20 February 2010

Peta tempat Konvensyen Blogger PAS.


Mat Sabu Di Bagan Datoh hari ini.

5 Rabiul Awwal 1431H.
http://misabah.blogspot.com

Setelah beberapa hari Mat Sabu berkampung di Perak menggempur beberapa kawasan, kini Menteri Pertahanan Malaysia, Zahid Hamidi akan digempur oleh Mat Sabu malam nanti di Bagan Datoh. Mat Sabu telah mulakan gerak gempurnya di Gerik beberapa malam sudah, diikuti di Beruas, malam tadi di Kemunting dan sekarang giliran Bagan Datoh pula.

Sudah tentu banyak isu-isu yang melibatkan Menteri Perhanan akan difokuskan oleh Mat Sabu, antaranya injin jet hilang, rahsia pertahanan negara yang bocor dan sebagainya. Mat Sabu yang terkenal dengan kelantangannya pasti akan mendedahkan satu persatu isu-isu tersebut.

Program Mat Sabu bermula dengan jamuan teh bersama rakyat di Pekan Bagan Datoh. Malamnya ceramah isu semasa di Kg. Simpang Empat, Rungkup. Turut menyampaikan ceramah YB Chan Le Kang, Adun Teja dari Parti Keadilan Rakyat. Harap seluruh rakyat Bagan Datoh tidak ketinggalan untuk mengikuti ceramah ini.


Abu Bakar As Shiddik : aku bukan yang terbaik

5 Rabiul Awwal 1431H.
Jarjani Usman/Serambi Indonesia.

“Aku telah diangkat menjadi pemimpin kalian, padahal aku bukan yang terbaik diantara kalian. Oleh karena itu, jika aku benar bantulah aku dan jika aku berbuat salah tegurlah (luruskanlah) aku” (Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.).

Itulah bunyi pidato Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. ketika diangkat menjadi Khalifah. Isi pidato tersebut menunjukkan bahwa Abu Bakar menganut sistem pemerintahan dengan manajemen terbuka. Dalam manajemen terbuka, berbagai masukan, apalagi yang sifatnya membangun atau memberi dampak baik, akan ditampung.

Meskipun banyak kebaikannnya, manajemen seperti ini resikonya tidak sedikit. Sebab, dalam memberi masukan, tidak semua orang mampu melakukannya dengan cara-cara yang damai sebagaimana dianjurkan dalam Al-Qur’an. Disebutkan dalam kitab suci itu, kalau memberi peringatan, perlu dilakukan dengan cara-cara yang baik dan penuh hikmah. Samasekali tidak dianjurkan melaksanakan dengan perbuatan-perbuatan yang bisa memicu terjadinya kekerasan dan memusnahkan persatuan umat, meskipun tidak sedikit orang melakukannya, sengaja atau tidak. Apalagi, hal-hal seperti itu biasanya menyisakan dendam, yang seringkali berkepanjangan.

Lebih beresiko lagi kalau orang-orang yang diberi masukan kurang siap untuk menerimanya, apalagi yang disampaikan oleh orang-orang yang beragam latar belakang pendidikan dan wataknya. Perlu kesiapan dalam bentuk kesabaran yang sangat tinggi.

Kalau mengikuti isi pidato Abu Bakar itu sekarang ini, kiranya perlu keterbukaan dari dua pihak yang menyampaikan dan menerima masukan. Ketika menyampaikan masukan, jangan berharap akan ada penampung yang sekelas Abu Bakar. Dalam menerima masukan, juga jangan berharap semua orang yang menyampaikannya memiliki latar belakang pengetahuan yang sama baiknya.

Jumlah Penumpang Kereta Api Dijangka Meningkat secara Mendadak Berikutan Berakhirnya Cuti Tahun Baru China

Jumlah penumpang kereta api kini semakin bertambah ramai berikutan cuti Tahun Baru China yang akan berakhir. Kebanyakan penumpang terdiri daripada para pelajar dan pekerja yang balik dari kampung halaman ke tempat mereka belajar atau bekerja.

