09 February 2010

Lintas langsung dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya

25 Safar 1431H.

Saya akan berada di mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini bersama-sama dengan DS. Nizar serta ADUN yang lain. Selain itu saya jangkakan ramai kepimpinan PAS yang akan hadir. Bagi Negeri Perak antara yang memberi pengesahan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain.

Selain itu sejak kelmarin Bas yang disediakan oleh PAS Perak sebanyak 4 buah telah penuh disisi dan disamping itu terdapat lagi beberapa buah bas yang dikendalikan oleh PAS kawasan.

Komponen lain dalam Pakatan Rakyat Perak iaitu PKR dan DAP dimaklumkan juga menyediakan bas percuma untuk ahlinya. Jumlahnya tidak dapat disahkan.

Gelombang penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan para pemerhati untuk hadir di Putrajaya pada hari ini saya yakin memberangsangkan. Berdasarkan SMS dan talifon yang saya terima, saya jangka jumlah kehadiran pada hari ini adalah jumlah yang teramai dalam perbicaraan kes Perak yang mencuti banyak perhatian banyak pihak.

Semuga pakatan Rakyat Perak sekali lagi diberi peluang untuk menerahui kerajaan negeri dengan keputusan yang akan diumumkan pada jam 9.30 pagi ini.

Jumpa di sana.

XPDC Setahun Kudeta : Padang Rengas.

24 Safar 1431H.
http://ajijoi.blogspot.com

PADANG RENGAS 6 FEB: Setelah meninggalkan Lenggong rombongan menujuk ke Padang Rengas. Jam 3.00 petang rombongan tiba di Kg Paya Panjang, Padang Rengas.




















STATUS MB PERAK SAH DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN ESOK

24 Safar 1431H.
http://kamparinn.blogspot.com

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!

Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

Bicara liwat: Peguam mohon lucut hakim

24 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke pagi esok ekoran permohonan peguam utama Anwar, Karpal Singh agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah dilucutkan kelayakan dari mendengar kes tersebut.

Karpal sewaktu mengemukakan permohonan itu di awal perbicaraan kali ini berkata, permohonan dibuat berdasarkan tidak berpuas hati dengan cara hakim menguruskan bantahan berhubung liputan Utusan Malaysia pada Khamis dan Jumaat lalu yang didakwa telah menghina mahkamah.

Ianya berasaskan kepada keputusan hakim pada perbicaraan tertutup pada hari kedua dimana “ia mempunyai elemen bias” berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' dalam laporan akhbar tersebut.

Karpal berkata, hakim Mohamad Zabidi tidak membuat keputusan terhadap permhonan lalu dengan “fikiran terbuka.”

Sehubungan itu, hakim membenarkan permohonan Karpal untuk didengar jam 9.30 pagi esok.

Jumaat lalu juga, Karpal telah memohon mahkamah supaya mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan oleh akhbar itu dengan keterangan gambar “Saiful menunjukkan katil tempat diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah”.

Pada 4 Februari lalu, Anwar mengecam laporan akhbar berkenaan pada hari itu yang disifatkan sebagai kotor, biadab dan jijik.

Menurutnya, laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk "Tak rela diliwat lagi" sebagai memetik kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cubaan fitnah kerana tiada dalam rekod mahkamah sepanjang perbicaraan sebelum itu.

Karpal pula memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar tersebut.

Katanya, laporan itu dibuat dengan niat jahat kerana apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat itu dilaporkan dalam artikel berkenaan.

Perbicaraan kes tersebut yang memasuki hari keempat hari ini sepatutnya menyaksikan saksi pendakwa pertama, Mohd Saiful Bukhari Azlan disoal balas oleh pihak pembelaan.

Belum sempat saksi pertama, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diriya diliwat dipanggil untuk disoal balas, peguam pembela Karpal Singh telah membuat permohonan di depan hakim.

Dalam perkembangan sama, Anwar sebelum itu tiba di kompleks mahkamah bersama isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuannya jam 9.25 pagi.

Manakala Nurul Izzah dilihat tiba beberapa minit kemudian.

Turut hadir sebelum itu, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin Ali, dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Pasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Harakahdaily.net/-

[Fikrah Islamiah] Bahasa isteri yang perlu difahami suami

24 Safar 1431H
Ahmad Baei Jaafar

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk

Sikap 1.
Tiba-tiba tak mahu bercakap

Maksudnya
Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu

Mengatasinya
Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf

Sikap 2.
Tiba-tiba marahkan suami

Maksudnya
Dia cemburu dengan tindakan suami

Mengatasinya
Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu

Sikap 3.
Tiba-tiba menangis

Maksudnya
Dia sakit hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.

Sikap 4.
Tidak mahu memberi khidmat

Maksudnya
Dia sungguh kecewa dengan sikap suami

Mengatasinya
Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira

Sikap 1.
Dia sudah rajin masak

Maksudnya
Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya

Mengatasinya
Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya

Sikap 2.
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami

Maksudnya
Dia puas hati dengan tindakan suami

Mengatasinya
Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu

Sikap 3.
Dia siap untuk tidur awal

Maksudnya
Dia sudah akur dengan kehendak suami

Mengatasinya
Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri

Sikap 4.
Dia bercakap dengan nada manja

Maksudnya
Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga

Mengatasinya
Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci

Sikap 1.
Kehendak suami tidak dilayan

Maksudnya
Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk

Mengatasinya
Baiki kesilapan bukan mempertahankannya

Sikap 2.
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik

Maksudnya
Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik

Mengatasinya
Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan

Sikap 3.
Makan tidak selera

Maksudnya
Dia mahu simpati daripada suaminya

Mengatasinya
Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat

Sikap 4.
Tidur seorang diri

Maksudnya
Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya

Mengatasinya
Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap

Sikap 1.
Muka masam

Maksudnya
Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan

Mengatasinya
Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya

Sikap 2.
Meminta maaf sambil menangis

Maksudnya
Dia benar-benar insaf

Mengatasinya
Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu

Sikap 3.
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya

Maksudnya
Dia hendak meminta suami membelinya

Mengatasinya
Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.

