01 January 2010

Seni Bina Bangunan Masjid di China

Masjid merupakan pusat aktiviti keagamaan utama umat Islam. Dengan menyebaran agama Islam secara meluas ke China, beberapa buah masjid telah terdiri di pelbagai tempat negara itu dan amat diberi perhatian oleh umum. Masjid dibina oleh etnik Hui yang beragama Islam.

Nenek moyang penduduk etnik Hui dari Arab Tengah telah berhijrah ke China menerusi laluan perkapalan dan jalan daratan di pelbagai tempat. Reka bentuk bangunan masjid yang dibina mereka beraneka ragam disebabkan oleh perbezaan ekologi alam sekitar dan bahan-bahan binaan serta budaya negara-negara di Arab Tengah. Masjid tersebut dibahagikan kepada tiga jenis reka bentuk, iaitu bangunan masjid dengan seni bina Arab. Dan ketiga, masjid yang dibina hasil gabungan seni bina klasik tradisional China. Seni bina masjid tersebut berkait rapat dengan seni bina bangunan masjid etnik Hui. Ini memperlihatkan sepenuhnya kepandaian penduduk etnik Hui dan seni bina yang sungguh menawan hati.



Antara Dinasti Tang dan Song (tahun 600-700) hingga awal Dinasti Yuan, masjid di China pada masa itu dibina mengikut reka bentuk struktur masjid di Arab. Masjid yang dipugar semula mulai tahun 1980-an telah dibina mengikut seni bina Arab. Menurut catatan sejarah, kira-kira 30 ribu buah masjid telah dibina di seluruh tanah besar China. Masjid di pelbagai tempat di China mempunyai keunikannya yang tersendiri. Seni bina masjid boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang berbeza, iaitu reka bentuk tradisional China yang mengutamakan struktur kayu dan reka bentuk Arab. Walaupun begitu, kedua-dua bentuk seni bina tersebut merupakan bukti sejarah kepada aktiviti pertukaran kebudayaan dan hubungan persahabatan antara China dengan negara-negara di kawasan Arab selama ini.

Masjid Huaisheng di Guangzhou juga dikenali sebagai Masjid Guangta. Ia juga dipanggil sebagai Masjid Menara Cahaya. Masjid Huaisheng mempunyai sebuah menara yang setinggi 36 meter berbentuk bulat berwarnanya kelabu dan kelihatan agak megah.



Masjid Shengyou di Quanzhou yang dibina dengan seni bina Arab diperbuat daripada batu granit. Pintu gerbang di timur dan barat berbentuk melengkung untuk memudahkan penurapan batu bata itu sangat unik, iaitu menggunakan batu berbentuk panjang dan batu segi empat secara berselang-seli supaya bentuk mukanya lebih cantik. Ia pernah musnah akibat bencana gempa bumi semasa Dinasti Ming, antara tahun 1563 hingga 1620. CRI/-

Si Mian Chu Ge : Lagu Rakyat Negeri Chu Kedengaran di Mana-Mana Sahaja


Asal Usul:

Pada akhir abad ke-3 sebelum Masihi, pemerintah Dinasti Qin yang zalim itu telah menimbulkan kemarahan rakyat jelata. Lantaran itu, muncullah beberapa banyak kumpulan tentera pemberontak petani di merata-rata tempat di China. Antaranya, dua tentera yang paling kuat yang masing-masing diketuai oleh Xiang Yu dan Liu Bang. Xiang Yu merupakan seorang hulubalang dari negeri Chu yang gagah berani dalam pertempuran, tetapi kurang pandai menggunakan taktik perperangan. Liu Bang yang berasal daripada rakyat biasa itu pula sangat mahir dalam menggunakan taktik tersebut. Dalam peperangan untuk menumbangkan pemerintah Dinasti Qin itu, kedua-dua mereka sanggup bekerjasama dan saling membantu hinggalah mereka berjaya menumbangkan pemerintahan tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja pemerintah Dinasti Qin itu ditumbangkan, Xiang Yu dan Liu Bang yang dulunya akrab bagai saudara itu mula berperang sesama sendiri untuk merebut kuasa pemerintahan. Pertempuran terakhir antara mereka telah berlaku di suatu tempat yang bernama Gaixia, iaitu di Provinsi Anhui pada masa ini. Melalui beberapa pertempuran yang sengit, tentera yang diketuai oleh Liu Bang telah berjaya mengepung tentera yang diketuai oleh Xiang Yu. Meskipun sudah berada dalam keadaan yang merugikan, namun Xiang Yu masih memiliki 100 ribu orang askar. Maka bukanlah sesuatu hal yang mudah bagi Liu Bang untuk segera menghapuskan tentera Xiang Yu.

