17 February 2010

Jangan tampal ayat Quran di cermin kereta!!

3 Rabiul Awal 1431H.
Email : Amin Fadzlan

Budaya org melayu..!!

Jangan permain ayat Quran pada cermin kenderaan..! !!
Pada masa sekarang dapat kita perhatikan semakin ramai orang Islam memasang tinted film yang tertera ayat-ayat suci al-Quran pada cermin kenderaan mereka tidak kira pada cermin depan atau belakang. Persoalannya di sini ialah, adakah amalan ini digalak atau dilarang di sisi Islam?

Apa yang jelas amalan tersebut buat masa ini nampaknya dipandang remeh dan menjadi ikutan pemilik kenderaan. Adakah mereka sedar bahawa ayat-ayat suci al-Quran sepatutnya perlu dihormati, dan tidak dipergunakan sewenang-wenangnya atau dipasang sesuka hati?

Hasil pemerhatian saya kebelakangan ini mendapati mereka yang berbuat demikian kadang-kadang lupa dan tidak berfikir bahawa mereka telah mencemarkan kesucian ayat-ayat suci al-Quran dengan menjadikannya sebagai alat pelindung cahaya atau panas terik matahari.Nampaknya , ayat-ayat suci al-Quran hanya digunakan untuk tujuan melindungi diri daripada cahaya panas matahari, tetapi tidak dihayati dan dipelajari maksudnya.

Ada ayat al-Quran yang dipasang berkeadaan usang, terkoyak, terhakis dan kotor dimakan hari kerana kenderaan dipandu ke mana sahaja tidak kira waktu dan cuaca. Pemasangan tinted film tersebut juga kini telah dijadikan alat untuk mencari keuntungan oleh peniaga yang berkenaan.Lebih menyedihkan lagi, apabila memerhatikan kenderaan yang mempunyai tinted film dengan ayat-ayat al-Quran pada cermin kenderaannya, tidak mencerminkan identiti dan akhlak orang Islam seperti memandu laju dan berbahaya selain tidak mengikut undang-undang jalan raya.

Ini sudah tentu hanya akan mencemarkan imej Islam di mata masyarakat sahaja.Saya telah mengambil inisiatif untuk bertanyakan persoalan ini kepada pegawai di ruangan soal jawab kemusykilan agama yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di laman web www.islam.gov. my dan ini adalah jawapan yang telah diberikan mengenai amalan tersebut dan ingin saya kongsi bersama para pembaca.

Jawapan tersebut menyebut, ``Ayat suci al-Quran mesti diletakkan di tempat yang tinggi kedudukannya sebagai penghormatan kepada kalamullah'' .Oleh itu berdosa meletakkan ayat suci di tempat yang tidak sewajarnya seperti di cermin kenderaan dan seumpamanya. Justeru ia merupakan satu ibadah, ayat-ayat al-Quran hendaklah dibaca mengikut adab dan diamalkan ajarannya serta beroleh pahala membacanya, menambah keimanan, menenangkan jiwa dan hati, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa dan seumpamanya.

Disebabkan kejahilan masyarakat hari ini dan kurangnya keprihatinan khususnya kepada orang-orang Islam yang tidak menghayati dan merealisasikan tuntutan serta membudayakan ayat suci al-Quran ini,maka dengan sewenang-wenangnya ayat-ayat al-Quran yang tertentu dijadikan bahan pameran, jualan dan hiasan malahan ada sesetengah orang menjadikan sebagai azimat atau tangkal untuk melariskan jualan dan sebagainya.

Ayat- al-Quran yang selalu dipamerkan adalah dalam surah al-Baqarah: ayat 41 dan 174, Ali Imran ayat 199, 77, 187 dan at-Taubah ayat 9, al-Isra'ayat 82.Kesimpulannya, ayat al-Quran hendaklah dibaca, dihafaz, dimuliakan (diagungkan) dan hanya boleh menyentuhnya dalam keadaan berwuduk serta diamalkan ajarannya sebagaimana Allah s.w.t menyebut dalam firman yang bermaksud: Al-Quran adalah merupakan pengubatan (hati) kepada manusia dan membawa rahmat sekalian alam.Saya amat berharap agar perkara ini dapat diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan supaya ayat-ayat suci al-Quran, tidak dijadikan bahan untuk mencari keuntungan dan dipermainkan.

