27 January 2010

Nizar : 24 jam tempoh TV 3 dan TV 9 mohon maaf

DS, Nizar didampingi oleh Pimpinan PAS Perak dan Pimpinan pemuda PAS Perak bergambar dengan mempamerkan poster Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP),pada kesempatan itu pemuda menegaskan keyakinannya keputusan mahkamah akan menyebelahi MB Pakatan Rakyat dan bersedia dengan persiapan untuk menghimpunkan 10,000 orang pemuda PAS di Darul Taklim Ijok, Larut pada 31 januari ini.

11 Safar 1431

IPOH: Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin menegaskan dia memberi tempoh selama 24 jam kepada TV 3 dan TV 9 untuk memohon maaf dengan berita berunsur fitnah yang disiarkan mengenai kononnya Pegawai Khasnya di tahan oleh SPRM dan dikaitkan dengan rasuah. Demikian penegasan beliau dalam sidang media yang diadakan disini petang tadi.


Mendampingi beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak, Dr. Khairuddin Abd. Malik, Setiausaha PAS Perak, Ust. Misbahulmunir Hj. Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim, Pemangku Ketua Pemuda PAS Perak, Ust. Nuri, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Iskandar dan beberapa pemimpim pemuda yang lain.

DS> Nizar juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakyat Perak apabila mendoakan keselamatan setelah terlibat dengan kemalangan beberapa minggu lepas, "InsyaAllah kita akan meneruskan perjuangan dan meneruskan usa mengembalikan hak yang dirampas" tegasnya.

Menurutnya lagi Mahkamah Persekutuan mengesahkan kelmarin pada 9hb Feb akan diumumkan kes besar ini, sewajarnya diumumkan secepat mungkin, namun setelah 3 bulan ianya akan diumumkan.

"Kami akan terus mengembeling dan menambah program untuk menyatakan keputusan yang diumumkan sesuai dengan undang-undang sedia ada" tegasnya.

Beliau menaruh keyakinan semua hakim tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuklah oleh hakim-hakim yang lain, supaya hak rakyat dikembalikan, demokrasi dikembalikan.

Pada sidang media yang dihadiri sekitar 30 orang rakan media itu beliau terus mengulangi kenyataannya sebelum ini untuk secepat mungkin memohon dibubarkan dari Sultan Perak dan memberi laluan kepada rakyat Perak untuk memilih semula.

"Kita cuma bergantung dengan kuasa yang halal dan sah,Mari kita sama-sama berdoa semoga kemenangan menyebelahi Pakatan Rakyat." ucapnya

"Semalam berita TV3 dan TV9 telah mengeluarkan kenyataan berupa fitnah dimana saya menafikan sekeras-kerasnya dan saya telah berhubung dengan peguam untuk membawa kemuka pengadilan."dedahnya dengan nada kesal.

"Saya bagi tempoh 24 jam untuk mereka memohon maaf dan memberi jaminan sekiranya mereka memohon maaf dalam tempoh 24jam kita tidak akan bawa kemuka perundangan."tegasnya

Beliau merujuk tempoh 24jam adalah daripada sekarang kerana ini kenyataan rasmi.

Nizar akan ambil tindakan undang-undang terhadap TV3, TV9

11 Safar 1431H
http://misabah.blogspot.com

Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah.

Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato' Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya

[Fikrah Islamiah] Wang ihsan kenapa ditolak Kerajaan Kelantan

11 Safar 1431H
Ahmad Baei Jaafar

Berdasarkan berita tv semalam, iaitu hasil daripada Kerajaan Kelantan menolak cadangan kerajaan pusat untuk melantik wakil kerajaan dalam jawatankuasa perundingan wang ihsan, rakyat Kelantan menggesa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertimbangkan semula penolakan itu.

Saya mendengar dengan penuh teliti kata-kata beberapa orang yang ditemubual bagi menyokong berita tersebut. Kata mereka, Menteri Besar patut pertimbangkan semula penolokan itu demi rakyat. "Rakyat miskin perlukan wang ihsan itu, dia dah ada gaji tak mengapalah," kata seorang wanita 60-an.
"Ketepikan soal politik, sebab wang ihsan ini akan diberi sama rata kepada rakyat tanpa mengira parti Pas atau Umno," kata seorang lelaki 60-an.

Ada juga yang berkata, wang ihsan untuk rakyat Kelantan kenapa pula hendak disekat. Kata-kata ini sudah tentu merujuk kepada tindakan kerajaan Kelantan itu sebagai menyekat kemasukan wang ihsan.

Saya tidak pasti sama ada ucapan itu sudah diset oleh wartawan atau idea mereka sendiri. Kalau ucapan itu datang daripada mereka sendiri, adalah mereka mewakili seluruh rakyat Kelantan. Hal ini kerana mengikut laporan berita tv itu pandangan tersebut sebagai mewakili hampir keseluruhan rakyat Kelantan.