Pada suatu malam, Liu Bang mengarahkan askarnya supaya menyanyikan lagu rakyat negeri Chu, iaitu lagu rakyat kampung halaman tentera Xiang Yu secara terus-menerus. Xiang Yu dan askarnya berasa amat terkejut ketika mendengar lagu tersebut. Mereka tersilap menganggap anggota keluarga mereka telah ditangkap oleh tentera Liu Bang sebagai tebusan. Lagu yang biasa didengar itu juga menimbulkan kerinduan mereka terhadap kampung halaman. Keadaan ini menjadikan tentera Xiang Yu semakin risau sehingga mereka beramai-ramai melarikan diri.

Setelah mengalami kekalahan yang teruk, barulah Xiang Yu menyedari bahawa tindakan Liu Bang itu hanyalah satu strategi untuk mengganggu-gugat ketenteraman tenteranya. Dia yang tidak mahu menyerah diri itu, terpaksa membunuh diri.

Tidak lama selepas itu, Liu Bang telah memulakan pemerintahan Dinasti Han, dan melantik dirinya sebagai Maharaja Gaozu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Si Mian Chu Ge" ini digunakan untuk menggambarkan situasi yang genting apabila seseorang dikepung oleh musuhnya dari segenap penjuru, tanpa seorang pun yang tampil memberikan bantuan. Ia juga membawa erti, apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu kesukaran yang agak mencabar, apa jua yang terjadi seolah-olah meramalkan kegagalannya. CRI/-

BELASUNGKAWA: Gus Dur Tokoh Agama Dan Politik Yang Berani Melawan Arus

Oleh ZIEMAN

KIYAI Haji Abdurrahman Wahid yang mesra disapa Gus Dur telah meninggalkan Indonesia dengan segala sejarahnya.

Beliau terkenal sebagai salah seorang tokoh nasional yang banyak mewarnai perjalanan bangsa Indonesia pelbagai kaum.

Bukan saja Gus Dur membawa idea luar biasa tapi tokoh agama ini juga pernah menimbulkan kontroversi ketika beliau bergelar Presiden apabila ideanya membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

Hal ini menjadi salah satu gagasan yang membuat beliau dikritik hebat oleh sekelompok pertubuhan Islam di Indonesia.

Cucu ulama besar KH Hasyim Asy'ari ini juga pernah disifatkan sebagai 'wali' dan dilantik menjadi Ketua Nahdlatul Ulama dan menubuhkan Parti Kebangkitan Bangsa atau PKB pada era reformasi.

Kini telah pulang ke rahmatullah tokoh politik yang disayangi jutaan rakyat Indonesia. Gus Dur meninggal dunia pada Rabu (30/12/2009) sekitar pukul 6.45 petang (waktu Jakarta), 7.45 petang (waktu Malaysia) di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) setelah sempat dirawat beberapa hari di sana dan menjalani cuci darah.

Gus Dur meninggalkan seorang isteri, Shinta Nuriyah, dan empat orang anak iaitu Alissa Qotrunnada Munawaroh, Zanuba Arifah, Anita Hayatunnufus, dan Inayah.

Sejarah insan bernama Gus Dur bermula di tempat kelahirannya di Jombang, Jawa Timur, pada 4 Ogos 1940. Beliau mendapat pendidikan awal di Jakarta tahun 1953 dan melanjutkan pelajaran ke SMEP di Yogyakarta tahun 1956.

Sejurus selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Pesantren Tambakberas Jombang pada tahun 1963. Gus Dur juga mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar, Cairo dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab dan seterusnya di Fakulti Sastera, Universiti Baghdad, Iraq, pada tahun 1970 tetapi tidak sempat menamatkan pengajiannya.

Karier pertamanya adalah sebagai guru dan kemudiannya sebagai pensyarah selama bertahun-tahun lamanya. Bermula dari Guru Madrasah Mu'allimat, Jombang (1959 - 1963) hinggalah ke pensyarah di Universiti Hasyim Asyhari, Jombang (1972-1974), dan Dekan Fakulti Usuluddin Universiti Hasyim Asyhari, Jombang (1972-1974).

