04 February 2010

Cina dan India dianggap pendatang, BN mesti di hukum.

Ibarat kata pepatah Melayu " buka pekung didada" itulah yang telah berlaku apabila sosok sebenar UMNO dan kuncu-kuncunya digambarkan oleh kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri 1Malaysia ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka kelmarin menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Pegawai khas Najib, Nasir Safar telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. Selain itu, Nasir juga mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Bangang, sombong, bodoh dan seumpamanya selayaknya diberikan kepada Nasir yang menggunakan lidahnya yang tidak bertulang untuk meluahkan isi hatinya yang lebih busuk dari najis itu.

Sebagai seorang Cina yang telah memeluk agama Isam dan saya jangkakan saya adalah generasi ke 4 atau 5 semenjak nenek moyang berhijrah ke Kelantan , sebenarnya terasa sakit hati yang amat sangat kepada Nasir yang berkata demikian, macam nak tempeleng saja mukanya kalau saya ada semasa dia berucap kelmarin.

Sedikitpun tidak boleh diterima apabila masih ada spesis UMNO yang masih tebal semangat perkaumannya sehingga menafikan hak rakyat dan warga negara yang berbilang kaum. Sepatutnya bila bercakap tentang 1Malaysia, Nasir mestilah menghuraikan tentang kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum dan saling menghormati dan mengiktirat keberadaan mereka.

Mengungkit Cina dan India sebagai pendatang adalah ucapan yang menjawab dakwaan Pakatan Rakyat selama ini bahawa 1Malaysia adalah retorik dan pembohongan Najib.

Sepatutnya masyarakat Cina dan India yang hadir kelmarin terlebih dahulu menghadiahkan kepada Nasir kasut dan selipat dan balik saja dengan berkaki ayam sebagai tanda marah kepada ucapan yang sangat biadab itu.

Nasir sepatutnya disiasat dibawah akta hasutan yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat yang berbilang kaum dan selayaknya disumbat saja dengan akta ISA yang sekian lama dipertahankan oleh BN.

Tidak cukup dengan meminta maaf dan meletakkan jawatan, Nasir mesti diberikan hukuman lebih berat dari itu sesuai dengan peruntukan undang-udang yang sedia ada.

Yang jelas hukuman dari rakyat berbilang kaum khususnya dari kalangan orang India dan Cina yang masih bertahan dalam parti MCA dan MIC sedang menanti UMNO dan BN. Disamping sokongan sebahagian besar mereka kepada Pakatan Rakyat yang tidak dapat dinafikan.

Oleh itu terima kasih. juga kepada Nasir yang sanggut menzahirkan sikap sebenar UMNO dan membantu supaya hayat UMNNO dan BN makin singkat dan dia akan dikuburkan dalam PRU Ke 13 pada masa akan datang.

Bagi negeri Perak saya mencabar Zambry Abd. Kadir untuk menyatakan pendiriannya yang sebenar apabila kenyataan Nasir yang juga terkenan kepada batang hidungnya sekali. Bersetujulah dengan Nasir atau buat-buatlah membantah demi untuki meraih undi kaun Cina dan India.

Apapun saya amat yakin UMNO dan BN semakin terpinggir dan tidak ada tempat lagi dalam kamus politik orang Cina dan India khususnya di Negeri Perak.

Super Modified Cars

19 Safar 1431H
Email : Abang Mat













































































Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi: Kealiman Yang Dikagumi, Kematian Yang Ditangisi.

19 Safar 1431h
Email : Sal Am

Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang digelar Sehingga memperjuangkan Islam Sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia berumur Ketika 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.

Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik Pendengar. Beliau telah mendapat syahadah Tertinggi Gambar dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'dengan kebenaran Alimiyyah mengajar pada tahun 1943.

Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang digelar Sehingga memperjuangkan Islam Sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia berurnur Ketika 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.

Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik Pendengar. Beliau telah mendapat syahadah Tertinggi Gambar dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'dengan kebenaran Alimiyyah mengajar pada tahun 1943.
Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Ma'ahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta pada 1960 dan akhirnya dinaikkan pangkat sehingga menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga Merupakan ahli Majma 'Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.

Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara Ketika baginda Menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada Ketika itu berjuang menentang kerajaan .

HIKMAH ANUGERAH ALLAH

Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta Peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata: "Aku himbang apabila kamu menjawat Jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Syeikh lalu Sya'rowi Menyatakan: "bertenang! Sesungguknya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."

Syeikh Sya'rowi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, Jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Merupakan beliau seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Gemar lebih beliau tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan Sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Sentiasa MENGHADIRI Nafisah serta majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.