Kalau jawapan itu sudah diset begitu, berita ini secara tidak langsung mendedahkan ketidakcerdikan orang Kelantan kerana jawapan itu menunjukkan mereka sendiri tidak tahu hakikat wang ihsan. Lebih malang lagi kalau jawapan itu diajar oleh orang politik, maka rakyat menjadi mangsa politik mereka. Sepatutnya mereka dijelaskan terlebih dahulu konsep wang ihsan dan bagaimana akan diagihkan.

Saya percaya ramai lagi yang ditemubual, tetapi jawapan mereka mungkin tidak mahu dipimpin maka sebab itu suara mereka tidak disiarkan. Orang Kelantan yang saya kenal, mereka bijak berfikir maka tidak mungkin akan memberi jawapan seperti di atas. Sebaliknya mereka akan melihat isu yang diperbincangkan.

Dijelaskan di sini, wang ihsan seperti yang dijanjikan Kerajaan Pusat tetap akan sampai ke negeri Kelantan sama ada dipersetujui Kerajaan Kelantan atau tidak. Kemudian penubuhan jawatankuasa perundingan wang ihsan sama ada disertai oleh Kerajaan Kelantan atau tidak, wang ihsan akan tetap sampai ke Kelantan.

Pada saya Kerajaan Kelantan menolak tawaran itu mungkin kerana dua sebab ; pertama walaupun kerajaan menyertainya wang ihsan akan disalurkan seperti yang dirancang oleh kerajaan pusat; kedua dengan menyertai jawatan kuasa itu bererti kerajaan negeri menerima konsep wang ihsan tajaan kerajaan pusat. Ini bermakna, rancangan saman kerajaan negeri terhadap kerajaan pusat terpaksa dihentikan.

Sebenarnya, wang ihsan akan diberikan kepada Ketua Bahagian Umno seluruh Kelantan. Merekalah yang akan mengagihkan wang itu mengikut perancangan yang ada. Namun wang itu tidaklah diberi kepada individu sebaliknya melalui projek Kerajaan Pusat.

Berdasarkan itu, rakyat Kelantan sama ada yang bercakap dalam tv atau yang mendengarnya tetap tidak akan mendapat wang ihsan. Maknanya sama ada kerajaan Kelantan bersetuju atau tidak, rakyat Kelantan tidak akan merasai wang itu kecuali dalam bentuk projek seperti jalan, bangunan dewan dan sebagainya.

Dalam hal ini rakyat Kelantan yang bercakap dalam tv itu harus diberitahu hakikat wang ihsan ini dan perbezaannya dengan wang royalti yang diminta oleh Kerajaan Kelantan. Jika kerajaan memperolehi royalti, wang itu akan dimasukkan dalam tabung negeri. Maka kerajaan negeri akan menggunakan wang itu untuk projek kerajaan negeri secara lebih tersusun.

Saya melihat isu ini berlanjutan hanya kerana mainan politik yang tidak bijak. Kerajaan pusat boleh terus menggunakan istilah wang ihsan tetapi konsepnya perlu diubah iaitu wang itu hendak dimasukkan dalam tabung kerajaan negeri. Dengan cara ini kerajaan pusat akan lebih dilihat mementingkan rakyat daripada politik sesuai dengan falsafahnya, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Saya yakin kalau Kerajaan Pusat sanggup berbuat begitu, seluruh rakyat Malaysia akan hormat dan bangga terhadap Perdana Menteri dan pada masa yang sama Kerajaan Kelantan akan hentikan usaha menyaman Kerajaan Pusat. Hal ini kerana wang ihsan dan royalti adalah sama.


Kenapa Kite Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak?????....

11 Safar 1431H
Emel : Wan Sanusi Wan Ali

Mari kite cuba ramai2..

meh kite tengok ekspiremen sains kat bawah nie...untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone....

sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-
1. Kuali sebijik...cari yang leper tu...

2. 3 bijik kad..kad manila pon buleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...

3. 1 rol kertas foil...kertas timah tu laa....yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa...

4. Handphone sebijik...dan pastikan gak ade kredit...

5. Minyak petrol sikit..kalo xnak beli kat stesen....curik jer kat moto abang, ayah atau adik korang...


susun kad tadi lebeh kurang macam nie...

letak plak kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol ckit...

TIBA-TIBA

api menyala !!!
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....



SALAHKAH GURU?

11 Safar 1431H
Emel : Naninu Sakun

Assalamualaikum semua!

