07 January 2010

Penyelidikan Tentang Kaca Mata Mencapai Kemajuan Besar

21 Muharram 1431

Inilah contoh kaca mata baru yang boleh mencegah sinar biru dengan berkesan.

Syarikat Ray-Ban's dan Pusat Oftalmik Universiti Peking telah mengadakan sidang media bersama-sama untuk mengumumkan kajayaan besar dalam penyelidikan mengenai kaca mata yang boleh menjaga mata manusia daripada cedera akibat sinar biru.

Sinar biru merupakan kandungan yang paling berkuasa pada spektrum yang boleh diterima mata manusia. Retina mata akan berubah kalau terdedah kepada sinar biru ini dalam masa yang lama sehingga boleh mengakibatkan buta.

Kaca mata yang dihasilkan ini boleh menghalang 85% sinar biru yang panjang gelombangnya mencapai 470mm. CRI/-

Amah Durjana Bakar Rumah Majikan, Larikan RM500

21 Muharram 1431

KUALA TERENGGANU: Tiada yang lebih memeranjatkan bagi Intan Zunaidah Abdul Wahab, 40, hari ini selain mendapati pembantu rumah yang disayangi umpama menatang minyak yang penuh rupanya remaja durjana sehingga sanggup membakar rumahnya.

Lebih teruk lagi dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu amah yang baru berusia berusia 14 tahun dari Palembang, Indonesia itu dipercayai membakar bilik tidur anak majikannya dan bahagian dapur rumah tersebut sebelum melarikan diri melalui pintu belakang bersama wang tunai lebih RM500 dan dua buah komputer dalam satu kejadian di Taman Murni Indah, Telaga Daing dekat sini pagi ini.

Bagaimanpun dia yang dikenali sebagai Dinda, berjaya ditahan oleh adik majikannya Zulkarnain Abd Wahab, 35, di Stesen Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) lebih sejam kemudian ketika cuba melarikan diri dengan membeli tiket bas ke Kuala Lumpur.

Majikannya Intan berkata, beliau tidak menyangka pembantu rumah yang dilayan seperti anak sendiri itu sanggup berbuat demikian memandangkan sebelum ini hubungan mereka tidak pernah mempunyai masalah.

"Saya terkejut apabila dihubungi oleh suami pagi tadi mengatakan rumah teres kami terbakar dan perkara pertama yang saya lakukan ialah meminta mereka memecah pintu rumah kerana pembantu rumah kami berada di dalam.

"Bertambah terkejut apabila saya dimaklumkan dia tiada dalam rumah ketika jiran berjaya masuk ke dalam rumah untuk memadamkan kebakaran dan dipercayai telah melarikan diri setelah membakar rumah kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketika kejadian, beliau berada di sekolah anak perempuan bongsunya yang berusia 13 tahun di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II untuk menghadiri program penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR, manakala suaminya Mazli Mohamed, 49, berada di tempat kerja.

Menurut Intan Zunaidah, pembantu rumah itu pada asalnya diupah oleh rakan adiknya, namun disebabkan terlalu muda, dia telah diserahkan kepada Zulkarnain sebelum proses penghantaran semula ke Indonesia dilakukan oleh ejen.

"Semasa dua minggu duduk dengan adik saya, dia pernah buat hal dan cuba melarikan diri setelah mencuri wang tunai RM7,000 menyebabkan adik saya menyerahkannya kepada saya Disember lepas sebelum ejen mengambilnya.

"Sepanjang sebulan duduk dengan bersama, kami sekeluarga melayannya dengan baik, malah saya menganggapnya sebagai anak sendiri kerana umurnya tidak jauh beza daripada anak bongsu saya, malah mereka juga tidur bersama," katanya.

Katanya kejadian itu menyebabkan barang-barang dalam bilik tidur anaknya termasuk sijil persekolahan habis terbakar selain jelaga hitam yang memenuhi rumahnya.

"Paling saya sedih kerana dia sanggup mencuri wang anak bongsu yang dikumpul sejak darjah satu lagi hasil kecemerlangannya dalam pelajaran," katanya.

Pembantu pembantu rumah itu kemudian dibawa menaiki kereta peronda ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Kamal Md Tan berkata ketika sampai di tempat kejadian kirakira 10.52 pagi, kebakaran telah pun berjaya dipadamkan oleh orang awam.

"Tiga jentera kereta bomba bersama tiga pegawai dan 22 angota telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan dan sebaik tiba di tempat kejadian api telah berjaya dikawal dan kita hanya membantu memadamkan sisasisa bara.

"Kebakaran berpunca dari bilik tidur dan bahagian dapur yang dipercayai sengaja dilakukan dan jumlah kerugian dianggar bernilai RM115,000," katanya. - BERNAMA

Tengku Faris Titah Tengku Fakhry Tiada Kuasa Bertindak Bagi Pihak Sultan & Istana

KOTA BHARU: Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bertitah hari ini bahawa adiknya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang tubuh negeri untuk bertindak bagi pihak Sultan yang kini masih lagi dirawat di Singapura.

Dalam kenyataan beliau yang dibacakan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad di Balai Rong Seri di sini hari ini, turut menegaskan bahawa Tengku Muhammad Fakhry juga tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak Sultan atau pemerintah Negeri Kelantan sebagaimana yang dijelaskan di dalam perlembagaan negeri.

Perlembagaan Negeri dengan jelas menyatakan hanya baginda Sultan dan Tengku Mahkota sahaja yang layak dan berhak melaksanakan segala kuasa yang diperuntukkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia.

Oleh yang demikian, menurut kenyataan tersebut, sebarang surat atau warkah yang dikeluarkan oleh Tengku Temenggong Kelantan bertarikh 29 Disember yang diarahkan kepada setiausaha kerajaan negeri, setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan dan Menteri Besar adalah tidak sah kerana Tengku Temenggong tidak mempunyai kuasa atau hak untuk bertindak demikian bagi pihak Istana dan baginda Sultan.

Abdul Halim kemudiannya ketika menjawab soalan para pemberita berkata, adalah tidak molek untuk sesiapa sahaja membincangkan isu istana melalui media dan membuat kenyataan tanpa mengetahui peruntukkan-peruntukkan yang telah dijelaskan di dalam perlembagaan negeri.