Umat Islam juga perlu sedar, adalah penting untuk kita mempelajari dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran, dan mempamerkannya pada cermin kenderaan sahaja tidak cukup untuk melahirkan umat Islam yang sejati

A ONE CAR CARRIER SERVICES
http://www.rozahan77.blogspot.com
http://www.rawatankampung.blogspot.com
http://www.makananlintah.blogspot.com
http://minyakpelincirtitan.blogspot.com

Menghayati semangat tulen konsep PR...

3 Rabiul Awal 1431H.
Li Fook Gao

Selepas gagal dalam misi mereka untuk memecah-belahkan Kelantan, UMNO kini bertukar strategi menyerang negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP. Gimik terbaru mereka ialah menuduh kerajaan Pulau Pinang memansuhkan perarakan Maulidur Rasul dengan hanya merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh Utusan Meloya. Berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri dan pakar tidur negara, Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang tetiba bangun daripada tidur untuk turut sama-sama membidas kononnya tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membatalkan perarakan Maulidur Rasul atas nama agama dan menjaga keharmonian kaum.

Memandangkan isu agama merupakan isu yang sensitif sebagaimana isu nama kalimah ALLAH, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengambil peluang untuk menajamkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Guan Eng dengan memaparkan salah satu surat yang diedarkan, membawa kepala surat kerajan negeri, menyebut kerajaan negeri telah memutuskan untuk membatalkan perarakan tersebut.

Akan tetapi, perkara itu dijawab dengan rapi oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim yang berkata surat-surat berkenaan hanyalah opsyen untuk mengubah format sambutan selama tiga mulai 25 Feb ini. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak pernah berhasrat untuk membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul tahun ini sambil menegaskan, surat yang disebarkan menerusi internet hanya opsyen yang dikemukakan oleh pegawai-pegawai kerajaan.

Sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan; Lim Guan Eng turut menjemput Tan Sri Muhyddin Yassin dan Tun Abdullah untuk turut serta mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari Maulidur Rasul akhir bulan ini. Selain itu, beliau juga mengambil kesempatan dalam menasihatkan Timbalan Perdana Menteri supaya tidak mempercayai sepenuhnya maklumat-maklumat Utusan Malaysia - “Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu. Jangan mempolitikkan isu ini. Timbalan perdana menteri tidak harus bergantung pada maklumat-maklumat Utusan Malaysia yang tidak disahkan. Laporan bahawa kami hendak membatalkan perarakan ini adalah satu pembohongan.”

Dalam serangan bertubi-tubi UMNO dalam isu Maulidur Rasul terhadap kerajaan Pulau Pinang, PAS sebagai rakan karib DAP di dalam Pakatan Rakyat turut menyumbang strategi dalam membela DAP dan membongkar kepalsuan niat UMNO dalam menjaga agama Islam. PAS menyedari tindakan UMNO menyerang DAP dalam soal agama Islam hanyalah bertujuan bermain politik semata-mata untuk meningkatkan tahap kebencian orang Melayu terhadap DAP yang sering dilabelkan mereka sebagai parti komunis Cina.

Pembelaan pertama PAS datang daripada Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar yang dipetik berkata, “Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh.” Beliau turut berkata pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah “dijadikan modal politik murahan” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim. “Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Sokongan kedua PAS datangnya dari Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman turut serta membela Guan Eng dalam isu Maulidur Rasul dengan menyatakan bahawa UMNO cetek pengetahuan agamanya apabila hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan sejarah Maulidur Rasul itu sendiri. Beliau menambah bahawa Nabi sendiri tidak pernah menuntut umatnya membuat perarakan. “Tidak tahulah saya takut-takut Umno sengaja hendak mempolitikkan perkara itu setelah mendapati Lim cuba membatalkan upacara yang dianggap telah menjadi amalan tradisi di kalangan sesetengah masyarakat Islam,” katanya.