Menurut statistik, jumlah penumpang kereta api di China mencatat 4.7 juta orang pada 17 Feb. lalu, meningkat 600 ribu orang berbanding hari sebelumnya. Kini, badan landasan kereta api di seluruh negara berusaha bersungguh-sungguh bagi menghadapi bilangan penumpang yang dijangka meningkat secara mendadak pada beberapa hari akan datang.

Laporan bedah siasat ke-2 didedahkan hari ini

5 Rabiul Awwal 1431H.

Inkues kematian seorang pembantu politik kepada exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock akan bersambung hari ini dengan anggota keluarganya berharap mereka akan mendapat jawapan sama ada kematiannya itu disenganjakannya ataupun dia dibunuh

Ahli pathologi hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua ke atas Teoh dipanggil keterangannya hari ini.

Salinan laporan bedah siasat yang dijalankan pada 22 Nov lalu juga dijangka akan diumumkan hari ini.

Shahidan melakukan bedah siasat itu dengan pemerhatian oleh ahli pathologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand, manakala Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula melantik Dr Peter Venezis sebagai pemerhati mereka.

Pornthip adalah pengarah Institut Pusat Sains Forensik yang berpangkalan di Bangkok dan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Undang-undang Thailand. Beliau pada perbicaraan tahun lalu berkata 80 peratus kemungkinan kematian Teoh adalah kerana dia dibunuh.

Venezis pula adalah ahli pathologi yang terkenal dengan penyiasatan kematian Puteri Diana.

Kedua-dua ahli pathologi berkenaan juga dijadual memberikan keterangan mereka.

Koroner Azmil Muntapha Abas mengarahkan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh dilakukan pada 9 Nov lalu berikutan dakwaan Pornthip itu.

Teoh meninggal dunia pada 16 Julai selelepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di ibupejabat mereka di Plaza Masalam, Shah Alam.

Mengikut laporan rasmi, pegawai khas DAP itu terjatuh dari bangunan berkenaan, namun keluarganya pula mendakwa terdapat salah laku dalam kematian Teoh.


Perarakan Mauludur Rasul, saya tunggu apa reaksi UMNO.

5 Rabiul Awwal 11431H.

Apa bila tiga negeri iaitu Pahang, Johor an Perlis mengatakan mereka tidak mengadakan perarakan sempena sambutan malidur Rasul maka bermulalah satu titik baru kepada apa yang dibisingkan oleh UMNO Pulau Pinang dan seluruh negara mengenai pertikaian yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu yang kononnya telah membatalkan perarakan.

Saya mengalu-alukan komen dari pencacai UMNO dan apakah yang mereka akan buat di tiga negeri itu.

Cabaran saya kepada semua mereka ialah supaya mereka tunjukkan sama jagohnya di tiga negeri yang semuanya diketui oleh UMNO itu . Kebetulan pula hari ini hari Jumaat, dan keluarkan arahan kepada semua mesjid supaya diadakan demonstrasi dan pasti tidak akan diganggu oleh pasukan keselamatan.

Buatlah sepeti yang dibuat di Pulau Pinang dan tunjukanlah jaguh anda, saya sedang menunggu reaksi anda semua....

KALAKAU UNTOL: Perhitungan politik Sabah menjelang PRU-13

5 Rabiul Awwal 1431H.
Kalakau Untol

Dalam apa jua perkara, yang pasti kekal berterusan berlaku ialah suatu perubahan. Dan perubahan itu akan terjelma dalam pelbagai bentuk; termasuklah pemikiran dan pentafsiran. Begitulah juga mengenai kaedah untuk membuat sebarang keputusan. Demikianlah juga dengan kedinamikan politik. Semuanya serba berkemungkinan.

Ketika ini, Negeri Sabah dan Sarawak diperkatakan sebagai kubu kuat BN. Ini bukan lagi suatu andaian malah kebenaran kerana sekiranya Sabah dan Sarawak mengalih sokongan kepada PR, kerajaan BN akan pasti tumbang.

Negeri Sarawak adalah sebaris dengan Selangor. Kukuh dan setia kepada BN dari dulu lagi sejak kewujudan BN. Kesetiaanya tidak pernah pudar yang memudaratkan BN. Tinggal lagi Selangor sudah melakar perubahan lanskap politik baru.