“Fahami dahulu perlembagaan negeri dan dapatkanlah nasihat daripada mereka yang pakar sekiranya seseorang itu tidak jelas akan perlembagaan negeri demi untuk mengelakkan masalah pada masa depan,” katanya.

Malah Abdul Halim juga turut menggesa semua pihak berhenti daripada mendapatkan publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu membaca atau berusaha memperolehi maklumat mengenai perlembagaan negeri apatah lagi terdapat kes yang masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.mStar/-

Po Fu Chen Zhou : Pecahkan Periuk dan Tenggelamkan Perahu

20 Muharram 1431

Asal Usul:

Pada penghujung zaman Dinasti Qin, tentera negeri Qin yang melancarkan serangan besar-besaran terhadap negeri Zhao, telah mengepung tentera negeri tersebut di sesuatu tempat yang bernama Julu, iaitu di Kaunti Pingxiang, Provinsi Hebei sekarang ini. Pada saat yang genting itu, raja negeri Chu segera mengarahkan dua orang hulubalang yang paling perkasa di negerinya, iaitu Song Yi dan Xiang Yu, supaya mengetuai kumpulan tentera ke tempat tersebut untuk membantu negeri Zhao.

Bagaimanapun, setelah tiba di An Yang, iaitu di Kaunti Caoxian, Provinsi Shandong pada masa ini, Song Yi tidak mahu mara lagi. Tiap-tiap hari, dia minum dan berhibur-hibur sahaja. 46 hari sudah berlalu, namun, dia tidak menunjukkan sebarang keinginan untuk bertindak. Xiang Yu yang tidak dapat bertahan lagi dengan sikap Song Yi itu, berasa sangat marah dan kecewa sehingga dia membunuh Song Yi dengan alasan Song Yi telah melakukan pemberontakan.

Setelah Song Yi terbunuh, Xiang Yu pun mengetuai tentera Chu untuk mara ke Julu. Setelah merentasi Sungai Kuning, tiba-tiba, Xiang Yu mengarahkan tenteranya supaya memecahkan semua periuk yang dibawa mereka, dan menenggelamkan semua perahu yang dinaiki mereka. Setiap orang diminta supaya hanya membawa makanan untuk keperluan tiga hari sahaja. Dia mengingatkan tenteranya bahawa nasib mereka bergantung pada pertempuran kali ini sahaja. Maka, mereka mesti menang.

Tentera Xiang Yu faham bahawa perbuatan Xiang Yu tersebut adalah untuk mengukuhkan azam mereka supaya mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Maka, dengan semangat perjuangan yang begitu berkobar-kobar, tentera negeri Chu yang sudah tiada jalan untuk berundur itu pun bertempurlah dengan tentera negeri Qin dengan penuh keberanian. Setelah bertempur dengan sengit beberapa kali, akhirnya, mereka berjaya mengalahkan tentera Qin.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Po Fu Chen Zhou" ini asalnya bermakna sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir kerana tiada jalan untuk berundur lagi. Ia juga membawa erti, membina azam yang kuat untuk mencapai sesuatu tujuan walau dengan apa jua cara sekalipun. CRI/-

Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Ditemui Mati Dalam Kereta

IPOH, 6 Jan :- Seorang ahli perniagaan berusia 75 tahun dan bergelar Datuk ditemui mati dalam keretanya yang tersadai Jalan C. M. Yusof di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata mayat Datuk Ting Liong ditemui pada 12.30 tengah hari oleh orang awam yang menghubungi polis.

Beliau berkata polis yang menyiasat kemudian turut menjumpai sepucuk pistol di sisi mayat yang tersandar pada kerusi pemandu itu.

Azisman berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan punca kematian disahkan akibat serangan jantung.

Katanya ahli perniagaan berkenaan memiliki lesen senjata yang sah dan difahamkan beliau sentiasa membawa pistol ketika berada di luar rumah.

Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya dari Taman Canning di sini.

-- BERNAMA

Mahkamah Tinggi Tangguh Pelaksanaan Guna Kalimah Allah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pelaksanaan perintah membenarkan majalah mingguan Katolik Herald The Catholic Weekly, menggunakan perkataan "Allah" berikutan persetujuan pihak-pihak terlibat demi kepentingan negara. -

Kes hilang enjin jet, episod baru bermula, siapa dia akan dikambing hitamkan ?

Beberapa hari lepas Peguam Negara mengumumkan bahawa mereka yang terlibat dalam kehilangan 2 enjin Jet TUDM hanyalah pegawai bawahan, berarti tidak melibatkan pegawai atasan apalagi orang yang lebih tinggi jawatan dari itu. Semacan juga hendak menafikan ada Menteri dan orang politik yang terlibat sama ? Kenyataan Peguam Negara menimbul banyak tanda tanya dan spekulasi. Sesetengahnya masih ketawa sampai "sakit perut" sampai ke hari ini. Apakan tidak semahalnya RM 50 juta sebiji malah ianya dua boleh hilang cuma angkara pegawai bawahan sahaja. Itulah uniknya Malaysia.

Nampaknya sebuah episod baru bermula lagi di mahkamah di negara kita bila pada hari ini seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM yang menggempar seluruh negara itu.

N. Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Dituduh bersama beliau ialah Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J8521 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan.

Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa keduadua tertuduh sahaja.

Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.

Peguam bela V. Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak mempunyai wang yang banyak.

Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam memohon jaminan.

Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar jaminan. Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay.

Secara umum kita tidak hairan dengan apapun keputusan yang akan diputuskan nanti oleh mahkamah kerana itulah mahkamah malaysia yang sudah ada standard tertentu untuk kita menilai di mana tahap keadilan yang boleh ditunjukkan kepada rakyat.

Yang lebih menarik rakyat sekali lagi akan menyaksikan siapakah yang akan dikambing hitamkan ? itulah plot yang biasa kita temui sebelum ini bagi menyelamatkan projek gajah putih ?Pastinya yang telah melesapkan wang rakyat sebanyak RM 100 juta dan lebih dari itu, apabila Menteri Pertahanan mengatakan ada lagi barang lain yang hilang.

