07 February 2010

XPDC Jelajah Daerah sempena Setahun Kudeta: Bertolak dari pokok demokrasi

IPOH 6 FEB Sempena genap setahun rampasan kuasa yang dilakukan BN di negeri Perak ini, Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan ekspedisi menjelajah ke setiap daerah di negeri Perak untuk bertemu dengan rakyat. Bermula daripada pokok demokrasi di Ipoh dan akan berakhir di Parit Buntar (xpdc utara) dan Teluk Intan (xpdc selatan).

Berbanding dengan Zambry yang menyambut setahun berkuasa secara haram dinegeri Perak ini dengan mengadakan Solat Hajat dikediamannya dengan mengeluarkan arahan supaya setiap masjid dinegeri ini menghantar 5 orang imam mereka kerumah Zambry. Ini amat berlawanan dengan usaha yang dilakuakan oleh Dato Seri Nizar dengan beliau sendiri yang turun padang untuk bertemu dengan rakyat dinegeri Perak ini.

Destinasi keseluruh daerah yang dipilih telahpun diumumkan sebelum ini, dengan dua buah bas yang membawa pimpinan Pakatan Rakyat, satu ke utara dan satu lagi ke selatan.

Saya yang berkesempatan untuk bersama-sama didalam ekspedisi ini akan membawakan laporan bergambar sepanjang perjalanan seharian kami bertemu dengan rakyat.

Tuan Guru Abu Bakar Hussain membacakan doa sebelum
ekspedisi bermula

Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersama-sama
mengaminkan doa untuk rakyat Perak

Ramai yang turut serta menghantar pimpinan berekspedisi
yang bermula di bawah pokok demokrasi

Muslimat juga turut serta bersama

Bersedia untuk menaiki bas

Isteri dan anak-anak Dato Seri Nizar juga turut serta

Lambaian seorang Menteri Besar yang berjiwa rakyat

Tuan Guru Haji Abu Bakar, Pesuruhjaya Pas Perak mengetuai
bas ke selatan bersama Ustaz Misbah, Sdr Mustafa Kamil Ayub
dan pimpinan yang lain.

YB Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong yang menjadi
'pemandu pelancung' kami hari ini

Bas XPDC Jelajah Daerah yang membawa pimpinan
Pakatan Rakyat bertemu rakyat

http://ajijoi.blogspot.com

Tanpa 'jeneralnya' pun, Pakatan tetap kukuh

Pakatan Rakyat akan terus kukuh walaupun jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat dan merengkok dalam penjara.

Inilah mesej yang disampaikan oleh Anwar ketika berucap kepada kira-kira 5,000 orang lebih yang menghadiri majlis ulangtahun pertama rampasan kuasa BN di Perak, yang dianjurkan oleh Pakatan di Air Tawar malam tadi.

Anwar percaya Umno tersalah tanggapan bahawa dengan mengeluarkannya dari arena politik, Pakatan akan tumbang.

Ketua pembangkang itu, yang mendakwa tuduhan liwat terhadapnya adalah satu konspirasi politik oleh musuh politiknya, menegaskan bahawa beliau berdepan dengan tugas yang berat.

"Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh," katanya.

Dewan gemuruh dengan tepukan apabila Anwar menegaskan bahawa sama ada beliau di dalam atau di luar penjara, perjuangan politik Pakatan tidak akan terjejas dan tetap akan diteruskan.

Kehadiran anggota polis yang ramai tidak menghalang orang ramai membanjiri dewan untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin Pakatan termasuk Lim Kit Siang dan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Walaupun terdapat spekulasi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan Selasa ini mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah, mungkin berpihak kepada Nizar, tetapi pemimpin Pakatan tidak begitu optimistik.

Tetapi apabila giliran pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham naik ke pentas dan bertanya sama ada Nizar akan menang, dewan gemuruh dengan laungan 'ya'.

Dalam ucapannya, Nizar berkata jika menang kes tersebut, beliau akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan piliha raya negeri yang baru.

Beliau juga menjangka Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd kadir juga akan melakukan perkara yang sama.

Terkini 6.41 pm : Sambutan di Bagan Serai juga luar biasa

22 Safar 1431H

Sesampainya di Pekan Bagan Serai di lapangan belakang Tabung Haji, laungan Bubar DUN dilaungkan oleh sekitar 200 orang yang sedia menunggu.