Merupakan Sya'rowi Syeikh juga seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada Beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Mengkhaskan bayaran beliau juga ceramah di radio-radio dan Televisyen serta tulisan-tulisan dalam Akhbar-Akhbar dan majalah-majalah untuk Kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang Merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146.000 Kami Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz -penghafaz al-Quran.

SAAT KEMATIAN

Sebelum Syeikh Sya'rawi rneninggal dunia, beliau mengalami kesakitan pada dadanya yang parah menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad Menyatakan bahawa sewaktu hampir jam kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Husain! Anda telah datang berjumpa aku sendiri, aku gcmbira dengan kedatanganmu" . Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah MENGHADIRI pengkebumian baginda.



Datuk Nasir Keji Kaum Cina-India. Polis Terkedu

19 Safar 1431H
Oleh : Zabidie Abas

Pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang bermulut celupar telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila beliau melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM kepada bukan melayu.


Maka kita mengerti kini mengapa ekonomi negara menjunam begitu teruk. Ia disebabkan Perdana Menteri mempunyai pembantu beridealogikan negitif dan perkauman.

Bukan sahaja Nasir perlu dipecat, beliau sewajarnya ditahan sebagai tahanan ISA kerana memecah belahkan kaum. Adalah wajar kaum selain melayu menyaman beliau.

Mengenai ISA, pencatat yakin Kementerian Dalam Negeri akan berdiam diri. Mungkin si bacul dari Semberong itu akan mengambil tindakan.

Adakah Tan Sri Musa akan mengambil tindakan ? Ahh... KPN itu sudah dikenalpasti sebagai pembodek. Mana mampu Musa menangkap dan memenjarakan Nasir.

Isu ini memungkinkan Mahkamah Rayuan memangkan UMNO-BN dalam kes rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Malapetaka untuk UMNO-BN sudah pasti berlaku jika UMNO-BN kalah dalam kes tersebut.

Jangan Malu Menuntut Ilmu

19 Safar 1431H
Email : mohd naim mohd zain

عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ؟ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ.

Maksud Hadith :

Daripada Abi Waaqid Allaithy R.A, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika mana Baginda sedang duduk di dalam masjid bersama-sama dengan kumpulan manusia (para sahabatnya dalam majlis ilmu) , tiba-tiba datang tiga orang, lalu dua orang terus menyertai majlis Rasulullah salallahu alaihi wa sallam dan seorang lagi pergi begitu sahaja(tanpa menyertai).Lalu kedua-dua orang itu berdiri (dekat halaqah), maka salah seorang daripada kedua itu melihat ada ruang kosong di dalam halaqah ilmu tersebut lalu dia duduk di situ, manakala yang keduanya hanya duduk jauh di belakang mereka dan manakala yang ketiga pula terus memalingkan punggung dan beredar pergi. Maka apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam selesai ( memberi pengajian),

lalu Baginda bersabda : Mahukah kalian aku khabarkan tentang hal orang bertiga itu? Maka yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itu dia berasa malu ( tidak bersungguh-sungguh) , maka Allah juga malu daripadanya( tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya) .

Hadith riwayat Al-Bukhari no: 64 , dengan lafaz daripadanya.


Keterangan ringkas:-

Orang yang hendak mendapatkan ilmu itu mesti bersungguh-sungguh memberikan perhatian kepada ilmu. Hendaklah dia berusaha semampu mungkin dengan daya yang dimilikinya untuk mendapatkan ilmu. Jangan malu untuk belajar dan jangan malas. Seseorang itu hendaklah mempunyai hati yang cekal dan tabah. Sentiasa menggunakan kesempatan yang ada untuk menambahkan ilmu. Tidak perlu disuruh untuk belajar tetapi dia memang sentiasa siap sedia untuk belajar menimba sebanyak mungkin ilmu apabila ada kesempatan. Maka dengan kerajinan dan perhatian yang tinggi itu dia akan dapat mengumpulkan ilmu sebanyak mungkin.


Adapun mereka yang malas, mudah patah semangat, tidak berghairah dan sentiasa menunggu dorongan daripada orang lain, maka orang yang seperti ini jarang sekali dapat berjaya dalam usahanya mencari ilmu.

Jadi, sama-samalah kita betulkan niat, semaikan azam, dan bina semangat yang tinggi untuk berusaha mencari ilmu. Insya Allah.


Sumber : Artikel ini disunting dan diolah daripada buku Empat Puluh Hadith Kelebihan Ilmu dan Ulama karya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.- editor

Anwar akan sapena Najib, Rosmah jadi saksi

19 Safar 1431h

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.

"Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.

Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: "Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.

"Mereka mesti hadir jelaskan keadaan," katanya.

Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan bersama penyokongnya "lawan tetap lawan".

Pada Julai 2008, Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, mengakui bahawa Mohd Saiful adalah menemuinya di kediamannya beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

Najib mendakwa beliau telah menasihatkan Mohd Saiful supaya membuat laporan polis tetapi menafikan beliau terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar.

Sebelum itu, Najib telah mengakui bahawa beliau juga telah bertemu dengan Mohd Saiful di pejabatnya di Putrajaya.

Mohd Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga (UNITEN), ketika itu mahu mendapatkan bantuan Najib untuk memperolehi biasiswa kerajaan.

Malaysiakini/-

'India pelampau', 'Cina jual tubuh' - 1Malaysia dipulau

19 Safar 1431H

Kenyataan berbaur perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.


Malaysiakini/-

Wakil rakyat PKR nafi lagi paling tadah

19 Safar 1431H

Beberapa anggota parlimen PKR yang disebut-sebut bakal keluar parti dan berpaling tadah menyertai BN dan Parti Cinta Malaysia (PCM), hari ini menafikan khabar angin tersebut.

"(Khabar angin) itu semua bohong," kata ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kepada Malaysiakini.

Zahrain - disebut-sebut antara yang paling berpotensi melompat - bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu dengan alasan sudah menjawabnya dalam satu wawancara baru-baru ini.

"Saya tidak mahu layan lagi (perkara tersebut)," katanya ketika diminta mengulas spekulasi berterusan terhadap kedudukannya setelah bertegang urat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Sejak minggu lalu, khabar angin bertiup kencang, kononnya hampir sepuluh anggota parlimen PKR merancang menyertai Umno dan PCM setelah mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Selain Zahrain, nama lain yang disebut-sebut ialah Zulkifli Noordin (Kulim Bandar-Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Rashid Din (Merbok), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Loh Goh-Burn (Kelana Jaya), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Yusmadi Yusoff (Balik Pulau).

Wee tidak dapat dihubungi tetapi yang lainnya menafikan dakwaan tersebut. Manakala penafian bagi pihak Yusmadi dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri Ahad lalu.

Majoriti dua pertiga

Walaupun sebahagian nama yang disebut-sebut itu dilihat sukar dipercayai akan melompat parti, namun, sekiranya ia menjadi realiti, hasrat BN bagi mendapat majoriti dua pertiga di parlimen akan termakbul.

BN hanya memerlukan lapan kerusi tersebut bagi memperolehi penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Cakap-cakap tersebut semakin menjadi buah mulut apabila penulis kontroversi Raja Petra Kamaruddin pada 31 Januari menulis mendakwa, Zahrain dan sekumpulan lagi wakil rakyat PKR akan menyertai BN secara pakej.

Raja Petra mendakwa, antara mereka ialah dua daripadanya pemimpin Cina - seorang berhutang dengan ah long dan seorang lagi didakwa mempunyai perempuan simpanan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Mengulas perkara itu, ahli parlimen Kelana Jaya Loh Gwo-Burne berkata, setahunya, tidak ada ahli parlimen berbangsa Cina yang bermasalah sepertimana yang didakwa oleh Raja Petra.

"Tiada ahli parlimen seperti yang digambarkan oleh Raja Petra itu. Ia tidak masuk akal," kata Loh kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Loh mempertahankan tindakan beberapa pemimpin PKR yang dianggap bermasalah kerana mengkritik terbuka pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Zulkifli, Zahrain dan Tan.

'Dihujani pertanyaan'

Zulkifli dan Zahrain kini dirujuk kepada jawatakuasa disiplin parti kerana bertelagah dengan dua lagi pemimpin popular dalam Pakatan - Guan Eng dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Memetik ahli falsafah Cina Sun Tzu, Loh berkata: "Rakyat yang setia adalah rakyat yang mengkitik pemimpinnya secara terbuka."

Sementara itu, Rashid pula ketika dihubungi berkata, sejak mendengar khabar angin tersebut dua hari lalu, beliau mengaku dihujani pertanyaan pelbagai pihak.

"Saya pun tidak tahu mana ekor, mana kepalanya (cerita ini). Tiba-tiba keluar cerita (melompat) ini," katanya.

Rashid juga menafikan mahu mengkhianati partinya. Tambahan lagi, katanya, beliau juga tidak pernah ditawarkan menyertai parti lain.

"Saya (sejak) dari dulu, kini dan selamanya dengan PKR," katanya secara berseloroh.

Pemimpin-pemimpin PKR lain yang dikaitkan dengan perkara itu tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Sementara Yusmadi yang baru pulang dari luar negara pula berkata beliau tidak mengulasnya sekarang kerana tidak sihat.

