03 February 2010

Permohonan penangguhan kes liwat Anwar ditolak

18 Safar 1431.

Usaha peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan tarikh awal bagi semakan rayuan keputusan mahkamah, yang menolak pembekalan dokumen penting, kepada pemimpin PKR itu dengan menemui Ketua Hakim Negara gagal.

Peguam bela Anwar, Sankaran Nair berkata Tun Zaki Azmi tidak berada di pejabat beliau di Putrajaya hari ini

"Tun Zaki bagaimanapun telah mengeluarkan arahan kepada Tan Sri Allaudin yang bersetuju mengadakan satu pertemuan pagi esok di Putrajaya bagi membincangkan penetapan tarikh untuk permohonan semakan.

"Oleh itu, saya akan berada semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi meneruskan hujahan permohonan penangguhan kes,'' katanya.




Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berikut sambungan rentetan peristiwa hari ini.




3.20pm: Hujah berakhir. Mahkamah berhenti seketika sebelum hakim Mohd Zabidin membuat keputusan berhubung penangguhan.


3.15pm: Mohd Yusof berhujah tiada peruntukkan khas bagi membenarkan permohonan penagguhan berkenaan.

Katanya,laporan perubatan yang dimilikinya tidak menyebut bahawa plastik dimasukkan ke dalam dubur Saiful.

3:10pm: Pendakwa raya utama, Mohd Yusof memulakan hujahnya.

2.50pm: Karpal menyerahkan dua laporan perubatan yang menunjukkan tiada bukti kesan kemasukan di dubur Saiful.

"Tembusan adalah elemen penting. Tidak mungkin disabitkan kesalahan. Tiada hakim yang akan mengabaikan bukti itu," katanya.

"Malah jika ada memangil 1,000 saksi, apa yang asas ialah laporan perubatan menunjukkan tiada kesan kemasukan."



2.45petang: Peguam bela Karpal Singh memberitahu mahkamah pihaknya gagal menemui Tun Zaki tetapi sebaliknya diarah berjumpa dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Memandangkan Alauddin mempunyai jadual rawatan gigi hari ini, pertemuan diaturkan esok.


2:35 petang: Perbicaraan bersambung semula

10:44 pagi: Penyokong mula bersurai tetapi masih ada yang menunggu sambil menyanyikan lagu Suara Rakyat di pintu masuk bangunan mahkamah. Polis masih mengawal dan tiada kekerasan dilaporan sepanjang pagi tadi.


10:34 pagi: Anwar meninggalkan mahkamah dengan laungan "Hidup Anwar" oleh kira-kira 50 penyokongnya. Wartawan ditegur polis kerana 'merosakan' garisan kuningnya manakala 40 wakil rakyat pembangkang yang berada di situ 'ditegur' kerana didakwa membuat bising.

10:25 pagi: Anwar berucap pada penyokongnya dengan berkata peguamnya akan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi kerana dia mempunyai bukti bahawa Saiful berjumpa kedua-dua mereka, dua hari sebelum laporan polis dibuat. "Kami mahu tahu pembabitan mereka dalam perkara ini. Mereka tidak menafikan pertemuan itu dan kami mahu tahu lanjut," katanya.


10:11 pagi: Tian Chua dan pemimpin PKR yang lain meluru ke lobi mahkamah. Sambil berdiri di tangga, mereka membidas kerajaan dan menyeru penyokong mempertahankan Anwar. Mereka juga mengibarkan kain rentang berbunyi 'Himpunan bantah fitnah ke-2'. Pergelutan kecil berlaku apabila polis cuba merampas kain rentang berkenaan. Namun mereka dihalang oleh penyokong PKR. Polis membiarkannya dan hanya memanatu keadaan. Ucapan Tian Chua diteruskan.

9:50 pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding sehingga jam 2.30 petang, di mana peguam Anwar dijangka berhujah bagi menangguhkan prosiding.


9:45 pagi: Peguam Anwar - Karpal Singh - memohon untuk menangguhkan prosiding pagi ini ekoran temujanji dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.

9:26 pagi: Buat pertama kalinya, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar, tiba.


9:18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.

9:17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".

9:00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.


8:51 pagi: Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".

8:46 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.

8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.

8:35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

8:33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut.
8:25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah

8:15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.


8:00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.

7:57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Kanada tiba, lebih ramai dijangka hadir.

7:55 pagi: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.


7:43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan

7:00 pagi: Anggota keselamatan telah berkumpul di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Kawalan keselamatan ketat.

Wartawan telah sedia menunggu sejak daripada jam 6.25 pagi lagi. Malaysiakini/-

Permohonan Anwar Tangguh Perbicaraan Petang Ini

18 Safar 1431H.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan ke pukul 2 petang ini untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata jika tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan itu, Mahkamah Tinggi akan meneruskan prosiding bagi mendengar permohonan penangguhan perbicaraan.

Asalnya, mahkamah menetapkan perbicaraan didengar hari ini tetapi perlu mendengar terlebih dahulu permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan itu.

Sama ada perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan telah berulangkali ditangguhkan itu akan berlangsung bergantung kepada Hakim Mohamad Zabidin yang kini perlu mendengar permohonan penangguhan itu.

Anwar, 63, tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah dipenuhi oleh petugas media tempatan dan luar negara, anggota keluarga Anwar dan para penyokong serta orang ramai.

Turut hadir ialah bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim, bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng. Peguam Zamri Idrus menjadi peguam pemerhati bagi pihak Saiful.

Petugas media yang menunggu di luar mahkamah sejak pukul 7.30 pagi hanya dibenarkan masuk satu jam kemudian.

Anwar menghujahkan perbicaraan mesti ditangguh sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi menolak untuk membatalkan tuduhan liwat terhadap beliau.

Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk tujuan itu.

Perbicaraan tuduhan liwat itu pada asalnya ditetapkan pada 25 Januari lepas tetapi ditangguh kepada hari ini sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap permohonan Anwar agar diberi akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaan beliau.

Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas menolak permohonan Anwar itu - BERNAMA

Kes Balak : Risalah sampah mula beredar di Gerik

18 Safar 1431H.
Cina Islam.

GERIK : Risalah sampah berunsur fitnah dan provokasi dikatakan sedang beredar di Gerik sejak malam tadi dan kelihatan bertaburan dibeberapa tempat. Demikian seperti dilaporkan oleh seorang anggota Unit Amal Gerik, Sdr. Jefri.

Penyebaran risalah itu nampaknya ada kaitan dengan pendedahan saya kelmarin sekaligus dengan laporan yang telah saya laporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kandungan risalah itu dikatakan berupa serangan kepada MB Pakatan Rakyat dan Exco Kerajaan negeri PR dengan dikaitkan dengan penyelewangan pemberian konsesi balak kepada pihak tertentu.

Nampaknya ada pihak yang mula jadi macam cacing yang kepanasan dan mula gelisah dengan kerja jahat mereka sejak ampasan kuasa yang berlaku di Perak pada 6 Feb 2009

Malah banyak yang saya temui mengesahkan sejak dari tarikh itu jelas kelihatan pertambahan kenderaan mengangkut balak dijalan raya sekitar gerik.

Laungan 'reformasi' bergema lagi di mahkamah

18 Safar 1431H.
Dzulfikar Mashhor

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Laungan reformasi kedua bergema di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini apabila perbicaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula.

Anwar yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anak-anak tiba di perkarangan mahkamah dengan disambut ratusan orang termasuk para pemimpin PKR, PAS dan DAP.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut tiba kira-kira jam 9.15 pagi sejurus selepas Anwar masuk ke dalam mahkamah.

Sejak jam 9 pagi tadi lagi, lebih dua ribu rakyat bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongan moral kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang hadir kelihatan mengangkat beberapa sepanduk bertulis Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2, Bebas Anwar dan Rakyat Bersatu Tolak Fitnah Terhadap Anwar, sambil melaungkan reformasi’ iaitu suatu slogan keramat seperti era Reformasi 1998 lalu.

Mengisi pentas bantah, Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli menyeru rakyat yang hadir supaya bersedia menempuhi gelombang reformasi kedua.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai mengulangi ucapan yang pernah ditegaskan oleh bekas Presiden PAS, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor, "bukan kerana dia Anwar, sesiapa pun yang difitnah, Islam menyeru kita menentang kezaliman".

Sebelum itu, Ketua Strategik PKR, Tian Chua menganggap tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dialami Anwar mengulangi drama fitnah pada tahun 1997 lalu.

"Kita harap rakyat sekali kagi akan bangkit sama seperti 'drama 1997' lalu," jelasnya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu tidak menolak kemungkinan bahawa perbicaraan kes Anwar yang bermula pada hari ini akan mencetuskan kesedaran rakyat dan reformasi kali yang kedua.

"Kita telah menyaksikan suatu kes dakwaan fitnah ke atas Anwar yang sudah tentu akan membangkitkan gelombang kesedaran rakyat kedua," jelasnya di lobi mahkamah.

Sejam kemudian, kelihatan Anwar keluar dari kandang perbicaraan lalu menuju ke anjung bantahan.

"Saya masih mempertikai motif polis memanggil isteri saya untuk memberi keterangan beberapa hari lalu, sedangkan dakwaan sudah berlangsung hari ini," kata Anwar.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada rakyat kerana sudi menyertai 'Gelombang Reformasi ke-2' bersama-samanya, sebagaimana waktu beliau disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan liwat yang berunsur fitnah.

Jelasnya lagi, perbicaraan kesnya akan bersambung pada jam 2.30 petang ini.

Mendengar gelombang 'reformasi' tali menali oleh satu kelompok kepada satu kelompok yang lain, mengingatkan Harakahdaily pada peristiwa reformasi sedekad yang lalu.

Harakahdaily/-

Lawatan ke lokasi balak yang dicuri hari ini .

Kepada :

Semua Rakan Media dan Blogger

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Dengan ini saya menjemput dan mempersilakan semua Rakan Media dan Blogger untuk bersama dengan saya untuk ke lokasi kayu balak yang dicuri di Gerik iaitu di Bt. 11 Jalan Timur Barat.

Semua rakan media yang ingin ikut serta sila berkumpul :

Tarikh/Hari : 2 Februari / Selasa

Jam : 3.00 Petang

Tempat berkumpul : Tol Kuala Kangsar.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.


Kenyataan Media: Cabaran Zambry tidak masuk akal

18 Safar 1431H

Tarikh 9 Februari makin dekat dan menyebabkan debaran semakin terasa khusnya kepada mereka yang cintakan keadilan dan kemakmuran bagi negeri Perak tercinta.

Selain itu tidak kurang dengan yang menggelabah dan "hilang kewarasan" bila tarikh itu kian menghampiri. Khususnya kepada pemimpin UMNO di Perak semacam ada satu gelombang ketakutan menunggu tarikh tersebut dan keluarlah kenyataan yang macam-macam dan tidak masuk akal.

Termasuklah Menteri Besar Kudeta Perak , Dr Zambry Abdul Kadir apabila kelmarin beliau tapa berfikir panjang telah mencabar Menteri Besar Rakyat Perak ,Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi ADUN Pakatan Rakyat supaya mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN tersebut di Perak.

Tanpa berfikir panjang beliau mengatakan kami tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM di sini Isnin.

Zambry juga menegaskan bahawa kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.

Sehubungan dengan itu saya suka untuk menyatakan pendirian saya dalam kenyataan media ini :

1. Kenyataan MB Kudeta tersebut adalah tidak masuk akal, kebudak-budakan dan mempamirkan kebodohan dan sikap tidak menghormati undang-undang yang sedia ada. Tidakkah Zambry faham bahawa persoalan bubar DUN yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah secara keseluruhan dan melibatkan semua ADUN. mencabar kami ADUN PR untuk meletakkan jawatan hanyalah kenyataan orang yang ketakutan dan sayangkan kerusi sendiri.

