19 February 2010

Lawatan Pusat Ternakan Haiwan Lenggong (PTHL) di Sumpitan

4 Rabiul Awwal 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Ahli Jawatankuasa Lajnah Pertanian PAS Pusat yang memilih Lenggong sebagai tuan rumah mesyuaratnya baru-baru ini telah memanfaatkan masa terluang lain apabila mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Ternakan Haiwan Lenggong (PTHL) di Sumpitan dekat sini.

Lajnah yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Kedah, Ir Datuk Haji Amiruddin Hamzah itu bersama rombongan kira-kira 20 orang terdiri kebanyakannya AJK beliau turut melawat bengkel produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kampung Ulu Jepai.

Terdahulu, pada sebelah malamnya, beliau sendiri mengisi slot utama pada program ceramah di Markaz PAS Kampung Padang Kunyit, Gerik, di mana turut berceramah ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dan Ketua Dewan Pemuda PAS Lenggong, Ustaz Abdul Karim Mahmud.

Dalam lawatan sambil belajar ke PTHL, rombongan Lajnah Pertanian yang sampai jam 9.20 pagi disambut pihak pengurusan PTHL diketuai Dr Mohd Azizul Ismail sebelum diberikan taklimat di bilik khas pejabat ladang berkenaan.

Taklimat selama sejam disampaikan sendiri oleh Azizul dengan dibantu dua pegawai kanannya dengan respon memberangsangkan daripada pihak rombongan Lajnah Pertanian PAS Pusat apabila tampil mengemukakan banyak soalan dalam sesi soal jawab.

Rombongan Lajnah yang diberikan kerjasama penuh oleh Lajnah Petani, Nelayan dan Peneroka (PNP) PAS Perak diketuai Razman kemudiannya dibawa melawat ladang dan sekali lagi diberikan taklimat di rumah gelap di tengah-tengah padok rusa.

Selepas lawatan ke ladang, rombongan kemudiannya menikmati hidangan lazat sup rusa segar oleh pihak pengurusan PTHL.

Selepas lawatan sambil belajar ke PTHL, rombongan Lajnah Petani PAS Pusat kemudiannya dibawa IKS di kampung Ulu Jepai, Gelok, lenggong yang menghasilkan produk baja dan makanan ikan.

Pada sebelah petangnya Lajnah berkenaan mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Rumah Rehat Lenggong sebelum masing-masing berlepas pulang jam 6.








Amiruddin (2 dari kiri), Razman (kiri sekali) dengar taklimat Azizul depan rumah gelap di tengah-tengah ladang.


Amiruddin dan Razman cuba bermain dengan rusa jantan jinak.


Bergambar ramai depan pejabat PTHL. Amiruddin (11 dari kanan), Razman (13 dari kanan) dan Azizul (12 dari kanan)

Permohonan Anwar untuk hakim tarik diri ditolak

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu.

"Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang hakim," katanya.

Mohamad Zabidin berkata, untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah atau pun mungkin bertindak berat sebelah.

"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.

Rabu lalu, Anwar membuat permohonan agar Mohamad Zabidin menarik diri dengan alasan kononnya hakim itu berat sebelah.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. - Bernama

Gempa gegar tiga negara - China, Russia, Korea Utara

BEIJING: Gempa kuat berukuran 6.8 magnitud menggegarkan tiga negara - China, Russia dan sempadan Korea Utara, awal hari ini.

Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa jam 9.15 pagi waktu tempatan itu menggegarkan banyak bangunan pejabat di Beijing dalam tempoh melebihi satu minit.

USGS berkata, gempa berpusat di pesisir pantai Russian dan Jepan di 98 kilometer (km) di barat Vladivostok, Russia dan 110km di timur bandar Yanji di utara Wilayah Jilin di China.

Seorang pegawai bencana/gempa di Wilayah Jilin berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat terkini mengenai kejadian itu, termasuk mangsa dan kerosakan yang berlaku.-AP

KATAK OH KATAK

OLEH: JJ (http://www.joharapat.blogspot.com)

Katak oh katak
kenapa tak letak jawatan
macam mana aku nak letak jawatan
Umno suka aku, Umno suka aku.

Katak oh katak
kenapa tak letak jawatan
macam mana aku nak letak jawatan
Umno sayang aku, Umno sayang aku

Katak oh katak
kenapa tak letak jawatan
macam mana nak letak jawatan
Umno sogok aku, Umno sogok aku

katak oh katak
kenapa tak takut pada dosa
macam mana aku nak takut
sebab aku katak, sebab aku katak.

Itulah nyanyian yang saya reka untuk para `katak' di seluruh negara khusuanya lagu itu saya tujukan kepada tiga katak di negeri Perak, ADUN Behrang, Shangkat Jering danJelapang

Isu katak lompat ini sekarang ini sudah menjadi buah mulut rakyat di seluruh negara. Ramai menyifatkankan para katak yang melompat parti sebagai golongasn pengkhianat, menipu pengundi dan mereka wajar letak jawatan.

Isu ini turut diulaskan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang meminta mereka yang lompat parti wajar meletakan jawatan. Ramai bersetuju kecuali para katak sekelian. Ada yang memperlecehkan pandangan Tuan Guru Nik Aziz termasuk Ahli Parlimen Kulim Banbar Baharu, yang disifatkan `biadap' terhadap Tuan Guru Nik Aziz.

Mungkin ada yang kurang setuju dengan pandangan Nik Aziz, kerana mereka kata Tuan Guru orang politik, pandangannya juga dikira ada kepentingan politik, itu kata para katak.

Tetapi macam mana dengan pandangan Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, seorang yang tidak memihak kepada mana mana parti politik. Kenapa pandangan beliau tidak diambilkira oleh para katak sekelian.

Dr Mohd Asri menjelaskan hukuman terhadap tindakan lompat parti oleh sebilangan ahli politik adalah berdosa dalam agama Islam kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.

Indivisu terbabit katanya harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakalinya. Indidivu terbabit perlu meletakkan jawatan sekiranya ingin lompat parti dan pilihanraya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpin yang baik. Itu kata Dr. Mohd Asri saperti dilaporkan sebuah akhbar harian tempatan hari ini.