Tanggal 25 Januari 2010, muka hadapan kosmo telah meletakkan kes GURU SAMAN BEKAS GURUBESAR. Dalam kes ni guru berkenaan telah memfailkan saman terhadap 2 bekas gurubesarnya dan seorang pegawai di JPN Kedah. Semuanya ini terjadi ekoran guru berkenaan menghadapi tekanan yang teruk dek perbuatan mereka yang kena saman. Dalam hal ini siapa yang perlu dipersalahkan? Saya tidak sabar untuk melihat kes ini bila dibicarakan nanti. Segala2nya kita serahkan pada mahkamah. Yang saya nak ulas dalam kes ini BURUK SANGATKAH GURU hingga kes ini diletakkan dimuka hadapan akhbar sebagai tajuk utama. Di dalam akhbar tersebut juga mengulas kes2 guru menyaman di Malaysia ini. Secara kesimpulan bila saya membacanya menunjukkan guru2 berdosa besar. Kenapa ini terjadi? Kenapa Setiausaha KPPK tidak membela guru2 ini? Mana KPPK? Mana Presiden KPPK? Kenapa bila kes2 yang membabitkan guru2 hanya setiausaha KPPKje yang pandai bersuara di media kononnya anda pembela guru? Kenapa bila ada guru menghubungi anda, anda memarahi pula guru? Saya ada bukti dalam hal ini wahai setiausaha KPPK. Kita tinggalkan setiausaha KPPK biar beliau muhasabah diri.

Bila sebut sahaja kes yang membabitkan guru2 di Malaysia tidak kiralah betul ataupun tidak, saya lihat media akan menyalahkan guru2. Guru2 juga ada hati dan perasaan, takkanlah sebab nila setitik semua guru dihukum durjana. Guru2 sendiri telah terbeban dengan tugasan di sekolah yang memang dah mencabar etika profesional mereka. Bayangkanlah dari seawal jam 5 pagi mereka telah bangun untuk menyiapkan diri bagi menghadapi tugasan seharian mereka. Sesampai sahaja disekolah segala2 tugasan bermula dari yang wajib hinggalah yang sunat dan harus. dalam hal ini guru2 lebih faham maksud yang tersirat ini. Namun begitu kenapa media tidak nampak? Kenapa KOSMO tidak nampak? Didalam etika perguruan telah jelas seseorang guru tidak boleh menjatuhkan airmuka seseorang guru itu dihadapan guru2 lain dan murid serta orang sekeliling. Justeru, tidak salah kiranya guru boleh menyaman jika maruah sendiri telah tercabar seperti kes saman tersebut.

Dalam hal ini kepada para guru besar, pengetua dan pentadbir sekolah dan JPN hendaklah mengambil iktibar dan muhasabah tentang perkara ini. Janganlah terlalu bebankan guru2 dengan tugasan2 yang kadangkala tidak logik dek akal contohnya sekolah tamat jam 1.10 tengahari tetapi guru2 hanya boleh balik jam 2 petang. Alasan boleh guru2 menyiapkan kerja2lah dan bermacam2 lagi. Bagi guru2 yang ada anak di sekolah2 lain yang perlu mengambil anak2 mereka pulang sekolah bagaimana mereka? Apa yang terjadi kepada anak2 guru yang terpaksa menunggu ayah dan ibu mereka mengambil mereka disekolah? Bagaimana pula dengan anak2 guru yang terpaksa pergi ke sekolah agama petang pula yang bermula jam 2.30 ataupun jam 3petang? FIKIR2KANLAH WAHAI PENTADBIR.............jadilah orang yang berperikemanusiaan bukan memburukkan profesion yang mulia ini...wallahuaklam...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Benarkah pegawai khas Nizar di tahan SPRM ?

11 Safar 1431H


Sepanjang hari semalam sehingga larut malam saya masih menerima panggilan dan sms bertanyakan mengenai berita yang didakwa disiarkan dalam berita di TV 3 mengenai pegawai Khas kepada MB Rakyat Perak, DS. Nizar yang dikatkan dengan siasatan SPRM yang hangat diperkatakan sekarang.

Secara kebetulan berita kelmarin juga dihangatkan dengan surat yang diterima oleh DS. Nizar mengenai tarikh 9 Februari yang akan memutuskan keputusan perbicaraaan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November tahun lepas.

Saudara Amran Harun adalah Pegawai Khas kepada DS.Nizar dan sampai semalam saya bersama beliau dan maklumat yang diberikan kepada saya ialah dalam salah seorang yang ditangkap oleh SPRM , individu tersebut memiliki kad nama yang memperkenalkan dirinya adalah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Setelah diadakan pemeriksaan kembali kepada nama yang terlibat, ianya adalah seorang yang tidak dikenali oleh kami. Semacam satu penyamaran dan suatu yang serius yang saya kira akan disusuli oleh DS.Nizar sendiri untuk membuat penafian secara tegas dalam kes ini.