UMNO peralatkan kakitangan Kerajaan

24 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH, Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyatakan bahawa Zambry dan UMNO BN semakin terdesak dalam menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan 9 Februari ini. Menurut beliau Zambry dilihat dalam keadaan gelisah dengan penghakiman yang akan dibuat oleh para hakim dalam menentukan siapa Menteri Besar yang sah di Perak. Perkara ini terbukti apabila mereka cuba mengaburkan rakyat dengan menganjurkan solat hajat yang pastinya bertujuan mempertahankan kuasa haramnya itu.

Beliau menjelaskan, PAS sejak dahulu lagi menggunakan pendekatan sedemikian bagi memohon pertolongan dari Allah SWT dalam berdepan dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN disamping melalui proses undang-undang dan politik.

Beliau mempersoalkan, mengapa Zambry dan UMNO/ BN mengheret pegawai dan kakitangan kerajaan bagi mempertahankan kerajaan haramnya itu. Perkara ini jelas menunjukkan UMNO memperkuda pegawai kerajaan untuk kepentingan politik mereka. Beliau menambah lagi, antara bukti yang jelas UMNO memperkudakan kakitangan kerajaan ialah melalui mesej yang dihantar oleh Dato' SUK yang mengarahkan pegawai kerajaan membawa pasangan masing-masing ke majlis solat hajat di kediaman MB malam tadi. Menurut beliau perkara ini menjelaskan lagi bahawa Dato' SUK diperkuda oleh UMNO BN. Jabatan Agama melalui penyelaras masjid seluruh daerah juga turut diperkuda oleh UMNO BN, mereka diminta mengarahkan Pengerusi dan beberapa Jawatankuasa Qaryah/Masjid hadir ke program solat hajat rakyat anjuran UMNO/ BN ini.

Menurut beliau lagi, perkara ini sangat berbeza dengan prinsip Pakatan Rakyat sewaktu setahun memerintah Perak sebelum ini. Kita melihat beberapa program solat hajat ummah sering diadakan bagi mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat akibat tekanan dan usaha jahat BN untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat.Bermula dengan solat hajat perdana di Stadium Ipoh dan beberapa solat hajat di kediaman Menteri
Besar.

Namun apa yang membezakan kerajaan Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN, Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan jentera kerajaan untuk memanggil orang ramai menyertai program tersebut, Dato' SUK tidak pernah diarahkan untuk menjemput dan mengarahkan pegawai kerajaan menghadiri solat hajat, Jabatan Agama Perak juga tidak pernah diguna bagi menghebahkan program tersebut, Pakatan Rakyat berpendirian
untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat, Bagi Pakatan Rakyat jentera dan ahli partilah yang berperanan mempertankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat bukan jentera kerajaan.

Sehubungan Itu beliau juga menjelaskan UMNO juga menggunakan kesempatan ini bagi membangkitkan sentimen perkauman, kononnya kerajaan sekarang wajib dipertahankan bagi mengelakkan Cina dan DAP menguasai kerajaan Perak. PAS didakwa oleh mereka hanya sebagai boneka DAP dan Cina semata-mata. Mereka merayu-rayu orang Melayu supaya
mempertahankan kerajaan BN sekarang yang dikuasai oleh Melayu dan Islam, jatuhnya kerajaan BN, akan hilanglah kerajaan Melayu di Perak.

Itulah jahatnya UMNO BN memainkan sentimen perkauman sempit mereka bagi menagih simpati rakyat. Kita harap rakyat tidak terpedaya dengan diayah jahat yang dimaiankan
oleh UMNO BN, jelas beliau.

Mengapa Umno Menentang PAS

24 Safar 1431H
Oleh: Nash Ar-Rawy

PAS adalah Gerakan Islam yang tertua di Malaysia dan Asia Tenggara ; selain daripada Hisbul Muslimin yang digeruni Inggeris sebagai bahaya dari gunung , di Gunung Semanggul dan Syarikat Islam serta Parti Mahsyumi di Indonesia. Umno di inspirasi oleh Inggeris untuk melaksanakan ‘ Neo-Colonialism‘selaku saingan kepada Hisbul Muslimin demi; kesinambungan penjajahan bentuk baru dengan mengekalkan sistem pemerintahan sekular .

Setelah 5 dekad ‘ merdeka’ sewajarnyalah Umno kembali kepada Islam dan meninggalkan perjuangan assobiyyah ( Kebangsaan Melayu) yang telah diharamkan dan dikuburi oleh Nabi 1.400 tahun yang lalu. Jika Umno terlalu taksub dengan fahaman perkaumannya seperti yang pernah di cetuskan oleh Najib – Lee Kim Sai , dan yang terkini Nasir pegawai khas retorik satu malaysia Najib dengan sandiriwanya yang terkini ; terbukti Umno tiada bisa keluar daripada kepompong perkaumannya seperti MCA dan MIC.

PAS dengan teras perjuangan Islamnya yang universal dengan praktisnya sukses beramal dengan konsep PAS FOR ALL sepertimana kepemimpinan Mursyidul Amnya TGNA selaku MB Kelantan dengan manifestasi Negara Berkebajikan yang di iktiraf Akauntan Negara sebagai ‘ Good Governance” dan Transparency International sebagai “SIFAR KORUPSI” . Begitu juga dengan kerjaaan PAS/Pakatan di Kedah; pimpinan Us. Azizan yang bisa mentadbir dengan baik tanpa banyak masalah yang sukses menyelesaikan problema khinzir yang tiada bisa ditangani oleh UBN selama 30 tahun!

