10 February 2010

Semangat yang tidak pernah luntur...


Gambar terbaru di Mahkamah Persekutuan selepas diumumkan rayuanya gagal sebagai MB Perak, namun DS. Nizar sesungguhnya selayaknya dipanggil MENTERI BESAR RAKYAT PERAK. Lihatlah semangatnya tidak pernah luntur malah makin berkobar-kobar walaupun dinafikan hari ini. Semuga ia menjadi peniup semangat kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memastikan Pakatan Rakyat kembali berkuasa di Perak.

Keputusan sudah, teruskan perjuangan !

24 Safar 1431H.

Hari ini kita menyaksikan satu episod malang bagi demokrasi dinegara kita apabila kuasa rakyat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat tersungkur rebah di Mahkamah Persekutuan dengan pengumuman Zambry yang naik secara kudeta disahkan sebagai MB Perak.

Kalau ada yang menganggap Zambry menang bergaya dengan para hakim memberi kemenangan 5-0 kepada beliau, sebenarnya saya rasa kemenangannya adalah kemenangan yang tidak kena gaya.

Dakwaan awal saya berdasarkan maklumat yang diterima dan saya terbitkan di blog ini pagi tadi bahawa semacam BN sudah dapat mencium lebih awal mereka akan menang bila dikatakan mesyuarat exco kerajaan BN akan diadakan diibu negara esok, dan lebih sepuluh orang ADUN yang hadir di mahkamah hari ini..

Begitu juga semasa pendengaran kes sehari suntuk pada 5 Nov tahun lepas, seorang pun tidak hadir , mungkin kerana mereka tahu keputusannya bukan pada hari itu dan tiga bula akan datang dari tarikh 5 nov itu.

Selain itu sangat menakjubkan kemenangan diberikan sebanyak 5-0 kepada Zambry. Itulah kata orang tua-tua kalau nak berbohong jangan sampai mengaku umur sendiri lebih tua dari umur bapa kandung.

Begitulah keputusan pada hari ini nampak sangat ada bibit yang menyebabkan ianya boleh dipertikaikan oleh banyak pihak apalagi oleh penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

Bukankah satu masa dulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim pernah mengesahkan dalam penghakimannya bahawa DS. Nizar adalah MB Perak yang masih sah.

Begitulah kebanggaan BN pada hari ini bila MB Zambry telah disahkan oleh Mahkamah. Mereka bercakap berdegar-degar sejak di mahkamah lagi.sampiakan di TV mereka nampaknya gembira sungguh. Namun perlu di ingat dan ditegaskan Mahkamah buka jalan penyudah dalam kemelut Perak.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat dan penyudah kepada krisis ini. saya sesungguhnya tidak dapat memberi jaminan kepada persoalan apakah penyokong Pakatan Rakyat boleh menerima keputusan ini kerana kuasa yang Pakatan dapat adalah melalui mandat rakyat, Namun BN merampasnya melalui kudeta yang terancang.

Kalaulah ini demokrasi yang di banggakan oleh BN maka bolehkah rakyat menerima sepenuhnya cara BN merampas kuasa yang mereka berikan kepada Pakatan Rakyat dan sesudah itu di sahkan di Mahkamah?

Bukankah Pilihanraya setiap 5 tahun sekali adalah jangkamasa bagi menubuhkan sesebuah kerajaan. Segala keputusan yang diumumkan dalam setiap pilihanraya itulah yang sentiasa dipatuhi oleh penyokong pakatan rakyat.

Sekali ini BN kalah di Perak, dia sudah ditolak dan pakatan muncul sebagai kerajaan yang menjadi pilihannya dengan mendapat undi populer 54 pratus. Namun BN betul-betul gila kuasa dengan mengadakan konspirasi membeli 3 orang ADUN Pakatan sehingga menyaksikan manadat rakyat dinafikan.

Hari ini mahkamah mengesahkan kerja haram BN itu. Namun saya mengingatkan bahawa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua, begitulah kerja licik BN selama ini pasti akan sampai ke satu masa dimana DUN Perak pasti dibubarkan.

Semasa itu BN akan berdepan dengan rakyat dan mereka akan sekali lagi meneri hukuman seperti dalam PRU ke 12. Zmalah saya jangka kan lebih teruk dari itu.