Mohon dana AJK Bertindak Apt Seri Lili

20 Muharram 1431H
Email : Mohd Zulkifli Dawam

JAWATAN KUASA BERTINDAK BENCANA ALAM KAWASAN PERUMAHAN APARTMENT SERI LILI SEKSYEN BUKIT BERUNTUNG 7

Assalamualaikum wbt…

Persatuan Penduduk Seksyen BB7/Penduduk Apt Seri Lili/AJK KRT Apt Seri Lili
Memohon dana kewangan daripada mana-mana pihak yang bersimpati menghulurkan bantauan kewangan bagi memperbaiki bumbung Aparment kami yang rosak teruk akibat hujan rebut yang berpanjangan. Sehingga tarikh ini 05/01/2010 tiada mana-mana pihak yang menghulurkan bantuan atau simpati dalam menangani isu ini. Kos perbelajaan ini mencecah RM 250,000.00 bagi 6 Apartment Seri Lili Sek BB7 Bukit Beruntung.

Segala bantuan bolehlah disalurkan kepada Akaun “PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN BB7” Melalui Cek berpalang atau Masuk terus ke Akaun PPSB7 Akaun AlWaldiah Public Bank 3982400423 atau Pos kealamat – Pusat Khidmat Penduduk Seksyen BB7 No 70 Jalan Semarak 3C Seksyen BB7 Bdr Baru Bukit Beruntung 48300 Rawang Selangor Darul Ehsan.
Hubungi terus Pengerusi JK Bertindak Bencana Alam Aparment Seri Lili Seksyen BB7 Bukit Beruntung
Tel : 019-2735641/ Fax : 03-60211419 email zuldwam@yahoo.com.my

Hidup berteduhkan payung/ Bangunan hampir sudah tidak boleh dipakai lagi/takungan air hujan menyebabkan nyamuk membiak tidak terkawal lagi
Harapan kami semua pihak ambil simpati .Paling kurang sumbangan anda sebarkan lah email ini kepada teman-teman anda secepat mungkin .
Sekian terima kasih

Hj Mohd Zulkifli bin Dawam
Pengerusi JK Bertindak Bencana Alam
Apt Seri Lili Seksyen BB7 Bukit Beruntung Rawang
Pusat Khidmat Penduduk Seksyen BB7 .








Tidak selesa layanan sebagai ADUN bebas punca Ho Yip Kap sertai BN?

20 Muharram 1431H

TEMERLOH, 5 Jan: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata, Ho Yip Kap menyertai Gerakan adalah tindakan yang tidak memberi apa-apa erti kepada beliau dan rakyat negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Mohamad berpendapat tindakan Adun berkenaan hanya untuk memenuhi hasrat menyertai BN bagi mendapatkan peruntukan dan penghormatan sebagaimana dinikmati Adun BN lain.

Ini kerana amalan demokrasi tempang diamalkan dinegara ini Adun pembangkang tidak diberi ruang untuk menerima peruntukan dan terlibat dalam apa-apa mesyuarat pembangunan kawasan yang diwakilinya.

Adun berkenaan yang merupakan bekas pemimpin MCA dipercayai merasa tidak selesa dengan layanan yang diterimanya sebagai Adun bebas kerana hati dan jiwa adalah BN.

“itu lah sebabnya beliau menaruh harapan selepas menang melalui kerusi bebas, MCA akan menerimanya tetapi MCA enggan menerimanya lalu beliau beralih menyertai parti Gerakan,” katanya ketika di minta mengulas kemasukan Adun Tanah Rata ke dalam BN 2 Jan lalu.

Bagaimanapun, kata Syed Hamid kerusi Tanah Rata itu adalah hak MCA, dan tidak mungkin bagi BN untuk memilihnya bertanding semula sebagai calon BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sebab itu saya berpendapat, tindakan Adun berkenaan menyertai BN adalah suatu kesilapan besar lebih -lebih lagi sokongan rakyat terhadap BN semakin merosot,” ujarnya.

Dalam pilihan umum 2008, Ho Yip Kap (bebas) bekas pendidik menang dengan majoriti 9,729 mengalah Chai Kok Lim (BN) dan Go Mong Nging (DAP).

Harakahdaily.net/-

Bukit Botak: 363 hilang hak jika tanah tidak diambil alih

20 Muharram 1431H
Kenyataan Media

BUKIT BOTAK, 5 Jan: 363 bekas peneroka bandar Bukit Botak akan dinafikan hak jika Kerajaan Negeri Selangor tidak melakukan pengambilan tanah.

Kerajaan Barisan Nasional yang lepas telah memberi tanah kepada 1,367 peneroka bandar Bukit Botak sebagai sebahagian dari program menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, 257 peneroka telah mendapati tanah mereka tidak dapat dibangunkan kerana terletak di kawasan cerun, di bawah talian TNB, di dalam rizab sekolah atau rizab-rizab yang lain.

Selain dari itu, Jawatankuasa Pemutihan Bukit Botak yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sekarang telah mendapati seramai 106 peneroka yang sepatutnya layak mendapat hak tetapi telah tersingkir.

Jawatankuasa tersebut juga mendapati ada di antara mereka yang berada di dalam senarai bancian asal tetapi mereka telah tidak mendapat sebarang tawaran dari kerajaan negeri ketika itu.

Kerajaan tidak berniat untuk mengambil tanah rakyat sesuka hati tetapi ianya perlu dilakukan untuk memastikan tidak ada peneroka yang dizalimi.

Kawasan Bukit Botak akan dibangunkan dengan pembangunan yang akan dapat menempatkan kesemua yang layak. Bekas peneroka yang tanah mereka diambil alih tidak perlu bimbang.

Menurut perjanjian dengan pemaju swasta sebelum ini, peneroka akan berpeluang membeli rumah berkembar; tetapi kerajaan negeri sekarang akan memastikan mereka berpeluang membeli hartanah yang mempunyai nilai yang lebih tinggi tetapi di bawah harga pasaran.

Kerajaan akan membayar pampasan untuk tanah yang diambil alih dan pemilik tanah juga akan berpeluang memiliki kediaman yang lebih luas dari yang dijanjikan sebelum ini dengan harga potongan.

