14 February 2010

Makan Besar Tahun Baru Cina..

Makan Besar bersama keluarga di Kuala Lipis. Walaupun tanpa hidangan Yee Sang, namun ianya punya keistemewaan tersendiri sehingga anak ke tiga, Khairul Aiman Lim mengatakan "puas hati". Semuga keluarga kami mendapat redha dan rahmat Allah sempena kedatangan Tahun Baru Cina pada tahun ini.


30 Safar 1431.

Perjalanan yang memenatkan dari Kuala Lumpur Ke Kelantan melalui Jalan Gua Musang. Sebelumnya perjalanan lancar dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur untuk menjemput anak pertama, Khairul Azri Lim.

Bayangkan di Lubuhraya Karak kereta bergerak perlahan dari 20 km sejam sehingga 80 km sahaja. Kerana itu kami keletihan dan mampu untuk sampai di Bandar Kula Lipis sahaja. Sekitar jam 8.00 malam kami sampai di sini

Disinilah kami terpaksa bermalam sebelum melanjutkan perjalanan balik ke Kelantan pada hari. Dan disinilah kami sekeluarga meneruskan tradisi malam raya Cina dengan "Makan Besar".

Tradisi Tahun Baru Cina.

LAZIMNYA Yee Sang akan disajikan dengan sos, serbuk cili serta keropok rangup yang akan digaul bersama.



30 Safar 1431.

SETIAP kali tibanya Tahun Baru Cina, Yee Sang merupakan makanan tradisi yang pastinya menjadi hidangan utama ketika makan besar pada malam sebelum sambutan perayaan itu.

Di kalangan masyarakat Cina, mereka begitu menekankan hidangan ini kerana dengan menjamah Yee Sang, mereka percaya hidup seseorang akan diberkati dengan kesejahteraan serta dipanjangkan umur.

Hidangan Yee Sang dipercayai dicipta kira-kira 1,500 tahun lampau di kawasan pantai selatan China terutamanya di wilayah Chaozhou dan Shantou semasa pemerintahan Dinasti Song.

Dahulu, hidangan Yee Sang hanya dihidangkan semasa Tahun Baru Cina namun seiring dengan trend semasa dan peredaran masa, Yee Sang mula dijual di restoran-restoran Cina, hotel-hotel dan gedung membeli-belah kira-kira sebulan sebelum tibanya hari perayaan.

Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadi

Perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditolak, kata ketua menteri Pulau Pinang.

"Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.

Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran kerajaan negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan dengan "usaha pengyingkirannya sebagai pengerusi IGP".

Dalam satu kenyatannnya hari ini, Lim berkata, beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

"Malah, lembaga pengarah PDC bersetuju degan cadangan saya supaya tender terbuka dijalankan," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim juga berkata, tidak benar sama sekali Zahrain disingkirkan daripada IGP seperti yang diulang dakwanya semalam.

"PDC memaklumkan saya tiada surat dihantar sama ada daripada PDC atau IGP atau mana-mana pengarah IGP, termasuk Zahrain berhubung sebarang perubahan," katanya.

Justeru, Lim mempersoalkan kredibilit Zahrain yang terus menerajui GLC tersebut memandangkan pelantikan pada 9 Julai 2008 sebelum ini dibuat berdasarkan kapasitinya sebagai ahli parlimen PKR.

"Jika beliau boleh berhenti daripada PKR, kenapa beliau tidak melakukan perkara yang terhormat dengan turut berhenti daripada IGP?" soal Lim lagi. Malaysiakini/-

Hikmah Air Mata

29 Safar 1431H
Email :aizi aizi

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki? Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat daripada lelaki

Air mata yang termahal siapa yang punya?

Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim

Rujukan: Dipetik dari buku hikmah terapi air mata menangis kerana Allah Karya Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid diterjemahkan oleh Mohd Basri bin Yusof

Martabat Nafsu

29 Safar 1431H.
oleh Nur Anwar
Email : Murad Abdul Rahman

Firman Allah:

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya"
Hadis Qudsi,firmanNya:

"Sesungguhnya manusia itu rahsiaKu dan Akulah yang menjadi rahsianya.Dan rahsia itu sifatKu dan sifatKu tiada lain, Aku lah jua"

Mengenai soal makrifat pula Allah berfirman dalam hadis Qudsi:

"Akulah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku ingin supaya dikenali(dimakrifat i), maka Aku jadikan alam ini,maka mereka makrifat kepadaKu"