PAS juga bisa memberi gandingan sistem pemerintahan yang baik dengan rakan-rakan Pakatan di Pulau Pinang, Selangor dan juga di Perak pra kudeta umno. PAS sukses memperundangkan Kanun Jenayah Syariah di Terengganu dan Kelantan yang tiada upaya di realisasikan oleh Umno selama ini ; Bahkan Akta Hudud yang cuba di kemukakan oleh TGHA ditolak oleh parlimen sebanyak 3 kali . Mengapa tugasan nabi yang di warisi perjuangannya oleh Gerakan Islam PAS ini masih lagi ditentangi oleh Umno. Sedangkan ianya adalah FARDHU AIN bagi setiap mukmin yang sepatutnya Umno membantu dan menyokongnya bukannya mengekangnya . Bagaimana Kanun Jenayah Syariah yang tertakluk kepada orang Islam sahaja kerna bukan Islam bisa ‘opt’ kepada ‘ Civil Law”; hendak diimplementasi ; jika AKTA HUDUD TIDAK DIPERUNDANGKAN !

TGNA akhirnya berjaya mengharamkan raja segala maksiat iatu, arak di Kelantan; yang dihadkan penjualannya di tempat yang tertentu sahaja untuk bukan Islam dan di hotel- hotel dan kedai lain tiada penjualannya. Bahkan judi diharamkan setelah pengusahanya di beri masa yang secukupnya untuk menukar perniagaannya . Sedangkan kerajaan pusat UBN mengeluarkan lesen arak dan judi !. Arak dan judi adalah penyakit sosial dan semua agama membencinya dan sebenarnya bukanlah budaya Cina atau India. Jangan kerana ada pemimpin UBN yang ada syer dalam urusniaga judi dan arak seperti di Genting Highand; ianya dikekalkan walaupun merosakkan bangsa dan sistem sosial. Ingat! Nahi Mungkar adalah juga Amal Makruf !

Kekuatan Islam adalah kerna adanya ‘Adeenul Nasihah’ dan ‘Amal Makruf Nahi Mungkar” . Maka , tiada sebab Umno mesti menentang Gerakan Islam PAS. PAS menentang wang ehsan dan menuntut Royalti di berikan kepada rakyat Kelantan dan Terengganu kerna itu hak rakyat ; di Kuala Lumpur mana ada minyak kata TGNA ; Namun, kerajaan pusat pun memperolehi 5%. Apakah RM2BILLION tunggakan royalti yang akan menjadikan Kelantannegeri yang terkaya di Malaysia menjadikan Umno mengekangnya; agar putaran wang ehsan melalui JPP itu bisa berputar di kalangan elit kroni suku sakat umnopurtra MelayuIslam; merompak hak rakyat Kelantan!Tidakkah itu wang haram yang difaraidkan antara kuncu !

Sewajarnya Umno sedar akan kesilapan dan keterlanjurannya dan mencontohi KU LI yang sanggup menjadi saksi mahkamah kerjaaan Terengganu dan konsisten menyokong kerajaan Kelantan tolak ehsan dan menuntut Royalti kerna JPP tiada hak menguruskannya kerna royalti adalah hak kerajaan Kelantan untuk mentadbirnya . KU LI melakukan demikian DEMI KEBENARAN bukannya kerna kepartaian;kerna kebenaran itu lebih tinggi dan mulia daripada kepartaian dan kepentingan diri . KU LI adalah reformis dalam Umno . Keluar dan buka Semangat 46 untuk selamatkan satu Malaysia , masuk balik untuk melakukan reformasi namun tercicir sebagaimana PAS juga; satu jemaah masuk BN dan di tentang keluar dan Anuar yang cuba cuci najis dari dalam akhirnya ternajis sodomi yang dicipta Umno; sebagaimana Mahadhir pernah kata ANUAR TDAK BERSALAH, SEBALIKNYA DIANIAYA! Dan beliau juga kata bahawa UMNO BUSUK SAMPAI KE USUS DAN DAH TAK BOLEH BERUBAH LAGI! Justeru , tiada sebab Umno mesti menentang PAS . Bahkan, sewajarnya Umno menggugurkan perjuangan assobiyyah rasisnya dan masuk PAKATAN bersama PAS menegakkan Islam yang “ Rahmatan lil ‘Alameen” atau Umno di bubarkan . Jika tidak ahlinya yang taksub sampai bila hendak diperbodohkan ; rasuah tak bisa dibendung lagi seperti kata mahadir dan Isa dan Rustam masih diangkat! Tinggalkanlah Umno yang bernaunsakan rasis dan perkauman; assobiyyah dan menyertai PAKATAN yang bernaunsakan Universalitas dan keadilan sejagat. Justeru itu, PAS bersedia bersemuka dengan Umnobukan kerna ‘Unity Government” tetapi untuk menyelamatkan Satu Malaysia atas dasar “Adeenul Nasihah “ “GOD IS THE GREATEST”

Bubar Dun Perak - Nizar

24 Safar 1431H
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 8 Feb: Perkara pertama akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada PR, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menteri Besar PR Perak itu berkata, itulah komitmen PR sejak berlaku krisis politik Perak setahun lalu dengan memulangkan hak kepada rakyat Negeri Perak untuk memilih semula kerajaan mana-mana kerajaan yang mereka yakini dalam pilihan raya yang diadakan semula selepas pembubaran itu.

"Sebaik PR diumumkan menang dalam perbicaraan dahulu, sebaik memasuki pejabat Menteri Besar Perak, kita terus menulis surat kepada Kebawah Tuanku Sultan Perak agar berkenan untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat menggunakan hak mereka memilih kerajaan melalui pilihan raya semula.