Kata beliau lagi, rakyat pilih mereka kerana percaya parti politik yang diwakilinya dapat memberi perubahan terhadap kawasan mereka.Oleh itu pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkrebiliti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Katakan dalam ADUN atau Parlimen yang katak ini bertanding, mereka menang dengan sokongan 23,000 pengundi yang mengundi parti yang mereka wakili itu, ini berrmakna katak yang melompat tadi telah khinat kepada 23,0000 pengundi yang telah mengundi parti yang diwakilinya. Dia telah menipu pengundi pengundinya. Pastinya pengundinya tidak akan memaafkannya kerana mereka tidak mahu wakil rakyat mereka seorang yang penipu dan pengkhinat.

Dalam konteks negeri Perak, tiga sekor katak itu telah mengkhianati pengundi-pengundinya malah mengkhianati rakyat Perak sehingga Pakatan Rakyat ditumbangkan gara gara tiga katak ini. Katak katak ini telah menjadi pengkhianat kepada rakyat kerana dalam pilihabnraya umum 2008 lalu rakyat telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri ini. Ini bermakna tiga katak ini telah meruntuhkan Kerajaan Pakatan dan menyokong Umno/BN.

Apa yang kita hendak biarkan pengkhianat terus bermaharajalela, sedangkan katak katak ini wajar meletakkan jawatan. Gara gara tiga katak inilah menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat, lantas Umno telah merampaskuasa negeri ini dari Pakatan Rakyat.

Saperti kata Dr, Mohd Asri, mereka ini berdosa, tetapi kenapa mereka berasa tidak berdosa dan tidak bersalah? Ini kerana katak katak ini dibela, ditatang macam minyak yang penuh, kerana itu katak ini merasa dirinya hebat, apa perlu letak jawatan.

Saya teringat kepada satu kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malik dalam satu sidang media Pakatan Rakyat yang dihadiri sama oleh Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Dato' Nge Ko Ham, Khalil Idham Lim dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat di Pejabat PAS Perak selepas beberapa jam Mahkamah Persekutuan memberikan kemenangan 5-0 kepada Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr. Khairuiddin menjelaskan tiga katak tersebut dikatkaan membuat beberapa permintaan yang Kerajaan BN Perak perlu memenuhinya. Apa yang katak katak ini hendak, semua dipenuhi oleh Umno/BN kerana Umno/BN jaga sungguh sungguh katak katak ini. BN tidak mahui katak ini melompat semula ke parti asal mereka, kerana itu apa yang dihajati perlu penuhi. Ini bermakma Kerajaan BN Perak bergantung kepada tiga katak ini.

Ini bermakna Kerajaan BN Perak tidak kuat dan tidak benar benar berkuasa, yang berkuasa adalah katak katak ini. Seronohlah katak katak ini, apa yang mereka inginkan akan dipenuhi oleh Umno/BN,. Tidak mustahil katak katak ini boleh ugut pemimpin Umno kerana katak katak ini tahu kekuatan ada pada sang katak bertiga, bukan pada Zambry.

Bagi mengwujudkan kerajaan yang kuat dan mantap Zambry perlu mohon kepada Tuanku untuk bubarkan Dewan Undangan Negeri, Jika BN menang ianya benar benar sebuah kerajaan yang kuat, bukan saperti sekarang, kekuatan ada pada tiga katak ini. Macam mana katak katak ini hendah letak jawatan kerana kekuatan itu ada pada sang katak ini.

Jika katak katak ini melompat semula pada parti asal mereka, tumbanglah BN di Perak. Ini bermakna Kerajaan BN tidak kuat dan tidak mantap, bila bila masa sahaja boleh tumbang. Kuasa ada pada katak katak bertiga.

Sekarang ini katak katak ini macam emas, permata yang berharga, kena jaga siang malam jangan ada yang curi permata ini. Jika inilah realitinya, Zambary tidak boleh berbangga menyatakan kerajaan pimpinannya kuat dan mendapat sokongan rakyat. Zambry bukan dapat sokongan daripada rakyat sebaliknya hanya dapat sokongan dari tiga katak sahaja.

Oleh itu Zambry jangan mendabik dada kerajaannya mendapat sokongan rakyat, realitinya Zambry kena mengakui sokongan lebih 53 patus rakyat Perak masih kepada Pakatan Rakyat Perak.

Dalam satu undian (poll) yang dibuat oleh akbar Sinar Harian edisi Perak baru baru jelas 80 petatus rakyat ini yang tidak bersetuju dengan Zambry sebagai Menteri Perak yang sah setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan. Ini jelas rakyat umumnya tidak menyokong Zambry tetapi tetap menyokong Dato' Seri Nizar dan Pakatan Rakyat.

Oleh itu jalan selamat dan bermaruah, bubar sahaja DUN, kita hendak tengok rakyat sokongan yang mana BN atau Pakatan Rakyat. Realitinya Zambry menang di mahkamah. Keputusan ini sudah muktamad. Tidak siapa mempertikaikannya. Kita mahu tengok sejauhmana penilaian dan sokongan rakyat pula, kerana itu ianya perlu kepada `Mahkamah Rakyat'.

Katak oh katak, letaklah jawatan
macam mana hendak letak jawatan
sekarang aku yang berkuasa, sekarang aku yang berkuasa

Anwar lantik tiga pakar DNA, forensik asing

4 Rabiul Awwal 1431H

Pasukan peguam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan tiga pakar asing dalam bidang DNA dan forensik untuk membantu mereka dalam kes tersebut.

Dalam satu kenyataan, peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau akan membawa tiga pakar tersebut ke Mahkamah tinggi Kuala Lumpur esok.

Mereka ialah pakar DNA, Dr Brian Mc Donald dari Sydney Australia, dan pakar forensik - Dr C Damodaran, dari Chennai, India, Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Esok ialah keputusan terhadap permohonan Anwar supaya Hakim yang sedang mendengar kesnya - Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian - menarik diri.