FirmanNya lagi:

"Sesungguhnya Allah memrintahkan kamu (manusia) memulangkan amanah kepada yang berhak (Allah)"
Jadi taraf kemuliaan sesorang hamba Allah itu adalah bergantung sejauh mana taraf makrifatnya kepada Allah. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap sebenar-benar makrifat jadilah kita sebaik-baik makhluk sebagaimana firmanNya:
"Sesungguhnya yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik baik makhluk"
Tapi sebaliknya sekiranya kita gagal untuk mengembalikan amanah untuk makrifat maka jadilah kita sebagai mana yang

di firmankan olehNya:

"Kemudian Kami kembalikan dia di tempat yang serendah-rendahnya"

Dan firmanNya lagi:

"Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk"

Baik buruknya manusia adalah bergantung kepada tahap-tahap kesucian batinnya atau nafsunya.
Nafsu mempunyai dua pengertian:

1. Suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat: spt. marah, nafsu berahi dan syahwat serta semua yang keji seperti hasad dengki, riak, dendam, sum'ah dan sebagainya. Nafsu ini ada juga pada binatang. Tapi tiada sama sekali pada malaikat. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau"

2. Makna yang kedua adalah berkaitan kejadian "latifah rabbaniyyah' iaitu sesuatu yang batin yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya ia adalah melibatkan soal-soal kerohanian.
Jenis-jenis nafsu yang saya huraikan adalah:

1. Amarah
2. Lawammah
3. Mulhammah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah

1. AMARAH

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburuka n). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

Firman Allah:
• "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya"
• "Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar) "
• "Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)"

Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat. Contohnya dia berbangga dapat merosakkan anak dara orang, bangga dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan bebas malah jadi barat lebih dari orang barat. Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya:

"Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup."

Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan.

Firman Allah:

"Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa."
Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan) . Rupa sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan.

Pada peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam manapun. Dia tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah olehNya.

Mereka tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi ada. Mengejek dan mencemuh. Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah seperti:

"Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereak termasuk di dalam golongan yang lalai".

Mereka suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil titik peluh diri sendiri.

Jiwa mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh dikatakan tidak wujud.
Dalam konteks penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya berupaya menerima ilmu diperingkat ilmu Qalam. Terutamanya yang mementingkan soal-soal lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada pelajaran agama dan hari akhirat. Pada peringkat tidak ada peluang sama sekali untuk menerima ghaib dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan tidak disucikan dengan pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah bai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah s.a.w dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir iaitu guru mursyid yang dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan penyucian jiwa yang mempunyai mata rantai dengan Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiap sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah "
Pada tahap amarah ini kalau berzikirpun hanya dibibir sahaja tanpa meresap ke dalam jiwa. Amarah tidak mengenal sesiapa, malah ahli kitab sekalipun walaupun ada kelulusan Azhar, walupun berserban dan berjubah. Amarah tidak pernah takut dengan itu semua malah lagi senang ia menyerang. Yang ia takut hanyalah zikrillah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah , maka mundurlah syaitan dan apabila ia lupa, maka syaitan itu menelan hatinya"

2. NAFSU LAWWAMAH

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.

Rasulullah s.a.w bersabda:

• "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri"

• "Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelinding ke atasnya."
Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah.

Firman Allah:

• "Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti (suruhan jahat) mereka setelah datang ilmu (isyarat lawwa-mah) kepadamu, sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim"

• "Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya.Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka , setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat. Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf.

Rasulullah s.a.w bersabda:

• "Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang"

• "Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan"

Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia.
Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar minta ampun kepada Allah.

Firman Allah:
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah"

Sebagai contoh kalau tertinggal sembahyang terdapat perasaan kecut hati dan cepat menyesal sehingga terus pergi kadha.

Antara sifat nafsu lawwamah adalah:

1. Mencela diri sendiri
2. Bertafakur dan berfikir
3. Membuat kebajikan kerana ria
4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub
5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji
6. Takjub pada diri sendiri

Sesiapa yang merasa berdegup di hati sifat seperti di atas masih lagi berada pada tahap nafsu lawwamah. Ianya adalah terdapat pada kebanyakan orang awam .