Penyamaran adalah sesuatu yang salah dan melanggar hukum negara. Dalam Islam menyamar menjadi adalah salah apalagi dengan tujuan untuk menfitnah orang lain. Kerja menyamar adalah kerja Iblis dan Syaitan dan dia boleh menyamar menjadi siapa sahaja selagi diizinkan oleh Allah.

Tetapi hanya satu sahaja yang tidak boleh ditiru oleh Iblis iaitu menyamar menjadi Rasulullah ,suara atau batang tubuh Nabi.

Kerana itu saya mengambil sikap sangat berhati-hati dalam soal penyamaran ini, juga saya nasihatkan kepada semua rakan ADUN Pakatan Rakyat Perak supaya berjaga-jaga dan berhati-hati dengan usaha sedemikian yang ada kaitan dengan penyamaran di atas.

Kalau ianya adalah provokasi dan konspirasi pihak tertentu dan satu agenda yang terancang, ianya adalah sesuatu yang malang kerana mereka yang bukan menyamar, malah terang lagi bersuluh melakukan rasuah tidak disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM.

Wakil Jawatankuasa: Kelantan tolak, Awang Adek dan Umno khianat

11 Safar 1431H
http://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar tindakan Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mendakwa bahawa sebuah jawatankuasa yang turut disertai kerajaan negeri Kelantan akan ditubuhkan bagi menentukan jenis projek dan kaedah penyaluran wang ihsan.

Awang Adek cuba menunjukan bahawa Kelantan seolah-olah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa. Kenyataan putar belitnya jelas menyimpang jauh dengan pendirian Kelantan yang menolak idea Wang Ehsan bagi mengantikan Wang Royalti bagi isu minyak dinegeri itu. Menteri Besar kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan;

“Kalau dijemput untuk runding terima wang ihsan, saya tak akan pergi, kerajaan negeri seratus-peratus akan tolak. “

“Kalau nak bagi ihsan tak payah rundinglah, kerana dia paksa dan saya tidak akan terima”

Sebagai orang Kelantan, Awang Adek sewajarnya mempunyai rasa kebersamaan dengan rakyat untuk pertahankan hak dan sumber negeri Kelantan bukannya mengkhianati rakyat.

Kempen Umno Juara Rakyat di Kelantan sudah gagal sebelum dilancarkan dek kerana isu tuntutan Royalti ini.

Maka PAS mengingatkan Awang Adek yang menjadi Timbalan Menteri dari pintu belakang pejabat Perdana Menteri agar tidak memainkan wayang pacak yang enggan dilihat oleh rakyat. Tuntutan rakyat Kelantan jelas, bayar wang royalti bukan wang ehsan.

Kalau Kelantan terima wang ehsan hari ini maka sampai bila-bila pun ianya akan kekal wang ehsan sama seperti yang BN Terengganu hadapi sekarang.

Maka rakyatlah yang akan rugi kerana berbilion wang royalti yang jadi hak negeri telah dirompak oleh Kerajaan Persekutuan. Ketahuilah, rakyat Kelantan bukannya peminta sedekah sampai perlukan duit ehsan, rakyat Kelantan berhak dapat Royalti.

PAS berharap dengan keputusan tegas Kerajaan Negeri itu, maka wang ehsan tidak menjadi keperluan atau isu sekarang.

Sekiranya wang ehsan itu masuk ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan maka ianya adalah wang haram dari segi semangat federalisme.

PAS yakin, Umno akan mengunakan wang itu sepenuhnya bagi menjalankan kempen Umno Juara Rakyat di kelantan dengan menaja wakil rakyat dan Umno Bahagian mengadakan program bersama rakyat.

PAS juga yakin rakyat Kelantan memahami perkara ini, dan sesekali tidak akan membiarkan Kelantan menjadi seperti Terengganu yang kembali kepada BN setelah wang ehsan ditaburkan.

PAS juga mahu Jabatan Audit Negara memeriksa akaun Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan oleh BN disemua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, kerana rakyat mahu tahu berapa banyak duit mereka dibazirkan oleh ‘Kerajaan haram BN’ ini.

Ust Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Harakahdaily.net/-

Royalti: Pendirian tegas Nik Aziz disokong

11 Safar 1431H
M Faqih

KOTA BHARU, 25 Jan: Pelbagai pihak di sini mahu kerajaan negeri mempertahankan tuntutan royalti minyak dan bukan wang ihsan seperti dicanang pemimpin Umno.

Malah mereka menganggap ketegasan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan melantik wakil kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Wang Ihsan di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai tepat.

Pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusoff berkata, kerajaan negeri perlu mempertahankan hak ke atas royalti sebagaimana termaktub dalam Akta Petroleum 1974.