Demi membongkar kepalsuan UMNO dalam soal menjaga nama Islam, kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz, Kelantan yang juga dikenali sebagai serambi Mekah, mengisytiharkan perarakan Maulidur Rasul tahun ini tidak ada tahun ini, sebaliknya kerajaan negeri adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV dan disusuli dengan sembahyang khas pada 25 Feb. “Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah, “Perarakan itu bukan satu kemestian. Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi. Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad.”

Selain dapat mematahkan serangan bertubi-tubi UMNO terhadap kerajaan Pulau Pinang, tindakan kerajaan Kelantan ini secara terang-terangan ingin membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO langsung tiada niat untuk membela agama Islam – segala-gala rintihan dan polemik atas isu perarakan Maulidur Rasul hanyalah bermotifkan politik semata-mata untuk mengkucar-kacirkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Semangat kekitaan dan persahabatan tulen Pakatan Rakyat yang dipamerkan PAS dalam hal membela DAP daripada serangan politik murahan UMNO dalam isu perarakan Maulidur Rasul amatlah dikagumi and sepatutnya dihayati bersama oleh semua para penyandang jawatan politik Pakatan Rakyat.

Inilah semangat tulen konsep Pakatan Rakyat yang harus ada pada setiap parti komponen Pakatan dalam misinya mengembalikan konsep ketuanan rakyat kepada Malaysia dengan menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 nanti. Jika PAS, DAP dan PKR dapat menghayati dan mempraktikkan semangat tulen konsep Pakatan Rakyat ini sepanjang waktu, yakinlah bahawa inilah formula yang akan membawa Pakatan Rakyat melangkah jauh ke dalam kubu kuat Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

Ingat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

----------------------------------
Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid mengharapkan Tahun Harimau ini menjadi tahun perkahwinan Pakatan Rakyat…. janganlah “bersekedudukan” lagi……

Adik PM Melayu ke empat terkaya di Malaysia

3 Rabiul Awal 1431H.

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Majalah Malaysian Business menamakan Adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak (Gambar) sebagai orang Melayu yang ke empat terkaya di Malaysia melalui senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Orang Melayu terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) yang memiliki harta sebanyak RM6.01 bilion, kedua dan ketiga adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin iaitu pemilik syarikat Sapura Holding.

Mereka adalah Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin.

Baru-baru ini, Malaysian Busines mendedahkan senarai 40 orang terkaya di Malaysia melalui kajiselidik yang dibuat oleh majalah perniagaan itu.

Orang terkaya di Malaysia, menurut majalah itu adalah Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang dinyatakan memiliki harta sejumlah RM42.76 bilion meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Berikut adalah 14 dari 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) - RM42.76 bilion
2) Ananda Krishnan (Mexis) - RM27 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Chen ( IOI) - RM11.92 bilion
4) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) - RM10.38 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) - RM7.09 bilion
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM6.01 bilion
7) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
9) Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
10) Lee Swee Eng (KNM Group)
11) Datuk Shahril Shamsuddin (Sapura)
12) Shahriman Shamsuddin (Sapura)
13) Datuk Seri Nazir Razak (CIMB)
14) Ong Leong Huat (OSK)


YB. Zulkefli Nordin mementing diri.

3 Rabiul Awal 1431H.
http://perakite.blogspot.com

Apa lagi yang hendak ditunggu Parti Keadilan Rakyat ... seeloknya singkirkan segera YB Zulkifli Noordin kerana beliau ternyata seorang yang tidak berpendirian kecuali mementingkan diri sendiri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata sekarang adalah zaman politik terbuka dengan mengambilkira pendirian prinsip sendiri dan tidak terlalu mengikut kehendak parti.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan wakil rakyat yang melompat parti sebagi mengkhianati rakyat yang mengundi.