Manakala Mahkamah Rayuan pula telah menetapkan hari ini untuk memutuskan rayuan ketua umum PKR itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Sejak beberapa hari lalu, Malaysia berdepan dengan tekanan dari ahli parlimen Australia yang mendesak supaya digugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Pada masa yang sama, ahli parlimen Amerika pula mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan perbicaraan kes Anwar berjalan secara adil.

Dr Mc Donald adalah seorang ahli patologi dari Universiti Western Australia. Beliau juga merupakan pengarah DNA Consults.

Beliau dipanggil untuk menyediakan Kepakarannya dalam bidang DNA yang dijangka dikemukakan dalam perbicaraan nanti.

Dr Damodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik dan pengalaman mengajar, di samping 36 tahun pengalaman dalam bio-kimia, toksilogi dan forensik.

Sementara itu, Dr Wells merupakan prof madya dalam bidang jenayah di Universiti Melbourne.

Beliau kini merupakan ketua bahagian Perubatan Klinikal Forensik, Institut Perubatan Forensik Victoria.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.


Harakahdaily.net/-


KJ nafi jumpa PM kerana 'krisis' Pemuda

4 Rabiul Awwal 1431H

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan bahawa pemimpin pergerakan tersebut dipanggil menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini ekoran dakwaan berlakunya pergolakan dalaman.

"Perjumpaan dengan perdana menteri ini hanyalah kebetulan selepas berlakunya beberapa perkara dalam Pemuda Malaysia. Kita tidak membangkitkan isu tersebut.

"Hari ini kita bincang hala tuju Pemuda. Soal mesyuarat Pemuda sebelum ini tidak berbangkit. Kami (anggota Pemuda) bersatu-padu," katanya selepas mengetuai pertemuan dengan Najib di Putrajaya petang ini.

Khairy diminta mengulas spekulasi tersebut selepas sebuah portal berita hari ini yang melaporkan, dakwaan 'pergolakan' dalaman Pemuda Umno akan dibangkitkan dalam pertemuan dengan Najib hari ini.

Selepas pertemuan hampir dua jam itu, Khairy berkata, Najib sebagai presiden Umno juga sekali lagi menafikan terdapat krisis kepercayaan terhadap kepimpinannya.

"Tiada kena mengena dengan mesyuarat exco yang lepas. Ini bukan pertemuan untuk menghentikan krisis sebab memang tiada krisis," tegasnya yang juga ahli parlimen Rembau.

Sementara itu, dalam pertemuan itu juga, Khairy berkata, Najib memintanya "mendapatkan idea-idea daripada golongan pemuda untuk disalurkan kepada kerajaan."

"Perdana menteri ulangi dalam mesyuarat tersebut, zaman kerajaan tahu segalanya sudah tamat," katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, pihaknya akan menggerakkan agenda tersebut dengan secepat mungkin, dijangka dalam tempoh dua atau tiga bulan.

Harakahdaily.net/-

Presiden PAS terjun laut selamatkan mangsa lemas

4 Rabiul Awwal 1431H

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memancing pada petang Ahad lalu di Pantai Rusila, Marang bersama dua orang anaknya apabila beliau mendengar jeritan meminta tolong.

Lantas, beliau bersama anaknya berusia 20-an itu, terjun ke laut untuk menyelamatkan seorang lelaki yang nyaris lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Ini diceritakan oleh Herman Shamsudeen, timbalan ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, yang juga menulis mengenai perlakuan 'hero' Hadi di blognya.

Selain sedikit butiran umum mengenai kejadian tersebut, Herman turut memuatkan dua keping gambar yang dirakam oleh seorang individu pada masa itu.

"Saya dapat gambar ini melalui seseorang melalui Facebook. Itu memang gambar (Hadi), susah sikit untuk dikenali sebab dia tidak memakai serban," kata Herman ketika dihubungi.

Salah sebuah foto berkenaan (kiri) menunjukkan Hadi - berbaju kemeja-T, berkain pelikat sambil duduk berlunjur di atas pasir pantai.

Di sebelah Hadi itu pula duduk seorang lagi lelaki yang dikatakan sebagai mangsa kejadian tersebut.

Herman bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar gambar berkenaan kepadanya.

Menurut Herman lagi, Hadi, 63, ternyata masih gagah dan mampu bertindak pantas semasa menyelamatkan mangsa tersebut.

"Memang tidak disangka, seorang pemimpin yang punyai ramai pengikut sanggup terjun ke laut sendiri tanpa mengharapkan anak-anak buahnya mendahuluinya.

"Selalunya, orang-orang besar dan pemimpin utama akan suruh anak buah mereka terjun untuk selamatkan mangsa," kata Herman dalam tulisannya.

Dalam catatan tambahan dalam tulisan tersebut, beliau juga memohon maaf kerana menyiarkan dua keping foto tersebut.

"Tok Guru pasti marah kalau tahu ana siarkan gambar dan tulis macam nie. Ana minta maaf pada dia.

"Beliau tidak suka perkara ini dibesarkan, tapi itulah hakikat dirinya yang kita kena tahu. Semoga kita dapat mencontohi beliau," katanya.

Harakahdaily.net/-



Syed Husin: Ini memang kerja Zulkifli!

4 Rabiul Awwal 1431H

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali membidas ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin ekoran dakwaan terbarunya, bahawa terdapat 'komplot' bagi menyingkirkannya dalam parti itu.

“Beliau tidak minta tunda (tarikh) pun. Terus saja hendak buat sidang akhbar. Ini memang kerja dialah,” kata Syed Husin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Zulkifli yang mempersoalkan tindakan lembaga disiplin bersidang esok atau 23 Februari bagi mempertimbangkan kesnya, sedangkan beliau pada waktu itu perlu menghadiri program parti di luar negara.

Dalam sidang media di ibu negara semalam, Zulkifli berkata, beliau berharap tindakan lembaga tersebut tidak bertujuan menghalangnya daripada menghadiri prosiding tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Husin berkata, tindakan kontroversi Zulkifli semalam akan turut dibincangkan dalam mesyuarat biro politik PKR malam ini.