"Namun tidak berjaya kerana Umno BN telah melakukan sesuatu untuk menghalang proses demokrasi berjalan lancar dalam negara ini," tegasnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian ketika berucap dalam majlis hi-tea sempena perasmian Restoran Sup Utara Power, di sini petang semalam yang turut dihadiri Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan, Azli Yusof, Ketua Muslimat kawasan, Puan Zarina Zulkifli dan Timbalan Ketua Keadilan Shah Alam, Adnan Jamhuri.

Nizar juga berharap semua lapisan masyarakat dan rakyat akan terus berdoa agar kemenangan memihak kepada kebenaran seperti dipersetujui oleh semua parti gabungan di dalam PR.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PR Perak telah melalui beberapa 'siri kesedihan' sejak setahun lalu dan fenomena itu akan terus berlaku lagi selagi mana ada pihak yang tidak mahu meletakkan kebenaran dan keadilan sebagai neraca utama di dalam kehidupan berpolitik di dalam negara ini.

Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah sama ada Nizar atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dijadual diumumkan oleh panel hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff selain Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Harakahdaily.net/-

Islam iktiraf hak bukan Islam guna kalimah Allah

24 Safar 1431H
Dzulfikar Mashoor & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menegaskan bahawa perintah membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah 'Allah' merupakan suatu hak yang diiktiraf di sisi Islam.

"Isu ini (kalimah Allah) bukan menentukan agama siapa benar dan agama siapa yang salah. Ini adalah hak yang diiktiraf oleh suatu agama pada suatu agama yang lain," jelas beliau dalam Forum Kalimah Allah di sebuh hotel di sini, malam tadi.

"Ini bukan dialog teologi atau perbandingan agama, sejauh mana kadar untuk mereka (bukan Islam) dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah'."

Beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) turut mempersoal tindak-tanduk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana melarang masyarakat bukan Islam di Selangor dari menyebut nama 'Allah'.

"Jais gantung kain-kain rentang nama Allah untuk orang Islam sahaja, tetapi lagu negeri Selangor pun disebut nama Allah, takkan Jais nak tangkap orang bukan Islam yang menyanyikan lagu negeri dengan menyebut nama 'Allah'," ujarnya.

Jelasnya, pada logo polis pun terdapat kalimah Allah sedangkan logo tersebut turut dipakai oleh anggota-anggota polis yang bukan beragama Islam.

"Sepatutnya polis bersama-sama Jais tak boleh tahan masyarakat bukan Islam yang menyebut (kalimah) Allah, mereka kena tahan mereka dulu yang masuk Selangor kerana Selangor melarang orang bukan Islam (dari) menyebut 'Allah'," jelasnya.

Beliau yang juga pakar hadis mendedahkan suatu hadis sahih daripada Imam Bukhari sendiri pun merakamkan bahawa Raja Rom bernama Hercules turut diriwayatkan menyebut kalimah 'Allah'.

"Hercules bertanya dia (Abu Sufian) banyak soalan, antara yang diriwayatkan Imam Bukhari: Sebelum dia (Nabi Muhammad s.a.w) diutuskan menjadi seorang rasul, pernahkah kamu menuduh dia sebagai pembohong," jelasnya.

Menurut beliau, Abu Sufian yang ketika masih tidak memeluk Islam berkata 'tidak', lalu Hercules berkata bahawa mustahil Muhammad itu berbohong menggunakan nama 'Allah'.

"Lalu Hercules berkata: Kalau Muhammad ini kepada manusia pun tidak berbohong, maka fahamlah aku bahawa mustahil dia berbohong atas nama 'Allah'."

"Hercules sebut nama Allah (walaupun) dia Raja Rom, dia Kristian...terjemahan Abu Sufian adalah dia (Hercules) menyebut nama 'Allah' dan terjemahan itu ada di dalam Sahih Bukhari," jelasnya.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng kemudiannya mendedahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula bergiat menghalang penerbitan akhbar mingguan The Herald terbitan Katholik bukan disebabkan akhbar itu memohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mereka.

Sebaliknya, menurut dakwaan Chua, KDN berasa tidak selesa apabila mendapati kandungan The Herald cenderung menyokong parti-parti pembangkang ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

"Sewaktu Bersih (Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil) mengadakan demontrasi besar-besaran di ibu negara, The Herald Katholik menerbitkan di muka hadapan majalah itu gambar-gambar dan tulisan-tulisan menyokong Bersih," jelasnya.

"Apabila KDN yang dimiliki oleh Umno menyedari tentang itu, Umno mendapati Kristian di negara ini banyak menyokong pembangkang khususnya PAS, di samping PKR dan DAP yang boleh menjejas Umno (dalam) PRU12, mereka mula mengharamkan The Herald."

Katanya lagi, usaha mengharamkan penerbitan The Herald bukan disebabkan faktor agama, tetapi demi menjaga kepentingan Umno.

Ekoran itu, menurut beliau, pihak Gereja Katholik terpaksa menggunakan 'jalan Mahkamah' dengan memohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald demi mencegah konspirasi Umno tersebut.

Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi menjelaskan bahawa rasa bimbang yang bersarang di kalangan umat Islam disebabkan tidak rela kalimah 'Allah' digunakan secara yang salah.

Pun begitu, menurut beliau, umat Islam tidak berhak melarang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah 'Allah' itu.

"Kita tak ada hak melarang mereka (bukan Islam) nak guna kalimah Allah, tapi jika mereka guna secara salah dan inilah menjadi asas kebimbangan umat Islam dalam negara kita," jelasnya.