Saya hairan kenapa pemimpin Barisan Nasional dengan tiba-tiba mengambil berat akan kebajikan bekas peneroka bandar Bukit Botak kerana selama 20 tahun mereka telah gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Kerajaan Barisan Nasional yang lepas juga bertanggung jawab di atas kesulitan penduduk kerana mereka yang membuat kesilapan memberi tanah yang tidak boleh dibangunkan kepada 257 peneroka.

Mereka juga telah gagal memberikan hak kepada semua bekas peneroka kerana terdapat ramai yang tercicir dan tidak mendapat apa-apa tawaran.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor

Harakahdaily.net/-

Pakatan thumbs-up for PAS over Allah, Dr M spews racial rhetoric

20 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, Jan 5: Even as ex-premier Mahathir Mohamad ratcheted up the Umno rhetoric against non-Muslims using the word Allah, Pakatan Rakyat leaders gave the thumbs-up to PAS for supporting the use of the word by Christians on the condition that it is not abused or misused inappropriately.

As a way forward, DAP adviser Lim Kit Siang called on Prime Minister Najib Razak to convene an inter-religious dialogue to sort out the controversy, rather than rely on the courts to resolve the sensitive issue, which can easily be twisted by political groups with vested interests.

Lim’s proposal was in sync and follows a similar proposal from PAS spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat to Christian leaders to meet for the purpose of finding best-fit solutions.

“The cabinet tomorrow should convene an inter-religious conference to reach an out-of-court settlement of the “Allah controversy” to demonstrate that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s 1Malaysia policy has meaningful application towards creating inter-religious understanding, goodwill and harmony,” Kit Siang said in his blog.

“In the first place, the Home Ministry should not have imposed the ban on the Herald from using the world Allah in the Catholic weekly publication.”

Consider rules and guidelines

The DAP veteran was referring to last week’s High Court decision to reverse the ministry’s ban on a Catholic magazine, the Herald, from using the word Allah to describe God in its Malay-language section.

Lim also recommended the Umno-BN to heed the advice of former Perlis mufti Dr Asri Zainal Abidin, who had suggested guidelines to protect both Muslims and non-Muslims.

“The former Perlis Mufti suggested reasonable guidelines to avoid the misuse of “Allah”, but at the same time, people should not be denied their rights to mention God’s name, even though they are not of the Muslim faith,” Kit Siang said.

Asri had written in his blog that : “The best thing for a government to do in a multi-racial society is to set reasonable guidelines or rules. I feel that in a country, it is not about emotions, it is about how we manage ourselves with proper rules of conduct. Rules need to be drawn up so that people won’t misuse the name of Allah.”

Even Arab Christians and Sikhs used Allah – the Arabic word for God – in their worship, Asri had pointed out

Yet some still spew hate and distrust

However, despite the widespread dismay felt by non-Muslims throughout the country over the emotional outbursts of several Umno-backed NGOs, who threatened mass protests, former strongman Mahathir was unrepentant. Known for his dictatorial ways, Mahathir has been very vocal against non-Muslims using the word Allah.

Like Kit Siang, he too suggested that Najib, who has filed an appeal against the ruling, should not to rely on the courts to resolve the issue. But instead of recommending dialogue amongst the heads of different religious groups, he urged Najib to wield a stronger hand and use his executive powers.

“This is something sensitive which cannot be resolved by the courts," Mahathir wrote in his blog. "The law does not take into account whether a particular issue is sensitive or otherwise and whether it has the potential to spark tension or animosity between the believers of different faiths."

His posting drew mixed response with some suggesting that he was out of date and should listen to his eldest daughter Marina Mahathir, who has publicly backed the use of Allah by non-Muslims.

“It is not about God belonging to you, rather YOU belong to God,” Marina said in an interview with a news portal. “It is now the 21st century. What is the 21st century Muslim like? Different, or the same as how we were in the past? Sadly, the way we are looking at things right now, I’d say we are the same.”

Mahathir also drew fire from other Pakatan leaders, who blasted him for his divisive comments.

“Umno is obviously politicising the issue to split society and this is dangerous," said Tian Chua, PKR director for strategy. "The stand taken by PAS is shared by Pakatan partners PKR and DAP. It is not a populist stand but one that has been studied in detail by the ulamak and is rooted and backed by theology.”

Harakahdaily.net/-

Katolik perlu berhati-hati guna kalimah Allah

20 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyeru pihak agama Katolik agar berhati-hati menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald Weekly sebagaimana keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 lalu yang membenarkan penggunaannya.

Presidennya, Zaid Kamaruddin berkata, ini kerana umat Islam amat sensitif jika nama Allah dikaitkan dengan perkara yang tidak selayaknya bagi Allah.

Menurutnya, isu itu jauh lebih sensitif daripada isu kartun Nabi Muhammad yang disiarkan oleh media di Denmark tidak lama dahulu.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, beliau berkata ia bercanggah dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada orang Islam yang telah digazetkan di sepuluh buah negeri.

“Oleh kerana keresahan ini timbul ekoran keputusan mahkamah, JIM berpandangan penyelesaiannya juga harus dicari melalui proses undang-undang. JIM menyokong usaha segera kerajaan untuk merayu dan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu,” ujarnya pada sidang media yang diadakan di Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati, di sini hari ini.

Justeru, katanya JIM menyeru semua pihak supaya memberi peluang proses undang-undang (due process) berjalan tanpa tekanan mana-mana pihak.

Beliau juga menyeru semua pihak agar memastikan respons kepada keputusan mahkamah itu tidak menjerumuskan Malaysia kepada kekacauan di antara penganut-penganut agama.

“JIM berharap isu ini diselesaikan dengan segera supaya ia tidak membawa kepada polarisasi di kalangan rakyat Malaysia, hingga memberi kesan jangka panjang,” ujarnya.

JIM juga, tambahnya berharap satu lagi pihak, difahamkan Sidang Injil Borneo, yang akan membuat tuntutan yang sama di mahkamah supaya menangguhkannya sehingga kes yang ada sekarang selesai.

Harakahdaily.Net/-

Masa depan telah tiba!

20 Muharram 1431H

Sewaktu 2009 menghampiri penghujungnya dan dekad ini melabuhkan tirainya, anda mungkin bertanya tentang wajah hari-hari muka yang bakal tiba kelak. Sungguh, anda tidak berseorangan dalam hal ini.