Katanya, kerajaan pusat sebenarnya tidak ada hak ke atas royalti tersebut kerana perjanjian dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas dan bukan kerajaan pusat.

“Sekarang kita pun hairan dari mana pula kuasa kerajaan pusat untuk menentukan royalti menjadi wang ihsan.

“Ini langsung telah melanggarkan lunas-lunas federalisme yang dilaungkan kerajaan sejak merdeka,” katanya di sini.

Semalam, Menteri Besar Kelantan menolak pelantikan wakil kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Pembangunan Wang Ihsan yang akan diletak di bawah JPP.

Sebelum itu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin memberitahu kerajaan pusat akan menubuh jawatankuasa terbabit bagi menentukan kaedah penyaluran wang ihsan hasil petroleum yang dicari gali di perairan Kelantan.

Dr Abdul Halim bimbang wang ihsan hanya akan menjadi alat politik kepada pemerintah dan bukan bagi memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Tidak mustahil ia akan menjadi alat kepada kempen Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang seperti pernah berlaku di Terengganu,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menyokong pendirian Menteri Besar menolak menghantar sebarang wakil dalam Jawatankuasa Pembangunan Wang Ihsan.

Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyokong penuh pendirian tegas Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi mempertahankan hak Kelantan ke atas royalti minyak.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tidak berbangkit sama sekalik kewujudan Jawatankuasa Pembangunan Wang Ihsan kerana ia bertentangan dengan perjanjian yang ditandatangani berpuluh tahun lalu.

“Sepatutnya kerajaan negeri yang mencadangkan pelantikan wakil kerajaan pusat dalam jawatankuasa royalti minyak kerana ia menjadi hak mutlak kerajaan negeri.

“Dan JPP pula suatu entiti yang tidak sepatutnya wujud kerana jabatan itu hanya ada di negeri-negeri yang BN kalah. Peranan JPP bercanggah dengan konsep federalisme.

“Oleh itu Dewan Pemuda mencadangkan JPP dibubarkan sekiranya benar Perdana Menteri mahu mengamalkan konsep 1Malaysia,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

Karnival Penang Harmoni Februari ini

11 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang akan menganjurkan Karnival Penang Harmoni selama seminggu bermula 1 hingga 7 Februari depan di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Selain melibatkan ketiga-tiga parti alam pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP, karnival bertemakan 'Penang Harmoni Muhibbah dan Berintegriti' itu turut melibatkan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Lajnah berkenaan, Zulkifly Ishak berkata, program berkenaan diadakan bagi membuka peluang kepada rakyat mendapat penjelasan berkenaan isu-isu yang berlaku dalam negara.

Karnival berkenaan akan dirasmikan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1 Februari.

Akan hadir bersama beliau, Ketua Penerangan, Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Negeri, Salleh Man dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V.Sivakumar.

Pada hari kedua, karnival diisi dengan forum perdana yang akan menampilkan tiga panelis iaitu Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Zawawi Nik Saleh, Ahli Parlimen Baling Taib Azamudin dan Setiausaha Politik Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Misbahul Munir Masduki.

Pada 3 Februari pula, pentas akan dihangatkan dengan pidato yang disampaikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan seorang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Speaker DUN Kelantan, Nasaruddin Daud, Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, P Ramasamy akan menyampaikan pidato mereka pada 4 Februari.

Seterusnya pada 5 Februari, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Azmin Ali serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh akan memberikan ceramah pada malam itu.

'Malam Kemanusiaan dan Keseniaan Islam yang akan dikendalikan oleh seorang tokoh motivasi Ustaz Abdullah Khairi mengambil tempat pada malam kemuncak karnival, 6 Februari.

Para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan empat penyanyi Rock 90an iaitu bekas vokalis Kumpulan Wings , Mel, Radhi Abdul Hamid dari Mellisa, Mael dari XPDC dan Renggo dari kumpulan Arrow.

Manakala pada malam terakhir, tiga pimpinan Pakatan iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah akan menyampaikan ceramah.

Selain mendengar pidato dan ceramah dari pemimpin Pakatan, pengunjung juga boleh menambah pengetahuan dengan berkunjung ke gerai-gerai pameran di samping membeli-belah di gerai jualan yang akan dibuka.

Justeru, pihak penganjur amat mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat dari dalam dan luar Pulau Pinang ke karnival berkenaan.

Harakahdaily.net/-

Kemelut politik Perak menghampiri penghujungnya

11 Safar 1431H
Al-Husseyn

Melihat kepada kenyataan rasmi Sekretariat Pakatan RakyatNegeri Perak , maka kini , desas desus mengatakan Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan adalah sangat berasas.