Nampaknya,ia akan menerajui suatu perubahan besar dan drastik, dasar-dasar yang terbaru seperti pemberian air secara percuma, bantuan kepada setiap keluarga bagi setiap kelahiran bayi, pemberian wang ehsan bagi urusan pengebumian jenazah dan juga setiap kemasukan pelajar ke dalam institusi pengajian tinggi.


Status negeri Sabah berbeza sedikit dan tidaklah sama dengan Sarawak. Sebabnya ialah kerajaan negeri Sabah pernah keluar daripada BN sebanyak dua kali. Sekali semasa kerajaan USNO dan sekali semasa kerajaan PBS. Apa pun kedua-duanya mempunyai alasan yang kukuh. Ia keluar bukanya sembarangan tetapi berperhitungan dan berprinsip. Persoalannya sekarang ialah apakah kesetiaan dan kekuatan kedua-dua Negeri itu ini dapat diterjemahkan dalam PRU-13 nanti?

Justeru itu penulis ingin menyingkap sejenak apakah kebangkarangkalian yang menjadi perhitungan penting kepada rakyat Sabah dan Sarawak pada masa itu kelak.

PERUBAHAN LANSKAP POLITIK ASIA

Negara matahari terbit Jepun dilanda perubahan politik. Parti LDP yang memerintah selama 50 tahun telah tumbang. Sekarang Jepun mempunyai sebuah kerajaan baru yang kebanyakannya dianggotai oleh generasi baru.

Negara jiran, Indonesia yang terpimpin sistem demokrasinya berubah menjadi lebih bebas lantas kerajaan yang diktaktor ditolak rakyat dan kepimpinan kerajaan bertukar tangan. Dasar pemerintah telah digubal dan Negara Indonesia terus berubah. Suatu masa dulu, Filipina juga melalui proses perubahan daripada kediktaktoran berubah kepada sistem pendemokrasian sebenar. Penggal dan tempoh seseorang presiden untuk memegang kuasa dihadkan.

Thailand juga mendepani perubahan. Malaysia dan Singapura sahaja yang masih dapat bertahan dengan kerajaan asal mereka setakat ini. Suatu perubahan itu jikalau tidak ditangani secara berhemah akan mendepani tekanan dan kekangan sehingga terbentuknya sebuah kerajaan baru. Demikianlah skesta politik Asia. Ia terus mengamit perubahan.

ASPIRASI DAN HARAPAN BARU

Pertukaran sesebuah kerajaan itu bersebab. Rakyat mengidamkan sesuatu pembaharuan sistem pentadbiran. Rakyat mahu sesuatu transformasi dan reformasi terhadap berberapa perkara seperti sistem kehakiman yang adil. Rakyat mahukan perubahan sistem pendidikan, Rakyat juga mahukan dasar menangani isu pendatang tanpa izin (PTI) yang lebih baik.

Rakyat sudah bosan dengan kegiatan rasuah. Rakyat mahukan pengurusan ekonomi yang lebih mampan. Rakyat mahukan sebuah dasar yang adil kepada semua kumpulan masyarakat. Bermacam-macam kemahuan dan pembaharuan yang diidami oleh rakyat jelata. Demikianlah aspirasi dan harapan baru rakyat Malaysia.

Kerajaan juga akan menjanjikan dan melaksanakan pelbagai kemudahan, dasar dan juga menggariskan halatuju Negara yang terbaik. Tetapi yang terpenting ialah tanggungjawab kearah sebarang pembaharuan dasar serta perlaksanaanya mestilah berintegriti. Sekiranya tidak, sekiranya tidak maka ia akan menjadi sia-sia sahaja kerana rakyat akan terus memburu pembaharuan serta sentiasa mempertikaikan dasar-dasar reformasi yang dilaksanakan. Pendek kata kerajaan berdepan dengan krisis keyakinan.

