12 February 2010

Ucapan takziah..

Kelmarin saya menerima SMS mengenai kembalinya ke Rahmatullah abang kepada Ust. Nuri iaitu Pemangku Ketua Pemuda PAS Perak akibat kemalangan jalanraya.

Pagi ini satu lagi SMS makluman mengenai kematian abang kepada Setiausaha Pemuda PAS Perak.

Sehubungan itu saya mewakili Badan Perhubungan PAS Perak merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah ke atas keluarga kedua-dua almarhum. Semuga Allah mencucuri rahmatNya serta menempatkan mereka dikalangan roh orang yang soleh.

Al Fatihah......

Konvensyen Blogger PAS Perak 2010



Butiran lanjut sedang dalam proses update. Tetamu Khas YAB Dato Seri Muhamad Nizar Jamaluddin. Beberapa kertas kerja akan dibentangkan oleh tetamu yang diundang Khas.

2 Program Pelancaran Mega bakal dilancarkan. Terhad kepada 100 peserta sahaja dan Terbuka kepada semua penulis blog yang memegang keahlian PAS yang lahir di negeri Perak. Konvensyen yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Perak ini adalah konvensyen tertutup. Ia adalah program pengukuhan kepada pimpinan parti dan penulis blog.

Segmen Khas yang berupa 'kejutan' juga akan dibuat oleh artis alternatif, Q-Har dan seorang lagi vokalis band terkenal satu masa dahulu, sebelum Konvensyen berakhir. Butiran lengkap program akan menyusul.

Runtuhan Pusat Dagangan Dunia di New York 11 September 2001

BUAT pertama kali gambar pandangan atas kejadian runtuhan Pusat Dagangan Dunia di New York ketika serangan pada 11 September 2001 didedahkan kepada umum. Gambar fail yang dirakamkan Polis New York diperolehi oleh agensi berita ABC News

6 ancaman penyakit lelaki

27 Safar 1431H
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Kebanyakan lelaki sentiasa ingin kelihatan hebat bukan sahaja di mata wanita, tetapi juga di mata lelaki lain walaupun mereka telah berumah tangga dan dikurniakan anak.

Namun, untuk memenuhi definisi lelaki hebat bukanlah mudah. Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah keperibadian dan kesihatan yang baik.

Apabila bercakap soal kesihatan, ramai yang sedia maklum bahawa lelaki tidak gemar berjumpa doktor biarpun masalah yang dihadapi berlarutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun lamanya.

Ini kerana, kesukaran menerima hakikat bahawa mereka menghidap penyakit merbahaya terutamanya apabila melibatkan soal kesihatan dalaman.

"Penyakit yang sering dihadapi oleh kaum lelaki kebanyakannya adalah sama dengan wanita.

"Beza di antara keduanya adalah gejala penyakit itu, penerimaan dan kekuatan untuk menempuhinya.

"Berbanding wanita, lelaki lebih mudah mendapat penyakit berkaitan mental atau skizofrenia, " kata Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohd. Hussain Habil kepada Kosmo!.

Jelasnya, lelaki yang menghidap penyakit mental lebih sukar untuk sembuh kerana beberapa faktor antaranya tanggungjawab komuniti dan tekanan.

Habil memberitahu, kebanyakan keluarga pesakit enggan menerima skizofrenia sebagai masalah perubatan.

Sebaliknya, mereka percaya masalah itu disebabkan buatan orang, santau dan ilmu hitam. Justeru, mereka lebih selesa berubat dengan bomoh atau guru agama.

"Penyakit ini tidak dapat dirawat dan gejalanya berlarutan sehingga pesakit sukar dirawat," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Skizofrenia

Skizofrenia bermaksud gangguan kimia dalam otak. Seorang psikiatri Sweden, Eugen Bleuler menggunakan perkataan ini buat pertama kalinya pada tahun 1911 untuk menjelaskan keadaan pesakit yang pemikirannya seakan-akan tidak boleh lagi bersambung.

Simptom skizofrenia muncul pada usia 15 ke 35 tahun. Secara gender, lelaki dan perempuan memiliki risiko yang sama untuk mendapat skizofrenia tetapi simptom lebih cepat muncul pada lelaki.

Sekitar 80 peratus pesakit boleh menikmati kehidupan yang selesa dan produktif jika menjalani rawatan jadual yang ditetapkan.

Pesakit skizofrenia lebih ramai membunuh diri jika dibandingkan dengan populasi umum. Dianggarkan 10 peratus pesakit (terutama lelaki muda) membunuh diri.

Skizofrenia boleh terjadi dalam keluarga. Risiko mewarisinya bagi mereka yang memiliki keluarga terdekat mengalami skizofrenia adalah 10 peratus, manakala 40 peratus bagi mereka yang memiliki ibu bapa atau kembar yang menghidap skizofrenia.

Penyakit jantung

Nisbah lelaki yang menghidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita dilindungi oleh sejenis hormon iaitu estrogen.

Hormon ini berfungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan menghidap sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki.

Namun bagi wanita yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.

Kencing manis dan darah tinggi

Kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Penghidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan hormon insulin di dalam badan.

Akibatnya lemak di dalam badan sukar diproses dan salur darah menjadi sempit akibat kekurangan bekalan darah ke jantung. Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekerja lebih teruk dan menjadikannya lebih besar.

Barah

Antara penyakit barah yang lelaki hadapi termasuklah barah paru-paru (COPD), barah darah (leukemia), barah ginjal, barah prostat dan kolorektal.

Barah prostat berlaku disebabkan terdapat perubahan gen dalam badan lelaki sehingga menyebabkan kelenjar-kelenjar prostat membiak secara abnormal. Barah kolorektal pula merupakan barah yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan lelaki.

Disfungsi Ereksi (ED)

Disfungsi ereksi atau impotens adalah ketidakmampuan untuk memula dan mempertahankan ereksi. ED selalunya dikaitkan dengan penuaan dan psikologi lelaki. Namun berdasarkan kajian demi kajian, pakar mendapati, ia satu salah faham yang perlu diperbetulkan.

Masalah psikologi atau dipanggil psikogenik, bukanlah penyumbang besar kerana ia hanya penyebab sekitar 20 peratus kepada ED di kalangan lelaki.

Masalah sebenar lelaki atau baki 80 peratusnya adalah disebabkan oleh masalah kesihatan lelaki itu sendiri.

Mendekati Orang Islam di TibetⅡ

27 Safar 1431H

"Linka" bermaksud taman dalam bahasa Tibet. Oleh itu, "Khache Linka" menunjukkan kawasan ini didiami oleh penduduk yang beragama Islam. "Khache Linka" terletak di barat Istana Potala. Selain perumahan, tanah perkuburan, terdapat juga dua buah masjid dalam kawasan tersebut.


Menurut cerita, pada abad ke-17 Masihi, seorang Imam dari Kashmir berhijrah ke Tibet dan memohon agar Dalai Lama Kelima menghadiahkan sebuah tempat sebagai kediamannya. Menurut perintah Dalai Lama Kelima, cara untuk menentukan kawasan kediamannya ialah dengan memanah. Sehubungan dengan itu, kawasan tersebut lama kelamaan menjadi "Khache Linka" seperti yang dapat disaksikan sekarang ini.

Terdapat dua masjid di sebelah timur dan barat dalam kawasan ini. Manakala, taman perkuburan Islam dibina di bahagian selatannya.

Secara kebetulan pula satu upacara perkahwinan sedang diadakan ketika wartawan membuat liputan di "Khache Linka". Mereka turut diundang menghadiri upacara tersebut.

Ketika masuk ke halaman rumah pengantin lelaki, ia sudah penuh sesak dengan tetamu yang ramai. Wanita yang memakai pakaian berwarna-warni sedang sibuk menyediakan hidangan, manakala tetamu lelaki berbual-bual sambil mimum teh mentega dan teh gula. Lagu-lagu merdu kedengaran walaupun bunyinya datang dari jauh masih boleh didengar.