“Kita akan jawab semua ini esok, sebab malam ini ada mesyuarat mingguan biro politik. Kita akan bincang semua (perkara) ini.

“Bukan (semata-mata) hal Zulkifli seorang tetapi banyak hal lain juga,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Jonson Chong juga, ketika dihubungi, menafikan terdapatnya usaha menyingkirkan Jonson secara senyap dalam parti.

“Tiada perkara seperti itu,” katanya tegas.

“Kalau kita hendak buang beliau, kita boleh buat semua itu. Ini bukan permainan kanak-kanak. Ini perkara yang serius.

“Kita mahu beri peluang kepada beliau membela diri. Kalau hendak gantung beliau boleh, tetapi kita tidak buat perkara sebegitu,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengulas panjang perkara itu ketika dihubungi kerana sedang memandu.

Pada 26 Januari lalu, biro politik PKR memutuskan mengheret Zulkifli kepada lembaga disiplin parti kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, lembaga tersebut diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan lanjut Saifuddin setakat ini bagaimanapun belum berhasil.

Harakahdaily.net/-


Anwar kemuka rayuan dan permohonan tangguh esok

4 Rabiul Awwal 1431H
Nazri Abdullah

PUTRAJAYA, 17 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan rayuan esok ekoran keputusan Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Bercakap kepada pemberita, peguam beliau, Karpal Singh memaklumkan rayuan dan satu permohonan tangguh akan dibuat pagi esok.

"Rayuan kami ditolak, kami akan buat rayuan dan satu permohonan 'stay' esok pagi," katanya.

Pada masa yang sama, Anwar yang turut hadir besama isteri dan anak-anaknya memaklumkan tidak mudah untuk menjangkakan keputusan mahkamah ekoran beliau turut mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan isteri dalam kes tersebut.

"Alasan peguam kuat, tapi kita nak jangka keputusan tegas hakim tak mudah apabila kita kaitkan penglibatan Datuk Najib dan Rosmah daripada awal.

"Bagaimanapun kita ikut proses undang-undang, peguam akan siapkan dan saya akan kemukakan rayuan," katanya

Mahkamah Rayuan melalui panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan Anwar siang tadi.

Menurut hakim, adalah tiada kes untuk membenarkan rayuan Anwar tersebut dan perbicaraan kes liwat terhadap Anwar hendaklah diteruskan.

Mahkamah juga menolak permohonan Anwar agar perbicaraan kes itu yang sedang berjalan, ditangguhkan sehingga rayuannya terhadap keputusan hari ini didengar di mahkamah Persekutuan.

Hakim Abu Samah berkata bahawa mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar, 63, sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliawat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes itu akan bersambung esok dan akan mendengar keputusan hakim sama ada akan menarik diri ekoran dakwaan pihak pembelaan kononnya beliau berat sebelah.


Harakahdaily.net/-


Ezam jadi denak tarik PKR keluar

4 Rabiul Awwal 1431H
Subky Latif

LEPAS Ezam Mohd. Nor keluar dari PKR, satu demi satu ahli-ahli PKR letak jawatan dalam parti atau keluar PKR.

Yang terakhir MP Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim keluar PKR dan jadi ahli bebas di Parlimen.

Setahun dulu dua Exco PKR di Perak sanggup jadi ADUN bebas di DUN Perak. Beberapa bulan dulu ADUN Selangor di Lembah Kelang jadi ahli bebas. Mungkin ada satu dua lagi yang seronok untuk mengikut rakan-rakannya keluar PKR menjadi ahli bebas.

Atas semua kejadian itu Ezam memberi reaksi puas hati dan menyeru lebih ramai lagi keluar. Beberapa YB itu selesa untuk tidak berparti, tetapi Ezam lebih senang terus jadi UMNO.

Apakah mereka terus sebagai ahli bebas sehingga Parlimen dan DUN dibubar atau masuk UMNO selepas ini. Jika mereka tidak masuk UMNO, sukar bagi mereka untuk jadi ADUN atau MP semula. BN hanya mencalonkan ahli UMNO.

Apapun boleh dilihat Ezam berpuas hati untuk sementara ini menjadi denak UMNO bagi menarik ahli-ahli PKR keluar parti sama ada langsung menyertai UMNO atau jadi ahli bebas dulu.

Tidak tahu apa yang menjadi Ezam begitu selesa menjadi denak. Apa yang menjadikannya tawar menentang UMNO setelah hampir sepuluh tahun menentang UMNO?

Ezam adalah Setiausaha Politik Anwar sebelumnya. Dia keluar bersama Anwar dari UMNO kerana UMNO dikira menzalimi Anwar. Sekali pun punca awalnya menentang UMNO kerana membela Anwar tetapi dari penampilannya bersama Anwar dan PKR adalah juga kerana UMNO dan BN adalah pengamal rasuah, penyeleweng dan zalim.

Dia menyimpan berkotak-kotak yang dikatakan bukti kedurjanaan UMNO dan para pemimpinnya itu. Berbagai tekanan yang dikenakan terhadapnya dan dia mula-mulanya dilihat tegas bertahan.

Bukan kerabat PKR saja yang kagum dengan Ezam, PAS dan DAP yang bersekutu dengan PKR juga bangga dengan penampilan Ezam. Orang PAS beramai-ramai mengusung Ezam ke sana sini. Mereka curahkan tenaga, masa dan wang bagi menyokong Ezam.

Ezam dan PKR minta bertanding di Shah Alam, suatu tempat yang PAS telah lama bertapak dan bina. Ia adalah kawasan yang PAS ada potensi. Ketuanya Khalid Samad yang lama dikenali malah sebelum Ezam dikenali lagi.

Kerana Ezam mahu bertanding di situ, PAS hantar Khalid ke tempat lain. Tidak salah jika saya katakan PAS menumpukan kerja kuat bagi memenangkan Ezam dan ia memberi apa yang tidak diberikan PKR kepadanya. Walaupun dia adalah bekas ahli UMNO yang berbaju PKR masa itu tetapi PAS melihatnya seperti orang PAS yang jadi ahli PKR.