INTEGRTI TERCEMAR

Persoalannya sekarang ialah bagaimana mampukah kerajaan memulihkan integritinya terhadap semua perlaksanaan dasar-dasarnya? Selama 550 hari berlalu sejak PRU-12, sudah banyak perkara yang terbongkar dan mendapati terdapat banyak perkara-perkara yang tidak betul dan menjijikkan.

Perlakuan rasuah dan penyelewengan didalam PKFZ yang berbillion ringgit. Penyalahgunaan kuasa dan kesilapan pendekatan kaedah-kaedah penyiasatan SPRM, sehingga mengakibatkan kematian seseorang saksi seperti Teoh Beng Hock semasa penyiasatan SPRM. Krisis politik Perak telah menjadi bahan lawak di media-media antarabangsa daripada sistem demokrasi ke ‘democrazy’.

Ia juga mempamerkan krisis didalam sistem kehakiman. Krisis kehakiman ini berlarutan sejak kes V.K. Lingam. Pemalsuan kerakyatan oleh jabatan pendaftaran dan pemberian Mykad di Sabah masih tidak ada penghujungnya. Ini adalah satu manifestasi penderhakaan kepada perlembagaan Malaysia.

Sekarang rakyat Malaysia di Sabah dan dan Sarawak tidak hanya mengundi berpaksi kepada isu-isu tempatan sahaja tetapi ia akan melihat dan membuat perhitungan kepada isu-isu nasional serta perkembangan politik semasa. Jikalau rakyat di Sabah misalnya hanya mahu mengundi BN berdasarkan kepada jumlah pemberian projek yang berjuta atau berbilion ringgit tetapi isu PTI tidak terkawal maka ia sekali-kali tidak menyelesaikan permasalahan di Sabah.

Rakyat merasa tertipu. Justeru itu, rakyat sudah mula mempersoalkan dan berfikiran kritis bahawa kerajaan BN tidak komited didalam menyelesaikan PTI di Sabah. Krisis keyakinan seperti inilah yang menjadi paksi bermulanya pertikaian dasar kerajaan dan ahkirnya menjuruskan kepada krisis keyakinan. Sudahlah BN menghadapi berbagai krisis di Semenanjung yang bersabit dengan dasar, krisis politik parti-parti kompenen BN, masalah di Sabah pula terus terabai. Sabah sudah lama memperjuangkan haknya seperti yang termaktub didalam “Perjanjian Malaysia” tetapi semuanya itu terlepas pandang atau apakah mungkin kepemimpinan tidak merasakan tidak ada keperluan untuk menunaikanya.

Maka bayangkan dengan perubahan dan kematangan rakyat Sabah dan Sarawak berpolitik sekarang, betapa besar dan rumitnya cabaran yang didepani oleh BN dalam PRU-13 nanti!. Sudah pasti rakyat Sabah akan membulat tekad mencari alternatif terbaik.

SIFIR POLITIK LAMA BERGEMA

Mengikut ilustrasi sejarah, Sarawak belum pernah menubuhkan sebuah kerajaan baru sejak penggulingan kerajaan pimpinan mendiang Dato Stephen Kalong Ningkan sebagai ketua Menteri atas bantuan kerajaan pusat ketika itu. Masyarakat Dayak di Sarawak telah mengalami gelombang kebangkitan di bawah pimpinan Leo Moggie dan Daniel Tajem namun kesepaduan politik Dayak itu terpecah. Apa pun generasi baru mula berubah dan lebih condong kepada perubahan baru. Politik Sarawak kini sedang berubah kearah suatu keterbukaan kepada parti-parti nasional. Bukan senang kita melihat masyarakat Iban dan Dayak menyertai parti dari Semenanjung tetapi kini perubahan sudah bermula.

Ramai Dayak dan Iban sudah menyertai PKR. Suatu ketika dulu UMNO beria-ia tetapi segan serta menghormati Mohd Taib. Mungkin kerana tertarik dengan politik balak dan tanah. Tetapi Sarawak memang tangkas politiknya untuk memintas. Gelombang kebangkitan penduduk bumi Kenyalang yang majority rakyatnya terdiri daripada suku kaum Dayak sudah bergema semula. Sentimen ‘agi hidup agi ngalaban’ sudah berkumandang dengan tiupan angin perubahan menjejaki keadilan.