Selepas itu diadakan lawatan ke kedai sekitar pekan Bagan Serai dan Ds.Nizar mengetuai pengedaran risalah oleh petugas Unit Amal dan ahli rombongan yang lain.

Selain itu satu jamuan ringan diadakan untuk rombongan dan semua yang hadir di bawah pengelolaan sekretariat Pakatan Rakyat Bagan Serai.


Terkini 5.38 pm : Sambutan di Taiping gambar sokongan rakyat kepada PR

22 Safar 1431H

Sesampainya rombongan di Taiping satu majlis penerangan ringkas di berikan oleh Ds.Nizar berkaitan dengan keputusan mahkamah yang akan diumumkan pada 9hb Feb ini.

Selain itu hujan renyai-renyai turun setelah rombongan sampai. Ds. Nizar juga memotong 59 ikatan belon hitam yang digantung dengan banner kecil "Bubar DUN".

Selain itu, Ds. Nizar dan rombongan ADUN PR mengambil masa sekitar setengah jam untuk bertemu rakyat.

Mereka diedarkan risalah dan sebanyak 12 kotak limau manderin juga diagih-agihkan.

Terkini 3.45 pm : Selesai di Padang Rengas, rombongan menuju ke Changkat Jering

22 Safar 1431H

Selepas MB Rakyat Perak, Ds. Nizar menyampaikan ucapan ringkas selama 10 minit. Rombongan dijamu dengan sedikit jamuan ringan.

Destinasi seterusnya Pasar Minggu Changkat Jering dibawah Parlimen Bukit Gantang.



Terkini 3.10 pm : Rombongan sampai di Padang Rengas

22 Safar 1431H

Rombongan Ds. Nizar bersama ADUN lain sampai disini sebentar tadi dan satu acara ringkas diadakan diperkarangan rumah Ustaz Azizi di hadapan Peladang Padang Rengas.

Ucapan Ds.Nizar...Kami menaiki bas untuk menjelajah Perak untuk menyatakan bahawa kerajaan yang sah telah dirampas oleh Tun Razak dan Zahid Hamidi di Istana Kinta. Kita kenalah berusaha untuk mengembalikannya.

Kaedah yang digunakan di Perak adalah cara haram jijik dan haram untuk menarik ADUN PR menyeberang.

Ds.Nizar mendedahkan ADUN-ADUN PR diberikan tawaran jutaan ringgit untuk membeli ADUN PR.

Beliau juga menjelaskan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku pada 9hb Feb yang lepas. Antaranya dia mengagak bila dia menang, BN akan guna Hee Yit Fong untuk kendalikan sidang untuk undi tidak percaya.

Terkini 2.30 pm : Rombongan bergerak ke Padang Rengas

22 Safar 1431H

Setelah berucap dihadapan lebih 300 orang petugas Pakatan Rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, rombongan dijamu makan tengahari dan dilanjutkan dengan sembahyang Zohor dan Jamak berjemaah.

YDP PAS Lenggong mengumumkan sebanyak 107 kereta yang mengiringi rombongang tadi dan sekitar 50 motorsikal yang terlibat.

Sekarang kami mula berangkat ke Pekan Padang Rengas untuk program yang dikendalikan oleh Sekretariat PR Padang Rengas.

Terkini 1.13 pm : Majlis Ucapan ringkas sebelum makan tengahari

22 Safar 1431H

Rombongan yang berkumpul yang terdiri dari ADUN PR iaitu Ds. Nizar, Drs. Khalil, YB. Husin, YB. Ramli, YB. Tai, YB. Yunus dan YB. Zainuddin. Selain itu,ikut sama ialah Dr. Khairuddin berserta pimpinanPR setempat.

Majlis ucapan ringkas diadakan dengan setiap ADUN yang hadir diberikan peluang untuk berucap.



Terkini 12.45 pm : Rombongan diarak dengan lebih 100 kereta dan motor.

22 Safar 1431H

Sambutan luar biasa dikendalikan oleh Pakatan Rakyat Lenggong bila rombongan konvoi diiringi oleh ke Pekan Lenggong oleh lebih 100 motorsikal dan kereta yang membawa bendera 3 Parti.


Terkini 12.15 pm : Rombongan menuju ke Lenggong

22 Safar 1431H

Rombongan telah selesai bertemu rakyat di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Sambutan yang baik telah diberikan oleh Sekretariat Parlimen Kuala Kangsar. Banyak Unit Amal yang bertugas.