Harus kuat berzikir lagi untuk menembus dan menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada peringakat nafsu ini masih lagi dibibir tetapi kadang-kadang sudah mulai meresap masuk ke lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak istiqamah. Pada peringkat ini memang sudah timbul gila beribadat sehingga kadang-kadang merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-kadang macam hilang dirinya. Rasa semacam semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada bahagian tulang belakang dan tangannya. Keadaan beginilah menimbulkan keasyikan yang menyeronokkan dengan amalan zikir dan ibadat lain.

Pada pringkat ini sudah boleh menerima sedikit ilham hasil dari zauk dan kadang-kadang mengalami mimpi yang perlu ditafsir kembali oleh guru. Bila berterusan dengan petua dan amalan yang diberi oleh guru InsyaAllah nafsunya lawwa-mah ini akan meningkat kepada tahap seterusnya.

3. MULHAMAH

Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.

Firman Allah:
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya( nafsu)

Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya. Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi.

Pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah "taubatan nasuha". Bukan shaj di mulut tetapi hakiki.
Dalam kehidupan sudah terbina satu skap yang baik,tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah.

Firman Allah:

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Sesunggu hnya orang-orang yang bertaqwa , bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketiak itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan ."

Sabda Rasulullah S..a.w:

"Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang mukmin"

Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewa-lewa dibir sahaja lagi. Malah sudah menerima hakikat nikmat zikir dan zauk. Bila disebur nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan.

Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka"

Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya.

Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:

1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu'
6. Taubat hakiki
7. Sabar hakiki
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan

Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerapkali mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih ada. Kebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata. .

Dalam konteks ilmu pula mereka bukan sahaja menguasai ilmu qalam malah sudah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajalli dan cara laduni di peringakat sir. Yang dimaksudkan dengan laduni peringkat sir ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah kepala yang biasanya dipanggil bahagian tanaffas. Suara yang diterima amat jelas sekali. Tak ubah seperti mendengar suara telefon. Pada masa yang sama pendengaran zahir tetap tidak terganggu walaupun masa menerima laduni sir itu ada kawan berbual. Biasanya suara ghaib itu adalah waliyulah atau ambia yang merupaka guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib pada mereka yang diperingkat mulhamah.

Tapi perlu ingat guru murysid zahir kita tetap guru. Malah Guru mursyid kita sebenarnya telah berkomunikasi terlebih dahulu dengan guru-guru ghaib ini. Sebab tu kalau tak ada murysid kita akan terpedaya dengan syaitan dan jin yang menyamar. Pembukaan telinga batin ini pada awalnya berlaku seakan suatu bisikan suara yang dapat dibahagian dalam anak telinga, dimana pada permulaannya merasa berdesing. Kemudian barulah dapat dengar jelas.
Zikir tetap meningkat. Pada peringkat inilah Allah berfirman:

"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir kepada Allah.Ingatlah hanya dengan berzikir kepada Allah sahajalah hati menjadi tenteram".

4. NAFSU MUTMAINAH

Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar direhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas. Yang layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti syurga tetap terjamin, InsyaAllah. Hakikat inilah yang difirmankan Allah:

"Wahai orang yang berjiwa / bernafsu mutmainnah,pulangla h kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redhai meredhai olehNya dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam syurgaKU".

Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil.

Antara sifat-sifat maqam ini adalah:

1. Taqwa yang benar.
2.. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

Pada maqam ini biasanya(walaupun tidak semestinya), akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan rahsia-rahsia dari LohMahfuz. Adanya sifat lidah masin. Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai 'inkisaf'. Mereka sudah menguasai ilmu peringkat nur, tajalli, sir dan juga sirussir, iaitu lebih tinggi dari maqam mulhamah. Yang dikatakan menerusi sirussir ialah cara penerimaan dengan telinga dan mata batin. Kalau mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga batin tanpa mata batin. Dengan mata batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang ghaib yang tak mampu dilihat oleh mata biasa kita. Malah dapat melihat sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang. Betul-betul macam melihat TV. Malah siap boleh rewind lagi. Kalau guru kita nak lihat sejarah hidup kita yang lalu biasanya dia akan memrhati rakaman hidup kita dan mengesan dimana kesilapan kita dan memberi petua untuk membetulkannya. Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan kembali serta minta halal dan maaf, dan sebagainya lagi. Namun begitu dia tetap akan menjaga aib muridnya kepada orang lain. Perlu dingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran zahirnya pada masa sama melihat dan mendengar yang batin walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain. Melalui penerimaan sirussir ini dia berupaya melihat alam barzakh, menjelajahi alam alam malakut. Keyakinan mereka sudah pada tahap ainul yakin dan haqqul yakin.

