mereka mempunyai usia yang panjang.

CRI/-


Shang Xing Xia Xiao

11 Rabiul Awwal 1431H

Kelakuan Golongan Atasan Dicontohi Oleh Golongan Bawahan

Asal Usul:

Pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi, terdapat seorang raja di negeri Qi yang bernama Qijinggong. Baginda selalu dukacita, kerana selepas Perdana Menterinya, Yan Ying meninggal dunia, tidak ada seorang pun yang berani menunjukkan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari, raja Qijinggong telah mengadakan jamuan besar-besaran di istana untuk meraikan pegawai-pegawainya. Selepas jamuan itu, pegawai-pegawai tersebut pun mengiringi baginda ke lapangan untuk memanah. Setiap kali baginda memanah, para pegawainya akan memberikan pujian, tidak kira panahan baginda kena pada sasarannya atau tidak. Mreka berkata:

"Kemahiran memanah tuanku hebat sekali. Memanglah tiada tolok bandingnya."

Raja Qijinggong berasa sangat benci dengan pujian yang penuh dengan kepura-puraan itu. Suatu hari kemudiannya, baginda memberitahukan perasaannya itu kepada Xuan Zhang, seorang pegawai kanan yang amat dihormati oleh baginda. Xuan Zhang mengatakan:

"Ini bukanlah kesalahan pegawai-pegawai itu semata-mata, tuanku. Hamba pernah mendengar orang dahulu berkata, perbuatan yang dilakukan oleh golongan atasan akan dicontohi oleh golongan bawahan. Maka, apa jua makanan yang disukai raja, makanan itu akan disukai oleh rakyatnya. Apa jua pakaian yang digemari raja, pakaian yang serupa juga akan digemari oleh rakyatnya. Demikianlah juga, jika raja itu gemar dipuji, pastilah rakyatnya akan selalu mengeluarkan kata-kata manis untuk menyukakan hatinya."

Raja Qijinggong berasa bahawa kata-kata Xuan Zhang itu sangat masuk akal. Maka, baginda ingin memberikan kurniaan yang besar kepada Xuan Zhang. Bagaimanapun, Xuan Zhang menolak kurniaan daripada raja itu, sambil berkata dengan serius:

"Sebenarnya, pegawai yang suka memuji-muji tuanku itu, hanyalah untuk mengharapkan kurniaan daripada tuanku. Jika hamba menerima kurniaan ini, bukankah hamba juga menjadi orang yang bersifat keji dan bermuka-muka seperti mereka itu?"

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Shang Xing Xia Xiao" ini membawa erti, perbuatan (biasanya yang buruk) yang dilakukan oleh golongan atasan atau generasi terdahulu akan dicontohi oleh golongan bawahan atau generasi kemudian. Peribahasa ini ada sedikit persamaan maknanya dengan peribahasa "Bapa burik anak rintik" atau dengan ungkapan umum "kemimpinan melalui teladan".

CRI/-

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI PERAK: DI MANA SILAPNYA

11 Rabiul Awwal 1431H
Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (23 Februari 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal jika benar yang telah di laporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan kehadiran rakyat Negeri Perak sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Perak di mana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat sama di lihat tiada sambutan daripada rakyat.

Utusan Malaysia telah melaporkan lebih 5,000 orang rakyat hadir semasa Majlis Sambutan yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 14 Februari yang lalu. Manakala pada 21 Februari yang lalu, Utusan Malaysia telah melaporkan hanya lebih 3,000 orang rakyat hadir. Perbezaan jumlah tersebut amat ketara kerana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.

DPPN Pk menggesa Kerajaan Negeri mengkaji kelemahan setiap Majlis yang diadakan terutama apabila Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat. DPPN Pk juga berharap semua lapisan masyarakat di libatkan sama dan jangan ada pihak yang tersisih daripada program bersama rakyat.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Hakmilik: Peneroka dakwa Felda tipu

11 Rabiul Awwal 1431H

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.

Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.

Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.

Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.

"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.

Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.

Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.

Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.

Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.

Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.

Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.

"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.

"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.

Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.

Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.

Malaysiakini/-

Isu tanah: 30 Orang Asli berdemo di Gombak

11 Rabiul Awwal 1431H

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Menurut Sokyen, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga akan dihantar kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Orang Asli di Geneva, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Enam laporan polis

Dalam petisyen yang ditandatangani lebih 90 orang itu, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat pada Mac 2009 itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.