Berlatarbelakangkan pelbagai gejala kerosakan yang melanda institusi-institusi kritikal negara ini dan kelembapan ekonomi sepanjang dekad lepas, selain bencana alam tsunami dan mewabaknya penyakit berjangkit seperti SARS dan H1N1, tidaklah hairan jika ramai yang resah dan gusar.

Namun begitu, tidak semuanya kelam dan muram. Pada setiap kesukaran, ada penylesaiannya. Ya, telah muncul cahaya perak di langit negara kita yang hitam. Barangkali ia adalah bayangan masa depan kita. Ia telah tiba jua akhirnya.

Ya, anda betul. Masa depan telah berada di sini. Ia mungkin tiba lebih awal. Bahkan ia terpanggil dan semacam dipanggil untuk sampai lebih awal? Ia begitu didambakan dan mungkin kerana itu jugalah ia menjengahkan mukanya lebih awal dari dijangka.

Ia semacam mengisytiharkan bermulanya kesedaran baru yang kian lama ditunggu dan dialu-alukan oleh banyak orang, tetapi dibenci oleh musuh-musuh perubahan dan pembaikan.

Tiada kata-kata yang berjaya merakamkan peristiwa itu dengan lebih tepat daripata kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, yang ketika mengambil tempat di sebelah bekas musuh ketat politiknya, Pengerusi DAP, Karpal Singh, secara spontan menyebut, “saya berasa seperti berada di dunia baru”.

Ya, anda betul sekali lagi. Saya bercakap tentang Kerangka Dasar Bersama (Common Policy Framework, CPF), yang dilancarkan di konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember lepas di Shah Alam.

Unjuran Besar Politik Malaysia

Saya kembali menziarahi (revisit) peristiwa ‘bersejarah’ agak awal dari biasa. Seperti banyak orang, saya mahu menjadikannya ‘sejarah semasa’ yang kekal abadi. Saya teringat kata-kata dalam iklan jurnal ‘Current History’ yang menyebut, “jika anda tidak terkini, maka anda adalah sejarah”. Walaupun tarikh 19 Disember itu ternyata bersejarah di banyak sisi, namun ramai yang tidak mahu ia sekadar menjadi suatu peristiwa ‘sejarah’.

Paling tidak, 19 Disember harus kekal semasa. Lebih baik, jika ia turut menandakan ketibaan awal arus besar politik negara yang segar (political trajectory), Malaysia untuk 50 tahun akan datang; untuk lima dekad berikutnya. Ya,... jauh mendahului pilihan raya umum akan datang.

Memetik seorang kolumnis The Malaysian Insider, persaingan untuk menguasai Putrajaya dalam PRU 13 tampaknya telah bermula dengan pengisytiarahan CPF oleh Pakatan Rakyat dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Areas - NKRA) oleh Najib Tun Razak.

Tanpa menolak sepenuhnya penegasan kolumnis di atas, penulis percaya bahawa CPF Pakatan Rakyat adalah jauh lebih luas daripada sekadar pertarungan politik kalah-menang (zero-sum) yang sempit dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen.

Penulis percaya CPF Pakatan Rakyat adalah kerangka dasar Politik Baru bagi sebuah Malaysia Baru. Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia kini tampak telah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam proses pembinaan-semula negara-bangsa ini (nation rebuilding).

Dekad-dekad Kelembapan Ekonomi dan Kereputan Institusi.

Keperluan mendesak terhadap perubahan adalah jelas dan merata. Tiga dekad terakhir kehidupan bernegara menyaksikan bagaimana Malaysia hampir lenyap dalam persaingan global, akibat pembaziran kemewahan yang tak berbatas; penjarahan kekayaan negara, ketika laporan Ketua Audit Negara tahun demi tahun memperingatkan dan mendedahkan amalan rasuah dan salah guna wang awam yang merata; sementara kebebasan asasi rakyat kita terus dicerobohi.

Kenyataan tokoh-tokoh besar negara tentang reput dan rosot ini, yang telah menjadi budaya tegar yang menjangkiti keseluruhan kehidupan nasional, sudah memadai untuk menyedarkan kita.

Seorang pakar undang-undang perlembagaan pernah menyamakan kita dengan negara Zimbabwe. Secara berterus-terang, Professor tersebut menyamakan pihak yang memegang kuasa di Malaysia kini sebagai sekumpulan ‘samseng’ (thugs).

Pelbagai contoh telah dikemukakannya bagi menyokong dakwaan tentang iklim ‘tanpa undang-undang’ atau ‘lawlessness’, yang wujud kini. Selain itu, beliau turut terkilan persendaan terhadap keadilan, apabila ‘badan kehakiman seolah-olah sentiasa menunggu-nunggu petunjuk dan arahan daripada kerajaan’ dalam membuat keputusan-keputusannya.

Pengubahan keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi oleh Mahkamah Rayuan dalam banyak kes adalah persendaan terhadap keadilan yang jelas; kes waktu untuk menyoal saksi oleh SPRM dan kemelut perlembagaan di Perak adalah antara contoh tersohor yang mengaibkan institusi kehakiman negara di sisi pandang dunia moden ini.

Sementara itu, pembentukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat adalah tindakan primitif, berlawanan sama sekali dengan hak-hak negeri dan merupakan pelanggaran serta pencabulan berterusan terhadap amalan federalisme seperti yang terkandung dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penggunaan Ordinan Darurat bagi menentukan sempadan laut dalam isu royalti minyak Kelantan adalah satu lagi contoh sikap angkuh dan curang, yang tidak langsung menghormati undang-undang oleh kerajaan BN serta kesucian perjanjian (sanctity of contract).

Menteri Kewangan Kedua akhirnya terpaksa bersetuju dengan pandangan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa ekonomi kita tidak berkembang. Tanda-tanda pertumbuhan ekonomi yang rendah jelas terpampang di sekeliling kita. Upah tidak bertambah, sementara kos hidup terus-menerus meningkat.

Menurut Bank Dunia, sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK kita adalah sebanyak 46.2% pada 1987. Sepuluh tahun kemudian, sumbangan tersebut hanya bertambah sebanyak 0.2%. Antara 1994 hingga 2007, upah benar (real wages) berkembang hanya sebanyak 2.6% dalam sektor domestik, dan 2.8% dalam sektor eksport. Ini bermakna ia telah mendatar sepanjang tempoh 13 tahun itu.