Fana juga boleh berlaku yang dikenali sebagai "fana qalbi" iaitu merupakan penafian diri ataupun menafikan maujud dirinya dan diisbatkan kepada wujudnya Allah semata-mata. Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH. Keadaan inilah yang digambarkan Allah:

"Semua yang ada adalah fana (tiada wujud hakikinya).Dan yang kekal(baqa) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan"

Namun fana qalbi ini tidaklah kekal.

5. NAFSU RADHIAH

Maqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.

Firman Allah:

"Sesungguhnya wali-wali Allah itu tak rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerungsingan di atas mereka".
Ini kerana nur syhuhud sudah sebati dalam jiwa mereka. Alam sekeliling seperti cermin yang boleh mereka melihat Allah setiap ketika. Ini adalah maqam musyahadah tahap ihsan seperti hadis Rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu menyembah Allah sebagaimana kamu melihatNya.. ."

Ini adalah maqam wali dalam martabat khawas.

Pada masa inilah apa yang diisyaratkan oleh rasulullah s.a.w:

"Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan Nur Allah".
Pada tahap radhiah ini ,ia melihat melalui basyirahnya, merenung dengan kasyafnya , bertindak melalui perintah ilmu laduninya.Mulutnya dan doanya sangat mustajab..'Barang dipinta barang jadi"

Orang dimaqam ini kadang-kadang perbuatannya menyalahi syariat.Percakapan kadang-kadang menyinggung orang biasa yang tak faham tapi dikeluarkan tanpa sengaja.Masih lagi mengalami fana qalbi.tapi tidak menentu.Hidupnya ibarat dilambung gelora cinta seolah terapung bersama-sama Allah.Hanya memandang dan menyaksikan sesuatu bahawa tiada suatu yang wujud di dunia ini melainkan wajah Allah semata-mata:

Firman Allah:
"Di mana saja kamu menghadap, maka disitulah wajah Allah

Itu yang terjadi pada Al Junaid:Tiada apa dalam jubahku, melainkan Allah.
Mereka sudah memandang yang banyak kepada satu.Keadaan inilah boleh menimbulkan fitnah, malah kadang-kadang orang akan anggap gila. Inilah maqam Ana'al Haq-Mansur Al-Hallaj.

Zikir pada peringkat ini adalah secara 'khafi' yang telah meliputi seluruh anggota zahir dan batinnya. Pada peringkat inilah kulit berzikir, daging berzikir, tulang berzikir, malah semuanya berzikir. Tu yang jadi darah Al-Hallaj membentuk tulisan Allah lalu keluar zikir, malah kematian wali-wali seperti Tok Ku Paloh, masih lagi terdengar zikir di badannya. Kadang-kadang mereka dijemput menjelajah alam ghaib kubra yang diluar akal manusia. Malah mereka di ajar ilmu tinggi yang lebih canggih dari manusia biasa yang boleh dicapai oleh zaman moden ini. Mereka boleh buat perhubungan secara langsung dengan para rasul, nabi, ambia dan waliyullah yang lain. Mereka menuntut ilmu dengan aulia macam berbincang dengan kawan melalui handphone, malah boleh berinteraksi beramai-ramai walaupun masing-masing berada di berbeza tempat.

Sifat-sifatnya:

1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini

6. NAFSU MARDIAH

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa.. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi" , maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata. Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri. Inilah dinyatakan sebagai Abu Yazib Bistami: "Subha Inni.."

"Pandanglah yang satu pada yang banyak"

Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana baqabillah. Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri,tidak suka bergaul lagi dengan makhluk.

Namun begitu ia mmepunyai kesedaran dua alam sekaligus. Zahir dan batin. Dan ia akan kembali normal seperti biasa. Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus.

Konsep perjalanannya lebih kurang dengan radhiah.mereka berpegang kepada konsep:

Firman Allah:

"Apa yang di sisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal".

Perkataan syatahah sudah hilang.Mereka suka hidup nafsu nafsi.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang , maka dekatilah ia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah"

Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahsia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah mahupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas. Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahajapun.

Firman Allah:

"Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring... "

Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir.

Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sir, sirussir malah ditambah lagi dengan cara tawasul/yaitu secara jaga dengan ambia dan waliyullah. Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja. sambil berbincang-bincang. Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam alam maya dan alam ghaib termasuk syurga, neraka dan sebagainya. Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat samada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. Ini dipanggil "Khawa Fulkhawaf". Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal

Sifat-sifatnya:

1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.