Abdul Halim, ayah pengantin lelaki memberitahu wartawan bahawa adat resam perkahwinan orang Islam di Tibet dilangsungkan menurut ajaran Islam, namun begitu ia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Misalnya, pihak perempuan boleh berpindah ke pihak lelaki, manakala pihak lelaki juga boleh berpindah ke pihak perempuan. Ini bergantung kepada perbincangan kedua-dua pihak. Upacara perkahwinan biasanya berlangsung selama dua hari. Sebagai contohnya sekiranya upacara perkahwinan ini pihak lelaki yang berpindah ke pihak perempuan, maka ketibaan pengantin perempuan di rumah pengantin lelaki adalah dengan ditemani ahli keluarganya pada awal hari pertama. Setelah menerima salam dari sanak saudara dan sahabat handai pengantin lelaki, maka pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan pada hari yang kedua untuk menerima salam daripada pihak perempuan pula. Dengan itu, mereka menjadi pasangan suami isteri yang sah.

CRI/-

Budaya penyusuan ibu mesti dipertahan

27 Safar 1431H
Oleh Nor Affizar Ibrahim

CORAK penyusuan susu ibu di Malaysia menunjukkan cuti bersalin yang tidak mencukupi boleh menafikan hak bayi terhadap susu ibunya dan menjadi antara sebab mengapa pada 2006, hanya satu dalam tujuh bayi di negara ini mendapatkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dalam kehidupan si kecil.

Analisis data penyusuan susu ibu kebangsaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, jumlah penyusuan secara eksklusif di negara ini tinggi pada dua bulan pertama iaitu mencatat lebih 40 peratus, tetapi menurun berterusan dua atau tiga bulan selepas itu apabila cuti bersalin habis dan ibu perlu pergi bekerja.

Peratusan itu menurun kepada 14.5 peratus iaitu di bawah paras standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Apa yang jelas, corak penyusuan itu turut memperlihatkan peratusan ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama di Malaysia adalah sangat rendah dan ia adalah antara kadar penyusuan paling rendah di Asia Tenggara.

Di Malaysia, secara umum wanita diberikan sehingga lapan minggu atau 60 hari cuti bersalin bergaji iaitu enam minggu kurang daripada 14 minggu yang disarankan oleh Konvensyen Perlindungan Kehamilan Persatuan Buruh 2000 (No. 183).

Melahirkan keprihatinan mengenai kadar penyusuan susu ibu yang rendah di negara ini, wakil Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) ke Malaysia, Youssouf Oomar, berkata tindakan segera diperlukan bagi mengatasi semua halangan yang tidak menggalakkan wanita bekerja daripada tidak menyusukan bayi mereka.

"Kita mesti mengukuhkan budaya penyusuan ibu sebagai sesuatu yang normal, semula jadi dan cara dikehendaki bagi penyusuan bayi mahupun kanak-kanak, di samping menyediakan tindakan khusus agar ibu bekerja berterusan dapat menyusukan anak mereka," katanya pada Forum Wanita Bekerja dan Penyusuan yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Youssouf berkata, memberikan cuti bersalin bergaji adalah satu cara bagi membantu halangan yang dihadapi ibu bagi memastikan penyusuan eksklusif dapat dilakukan dan pada sama, menjadi penyumbang ekonomi. Malah, wanita sememangnya layak dan berhak mendapat keistimewaan itu disebabkan sumbangan diberikan untuk menambahkan pendapatan rumah tangga serta ekonomi negara selain pengorbanan dan peranan mereka dalam pembangunan generasi.

"Pengorbanan yang dilakukan ibu bekerja menyentuh hati terutama apabila terpaksa meninggalkan bayi hanya selepas beberapa bulan melahirkannya dan kembali bekerja. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila selepas sembilan bulan mengandung, bayi itu menjadi sebahagian penting dalam hidup seorang wanita termasuklah kesakitan dilalui dan kegembiraan dibawanya," katanya.

Beliau berkata, pelaburan untuk masa depan anak mestilah bermula sebelum anak berkenaan dilahirkan dan bukannya ketika sudah mencapai tujuh tahun serta bersedia untuk menjejakkan kaki ke sekolah. Ini bermakna, adalah penting menjaga kesihatan, mendidik wanita dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan memberi keyakinan untuk menerima kehadiran bayi yang dilahirkan serta membesarkan mereka agar menjadi kanak-kanak sihat, ceria dan berkeyakinan.

Katanya, apa yang lebih penting memastikan hak wanita untuk menyusukan anak dilindungi bukan saja baik untuk perkembangan dan tumbesaran bayi serta memberi kebaikan kepada ibu berkenaan, tetapi turut membawa beberapa manfaat kepada keluarga, komuniti dan negara.

"Penyusuan dan kerja menggunakan masa dan tenaga wanita. Justeru, adalah penting penyesuaian bebanan kerja dibuat untuk wanita yang mempunyai anak kecil supaya mereka mempunyai masa dan tenaga untuk menyusukan anak. Ini tidak boleh dianggap tanggungjawab ibu sepenuhnya, tetapi tanggungjawab kolektif. Lebih-lebih lagi, Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) menyediakan asas bagi tanggungjawab kolektif bagi memenuhi hak kanak-kanak, termasuk mencapai standard kesihatan yang sempurna.

"Konvensyen mengenai peminggiran semua jenis diskriminasi terhadap wanita (CEDAW) pula menyatakan, hak wanita perlu disokong dalam melaksanakan peranan mereka sebagai ibu dan hak untuk tidak di diskriminasi di tempat kerja berdasarkan kehamilan atau pun melahirkan anak," katanya.

Pada majlis itu, sebagai tanda sokongan lebih 100 badan yang berjuang menyuarakan hak dan kepentingan penyusuan susu ibu sepakat menghantar memorandum bersama, Memorandum Perlindungan Kehamilan Yang Menyokong Wanita Bekerja kepada Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Datin Paduka Zaleha Ismail. Antara badan terbabit ialah beberapa jabatan kerajaan, hospital swasta dan umum, universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan sekerja dan profesional kesihatan.

Antara yang terkandung dalam memorandum itu ialah meminta agar cuti bersalin diberikan sebanyak 120 hari tidak termasuk cuti umum, manakala sepanjang cuti empat bulan, kerja boleh dibuat daripada rumah melalui internet. Memorandum berkenaan turut menggesa kemudahan disediakan di tempat kerja bagi ibu yang menyusukan anak. Ini termasuklah, menyediakan tempat atau ruang untuk memerah susu yang dilengkapi peti sejuk atau semua tempat kerja mesti menyediakan pusat asuhan kanak-kanak.

Senario penyusuan ibu di beberapa buah negara di dunia:

Sweden

Di Sweden, peratus penyusuan ibu secara eksklusif pada usia empat bulan sudah meningkat daripada kurang 20 peratus pada pertengahan 1970-an kepada 70 peratus pada 1997. Secara umum 15 peratus mendapat penyusuan ibu pada usia itu.

Perangkaan itu adalah tinggi oleh standard antarabangsa walaupun pembabitan wanita di tempat kerja adalah penting.

Fenomena itu menyumbangkan inisiatif lain seperti peruntukan 450 hari cuti berbayar keibubapaan dan gaji berbayar ketika waktu penyusuan dibuat dan kemudahan disediakan untuk penyusuan.

Perancis

Perancis pada masa kini mendapat 16 minggu cuti bersalin pada 84 peratus gaji minimum harian bagi anak pertama dan kedua. Untuk anak yang berikutnya cuti adalah 24minggu. Perancis antara negara yang mempunyai peratus penyusuan susu ibu yang rendah di Eropah.