2. Sebenarnya sekiranya BN berani mencabar Pakatan Rakyat sebenarnya Zambry juga mestilah berani untuk tampil sebagai jaguh untuk sedia menerima saranan banyak pihak termsuklah dari pimpinan BN sendiri supaya membubarkan DUN Perak. Sekiranya DUN Perak dibubarkan barulah jantan namanya dan semua pihak akan diuji adakah diterima atau ditolak oleh rakyat.

3. Selain itu saya juga ingin mempersoalkan siapakah yang telah mempengaruhi SPR sehingga melakukan keputusan dengan menolak permohonan Speaker V. Sivakumar bagi mengosongkan DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Malah seperti kenyataan saya sebelum ini, inilah "ibu segala maksiat" yang mnyebabkan krisis di Perak jadi "haru bitu". SPR telah bertindak diluat bidang tugasnya dengan mempertikaikan surat perletakan jawatan 3 katak dan jelas semacam dia telah dipengaruhi oleh pihak lain.

4. Kerana itu kalaulah isu mengosongkan DUN itu dianggap penting BN mestilah berani untuk bertanding di 3 DUN tersebut. Tambahan pula ianya akan menjimatkan perbelanjaan seperti yang digembar-gemburkan oleh BN.

5. Kenyataan Zambry juga menampakkan BN yang terus berdegil untuk mempertahankan kuasa haram yang dirampas sejak 6 Februari 2009. Saya rasa ianya tidak mengejutkan kerana itulah yang rakyat sedia maklum.

6. Apapun alasan dan kenyataan adalah berpunca dari kerakusan dan jenayah BN yang merampas kuasa di Perak. Maka bersempena dengan setahun tragedi rampasan kuasa itu pada 6 Februari ini , saya dengan ini menyeru kepada seluruh rakyat Perak untuk terus bertenang dan mendoakan sesuatu kebaikan dan rahmat yang Allah akan anugerahkan kepada Negeri Perak yang kita cintai.

KENYATAAN MEDIA/ 2 Februari 2010.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Mendidik Anak Tanggungjawap Bersama

18 Safar 1431H
Email : sal_ehs gerrard

Hari masih gelap lagi, namun kelihatan seorang ibu muda telah keluar ke tempat kerja dan ketika matahari terbenam, barulah si ibu pulang ke rumah. Senario ini bukan lagi asing bagi wanita bekerjaya. Peranan menyara anak bukan lagi dipukul oleh bapa sahaja, sebaliknya dikongsi bersama wanita bergelar isteri.

Mereka memberi tumpuan kepada keluarga dan dalam masa sama, membina kerjaya. Kedua-duanya harus dipukul dan kadang-kala, tidak mampu berjalan seiringan. Dalam membina kerjaya, tanpa disedari tumpuan kepada anak semakin berkurangan. Ada yang berpendapat keruntuhan nilai moral golongan muda berpunca daripada ibu moden yang gagal melaksanakan tanggungjawap mereka. Wanita dikatakan berlumba-lumba dengan kaum lelaki untuk mendirikan kerjaya masing-masing hingga mengabaikan tanggungjawap di rumah.

Jangan menuding jari

Tidak dinafikan bahawa ada kebenaran pada kata-kata ini. Memang ada para ibu moden yang mengabaikan tanggungjawap sebagai ibu. Ini adalah kerana mereka belum fakham erti kejayaan yang sebenarnya di dalam hidup. Mereka asyik mengejar kejayaan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawap membesarkan anak-anak. Hidup mereka menjadi tidak seimbang dan anak-anak serta rumahtangga menjadi mangsa.

Dalam masa yang sama sebagai seorang yang insaf dan tawaduk, kita tidak mahu menuding jari kepada satu pihak sahaja. Ini bukan merupakan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Ar-Rasul mengajar kita untuk melihat apa yang berlaku pada diri kita dan sekeliling kita sebagai cermin diri kita. Bila sesuatu yang kurang kira senangi berlaku, kita perlu menanyakan kepada diri sendiri, apakah tanggungjawap saya di sini? Bagaimana saya boleh memperbaiki keadaan? Bagaimana kita boleh membawa kembali keseimbangan kepada apa yang berlaku di sekeliling kita ini?

Keruntuhan moral dan penyakit sosial ini adalah tanggungjawap bersama. Memang mudah mengatakan bahawa anak-anak menjadi tidak keruan kerana tiada pendidikan daripada ibu mereka kerana masyarakat telah akur bahawa hal mendidik anak ini hanyalah tugas para ibu. Persoalannya, adakah ini benar? Bukankah di dalam sebuah keluarga, para suami adalah ketua dan tanggungjawap mendidik keluarga terletak di atas bahu suami? Kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika anak malas belajar atau beribadah, suami biasanya akan menyalahkan isteri. Kata-kata seperti, "Hah! Itulah awak, tak pandai jaga anak!" sangat biasa dilemparkan oleh seorang suami kepada isterinya. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan tanggungjawab isteri semata-mata. Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya tanggungjawap (pekerjaan) ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumahtangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajipan bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Untuk menunjukkan betapa beratnya tanggungjawap ini, Allah kiaskan di dalam solat jenazah. Cuba lihat di mana kedudukan imam pada jenazah lelaki dan di mana pula pada jenazah perempuan? Dan tanyalah mengapa sedemikian ketentuanNya? Tentu ada rahsia yang tersirat!

Lengkap-melengkapi

Mahu tidak mahu, kita perlu akur juga kepada keadaan di mana ramai juga anak-anak menjadi liar disebabkan perhubungan yang tidak baik dengan para bapa. Scenario ini berlaku kerana ada pada bapa yang mengambil mudah tanggungjawap memimpin isteri dan keluarga. Ada yang tidak berpengetahuan dan sekadar mengikut apa yang dilihatnya orang lain buat. Ada pula kerana tidak faham erti menjadi seorang bapa yang bertanggungjawap. Terdapat juga para suami yang meninggalkan isteri mereka dan jadilah isteri-isteri itu ibu-ibu tunggal yang perlu keluar pagi balik malamhanya kerana mahu mencari sesuap nasi untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa. Lantaran itu, anak-anak terbiar juga. Hati merekasakit juga. Anak-anak yang sakit ini mencari ubat mereka di luar dan yang mereka jumpa adalah syaitan bertopengkan tabib!