7. KAMALIAH

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham.

Saya rasa sekadar ini lah yang termampu oleh saya. Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian. Wahai Tuan -tuan sila perbetulkan dan tambah lagi mana-mana yang kurang.Mengenai kaedah zikir pada maqam-maqam saya rasa ada saudara yang akan menghuraikanya berpandukan kaedah tariqat masing-masing. InsyaAllah.

Semoga Allah mengampun saya atas segala kesilapan.Dan harap memberi manafaat pada semua.

Mahkamah Telah Menjolok Sarang Tebuan

29 Safar 1431H.
V. Sivakumar

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2010 telah mengubah haluan dan corak pemerintahan negara. Perlembagaan dan undang-undang negara semakin hari semakin pudar. Rakyat Malaysia telah dirimas dan berada dalam keadaan dilema. Undang-undang negara sudah tidak mengikut tetapan-tetapan duluan yang menjadi asas dalam sistem perundangan ‘comman law’.

Mahkamah mula meringkuk dan menzahirkan undang-undang baru mengikut citarasa pihak eksekutif. Martabat institusi kehakiman negara terkikis dan menghampakan. Ini merupakan satu perkembangan yang memalukan negara di arena antarabangsa. Tercalar arang di atas muka pihak-pihak yang memperalatkan sistem pengadilan di Malaysia untuk tujuan politik.

Kini negara kita menjadi bahan ketawa dikalangan pengamal undang-undang di merata dunia. Pemikir-pemikir politik dan undang-undang tempatan juga mengkritik keputusan itu sebagai sesuatu yang mustahil dipraktikkan dalam konteks negara demokrasi Raja Berperlembagaan. Negara-negara dunia ketiga pun mungkin mempunyai sistem keadilan yang lebih kacak lagi.

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu siapakah Menteri Besar Perak yang sah telah meletakkan pelbagai pihak dalam kedudukan yang merungsingkan. Sudah tentu seorang pensyarah undang-undang tidak boleh menjawab soalan yang dibangkitkan oleh pelajar tahun pertama mengenai doktrin pengasingan kuasa dan kedudukan seorang Menteri Besar berdasarkan perlembagaan. Keputusan Mahkamah Persekutuan telah mengubah status atau kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan. Keputusan tersebut adalah amat ganjil dan mengelirukan. Kelukaan pada undang-undang ini akan menjadi kudis dan bernanah tidak lama lagi.

Perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Keputusan Mahkamah tersebut akan memberi kesan yang negatif pada masa akan datang. Adalah tidak logik dan tidak berasas jika seseorang Menteri Besar boleh disingkirkan di luar tanpa undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Bolehkah seorang pengerusi persatuan atau pengarah badan korporat disingkirkan daripada jawatannya di luar mesyuarat agung atau mesyuarat tergempar? Sudah semestinya undang-undang tidak mengizinkan perlucutan jawatan tersebut di forum lain kecuali dalam mesyuarat rasmi yang telah diatur dan diberi notis kepada semua ahli. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa jawatan Menteri Besar boleh dilucutkan di mana-mana sahaja tanpa undi tidak percaya terhadapnya. Adakah ini bermakna jawatan Menteri Besar itu lebih rendah tarafnya daripada pengerusi persatuan atau pengarah badan korporat?

Amalan baru yang diiktiraf oleh Mahkamah Persekutuan adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Keputusan gedempong ini telah membuat satu ‘duluan’ yang tidak sihat. Ini juga bermakna di peringkat pusat seseorang Perdana Menteri boleh dipecat daripada jawatannya tanpa melalui undi tidak percaya. Perkara ini bukan sahaja akan mencemarkan demokrasi malah mengugat kestabilan negara. Seseorang Perdana Menteri atau Menteri Besar terpaksa berada dalam keadaan ketakutan kerana jawatannya akan dirampas oleh orang lain bila-bila masa. Undang-undang ini juga akan memberi ruang yang cukup besar untuk permainan politik kotor dan amalan rasuah yang berleluasa. Ahli-ahli Dewan Negeri dan Ahli-ahli Parlimen akan mencari pengaruh majoriti di luar Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Ini boleh mengakibatkan sesebuah kerajaan itu tumbang dalam sekelip mata. Dalam kesibukan Perdana Menteri atau Menteri Besar menguruskan pentadbiran, pihak lain pula boleh mengambil kesempatan untuk mengatur langkah secara licik bagi menjatuhkannya. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini merupakan mukadimah kearah politik rakus kuasa yang semakin menjunam. Mahkamah akan dianggap sebagai biang keladi oleh generasi akan datang kerana membuat keputusan yang tidak berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi yang tulen.