Antara penampilan Ezam itu memang PAS tabik kepadanya. Kecamannya yang sarat dengan hujah, banyak yang lebih ketara dari penampilan PAS sendiri. Bagi orang awam dalam PAS, kerana kita sudah bersekutu dengan PKR, maka Ezam itu dikira sebagai pemimpin muda PAS juga. Apa yang dapat bantu, maka kita bantu. Tetapi keupayaan PAS dari segi kebendaan tidaklah sehebat yang UMNO boleh beri.

Apa masalahnya dengan Anwar dan PKR, PAS tidak tahu. Tetapi PAS adakah pihak yang takjub dan masygul apabila dia keluar dari PKR. Maka PAS terus mendampinginya dalam kegiatan anti rasuah yang menjadi bidang kegemaran dan tumpuannya.

Kita sentiasa menerimanya sebagai rakan seperjuangan. Walau pun dia sudah dirasakan ada masalah dengan PKR dan Anwar, tetapi PAS tidak ada masalah dengannya dan dia terus diterima oleh PAS. Kalau dia sudah payah untuk berbaik semula dengan PKR, maka dia berkawan terus dengan PAS. Kalau dia mahu masuk PAS adalah pilihan yang digalakkan.

Anwar dan PKR pun tidak terasa pada PAS jika dia memilih PAS. Dari dia masuk UMNO, baiklah dia bersama PAS yang berkawan dengan PKR.

Malangnya, amat memeranjatkan dia lupa cerita rasuah dan penyelewengan UMNO dan pemimpinnya, penyelewengan BN dan pemimpin-pemimpinnya. Berkotak-kotak bukti keburukan UMNO dan BN itu dikatakan ada padanya.

Maka apakah yang katakannya itu sudah tidak wujud lagi atau tidak pernah wujud seperti yang dikatakannya?

Bukankah dia bersama dengan PKR mengira UMNO perosak bangsa dan agama?

Katakanlah Anwar dan PKR tidak mampu melakukan perubahan yang dijanjikannya. Atau katalah Anwar dan PKR juga melakukan penyelewengan yang sama atau lebih teruk dari yang dilakukan oleh UMNO dan pemimpin-pemimpinnya, maka apakah UMNO dan BN yang dikatakan buruk dulu, tiba-tiba jadi elok dan boleh disertai?

Apakah buruk UMNO setakat ia berpemimpinkan Dr. Mahathir saja? Ia jadi elok dan bersih bila datang Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib?

Bukankah Abdullah Badawi dan Najib mewarisi segala penyelewengan yang lalu dan menokok tambah di mana-mana kemudiannya?

Bukan Ezamkah yang lantang mengata UMNO itu begitu dan begini dulu?

Apakah yang dibantu oleh Ezam bagi menjadikan UMNO dan BN itu putih molek dengan dia boleh menjadi denak bagi menarik orang keluar dari PKR.

Kemasukan Ezam ke dalam UMNO tidak nampak seperti kemasukan Anwar ke dalam UMNO dulu. Anwar pada masa itu tidak cacat dan dia masuk untuk mengambil UMNO. Tetapi Ezam jadi macam Anwar dulu?

Kalau Anwar pun mereka lambung, maka apa yang Ezam boleh dapat selain untuk mencari makan dan mendapat rezeki.

Harakahdaily.net/-

Zulkifli Noordin gemar publisiti murahan

4 Rabiul Awwal 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 17 Feb: Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dianggap gemar mendapat publisiti murahan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap masalah peribadinya.

Malah tindak tanduknya tambah keterlaluan apabila menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai lupa sejarah.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan yang dibuat Zulkifli hanya ingin menarik perhatian masyarakat terhadapnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan agar Zulkifli berhenti bermain wayang dan memberi tumpuan kepada tugas asas.

Tambahnya, dengan mengeluar kenyataan berkenaan, menunjukan keangkuhan Zulkifli, di mana beliau sahaja betul dan orang lain dianggap salah.

“Sepatutnya beliau lebih menumpukan kepada bagaimana boleh membantu rakyat yang diwakili di kawasannya.

“Beliau juga seharusnya melihat fakta bahawa beliau hanyalah seorang ahli Parlimen yang baru dan belum banyak pengalaman sebagai wakil rakyat,” katanya pada kenyataan media di sini, hari ini.

Semalam, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru itu membidas kenyataan Mursyidul Am PAS kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Hisham berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang ahli politik yang lama dan sangat berpengalaman luas mengenai sepak terajang politik.

“Berbanding dengan Zulkifli, tidak mungkin beliau lebih memahami apa yang berlaku semasa kerajaan campuran BN-PAS dahulu,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

Umno tak layak urus ekonomi, GST

4 Rabiul Awwal 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan supaya menyelesaikan isu fundamental negara, iaitu kepincangan pengurusan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan kerajaan untuk melaksanakan model Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2011 kelak.

"(Kerajaan) tak perlu sebut nak laksana GST ikut negara maju sedangkan perkara yang paling fundamentalnya dalam negara kita di sini adalah urus tadbir ekonomi negara pincang dan gagal diatas oleh kerajaan," jelasnya beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa kerajaan pincang dalam menguruskan tiga sumber pendapatan negara, pertama adalah cukai sama ada secara langsung dan tidak langsung, kedua adalah komoditi serta hasil bumi, dan ketiga, adalah pelaburan sama ada domestik atau luar negara.

Seperti di Malaysia, beliau berkata, sebanyak 10 peratus rakyat membayar cukai pendapatan maksimum 30 peratus, sedangkan lebih 90 peratus yang lain tidak dikenakan cukai.

Tetapi, beliau melihat setiap rakyat tidak kira pembayar cukai atau sebaliknya tidak menikmati prasarana yang selesa seperti yang disediakan oleh sesebuah kerajaan di negara-negara yang menggunakan GST.