Bahawa MB Rakyat Perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin memaklumkan telah menerima surat rasmi dari Mahkamah Persekutuan, yang akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.

Selain itu, khabar angin luas merebak bahawa DUN Perak akan dibubarkan menjelang tahun baru Cina, apabila Nizar diumumkan memenangi kes itu dengan 4:1. Nizar seperti dijanjikan jika memenangi kes itu akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Zambry Kudeta telah dilihat bersama dengan Perdana Menteri dalam lawatannya ke India sebagai satu perbincangan berkenaan politik Perak serta Pengerusi SPR mengadap Sultan Perak sebagai satu petanda cukup bai bahawa DUN Perak akan dibubar dan Pilihanraya baru akan diadakan.

Krisis politik Perak yang melanda hampir setahun yang lalu masih belum reda menyebabkan kedudukan kerajaan kudeta Zambry umpama telur di hujung tanduk.Tiada apa-apa kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan kudeta Zambry, berbanding dengan era pentadbiran Pakatan Rakyat dibawah DS Ir Nizar.

Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak pada 31 Januari di Darul Taalim, Selama, akan memperlihatkan semangat dan komitmen perjuangan. (Sila lihat banner diatas blog ini)

Dengan adanya pilihanraya ini nanti, dapatlah rakyat Perak diberikan hak mereka untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan.Samada mahukan UBN atau Pakatan Rakyat.

Kita berharap SPR akan melaksanakan tugasnya dengan telus dan adil supaya proses PRU dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya.Maka dengan ini, adalah diharapkan kemelut politik Perak akan sampai ke penghujungnya dimana rakyat negeri Perak akan dapat hidup aman dan makmur dan hanyalah dengan memilih Pakatan Rakyat , jaminan tersebut akan tercapai .

Harakahdaily.net/-

Khutbah Masjid Negara mengelirukan

11 Safar 1431H
Mohd Rashidi Hasan

KHUTBAH Masjid Negara hari ini (Jumaat, 22 Jan) amat menarik. Menarik kerana ia mengambarkan seolah-olahnya Malaysia sebuah negara Islam yang unggul dan umat Islam terpelihara akidahnya.

Khutbah yang bertajuk 'Kafir zimmi kafir harbi' itu mempertegaskan pendirian Kabinet Malaysia dalam beberapa mesyuarat yang tegas melarang penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.

Dalam khutbahnya, khatib mempertahankan tindakan Kabinet dan memberi gambaran bahawa kerajaan yang diterajui orang Islam dari parti Umno, tidak akan bertolak ansur dalam soal memelihara iman dan akidah.

Persoalan yang hendak dibahaskan di sini, bukan setakat kalimah Allah. Harus ditanya, apakah benar Umno-BN serius atau genuine dalam memelihara iman dan akidah umat Islam?

Pada aspek mana Umno boleh diyakini sebagai parti yang memelihara kesucian Islam dan menjaga kepentingan umat Islam keseluruhannya?

Jika Umno mahu memelihara kalimah Allah dari digunakan orang kafir, kononnya bagi mengelakkan akidah umat Islam terjejas, sedarkah mereka apakah aspek atau sebenar yang boleh merosakkan akidah?

Apakah selama ini Umno sebagai sebuah parti besar dianggotai oleh kaum Melayu-Islam yang begitu komited melaksanakan apa sahaja arahan Allah yang terkandung dalam al-Quran?

Tidak payah sebut soal Islam. Tidak perlu bahas soal ketulenan amalan dan perlaksanaan Islam oleh Umno. Lihat sahaja konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan. Semua jadi caca merba dan huru hara.

Konsep 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, masih belum memberikan impak yang memberangsangkan buat Najib, apatah lagi ia terus gagal menjernihkan imej BN di mata rakyat.

Dalam menanggani isu kalimah Allah, Pakatan Rakyat begitu konsisten dengan pendirian mereka, sebaliknya dalam BN, hanya Umno sahaja yang kelihatan 'begitu pantang', apabila mahkamah membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah tersebut.

Umno-BN berbangga dengan konsep 1 Malaysia, dengan 'Salam 1Malaysia', 'Klinik 1Malaysia' dan banyak lagi, kononnya melambangkan betapa majmuknya BN.

Dalam masa yang sama Umno cuba 'menangguk di air yang keruh', mengambil kesempatan politik daripada isu-isu yang membabitkan perkauman dan agama.

Demi kepentingan politiknya yang sempit, dalam satu masa wajah Umno boleh berubah-rubah, bersikap double-standard dan 'talam dua muka' mereka semakin terserlah.

Selepas mahkamah membenarkan buletin The Herald milik penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, media arus perdana milik Umno-BN memainkan sentimen kebangkitan orang Melayu-Islam yang menentang keputusan tersebut.