Kata-katanya itu dengan jelas mengambarkan bahawa Zulkefli tidak memerlukan PKR dan mungkin Umno akan menerimanya menjadi ahli.

Semasa PAS menyertai BN, tak seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS. Tok Guru elok tengok sejarah semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga,

Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.

"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

Semakin lama dibiarkan, akan bertambah onar Zulkefli ini kerana sikapnya kini umpama Belanda mendapat tanah..

Setiausaha Politik Nor Mohamed Yakcop Letak Jawatan

2 Rabiul Awal 1431H.

KUALA LUMPUR: Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Kenyataan menteri itu memberitahu, Hasbie menyerahkan surat peletakan jawatannya yang berkuat kuasa semalam.

Nor Mohamed ketika ditanya sama ada Hasbie merupakan individu yang ditangkap dalam serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu di Butterworth, beliau berkata:

"Saya hanya boleh sahkan kenyataan yang saya hantar itu hari ini."

Nor Mohamed yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagaimanapun tidak menyebut sebab-sebab peletakan jawatan berkenaan.

Hasbie adalah antara 27 pegawai yang dilatik ke jawatan tersebut pada April 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Dia dilantik sebagai setiausaha politik kepada Nor Mohamed yang sebelum itu merupakan Menteri Kewangan II.

Semalam mStar Online melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang Jumaat itu, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akaun bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.Mstar/-

PR Lenggong sambut rombongan XPDC.

2 Rabiul Awal 1431H.
Khairul azman sakri

LENGGONG: Konvoi sebanyak 107 kereta dan puluhan motorsikal ahli dan penyokong Pakatan Rakyat menyambut rombongan XPDC pimpinan diketuai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang tiba di Lenggong baru-baru ini membuktikan sokongan padu rakyat.

Ratusan ahli dan penyokong PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP menunggu ketibaan rombongan seawal jam 11 pagi, diketuai Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, walaupun rombongan XPDC Jelajah Seluruh Perak itu tiba jam 12.30 tengah hari sepertimana dijadualkan.

Selepas menunggu lebih sejam, akhirnya rombongan XPDC tiba dan disambut dengan konvoi sepanjang lebih satu kilometer bermula dari pekan kecil yang diberi jolokan Bukit Bunga di Kampung Kelantan, Kuak, Lenggong.

Konvoi sejauh 10 kilometer ke rumah Kak Yam, salah seorang pimpinan Dewan Muslimat PAS Lenggong, 1 km dari bandar Lenggong, berlangsung lebih kurang 30 minit, akhirnya sampai.

Di pekarangan rumah Kak Yam majlis berlangsung dengan ucapan ringkas beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang dimulai ucapan Haji Razman dan diakhiri ucapan ringkas Mohammad Nizar sendiri.

Turut hadir YDP PAS Gerik, Ustaz Haji Mohd Dahlan Ismail bersama rombongan Pakatan Rakyat Kawasan Gerik, termasuk Bekas Calon DUN Temenggor, Moon Ah Kaw.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak, Dr Khairuddin Datuk Haji Abdul Malik memulakan ucapan bagi pihak rombongan pimpinan negeri, diikuti beberapa Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) lain.

ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin Mohd Yusof turut berucap dengan diikuti ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah.

Mohammad Nizar kemudiannya mengambil masa kira-kira 10 minit menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin yang menyambutnya dengan penuh semangat.

Selepas ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga ADUN Pasir Panjang itu, masuk waktu Zohor dan solat berjamaah dilakukan di ruang solat dalam pekarangan rumah Kak Yam.

Seterusnya pimpinan dan hadirin dijamu makan tengah hari sebelum sesi bergambar diadakan dimana hadirin berpusu-pusu mengambil kesempatan bergambar dengan Mohammad Nizar dan Haji Razman.

Rombongan XPDC seterusnya berangkat ke Padang Rengas sebelum ke Bukit Gantang dan kemudiannya ke Bagan Serai dan Parit Buntar.