Norway

Norway ialah negara yang mempunyai jumlah penyusuan tinggi di kalangan negara industri iaitu wanita bekerja mendapat manfaat cuti bersalin 42 minggu pada gaji penuh atau 52 minggu pada 80 peratus gaji.. Negara itu juga mempertimbangkan pilihan cuti keibubapaan anjal dan waktu kerja anjal sehingga dua tahun mengikut keperluan pekerja.

Belanda

Belanda menyediakan manfaat cuti bersalin 16 minggu dengan cuti berbayar penuh diikuti oleh cuti keibubapaan tidak berbayar sehingga enam bulan. Bagaimanapun, kakitangan kerajaan boleh mengurangkan kerja mereka 50 peratus sehingga enam bulan dengan menerima 75 peratus gaji mereka.

Amerika Syarikat (AS)

Di bawah Akta Cuti Perubatan dan Keluarga, AS menawarkan 12 minggu cuti keibubapaan tidak berbayar. Mereka mungkin mendapat perlindungan yang baik di bawah pelan manfaat kakitangan.


Ceramah Perdana ' Selamatkan Malaysia' bersama

27 Safar 1431H

1- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2- YAB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Bin Jamaludin

3- YB Mohamed Azmin Ali

4- YB William Leong

Tarikh ; 11hb Februari 2010 ( Khamis)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan Kompleks Sukan Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Caves, Gombak

Semua Di Jemput Hadir ...

* Pohon kerjasama semua untuk hebahkan seluas mungkin maklumat ceramah ini kepada semua rakyat ...

* Pimpinan PKZ di DUN Hulu Kelang , sila sebarkan kepada semua AJK PKZ dan ahli-ahli

* YB ADUN-ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di minta untuk hebahkan segera kepada penyokong dan pimpinan masyarakat melalui sms atau e-mail

* Semua jawatankuasa Kawasan dan Bahagian di minta memobilisasi maklumat ini kepada ahli-ahli dan juga para penyokong dengan segera

Kerjasama anda semua amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih...

BERSAMA PERTAHANKAN KEMENANGAN & BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA


Zainol Abidin Mohamed
019-307 0090

Kenyataan Media Tengku Razaleigh Hamzah

27 Safar 1431H
Email : Topeng Perak® Unmasked

“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinny a mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.
Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

Tengku Razaleigh Hamzah

KELEBIHAN LELAKI PADA AKALNYA

27 Safar 1431H
Email : mohd naim mohd zain

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

dipetik dari RAHSIA PERKAHWINAN

CABAR ZAMBRY BUBAR DUN : UMNO CABULI HAK RAKYAT

27 Safar 1431H
Email : Safarizal saleh

Kenyataan Media (10 Februari 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengulangi pendirian setelah mengadakan mesyuarat di antara Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Pusat yang di ketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua dan Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri yang di ketuai oleh saya di Slim River kelmarin.

Antara perkara penting yang akan terus kami perjuangkan ialah komitmen kami dan Pakatan Rakyat (PR) ialah bagi menyerahkan kembali hak rakyat setelah rampasan kuasa oleh UMNO / Barisan Nasional (BN) awal Februari tahun lepas di kembalikan kepada rakyat bagi menentukan pemerintahan yang sebenarnya.

Malah kami akan terus memberikan penerangan kepada seluruh rakyat bahkan kepada seluruh dunia bagaimana kemelut rampasan kuasa jahat oleh UMNO / BN ini yang menyebabkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat terabai dan di tambah dengan kejatuhan ekonomi yang teruk akibat pelaburan asing takut untuk terus melabur di Negeri Perak.

DPPN Pk akan terus mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir agar membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika benar UMNO / BN mengutamakan rakyat di dalam perkara ini terutama kerana rakyat Negeri Perak telah pun memilih PR selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Jesteru hak rakyat Negeri Perak yang telah di cabuli mesti di serahkan kembali.

DPPN Pk juga mencabar pendirian ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang agar mengistiharkan status kedudukan mereka samada untuk terus berada di dalam UMNO dan mana-mana kompenan BN kerana kedudukan mereka terus akan di pertikai terutama kedudukan pemerintahan kudeta UMNO / BN yang bila-bila masa sahaja akan jatuh semula sekiranya mereka mengubah pendirian politik mereka kelak. Mereka tidak harus mempersendakan rakyat yang memilih mereka atas nama PR semasa PRU ke – 12 yang lalu.

DPPN Pk juga meminta seluruh petugas-petugas Pemuda PAS dan juga Pemuda PR agar terus menambahkan usaha kempen kesedaran kepada rakyat berkaitan nasib mereka akibat rampasan kuasa ini. Kesedaran mendaftar sebagai pemilih mesti di gerakkan agar rakyat akan kembali memartabatkan PR sebagai pemerintah bagi menghadapi sebarang kemungkinan kelak.

Malah DPPN Pk mencabar UMNO / BN bagi menyediakan pentas atau forum berkaitan rampasan kuasa jika mereka benar-benar menyakini bahawa mereka berada di landasan betul dengan cara rampasan kuasa tersebut. Malah DPPN Pk juga mencabar dan membuktikan bahawa rakyat selesa dengan pentadbiran 11 bulan oleh PR pada tahun lepas berbanding dengan pemerintahan kudeta UMNO / BN 11 bulan yang lalu.

Perjuangan hak rakyat mesti di kembalikan setelah di cabuli oleh UMNO / BN. Rakyat mesti menjadi hakim bagi menentukan siapakah yang paling layak memerintah Negeri Perak. DPPN Pk menganggap keengganan UMNO / BN untuk menyahut persoalan beberapa isu tersebut sebenarnya mereka terlalu gilakan kuasa dan takut tidak mempunyai kuasa lagi di masa hadapan.


MOHD NUR AMIN
Pemangku Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Perjuangan Islam adalah tarbiah, da'awah & siasah

27 Safar 1431H
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. PAS adalah sebuah wadah perjuangan Islam yang memiliki cita - cita besar untuk melihat perubahan berlaku dalam negara kita .

2. Perubahan yang dimaksudkan ini ialah perubahan secara total

a ] dari sebuah negara yang penuh dengan korupsi kepada negara yang telus dan saksama ,

b ] dari negara yang berkecamuk dengan penyelwengan dan penyalahgunaan kuasa kepada negara yang aman , adil dan sejahtera ,

c ] dari negara yang cemar dengan maksiat dan mungkar kepada negara yang mendaulatkan al amru bil ma'aruf dan an nahyu anil mungkar

3. Rakyat atau masyarakat [ muslim atau non muslim ] tidak boleh dibiarkan hidup dalam sebuah negara yang hanya mementingkan pembangunan material tetapi meruntuhkan spiritual , negara yang mengamalkan semangat perkauman yang sempit dan negara yang merosakkan tamadun dan peradaban manusia dengan memaksa pemikiran dan peraturan yang ciptaan manusia lalu mengenepikan peraturan [ syariah ] Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam cakerawala ini .

4. Bertolak dari realiti ini , pemuda Ansoorullah sebagai sayap kanan kepada perjuangan atau gerakan Islam [ PAS ] juga merupakan agen perubah [ agent of change ] yang bertanggungjawab menggerakkan agenda perubahan dalam negara , masyarakat dan sistem pemerintahannya .

5. Justeru itu , tugas dan tanggungjawab pemuda Ansoorullah bersama perjuangan Islam ini [ PAS ] adalah sangat besar dan berat . Tidak sekadar membayar yuran dan menyertai aktivitinya tetapi berperanan untuk merancang , menggerak dan menjayakan segala misi dan visinya .