Bercakap di depan lebih 500 hadirin dari pelbagai agama, beliau secara peribadi melahirkan rasa bimbang sekiranya kalimah 'Allah' itu diletakkan di restoran-restoran yang menjual produk atau makan tidak halal, yang akhirnya mengelirukan umat Islam.

Disebabkan kebimbangan tersebut, beliau menggesa pihak berwajib supaya menjelaskan 'kadar’ menggunakan kalimah Allah di kalangan masyarakat Islam secara undang-undang yang praktikal.

Dalam forum tersebut, beliau turut mengulangi ketetapan PAS iaitu masyarakat bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, tetapi tidak boleh digunakan pada tempat yang salah serta bertujuan menyampaikan dakyah ke atas umat Islam sendiri.

Forum anjuran Lajnah Penerangan Pemuda PAS Pusat itu turut menampilkan ketuanya, Suhaizan Kayat selaku moderator.

Harakahdaily.net/-

Aduka Taruna, pembakar gereja dan Nasir Safar

24 Safar 1431H
Zukri Aksah

Ada persamaan antara tiga manusia atau kumpulan manusia ini, mereka terlibat dengan isu yang didefinisikan sensitif di Malaysia, isu yang dianggap boleh merencat keharmonian kaum di Malaysia, iaitu berkaitan agama, keturunan dan raja Melayu.

Hari pertama kejadian gereja dibakar, saya berada di Kuala Lumpur, bimbang juga saya kiranya darurat diisytiharkan pada hari tersebut di ibu kota, pertama kerana membayangkan tragedi 13 Mei, kedua kerana memikirkan yang esoknya saya harus pulang ke Kuantan, harapnya tidak berlaku apa-apa, jangan saya terkandas di bandaraya ini, terus-terang saya rindukan anak kecil saya.

Memang tidak berlaku apa-apa selepas itu, maksud saya dari pihak kerajaan, tiada pengisytiharan darurat atau perintah berkurung. Tetapi sebaliknya kejadian membakar dan cuba membakar gereja setelah hari itu merebak hampir ke seluruh Malaysia, sekali lagi satu kemujuran, Kuantan yang punya gereja, kuil Hindu dan kuil Sikh yang besar, selain masjid yang juga besar terselamat.

Ada satu kepelikan dalam hati saya, kerana pemergian saya ke Kuala Lumpur sekali lagi selepas itu (atas urusan yang sama, mengendalikan latihan) bertepatan pula dengan tarikh demonstrasi kalimah Allah dan juga demonstrasi membantah sikap Mesir terhadap konvoi Viva Palestina.

Kronologi peristiwa di atas, bermula awal dari tindakan penerbit Mingguan Katolik Herald yang membawa keputusan pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh KDN ke mahkamah, seterusnya mencetus insiden bakar dan cubaan membakar gereja sehingga ke demonstrasi di Kampung Baru adalah contoh natijah bilamana isu sensitif cuba dibawa kepada pertimbangan khalayak awam tanpa mengambil-kira tahap pengetahuan agama orang-ramai dan kemungkinan penerimaan emosi yang berlebihan.

Akhirnya setelah puas menanti, pihak polis membuat pengumuman penahanan 8 orang suspek untuk salah satu kes cubaan membakar gereja, Gereja Metro Tabernacle di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, mereka ditahan reman 7 hari untuk soal-siasat. Sementara di Taiping kemudiannya, 4 orang dihadap dan didakwa di mahkamah kerana cuba membakar Gereja All Saints, St. Louis dan SMK Taiping.

Belum reda kepanasan isu ini, muncul pula blogger Aduka Taruna. Kalau isu kalimah Allah berisiko membawa hubungan kaum dan agama di negara ini ke kancah polemik, Aduka Taruna pula cuba bermain bahasa janggal dengan istana. Ini berlaku selepas kemangkatan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Saya sempat membaca tulisan tersebut. Dari apa yang saya faham, tidak ada maksud menghina dalam tulisan tersebut, cuma bahasanya agak kasar dan berbunyi biadab, terutama pada tajuknya. Aduka Taruna cuma mempersoalkan (dibanding dengan apa yang dia diberitahu) waktu kemangkatan yang diumumkan.

Keberanian Aduka Taruna akhirnya membawa padah apabila dia juga menerima nasib seperti pembakar gereja tadi, direman empat hari di IPD Kota Bharu selepas menyerah diri. Selepas tamat tempoh remannya, Aduka Taruna telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban untuk didakwa. Kalau dikira jarak, jauh dia dibawa, dari Kelantan ke Negeri Sembilan. Kalau katakan setiap negeri di Malaysia ini mempunyai autonomi perundangan masing-masing, Aduka Taruna sepertinya telah diekstradisi dari Kota Bharu ke Seremban.

Bagi kepentingan maksud keseluruhan tulisan ini, satu catatan penting dalam kes Aduka Taruna ini harus dinyatakan di sini, iaitu sebelum dia menyerah diri dan ditahan, dia telah sempat meminta maaf secara terbuka kepada istana Johor khususnya dan rakyat Malaysia amnya atas keterlanjuran katanya.

Merah lagi makam Almarhum Sultan Johor, merah lagi inai di jari Aduka Taruna yang bersanding dalam tempoh ikat jaminnya, tiba-tiba satu lagi isu sensitif menggegar persada berita negara, kali ini mengenai hubungan kaum, berikutan satu ucapan yang dikatakan menghina kaum China dan India di negara ini. Menariknya ucapan ini datangnya dari Nasir Safar, Pegawai Khas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang sedang galak dengan jenama 1Malaysianya. Nampaknya belum lagi mahu mengharap orang lain menganut ideologi Najib, pegawai khasnya sendiri gagal diindoktrinisasikan.