Adalah tidak sihat juga jika pihak perempuan mengatakan semua yang terjadi salah lelaki. Sama juga tidak sihatnya untuk pihak lelaki mengatakan semua nin salah perempuan. Allah jadikan kita lelaki dan perempuan supaya kita sama-sama saling lengkap-melengkapi satu sama lain dan bukan menyalahkan satu sama lain. Di situ jugalah betapa pentingnya ibu dan bapa untuk pertumbuhan sihat diri anak-anak.

Sebuah masyarakat yang meletakkan tanggungjawap membesarkan anak-anak hanya di bahu ibu, akan perlu mejawap natijah pegangan itu. Anak-anak memerlukan kelembutan si ibu dan ketegasan si bapa di dalam mendidik mereka.

Bagi yang menyalahkan para wanita di dalam keruntuhan masyarakat, nanti dulu! Sebelum anda meneruskan hujah, cuba cari jawapan mengapa wanita-wanita ini keluar rumah begitu lama? Adakah semuanya kerana mahu mengejar umpan kerjaya? Pada pendapat saya, ini tidak benar. Ramai para wanita perlu keluar dan mencari pekerjaan kerana suami yang sepatutnya menjadi pelindung, tidak mampu berbuat demikian dan ada yang tidak mahu berbuat demikian. Anak-anak hampir kebuluran, maka hati seorang ibu tudak sanggup melihat anak-anaknya terus menderita. Wanita yang menerima nasib sebegini terpaksa menyelesaikan tanggungjawap yang sebenarnya bukan tanggungjawapnya.

Bermula di rumah

Sekali lagi, marilah sama-sama kita menyedai bahawa tanggungjawap mendidik seorang anak adalah tanggungjawap bersama. Malah ada sebuah pepatah yang berbunyi lebih kurang begini, "seluruh kampung perlu bekerjasama untuk membesarkan seorang anak dengan sempurna."

Marilah kita kaum ibu dan bapa melihat lebih dalam bagaimana kita boleh membantu para ibu dan bapa yang masih belum faham untuk melaksanakan tanggungjawap mereka dengan baik. Begitu juga dengan hati yang rendah, saya sarankan kepada para lelaki untuk melihat bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin keluarga dan dunia dengan lebih baik. Dan seharusnya, kepimpinan bermula di rumah. Cuma hati yang dipenuhi kasih sayang terutama kepada Penciptanya akan mengambil tanggungjawap ini dan menghalang diri mancari kesalahan orang lain.

Jadikanlah kata-kata di bawah ini sebagai azimat hidup kita, baik para lelaki mahupun wanita, iaitu, "Saya mambawa perbezaan ke dunia ini!". Apabila setiap dia antara kita sedar dan mengambil langkah bahawa kita bertanggungjawap terhadap melahirkan generasi cemerlang, barulah generasi cemerlang itu terbina.

Hadith Nabi s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim. "

Hadith riwayat al-Tirmizi

hari ini, remaja2 kita kehulu ke hilir dengan pasangan masing.kebanyakan mereka berumur belasan tahun.yang jelas,mereka tidak tahu apa itu jodoh atau perkahwinan. berkepit dengan perasaan riang gembira.seolah dunia dia yang punya.

jadi,pergaulan seumpama ini perlu dihentikan dengan apa cara sekalipun.guru- guru di sekolah perlulah berleter hal ini kepada anak-anak murid mengenai akibat buruk perbuatan mereka ini.para ibu bapa mungkin tidak perasan dengan perangai anak-anak mereka atau mereka sudah tiada boleh apa-apa lagi dengan tabiat kepala batu anak mereka.jiran yang menegur perbuatan anak-anak seperti ini mungkin terjadi perkara yang tidak diduga seperti diserang oleh ibu bapa mereka atau anak-anak ini akan merosak harta benda jiran yang perihatin ini.pepatah melayu ada menyatakan " beranak seorang- seorang tetapi mendidiknya beramai-ramai " perlu dihayati dan diamalkan sepanjang masa.

Hakim Mahkamah ... istihar Nizar Menteri besar yang sah

18 Safar 1431H
Email : Zainal Ku

Oopppss... bukan silap mata. Benar sebenarnya! Sorotan pertama bacaan Hakim.

KUALA LUMPUR 11 Mei 2009 (Bernama) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN..

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.

Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.

Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.

"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi

Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.

"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu.. Perkataan yang digunakan amat keras.

"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.

"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.

"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.

Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.

Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepas mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari. Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham

LAPORAN KECURIAN BALAK Dl GERIK KEPADA SPRM

18 Safar 1431H
Alhusseyn

Hasil balak negeri Perak pada 2008, dibawah Umno, sejurus sebelum diambil aleh oleh pentadbiran Pakatan Rakyat, hanya mencatat pendapatan sebanyak RM13 juta sahaja.

Tetapi, walaupun hanya dengan sisa yang tinggal tidak seberapa untuk ditadbir oleh Pakatan Rakyat, hasil balak negeri Perak dapat diraih sehingga meningkat secara mendadak kepada RM40 juta!

Dan apabila Umno merampas Perak dan kembali mentadbirnya, tiba-tiba sahaja anggaran bajet hasil balak turut merudum dan mencatatkan hanya RM17 juta sahaja bagi 2010!

Apa yang sebenarnya terjadi? Kini terbongkar rahsia yang menjadi teka teki rakyat negeri Perak.Kisah penyelewengan kuasa dan kecurian balak yang berleluasa dibawah pentadbiran Umno.

Kisah tersebut terbongkar apabila pihak Unit Amal Grik (gambar atas) mendedahkannya kepada Adun Titi Serong, YB Idham Lim.

Lalu petang tadi sekitar jam 4.00 petang, YB Idham Lim bersama beberapa ahli Perhubungan Negeri telah membuat aduan rasmi di pejabat SPRM cawangan Perak.