Apa pun semua pihak mestilah berkerja kuat dari sekarang. Khusus kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dan seluruh penyokongnya semuanya mestilah berkerja kuat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Itulah pesanan lebih awal yang saya terima dari Ust. Ahmad Awang bila keputusan diumumkan tadi, dia menjadi perangsang dan penyejuk jiwa serta peniup semangat untuk meneruskan perjuangan rakyat yang belum selesai ini.

Beberapa hari lepas saya bersama kepimpinan dan ADUN Pakatan Rakyat Perak berkonvoi ke Utara dan Selatan Perak. Sambutan dari rakyat berbagai lapisan umur dan berbagai bangsa sangat memberangsangkan. Program merakyatkan Pakatan Rakyat ternyata sangat relevan. Pakatan Rakyat ternyata masih mendapat sokongan kuat rakyat, kerana itu saya yakin kepada kuasa rakyat bukanyanya kuasa mahkamah.

DUN perak mestilah dibubarkan kalau BN betul-betul anak jantan, atau dia lambat laun akan terbubar juga pada masa matangnya tidak berapa lagi. Tempohnya mungkin kurang lebih setahun dari sekarang. Kerana itu masa terasa sangat suntuk dan singkat.

Kerana itu tidak ada yang lebih penting melainkan semua jentara Pakatan Rakyat disemua peringkat dijana semaksima mungkin bagi membuktikan keputusan mahkamah adalah salah dan keputusan rakyatlah yang paling benar.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Sidang media di Ipoh malam ini

Berhubung dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini, satu sidang media akan diadakan seperti berikut;-

Tarikh : 9hb Feb / malam ini

Jam : 10.00 malam

Tempat : Pejabat PR Medan Istana, Ipoh

Semua rakan media dan para Blogger dijemput hadir.


Terkini 12.36 pm : Selamat tinggal Istana Kehakiman

Itulah nama bangunan tempat keputusan menjatuhkan MB Rakyat Perak pada hari ini. Zambry dimenangkan dengan bergaya 5-0. Tahniah kepada para hakim yang semuanya mampu membuktikan bahawa rakyat masih ragu-ragu dengan keputusan itu.

Bayangkan keputusan semuanya tidak berpihak kepada Zambry bukannya memalukan Pakatan Rakyat dan Nizar, tapi yang jelas saya yakin keputusan ini telah memalukan dirinya sendiri dan Zambry sendiri.

Terjawablah sudah teka-teki kenapa kerajaan BN akan adakan mesyuarat Exconya di KL esok,rupanya keputusan lebih awal diketahui oleh mereka.

Apapun kuasa rakyat adalah kuasa keramat dan dia akan dikeramatkan dalam pilihanraya akan datang. Semoga PR akan terus bekerja kuat bagi mengambil kuasanya yang telah disahkan hilang di mahkamah hari ini.

Terkini 12.23 pm : Nizar meninggalkan mahkamah dengan lambaian kemenangan rakyat

Itulah selayaknya saya gambarkan dengan keceriaan dan semangat Ds. Nizar yang didampingi oleh isteri tercintabila dari tingkap bumbung kereta melambai-lambaikan tangan kepada penyokongnya.

Bagaikan satu sambutan besar kemenangan rakyat walaupun diumumkan kalah 5-0 sebentar tadi.

Semangat kental dan tidak luntur yang dimiliki Nizar moga menjadi contoh dan ikutan oleh semua penyokong PAS dan PR untuk terus berjuang dan terus berjuang.

Hidup rakyat bergema mengiiringin keberangkatan Nizar meninggalkan mahkamah.

Terkini 12.07 pm : Hampir 1,000 penyokong menyambut Ds. Nizar

Ds. Nizar memberikan ucapan, tanda kesedihan dengan Mahkamah mengumumkan Zambry menang.

Terima kasih kepada semua yang hadir, jangan kita melakukan sesuatu tanda provokasi dan diluar undang-undang.

Macamana pun kita masih percaya kerajaan mesti dibentuk oleh rakyat bukannya Mahkamah.

Cabar Zambry berentap diarena rakyat dengan bubarkan DUN. Kita tambah usaha menarik rakyat untuk sokong kita.

Laungan takbir dan hidup rakyat serta reformasi dilaungkan oleh Nizar dan dia mengetuai bacaan doa.