TEKA-TEKI POLITIK DISABAH

UMNO Sabah tetap utuh dan ramai yang menjangkakan ia boleh menubuhkan kerajaan negeri secara bersendirian. Kekuatan UMNO adalah dikalangan masyarakat Bumiputra Islam. Sebenarnya tidak ada Melayu tulen di Sabah. Melayu celup dan sadoran memang terlalu ramai. Tetapi apa pun Sabah ini unik.

Pola integrasinya sejak dulu memang terunggul diseluruh Negara. Yang mengkucar-kacirkannya ialah politik dan orang politik. Tetapi berdasarkan keputusan pilihanraya yang lalu, terdapat ramai juga bilangan pengundi Islam yang mengundi pembangkang cuma tidak mencukupi untuk memenangi sesuatu kawasan. Samalah dengan sesetengah kawasan di Semenanjung apabila berlaku pertembungan UMNO dan PAS.

Tetapi masyarakat Islam di Sabah juga bukan bacul, ia sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa. Mereka juga mengikuti perkembangan politik di Semenanjung. Tinggal lagi dapatkah mereka melepaskan diri dengan ikatan politik pembangunan dan lumayan dalam nilai ratusan ribu ringgit kepada kader-kader politik cawangan dan bahagian khususnya di dalam Bajet 2010.

Apakah mungkin Bumiputra Islam di Sabah akan terus bergayut dalam kapal yang sedang menghadapi suasana kebocoran yang tidak mungkin dapat ditampal dalam masa yang singkat dan berkemungkinan karam. Begitulah persepsi umum. Apakah perkiraan dan sifir politik dalam situasi begini. Sewajarnya kematangan mengatasi emosi.

POLITIK KDM

Masyarakat KDM kini berada dalam kebingungan dan lebih condong kepada pembangkang. Ini bukan kerana pemimpin KDM tidak baik atau tidak bersungguh–sungguh melayani masyarakat dan pengundi mereka tetapi sekarang mereka mempunyai pilihan dan peluang memilih kearah pembetulan dasar-dasar yang mereka inginkan. Seperti penyelesaian isu-isu pendatang tanpa izin. Perjanjian Malaysia.

Perkara yang bersabit dengan skim perjawatan atau Borneonisasi. Dasar pelayanan yang adil kepada semua kaum dan agama dalam pelbagai perkara. Apapun khususnya dikalangan generasi muda KDM sudah menunjukkan minat kearah perubahan kepada sesebuah dasar kerajaan. Bagi mereka,perubahan dasar sesebuah Negara itu hanya dapat dicapai secara efektif dan dinamik melalui sebuah kerajaan baru di peringkat persekutuan. Tidak ada jaminan ia dapat dilakukan sekiranya BN masih berkuasa di pihak persekutuan. Begitulah persepsi ketika ini.

Parti-parti politik KDM ialah PBS, UPKO dan PBRS. Parti kompenen BN ini begitu berhati-hati. Mereka semua tahu kedudukan BN di KL. Cuma mereka mahu melihat pada ‘timing’ yang betul dan tepat. Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin tidak mahu kelihatan menjadi membelakangi BN buat kali kedua. UPKO juga tidak mahu sembarangan keluar kerana jika tidak menentu nanti tempatnya kelak diperlekehkan oleh seteru lama PBS, kerana BN Pusat akan memperkukuhkan kedudukan yang satu pihak dan situasi itu merugikan pihak UPKO.

Bayangkan jikalau UPKO keluar dan tempatnya diambil alih oleh PBS didalam apa jua kapasiti baik di persekutuan,negeri atau badan-badan berkanun bukan mudah baginya menyaingi PBS. Tetapi jikalau kedua-duanya berada didalam BN, sudah tentu sama-sama berpeluang memperkukuhkan kedudukan masing-masing. Kalau pun ada frustrasi maka kedua-duanya merasa sama.