Berikut adalah laporan yang beliau serahkan kepada SPRM :

LAPORAN KECURIAN BALAK Dl GERIK KEPADA SPRM

Saya menerima satu maklumat mengenai kes kecurian kayu balak di Gerik, maka atas tanggung jawab sebagai seorang yang bermautatin di Perak dan dipilih oleh rakyat sebagai salah seorang Ahli Dewan Negeri Perak maka saya ingin melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) sebagai mana maklumat berikut:

1. Pihak Jabatan Hutan Negeri Perak telah menyita satu kawasan longgokan/simpanan kayu balak yang siap dipotong dan siap untuk diangut keluar. Saya telah melawat tempat tersebut dan mendapati sebanyak 24 longgokan kayu balak dengan kayu yang bernilai tinggi dengan anggaran kasar saya sebanyak lebih RM 1 Juta.

2. Lokasi longgokan tersebut terletak di batu 11 Jalan Gerik ke Kelantan (Jalan timur barat) dan terletak tidak berapa jauh dari Jalan utama tersebut.

3. Oleh itu saya beranggapan kawasan kayu balak yang dicuri adalah terletak tidak jauh dari kawasan longgokan kayu yang disita oleh Jabatan Hutan tersebut.

4. Saya telah melawat ke lokasi kayu balak yang disita oleh Jabatan Hutan Perak pada 24 Januari yang lepas bersama Unit amal Gerik dan Lenggong.

5. Menurut maklumat yang saya perolehi semua kenderaan pengangkut dan yang lain telah dirampas oleh Jabatan Hutan dan disimpan di Stor Jabatan Hutan di Sungai Siput. Terdapat saksi mata yang melihat kenderaan tersebut dikonvoi oleh pihak Jabatan Hutan menuju arah ke Kuala Kangsar.

Berdasarkan maklumat dan gambar yang saya lampirkan bersama laporan ini, maka saya dengan ini mendesak pihak SPRM :-

1. Satu siasatan yang menyeluruh mestilah dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya terdapat unsur penyalahangunaan kuasa dan rasuah kepada pihak-pihak yang berkaitan dengan urusan meluluskan kawasan balak di Negeri Perak sehingga Jabatan Hutan bertindak menyita kayu balak tersebut.

2. Saya mendesak supaya kes ini tidak disembunyikan dari pengetahuan umum kerana khazanah hutan di Perak adalah milik semua rakyat Perak.

3. Semua pihak yang terlibat mestilah dibawa kemuka pengadilan dan dihukum setimpal dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

4. Siasatan juga mestilah meliputi pihak syarikat yang bertanggungjawab menebang hutan tersebut, pihak yang memiliki kenderaan yang disita, pekerja yang terlibat dan termasuklah jawatankuasa yang meluluskan kawasan Balak yang dipengerusikan olen MB Kudeta Perak.

Sekian laporan dari saya/Laporan pada 1 Februari 2010
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong

Kenyataan Zambry sombong, dangkal dan bodoh

18 Safar 1431H
Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.

Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Dr Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.

Di dalam satu portal berita, Dr Zambri dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.

Menurut Ustaz Misbah, Dr Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.

Inilah yang Dr Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.

“Sepatutnya Dr Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.

“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.

Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.

Harakahdaily.net/-

Beri kuasa rakyat WP tentukan hala tuju pentadbiran

18 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyeru agar rakyat Wilayah Persekutuan (WP) diberikan ruang dan kuasa untuk menentukan dasar dan halatuju pentadbiran melalui dialog dan rundingan awam yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Ini, katanya kerana rakyat Malaysia yang tinggal di luar kawasan WP berpeluang untuk mengundi wakil kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

“Ini tidak dinikmati oleh 1.5 juta rakyat di kawasan WP yang tidak berpeluang untuk menentukan kepimpinan mereka di peringkat wilayah,” ujarnya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-36, hari ini.

Ini juga, tambahnya bermakna RM2.12 bilion wang peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak dipantau oleh mana-mana wakil rakyat di peringkat WP.

Menurutnya, ia bercanggah dengan prinsip demokrasi yang menetapkan penyertaan rakyat sebagai tonggak kepada sebuah pentadbiran yang telus dan adil.

Beliau juga mengajak rakyat meraikan keberanian mahasiswa Universiti Malaya memperjuangkan sistem pilihan raya yang lebih telus dalam kampus baru-baru ini.

“Saya turut berasa kesal dengan penyelewengan kuasa dan penggunaan e-undi yang berlaku dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.

“Saya menggesa pihak pentadbir universiti agar lebih menghormati hak mahasiswa untuk berpolitik melalui wadah demokratik di kampus dengan bebas dan saksama,” katanya.

Nurul Izzah juga kesal dengan penahanan sembilan mahasiswa universiti di kawasan Jalan Raja Laut, Wilayah Persekutuan, baru-baru ini kerana berhimpun dan berarak secara aman.

Sebagai generasi pelapis kepimpinan negara, beliau yakin dan percaya bahawa mahasiswa kampus harus diberikan peluang dan ruang untuk menyuburkan demokrasi dan hak asasi di kampus ke arah Malaysia yang lebih bebas dan harmoni.

Harakahdaily.net/-

Pengaruh PAS di Kelantan tidak surut - pensyarah

18 Safar 1431H
Ramli Yamat

KOTA BHARU, 1 Feb: Tindakan Umno dengan bantuan media harian menggembar-gemburkan masalah dalaman PAS di Kelantan dianggap tidak mampu menggugat sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Ini dibuktikan dengan kehadiran puluhan ribu rakyat di Stadium Sultan Mohammad Ke IV mendengar penjelasan mengenai tuntutan royalti minyak.

Bagi pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, terdapat data-data yang menunjukkan pengaruh PAS di Kelantan tidak surut.

Menurutnya, kehadiran begitu ramai rakyat pada program solat hajat dan ceramah mengenai royalti yang disampaikan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi satu petanda jelas.