Jelas Mahfuz lagi, salah satu punca berlakunya demikian adalah ketirisan belanjawan kerajaan sebanyak RM28 bilion, seperti yang terlapor dalam Laporan Audit Negara, Oktober lalu.

Natijahnya, Mahfuz mendakwa kerajaan gagal memperbaiki sektor perkhidmatan seperti bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, perkhidmatan dan pengangkutan yang menjadi keperluan utama rakyat.

"Yuran sekolah ditingkatkan, pelajar-pelajar asrama diarahkan pulang Sabtu Ahad sebab pentadbiran sekolak dipaksa bayar bil air-elektrik...indeks jenayah meningkat, sektor perubatan tidak sempurna (berpunca oleh) angkara pengurusan ekonomi yang pincang (oleh) kerajaan," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata rakyat di negara-negara maju seperti Perancis umpamanya, sanggup membayar GST kepada kerajaan kerana mereka yakin dengan integriti kerajaan dalam meningkatkan keselesaan hidup rakyat.

"Di Perancis, rakyat sanggup bayar GST kepada kerajaan sebab integriti kerajaan dan rakyat ditawarkan dengan perkhidmatan kesihatan, sekolah-universiti dan sebagainya sebagainya percuma."

"Bagi yang tidak berpeluang belajar di Universiti, kerajaan taja mereka belajar teknikal, supaya mereka jadi tenaga mahir yang bergaji boleh menikmati kehidupan secara selesa dan adil."

"Kerajaan bertanggungjawab meningkatkan kemahiran rakyat secara pendidikan dan teknikal supaya semua boleh bekerja, bergaji, mampu berbelanja dan sudah tentunya memberi pulangan (GST) pada negara." jelasnya.

Mengambil contoh amalan GST di Perancis, Mahfuz berkata kerajaan sedaya-upaya meningkatkan keselesaan hidup, memperkasa kemahiran-pendidikan rakyat, mewujudkan peluang pekerjaan secara dinamik serta memastikan ekonomi negara diurus secara integriti kerana separuh dari keluaran dalam negeri kasar (KDNK) hasil GST yang dibayar rakyat.

"Takkan kerajaan nak urus tadbir negara sambil lewa kerana dari USD3 trilion pendapatan negara (KDNK) Perancis, lebih 52 peratus adalah hasil GDP," jelas Mahfuz.

Ditanya tentang soal GST melahirkan kesan berantai seperti inflasi, Mahfuz berkata inflasi tetap akan berlaku dalam sesebuah negara atas faktor-faktor yang lain seperti globalisasi; walaupun Malaysia tidak mengamalkan GST.

Bercakap tentang pengurusan komoditi dan hasil bumi pula, Mahfuz berkata kerajaan terlalu bergantung pada hasil Petronas untuk perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.

"Lebih kurang 44.6 peratus atau RM67.8 bilion dari KDNK adalah hasil minyak dan belanjawan Malaysia terus defisit 13 tahun berturut-turut kerana sikap terlalu bergantung," jelasnya.

Bagi Mahfuz, kerajaan seharusnya menguruskan hasil bahan mentah dan minyak negara secara inovasi, termasuk memperkasa sektor penyelidikan dan perkhidmatan.

"Walaupun Brazil ada minyak, R&D (sektor penyelidikan dan pembangunan) kerajaan mereka berjaya menghasilkan 'gasahol' di mana hampasan tebu diperbaharui menjadi tenaga baru (bagi) menggantikan minyak untuk tampung 40 peratus penggunaan minyak oleh 140 juta rakyatnya," ujarnya.

Jelas Mahfuz lagi, sekiranya kerajaan bersikap inovatif, maka hasil kekayaan minyak akan disimpan dan dijana dalam rupa pelaburan hayat yang strategik untuk menampung kos pengurusan pendidikan, hospitaliti, sukan dan generasi, sebagaimana yang dilakukan oleh Norway.

Tambahnya, pengurusan ekonomi yang pincang oleh kerajaan termasuk tidak berupaya menghayati model ekonomi inovasi dengan mencipta kekayaan berasaskan sosio-politik negara.

"Sebagai sebuah negara yang aman, sekiranya Malaysia menyediakan hab simpanan minyak, ekonomi negara boleh dijana secara inovasi kerana negara-negara (pengeluar minyak) yang berkonflik tentu akan simpan minyak mereka di sini," jelasnya.

Tambahnya lagi, kerajaan juga seharusnya belajar dari Singapura dalam memperkasa bidang perkhidmatan sebagai sumber pendapatan negara.

"Tak payah ikut Singapura dalam melaksanakan GST saja, tapi kerajaan kena ambil contoh syarikat guaman di sana yang menjadikan rakyat di negara-negara Asia sebagai pelanggan mereka," ujarnya.

Disebabkan konsep globalisasi perkhidmatan itu, mendorong kerajaan dan rakyatnya membuka firman-firma guamannya di seluruh Asia.

Jelas Mahfuz lagi, konsep sedemikian diaplikasi kerana Singapura tidak ada hasil kekayaan bumi.

"Dia (Singapura) tak ada minyak, mineral, getah, sawit; maka dia kena perkasakan sektor perkhidmatan sebagai sumber pendapatan utama negara dia," jelasnya.

Ujarnya lagi, ekonomi inovasi turut menjadikan syarikat perindustrian makanan seperti Nestle berjaya mengaut keuntungan kasar USD75 bilion pada tahun 2007; walaupun syarikat dari Switzeland itu tidak mempunyai ladang teh, gandum dan kopi.

Ekoran itu, beliau sekali lagi mempersoal kemampuan kerajaan dalam mencipta kekayaan secara inovasi hasil bumi.

"Kita ada ladang teh, ladang buah-buahan, ladang bijirin, tetapi apa sudah jadi dengan projek kerajaan seperti Fama, Felda, Keda (dan) Mada," soalnya.

Bercakap soal pendapatan dari sektor pelaburan, Mahfuz membahagikan sektor itu pada dua iaitu modal insan dan materialistik.