Turut ditimbulkan dalam petisyen berkenaan berhubung penjawatan oleh Orang Asli dalam JHEOA di bahagian kesihatan dan perubatan.

"Satu ketika dulu jawatan Orang Asli di bahagian kesihatan hampir 80 peratus, kini didominasi orang Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, manakala Orang Asli hanya (tinggal) 10 peratus sahaja.

“Banyak syarat yang dikenakan untuk Orang Asli diterima masuk," petisyen setebal enam halaman itu dipetik.

Digelar 'hitam, jijik, kotor'

Petisyen itu turut mempertikaikan tindakan hospital itu memberi “layanan lebih baik” kepada masyarakat lain, sedangkan hospital itu dibina khas untuk keperluan Orang Asli.

"Walaupun Klinik 1Malaysia wujud, tetapi masyarakat bukan Orang Asli masih ramai yang datang dengan alasan senang letak kereta, selesa serta murah.

"Ada di antara kami yang terpaksa tinggal (ditempatkan) di hospital kerajaan lain (kerana) menerima cemuhan daripada kakitangan hospital (yang dikhaskan kepada Orang Asli). Ada yang memanggil kami 'asli', 'hitam', 'busuk', 'kotor', semasa di wad hospital.

"Ada yang seolah jijik memegang kami sewaktu mengambil suhu badan atau tekanan darah. Kami berasa asing di tanah bumi sendiri," menurut petisyen itu lagi.

Menurut Sokyen, kira-kira 2,000 Orang Asli mendiami kawasan sekitar Gombak. Masyarakat tersebut, tambahnya, bergantung kepada hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

"Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.

"Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami," tambahnya.

Malaysiakini/-


K'jaan tangguh umum tarif baru elektrik

11 Rabiul Awwal 1431H

Kertas cadangan mengenai tarif elektrik masih dalam pertimbangan kabinet.

Oleh itu tiada sebarang pengumuman mengenai perkara itu dibuat, demikian menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam dilaporkan sebagai berkata bahawa kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik hari ini.

Beliau dilaporkan berkata kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Harakahdaily.net/-

Jambatan P' Pinang sesak akibat gangguan elektrik

11 Rabiul Awwal 1431H

Ratusan kenderaan terkandas selama hampir sejam di laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang apabila plaza tol jambatan berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Jurucakap syarikat pengendali jambatan, Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) ketika dihubungi, berkata laluan pintu masuk plaza tol jambatan itu mengalami kesesakan teruk kira-kira jam 4.10 petang.

"Sistem tol dan palang tidak dapat berfungsi sementara ketika bekalan elektrik terputus dan ia menyebabkan pengguna dari tanah besar tidak boleh masuk ke pulau," katanya.

Beliau berkata, semua pintu tol tunai kemudiannya beroperasi selepas beberapa minit kemudian tetapi lorong Smart Tag dan Touch and Go masih belum dibuka ekoran gangguan bekalan elektrik itu.

Jurucakap itu berkata, gangguan bekalan elektrik itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih 4km dari Seberang Jaya ke Jambatan Pulau Pinang.

Harakahdaily.net/-

Rombakan exco Kedah: PKR serah senarai baru

11 Rabiul Awwal 1431H

PKR menyerahkan senarai baru calon-calon untuk dilantik sebagai exco kerajaan Kedah untuk dipertimbangkan menteri besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Pertukaran tersebut untuk meningkatkan keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan ia juga selari dengan janji kita untuk meningkatkan prestasi kerajaan negeri," kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution (kiri).

Undang-undang negeri mensyarakat pelantikan exco baru Kedah dibuat bulan depan.

Daripada 10 kerusi exco di negeri itu, tiga daripadanya diberikan kepada PKR. Mereka adalah M Manikumar (pelancongan dan hal ehwal masyarakat India), Lim Soo Nee (pelaburan dan hal ehwal masyarakat Siam) and Tan Wei Xu (Pengangkutan dan hal ehwal masyarakat Cina).

Antaranya ketika-tiga wakil rakyat itu, khabar angin bertip kencang bahawa Tan akan digugurkan, antanya berkaitan prestasi semasa beliau.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Azizan (kanan, bersongkok) berkata beberapa anggota exco ungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.

"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," beliau dipetik berkata kepada pemberita di Alor Star hari ini.

Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.

Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada PKR.

Harakahdaily.net/-


Anak minta Suhakam siasat dakwaan Felda tindas peneroka

11 Rabiul Awwal 1431H
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda SeMalaysia (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam dalam satu pertemuan dan penyerahan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya berkenaan, petang tadi.

"Untuk lebih adil, saya minta satu public inquiry (siasatan awam) dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut," katanya.

Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.

Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka.

Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikn hutang kepada Felda.

Aduan itu didengar dua Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Subramaniam dan Datuk Khalid Ibrahim di tingkat 29 Bangunan Suhakam, sebelum menerima memorandum daripada Mazlan.

Mazlan dalam aduannya kepada Suhakam juga berkata, semua jawatankuasa yang ditubuhkan pengusan Felda tidak berpihak kepada golongan peneroka yang tidak bersetuju dengan perjanjian yang ditetapkan Felda itu menyebabkan peneroka tida tempat untuk mengadu masalah mereka.

"Sebutlah jawatankuasa apa pun di bawah Felda, semuanya tidak berpihak kepada peneroka. Kewujudan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) di tanah-tanah rancangan menjadi mata dan telinga kepada Felda," katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah peguam yang mewakili Anak iaitu Ahmad Nizam Afendi dan Suhaimi Said.

Ahmad Nizam mendakwa, perjanjian yang dibuat di antara Felda dan peneroka adalah berat sebelah dan keterlaluan.

"Perjanjian itu tidak ada tarikh tamat. Kalau ikut perjanjian tersebut, peneroka akan terikat dengan Felda dan bila sebut peneroka, ada terma yang mengikat waris, anak, cucu dan sebagainya akan terikat juga dengan Felda," katanya.

Khalid dalam responsnya dalam pertemuan itu mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaiatan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.

Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.

Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.

"Kami menerima memorandum yangakan diserahkan pada hari ini adn akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap kepada media sebelum pertemuan dengan Suhakam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berjanji akan terus membawa isu penindasan peneroka dalam perbahasan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 15 Mac depan.

"Kami di pihak Ahli Parlimen tidak pernah putus asa berdebat mengenai isu peneroka di Dewan Rakyat.

"Saya berjanji di atas nama ahli Parlimen bahawa kita akan tetap membahaskan mengenai akta GSA ini dan ia merupakan satu topik yang penting kerana GSA cukup menindas dan mencengkam peneroka," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mahukan nasib golongan peneroka dibela.

"Kita akui sumbangan Felda kepada perkembangan ekonomi negara. Tapi peneroka masih menghadapi banyak masalah di bawah Felda. Sebab itu kita setuju bersama gabungan ini untuk mengambil isu ini secara serius dan mengkaji dasar sekarang supaya kita benar-benar menghargai sumbangan para peneroka," katanya.

Peguam Anak, Suhaimi pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengendalikan semua kes melibatkan tuntutan peneroka tanpa sebarang bayaran.

"Kami telah barjanji dengan anak bahawa kami akan mengambil semua kes melibatkan generasi felda. Di konvensyen peneroka baru-baru ini pun kami berjanji akan membela nasib peneroka tanpa mengenakan bayaran," katanya.

Harakahdaily.net/-

Jangan ada tersisih program bersama rakyat

11 Rabiul Awwal 1431H

IPOH, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berharap kerajaan negeri melibatkan semua lapisan masyarakat dalam program bersama rakyat dan jangan ada pihak yang tersisih.

Sehubungan itu, naib ketuanya, Salman Saleh melahirkan rawsa kesal jika benar apa yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan kehadiran rakyat sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri di mana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat sama dilihat tiada sambutan daripada rakyat.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Utusan Malaysia telah melaporkan lebih 5,000 orang rakyat hadir semasa majlis sambutan yang telah diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar pada 14 Februari yang lalu.

Manakala, katanya pada 21 Februari yang lalu, akhbar yang sama telah melaporkan hanya lebih 3,000 orang rakyat hadir di mana perbezaan jumlah tersebut amat ketara kerana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan negeri mengkaji kelemahan setiap majlis yang diadakan terutama apabila Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.