6. Menggalas tugas besar dan berat seperti ini tentunya pemuda tidak boleh hanya bergantung kepada kesasaan fizizal semata - mata melainkan pemuda Ansoorullah mesti memiliki jua keperkasaan spiritual sebagai kekuatan dalaman disamping kesohihan aqidah dan ketulenan fikrah yang berasaskan manhaj perjuangan Islam yang benar .

7. Pemuda Ansoorullah selayaknya terlebih dahulu mempersiapkan diri untuk dikaderkan dengan segala skima Amal Tarbawi berasaskan prinsip Amal Islami [ Amal Jamaei , Amal Ijtimaei dan Amal Fardi ] agar kelak tatkala turun ke medan , pemuda benar - benar mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini dengan baik lagi berjaya .

8. Bangkitlah wahai pemuda dan bersedialah untuk menjadi pemuda Ansoorullah yang berjuang siang dan malam untuk menegakkan agama Allah swt dengan segala keupayaan diri yang dimiliki tanpa dolak dalih dan lengahkan waktu dengan 1001 alasan .

9. Hindari sikap suka bertelagah dan saling tuding menuding , sedang tanggungjawab kita untuk mendaulatkan Islam ini memerlukan pengorbanan masa , tenaga dan idea malah jika perlu darah dan nyawa jua menjadi taruhan buat perjuangan Islam ini . Kita tidak punya banyak masa dan waktu untuk dibazirkan kepada perkara yang tidak mendatangkan faedah buat perjuangan Islam ini , apatah lagi membawa mudarat seperti keretakan dan perpecahan kepada jamaah ini .

10. Perjuangan ini untuk menegakkan Islam dan inilah peranan utama pemuda Ansoorullah . Pemuda Ansoorullah tidak berjuang untuk mencari publisiti dan membina empayar politik peribadi serta kelompok tertentu . Sebaliknya berjuang untuk Islam dan ummatnya .

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Harakahdaily.net/-

JK Disiplin: Ikut saluran, bukan kritik terbuka

27 Safar 1431H
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, perlu mengikut saluran yang ada dan bukannya mengkritik secara terbuka.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.

"Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku.

"Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke Jawatankuasa Rayuan yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Selain tidak sepatutnya berlaku, Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.

"Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Jawatankuasa Disiplin, jelasnya hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan parti dan bertidak dengan asas yang kukuh.

Tugas utama jawatankuasa itu, jelasnya adalah untuk melihat perjalanan parti dengan baik dan menyekat elemen-elemen yang dianggap merugikan parti yang dibuat oleh ahli.

"Kita bukan nak hukum orang, bagi kita, seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah.

"Bila ada kes, kita kena jatuh hukuman, biasalah kita jatuh hukuman, ada yang setuju dan tidak setuju tak boleh nak elak, memang akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita," katanya lagi.

Berhubung cadangannya agar anggota jawatankuasa disiplin bukan daripada AJK PAS Pusat, beliau berkata cadangan tersebut bukan bererti beliau mahu lari dari tanggungjawab, tetapi mahu jawatankuasa tersebut dilihat adil.

Beliau turut mengakui, cadangan tersebut sukar untuk dilaksanakan dan akan memakan masa yang lama kerana melibatkan pindaan perlembagaan PAS.

"Bukan saya nak lari dari tanggungjawab, soalnya adalah Jawatankuasa Disiplin bukan sahaja hukuman adil, tapi dilihat adil, itu yang payah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli parti menumpukan kepada agenda lebih besar, iaitu gerak kerja pilihan raya berdepan Umno/BN daripada sibuk mengkritik PAS atau Pakatan Rakyat.

Hujung bulan lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan Khalid digantung enam bulan daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat, manakala Hasan Ali diberi amaran bertulis.

Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Harakahdaily.net/-

Nik Aziz rai dua bekas setiausaha

27 Safar 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 10 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meraikan dua orang bekas setiausahanya yang masing-masing telah menamatkan perkhidmatan baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Politiknya, Haji Anuar Bakhri Harun dan bekas Setiausaha Akhbarnya, Ustaz Saiba Yaacob, masing-masing diraikan pada satu majlis jamuan tengahari.

Sebagai tanda ingatan terhadap jasa keduanya, Tuan Guru menghadiahkan cenderahati berupa pen sebagai simbolik kepada Anual Bakhri sebagai seorang penulis, termasuk Saiba seorang pendidik.

Tuan Guru ketika ditemui pada majlis itu mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua di atas sumbangan sepanjang mereka bertugas.

“Mudah-mudahan ilmu yang saya terima daripada mereka dan ilmu yang mereka perolehi dari saya akan berlanjutan serta mendapat bekalan akhirat,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa berhasarat untuk menjadikan Kelantan sebagai tapak semaian untuk bekalan akhirat.

Jelasnya, Islam tidak boleh berpaksi atas agama itu semata-mata sebaliknya dengan iman juga.

“Iman dan Islam perlu seiring dan bersama, kerana tubuh kita ni bercampur dengan rohani yang dipanggil iman, ini antara kelebihan yang ada di Kelantan,”ujarnya.

Sebab itu, menurutnya masalah moral, nilai murni serta dosa pahala diutamakan dalam setiap kehidupan masyarakat.

Katanya, semoga tapak semaian itu dapat di sumbangkan kepada negeri-negeri lain.

Hadir sama pada majlis itu setiausaha politiknya yang baru Wan Nik Wan Yussoff dan juga setiausaha akhbar Ahmad Fadhli Shaari

Harakahdaily.net/-

Dedah siapa jual rahsia penting negara

27 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan mereka yang terlibat menjual rahsia penting negara.

Ini berikutan Zahid mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara.

Mahfuz berkata, pembocoran dan penjualan tersebut dikatakan melibatkan pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dijual kepada negara asing melalui kedutaan di Kuala Lumpur.

“Kejadian ini sekali lagi mendedahkan betapa kelemahan yang sangat ketara pada sektor dan institusi pertahanan dan keselamatan negara selepas dalam tempoh dua bulan kita dikejutkan dengan kecurian dan penjualan dua buah enjin Jet F5E di pasar malam antarabangsa,” katanya.

Tambahnya, kecurian enjin Jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan rakyat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara.

Katanya, kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan menghadapi ancaman dari negara luar.

Apatah lagi, ujarnya negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsia penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia.

Menurutnya, dengan rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan yang dimiliki oleh negara asing sudah tentu mereka akan bertindak terhadap Malaysia.

Katanya lagi, kalaupun tidak dengan menyerang Malaysia tetapi dengan maklumat rahsia yang mereka ada sudah pun cukup untuk mereka mensabotaj Malaysia.

“Inilah yang menjadikan rakyat gelisah dan merasakan berada dalam keadaan tidak selamat dan terancam,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, malangnya kerajaan gagal merungkai segala kebimbangan yang sedang dirasai oleh rakyat, tiba-tiba saja Menteri Pertahanan mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara selesai dan diselesaikan mengikut saluran diplomatik.

“Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan. Rakyat perlu diberitahu siapa di dalam ATM yang menjual rahsia penting tersebut. Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat prebet atau sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin Jet F5E,” katanya.

Katanya, rakyat juga perlu diberitahu negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara.

Beliau menambah, rakyat berhak tahu adakah duta negara tersebut telah dipanggil oleh pihak Wisma Putra dan kementerian untuk diambil tindakan mengusir atau diberi amaran keras atau masih menjadi kes yang disiasat oleh polis.

“Saya mohon jawapan dan penjelasan segera dari pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk meyakinkan rakyat agar kebimbangan dan keresahan rakyat dapat diubati. Penjelesan dan jawapan segera menteri sangat penting bagi menjaga tahap integriti ATM,” ujarnya lagi.

Harakahdaily.net/-


Zambry perlu bubar Dun jika utamakan rakyat

27 Safar 1431H

IPOH, 10 Feb: Dewan Pemuda PAS Perak mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir agar membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika benar Umno/BN mengutamakan rakyat.