Prinsip demokrasi perlu dipatuhi dan ditegakkan pada setiap masa. Persoalannya, kenapa Mahkamah perlu membuat satu keputusan yang janggal seperti ini? Setiap rakyat Malaysia yakin kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapakah Menteri Besar yang mengetuai sesebuah kerajaan. Kenapakah amalan ini perlu diubah oleh Mahkamah? Adakan cara atau kaedah undi yang dibuat di Dewan Negeri mempunyai apa-apa kelemahan atau tidak munasabah? Amalan ini tidak perlu diubah sewenang-wenangnya. Malah, amalan undi di Dewan Undangan Negeri ini seharusnya dijadikan sebagai kata pemutus yang muktamad.

Mahkamah telah telanjur dan melemahkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Mahkamah membenarkan kiraan undi majoriti di luar badan legislatif. Ini adalah proses yang tidak telus dan boleh menimbulkan waham dan pelbagai persoalan yang kontroversi.Perilaku mahkamah ini boleh disifatkan sebagai anak badak dihambat-hambat. Pengundian yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di hadapan Speaker mungkin berlainan dengan keputusan yang diperolehi di luar Dewan. Pelbagai faktor dan pengaruh yang tidak berpatutan di luar Dewan boleh mengakibatkan keputusan yang berbeza. Pihak mahkamah telah gagal melihat unsur paksaan, ugutan, tekanan, rasuah dan ketelusan apabila membuat keputusan di luar Dewan. Bagaimanakah mahkamah akan menjamin rakyat bahawa keputusan itu adalah keputusan wakil-wakil rakyat tanpa membuktikannya di Dewan Negeri? Semua persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini membuktikan bahawa Mahkamah Persekutuan gagal mengkopek secara halus undang-undang tertinggi negara untuk kesejahteraan rakyat sejagat.

Perlu diingatkan bahawa lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju ke syurga atau neraka.Dalam surat yang dikirim oleh Saidina Ali r.a. kepada Gabenor Mesir, Malik al-Ashtar, beliau mencoret pesanan penting:
Pastikan kamu berlaku adil kepada Allah, berlaku adil kepada manusia…jika kamu tidak melakukannya kamu telah melakukan kesalahan dan barang siapa yang menzalimi hamba Allah, dia bukan sahaja bermusuhan dengan manusia, bahkan bermusuhan dengan Allah…Sebaik-baik usaha sewaktu manjalankan urusan kamu ialah mengikut jalan pertengahan dalam kebenaran, paling sempurna dalam keadilan dan paling menyeluruh dalam mencapai kesejahteraan rakyat.
Keadilan merupakan salah satu perkara pokok yang didokong oleh semua agama di dunia. Keadilan bukan sahaja perlu dibuat, malah perlu nampak dibuat.

Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 12 Febuari 2010 di Ipoh

Sambutan Tahun Baru China di Pelbagai Tempat



Tahun Baru China hari kebesaran paling penting bagi rakyat China. Kami sibuk membeli-belah, berkumpul beramai-ramai dengan anggota keluarga serta menziarahi sahabat handai ketika sambutan Tahun Baru China. Pembekalan barang-barang keperluan memenuhi pasaran sempena sambutan Tahun Baru China ini.

Buat kali keduanya penduduk di provinsi Sichuan menyambut perayaan Tahun Baru China selepas berlakunya bencana gempa bumi. Pembinaan semula perumahan di kawasan bencana telah selesai dibina, dan penduduk tempatan berpindah ke rumah baru mereka untuk menyambut Tahun Baru China.



14 Februari tahun ini juga merupakan Tahun Baru menurut kalendar Tibet iaitu sama hari dengan Tahun Baru China. Selain membeli-belah untuk menyambut Tahun Baru Tibet, penduduk etnik Tibet juga membuat persiapan bersembahyang pada 14 Februari.



Dalam tempoh sambutan Tahun Baru China, pelbagai aktiviti kebudayaan diadakan di banyak tempat di China.Persiapan bagi pesta kuil sempena Tahun Baru China telah lakukan di Beijing.