Gus Dur juga aktif di pesantren sebagai sekretari Pesantren Tebuireng, Jombang (1974-1979) dan menjadi konsultan di pelbagai lembaga dan unit pemerintahan pada tahun 1976.

Negarawan yang penyayang ini kemudiannya meneruskan karier sebagai pengasuh Pondok Pesantren Ciganjur, Jakarta, sejak 1976 hingga sekarang.

Di organisasi Nahdlatul Ulama, Gus Dur menjadi anggota Syuriah Nahdlatul Ulama dari 1979 ke 1984. Arwah juga dilantik sebagai Ketua Tanfidziyah Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) untuk tiga penggal - (1984-1989), (1989-1994) dan (1994-1999).

Di arena politik pula, Gus Dur pernah menduduki lembaga legislatif dan eksekutif dan turut menjadi anggota MPR selama dua penggal - 1987-1992 dan 1999-2004.

Gus Dur yang mempunyai penampilan sederhana ini mencatat karier politik tertingginya sebagai Presiden Republik Indonesia (RI) selama 2 tahun pada 1999-2001.

Walaupun dikenali sebagai tokoh yang menitikberatkan soal agama, pada masa yang sama tindak-tanduk Gus Dur sering mengundang kontroversi. Antaranya apabila beliau menjadi anggota Dewan Pendiri Shimon Peres Peace Center, Tel Aviv, Israel.

Malah Gus Dur pernah menjadi Wakil Ketua Kelompok Tiga Agama, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, yang dibentuk di Universiti Al Kala, Sepanyol, serta Pendiri Forum 2000 (organisisasi yang mementingkan hubungan antara agama).

Meskipun mengalami kelemahan dari segi kemampuan melihat, Gus Dur masih suka membaca buku hingga ke akhir hayatnya. Beliau juga produktif menulis artikel dan buku.

Gus Dur juga merupakan pengajar Pesantren dan Dekan Universitas Hasyim Ashari Fakultas Ushuludin (sebuah cabang teologi bersangkutan hukum dan philosofi); Ketua Balai Seni Jakarta (1983-1985); Ketua Pesantren Ciganjur (1984-sekarang); Ketua Umum Nahdatul Ulama (1984-1999); Ketua Forum Demokrasi (1990); Ketua Persidangan Agama dan Perdamaian Sedunia, Itali (1994); Anggota MPR (1999); dan Presiden Republik Indonesia (20 Oktober 1999-24 Julai 2001).

Sementara penghargaan yang pernah diperolehnya termasuk: Penghargaan Dakwah Islam dari pemerintah Mesir (1991); Penghargaan Magsaysay dari Pemerintah Filipina atas usahanya mengembangkan hubungan antara agama di Indonesia (1993); Bersama dengan Gadis Arivia dianugerahi Tasrif Award sebagai Pejuang Kebebasan Wartawan yang diberikan oleh Aliansi Jurnalis Independen (AJI, 2006).

Gus Dur juga banyak memperoleh gelaran Doktor Kehormat (Doktor Honoris Causa) dari berbagai lembaga pendidikan. Antaranya ialah Doktor Kehormat bidang Kemanusiaan dari Universiti Netanya, Israel (2003); Doktor Kehormat bidang Hukum dari Universiti Konkuk, Seoul, Korea Selatan (2003); Doktor Kehormat dari Universiti Sun Moon, Seoul, Korea Selatan (2003); Doktor Kehormat dari Universiti Soka Gakkai, Tokyo, Japan (2002); Doktor Kehormat bidang Falsafah Hukum dari Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand (2000).

Gus Dur turut diberi pengiktirafan Doktor Kehormat dari Asian Institute of Technology, Bangkok, Thailand (2000); Doktor Kehormat bidang Ilmu Hukum dan Politik, Ilmu Ekonomi dan Pengurusan dan Ilmu Kemanusiaan dari Universiti Pantheon Sorbonne, Paris, Perancis (2000); Doktor Kehormat dari Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand (2000); Doktor Kehormat dari Universiti Twente, Belanda (2000); dan Doktor Kehormat dari Universiti Jawaharlal Nehru, India (2000).

Gus Dur juga mendapat penghargaan dari Simon Wiethemtal Center Amerika Syarikat (2008), penghargaan dan kehormatan dari Universiti Temple, Philadelphia, Amerika Syarikat, yang menggunakan namanya untuk penghargaan terhadap pembelajaran dan pengkajian kerukunan antara umat beragama, yang diberi nama "Abdurrahman Wahid Chair of Islamic Study (2008)".