Pemangku ketuanya, Mohd Nur Amin berkata, ini kerana rakyat telah memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, justeru hak mereka yang telah dicabuli mesti diserahkan kembali.

Beliau berkata, Pemuda PAS negeri juga mencabar pendirian Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang agar mengisytiharkan status sama ada sebagai wakil Bebas atau di dalam BN kerana terus dipertikaikan.

Katanya, ini kerana pemerintahan kerajaan BN bila-bila masa sahaja akan jatuh semula sekiranya mereka mengubah pendirian di samping tidak harus mempersendakan rakyat yang memilih mereka atas nama PR semasa PRU ke-12 lalu.

Pihaknya juga juga meminta seluruh petugas Pemuda PAS dan PR agar terus mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat berkaitan nasib mereka akibat perkembangan yang berlaku itu.

“Kesedaran mendaftar sebagai pemilih mesti digerakkan agar rakyat akan kembali memartabatkan PR sebagai pemerintah bagi menghadapi sebarang kemungkinan kelak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, Pemuda PAS negeri mencabar pemimpin Umno/BN bagi menyediakan pentas atau forum berkaitan situasi yang ada itu jika mereka benar-benar meyakini berada di landasan betul.

“Pemuda PAS Perak juga akan membuktikan bahawa rakyat selesa dengan pentadbiran 11 bulan PR pada tahun lepas berbanding dengan pemerintahan kudeta Umno/BN pada 11 bulan yang lalu,” katanya lagi.

Tambahnya, hak rakyat mesti dikembalikan setelah dicabuli oleh Umno/BN dan mereka mesti menjadi hakim bagi menentukan siapakah yang paling layak memerintah ini.

Harakahdaily.net/-

Beri peluang pada Zambry, negeri Pakatan Rakyat macamana?

27 Safar 1431H
Roslan SMS

Saya tertarik dengan tajuk akhbar The Star hari ini yang menyiarkan ulasan Perdana Menteri Najib Tun Razak terhadap keputusan 5-0 Mahkamah Persekutuan semalam. Akhbar itu membawa tajuk:Give Zambry a chance, says Najib
(Beri Zambry peluang kata Najib)

Beliau berkata dengan keputusan ini Zambry sepatutunya diberi peluang memimpin Perak dan sebarang masalah atau ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran BN Perak dibawa pada PRU akan datang.

Bagi saya itu saranan yang bijak cuma malangnya kenapa hanya di Perak? Kenapa tidak begitu juga di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Sepatutnya beliau juga menyarankan:

Give Nik Aziz, Azizan, Guan Eng and Tan Sri Khalid a chance!

Macam mengapa di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini kerajaan Persekutuan BN terus menganggu dan tidak memberi kebebasan pada kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat mentadbir negeri masing-masing.

Contohnya mengapa perlu ada JKKKP apabila kerajaan negeri sudah melantik JKKK nya? Mengapa peruntukkan kepada kerajaan-kerajaan negeri ini disekat-sekat? Mengapa kerajaan negeri tidak dilibatkan dalam program Persekutuan di negeri masing-masing? Mengapa apabila PM dan Menteri turun ke negeri-negeri ini, kerajaan negeri dianak-tirikan?

Benar beri peluang pada Zambry, tapi jangan pula dipinggirkan Nik Aziz, Azizan,Guan Eng dan Tan Sr Khalid. Sebagai PM Najib perlu sedar bahawa kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga sah dan perlu dihormati dan diberi pengiktirafan. Negeri-negeri ini semua membentuk Persekutuan Malaysia,oleh itu sebagai PM Persekutuan beliau perlu adil dan saksama pada semua negeri-negeri yang bernaung di bawah Persekutuan.

Kalau BN Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ghairah sangat mahukan kuasa, tunggu-tunggulah sehingga PRU ke 13 nanti apabila rakyat keluar kembali untuk membuat keputusan. Sementara itu hormatilah keputusan rakyat dimana-mana pun.

Harakahdaily.net/-

Jom kita ke hutan cari keadilan!

27 Safar 1431H
Tok Pepijat

Sah! Seperti dijangkakan oleh rakyat, mahkamah sejak zaman Mahathir hinggalah era Najib tetap memihak kepada UMNO. Itulah realitinya.

Sejak runtuhnya keadilan apabila Tun Salleh Abas di"nyah"kan oleh Mahathir, Institusi Kehakiman tidak mampu lagi bangkit hinggalah kini walaupun Ketua Hakim silih berganti dan terbinanya "Istana Kehakiman" yang indah di Putrajaya.

Rakyat umumnya melihat Ketua Hakim Zaki Azmi masih memakai "baju UMNO". Jadi apa hendak dihairankan jika kes yang berkaitan kepentingan UMNO akan diberi "kemenangan yang penuh gemilang"?

Tiada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat untuk menagih sisa-sisa keadilan.

Dengan kemenangan 5-0 itu, sudah nampak bayangan kesudahan kes Anwar. Keluarga Anwar mesti siap sedia menerima kehilangan Anwar kali kedua dan PR perlu mencari Ketua PR yang baru.

Yang pastinya dengan keputusan 5-0 itu, bermakna Perak menjadi negeri pertama di Malayasia mengamalkan Sistem Raja Mutlak. Bukan lagi Sistem Raja Berperlembagaan.

Tentunya yang menarik ianya berlaku di negeri yang bersultan kan mantan Ketua Hakim Negara. Bagaimana detik hati pendengar jika mendengar mantan Ketua Hakim dan anaknya berbicara tentang undang-undang dan keadilan kelak?

Selepas ini jika rakyat Perak inginkan keadilan, mungkin mereka boleh masuk ke hutan Grik untuk berhakimkan "Hakim Beruk atau Singa". Barangkali di sana keadilan lebih "menyerlah"!

Yang pasti, mantan Ketua Hakim yang tidak berdarah raja Tun Salleh Abas tetap menjadi sebutan umum sebagai pejuang keadilan dan sejarahnya bakal dicatat dengan tinta emas sepertimana arwah Tun Sufian Hashim.

Rakyat tentunya menunggu bila agaknya Malaysia bakal bertukar sistem dari Raja Berperlembagaan kepada Raja Mutlak seperti Perak? Inilah yang membuatkan PM Najib tidak lena tidur.

Harakahdaily.net/-

Umno ragut suasana aman negeri Pakatan

27 Safar 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 10 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan suasana aman di lima buah negeri Pakatan Rakyat diragut Umno apabila melakukan kudeta di Perak.

Sedangkan katanya, selepas pilihan raya umum lalu, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan aman.

“Pergolakan berlaku bermula dengan hari rampasan kuasa sehingga tidak berkesudahan sebagaimana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Kelantan alhamdulillah termasuk tidak berlaku huru hara kerana tidak berlakunya perancangan rampasan kuasa,” katanya ketika ditemui selepas majlis jamuan perpisahan dua bekas setiausahanya, Annual Bakri Haron dan Mohd Saiba Yaakub.

Annual meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik akhir tahun lepas dan Mohd Saiba tamat kontrak pelantikan awal Febuari lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, berlakunya rampasan kuasa di Perak menyebabkan rakyat sedar kerja tersebut merupakan perkara mungkar yang tidak bermoral.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai melahirkan rasa benci kepada mereka yang menggadaikan maruah rakyat dengan melakukan kudeta.

Katanya, perasaan benci wajar ditanam terhadap mereka yang kufur dan fasik kerana Islam mengajar agar menanam kebencian terhadap golongan seperti itu.

Beliau juga berkata, tidak wajar dilakukan demontrasi terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Herald memandangkan ia telah lama digunakan bukan Islam di tanah Arab.

Harakahdaily.net/-

Belajar menikmati limau-limau baik dalam Pakatan Rakyat.