CPF Pakatan Rakyat

CPF Pakatan Rakyat merupakan kerangka bagi pembinaan-semula negara-bangsa kita yang lebih segar dan kukuh yang dikemukakan jauh sebelum tibanya PRU ke 13. Ia adalah penyataan polisi bagi memimpin rakyat dan negara untuk keluar daripada krisis yang semakin memburuk.

Polisi-polisi ini diraih daripada kepatuhan kepada perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat yang akan mempertahan kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman serta menjamin bahawa hak dan kehormatan asasi rakyat akan terus dipertahan dan dijunjung.

CPF secara jelas telah meneguh dan memperkukuh paksi-paksi penting Perlembagaan Persekutuan, yakni kedudukan Islam dan hak-hak kebebasan beragama bagi penganut lain, kedudukan 153 bagi keduduan orang Melayu dan bumiputera dan hak-hak asasi semua rakyat dan 152 kedudukan Bahasa Melayu sebagai lingua-franca, sementara penggalakan penguasaan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua penting bagi memajukan komunikasi di peringkat global.

CPF juga sekaligus menggariskan empat dasar asasi untuk dimajukan kepada rakyat, iaitu; menjanjikan demokrasi yang telus dan tulen; ekonomi berprestasi tinggi yang mesra-rakyat; keadilan sosial dan pembangunan insan; hubungan kerajaan pusat-negeri dan dasar luar yang lebih berkesan dan bermakna.

Hakikat bahawa polisi-polisi ini dirumuskan hasil persepakatan daripada ‘perdebatan dan sumbang-saran’ dalam sebuah pakatan tiga parti, yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat, adalah amat luar biasa dan mengkagumkan sekali. PAS bersama-sama DAP dan PKR telah mempertegas komitmen mereka kepada polisi-polisi bersama ini dan, pada saat yang sama, terus iltizam kepada pegangan ideologi mereka yang berbeza-beza dalam kerangka pentas parti masing-masing.

Permuafakatan Politik ini membayngkan satu kematangan dan pendewasaan yang memberi isyarat besar tentang kesedian Pakatan untuk terus mendakap serentak memahami tuntutan Politik Baru. Inilah kedatangan dunia baru yang ditunggu-tunggu rakyat. “Mereka tidak semestinya bersama kerana mereka cantik, tetapi jelasnya mereka menjadi cantik kerana bersama”.

Pakatan Rakyat serius dalam azam bagi ‘menunaikan janji-janji’ itu selepas polisi bersama tersebut digariskan. Tempoh 20 bulan lepas telah menyaksikan usaha yang tidak mengenal letih, walapun turut diakui bahawa ia bukanlah mudah dan tidak pula sunyi daripada kekurangan-kekurangan.

Dalam menggapai harapan dan aspirasi rakyat, maka Pakatan Rakyat menegaskan komitmennya untuk melaksana agenda politik baru itu dengan menggerakkan kuasa dan suara rakyat daripada semua kaum, agama dan budaya sebagai sebuah kuasa perubahan.

Perjuangan Islam PAS dalam kerangka CPF

Berlawanan dengan dakwaan bahawa PAS kini mengalami kelunturan dan pengenduran agenda Islamnya, kedudukan agenda Islamnya ssesungguhnya adalah lebih tegas dan kukuh lagi. Yang berbeza adalah olahan agenda Islam yang ditampilkan oleh PAS dalam muafakat politik Pakatan.

PAS mempertegaskan pelancaran pertentangan terhadap segala kebobrokan perkauman sempit Ketuanan Melayu tajaan Umno, salah guna kuasa yang berleluasa, penularan amalan rasuah, pembolotan kekayaan negara oleh segelentir suku-sakat pemimpin politik dan penafian hak rakyat teramai mengecapi khazanah kekayaan negara yang semuanya adalah bertentangan serta berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam dan tuntutan Keadilan oleh Syari’at Islam.

Perjuangan PAS mengenai kerajaan Islam dan demokrasi adalah unik dalam pengalaman politik Islam di pentas dunia. Berdasarkan politik majmuk Malaysia dan demografi pengundi yang bercampur-campur, pengalaman dalam usaha membentuk-persefahaman ini adalah unik dan luar biasa bagi parti Islam itu.

PAS kini menekankan peri pentingnya mewujudkan keadilan – yang merupakan matlamat utama dan serba mencakupi syariah Islam. Penyataan perjuangan politik Islam PAS dalam PR amat dikagumi dan disokong oleh semua, lalu menjadikan slogan ‘PAS Untuk Semua’, dan lambat laun ‘Islam Untuk Semua’ dicemburui oleh musuh tegarnya, iaitu parti perkauman, Umno.

PAS telah melangkah jauh dalam tempoh yang singkat selepas Mac 2008 untuk memahami bahawa ia tidak boleh sekali-kali membenarkan berulangnya PRU ke 11 yang menyaksikan parti itu menderitai ketewasan paling besar hanya selepas ia berjaya memimpin barisan pembangkang di parlimen satu penggal sebelumnya. PAS kini telah berjaya merangkapkan objektif strategik pilihan rayanya dalam kerangka PR yang lebih besar.

Parti itu juga telah berjaya mendedahkan kepalsuan rasa takut penganut agama-agama lain (Kristian, Hindu dan Buddha) terhadap Islam dan juga meruntuhkan tembok sempadan bangsa, agama serta budaya dengan memajukan politik saling menghormati dan saling memahami (Politik Li-ta’arafu).

PAS telah menampilkan kebijaksanaan dalam pendiriannya terhadap polemik besar tentang penggunaan nama Allah yang sengaja dibesar-besarkan oleh media umno/BN. PAS tidak akan terheret dalam kancah pemikiran sempit Umno. Sementara meletakkan pendirian yang jelas berdasarkan nas Al-Quran, PAS mengingatkan semua supaya jangan terperangkap dalam mainan politik jahat Umno memperlagakan isu pertentangan agama-kaum dan budaya.

PAS mahukan semua supaya tidak melampau dan agresif serta provokatif sehingga menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum-agama-budaya. Ini yang disanjungi Islam – Islam - Rahmatan Lil ’Alaamin.(Islam Rahmat Untuk Semua).