GUS DUR TIDAK MAHU KAWALAN KETAT

Para pemimpin Indonesia, biasanya mendapatkan pengawalan ketat jika ingin bepergian ke manapun. Namun ini tak berlaku kepada mantan Presiden keempat RI ini.

Menurut orang terdekat Gus Dur, Hermawi Taslim, Gus Dur tak pernah menggunakan khidmat pengawal pengiring jika pergi kemana-mana.

Para pejabat negara, apalagi mantan Presiden, biasa akan diiringi beberapa kereta pengiring atau pun motor pengawal dari pihak polis.

"Gus Dur, akan dikenang sebagai tokoh yang sederhana. Beliau sangat sederhana. Makan seadanya. Tidak pernah mau dikawal ketat. Tidak pernah mau melalui jalan VIP. Agak susah mendapatkan tokoh seperti Gus Dur," kata Hermawi , seperti yang dilaporkan oleh laman kompas.com.

Sejak meninggalkan kerusi presiden, Gus Dur ada tiga orang pengawal pribadi. Akan tetapi, hubungannya dengan para pengawal tidak ubah seperti seorang teman.

"Gus Dur itu sering bercakap seperti teman dengan para pengawalnya atau pekerjanya. Percakapannya selalu berkisar soal memelihara itik, ikan dan lain-lain. Beliau sangat low profile," jelas Hermawi.

GUS DUR SEPATUTNYA MENDAPAT PENGHARGAAN KEMANUSIAAN JAN 2010

Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Sebuah penghargaan kemanusiaan seharusnya akan diterima Gus Dur pada bulan Januari 2010.

Akan tetapi, sebelum penghargaan diterima, Gus Dur sudah lebih dulu menghadap illahi. Penghargaan tersebut mengikut perancangan akan diserahkan di Vermont, Amerika Syarikat, seperti yang diberitahu Hermawi Taslim.

"Rencananya, Gus Dur akan berangkat ke Vemont, Amerika Syarikat untuk menerima penghargaan kemanusiaan," kata Hermawi.

Namun, Hermawi tak ingat institusi apa yang akan memberikan penghargaan tersebut. Kata Hermawi, penghargaan tersebut diberikan kepada Gus Dur atas sumbangan besarnya sebagai tokoh anti-diskriminasi dan tokoh Islam yang sederhana. Selama menjadi Presiden, Gus Dur dikenali sebagai pembela kaum minoriti.

Salah satu jasa beliau yang menjadikan beliau disayangi masyarakat Cina di Indonesia apabila memberikan kebebasan pada masyarakat Cina dan menjadikan Hari Raya Imlek (bagi kaum Cina) sebagai hari cuti nasional.

TIGA PRINSIP GUS DUR

Hermawi terkenang tiga prinsip hidup Gus Dur yang selalu disampaikan kepada orang-orang terdekatnya.

Pertama, kata Hermawi, Gus Dur akan selalu berpihak pada yang lemah. Kedua, arwah anti-diskriminasi dalam bentuk apa pun, dan ketiga, tidak pernah membenci orang, sekalipun disakiti.

"Itu nilai-nilai yang selalu dia sampaikan kepada kami dan menjadi prinsip hidupnya," kata Hermawi, yang bersama dengan Gus Dur selama 10 tahun terakhirnya.

Menurut Hermawi, Gus Dur juga tidak pernah marah lebih dari tiga hari kepada siapa pun.

"Meskipun orang jahat dan menyakiti beliau, marahnya tidak pernah lebih dari tiga hari. Hari keempat pasti sudah baik. Hati beliau bersih, walau kadang kala, ada yang mengambil kesempatan di atas kebaikannya," ujar Hermawi.

SATU JUTA LILIN DINYALAKAN

Saat berita pemergiaan Gus Dur tersebar, warga Surabaya yang terdiri dari golongan masyarakat pelbagai agama di Surabaya menyalakan satu juta lilin untuk memberi penghormatan terakhir kepada mantan Presiden RI yang juga dikenal sebagai guru bangsa tersebut.

Sekitar 100 orang dari anak-anak hinggalah ke orang dewasa mengikuti kegiatan yang dilakukan secara spontan di depan Gedung Negara Grahadi, malam semalam, bermula dari pukul sembilan malam.

Antara mereka yang hadir dalam kegiatan ini termasuk tokoh-tokoh masyarakat, antaranya Kuswiyanto dan Suli Daim, anggota DPRD Jatim.