27 Safar 1431H
Li Fook Gao

Setiap kali sempena Tahun Baru Cina, ramai antara kita tanpa mengira kaum berebut-rebut untuk membeli limau-limau mandarin yang berada di pasaran. Sebelum sesebuah kotak limau itu dibeli, lazimnya, setiap pembeli akan cuba menghidu setiap kotak limau dengan berhati-hati supaya mereka tidak terbeli kotak yang mengandungi sebarang limau-limau yang rosak.

Namun sehebat-hebat kita memilih, kita terpaksa juga menerima hakikat yang memilukan bahawa tetap ada antara kotak-kotak limau yang dipilih oleh kita mengandungi beberapa biji limau yang rosak.

Akan tetapi, apakah perlu kita membuang seluruh kotak limau semata-mata kerana sebiji dua limau yang rosak? Apakah kita perlu membuang limau-limau yang baik semata-mata ia terkena jus basi limau yang rosak secara tidak sengaja?

Sudah tentunya tidak.......begitulah juga layanan kita seharusnya terhadap ahli-ahli politik yang baik, setia dan bekerja keras di dalam Pakatan Rakyat.

Janganlah penyokong dan rakyat hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat kerana beberapa biji limau yang rosak. Limau-limau rosak merupakan modal dan sentiasa menjadi fokus kepada media musuh untuk memburukkan keseluruhan kredibiliti Pakatan Rakyat. Jikalau mengikut logik media musuh, asalkan terdapat sebiji limau yang terhidu baunya masam (rasa pun tak lagi), secara otomatiknya mereka akan mula mengempar-gempurkan bahawa semua limau-limau yang ada di dalam Pakatan Rakyat adalah pahit. (Ya, dari masam ke pahit, kalau tidak, mereka akan diisytiharkan gagal KPI dalam arena memutar-belitkan cerita oleh bos-bos mereka.)

Kita harus sedar bahawa masih terdapat ramai ahli politik dalam Pakatan Rakyat yang masih bekerja keras demi mengembalikan kedaulatan negara ke tangan rakyat. Jangan pula kita terikut-ikut permainan politik media musuh yang seolah-olah cuba menggambarkan semua ahli politik Pakatan Rakyat sebagai lembap, tidak berguna dan tidak bersatu disebabkan ada antara 2-3 kerat pemimpin yang sentiasa menimbulkan masalah.

Kita tidak patut membiarkan nama baik ahli-ahli politik yang lain tercemar semata-mata kerana terkena jus-jus baik limau-limau yang rosak. Jangan sesekali pula kita patahkan semangat limau-limau yang manis dengan memandang mereka dengan mata yang serong akibat mereka duduk sekotak dengan limau-limau yang rosak. Bukannya mereka ada pilihan untuk berbuat apa-apa sekiranya limau jirannya bertukar menjadi basi. Itu adalah kezaliman terhadap mereka yang jujur dan telus dalam mengerjakan tanggungjawab sebagai ahli politik Pakatan Rakyat -- kerana percayalah bahawa kerja sebagai ahli politik Pakatan Rakyat ialah kerja paling menyeksa di Malaysia sekarang.

Sebagai penjual limau, Pakatan Rakyat juga harus menerima hakikat bahawa limau-limau rosak perlu dibuang dengan segera. Proses penapisan limau untuk mengenalpasti gred limau manis dan masam harus dilakukan sekarang. Berpeganglah pada prinsip bahawa "ombak baru akan menggantikan ombak lama, dan ombak lama akan mati di pesisir pantai" yang membawa maksud; pengundi-pengundi dan pemimpin-pemimpin lama yang masih melihat rakyat Malaysia dari persepsi perkauman akan semakin pupus, dan pengundi-pengundi dan pemimpin-pemimpin muda dan baru yang memperjuangkan konsep Bangsa Malaysia akan semakin diterima ramai.

Bayangkan sekiranya syarikat-syarikat pengeluar limau (saya namakan Syarikat A dan B, B merupakan syarikat limau yang paling lama berkuasa di negara kita) ini turut bermain politik di dalam media semasa, sudah tentu kita akan melihat tajuk-tajuk berita seperti di bawah:

Media Semasa yang pro-syarikat B.
PEMBELI RUGI BESAR: 20% limau Syarikat A rosak.
Limau Syarikat A MASAM, KECIL dan KERING!
Masuk Hospital Akibat Limau A!
Limau B - Manis, Besar dan 95% baik, kata pembeli!

Oleh itu, pembeli-pembeli seperti kita harus tahu cara mengasingkan berita daripada media musuh, media sahabat dan media bebas terhadap syarikat-syarikat penjual limau. Laporan-laporan media musuh sesebuah syarikat limau harus dibaca dengan perasaan was-was. Apabila limau-limau lawan dipuji oleh media musuh, kita seharusnya tahu kemungkinan perangkap sudah dipasang untuk mengumpan kita. Sebaliknya apabila limau-limau lawan dikritik media musuh, yakinlah kita bahawa limau-limau tersebut adalah manis dan berkualiti tinggi. Media bebas pula harus digunakan untuk menilai prestasi dan kritikan terhadap penjual limau secara rasional.

Barisan Nasional sememangnya mengharapkan hari pengebumian Pakatan Rakyat tiba sebelum pilihanraya yang akan datang dengan memualkan kita dengan berita-berita basi berkenaan limau-limau rosak yang terdapat di Pakatan Rakyat. Akan tetapi, mereka tidak akan berjaya sekiranya pembeli-pembeli limau sedar bahawa limau-limau yang dijual oleh Barisan Nasional jauh lebih masam dan rosak bilangannya tidak seperti yang dilaporkan oleh media-medianya.

Cuma persoalannya, adakah kita, sebagai pembeli limau jauh lebih bijak daripada media arus perdana yang cuba memperbodohkan kita, atau sebaliknya?
-------------------------------------------------

Li Fook Gao ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca Harakahdaily yang berbangsa Cina. Diharapkan juga parti PAS untuk mengimbas kembali sebab-sebab kekalahan teruk di Bagan Pinang, seminar menggantikan EGM dan sehingga bersidangnya Jawatankuasa Disiplin Parti sempena cuti ini.

Harakahdaily.net/-

Canselor Unisel: Rosmah sibuk sebagai isteri PM

27 Safar 1431H
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Universiti Industri Selangor (Unisel) memerlukan canselor yang boleh menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan universiti bukannya sibuk menguruskan program yang lain.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali bersetuju jika isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak dilantik semula sebagai Canselor Unisel apabila tamat tempohnya Jun ini.

"Beliau (Rosmah) pun sudah banyak kerja. Kena tengok program Permata Negara dan sibuk sebagai isteri Perdana Menteri dan sebagainya.

"Jadi mungkin sesuailah Unisel mendapatkan canselor yang baru yang boleh menumpukan kepada pembangunan dan perkembangan Unisel," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang berkata, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ianya belum diputuskan secara rasmi.

Perkara itu juga mesti dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Unisel yang akan diadakan dalam masa satu hingga dua bulan ini.

"Perkara ini di bawah bidang kuasa Tuanku Sultan sendiri. Jadi baginda Sutan yang buat keputusan. Perkara ini juga akan diputuskan dalam lembaga mesyuarat, jadi kita tidak ada keputusan rasmi lagi. Mesyuarat mungkin dalam sebulan dua lagi," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco semalam berkata, sama ada Rosmah akan dilantik semula atau tidak sebagai canselor universiti milik kerajaan negeri itu, bergantung kepada keputusan lembaga pengarah universiti.

Julai lalu, pelantikan Rosmah sebagai canselor mandapat bantahan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pelajar universiti berkenaan sendiri.