Program tersebut yang diadakan malam Jumaat lalu memberi pukulan terhadap Umno biar pun terdapat usaha bagi menghalang program tersebut diadakan.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang bertanggungjawab menganjurkan program berkenaan mengakui ada tekanan diterima sebelum program berlangsung.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat isu cah keting yang ditimbulkan media dengan mensasarkan PAS ternyata tidak berjaya mempengaruhi rakyat.

“Ini kerana rakyat tahu di mana budaya ‘cah keting’ sebenarnya berlaku. Namun media melaporkan kononnya budaya itu hanya berlaku dalam PAS,” katanya pada satu program di Pasir Puteh, baru-baru ini.

Pada majlis itu beliau juga melahirkan rasa puas hati terhadap pengurusan hotel di negeri ini yang mematuhi dasar ditetapkan kerajaan negeri.

Katanya, walaupun di sini terdapat juga hotel mewah, namun pihak pengurusannya mematuhi arahan ditetapkan termasuk larangan penjualan arak, disko, perjudian dan aktiviti pelacuran.

Harakahdaily.net/-

Sistem pilihan raya kampus perlu dirombak

18 Safar 1431H
http://pemuda.pas.org.my

Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2009/2010 di IPTA seluruh negara yang berlaku semalam, khususnya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kekecohan dan bantahan yang berlaku tidak lain berpunca dari pengendalian PRK oleh pihak pengurusan universiti yang memang sejak dari dulu dipertikaikan kewibawaan dan keberkecualiannya (impartiality). Ianya adalah akibat sikap pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mengambil sikap memihak kepada kumpulan pelajar tertentu hingga menjadikan demokrasi kampus bahan lawak semata-mata.

DPPP sekian lama berpendirian bahawa soal pemilihan kepimpinan mahaasiswa seharusnya ditentukan sendiri oleh mereka secara bebas dan terbuka. Strategi menggugut dan memaksa mahasiswa untuk hanya mengundi sesuatu kumpulan adalah penghinaan terhadap maruah para mahasiswa selain dari mencabul hak asasi mereka. Begitu juga sikap memihak yang amat ketara yang ditunjukkan oleh kebanyakan pentadbir universiti yang menyokong kumpulan pro Aspirasi di kampus-kampus hingga hanya kumpulan tersebut diberi ruang yang luas untuk berkempen dan mendekati pelajar dan pada masa yang sama menafikan hak tersebut kepada kumpulan pro Mahasiswa. Bagaimana universiti-universiti di Malaysia ingin mencapai tahap universiti bertaraf dunia jika dalam hal menentukan pemimpin mereka pun mahasiswa diperlakukan seumpama kanak-kanak. Mungkin seluruh dunia akan memperlecehkan Malaysia jika mereka mengetahui beginilah caranya kita membentuk dan mengajar barisan pelapis kepimpinan negara untuk menang pilihanraya dengan cara mengugut dan menekan lawan.

Oleh yang demikian DPPP mendesak supaya:

1) Semua keputusan PRK di kampus-kampus yang mahasiswanya mempertikaikan proses perjalanan pilihanrayanya digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini.

2) Sekiranya jawatankuasa ini mendapati terdapat ketidak adilan dan pencabulan demokrasi di dalam PRK kampus tersebut, maka PRK hendaklah diadakan semula dikampus-kampus yang berkenaan.

3) Pengendaliaan PRK di kampus-kampus tidak diletakkan secara eksklusif pengendaliannya di bawah Unit HEP, tetapi di bawah satu Suruhanjaya Pilihanraya Kampus yang dilantik oleh Senat Universiti dari kalangan ahli-ahli akademik terkemuka dan kakitangan kanan universiti tersebut yang tidak dipertikaikan kewibawannya. SPRK ini hendaklah diberi kuasa untuk melantik para petugas untuk negendalikan pilihanraya dari kalangan kakitangan universiti.

4) Peraturan perjalanan Pilihanraya hendaklah diperkemaskan dan digubal selaras dengan standard universal perjalanan pilhanraya yang adil dan telus.

5) Para mahasiswa yang bertanding hendaklah diberi hak sama rata untuk berkempen serta melantik agen-agen mereka untuk memantau dan mengikuti dari dekat proses pembuangan undi dan pengiraan undi.

6) Proses pengiraan dan penjumlahan undi serta pengumuman keputusan pilihanraya hendaklah diadakan secara terbuka dengan dipantau oleh calon-calon atau agen-agen mereka bagi mengelakkan sebrang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

7) Para pegawai universiti, pengetua-pengetua kolej kediaman, felo-felo dan juga para dekan dan pensyarah dilarang sama sekali menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk memaksa para mahasiswa menyokong mana-mana calon yang bertanding.

8) Pemantau pilihanraya dari luar seperti dari SUHAKAM, MAFREL dan Majlis Peguam hendaklah dibenarkan untuk memantau seluruh perjalanan PRK.

AHMAD SABKI YUSOF,

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Pusat

Harakahdaily.net/-

Syor persembah memorandum royalti kepada Agong

18 Safar 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 1 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mencadangkan memorandum tuntutan royalti dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, bagi menzahirkan rakyat negeri ini tidak akan menyerah kalah terhadap perkara itu.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, dalam kenyataan medianya memberitahu, memorandum berkenaan dipersembahkan kepada baginda Yang di-Pertuan Agong selepas majlis ceramah besar-besaran diadakan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) sekali lagi perlu memainkan peranan untuk menganjurkan majlis berkenaan secara besar-besaran di peringkat pusat.

“Pada majlis ini amat wajar dijemput Tengku Razaleigh Hamzah bersama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk sama-sama hadir pada majlis itu,”ujarnya lagi.

Katanya, Pemuda PAS negeri juga mencabar Pemuda Umno Kelantan supaya mengambil tindakan terhadap bekas Pengerusi Petronas itu, sekiranya dakwaan Anggota Parlimen Gua Musang itu tidak benar.

Katanya, sekiranya fakta-fakta yang didedahkan Ku Li tidak benar, mereka hendaklah mengemukakan faktar sebenar berhubung perkara itu.

“Dengan cara itu Pemuda Umno Kelantan dapat membuktikan yang mereka tidak hanya bercakap kosong dan membuat kecaman dalam media kononnya rakyat negeri ini telah diperbodohkan oleh Ku Li,” ujarnya lagi.