Satu juta lilin dinyalakan, sementara ada di kalangan peserta membaca tahlil. Senarionya amat harmoni sekali bila ada yang menyanyikan lagu Indonesia Raya.

Selepas itu, secara bergantian perwakilan setiap agama menzahirkan ucapan takziah dan belasungkawa.

Ternyata, pemergian Gus Dur meninggalkan duka dan impak yang mendalam pada seluruh masyarakat Indonesia.

Menurut salah seorang peserta dari organisasi masyarakat Lintas Merah Generasi, Toga Sidauruk, Gus Dur merupakan guru bangsa yang menjadi simbol kebanggaan bagi seluruh generasi.

"Kami kehilangan Gus Dur, tapi kami akan meneruskan perjuangan dan cita-citanya," kata Toga.

Dan satu pesanan Gus Dur sebelum ajal menjemputnya, arwah merindukan Bangsa Indonesia bersatu, damai, dan sejahtera.

Di tengah situasi politik yang kacau bilau seperti sekarang, pesanan Gus Dur itu sangat relevan.

"Melalui satu juta lilin ini seperti satu simbol yang satu juta orang bersedia untuk mewujudkan harapan Gus Dur," kata Toga.

Gerakan memperbaiki perhubungan antara agama yang dianuti pelbagai kaum dirintis Gus Dur sejak lama dan merupakan teras perjuangannya selama ini.

Apa saja yang dilakukan, sama sekali tak mengikis niat dan usaha Gus Dur untuk mewujudkan keadilan, kesetaraan, dan keragaman antara agama.

Meskipun kini Gus Dur telah tiada, segenap idea dan cita-citanya akan tetap dikenang.Rakyat Indonesia akan terasa kehilangan pahlawan demokrasi dan pejuang kaum minoriti ini.

Selama hayatnya, Indonesia cukup beruntung memiliki seorang tokoh agama dan politik seperti Gus Dur! Mstar/-

RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN

Harakahdaily

KOTA BAHARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.

Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baharu semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat.

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah

14 Muharram 1431H

Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Setiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, dilaporkan berkata cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).

Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo, lapor laman web Liputan 6 SCTV.

Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan reformasi pada 1998.

Gus Dur, yang turut berpengaruh di kalangan ahli politik dan aktivis Malaysia, memperkenalkan beberapa undang-undang yang memungkinkan permulaan era lebih terbuka dan demokratik di republik itu.

Tokoh agama yang disegani ramai dan pejuang hak asasi itu dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

MalaysiaKini/-

Peta ke ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man

14 Muharram 1431H
www.demokrasi93.blogspot.com




DISEBALIK GHAIBNYA ENJIN JET F-5E

14 Muharram 1431H
sumber : Shoutun Nahdhah
www.mykhilafah. com
http://jemaah- islam.blogspot. com

Baru sahaja Malaysia berbangga dengan kejayaan menganjurkan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 yang berlangsung pada 1 hingga 5 Disember yang lepas, tiba-tiba negara dikejutkan dengan kejadian ‘aneh’ kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Bukannya sebuah, tetapi dua buah enjin pesawat tersebut hilang sebagaimana dilaporkan oleh akhbar pro-kerajaan sendiri yang dianggarkan berjumlah RM100 juta. Lebih buruk dari itu, bukan sahaja enjin yang hilang, malah seperti yang diakui Menteri Pertahanan sendiri, beberapa peralatan lain turut hilang daripada inventori TUDM dalam
kejadian dua tahun lalu itu [UM 22/12/09]. Bermula dengan laporan sebuah akhbar tentang kes kehilangan ini, kemudian satu demi satu misteri muncul.

Antara persoalan awal adalah, bagaimana kes ini yang berlaku sejak 2007, baru sekarang ‘meletup’, setelah lebih dua tahun? Laporan polis pula dikatakan dibuat setelah 6 bulan kehilangannya. Pihak polis pula dikatakan mengambil masa lebih kurang
setahun ‘menjalankan siasatan’ sebelum merujuk kes ini kepada Peguam Negara, dan Peguam Negara pula, baru sekarang mengatakan bahawa kes ini adalah serius, setelah kes ini terdedah kepada umum, dan mengarahkan polis membuat ‘siasatan lanjut’. Entah berapa lama dan berapa banyak siasatan yang telah dan akan dilakukan, kita pun tidak tahu.