Terkini 11.50 am: Hampir 100 rakan media

Hampir 100 orang rakan media mengikuti sidang media yang diadakan oleh Ds. Nizar dan pimpinan PR yang lain.


Terkini 11.48 am : Sidang penuh dalam edisi video

Saya akan menyiarkan sidang penuh dalam rakaman video yang dibuat pada hari ini.


Terkini 11.47 am : ADUN PR yang lain juga turut hadir

Selain itu hadir sama YB. Khesvinar, YB. Wong Kar Woh dan YB. Chang Lih Kang.


Terkini 11.43 am : Sidang media Ds. Nizar

Ds. Nizar mengesahkan keputusan, anggap satu petanda hitam di Malaysia. Keputusan memberi gambaran semacam Mahkamah masih tidak bebas dari apa-apa pengaruh.

Kemelut perlembagaan melainkan hak diberikan untuk memilih semula. PR akan berbincang.

Merayu supaya penyokong PR bertenang. Kita terima walaupun menyedihkan. Kita akan mengkaji semula.


Terkini 11.38 am: Ahli Parlimen dan ADUN yang ada bersama sidang media

Datuk Seri Nizar ditemani oleh ADUN PR Perak, iaitu YB. Zainuddin, YB. Khalil, YB. Chan Ming Kai, YB. Dato' Ngeh, YB. Sivanesan, YB. Nga Kor Meng, dan YB Tai Sing Eng. Ahli Parlimen pula YB. Lim Kit Siang dan YB Lee Boon Chai.

Hadir sama isteri dan anak lelaki Ds. Nizar dan 3 peguam yang mewakili Ds. Nizar serta beberapa penyokong yang lain.

Lebih 20 rakan media masih menunggu media TV masuk untuk memulai sidang media.


Terkini 11.33 am : Kerana faktor keselamatan kami mohon sidang dalam bangunan

Untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku, maka kami masih menunggu dan berharap sidang diadakan di dalam bangunan bukannya diluar bangunan.


Terkini 11.30 am : Ramai yang menunggu diluar

Mengikut maklumat, ramai yang sedang menunggu diluar bangunan Mahkamah. Kami masih berada di dalam mahkamah untuk sidang akhbar yang akan diadakan bila-bila masa.


Terkini 11.27 am: Terima keputusan dengan tenang dan sabar

Saya menyeru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya terus bertenang dan sabar menerima keputusan yang baru diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.

Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya dan saya berharap semua dapat menerima hakikat yang diumumkan sementara ini.


Terkini 11.23 am : Sidang Media

Satu sidang media akan diadakan oleh Ds.Nizar, pimpinan PR dan peguam di satu kamar yang dikhaskan bila-bila masa dari sekarang.


Terkini 11.15 am : Tahniah, Semua Hakim bagi Zambry menang

Kemenangan 5-0 itulah yang diberikan oleh hakim kepada Zambry.


Terkini 11.12 am : Nizar bersalaman dengan para Peguamnya dan peguam BN

Walaupun diisytiharkan tidak menang namun Ds. Nizar masih ceria dan bersalaman dengan peguamnya dan peguam BN.


Terkini 11.10 am : Mahkamah Isytihar

Mahkamah isytihar Zambry sebagai MB Perak.


Terkini 10.57 am : Mungkinkah Nizar sebagai MB Perak??

Selain itu hujah hakim menggambarkan, mungkinkah Nizar diumumkan sebagai MB Perak pada hari ini?????


Terkini 10.54 am : Hampir 30 minit penghakiman telah dibaca

Siapakah MB Perak masih belum diumumkan oleh Hakim, semua masih memerhati hujah-hujah penghakiman yang dibaca oleh hakim, namun gambaran yang diberikan kita kalah dan kemungkinan hakim akan umum Zambry sebagai MB Perak ??


Foto Sekitar Perbicaraan Kes MB Perak

sumber : albanjari














Terkini 10.34 am : Kenapa Zambry tidak datang??

Ds. Nizar seperti biasa berada di tempat duduknya sepanjang perbicaraan kes MB Perak termasuklah pada hari ini.

Namun seperti biasa, pada hari ini Zambry tidak datang. Yang datang cuma lebih 10 ADUN BN yang mewakili beliau.