Dewan Pemuda PAS Kelantan juga, kata beliau turut berharap Ku Li keluar daripada Umno dan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat yang cukup membuktikan dasarnya untuk memperjuangkan kebajikan.

Tambahnya, ini berbanding dengan perjuangan Umno yang hanya mengambil berat tentang periuk nasi sendiri dan bukannya menjaga kebajikan rakyat.

Harakahdaily.net/-

Umno boleh buat apa mereka mahu – Ku Li

18 Safar 1431H
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Apa yang ingin dilakukan oleh Umno terhadap Tengku Razaleigh Hamzah adalah tidak relevan kerana isu sebenar ialah ketetapan undang-undang bahawa Kelantan dan Terengganu berhak mendapat royalti.

"Siapa saya berbanding isu sebenarnya, iaitu undang-undang dan hak rakyat. Umno boleh buat apa yang mereka mahu. Tetapi selepas itu mereka tetap terpaksa berhadapan dengan undang-undang negara dan berhadapan dengan rakyat," Malaysiakini memetik bekas Menteri Kewangan itu berkata ketika mengulas kemungkinan tindakan Umno terhadapnya.

Ini ekoran tindakan Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menyampaikan ucapan mengenai hak Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak di Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu pada 28 Januari lalu.

Beliau mengulangi penegasan bahawa Akta Kemajuan Petroleum memberikan hak di sisi undang-undang kepada Kelantan dan Terengganu untuk mendapat bayaran tunai royalti sebanyak lima peratus hasil keuntungan minyak di luar pesisir.

"Sebagai Pengerusi Petronas pada waktu itu, saya yang merangkakan undang-undang tersebut dan menandatangani perjanjian atas arahan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Beliau mahu memastikan negeri-negeri yang miskin di Semenanjung mendapat faedah dari minyak yang diperolehi di luar pesisir," kata bekas Naib Presiden Umno itu.

Razaleigh berkata, beliau tahu negeri-negeri tersebut tidak mempunyai minyak di pesisirnya.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti kenyataan yang dibuat oleh Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu sebelum menentukan adakah ia melanggar disiplin parti.

Katanya, Umno juga akan meneliti terlebih dahulu kenyataan yang dibuat oleh Razaleigh mengenai persetujuannya untuk mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Menurut Tengku Razaleigh pula, fungsi kaukus tersebut seharusnya diperluaskan dengan mengkaji semula kedudukan dan hak negeri-negeri sebagai anggota kepada Persekutuan Malaysia.

Harakahdaily.net/-

Mahfuz puji inisiatif SRJK(C) Chiao Nan bina surau

18 Safar 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Di sebalik tercetusnya isu kalimah Allah dan pengeboman beberapa gereja kebelakangan ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memuji inisiatif seorang penganut Kristian, Alex Ong melancarkan tabung dana membina sebuah surau untuk 107 pelajar beragama Islam di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chiao Nan, di sini.

Menurut beliau, inisiatif tersebut merupakan suatu hikmah di sebalik keadilan Islam mempertahan hak beragama di kalangan penganut Islam dan bukan Islam di Malaysia.

"Seperti kita yang mengutuk pengeboman gereja walaupun sekiranya dilakukan sendiri (oleh) orang-orang Melayu beragama Islam, inisiatif mereka membina surau untuk anak-anak kita merupakan suatu hikmah (dan) membuktikan mereka juga benci dengan permusuhan agama," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, petang tadi.

Sebelum pada itu, Alex yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah tersebut menjelaskan bahawa pihaknya terpaksa melancarkan tabung dana sumbangan tersebut kerana PIBG dan kementerian tidak mempunyai dana peruntukan untuk membina surau, seperti yang dimaklumkan oleh Guru Besar SRJK (C) tersebut.

Menurut Alex lagi, sekiranya projek pembinaan surau tersebut berjaya, SRJK (C) Chiao Nan mungkin merupakan sekolah pertama di Malaysia yang menyediakan surau untuk pelajar-pelajar Muslim supaya mereka digalakkan belajar tentang keindahan Islam secara teori dan praktikal.

Memberitahu Harakahdaily petang tadi, beliau berkata, daripada 107 pelajar Muslim tersebut, seramai 90 orang pelajar adalah berbangsa Melayu, manakala 17 pelajar yang lain adalah mereka yang datang dari keluarga muallaf dan berkewarganegaraan asing.

Jelasnya lagi, mereka yang mahu memberi sumbangan boleh bertemu dengan AJK surau merangkap guru Pendidikan Islam di SRJK (C) Chiao Nan, Encik Azani atau menyalurkan dana kepada penama 'PIBG SRJKC Chiao Nan berakaun nombor 014066403996, MayBank (M) Berhad atau menghubunginya, 019-6001728.

Harakahdaily.net/-

TINGKATKAN MUNAJAT DAN MANTAPKAN GERAK KERJA : PESURUHJAYA PAS PERAK

18 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

Pesuruhjaya PAS Perak hari ini mengingatkan kepada semua penggerak parti di seluruh peringkat agar meningkatkan hubungan dengan Allah agar diberi kemenangan dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan kemenangan yang mutlak adalah milik Allah SWT. Sepertimana yang tertulis di dalam surah al-Nasr ketika mana Allah memberikan kemenangan kepada Nabi SAW dan tentera di dalam peristiwa Fathul Makkah dan juga kisah bagaimana Allah memberikan kerajaan yang hebat kepada Nabi Sulaiman A.S, kisah ini mengajar kita bagaimana kedua-dua nabi Allah ini ialah mereka yang rapat hubungannya dengan Allah. Tanpa hubungan yang baik dengan Allah SWT, selama-lamanya kita tidak akan diberikan kemenangan meskipun dengan gerak kerja yang amat tersusun (munazzamah).