Yang pasti, baru sekarang (setelah lebih dua tahun) kita mendengar bahawa pihak atasan dan bawahan TUDM dipanggil polis untuk membantu siasatan. Baru sekarang juga, pihak polis sibuk mencari dalang di sebalik pembelian dan pembolosan enjin ini ke luar negara. Pelbagai andaian telah dibuat berkenaan kejadian yang tidak boleh diterima akal ini. Banyak pihak yang menyindir bahawa kejadian ini adalah paling melucukan dalam sejarah Malaysia.

Apa tidaknya, bagaimana mungkin dua buah enjin yang bersaiz kereta mini ini, dimiliki oleh tentera yang prosesnya semestinya dipenuhi dengan aspek keselamatan dari A-Z, boleh ghaib? Dan apa yang lebih memeranjatkan, ia berlaku tatkala Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan di waktu itu. Secara logiknya, mustahil beliau tidak mengetahui perkara ini, malahan Pak Lah sebagai Perdana Menteri (waktu itu) juga tidak tampil dengan apa-apa kenyataan.

Sesungguhnya isu kehilangan enjin ini amat serius dan bukan perkara main-main yang boleh disorokkan atau dibiarkan begitu sahaja oleh kerajaan mahupun pihak polis. Kita bukanlah mahu campurtangan dengan siasatan polis, tetapi kita mahu kes seserius ini disiasat dengan telus, rapi dan mendalam, kerana ia melibatkan rahsia ketenteraan dan pengkhianatan terhadap umat. Ini kerana tentera, polis dan kerajaan adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan menjaga rakyat, bukannya merosakkan negara atau menipu rakyat dengan rasuah dan penyelewengan atau pelbagai skandal lainnya. Pihak yang bersalah mestilah dihukum,
tidak kiralah dari kalangan rakyat biasa, tentera mahupun menteri. Dengan terbongkarnya kes kehilangan enjin pesawat F-5E ini, maka terdapat beberapa fakta yang memberikan maklumat baru kepada kita berhubung aspek dan ciri-ciri keselamatan negara yang berada di tangan kerajaan, imigresen, polis dan juga tentera. Hal ini tidak seharusnya dilihat dari aspek tercalarnya ‘maruah’ negara semata-mata,
yang sememangnya telah banyak tercalar pun selama ini, tetapi kita hendaklah memahami bahawa ini adalah persoalan pentadbiran dan pemerintahan, khususnya melibatkan ‘struktur perang’ negara. Ia adalah persoalan bagaimana pemimpin dan jentera pemerintahannya menguruskan negara.

Ia adalah persoalan ‘amanah’ yang Allah letakkan di bahu mereka untuk menjaga negara dan rakyatnya. Dan ia adalah persoalan dosa dan pahala di atas penyelewengan yang mereka kerjakan. Mereka adalah golongan yang sewajibnya menjaga negara dan rakyat, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sekiranya kita harapkan pagar dan pagar memakan padi, maka sudah semestinyalah pagar ini ditukar kepada pagar yang lain.

Amerika Juga Turut Sibuk, Kenapa?

Di dalam kekecohan isu kehilangan enjin ini diperbincangkan di dalam negara, tiba-tiba sahaja dilaporkan bahawa Amerika Syarikat (AS) ‘meminta’ Malaysia menyediakan laporan lengkap berhubung perkara ini. Mengapa AS begitu ‘berminat’ untuk campur tangan?

Kenapa AS begitu prihatin dengan negara sekecil Malaysia? Akhbar menyebut bahawa AS ingin mendapatkan laporan lengkap ini atas alasan mereka adalah negara pengeluarnya. Menjawab kepada ‘permintaan’ negara kafir tersebut, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
menjelaskan bahawa laporan kehilangan dua tahun lalu itu akan diperincikan secara kronologi dan dihantar melalui Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis [UM 26/12/09]. Sungguh cepat Menteri Pertahanan Malaysia ini berusaha untuk menyiapkan laporan lengkap kepada Washington, walaupun siasatan dalam negara masih belum selesai. Apa nak buat, ‘tuan’ telah minta laporan penuh! Baru sahaja AS ‘berdehem’, maka pemimpin Malaysia terus patuh menjawab ‘yes boss’ dan bersedia
berkhidmat! Sungguh hina apabila melihat pemimpin umat Islam bersegera tunduk kepada permintaan kuffar Amerika. Ini satu hal, namun yang lebih penting, jika Zahid Hamidi benar-benar memberi laporan lengkap kepada AS, ini bermakna satu lagi pengkhianatan
besar telah berlaku terhadap umat Islam secara terbuka.