Terkini 10.16 am : Hakim mula baca Penghakiman

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan


Terkini 10.14 am : Peguam diperkenalkan

Peguam Ds. Nizar terdiri.. Cah Kok Leong, Nga Hok Chey, Ranjit Sigh, Razlan, Boon Tai Su, Amir Hamzah, Liang Chit King, Miss Joi Leong, Chiang Lek Choi dan Hanifa Maidin dan Zulkarnain.

Dipihak BN, Cecil Ibrahim, Ghani Phatail, Tun Abdul Majid, Dato' Kamaruddin, Hjh. Azizah, Majit Singh, Suzana Tan, Andy Razali Jaya,

Pemerhati BN, Hafarizan, Abubakar Sidek dan M Reza Hasan. Wakil Malaysian Bar, Mr. Chen Foo Kin.


Terkini 10.10 am : Persidangan bermula

Hakim mula mengambil tempat


Terkini 10.05 am : FRU leraikan himpunan luar Mahkamah

Sekitar 30 orang FRU menyuraikan orang yang berhimpun di luar mahkamah sebentar tadi. Mereka termasuklah dikalangan remaja berbaju kuning yang berkumpul dan mengadakan ceramah di hadapan bangunan.


Terkini 9.55 am : Semua menunggu dengan penuh debaran

Keadaan dalam Mahkamah yang terbahagi kepada tiga tempat duduk, satu bahagian di duduki oleh rakan media, satu tempat ditengah oleh ADUN dan penyokong BN dan sebelah kanan tepi dinding oleh ADUN dan penyokong PR.


Terkini 9.50 am : Semua masih menunggu perbicaraan dimulakan

Ahli Parlimen dan ADUN PR yang berada didalam mahkamah setakat ini ialah Ds. Nizar, YB. Lim Kit Siang, Dato' Ngeh, YB. Lee Boon Chye, YB. Khalil, YB. Zainuddin, YB. Chan (Simpang Pulai), YB. Tai (Kuala Sepetang)


Terkini 9.45 am : Saya dibenarkan masuk

Saya Alhamdulillah dibenarkan masuk apabila dibenarkan oleh Pihak Mahkamah dengan bantuan dari Dato' Ngeh. PR dibenarkan menambah seramai 5 orang ADUNnya masuk.


Live@Feb.9 - Foto awal pagi di mahkamah

http://politikbanjar.blogspot.com/

Perkarangan mahkamah mula dikerumuni oleh orang ramai seawal jam 7.30 pagi. Shot depan pintu mahkamah. Untuk mendapatkan liputan langsung sila aktifkan Cover It Live anda. 8.30 pagi kita mula berlangsung terus dari mahkamah.


Kawalan amat ketat. Tak percaya ?


Kumpulan Pewaris yang turut hadir. Harap tak buat kacau..! Wa caya lu..!!



Terkini 9.32 am : Peguam mula mengambil tempat

Barisan peguam mula dibenarkan masuk. Peguam Ds.Nizar dari PR : Hanifa kelihatan masuk ke kamar bicara. 9.40 kelihatan Peguam Negara Ghani Phatail masuk ke kamar bicara.


Terkini 9.30 am : RM20 dan sehelai baju kuning

Salah seorang yang saya temui antara mereka berkata "RM20 sahaja". Itulah ucapan seorang remaja yang berkumpul dengan baju kuning.


Terkini 9.25 am : Hanya Ds. Nizar dan isteri dibenarkan masuk

Hanya Ds. Nizar dan isteri dibenarkan masuk, selain itu seorang dari anak lelakinya juga dibenarkan masuk.

Itulah ketatnya kawalan Mahkamah pada hari ini. Semua yang hadir sekarang dalam keadaan senyap berada diluar pintu masuk utama.

Jemaah solat hajat masih meneruskan solatnya.


Terkini 9.22 am : Mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta di KL esok??

Menurut maklumat yang baru saya dapat, satu mesyuarat Exco Kerajaan Kudeta akan diadakan di Kuala Lumpur esok. Mengikut maklumat yang diterima, segala bahan dan mesyuarat telah dibawa ke KL.

Sekiranya maklumat ini benar, adakah keputusan pada hari ini lebih dahulu diketahui oleh Pihak BN??????


Terkini 9.20 am : Solat hajat di hadapan Mahkamah

Sekumpulan hampir 50 orang penyokong Pakatan Rakyat sedang mengerjakan sembahyang hajat berjemaah dihadapan mahkamah dengan diimamkan oleh Ust. Nor Azli Musa.