Harakahdaily.net/-

Akta Hasutan: Naib Presiden PAS, PKR disoal siasat

11 Rabiul Awwal 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengaku disoal siasat oleh polis atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dalam suatu perhimpunan aman di Pulau Pinang pada 7 Februari lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu Harakahdaily bahawa polis turut menyoal siasat Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah petang tadi selepas menyertai suatu wacana anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat di Parlimen.

“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin sebagaimana dipetik dari suatu akhbar elektronik.

Ditanya motif di sebalik tindak tanduk polis menyiasat kedua-dua mereka, Salahuddin menganggap siasatan tersebut amalan lazim pihak polis.

“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dalam siasatan selama setengah jam, polis bertanya beberapa soalan berkaitan isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa isu politik tanah air.

Pun begitu, beliau enggan menjawab beberapa soalan polis atas alasan Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah membolehkan seseorang saksi untuk menjawab soalan pegawai penyiasat (IO) atau sebaliknya.

Sivarasa, Ahli Parlimen Subang pula berkata, polis tidak bertanya beliau berkaitan isu kalimah ‘Allah’ sebagaimana Salahuddin.

Sebaliknya, beliau diminta menjawab beberapa soalan yang menyentuh kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung sekarang.

Sehubungan itu, beliau turut menafikan siasatan polis bahawa beliau ada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada awal bulan ini.

Beliau yang juga pengamal undang-undang berkata, kenyataannya yang menyentuh kes Anwar tersebut merupakan suatu analisis politik biasa masyarakat awam.

“Saya tidak melihat apa-apa masalah bagi saya menjelaskan pandangan saya kepada orang ramai dan memberikan analisis politik agar rakyat boleh membuat rumusan mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kenyataan di Pulau Pinang itu merupakan kenyataan sulung beliau berkaitan peribadi Anwar.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan motif polis menyiasat beliau dan Salahuddin petang tadi.

“Saya melihat ini sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pemimpin Pakatan dan untuk menghalang kami daripada bercakap tetapi tugas kami ialah untuk menjelaskan kepada publik tentang isu-isu penting,” katanya.

Selain Sivarasa dan Salahuddin, dilaporkan Polis turut menyoal siasat disoal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan, Pegawai Ahli Parlimen PAS, Wan Jo sejak tiga bulan lalu atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang pelbagai.

Dalam perkembangan yang sama, Sivarasa berkata, dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan itu dibuat oleh Inspektor Irwandi Khirrudin Mohamad Rejal pada 8 Februari lalu.

Ekoran itu, beliau mencabar pihak polis sendiri supaya mengenakan tuduhan hasutan terhadap Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat terbabit sekiranya pihak berkuasa merasakan mereka benar-benar telah melanggar undang-undang.

Untuk menghadapi siasatan polis, Sivarasa dan Salahuddin diwakili oleh peguam N. Surendran.

Manakala, siasatan mereka tadi direkodkan oleh dua orang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Seberang Jaya.

Harakahdaily.net/-

Pemuda PAS adakan dialog dengan kedutaan asing

11 Rabiul Awwal 1431H
Rusli Yasmin & Haris Zulkifli

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Pemuda PAS meningkatkan peranannya dalam pembinaan dasar luar parti apabila berjaya mengadakan majlis dialog dengan wakil-wakil kedutaan asing di sebuah hotel dekat sini, hari ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar al-Hiss berkata, program itu bertujuan antaranya untuk mengikis dan menghapuskan prasangka buruk negara-negara luar tentang Islam dan PAS secara khususnya.

Selain itu, katanya ia juga sebagai usaha mengukuhkan hubungan luarnya sebagai persediaan PAS dan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara Malaysia pada masa akan datang.

Ketuanya, Nasrudin Hasan dalam ucapannya berkata, majlis itu sangat penting untuk menunjukkan bahawa Pemuda PAS mempunyai hubungan baik dengan semua negara di dunia atas nama keamanan, keselamatan dan menyertai kepentingan bersama dalam politik, sosial dan ekonomi.

"Kami juga mendokong prinsip keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa dan turut mendokong keadilan dan ketelusan undang-undang dan sistemnya.

"Ini juga adalah sebagai memberi jawapan kepada umum bahawa PAS bukan parti ekstrimis seperti yang digambarkan oleh sesetengah media Barat," katanya.

Beliau turut menyatakan ketegasan Pemuda PAS menentang undang-undang drakonian dan primitif seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diamalkan dalam negara Malaysia.