Walaupun terdapat unsur pengkhianatan atau pecah amanah dalam kes kehilangan enjin ini, namun kes ini adalah rahsia ketenteraan yang tidak sepatutnya terbongkar (apatah lagi diserahkan secara sukarela) kepada pihak musuh. Siasatan hendaklah dilakukan di peringkat dalam mahupun luar negara, tetapi tidaklah sampai ke tahap ‘mendedahkannya’ kepada pihak musuh!

Sebagai sebuah negara super power, kenapa AS perlu kecoh dengan kehilangan dua enjin teknologi 30 tahun lepas itu? Apakah dua buah enjin tersebut boleh menggugat kuasa AS? Apa sebenarnya yang AS mahukan? Atau apakah kedudukan politik di sebalik semua ini..? Inilah isu yang akan dikupas di dalam Sautun Nahdhah pada kali ini, di mana secara umumnya kebanyakan negara umat Islam, sejak runtuhnya Daulah Khilafah hingga kini, berada di bawah kuasa dan kawalan puak kuffar dari segi bekalan persenjataan. Majoriti negara umat Islam masih gagal dan tidak berupaya berdiri sendiri untuk memiliki industri dan teknologi ketenteraan. Kebanyakan dari pemimpin umat Islam masih melutut kepada negara kuffar untuk mendapatkan bekalan persenjataan, walhal perkara ini adalah suatu keharaman. Jika ada pun negara umat Islam yang mempunyai teknologi ketenteraan sendiri seperti Pakistan dan Irak, pemimpinnya adalah sekutu dan agen kepada Barat. Sungguh malang keadaan ini, di mana pemimpin umat Islam mengambil musuh sebagai sahabat, malah mengharapkan dan menggunakan senjata perang dari musuh untuk melawan musuh.

Para pemimpin umat Islam kini sudah tidak ada kesedaran dan keghairahan untuk berusaha memiliki teknologi ketenteraan sendiri. Mereka masih bergantung kepada musuh dan tunduk kepada kecanggihan senjata perang musuh, malah tunduk kepada
ketetapan musuh.

Negara Islam Wajib Ada Industri Senjata

Islam sebagai sebuah deen (akidah dan cara hidup) yang sempurna, Islam telah mengajar umatnya bagaimana untuk mengatur halehwal ketenteraan, bahkan tentera itu sendiri merupakan salah satu struktur Daulah Islam yang berada di bawah kepimpinan Amirul Jihad. Selain itu, Negara Islam juga memiliki satu lagi struktur yang
dikenali sebagai Da’irah As-Sina’ah (Bahagian Perindustrian) iaitu suatu bahagian yang mengurusi semua masalah yang berhubungan dengan perindustrian, baik yang berhubungan dengan industri berat seperti industri mesin dan peralatan, pembuatan dan pemasangan alat transportasi (kapal terbang, kapal selam, kereta dan sebagainya), industri bahan mentah dan industri elektronik; mahupun yang berhubungan dengan industri ringan, baik industri itu berupa kilang-kilang yang menjadi milik umum ataupun kilang-kilang milik peribadi. Pelbagai jenis industri ini hendaklah dibangunkan atas asas politik peperangan. Ini kerana, jihad dan perang memerlukan pasukan (angkatan tentera), sementara pasukan, agar mampu berperang, mestilah memiliki persenjataan. Manakala persenjataan itu pula, bagi memenuhi keperluan pasukan hingga ke tahap optimum, tentunya harus ada industri persenjataan di dalam negara, khususnya industri perang. Ini kerana, hubungan kesemua itu adalah begitu erat dengan jihad.

Justeru, bagi memastikan Negara Islam memiliki kawalan ke atas semua hal-ehwal peperangan dan militer serta tidak berada di bawah kawalan negara asing dalam masalah tersebut, Negara Islam mestilah mendirikan industri persenjataan sendiri dan
hendaklah mampu mengembangkan persenjataannya sendiri. Hanya dengan cara ini, Daulah Islam akan memiliki kendali atas dirinya sendiri demi mengukuhkan kekuatan dan kedudukannya.

Daulah juga harus berusaha memiliki dan menguasai persenjataan yang paling canggih dan paling kuat, tidak kiralah bagaimana bentuk dan rupanya. Dengan begitu, barulah Daulah mampu menggentarkan musuh-musuh Allah, baik musuh yang nyata mahupun musuh yang belum nyata. Demikianlah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT, “Dan persiapkanlah oleh kalian untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan apa sahaja yang kalian mampu dan dari kudakuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian dan orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya” [TMQ al-Anfal (8):60].