Selepas tindakan polis terhadap pembakar gereja dan Aduka Taruna, bila munculnya Nasir Safar dengan ucapan rasisnya, saya pun membelek berita setiap hari… andaian bonafide saya terhadap polis, ahhh… seorang lagi akan direman!

Belek punya belek, baca punya baca, tunggu punya tunggu, setelah menunjuk garang dengan pembakar gereja dan Aduka Taruna, polis tiba-tiba jadi tunggul kayu, bacul dan layu! Gamaknya line Najib sibuk sangat kebelakangan ini, polis belum dapat apa-apa signal dari kamar Sri Perdana… hahaha!!! Andaian saya ini dalam nada bergurau, jangan ada yang ambil hati.

Akhirnya sayup-sayup saya terdengar kenyataan dari Ketua Polis Melaka yang Nasir akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan. Itu sahaja? Saya kecewa… tahap sensitiviti isu kaum di Malaysia ini sama tinggi dengan isu agama dan raja Melayu, saya mengharapkan layanan yang segera dan serupa bagi isu-isu sebegini. Kepala berita yang saya tunggu adalah “Nasir direman bagi membantu siasatan” seperti apa yang dihadapi oleh pembakar gereja dan Aduka Taruna.

Saya kempunan, kenapa layanan tidak sama? Apa istimewanya Nasir Safar? Ya dia Pegawai Khas Najib, jadi apa masalahnya? Bukankah SPRM suka kejar pembantu khas ADUN di Selangor. Buat masa ini saya tidak akan terima tawaran mana-mana ADUN di Selangor untuk menjadi pembantu khas mereka, kerana saya takut Tingkat 14, Plaza Masallam.

Oh… setengah orang kata tidak payahlah beria sangat, Nasir sudah mengambil tanggungjawab, dia meletak jawatan dan meminta maaf. Seperti catatan saya sebelum ini, saya sudah ingatkan, Aduka Taruna juga sudah meminta maaf, dia juga mengambil tanggungjawab dengan menarik balik tulisan tersebut dari blognya. Sama bukan! Tetapi kenapa layanan polis masih tidak sama? Setakat maaf, Chin Peng pun telah meminta maaf.

Bila teringatkan pengheret kepala lembu boleh berjumpa Menteri Dalam Negeri (bos kepada polis), barulah sedikit saya boleh terima mengapa Nasir yang menjadi Pegawai Khas Bos kepada Menteri Dalam Negeri ini (a.k.a Perdana Menteri) boleh mengeluarkan kenyataan serasis itu dan mengapa pula Nasir tidak direman sama seperti pembakar gereja dan Aduka Taruna oleh polis yang berboskan Menteri Dalam Negeri itu.

Anda pula rakyat dalam kelas mana? Sama ada makan roti canai dan teh tarik macam pembakar gereja itu, atau provokatif macam Aduka Taruna, atau elitis macam Nasir Safar. Jika mulut anda memang jenis celupar tanpa had, untuk selamat anda harus memohon menjadi anak angkat Nasir dengan kadar segera.

Harakahdaily.net/-

Rumah urut: Mari kita sama-sama prihatin

24 Safar 1431H
http://n32.blogspot.com/
Oleh Roslan Shahir

Baru-baru ini Dato Mufti Selangor dilaporkan dalam akhbar Kosmo sebagai berkata bahawa rumah-rumah urut di negeri Selangor semakin bertambah bilangannya.

Saya percaya ada sebab musabab yang mendorong beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Mungkin bimbang yang gejala maksiat dari rumah-rumah urut ini akan merosakkan umat Islam di negeri ini.

Benar, rumah-rumah urut seumpama ini banyak disalah-gunakan sehingga menjadi pusat pelacuran yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat. Namun ia bukan sekadar berlaku di Selangor tetapi juga di negeri-negeri lain termasuklah Wilayah Persekutuan. Dan keduanya ia bukan sekadar berlaku di Selangor pasca PRU ke 12 malah telah pun disalah-gunakan pada kes-kes tertentu sejak sekian lama.


Saya dihubungi wartawan dari akhbar yang sama berhubung isu ini. Barangkali menyangkakan saya selaku pemimpin PAS negeri akan turut menyerang dan mengakui memang kerajaan PR banyak meluluskan lesen rumah-rumah urut yang menjadi pusat pelacuran.

Saya tidak mempertikaikan kebimbangan Dato Mufti tetapi saya menjelaskan realiti sebenar kebetulan saya juga sebagai salah seorang ahli majlis dalam PBT di Lembah Kelang dan duduk dalam Jawatankuasa Pelesenan PBT berkenaan.

Saya menghuraikan bahawa kehadiran ahli-ahli majlis PAS dalam PBT-PBT seluruh Selangor tidak memungkinkan kami redha untuk meluluskan rumah-rumah urut yang sebegitu banyak tanpa kawalan. Lebi tepat lagi pusat-pusat kesihatan ini ada banyak kategorinya dari urut kaki berbentuk refleksologi,hinggalah rawatan tradisional, bekam dan urut untuk wanita. Di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) contohnya sejak Pakatan Rakyat memerintah lesen untuk urut badan telah dibekukan.

Masalahnya di sini adalah lesen-lesen yang disalah-gunakan (yang menurut peraturan boleh dibatalkan jika berbuat demikian) dan pusat-pusat yang beroperasi tanpa lesen. Kelemahnnya adalah penguatkuasaan. Memang tenaga penguatkuasaan PBT sangat kecil kerana itulah EXCO PBT, Ronnie Liu menjelaskan bahawa kerajaan negeri sangat memerlukan kerjasama pihak polis. Kuasa pihak polis dalam hal ini lebih besar dan kesannya lebih efektif.