PEMBAHAGIAN KERUSI

Jikalau dahulu, formula pembahagian kerusi inilah yang boleh membawa kedua-dua parti ini sujud kepada UMNO Sabah, khususnya Ketua Menteri selaku ketua perhubungan BN Sabah dan formula ini jugalah yang boleh memecah dan membelah-bahagikan politik masyarakat KDM dimana suasana melobi pembahagian kerusi ini yang boleh memaksakan kepimpinan parti KDM berlembut, berkompromi, bertolak ansur dan ahkirnya berkesudahan dengan keakuran kearah kesetiaan yang membuta dan kelibat politik membisu begitu mujarab, tetapi, kini iklim politik negara tidak lagi begitu mengizinkan suasana sedemikian.

Kerana, jangkar dan sauh politik BN khususnya UMNO di Semenanjung tidak lagi kukuh. Apa yang kemungkinan boleh berlaku pada pasca countdown PRU-13 nanti ialah salah satu daripada parti KDM itu akan mengambil tindakan keluar daripada BN. Banyak persepsi dan reaksi yang memberangsangkan terhadap teori dan aspirasi sebegini. PBRS itu hanya mengharap ehsan semata-mata. Tokoh politik KDM yang sedang menyinar semula didalam PR ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari parti PKR.

SENI POLITIK KUNGFU DAN TAI CHI MASYARAKAT CINA

Masyarakat Cina di Sabah akan terus berkungfu dan bertaichi berulang alik ke KL mengadap Najib untuk memohan ehsan darinya bagi mengemukakan pendirian masing-masing keatas beberapa kawasan Cina untuk ditandingi dalam PRU-13. MCA, Gerakan dan LDP akan berunding dan berebut kerusi di kawasan bandar dimana terdapat majoriti masyarakat Cina. MCA tentu minta tambah kawasan.

ketika ini, LDP adalah taiko besar kerana SAPP sudah keluar dari BN. Tetapi jangan lupa kedua-dua taiko politik Cina di Sabah iaitu Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Yong Teck Lee sudah mengintai dan berkemungkinan untuk melakukan suatu kejutan dalam melakarkan sejarah politik Cina dalam perubahan lanskap politik Negara. Masyarakat Cina mengikut tinjauan penulis telah pun membuat keputusan dihati. BN juga sedia maklum. Suka hatilah parti-parti Cina dari Semenanjung yang berada dalam BN berebut kerusi. MIC pun boleh tuntut kerusi atas nama BN dan kongsi kuasa. Dalam BN semua ini bisa dan biasa.

KEGERHANAAN BN

Perkembangan dan perubahan lanskap politik Negara masa kini merupakan suatu penanda arah dan arus kebiteraan politik Negara. BN sungguhpun kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen, namun ia mencuba melangkah kehadapan dengan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam bahtera BN. Harapan orang muda mahu melihat suatu dasar baru dan falasafah baru Negara sudah ada.

Mereka merasakan suatu gerakan permuafakatan politik di Sabah perlu diterjemahkan seperti apa yang dilakarkan di Semenanjung dalam PRU-12. Dari masa recana ini ditulis hanya tinggal 1225 hari lagi PRU-13 paling lewat akan diadakan. Namun PM pada bila-bila masa boleh membubarkan Parlimen. Sesungguhnya kedinamikan UMNO sebagai tunggak BN sudah tercalar kerana ia sudah tewas kepada PAS di peringkat DUN di beberapa buah negeri di mana pengundinya majorti adalah orang Melayu. Pengundi Melayu terbahagi kepada 3 parti.UMNO, PAS dan PKR. Generasi muda Melayu sudah bosan dengan politik kronisme dan sifat feudal.

Rakyat sudah bosan dan jijik dengan slogan ‘Ketuanan Melayu’ dan lebih berminat kepada ‘Ketuanan Rakyat’ yang diperkenalkan oleh PR. Kegerhanaan politik BN di KL sudah tentu membawa musibah politik BN ke Sabah. Dahulu, jikalau seorang pemimpin dari Semenanjung mengatakan BN itu kuat dan boleh terus memerintah, rakyat di Sabah dan Sarawak akan percaya bulat-bulat tetapi tidak lagi pada masa ini, sekali pun PM atau Tun Dr. Mahathir yang bercakap mengenai kekuatan BN. Rakyat tidak lagi berkeyakinan kepada BN sepenuhnya.