Tahun Baru China mempunyai erti yang penting bagi warga China kerana ini merupakan kesempatan bagi mereka berkumpul beramai-ramai dengan anggota keluarga. Angota keluarga yang bekerja di tempat lain diharapkan akan kembali ke kampung halamannya berkumpul dengan anggota keluarga yang lain bagi menyambut Tahun Baru China.CRI/-

Kerajaan alami masalah kewangan serius

29 Safar 1431H.KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS melihat Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal di mana kementerian dan agensi kerajaan telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum ini kerajaan mengarahkan agar semua pejabat kerajaan mematikan lampu dan semua peralatan elektrik di waktu rehat sebagai langkah penjimatan bil elektrik.

Kemudian, katanya kerajaan membuat dasar mengurangkan aktiviti latihan, peperiksaan dan mengarahkan kementerian serta jabatan agar tidak membuat begitu banyak program di hotel-hotel.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, beliau menambah, walau bagaimana pun arahan itu tidak semua dipatuhi dan langkah terbaru kerajaan cuba membekukan aktiviti latihan di beberapa jabatan.

Menurutnya, tahun lepas sahaja, sejuta kakitangan awam kecewa kerana kerajaan sudah tidak mampu membayar bonus dan Najib menggantikannya dengan wang saguhati RM500 yang dibayar secara ansuran oleh kerajaan.

Katanya lagi, kerajaan juga didapati telah mengeluarkan arahan tidak rasmi di beberapa kementerian untuk tidak memberikan bayaran berbentuk wang kepada kakitangan yang bekerja lebih masa.

“Pada waktu ini kerajaan hanya membenarkan kakitangannya untuk mendapat cuti gantian memandangkan bajet pengurusan telah dikurangkan,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan turut membuat dasar mengurangkan pengambilan baru untuk kakitangan sokongan dan profesional serta melanjutkan tempoh perkhidmatan pegawai yang sepatutnya pencen melalui skim kontrak selama dua atau tiga tahun.

Di samping itu, semua kakitangan kontrak pula dijangka akan ditamatkan kontrak bermula pada bulan Mac hingga Jun ini.

PAS, ujarnya melihat bahawa negara bakal mengalami peningkatan kadar pengangguran yang tinggi menjelang bulan Mac ini ekoran begitu ramai kakitangan kontrak kerajaan ditamatkan.

“PAS menyarankan agar kerajaan memberikan peluang kepada kakitangan kontrak yang ditamatkan ini untuk menyertai GLC milik kerajaan dan meminta syarikat-syarikat GLC ini agar mengurangkan pengambilan pekerja asing,” katanya lagi.

Tegasnya, PAS mendesak agar jumlah kemasukan pekerja asing dikurangkan disemua sektor sebelum akhir 2010.

PAS juga, katanya mahu kerajaan menumpukan perbelanjaan mengurusan dan dalam masa yang sama mengurangkan perbelanjaan pembangunan manakala projek pembangunan yang tidak perlu atau tidak mendesak wajar dibekukan pada masa ini.

Beliau menambah, beberapa program ekonomi baru perlu diwujudkan, tetapi PAS menolak cadangan kerajaan yang mahu memperkenalkan GST, kerana ianya tidak releven dengan keadaan ekonomi rakyat pada masa ini.

“Pada waktu inflasi sebegini, bantuan kerajaan amat diperlukan tetapi jika kerajaan menaikkan cukai atau meluaskan pakej cukainya maka peningkatan harga barangan pengguna di pasaran tidak boleh dihalang.

“Tindakan kerajaan menarik beberapa subsidi dalam keadaan sekarang juga dilihat tidak bijak, kerana ianya tidak memberikan manfaat mutlak kepada pengeluar dan pengguna,” katanya.

PAS juga, tambahnya hairan kenapa Najib mengurangkan tumpuan kepada program-program pertanian yang sebelumnya diusahakan di zaman Tun Abdullah tetapi lebih sibuk mengejar usaha rundingan FTA dengan negara luar khususnya Amerika.

“Untuk rundingan dengan Amerika sejak empat tahun yang lalu, negara telah belanjakan lebih sejuta wang rakyat, sedangkan belum ada apa-apa perjanjian yang berjaya dimeterai,” ujarnya.

Justeru, katanya, PAS berharap agar sebarang rundingan FTA dengan negara luar dibekukan buat sementara waktu memandangkan penguatkuasaan dalam negara pada masa ini terlalu lemah hingga menyebabkan negara menjadi pusat lambakan barangan dari negara China yang mengambil peluang dari perjanjian FTA-China Asean.