Bekas MB Selangor Khir Toyo turut dilaporkan dalam akhbar yang sama menyalahkan kerajaan negeri dan PBT di Selangor. (Semasa beliau MB pihak polis Bukit Aman pernah serbu premis judi haram dalam kawasan DUN beliau sendiri yang beroperasi sekian lama, dengan lesen pusat hiburan diberi oleh pihak PBT)

Walaupun dengan kekuatan penguatkuasaan yang kecil saya rasa sejak PR memerintah di Selangor operasi penguatkuasaan semakin meningkat dan alangkah cantiknya jika pihak polis dapat turut membantu.

Berbalik kepada kebimbangan Dato Mufti, sebagai umat Islam kita perlu prihatin dan berusaha untuk mengekang peluang-peluang maksiat dikalangan umat Islam khasnya sebagai sebahagian dari kerja-kerja amar makruf nahi mungkar kita. Tanggungjawab ini perlu disandang dan dipikul oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan dan perbezaan fahaman politik.

Sebagai contoh berkuatkuasa 1 Januari 2010 di kawasan pentadbiran MPSJ (yang walaupun cuma ada 3 ahli majlis PAS dari jumlah 24) dua peraturan baru telah diperkenalkan kepada penguasaha rumah-rumah urut dan kelab-kelab malam yang dilesenkan.

Bagi rumah-rumah urut tadi berkuatkuasa tarikh berkenaan sekiranya pemegang yang dilesenkan menjalankan urut unseks iaitu melibatkan lelaki urut wanita atau sebaliknya, maka ia tidak dibenarkan mengabil pekerja yang beragama Islam bekerja (dalam semangat Enakmen Jenayah Syariah Selangor). Sekiranya didapat melanggar syarat ini lesen yang diberikan boleh dibatalkan.

(Untuk makluman lelaki Islam memang dilarang mengunjungi rumah urut uniseks seumpama ini, dan peraturan ini telah ada sejak kerajaan yang terdahulu)

Manakala bagi kelab-kelab malam yang menghidangkan atau menjual arak, pemegang lesen juga tidak dibenarkan mengambil pekerja Islam bekerja kerana bertentangandengan Enakmen yang sama.

Peraturan-peraturan baru ini mungkin dipandang kecil. Mengapa tidak tutup terus! Itulah yangtermampu kami laksanakan setakat ini tetapi ianya bagi kami suatu langkah yang proaktif danpositif yang tidak pernah pun diambil inisiatif oleh parti pemerintah dahulu walaupun mereka lebih mendominasi PBT-PBT seluruh Selangor dahulu.

Jangan sesiapa menganggap bahawa kerajaan PR ini tidak mengambil pusing langsung tentang kerja-kerja amar makruf nahi mungkar. Jangan cetuskan persepsi seolah PAS dalam kerajaan PR hanya sebagai “sleeping partner”. Kami lebih suka membawa perubahan dan memperkenalkan pembaharuan tanpa menjaja “political mileage” kononnya juara sana sini sedangkan hakikatnya semasa mereka berkuasa dahulu dengan majoriti mutlak, kerja-kerja seumpama ini langsung tidak menjadi keutamaan.

Terima kasih Dato Mufti kerana ambil prihatin hal ini. Marilah kita sama mengembeling tenaga mencari penyelesaiannya. Mari kita bekerja untuk memartabatkan Islam melalu cara yang paling terhormat, bukan menuding jari dan melonjak-lonjak mendabik diri sebagai juara sedangkan ekor bergelumang najis.

(Untuk makluman kenayaatn saya kepada akhbar berkenaan walaupun dirakamkan hampir setengah jam langsung tidak dilaporna. Terima kasih Kosmo)

Harakahdaily.net/-

Jasa alat propaganda Umno, mansuh segera

24 Safar 1431H

BUKIT BENDERA, 7 Feb: Perkhidmatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Biro Tata Negara (BTN) serta agensi-agensi propaganda lain perlu dimansuhkan segera kerana selama ini wujud dengan peruntukan wang cukai rakyat semata-mata untuk kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta bersifat anti pembangkang.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, Umno dan BN boleh menggunakan sumber-sumber parti dan bukannya menyalahgunakan wang rakyat untuk alat propaganda mereka.

Katanya, jika agensi-agensi itu dikekalkan, akan terus timbul suara-suara perkauman dan anti-perpaduan yang lahir dari budaya pemikiran sempit Jasa dan BTN.

Beliau juga menuntut Jasa selaku sebuah agensi kerajaan pusat meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kenyataan bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang berbau perkauman dengan memperlekehkan kaum bukan Melayu, baru-baru ini.

Ini, katanya kerana Jasa sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan secara sedar telah menganjurkan majlis “Rapat 1Malaysia” di Melaka di mana Nasir berpeluang membuat kenyataan yang menghina sebahagian besar rakyat Malaysia.

Jasa, ujarnya sebagaimana BTN yang juga sebuah agensi kerajaan pusat, telah terlibat dengan usaha-usaha menanam unsur-unsur negatif terhadap hubungan antara kaum serta menabur kebencian terhadap pihak pembangkang.

Sebagai penganjur majlis di Melaka itu, Jasa mesti meminta maaf kerana program anjurannya bercanggah dengan slogan perpaduan kaum “1Malaysia” yang dibawakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, walaupun ramai mengetahui tentang BTN tetapi masih kurang faham dengan fungsi dan peranan Jasa sebagai salah satu agensi propaganda untuk kerajaan Umno dan BN.

Walaupun jabatan tersebut hanya mengupah 150 pegawai dan kakitangan kerajaan sepenuh masa, Jasa digunakan sebagai saluran bagi kerajaan Umno dan BN untuk membayar pertugas-pertugas parti-parti kompomen dengan sumber kerajaan termasuk wang cukai rakyat.