DINAMIK POLITIK ORANG MUDA

Pakatan Rakyat pula berada dalam suasana yang bersinar dan bertenaga kerana perjuangannya diminati dan didekapi oleh semua golongan dari pelbagai kaum khususnya generasi muda. Rakyat tidak lagi perlu bertegang leher, tidak perlu meninggi nada suara, tidak perlu berdemonstrasi. Cuma perlu menjaga kesihatan agar dapat melaksakan tugas harian seperti biasa serta tahan kepada apa juga bentuk tekanan, sendiran, gertak, taburan fitnah dan sebagainya sementara terus menguruskan ekonomi masing-masing sebelum ‘countdown’ PRU-13. Kebarangkalian ini mungkin menjadi perhitungan dan realiti politik.

Perhitungan penulis ialah masyarakat KDM, Cina, gologan profesional, guru-guru dan para akademik sudah faham perkara ini. Patriotisme generasi muda boleh mengatasi semua bentuk suapan dan pujukan dan jika patriot bangsa bangun melakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak bangsa agar kita dapat merakyatkan fakta-fakta sebenar serta mewujukan dasar-dasar sesuai demi pembinaan Negara bangsa menuju kecemerlangan dan kebiteraan politik Negara. PRU-13 adalah satu detik penentuan halatuju Negara!

-------------------------------------
Penulis adalah bekas Timbalan Menteri dan Ketua Pemuda UPKO dan telah mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat 18 Februari lalu.

PAS sudah lama laksana Juara Rakyat

5 Rabiul Awwal 1431
Ali Hashim

PENDANG, 18 Feb: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Osman menyelar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba memperbesarkan program Juara Rakyat yang sedang mereka laung-laungkan kebelakangan ini.

Menurut beliau, program bagi menawan hati dan mendengar masalah rakyat itu telah lama dilaksanakan oleh PAS, namun begitu ia tidak diperbesarkan sepertimana yang diuar-uarkan oleh Umno dan BN selama ini.

"Mereka akan menggunakan apa jua cara bagi menawan semula hati rakyat dengan harapan rakyat di negeri Kedah ini akan terpengaruh dengan tindakan mereka itu

“Namun begitu saya yakin rakyat negeri ini tidak mudah dipengaruhi oleh mereka melalui sesetengah dakwaan mereka yang tidak tepat," ujarnya.

Hayati juga menolak dakwaan Umno dan BN yang mendakwa pemerintahan kerajaan negeri lemah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Tohmahan yang mereka (Umno/BN) lemparkan adalah rekaan semata-mata. Sebelum ini Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Mohd Rozai Safian mendakwa 22 buah kilang di negeri ini ditutup kerana pelabur tidak yakin dengan pentadbiran kerajaan negeri yang ada,” ujarnya.

Katanya, untuk makluman mereka, negeri Kedah merupakan negeri kelima dalam negara ini yang pelaburannya semakin bertambah.

Begitu juga, katanya dengan dakwaan mereka yang mengatakan masalah gangguan bekalan air begitu serius berlaku dalam daerah ini semasa ditadbir oleh PAS juga merupakan satu pembohongan.

"Sebenarnya masalah bekalan air ini berlaku adalah kerana pusat memproses air di Jeneri, Sik masih belum disiapkan sepenuhnya. Ia dijangka siap pada Rancangan Malaysia ke-10 ini," katanya.

Beliau juga menasihatkan rakyat negeri ini supaya tidak menerima tohmahan dan dakwaan Umno/BN, kerana ia bertujuan untuk memanipulasikan rakyat supaya terpengaruh dengan dakwaan mereka yang berniat jahat dan cuba menjejaskan nama baik Kerajaan Pakatan Rakyat.

Setpol menteri dilepas dengan jaminan RM50,000

PUTRAJAYA, 18 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa seorang setiausaha politik (Setpol) kepada seorang menteri yang telah ditahan reman selama lima hari mulai 12 Februari lalu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin pada 14 Februari setelah percakapannya diambil.