Rakan-rakan PAS dalam PR pula kini telah terbiasa dengan ayat-ayat lazim dalam al-Quran, malah hadis Nabi Muhammad SAW juga. Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, secara terbuka mendambakan kepimpinan dan kerajaan baik zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dalam menjunjung amar-makruf dan nahi mungkar dalam pentadbiran negeri pimpinan beliau.

PAS seharusnya telah faham bahawa pendekatan berhemah dalam memajukan undang-undang jenayah Islam hanya boleh dilakukan melalui kerangka demokrasi dan peti undi, iaitu melalui penerangan hujah yang meyakinkan lantas menggamit mandat rakyat.

PAS perlu menghindari kesilapan lalu apabila ia dilihat seperti mahu memaksakan Islam kerana ini akan melemahkan dan merungkaikan semangat CPF Pakatan Rakyat, selain menyuburkan salah faham serta prajudis saki-baki terhadap parti Islam itu sendiri.

Sebagai sebuah parti Islam yang demokratik, PAS mesti meyakinkan orang lain bahawa ia berkewajipan mencapai objektif-objektifnya dalam kerangka proses demokrasi dan berparlimen di negara ini. Selain itu, ia juga perlu dicapai secara bertahap, bermula dengan menyediakan padang sama-rata bagi membolehkan strategi memenangi hati dan minda rakyat di peti-peti undi.

Inilah kebijkasanaan Politik Islam yang kini dipelupori oleh PAS yang sangat digeruni seteru tradisi politiknya, Umno, parti Melayu terbesar di dunia itu. Mereka mahu PAS kembali ke garis yang dipersepsi rakyat umum sebagai ekstreme dan sempit. Malang sekali Umno.

Pakatan Rakyat mempelawa seluruh rakyat Malaysia supaya beramai-ramai membina persefahaman baru di atas prinsip-prinsip keadilan untuk semua dan semangat perlembagaan yang tulen.

Inilah agenda masa depan kita. Ia mesti dilaksanakan sekiranya kita mahu memulihkan kehormatan, kebebasan dan maruah negara ini. Inilah juga jalan penebusan bagi dekad-dekad hitam lalu negara ini.

Pakatan Rakyat telah bersedia untuk perubahan itu. Anda bagaimana?

--------------------
Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Harakahdaily.Net/-


Melayu itu Islam jauhkan orang kepada Islam

20 Muharram 1431H

Perkataan "Islam" di Malaysia sudah menjadi sinonim dengan Melayu. Jadi isu yang melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam terus dikaitkan dengan persoalan "melayu vs bukan melayu". Sebagai contoh, sudah menjadi amalan norma di negara ini untuk pertubuhan dan NGO Islam berjuang untuk hak-hak seperti quota dalam bidang ekonomi dan pendidikan kepada komuniti Islam seiring dengan pertubuhan dan NGO Cina, India, orang Asli dan lain-lain yang berjuang untuk quota mereka masing-masing. Akibatnya, perkataan Islam disalahtafsir sebagai suatu nama untuk sekumpulan atau serumpun manusia, dan bukan lagi suatu deskripsi cara hidup untuk manusia seperti yang dinyatakan dalam Quran. Dalam erti kata lain, majoriti umat Islam sudah dijangkiti wabak yang melanda penganut Yahudi, iaitu merasakan diri mereka insan terpilih untuk termasuk di dalam kelab atau "kumpulan orang beriman".

Cuba bayangkan, segolongan manusia percaya bahawa Tuhan itu Allah, iaitu yang menciptakan langit dan bumi serta yang memberikan mereka rezeki. Tetapi mereka mempunyai kepercayaan yang songsang bahawa Allah itu mempunyai anak atau sebagainya di atas dunia ini. Tiba-tiba, kita berkata, "Tidak! Kamu tidak boleh mengaku Tuhan yang menciptakan alam ini Allah kerana kamu mempunyai kepercayaan lain yang salah tentang sifat Allah". Di dalam dunia Islam sendiri, terdapat berpuluh-puluh juta orang Islam di Iran, Syria dan Lebanon yang percaya bahawa Saiyidina Ali itu adalah bayangan Allah dan dicipta daripada cahaya Allah dan sebagainya. Golongan Yazidi, Druze dan Alwayiah di Timur Tengah mempunyai pelbagai pendustaan terhadap Allah yang sama teruknya dengan kepercayaan orang Kristian. Lebih teruk lagi, sheikh-sheikh dan ketua agama mereka yang dimartabatkan status ini bukannya seorang nabi jua. Tidak pernah pula kita mendengar sebarang pihak, hatta golongan yang dianggap pelampau atau ekstrime agama termasuk al-Qaeda atau Hizb at-Tahrir atau lain-lain yang cuba melarang golongan minoriti ini menggunakan nama Allah.

Jika benar sekalipun pihak gereja Katholik berniat untuk mengelirukan orang Melayu, saya ingin bertanya, bolehkah kita mempunyai undang-undang untuk melarang orang lain menggunakan nama Allah hanya kerana kita berpendapat mereka berniat untuk mengelirukan kita? Apakah mempunyai basis untuk mempunyai undang-undang melarang orang lain menggunakan nama Allah kerana bimbang kita ia boleh mengelirukan kita? Saya rasa negara yang menggubal undang-undang kerana "takut ia boleh mengelirukan" ialah sebuah negara yang teruk dan sedang menuju keruntuhan. Ini kerana undang-undang hanya digubal berdasarkan kepada prinsip keadilan. Melarang gereja Katholik menggunakan perkataan Allah melanggar prinsip dalam agama Islam dan juga Perlembagaan. Mungkin benar pihak gereja ingin mengembangkan pengaruh mereka di Malaysia, tetapi ia melanggar ajaran Quran dan juga melanggar perlembagaan untuk menyekat mereka menggunakan nama Allah di dalam merujuk kepada Tuhan.