Malaysiakini/-

Karpal: Tiada bukti kemasukan di dubur Saiful

19 Safar 1431H

Perbicaraan hari ini mendengar hujah kedua-dua pihak dengan pihak pembela menggesa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan. Antara bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar ialah rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi.

Mahkamah juga hari ini mendengar hujah pendakwa bahawa kononnya dubur Saiful dimasukkan dengan plastik adalah tidak benar.

Berikut rentetan peribicaraan hari ini.

3:35 petang: Mahkamah ditangguhkan. Perbicaraan bersambung semula esok pada jam 2.30 petang.

3:30 petang: Hakim Mohd Zabidin memutuskan menolak permohonan penangguhan dan berkata perbicaraan akan diteruskan.

Karpal memohon keputusan ditangguhkan sehingga pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan.

Bagaiamanapun hakim menolak permintaan itu dan berkata dia tidak boleh menangguhkan lagi kes ini.

3.20 petang: Hujah berakhir. Mahkamah berhenti seketika sebelum hakim Mohd Zabidin membuat keputusan berhubung penangguhan.

3:15 petang: Mohd Yusof berhujah tiada peruntukkan khas bagi membenarkan permohonan penangguhan berkenaan.

Katanya, laporan perubatan yang dimilikinya tidak menyebut bahawa plastik dimasukkan ke dalam dubur Saiful.

3:10 petang: Pendakwa raya utama, Mohd Yusof memulakan hujahnya.

2.50 petang: Karpal menyerahkan dua laporan perubatan yang menunjukkan tiada bukti kesan kemasukan di dubur Saiful.

"Tembusan adalah elemen penting. Tidak mungkin disabitkan kesalahan. Tiada hakim yang akan mengabaikan bukti itu," katanya.

"Malah jika ada memanggil 1,000 saksi, apa yang asas ialah laporan perubatan menunjukkan tiada
kesan kemasukan."

2.45 petang: Peguam bela Karpal Singh memberitahu mahkamah pihaknya gagal menemui Tun Zaki tetapi sebaliknya diarah berjumpa dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
Memandangkan Alauddin mempunyai jadual rawatan gigi hari ini, pertemuan diaturkan esok.

2:35 petang: Perbicaraan bersambung semula.

10:44 pagi: Penyokong mula bersurai tetapi masih ada yang menunggu sambil menyanyikan lagu Suara Rakyat di pintu masuk bangunan mahkamah. Polis masih mengawal dan tiada kekerasan dilaporan sepanjang pagi tadi.

10:34 pagi: Anwar meninggalkan mahkamah dengan laungan "Hidup Anwar" oleh kira-kira 50 penyokongnya. Wartawan ditegur polis kerana 'merosakan' garisan kuningnya manakala 40 wakil rakyat pembangkang yang berada di situ 'ditegur' kerana didakwa membuat bising.

10:25 pagi: Anwar berucap pada penyokongnya dengan berkata peguamnya akan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi kerana dia mempunyai bukti bahawa Saiful berjumpa kedua-dua mereka, dua hari sebelum laporan polis dibuat. "Kami mahu tahu pembabitan mereka dalam perkara ini. Mereka tidak menafikan pertemuan itu dan kami mahu tahu lanjut," katanya.

10:11 pagi: Tian Chua dan pemimpin PKR yang lain meluru ke lobi mahkamah. Sambil berdiri di tangga, mereka membidas kerajaan dan menyeru penyokong mempertahankan Anwar. Mereka juga mengibarkan kain rentang berbunyi 'Himpunan bantah fitnah ke-2'. Pergelutan kecil berlaku apabila polis cuba merampas kain rentang berkenaan. Namun mereka dihalang oleh penyokong PKR. Polis membiarkannya dan hanya memanatu keadaan. Ucapan Tian Chua diteruskan.

9:50 pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding sehingga jam 2.30 petang, di mana peguam Anwar dijangka berhujah bagi menangguhkan prosiding.

9:45 pagi: Peguam Anwar - Karpal Singh - memohon untuk menangguhkan prosiding pagi ini ekoran temujanji dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.

9:26 pagi: Buat pertama kalinya, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar, tiba.

9:18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.

9:17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".

9:00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.

8:51 pagi: Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".

8:46 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.

8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.

8:35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

8:33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut.

8:25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah

8:15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.

8:00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.

7:57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Kanada tiba, lebih ramai dijangka hadir.

7:55 pagi: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.

7:43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan

7:00 pagi: Anggota keselamatan telah berkumpul di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Kawalan keselamatan ketat.

Wartawan telah sedia menunggu sejak daripada jam 6.25 pagi lagi.

Malaysiakini/-