SPRM juga mengesahkan suspek telah ditahan pada 11 Februari lalu di Pulau Pinang kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001

SPRM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini menyebut, turut disita bagi membantu siasatan ialah sebuah kenderaan dan sejumlah wang.

Maulidur Rasul: Tiada perarakan di Johor, Pahang, Perlis

5 Rabiul Awwal 1431H.

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya. Malaysiakini/-

Saksi pertama beri keterangan dalam kes Kugan

5 Rabiul Awwal 1431H.

Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini yang mendengar perbicaraan kes kematian seorang tahanan, A Kugan, bahawa pihak polis berhak menyiasat sesiapa sahaja yang disyaki terbabit dalam sesuatu kes jenayah.

ASP Rodney Pasla Harris, 31, dari Balai Polis Taipan, Subang Jaya, berkata kebiasaannya siasatan akan bermula selepas mendapat kebenaran daripada pegawai penyiasat yang mengendalikan sesuatu kes

Rodney yang berkhidmat di cawangan jenayah berat menjelaskan bahawa bilangan anggota yang terbabit dalam soal siasat untuk seseorang suspek bergantung kepada keseriusan kes yang dilakukan oleh individu tersebut.

Balai polis tiada lokap

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abazafree Mohd Abas, sama ada Balai Polis Taipan mempunyai lokap, Rodney berkata balai polis berkenaan tidak mempunyai kemudahan itu.

"Kebiasaannya suspek ditahan di lokap Balai Polis Puchong Jaya dan mereka akan dibawa ke Balai Polis Taipan untuk disoal siasat dan kemudiannya akan dihantar semula," katanya.

Rodney adalah saksi pertama memberi keterangan dalam kes kematian Kugan yang mati dalam tahanan polis beberapa hari selepas ditahan pada 15 Jan tahun lepas kerana disyaki terbabit dalam kes curi kereta.

Tertuduh dalam perbicaraan kes itu, Konstabel V Navindran, mengaku tidak bersalah pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan, 23.

Navindran yang diwakili peguam bela, Datuk PM Nagarajan, didakwa melakukannya di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada 7 pagi, 16 Januari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, Navindran didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi dua pertuduhan pilihan, Navindran turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Kugan pada 7 pagi dan 4 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Aslam Zainuddin yang mendengar perbicaraan itu akan melawat Balai Polis Taipan, Subang Jaya, Isnin depan bagi membolehkan beliau melihat tempat kejadian.

Perbicaraan bersambung esok di mana seorang doktor dan jurugambar polis akan memberi keterangan.- Bernama

Zulkifli 'larikan diri' dari lembaga disiplin

5 Rabiul Awwal 1431H.

Ahli parlimen PKR Zulkifli Noordin telah “melarikan diri” ke Korea Selatan bagi mengelakkan dirinya daripada bersemuka dengan jawatankuasa disiplin parti itu.

Timbalan presiden, PKR, Dr Syed Husin Ali (kiri) hari ini berkata Zulkifli seringkali memberi pelbagai alasan dan meletakkan kepentingan peribadinya mengatasi hal ehwal parti

"Zulkifli telah ke Korea Selatan atas urusan peribadi dan bukannya dihantar oleh parti. Parti tidak mengetahui tentang lawatannya itu. Dia tidak memberitahu lembaga disiplin berhubung lawatan itu. Dia juga tidak pernah mencadangkan tarikh lain bagi mendengar kesnya itu,” katanya.

Menurut Syed Husin, tindakan Zulklifi itu bukannya sesuatu yang mengejutkan. Dalam kes sebelum ini, dia juga pernah memberi alasan yang kononnya berada di luar Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mengelakkan perjumpaan dengan jawatankuasa disiplin pada hari yang ditetapkan.

"Zulkifli telah memberi keutamaan terhadap program peribadinya di Korea Selatan daripada menghadiri perjumpaan dengan jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan dirinya. Dia sepatutnya mempertahankan dirinya dan tidak menyalahkan sesiapa,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Syed Husin lagi, ahli parlimen dari Kulim Bandar Baharu itu juga masih gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti itu kepadanya pada 8 Feb lalu.Malaysiakini/-