Namun demikian, kata beliau lagi, para ’amilin juga seharusnya memantapkan gerak kerja dan persiapan untuk menghadapi pilihanraya yang bakal tiba. Hal ini amat bertepatan dengan sirah Nabi SAW yang bijak mengatur strategi menghadapi peperangan, contohnya di dalam Peperangan Ahzab yang menunjukkan kepentingan berstrategi dalam menghadapi musuh. Para ’amilin digesa agar mengamalkan wehdatul fikr (kesatuan pemikiran) dan wehdatul ’amal (kesatuan gerak kerja) dalam menjalankan gerak kerja dan mencapai matlamat (hadaf) yang sama iaitu menegakkan negara Islam.

Mengulas lanjut, beliau menambah, kekuatan taqarrub dengan Allah dan kekuatan gerak kerja akan terus memacu parti ke arah kemenangan mengikut landasan yang diredhai oleh Allah SWT. Di akhir ucapan, beliau mengingatkan para ’amilin PAS di Perak khususnya bahawa dalam situasi yang semakin memuncak ini, kita seharusnya lebih berwaspada dengan isu dan proaktif dalam memberikan penerangan kepada masyarakat.

KUNJUNGAN HORMAT KEDUTAAN UNITED STATES KE PEJABAT PAS PERAK

18 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH, Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan United States di Kuala Lumpur pagi tadi telah disambut mesra oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato’ Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain.

Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak.

Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr . Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana.

Beliau menyatakan kekagumannya kepada PAS yang begitu terbuka pemikiran dan tindakan, ia sangat berbeza dengan gambaran yang diterima dari pihak lain yang mengambarkan PAS sebagai fanatik agama, anti pembangunan dan berbagai persepsi negatif yang lain.

Menurut wakil kedutaan U.S itu, Melalui kunjungan-kunjungan beliau ke PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini ternyata semua tohmahan adalah palsu. PAS juga disifatkan bijak dalam menanggani apa sahaja isu seperti penggunaan kalimah Allah, perkauman, rasuah dan sebagainya. Beliau berjanji akan memberi gambaran sebenar tentang PAS kepada rakyat dan media Amerika.

Suasana menjadi semakin rancak dalam sesi dialog dan soal jawab antara pimpinan PAS Perak dan En. Jeremy yang masing-masing memberi pandangan terhadap isu-isu politik nasional dan Perak. Beliau begitu pekaterhadap perkembangan politik di negara ini, dan ingin mengetahui isu sebenar dari sumber yang sah. Melalui pertemuan seumpama ini, beliau mendapat gambaran sebenar dari sumber yang benar dan tepat.

ZAMBRY DICABAR BERDEBAT

18 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH, 1 Februari , PAS Perak melalui setiusahanya, Ustaz Misbahul Miunir Masduki menempelak kenyataan Dato’ Seri Zambry dalam wawancara Setahun Melayari Arus di Perak FM yang telah mencabar PR membubarkan 28 kerusi yang dimenangi secara sah dalam pilihanraya yang lalu. Menurut beliau kenyataan ini bukan sahaja sombong bahkan ini menunjukkan kedangkalan Dato’ Seri Zambry dalam berpolitik. Menurut beliau lagi pembubaran hanya boleh berlaku jika DUN Perak dibubarkan, di Perak hanya dengan pembubaran DUN membolehkan pilihanraya semula diadakan bagi memilih kerajaan yang baru. Beliau juga menyatakan bahawa PR dipilih oleh rakyat melalui suara demokrasi yang sah, sedangkan pembentukan kerajaan BN adalah melalui cara rampas kuasa dan perkara ini jelas telah mengkhianati amanah rakyat.

Sehubungan dengan itu beliau berpendirian sepatutnya DUN Peraklah yang wajib dibubarkan, dan rakyat akan mengundi sekali lagi bagi memilih kerajaan yang baru.

Beliau juga turut mencabar supaya Dato’ Seri Zambry berdepan dan berdebat dengan Dato’ Seri ir Haji Nizar bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam tempoh setahun Prakatan Rakyat memerintah dengan setahun pemerintahan rampasan kuasa oleh Umno BN ini. Memetik ucapan beliau “ Jika umno BN berani, kita cabar supaya siarkan
debat tersebut secara langsung di media arus perdana”. “ Selepas berdebat, esok bubarkan DUN bagi membolehkan rakyat menjadi hakim yang adil dalam menilai pencapaian kerajaan masing-masing”.

Sehubungan dengan itu, beliau akan menghantar surat cabaran terbuka kepada Dato’ Seri Zambry untuk menawarkan pentas rakayt untuk merealisasikan debat antara Dato’ Seri ir Haji Nizar dan Dato’ Seri Zambry

Tips Individu Berjaya

18 Safar 1431H
Email : sal_ehs gerrard

Firman Allah SWT (bermaksud):

[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)


Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:

* Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
* Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
* Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
* Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
* Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
* Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
* Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
* Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.


Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:

* Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
* Mengawal diri untuk berbicara.
* Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
* Berdiam ketika perlu.
* Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
* Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
* Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
* Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
* Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
* Jika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.


Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:

* Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
* Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
* Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
* Membantu secara sukarela tanpa diminta.
* Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
* Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
* Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
* Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
* Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
* Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.


Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) .

Teknik perlaksanaan:

* Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
* Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
* Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
* Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
* Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
* Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
* Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
* Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.


Sifat Kelima:
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:

* Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
* Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
* Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
* Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
* Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
* Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.


Perkara-perkara tuntutan amanah:

* Perkara fardhu dalam agama.
* Penempatan orang-orang Islam.
* Anggota badan.
* Waktu.
* Ilmu.
* Harta.
* Barang titipan.
* Rahsia orang lain.
* Tugas dan jawatan.
* Perkara yang diminta untuk dibincangkan.


Sifat Keenam:
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:

* Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
* Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
* Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
* Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
* Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
* Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.


Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:

* Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
* Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
* Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
* Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
* Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

Apa Yang Ada Dalam Blog Saya?

Jom melawat :
http://sallehsgerra rd.blogspot. com

Syukurlah kepada Allah

18 Safar 1431H
Email : Esbee Ai

Erti Syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa.

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".

Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak tahu mengenang jasa.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". (Yaasin: 73)

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

3 Amalan Yang Berkat

18 Safar 1431H
Email : Esbee Ai

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyan g dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari)

Huraian

Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya.

Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).