Menurut Mahfuz, kerajaan perlu memperbanyak peluang pendidikan dan memperkasa kemahiran rakyat kerana dengan berbuat demikian akan mengangkat kualiti dan kebersaingan guna tenaga dalam sektor awam dan swasta.

"Kita jangan anggap apabila buruh kita dimahirkan atau ditingkatkan pendidikan mereka sekali pun, tak berguna sebab gaji kecil di Malaysia."

"Kalau buruh kita ini berintegriti, kreatif, berkualiti; adakah SPRM yang akan meminang kita; atau kita lebih berpeluang bekerja dengan tawaran gaji yang lumayan dari pelanggan-pelanggan Eropah, Singapura, Taiwan, Jepun...tak kira lah sama ada kita pergi bekerja di sana atau menawarkan satu-satu perkhidmatan secara maya dari Malaysia," jelasnya.

Bulan lepas, Mahfuz antara pemimpin PAS yang mendesak kerajaan mengangguhkan bacaan rang undang-undang GST pada sesi parlimen akan datang kerana dijangkan akan membebankan rakyat.

Pun begitu, Mahfuz mendesak demikian kerana menganggap kerajaan tidak layak menguruskan ekonomi negara disebabkan budaya rasuah dan pembaziran berbazir.

Memulangkan pada rakyat sama ada untuk bersetuju dengan GST atau sebaliknya, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat lebih layak menggantikan Umno/BN dalam menguruskan ekonomi negara.

Harakahdaily.net/-

SPRM diminta dedah hasil siasatan Setpol menteri

4 Rabiul Awwal 1431H

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) memberi tempoh seminggu untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hasil siasatan terhadap Hasbie Satar.

Gerak dalam kenyataan kepada Harakahdaily menyebut, perkembangan terbaru yang berlaku membabitkan perletakan jawatan Hasbie sebagai Setiusaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohammed Yakcop tanpa sebarang alasan yang kukuh telah mencemarkan imej kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Hasbie yang bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) berkhidmat untuk Nor Yakcob sejak April tahun lalu semasa menteri tersebut memegang portfolio Menteri Kewangan Kedua di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut mStar Online,“Siasatan telah mula dijalankan sejak tahun lalu lagi selepas dakwaan menyatakan Hasbie memperoleh kekayaan tersebut melalui wang sogokan bagi meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit.”

Gerak Malaysia turut melahirkan rasa kekecewaan terhadap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam sepertimana yang telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri.

Gerak juga percaya bahawa PM telah gagal dalam mengotakan janji dan slogannya, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” apabila masih wujud budaya korupsi dan pecah amanah dalam pentadbiran kerajaan.

Gerak juga amat terkejut dengan pengumuman SPRM tentang penutupan kes berprofil tinggi baru-baru ini akibat daripada kegagalan pasukan mereka mengumpul bukti.

Justeru, Gerak mengesa agar SPRM di bawah Ketua Pesuruhjayanya yang baru, Datuk Abu Kassim Mohammed agar lebih cekap, transparen dan bebas semasa melakukan siasatan terhadap kes yang berprofail tinggi.

SPRM juga mestilah dilihat lebih adil dan matang dengan berbekalkan teknologi sedia ada dalam melakukan penyiasatan dan pengumpulan bukti kukuh.

Ini kerana kepimpinan Gerak yang lalu juga telah menyerahkan kes-kes rasuah yang berprofil tinggi melibatkan beberapa kenamaan namun hasilnya amat mengecewakan.

Harakahdaily.net/-

Pemimpin Umno jahil fadilat hayati perjuangan Rasulullah

4 Rabiul Awwal 1431H
Salmah Mat Hussin & Hafiz Irwan

KOTA BHARU, 17 Feb: Apakah pemimpin Umno masih enggan mengakui mereka jahil agama apabila gagal membezakan fadhilat perarakan Maulidur Rasul dengan program menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w.

Menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. boleh dilakukan dengan pengkisahan kehidupan baginda melalui ceramah atau kuliah dari lahir sehingga wafat sedangkan perarakan Mualidur Rasul di atas jalan tidak mampu menghayati sirah perjuangan baginda dalam erti kata sebenar.

Namun hairannya, pemimpin Umno masih mempertahankan perbuatan tersebut yang dianggap sudah menjadi budaya dan tanpa mengira manfaatnya.

Tidak ramai sedar perarakan Mauludir Rasul sempena 12 Rabiul Awal kalendar hijrah tiada di Kelantan sejak 20 tahun lalu.

Majlis Maulidur Rasul hanya disambut di masjid-masjid atau surau dengan ceramah agama iaitu sendat dengan pengisian majlis ilmu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjelaskan perkara itu berkata, umat Islam jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa kadang-kadang tidak serupa dengan kehendak agama.

“Sebagai contoh Maulidur Nabi Muhammad s.a.w. yang disambut secara besar-besaran khususnya di negeri-negeri lain sebenarnya tidak ada sebarang fadhilat, tidak sebagaimana bulan Ramadan.

“Bulan Ramadan memang ada fadhilat dan kelebihannya, tetapi bulan Maulud tidak ada apa,” ujarnya kepada pemberita di sini.

Ekoran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai kompromi demi politik.

Menurutnya, tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara sebenarnya sudah dianggap maulud.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, upacara perarakan yang diadakan ketika menyambut Maulidur Rasul bukan perkara wajib bahkan sebaliknya boleh menjurus kepada perbuatan bidaah.

“Tuduhan pentadbiran Lim Guan Eng sebagai anti-Islam itu saya tidak tahu, apa yang menarik di sebalik haru-biru di Pulau Pinang dalam persoalan ini ialah Umno seolah-olah dilihat cuba mengutamakan perarakan.

“Besarnya sambutan hari Maulidur Rasul bukan pada perarakan. Nabi s.a.w. sendiri tidak pernah menuntut umatnya supaya berbuat begitu,” katanya.

Menurutnya tiada sebarang manfaat upacara perarakan melainkan penghayatan di sebalik sejarah Maulidur Rasul menjadi tuntutan Islam.

“Malangnya Umno hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan, ini menunjukkan betapa cetek fahaman Umno tentang ilmu agama,” katanya.