Menurutnya lagi, negara akan bankrap jika kerajaan yang dipimpin Najib gagal untuk membangunkan sumber-sumber kewangan baru dan merancang perbelanjaan kerajaan secara bijak.

Harakahdaily/.-

Masyarakat Tionghua punya semangat baru laksana perubahan

29 Safar 1431H.

KUALA LUMPUR, 13 Feb: PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perubahan itu tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara,” ujarnya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada seluruh peringkat masyarakat Tionghua di Malaysia.

PAS percaya bahawa masyarakat Tionghua di Malaysia akan terus menerus mempunyai keazaman dan semangat baru ke arah melaksanakan perubahan bersama dalam negara kita ini. Perubahan ini tidak boleh berlaku tanpa persefahaman dan hubungan baik antara kaum-kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Kami percaya bahawa masyarakat Tionghua dalam negara kita mampu untuk memainkan peranan yang lebih aktif, terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi yang menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara.

PAS juga berkeyakinan bahawa asas untuk mewujudkan keharmonian yang lebih kukuh di Malaysia adalah semestinya berteraskan kepada keadilan sejagat terhadap semua kaum, terutamanya kepada kelompok masyarakat yang tertinggal akibat dari ketidakadilan yang berlaku sepanjang 50 tahun ini.

Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS juga turut menjadi bukti bahawa PAS ingin lebih memahami kehendak dan keperluan pelbagai rumpun masyarakat di Malaysia yang turut sama-sama menyumbang kepada pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.Harakahdaily/-

Anwar: 'Zahrain khianati penyokongnya'

29 Safar 1431H.

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.

"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua pembangkang diminta mengulas keputusan Zahrain yang meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Anwar berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut.

Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu.

"Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya. Malaysiakini/-

Zahrain keluar PKR, jadi MP bebas

29 Safar 1431H.

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini - yang disambut dengan laungan "hidup datuk seri" daripada kira-kira sepuluh penyokongnya yang hadir.

Zahrain berkata, beliau akan menjadi ahli parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.

"Tidak. saya tidak bercakap dengan mana-mana pemimpin BN. Umno atau mana-mana (pihak) tidak timbul.

"Saya berdiri dengan prinsip sendiri sebagai ahli parlimen yang bebas," katanya dalam sidang media ringkas kira-kira 10 minit.

Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Mengelakkan "pening kepala"

"Tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan prinsip-prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semulajadi.

"Usaha pengyingkiran saya sebagai Pengerusi (syarikat kerajaan negeri) Island Golf baru-baru ini adalah bukti jelas amalan politik cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis," katanya.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.


"Namun keyakinan dan kepercayaan saya hari ini terhakis dan diselubungi keraguan. Malahan keraguan itu telah mengatasi keyakinan saya terhadap matlamat dan perjuangan yang dibawa oleh PKR khasnya dan Pakatan Rakyat khasnya," katanya.

Zahrain berkata, ia juga merupakan satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.

Tambahnya, walaupun beliau pernah menafikan tindakannya akan keluar parti sebelum ini, tetapi perkara tersebut sentiasa bermain-main dalam fikirannya yang membuatkannya mengambil keputusan itu bagi mengelakkan "pening kepala."

Ditanya sama ada beliau akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.

Bekas SUA PKR turut hadir

Ditanya sama ada tindakan beliau disebabkan oleh pembelian ahli parlimen Pakatan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim, beliau berkata: "Tidak ada beli apa".

Beliau kemudiannya bertanya kembali "16 September itu apa cerita? Saya pun kecewa dengan 16 September (tidak berjaya), tidak timbul isu beli-membeli...," katanya.

Walaupun kecewa dengan Anwar, beliau menegaskan pemimpin tersebut masih merupakan seorang kawannya.

Walaupun pada mulanya Zahrain hanya membenarkan dua soalan diajukan kepadanya, tetapi asakan bertubi-tubi daripada kira-kira 50 pemberita membuatkan beliau akur dan tidak dapat menepisnya.

Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita berhubung kehadiran dan pendirian politiknya atas alasan "ini bukan sidang media saya."

"Ini (Zahrain) kawan saya," katanya yang sering dilabelkan sebagai penyokong setia Anwar sebelum ini.Malaysiakini/-