Satu resolusi tergempar menuntut agar Rosmah dilucutkan dari menjadi Cancelor Unisel telah diluluskan di Dewan Utama Unisel Kampus Bistari Jaya, Batang Berjuntai dalam satu program anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dan Majlis Perwakilan Pelajar Unisel.

Harakahdaily.net/-

Exco: Rosmah tidak lagi dilantik canselor Unisel

27 Safar 1431H

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dilantik semula sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila tamat tempohnya Jun ini, kata exco negeri, Dr Xavier Jayakumar.

"Kita tidak berhentikan dia. Kita cuma tidak melantiknya semula," katanya ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta hari ini.

Menurutnya, ia belum diputuskan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

"Tapi ia sudah dibincangkan secara tidak formal bersama menteri besar," katanya lagi ketika diminta menjelaskan satu tulisan ringkasnya di twitter mengenainya.

Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pelajar Unisel sendiri telah mendesak kerajaan supaya menggugurkan Rosmah sebagai canselor universiti berkenaan.

Malaysiakini/-

Karpal Singh ditegur kata hakim bohong

27 Safar 1431H

Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu, hari ini ditegur kerana menggunakan perkataan kasar terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mengadili kes itu.

karpal singhPeguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes itu, berkata Karpal Singh (kanan) bebas mengemukakan hujah tanpa erlu menghina hakim.

"Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

"Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika," katanya ketika berhujah semasa mahkamah mendengar permohonan pihak pembelaan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada kes itu kononnya kerana beliau berat sebelah.

Sebelum itu, Karpal Singh berkata bahawa oleh kerana Hakim Mohamad Zabidin (kiri) tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai "satu pembohongan oleh Yang Arif".

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perkara kecil

Perbicaraan kes itu masuk hari keenam hari ini tetapi ditangguhkan bagi mendengar permohonan oleh pihak pembelaan itu.

Mohd Saiful (kanan), saksi pertama, sedang disoal dalam pemeriksaan balas.

Pada prosiding hari ini, Mohd Yusof berkata Hakim Mohamad Zabidin tidak perlu menarik diri kecuali jika ada perkara atau sebab semasa perbicaraan bahawa hakim itu bertindak berat sebelah.

Bagaimanapun, kata beliau, andaian wujudnya sikap berat sebelah perlulah dibuat dengan penuh kejujuran dan berlandaskan kemuliaan badan kehakiman.

Mohd Yusof berkata sikap berat sebelah tidak boleh dibuktikan kewujudannya, melainkan hakim mempunyai kepentingan diri atau kepentingan daripada segi kewangan.

Katanya mahkamah tidak sepatutnya mengetepikan isu sebenar yang ada di hadapannya, apa yang dilaporkan oleh media atau kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan.

"Dalam kes ini, apa jua yang dilaporkan oleh akhbar adalah sesuatu yang berasal dari luar," katanya.

Lucutkan kelayakan hakim

Mohd Yusof berkata dalam permohonan bagi melucutkan kelayakan seseorang hakim, mahkamah perlu menimbang beberapa perkara, termasuk ujian tentang wujudnya bahaya sebenar, dan orang ramai yang cukup bermaklumat sedar bahawa hakim berkenaan tidak berlaku adil kepada mereka sekiranya beliau membuat sesuatu keputusan tanpa berdasarkan bukti atau berdasarkan alasan yang tidak berkaitan.

NONE"Aduan tentang Utusan Malaysia bukan suatu isu yang perlu dibuat keputusan oleh mahkamah ini dalam mengadili tuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau.

Mohd Yusof berkata keputusan hakim berkenaan bukan bererti penolakan sepenuhnya dan pihak pembelaan boleh memohon penangguhan sebelum memfailkan usul menuduh Utusan Malaysia menghina mahkamah mengikut Perintah 52 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi.

Katanya adalah silap dan berlebihan bagi pasukan pembelaan untuk membuat andaian bahawa mahkamah telah menolak usul bagi menuduh akhbar itu menghina mahkamah kerana permohonan mengenainya tidak dibuat secara formal.

Mohd Yusof berkata asas bagi aduan berkenaan (merujuk kepada laporan muka depan bertajuk "Tak rela diliwat lagi" bertarikh 4 Feb), telah terhapus setelah kedua-dua pihak membuat pengesahan tentang perkara itu melalui nota prosiding dan rakaman audio mahkamah.

Foto katil

Mengenai aduan kedua iaitu berkaitan keterangan pada foto, beliau berkata perkataan yang digunakan mempunyai maksud yang kabur.

"Inilah yang berlaku apabila kita ingin sembunyikan maklumat daripada orang ramai. Tetapi, Karpal tetap bertegas mengenainya. Apa yang ada hanyalah sekeping foto...kapsyennya mempunyai maksud yang tidak jelas...saya tak nampak ada sebarang masalah...kapsyen berkenan merujuk kepada sebuah katil tempat kesalahan itu berlaku," kata beliau.

Mohd Yusof berkata maklumat terperinci tentang katil dan bilik tidur utama telah disebut di mahkamah terbuka dan tiada siapa dapat mempertikaikannya kerana ia dicatat dalam nota prosiding.

Katanya dalam membuat laporan tentang kes liwat, pemberita mungkin tersilap dengar, tetapi mereka tidak boleh membuat laporan dengan niat jahat.

"Hari ini, terbukti bahawa mereka melaporkan dengan betul berdasarkan nota prosiding mahkamah dan oleh itu, pihak pendakwaan perlu memohon maaf kepada pemberita Utusan Malaysia yang berkenaan," katanya.

Beliau berkata para hakim dilatih supaya hanya membuat keputusan berdasarkan bukti yang dikemukakan di mahkamah, bukan berdasarkan laporan akhbar.

"Mahkamah yang adil akan hanya membuat keputusan berdasarkan bukti. Masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa Yang Arif bersikap berat sebelah," katanya.

Tarik diri

Sementara itu, Karpal Singh meminta Mohamad Zabidin menarik diri daripada mengadili kes berkenaan kerana mendakwa hakim itu melakukan kesalahan apabila beliau tidak mengatakan sesuatu yang benar dan ini boleh dianggap sebagai melakukan pemalsuan dan pembohongan.

Karpal Singh berkata dalam keputusannya, hakim berkenaan berkata butiran terperinci telah disebut di mahkamah terbuka, sedangkan ia tidak terdapat dalam nota prosiding dan rakaman audio mahkamah.

"Ini menunjukkan bahawa Yang Arif berbohong. Ini terbukti, boleh dibuktikan dan telahpun dibuktikan. Yang Arif tidak berlaku jujur, jadi Yang Arif berat sebelah. Buktinya ada di sini, ia adalah suatu fakta. Oleh itu, Yang Arif tiada pilihan, selain mengundurkan diri," katanya.

Karpal Singh berkata dalam menolak permohonan pihak pembelaan untuk menuduh Utusan Malaysia menghina mahkamah, hakim berkenaan membuat keputusan bahawa laporan itu tidak menghina mahkamah dan akhbar berkenaan tidak berniat untuk menimbulkan kekeliruan.

"Bagaimanakah Yang Arif boleh membuat kesimpulan bahawa tidak wujud niat seperti itu? Ia datang daripada Utusan, bukan dari mahkamah ini...yang Arif perlu keluarkan surat tunjuk sebab kepada Utusan Malaysia, tapi yang Arif tidak berbuat demikian," kata beliau.

Mohamad Zabidin menetapkan 18 Feb sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusannya.

Malaysiakini/-



Culik Altantuya: 'Nasir Safar di tempat kejadian'

27 Safar 1431H

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa Datuk Nasir Safar berada di lokasi apabila anggota polis menahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, demikian menurut peguamnya, Americk Sidhu.

suara keadilan 100210 bala implicate nasirDakwaan tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR.