Mereka menentang kerana bagi mereka kalimah Allah adalah hak ekslusif orang Islam, mereka menentang kerana mereka tidak mahu Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut untuk memesongkan atau memurtadkan umat Islam. Dan ada pula kalangan mereka yang berhujah, dari segi bahasa (bahasa Melayu), kalimah Allah tidak sesuai digunakan oleh gereja.

Dalam hal ini, PAS melalui Mursyidul Amnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai pendirian yang konsisten, selaras dengan Islam, iaitu tiada halangan untuk penganut agama samawi, seperti Kristian (disebut Nasara dalam al-Quran), untuk menggunakan kalimah Allah.

Kalimah Allah tidak menjadi hak ekslusif umat Islam semata-mata. Allah adalah tuhan bagi seluruh alam. Soal bagaimana tuhan Allah ditafsirkan mengikut fahaman agama masing-masing, harus dibahaskan pada platform yang lain. Yang jelas Allah pada tafsiran Islam tidak sama dengan agama-agama lain.

Bagaimanapun di dalam keterbukaannya, PAS dengan tegas memberi amaran supaya kalimah itu tidak disalahgunakan untuk memesongkan akidah umat Islam.

Untuk menjawab dakwaan yang menyatakan kebimbangan tentang terpesongnya akidah, harus ditanyakan kembali, akidah umat yang bagaimana bakal dimurtadkan? Atau ciri-ciri umat yang bagaimana, mudah terpengaruh dengan ajaran Kristian. Atau golongan manakah yang menjadi sasaran dakyah Kristian?

Sudah tentulah mereka ini tergolong dari kalangan orang miskin yang melarat, anak-anak muda yang terlalu sosial serta rosak akhlak, sentiasa menjadikan kelab-kelab malam sebagai tempat 'iktikaf' mereka, dan mereka yang menyuburkan kehidupan dengan 'budaya kuning.'

Pokok persoalannya di sini ialah dasar pemerintahan. Bukankah, kemiskinan sengaja dibiarkan oleh Umno-BN? Kemiskinan dijadikan alat. Mengambil kesempatan dan mengumpan golongan yang melarat ini pada setiap kali pilihan raya.

Akibat amalan Umno-BN, yang menjuruskan perjuangannya mengamalkan secara berleluasa dasar korupsi, kronisme dan nepotisme, menyebabkan rakyat kebanyakan terpinggir, melarat dan dibelengu kemiskinan. Apabila dasar sudah rosak, maka rakyat yang terbiar, akan mudah dipesongkan.

Gejala riddah (murtad) mudah berlaku ketika mana anak-anak muda disuburkan dengan budaya Barat. Mengunjungi kelab malam, berpesta siang malam, pergaulan bebas, terlibat dalam gejala arak dan maksiat.

Salahnya ialah apabila kerajaan Umno-BN tidak mahu melaksanakan undang-undang selaras dengan syariat Islam, maka anak-anak remaja Islam, semakin tidak terkawal dan jauh dari agama. Gaya hidup bebas, menyebabkan mereka tidak melakukan solat, tidak berpuasa dan memandang remeh perihal agama.

Malah ada penganalisis mengatakan sejak dahulu lagi, Umno-BN sengaja membiarkan anak-anak muda ini subur dengan budaya kuning supaya mereka tidak peduli dengan politik, malah jauh dengan politik Islam yang dipelopori PAS.

Apabila anak-anak muda berpeleseran ini, tidak peduli tentang politik, maka ia memudahkan kerajaan yang ada, disokong dan terus kekal, kerana mereka menyediakan kemudahan 'hiburan' yang mencukupi bagi memuaskan kehendak anak-anak muda.

Namun strategi ini barangkali tidak boleh bertahan lama. Sejak zaman dunia tanpa sempadan, zaman internet, golongan muda semakin celik politik dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa, walaupun mereka tidak menyertai mana-mana parti politik.

Sejak perubahan iklim politik tahun 1998/1999, ramai golongan muda yang sudah tidak menyokong Umno-BN.

Apa pun kebanyakan golongan yang terjamin ekonomi mereka, golongan yang mendampingi masjid dan menjadikannya sebagai tempat ibadah dan bersosial, serta menjadikan Islam sebagai ad-din, insya Allah akan terpelihara dan tidak risau dengan ancaman riddah.

Ada juga kalangan ahli-ahli bahasa menyebutkan bahawa dari segi bahasa Melayu tidak sesuai orang Kristian menggunakan kalimah Allah. Mereka berhujah bahawa, dari sudut sejarah dan perlembagaan, Melayu dan Islam dalam konteks Malaysia sangat sinonim. Maka dengan itu golongan bukan Melayu tidak wajar menggunakan kalimah Allah.