Rombongan sekarang dalam perjalanan ke Lenggong dan akan berhenti di persimpangan ke Padang Rengas tempat jualan ikan pekasam. Dari situ rombongan akan diiringi oleh rombongan motosikal ke Pekan Lenggong.

Di Lenggong kami akan solat, makan dan mengedarkan risalah.


Terkini 11.59 am : Rombongan masih berada di Kuala Kangsar

22 Safar 1431H

Rombongan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ds.Nizar sekarang masih berada di bandar Diraja Kuala Kangsar. Mereka baru saja menemui rakyat sepanjang jalan Kuala Kangsar .

Sekarang ini mereka berada di Pasar Tani Kuala Kangsar atau panggilan Pasar Lembah.

Rombongan dijangka menghabiskan lawatan di Kuala Kangsar sekitar jam 12.15 tengahari untuk menuju ke Lenggong.


Terkini 10.55 am : Rombongan Selesai di Sungai Siput, mula menuju ke Kuala Kangsar

22 Safar 1431H

Rombongan sedang menuju ke Kuala Kangsar sesudah selesai bertemu rakyat Pasar Sabtu Sungai Siput. Ds. Nizar dan rombongan mengambil masa sekitar setengah jam untuk bertemu rakyat pelbagai bangsa.

Satu pujian dan ucapan terima kasih kepada pasukan polis dari IPD Sungai Siput yang memberi kerjasama yang baik kepada rombongan.


Terkini 10.20 am : Rombongan bergerak ke Sungai Siput

22 Safar 1431H

Sekarang rombongan sedang bergerak ke Sungai Siput.


Terkini 10.12 : Lawatan di Pekan Chemor dapat sambutan baik dari masyarakat pelbagai kaum

22 Safar 1431H

Destinasi kedua di Pekan Chemor mendapat sambutan dari masyarakat pelbagai kaum dan mereka difahamkan sejak awal menunggu rombongan.

Sambutan yang dikendalikan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat Tambun nampaknya menunjukkan sambutan dan sokongan rakyat Chemor dan Jelapang kepada Pakatan Rakyat masih kuat.

Ds.Nizar dan rombongan sempat memberikan sedikit ucapan dan menyampaikan bantuan kepada warga kurang bernasib baik dikalangan orang Cina sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba minggu hadapan.

Disamping itu rombongan dijamu dengan nasi lemak. Ds. Nizar dan isteri juga menunjukkan kemahiran membuat kuih loyang bersama ADUN-ADUN lain.

Selain itu rombongan dibawa untuk bertemu dengan masyarakat Tiong Hua dibeberapa kedai makan dan mendapat sambutan sangat menggalakkan, semuanya mengambil peluang untuk bersalam dan bertanya khabar.

Terkini 9.47 am : Lawatan Pertama di Pasar Pagi Bt. Gajah

Saya bersama dengan rombongan menuju ke utara dan destinasi pertama kami ialah Pekan Pagi Bt. Gajah.

Sambutan hangat menggalakkan dari masyarakat pelbagai kaum. Semua rombongan bergerak untuk menemui rakyat diketuai oleh Ds. Nizar dan isteri.

Disamping itu banyak yang mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan MB Rakyat Perak disamping mereka bertanyakan mengenai 9hb Feb akan datang.

Kesimpulannya lawatan ke Pasar Hari Bt. Gajah berjaya dan membuktikan rakyat masih bersama Pakatan Rakyat.

Kami pada jam 9.15 mula meninggalkan Pekan Bt. Gajah dan menuju ke Pekan Chemor.

Terkini : Konvoi Pakatan Rakyat Berjalan Lancar

IPOH : Konvoi sempena setahun kudeta anjuran Pakatan Rakyat Negeri Perak berjalan lancar. Dua buah bas telah disediakan oleh penganjur untuk menuju ke utara dan selatan Perak.

Sekitar jam 8.00 pagi rombongan telah mula berkumpul,dan rombongan mula bergerak ke destinasi masing-masing pada jam 8.30 pagi.

Untuk rombongan ke utara seramai 25 orang diketuai oleh Ds.Nizar Jamaluddin dan ke selatan diketuai oleh Dato' Ngeh Khoo Ham dan Hj. Mustafa Kamil Ayub.