“Saya pernah bertanyakan bekas Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek di Parlimen semasa perbahasan Bajet 2009 dan diberitahu bahawa seramai 1,100 orang telah ditakrifkan sebagai pegawai Jasa yang dibayar gaji oleh kementerian tersebut. Kebanyakan mereka adalah ahli-ahli akar umbi Umno dan BN,” ujarnya dalam kenyataan kepada harakahdaily.

Melalui Bajet, tambahnya, Jasa diperuntukkan sebanyak RM 54.86 juta pada tahun 2010 manakala peruntukan pada tahun sebelumnya adalah RM 67.36 juta.

Tambahnya, peruntukan kepada Jasa ini hampir sama dengan peruntukan kerajaan kepada Parlimen termasuk alaun yang dibayar kepada ahli-ahli parlimen, Parlimen Malaysia hanya diberikan peruntukan RM66.28 juta untuk tahun ini manakala RM70.49 juta disediakan untuk tahun lepas di mana Parlimen mempunyai 263 orang pegawai dan kakitangan tetap.

“Ini bererti kerajaan Barisan Nasional menganggap Jasa, sebagai alat propaganda, sama penting dengan Parlimen yang merupakan badan perundangan persekutuan dan penggubal undang-undang negara,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya

24 Safar 1431H
Salmah Mat Husain & Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.

(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.

Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut.

Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan.

Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.

“Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.

“Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan,” tegasnya.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju.

Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini.

“Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya.

Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.

Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya.

“Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya.

“Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

Royalti: Pemuda minta SPRM siasat Mustapa Mohamed

24 Safar 1431H
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 7 Feb: Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana didakwa bertindak di luar bidang kuasa berhubung wang ehsan negeri itu.

Laporan berkenaan dibuat anggota jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah yang juga seorang peguam.

Mustapa sebelum ini dilaporkan menyebut Perhubungan Umno Kelantan akan berjumpa dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan projek hasil wang ehsan.


Abdul Rashid berkata, tindakan Umno Kelantan itu bersalahan dengan bidang kuasa mereka yang tidak pernah diberi oleh kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan hasil berkaitan royalti petroleum.

Katanya, keghairahan pemimpin Umno terbabit dibimbangi boleh menyebabkan berlaku penyelewengan terhadap penyaluran wang tersebut.

“Oleh yang demikian saya memohon pihak SPRM mengadakan siasatan bagaimana yang diperuntuk di bawah Seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM di sini.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, laporan itu dibuat bertujuan membolehkan SPRM menyiasat memandangkan usaha tersebut dibimbangi berlakunya penyelewengan duit dari hasil royalti petroleum.

Menurutnya, pengendalikan wang royalti di bawah agensi yang dipertikaikan rakyat Kelantan seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dianggap satu cara yang tidak sah.

“Tindakan Ketua Umno Jeli itu di luar bidang kuasa Umno Kelantan yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri yang dipilih rakyat,” katanya.

Hadir sama di pejabat SPRM, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Hisyam Fauzi, bendahari, Wan Azimin Wan Adnan dan exco dewan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Tangkap peguam: OCPD hadapi siasatan awam Suhakam

24 Safar 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid terpaksa hadir di kandang siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini kerana menahan lokap lima peguam muda yang sedang melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada 7 Mei tahun lepas.

Mereka terbabit ditangkap ekoran bersikap tegas mahu bertemu kesemua 14 peserta demonstrasi yang ditangkap polis sebelum itu kerana berhimpun secara aman di pekarangan Balai Polis Brickfields sebagai membantah penangkapan seorang penulis blog, Wong Chin Huat.

Di hadapan ketiga-tiga Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Dr. Michael Yeoh dan Datuk Dr. Denison Jayasooria, Abdul Bari dalam suara yang tidak bermaya mengaku tidak tahu bahawa wujudnya Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenazah yang membenarkan setiap mereka yang ditangkap untuk mendapat khidmat peguam.

Abdul Bari juga mengaku tidak bertanggungjawab atas penangkapan Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fakri, Murnie Hidayah Anuar, Syuhaini Safwan dan Ravinda Singh Dalliwal.

Puspawati yang ditemui di luar kamar siasatan awam berkata, mereka ditangkap walaupun masing-masing mengaku sebagai peguam dan berniat untuk bertemu anak guaman masing-masing.

"Mereka (polis) menyuruh kami beredar, memang kami beritahu kami peguam, tetapi mereka tetap tangkap kami," jelasnya.

Beliau yang juga angota Biro Bantuan Guaman, Majlis Peguam Malaysia turut menjelaskan bahawa ketua kepada Abdul Bari, DSP Judy Blacious Pereira bertanggungjawab menyampaikan kenyataan palsu bahawa 14 pesrta demonstrasi yang ditangkap enggan bertemu peguam-peguam terbabit.

"Judy Blacious Pereira yang beritahu mereka (anak guam) tolak khidmat guaman kami," jelasnya.

"Tapi, dia tidak menunjukkan borang 28A yang ditandatangani oleh mereka, apabila kami minta."

Menurut Murni pula, Majlis Peguam pasca mesyuarat agung luar biasa (EGM) lalu bersedia membawa kes tersebut ke mahkamah, selepas selesai siasatan awam Suhakam itu.

Tambahnya, Majlis Peguam turut memandang serius insiden tersebut kerana kes sedemikian merupakan rekod hitam pertama dalam sejarah guaman tanah air.

Ekoran itu, Majlis Peguam menyediakan tiga peguam kanan untuk mewakili kelima-lima mereka di mahkamah kelak sebagai mengambil tanggungjawab bersama.

Beliau turut menjelaskan, siasatan awam Suhakam akan diteruskan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada jam 8 malam esok.

Harakahdaily.net-