Hujah ini merupakan hujah yang tidak praktikal. Kepada mereka harus ditanya, dari mana asalnya bahasa persuratan Melayu? Bukankah dari Indonesia yang mempunyai ratusan juta umat Melayu? Indonesia menjadi tempat suburnya karya-karya persuratan dan vocabulary Melayu sejak zaman berzaman.

Sudah ratusan tahun Melayu-Kristian di Indonesia menggunakan kalimah Allah. Serupa juga dengan Sabah dan Sarawak.

Malah, yang harus ditanya mengapa kerajaan Umno-BN membenarkan Kristian di Sabah-Sarawak mengunakan kalimah tersebut, tetapi di Semenanjung tidak dibenarkan?

Apakah ada beza (dari segi kependudukan kaum dan agama) Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur? Mengapa tidak diterimapakai konsep 1Malaysia dalam konteks ini? Ini sudah jadi 2Malaysia!

Maka pada penulis, pokok persoalannya di sini ialah bukan soal kalimah Allah. Ia adalah persoalan dasar, persoalan prinsip dan asas kepada sesebuah pemerintahan. Persoalan ini yang sengaja dielakkan oleh penulis-penulis teks khutbah, sehingga memberikan gambaran yang mengelirukan.

Selama lebih 50 tahun Umno-BN memerintah, tidak melaksanakan syariat Allah, menjauhkan umat dari agama Allah, malah berusaha menyekat dan menganiaya PAS dan berusaha memartabatkan kalimah Allah sejak sekian lama, maka bagaimana boleh diharapkan golongan seperti ini untuk melindungi kesucian Allah?

JUsteru dalam membuat kesimpulan ini, penulis ingin mengungkapkan SMS dari seorang rakan yang asalnya Melayu-Islam tetapi tidak mempercayai agama. Ketika ditanya kepada beliau, apakah beliau tidak mempunyai apa-apa perasaan dalam isu Allah, lalu dijawabnya kepada penulis.

"Allah tidak memerlukan insan yang lemah untuk melindungi-Nya."

Harakahdaily.net/-

PAS Tasek Gelugor rayu bantu mangsa kebakaran

11 Safar 1431H
Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 25 Jan: PAS Kawasan Tasek Gelugor memohon simpati orang ramai membantu meringankan bebanan keluarga Mohd Radzi Ahmad kerana tinggal sehelai sepinggang ekoran kebakaran kediamannya di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Ahad lalu.

Setiausaha PAS kawasan, Zamri Darus ketika ditemui di lokasi kejadian memberitahu, Mohd Radzi walaupun tinggal di Permatang Sungai Dua iaitu di rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya merupakan ahli PAS Cawangan Simpang Empat Permatang Buluh.

"PAS Tasek Gelugor berharap ada yang simpati dengan memberikan sumbangan sama ada wang ringgit, keperluan dapur atau pakaian. Buat sementara ini mangsa tinggal di rumah saudaranya yang berdekatan," jelasnya.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan boleh menghubunginya di talian 019-4572116 atau terus ke akaun AmBank Mohd Radzi bernombor 079-002-001922-6.

Semalam, Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Khalid Man menyumbangkan RM2,000 manakala Timbalan Pengarah 1 Pasti negeri, Yasrizal Yaakob menyumbangkan RM500 dan berjanji akan memberikan bantuan pakaian, buku teks dan keperluan sekolah kepada anak mangsa.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara turut menghulurkan bantuan keperluan dapur dan selimut kepada mangsa.

Harakahdaily.net/-

Pemuda PAS buat jelajah erat ukhuwah

11 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam, Pemuda PAS Pusat akan mengadakan sesi jelajah seluruh negara bertema `Kami mencintai Mu Ya, Rasulullah' bermula awal Februari dan berakhir Disember 2010.

Menurut pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor dalam program itu turut diedarkan sticker kereta dan motor.

Katanya, matlamat program itu mahu menanam dan menyubur rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah di samping menyuntik kesedaran para penyokong dan pendukung PAS tentang perjuangan Islam yang diteraskan qudwah terbaik melalui Rasulullah.

"Kita juga mengharapkan dapat merapatkan ukhuwah antara pimpinan Pemuda PAS Pusat dengan ahli di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata, program itu bermula di Sungai Besar dan akan berakhir di dataran Masjid KLCC pada 31 Disember 2010.

Pihak lajnah juga akan mengedarkan buku-buku bacaan percuma di sekolah di bawah penyeliaan PAS, jelasnya.

Sepanjang program itu diadakan ceramah dan forum yang berkaitan majlis penting dengan Rasulullah seperti memperingati perang Khaibar, hijratul Rasul, perjanjian akobah pertama dan kedua.

Harakahdaily.net/-