Terkini 9.15 am : Nizar sampai dengan laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar Dun'

Laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar DUN' mengiringi ketibaan Ds. Nizar sebentar tadi.

Suasana kecoh apabila provokasi cuba dilakukan oleh remaja berbaju kuning dengan laungan 'Daulat Tuanku'.

Setakat ini setelah Ds.Nizar masuk ke dalam keadaan masih terkawal.


Terkini 9.00 am : Keadaan dalam kamar bicara

Ada 10 ADUN BN VIP duduk di kerusi hadapan, dan tidak ada seorang pun ADUN PR yang memperolehi pas masuk.


Terkini 8.45 am : Kamar bicara mula dibuka

Orang awam dan media dibenarkan masuk ke kamar, ADUN dan penyokong BN mula memenuhi seat VIP. Hampir kesemua kad masuk diperolehi oleh orang BN. Harap ramai penyokong PR diluar.

Bayangkan sebesar ruang lobi Mahkamah yang boleh memuatkan 1,000 orang tidak dibenarkan orang lebih ramai masuk.


Terkini 8.44 am : Mahkamah hanya membenarkan 35 orang awam dan 25 media masuk

Orang awam dan media masih di lobby, gate untuk ke atas kamar diblock..TAPI YB dan penyokong Kerajaan Haram (KH) dibenarkan naik.. dimaklumkan 8.45 kamar dibuka..


Terkini 8.40 am : Kebanyakkan berada di dalam adalah ADUN BN

Ramai YB Kerajaan Haram berada didalam..kedengaran Amidah ular mengatakan kepada saya "Khalil turun pangkat jadi media". Tak apalah Midah, apa pun ok, asal jangan buat keje yang tidak betul. Macam hari ini semua jadi susah kerana kerja haram BN rampas kuasa di Perak.


Terkini 8.30 am : Remaja berbaju kuning bertulis Daulat Tuanku, adakah mereka pelajar sekolah ??

Sekitar 50 orang lebih remaja belasan tahun dengan baju seragam kuning dengan tulisan 'Daulat Tuanku'. Mereka semacam pelajar sekolah ??

Tentunya mereka datang bukan percuma dan mendapat habuan dari pihak tertentu.


Terkini 8.00 am : Saya gagal untuk dapatkan pas masuk

Walaupun agak awal datang saya cuba berbaris dengan rakan media untuk mendapatkan pas masuk,barisan yang lain dikalangan orang awam dan kebanyakkannya ADUN BN.

Peraturan yang ketat pada hari ini menyebabkan saya tidak dibenarkan untuk mendapat pas masuk. Barisan yang saya tunggu hanya mereka dikalangan rakan media yang ada senarai nama yang diserahkan lebih awal.

Namun saya mendapat bantuan dari seorang rakan yang memperolehi kad, katanya dia berbaris sejak jam 7.00 pagi lagi.

Segala maklumat akan disalurkan kepada saya dan akan dihantar ke blog bagi tatapan umum.


Terkini 7.46 am : Rombongan PAS Lenggong sampai

Jam 7.40 minit tadi rombongan dari PAS Lenggong seramai 35 orang yang menaiki bas sampai di Mahkamah. Mereka menaiki bas dengan bayaran cuma RM10 seorang. Mereka berangkat dari Lenggong jam 12.30 malam tadi.


Terkini 7.35 am : Orang Awam juga ramai kelihatan

Disamping rakan media dan pemerhati lain, namun kelihatan mula sampai orang-orang awam yang juga datang untuk mendengar sama keputusan yang akan diumumkan pada hari ini.


Terkini 7.30 am : Suasana di hadapan pintu utama masuk mahkamah

PUTRAJAYA : Keadaan pintu utama masuk ke mahkamah Putrajaya mula ramai dikalangan rakan media yang menunggu awal dan dikalangan ADUN.

Saya mungkin ADUN Pakatan Rakyat yang pertama datang,namun kelihatan sekitar 4 ADUN BN yang hadir awal termasuk Ganesan.

Saya berbaris bersama dengan rakan media dan menunggu untuk mengambil pas masuk sebagai memenuhi prosuder biasa untuk masuk mengikuti proses pengumumam keputusan kes MB Perak pada hari ini.