"Sekaligus usaha Pemuda PAS ini memberi persepsi yang positif kepada orang lain bahawa PAS dipandang sebagai parti yang penting dalam politik Malaysia," ujarnya.

Menurut beliau, politik Islam yang diperkenalkan oleh PAS sangat menentang kezaliman dan sangat mementingkan ukhuwah dan hubungan persaudaraan sesama manusia.

Lebih 20 orang wakil kedutaan menghadiri program itu, antaranya kedutaan Amerika Syarikat, Iran, China, Itali, Finland, Kesatuan Eropah, Britain dan Poland.

Harakahdaily.net/-

Royalti: BN terus cuba kelirukan rakyat

11 Rabiul Awwal 1431H

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius cubaan berterusan Kerajaan Pusat (Barisan Nasional) mengelirukan rakyat mengenai hak setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak secara langsung kepada kerajaan negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (APP).

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, iklan terbaru oleh Kerajaan Pusat (yang dibayar dengan duit rakyat) cuba untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa cadangan pindaan APP oleh Pakatan Rakyat adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat mengakui negeri-negeri tidak mempunyai hak di bawah APP.

Menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang mencadangkan usul tersebut di dalam sesi terakhir Dewan Rakyat pada Disember 2009 yang lalu dengan niat menghalang BN dari terus memanipulasi kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat di masa pentadbiran Tun Abdul Razak untuk menghukum rakyat Kelantan.

Katanya, semasa APP 1974 dirangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai, contohnya telaga minyak carigali Tapis di luar pesisir pantai Terengganu dan Temungo di luar pesisir pantai Sabah).

Tambahnya, semua telaga minyak ini berada jauh di tengah lautan dan jauh dari garisan 3 batu nautika setiap negeri (yang kini ditimbulkan sebagai sempadan negeri apabila merujuk kepada APP).

Menurutnya lagi, telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah “luar pesisir pantai” di dalam APP.

“Niat dan tujuan APP (apabila merujuk kepada telaga minyak luar pesisir pantai) adalah cukup jelas, sehinggakan dimensi sempadan dan jarak jauh dari pantai untuk menentukan sempadan negeri tidak ditimbulkan di dalam APP langsung,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau menambah, pendirian dan pendapat Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada ketika itu adalah sangat jelas, iaitu apa-apa perolehan dari carigali hidrokarbon di atas darat atau di luar pesisir pandai di dalam wilayah negeri perlu dibayar dengan bayaran tunai (kemudian dipanggil royalti).

“Pendirian ini dikukuhkan lagi dengan rasa hormat dan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri kepada semangat persekutuan, di samping mengambil kira kebajikan rakyat di setiap negeri,” katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Namun, jelasnya, tiga dekad kemudian, BN mencabul kepercayaan dan budi bicara di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang tercapai dalam tahun 1974, dengan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma “luar pesisir pantai” yang kabur di dalam APP.

“Maksud dan niat yang termaktub di dalam APP adalah jelas, terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak yang berada dalam lingkungan 3-batu nautika sejak petroleum dijumpai di negara ini,” ujarnya.

Jelasnya, APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud, ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu, maknanya semua telaga minyak luar pesisir pantai berada jauh dari pantai.

Sebenarnya, kata beliau apa yang juga jelas ialah niat BN untuk mengkhianati semangat perjanjian yang menjulang kebajikan rakyat, dengan menggunakan persoalan remeh-temeh mengenai istilah di dalam APP.

“Ini terus dilakukan, walaupun telah berkali-kali mereka yang merangka APP, termasuklah Pengerusi Petronas yang pertama Tengku Razaleigh Hamzah, menjelaskan bahawa niat dan maksud istilah ‘luar pesisir pantai’ di dalam APP merujuk kepada mana-mana telaga minyak di luar pantai sesebuah negeri.

“Oleh itu, cadangan pindaan oleh Datuk Seri Anwar bertujuan untuk menegakkan dan membawa kembali niat dan semangat perjanjian ke dalam APP dengan memberikan definisi yang nyata mengenai istilah ‘luar pesisir pantai’ yang melambangkan niat dan semangat perjanjian dalam tahun 1974 supaya kita dapat menghalang sesetengah pihak yang berniat buruk dari terus memanipulasi APP untuk menganiayai rakyat Kelantan,” jelasnya lagi.

Harakahdaily.net/-