Suara Keadilan memetik emel Sidhu kepadanya yang mendakwa Bala, mengenali bekas pembantu khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak itu apabila melihat gambar Nasir (kiri, bertali leher) di blog.

Nasir diheret dengan kontroversi apabila minggu lalu dia membuat ucapan yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka.

Dia didakwa sebagai berkata kaum Cina dan India sebagai pendatang.

Akibat bantahan dan kemarahan pemimpin dan rakyat, Nasir kemudiannya meletakkan jawatannya.

Kedua-dua Bala dan Sidhu kini tinggal di luar Malaysia kerana bimbang dikenakan tindakan.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708 02Bala (kanan) menjadi terkenal pada Julai 2008, apabila dia membuat pengakuan bersumpah mendakwa dia berada di tempat kejadian apabila polis membawa Altantuya dengan sebuah kereta di luar rumah kekasihnya, Abdul Razak Baginda, yang juga seorang lagi pegawai Najib.

Beberapa minit sebelum Altantuya dibawa ke kereta, Bala mendakwa “sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui jalan itu secara perlahan. Tingkap pemandu tidak dinaikkan dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Bala tidak tahu siapa lelaki Melayu itu tetapi berjaya memberitahu polis mengenai raut wajah lelaki itu ketika disoal siasat.

Menurut Sidhu, polis yang menyoalnya cuma memberitahu lelaki itu adalah jiran Abdul Razak (bawah, tengah).

Bagaimanapun, Bala mengecam pemandu Melayu yang berkereta biru itu sebagai Nasir apabila melihat wajahnya di Internet, kata Sidhu.

altantuya murder razak baginda case 180607 abdul razak bagindaNasir yang dihubungi oleh Malaysiakini sebentar tadi, tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata sidang media akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga tidak mahu mengulas.

"Saya tidak mahu komen. Perkara itu telah dibicarakan di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini.

Pada April 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung terhadap dua anggota polis yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Bagiamanapun Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah berkali-kali menafikan dia mengenali Altantuya ataupun pernah berjumpa dengan wanita itu.
Menangi iPod Shuffles dan Hadiah Lumayan Lain! Sertailah Kaji Selidik Sekarang!


Culik Altantuya: 'Nasir Safar di tempat kejadian'
Bapa Altantuya batal kes terhadap AG
Altantuya issue 'haunts' Najib in China
Altantuya: Demand for royal commission of inquiry

Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit

Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter

Nasir yang dihubungi oleh Malaysiakini sebentar tadi, tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata sidang media akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga tidak mahu mengulas.

"Saya tidak mahu komen. Perkara itu telah dibicarakan di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini.

Pada April 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung terhadap dua anggota polis yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Bagiamanapun Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah berkali-kali menafikan dia mengenali Altantuya ataupun pernah berjumpa dengan wanita itu.

Malaysiakini/-




Zunar tuntut KDN pulangkan bukunya

27 Safar 1431H

Kartunis kontroversi Zulkiflee Anwar Haque menuntut Kementerian dalam Negeri (KDN) supaya memulangkan semua buku karya dan terbitannya yang dirampas sebelum ini.

gedung kartun 091209 zunar"Saya percaya tindakan (rampasan) itu benar-benar bermotifkan politik. Saya pasti tiada tindakan dikenakan sekiranya kandungannya menyebelahi parti pemerintah," katanya yang lebih popular dengan nama Zunar.

"Saya dengan ini mengutuk tindakan KDN dan polis, sekaligus mendesak mereka memulangkan naskhah yang dirampas itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, sebanyak 55 naskhah 1FunnyMalaysia dirampas di pelbagai kedai buku terkenal di Pulau Pinang, Melaka dan Seremban. Rampasan terbaru ialah pada 5 Februari.

zunar new kartoon book 091209 super sivaOgos tahun lalu, KDN turut merampas plat reka bentuk cetakannya dan 408 naskhah majalah kelolaan Zunar Gedung Kartun di pejabatnya di Brickfields, Kuala Lumpur.

1FunnyMalaysia merupakan rangkuman kartun satira politik Zunar di Malaysiakini manakala Gedung Kartun, antaranya menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Kedua-dua mereka dikaitkan majalah itu dengan kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibu dan amalan perbomohan.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Zunar berikrar akan terus mendedahkan 'salah laku' pihak berkuasa kerana menurutnya, kartunis bertanggungjawab "mengutarakan isu-isu yang selari dengan aspirasi rakyat."

"Telah menjadi falsazunar new kartoon book 091209 01fah dalam dunia kartun utuk menyampaikan kebenaran dan menyalurkan maklumat yang tepat dalam karya.

"Adakah salah menceritakan kebenaran atau pandangan melalui kartun?" soalnya.

Zunar yang melepaskan jawatannya sebagai ketua pengarang akhbar organ PKR Suara Keadilan tahun lalu kembali, kepada kerjaya asalnya sebagai kartunis.

Setakat ini beliau menerbitkan tiga komik berkonsepkan satira politik. Selain Gedung Karun, beliau juga menerbitkan Perak Darul Kartun dan Isu dalam Kartun yang menyentuh perbagai pergolakan politik semasa.

Malaysiakini/-

Anwar: PAS tidak dihalang bincang dengan Umno

27 Safar 1431H

PAS tidak dihalang daripada membuat apa-apa perbincangan dengan mana-mana parti, termasuk Umno, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak ada masalah bincang dengan sesiapa. Kita tidak pernah melarang perbincangan," katanya ketika diminta mengulas keterbukaan PAS untuk berbincang dengan Umno.


Bercakap dalam satu sidang media di perkarangan komplek mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, Anwar berkata, beliau maklum dengan dasar PAS terhadap dasar-dasar yang digarap dalam Pakatan Rakyat.

"Kita memang diberikan maklumat oleh PAS dari semasa ke semasa. Tapi prinsip PAS bersama Pakatan Rakyat, prinsip PAS menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang penyalahgunaan kuasa, itu tidak berganjak sedikitpun," katanya lagi.

Anwar berkata, pendirian PAS itu boleh dilihat dalam persetujuan mereka untuk menandatangani dokumen bagi mengukuhkan pakatan tersebut bersama PKR dan DAP.

Menurutnya, dokumen tersebut memaktubkan persetujuan bagi menerima prinsip-prinsip asas dalam perlembagaan.

Tambahnya, ia termasuk soal bahasa, hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam dan juga kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Tetapi ini dipermainkan oleh Umno untuk memecahbelahkan di antara Melayu dan Cina.

"Media Umno masih membesarkan seolah-olah DAP itu menentang hak keistimewaan orang Melayu yang tidak berbangkit kerana pimpinan DAP dan PAS telah menandatangani muafakat bersama," katanya lagi.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut mengulas mengenai kedudukan wakil PKR Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti.

"(Kedudukan Zulkifli) dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. Kita tidak mahu orang tuduh apa-apa. Kita ikut prinsip 'saudara setuju dengan dasar, saudara kekal. Saudara tidak setuju, tidak ada pilihan'," katanya lagi.

Malaysiakini/-

Penulis blog aibkan Nik Aziz dan Anwar, ditahan

27 Safar 1431H

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu," kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

Sementara itu, Star online hari ini melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog itu dan menurutnya, siasatan lanjut akan diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.

Penahanan penulis blog itu adalah penulis yang kedua ditahan tahun ini selepas Khairul Nizam Abdul Ghani atau dikenali sebagai Aduka Taruna ditahan pada 29 Januari lalu.

Khairul Nizam yang berasal daripada Rumah Rakyat Pancor Paroi, Negeri Sembilan, kemudiannya dihadapkan di Mahkamah Seksyen Seremban kerana didakwa memaparkan dalam blognya tulisan yang mengaibkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Dia dituduh didakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malaysiakini/-