Saya berpendapat memberi definisi kepada istilah Melayu sebagai penganut Islam seperti yang dilakukan di Malaysia telah menjauhkan masyarakat bukan Islam daripada agama Islam. Kenapa agama lain seperti Kristian begitu senang diterima oleh orang-orang Cina, India dan penduduk pribumi di Sabah/Sarawak berbanding agama Islam? Di dalam sejarah Islam, kita melihat bagaimana penduduk di Afrika Utara dan tanah bekas jajahan Roman begitu ramai memeluk Islam selepas pemerintahan bertukar kepada orang Islam. Mereka tidak mempunyai masalah dengan panggilan nama kepada Tuhan. Malah umat Islam pada zaman tersebut dianggap sebagai masyarakat 'civil' seperti mana dunia hari ini melihat negara EU dan sebagainya. Afrika Utara (Mesir dan Morocco) dan juga negara seperti Lebanon, Syria, Jordan dan Palestin pada hari ini pada asalnya adalah majoriti Kristian dan juga Yahudi. Apabila kekuasaan beralih kepada orang Islam, masyarakat mereka memeluk Islam tanpa sebarang paksaan. Minoriti Kristian dan Yahudi pada hari ini di negara-negara tersebut adalah keturunan penduduk mereka yang pra zaman sebelum kedatangan Islam.

Kenapakah begitu sukar orang bukan Melayu di Malaysia menerima Islam? Ini berlaku walaupun mereka akan mendapat faedah seperti dianggap bumiputra dan sebagainya. Pada pandangan saya, masyarakat bukan Melayu tidak tertarik kepada Islam kerana mereka nampak ketidakadilan yang dilakukan oleh kita di atas nama agama Islam. Kerana itulah orang Cina di Singapura lebih senang untuk didakwah kepada agama Islam berbanding orang Cina di Malaysia. Sebenarnya tamadun yang paling friendly dan tidak mempunyai masalah dengan Islam ialah tamadun Cina. Ini kerana faktor sejarah. Orang-orang Islam ramai yang diberi jawatan tinggi dan diberi kepercayaan di dalam sejarah kerajaan negara Cina. Malangnya, akibat daripada isu perkauman yang ditimbulkan di negara kita, orang-orang Cina di Malaysia sudah mempunyai pandangan yang kurang tepat tentang ajaran Islam.

Saya percaya, melarang orang bukan Islam menggunakan nama Allah akan menjauhkan lagi mereka daripada agama Islam. Adalah tidak adil dan bercanggah dengan prinsip keadilan untuk melarang mereka menggunakan nama Allah kerana "bimbang orang Melayu akan terkeliru".

HarakahDaily.Net/-

Hearing of Dr Asri's case deferred to May 3

20 Muharram 1431H

GOMBAK, Jan 5: The high-profile case involving former Perlis Mufti Dr Asri Zainul Abidin, charged with teaching Islam in Selangor without authorization, has been deferred to May 3 pending the decision of the Syariah High Court on whether it or a lower court should hear the matter.

"After hearing the submissions from the prosecution and defence on the transfer issue, the application for which is under review, this court allows the postponement,” Judge Wan Mahyuddin Wan Muhammad of the Gombak Timur Syariah court ruled on Tuesday.

"This postponement is made to resolve the case amicably for the good of the Muslim community."

Bid to erode his growing influence?

Dr Asri was charged under Section 119 (1) of the Selangor Islamic Religious Administration Enactment 2003, which carries the penalty of a fine of up to RM3,000 or jail term of up to two years, or both, upon conviction.

The 38-year old, who has stirred controversy with his views on Islam, was allegedly giving a religious talk or ceramah at a friend's house in Taman Ukay, Ulu Klang in November when 35 officers from the Selangor Religious Affairs Department (JAIS) and 25 policemen burst on the scene.

Their sensational attempt to arrest him was seen by many as a bid by Islamic hardliners to embarrass him and to erode his growing influence amongst the young and the professionals.

He has pleaded not guilty and was released on a RM3,000 bond in two sureties. His lawyers, led by Kamar Ainiah Kamaruzaman, had applied to transfer the case to the Syariah High Court in Shah Alam. However, their request was rejected by Mayuddin, who ruled that the lower court in Gombak Timur had the jurisdiction to make a decision.

Later on December 10, Syariah chief prosecutor Abdul Shukor Abdul Hamid filed for judicial review of Mahyuddin's decision to retain the case at his court.

"We are applying to the court to postpone the hearing of this case while waiting for the decision of the Shah Alam Syariah High Court,” said Abdul Shukor.

Asri's lawyers did not object to the postponement.

HarakahDaily.Net/-

MCA: No fresh polls in January

20 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, Jan 5: MCA deputy president Chua Soi Lek has said there will not be any party polls this month as had been anticipated by many, including rival factions led by Health Minister Liow Tiong Lai.

But he did not rule out the possibility of fresh elections after January as that depended on whether enough numbers of central committee members would resign.

According to Chua, only 13 CC members had quit so far, eight short of the 21 needed to force fresh polls as stipulated by the party constitution. The MCA constitution also states that any fresh elections must be held within 30 days once 21 of the 31 elected representatives resign.

“It is very difficult to hold fresh polls this month. But this does not mean that there will not be any fresh polls,” Chua, head of the special committee for fresh election, told reporters after chairing an hour-long meeting.

“The CC members have the right to resign at anytime they want. There are those who want to resign but they might do so after Chinese New Year.”

Wracked by leadership crisis

The MCA, once the premier Chinese-based party in the country, is now split into bitter factions. Chua, who was once at the centre of a sex-video scandal, has made peace with party president Ong Tee Keat.

In fact, it was their bitter struggle to topple each other that directly precipitated the current leadership crisis in the party and led to the calls from top BN leaders to hold fresh party elections.

Three main factions have emerged since the October 10 extraordinary general meeting held last year when top delegates voted out both Tee Keat and Chua, although they have managed to cling on to their positions.

The third faction is led by party vice-president Liow, who is said to have the backing of Youth chief Wee Ka Siong and Wanita head Chew Mei Fun. Along with 12 other party leaders, Liow had submitted undated letters of resignation on December 15 in a bid to trigger fresh polls.

When approached by reporters, Liow expressed disappointment as he has the most to lose if the status quo remained.

"Since we have decided to have re-election there is no reason to ponder too long. That is what I reiterated to this meeting. We want the CC to take this seriously and make a decision as soon as possible," Liow said.

HarakahDaily.Net/-