Harakahdaily.net/-

Jalan raya bukan untuk upacara agama

4 Rabiul Awwal 1431H
http://drmaza.com

Rentetan daripada isu perarakan Maulidur Rasul yang timbul baru-baru ini, maka saya dengan ini mencadangkan agar semua agama tidak benarkan menggunakan jalanraya untuk sebarang upacara keagamaan sehingga mengganggu pengguna jalanraya yang lain.

Semua agama bererti bukan sahaja orang Islam, tetapi juga Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Berikut adalah alasan-alasan kepada cadangan ini;

a) Jalanraya tidak diwujudkan untuk upacara keagamaan. Sebaliknya untuk kemudahan penggunanya yang ingin menuju ke destinasi masing-masing. Juga di Malaysia rakyat membayar cukai jalan untuk tujuan itu, bukan untuk upacara keagamaan.

b) Tiada teks mana-mana agama yang menyatakan disuruh menggunakan jalanraya untuk melakukan upacara agama. Upacara agama yang hanya membabitkan pengikut agama masing-masing sepatutnya dibuat di tempat ibadah agama masing-masing, atau tempat yang dimiliki atau disewa untuk upacara tersebut.

c) Menggunakan jalanraya untuk upacara keagamaan boleh menyebabkan kesesakan, atau ditutup laluan. Ini mengganggu, bahkan merampas hak pengguna lain yang tidak terlibat dengan upacara tersebut.

d) Kesesakan jalanraya yang disengajakan seperti ini boleh menyebabkan pembaziran minyak, waktu, menghalang rawatan orang sakit, menghalang urusan penting orang lain dan berbagai lagi. Islam tidak membenarkan penganutnya berbuat demikian, juga semua agama yang menghormati masyarakat awam tidak mungkin boleh membenarkan hal seperti ini.

e) Gangguan kepada pengguna jalanraya yang lain boleh menimbulkan perasaan tidak senang, atau kebencian terpendam antara penganut agama. Seorang muslim mungkin akan tidak puas hati apabila perjalanannya terhenti disebabkan upacara agama lain yang dibuat atas jalanraya raya. Demikian juga perasaan penganut agama-agama lain.

f) Sesetengah upacara keagamaan telah mengotor atau mencemari kebersihan jalanraya yang mengganggu pemandangan orang awam. Juga menyusahkan pihak majlis perbandaran untuk membersihkan upacara agama yang tidak kongsi oleh semua masyarakat itu.

g) Tenaga pihak Polis, Perbandaran, RELA dan berbagai lagi terpaksa digunakan untuk menjaga upacara keagamaan seperti ini. Sedangkan kita tahu bahawa bukan semua anggota-anggota yang bertugas itu seakidah, atau seagama dengan upacara tersebut. Ia boleh mengganggu perasaan dan rasa kurang senang dari masa ke masa.

Dengan alasan-alasan ini, juga beberapa rasional yang lain, saya berpendapat amat tidak wajar jalanraya dijadikan tempat perarakan keagamaan mana-mana agama. Jika perhatian ini cuba diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya melihat Kerajaan Selangor patut memberikan perhatian yang sama terutama di Kawasan Batu Caves. Ini bukan kenyataan yang berat sebelah, tetapi terpakai untuk semua agama.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin,
Bekas Mufti Perlis.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Jangan robohkan doktrin wala' taat dan thiqah dalam PAS

4 Rabiul Awwal 1431H
Idris Ahmad

Wala’, taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini.

Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

* Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
* Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
* Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
* Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
* Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.


Harakahdaily.net/-

Zambry menyibuk dan sudah kering modal.

4 Rabiul Awal 1431H.

Menteri Besar Mahkamah, Dr. Zambry Abd. Kadir nampaknya sudah kering modal untuk jaga partinya sendiri dan kerajaan kudeta Perak dengan menyibuk tidak tentu pasal mengenai parti orang lain. Kelmarin dia mengeluarkan komen dengan berkata ia percaya Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bercakap benar apabila mendakwa wujudnya 'firaun kecil' yang mempunyai agenda berbahaya membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Zambry mengandaikan Zulkifli sebagai orang dalam dan semestinya mempunyai asas kukuh sebelum membuat dakwaan seumpama itu. Namun tahukah dia Zulkifli sekarang adalah "spesisi yang hampir pupus" yang sedang menunggu sesuatu keputusan yang sewajarnya dari Jawatankuasa Displin PKR tidak berapa lama lagi.

Atau kenyataan ambil hati sebagai pinangan kepada Zul untuk jadi bebas atau jadi BN terus. Ambillah Zambry, kerana Zul bagi saya sudah tidak ada tempat lagi dalam PR dimasa akan datang.

Sebenarnya saya tidak mahu mengulas apa yang diperkatakan oleh Zulkifli, namun saya mula hairan kenapa Zambry beria-ia sangat ingin memberi komen mengenai pergolakan rumahtangga orang lain. Sedangkan dalam UMNO dan BN lagi banyak "firaun" malah "besar-besar semuanya".

Tahukah Zambry bahawa rumahnya sendiri adalah rumah yang dicuri dan dia naik curi ikut pintu belakang. Banyak masalah yang tidak terjawab di Perak dan suasana politik di Perak sebenarnya hambar setelah mahkamah mengesahkan rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN pada 9 Feb yang lepas.

Pergolakan dalaman BN yang menyaksikan dua kerusi exco Kerajaan Kudeta yang belum terisi sebenarnya masalah yang lebih besar dari Zul Kulim.

Atau masalah katak yang terus berkokok minta hujan "duit" , kalau tidak aku lompat lagi !, itulah yang lebih penting dan kerana katak inilah BN boleh ada kerajaan kudeta di Perak.

Dari jaga Zul Kulim harap Zambry jaga dulu orang Perak dan katak-katak emas itu. Macam yang "lu" buat beberapa hari lepas iaitu mengadakan sambutan Hari Raya Cina sebagai tanda menggelabah dan mempolitikkan perayaan demi politik sempitnya yang makin sempit.