Menggentarkan musuh itu tentunya tidak akan terealisasi kecuali dengan adanya persiapan sementara persiapan itu memestikan adanya industri. Jadi ayat tersebut telah menunjukkan wajibnya mendirikan industri ketenteraan. Hal ini dapat dipahami menurut dalalah al-iltizam atau berdasarkan kaedah ma la yatimmu alwajib illa bihi fahua wajib (suatu kewajiban yang tidak akan sempurna kecuali dengan adanya sesuatu maka sesuatu itu wajib hukumnya). Demikian pula, dalil-dalil mengenai kewajiban jihad - melalui dalalah al-iltizam- menunjukkan wajibnya mendirikan industri. Dengan persiapan perang yang paling hebat dan paling mampu ini, barulah Daulah Islam dapat mengendalikan dan memenuhi keperluannya sendiri tanpa dipengaruhi atau bergantung kepada negara lain. Daulah bukan sahaja dapat mengeluarkan sendiri persenjataan yang diperlukan, malah dapatmengembangkan dan terus memperhebatkan semua bentuk persenjataan hingga mampu menguasai persenjataan yang paling canggih dan paling hebat berbanding negara kufur.

Atas dasar memenuhi tuntutan ayat ini, maka wajib bagi negara untuk mendirikan industri persenjataan sendiri. Pemerintah tidak boleh (haram) untuk bergantung kepada persenjataan dari negara luar, sebab hal ini akan menjadikan negara-negara pengeksport senjata dapat menekan serta mengawal kehendak dan persenjataan negara, termasuk menentukan ‘kebolehan perang’ negara. Realiti yang kita saksikan di dunia saat ini menunjukkan bahawa negara-negara yang menjual persenjataan (seperti AS) kepada negara lain tidak akan menjual kesemua persenjataannya, khususnya persenjataan canggih. Negara tersebut juga tidak akan menjual persenjataan kecuali disertai dengan syarat-syarat tertentu, termasuk tatacara penggunaan senjata yang dijualnya. Negara tersebut juga tidak akan menjual persenjataan kecuali dalam
jumlah yang sesuai menurut pandangannya, bukan menurut permintaan negara yang ingin membeli persenjataan tersebut.

Inilah yang menjadikan negara pengeksport senjata sebagai pengendali dan penentu negara pembeli senjata. Hal-hal ini juga memungkinkan negara penjual senjata mengawal kehendak negara pembeli, apatah lagi ketika negara pembeli itu sedang berada dalam situasi perang, yang mana negara tersebut akan memerlukan tambahan persenjataan, alat ganti, peluru dan sebagainya.

Semuanya itu menjadikan ketergantungan negara pembeli terhadap negara penjual persenjataan semakin bertambah dan ketundukan negara tersebut pada kehendak negara penjual juga semakin besar. Hal inilah yang membuat posisi negara penjual semakin kuat sehingga dapat mengendalikan negara pembeli dan menekan serta mengawal kehendak negara pembeli. Sedangkan Allah SWT mengharamkan kita tunduk atau dikuasai oleh orangorang kafir. FirmanNya, “Dan Allah sekali-kali tidak memberi jalan kepada orang-orang kafir menguasai orang-orang beriman” [TMQ an-Nisa’ (4):141]. Dengan tidak mempunyai industri persenjataan sendiri, negara pembeli (seperti Malaysia dan lain-lain negara umat Islam) telah tunduk dan ‘menggadaikan’ dirinya sendiri, menggadai kehendaknya, peperangannya dan institusi negaranya kepada negara yang menjual persenjataan kepadanya. Ini semua berlaku kerana pemimpin negara telah memaksiati Allah dengan tidak menunaikan perintahNya seperti ayat di atas. Semua ini tidak berlaku di masa wujudnya negara Khilafah, di mana Khilafah adalah sebuah negara super power dengan persenjataan yang paling kuat dan paling canggih di dunia sehingga digeruni oleh kawan dan lawan. Ini kerana, para Khalifah menunaikan perintah Allah di dalam menyediakan pasukan untuk berjihad di jalan Allah, tidak seperti mana pemimpin sekular sekarang.

Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah memerintahkan umat Islam mendirikan industri manjaniq dan dababah. Al-Baihaqi telah menyebutkan riwayat dari Abu Ubaidah ra yang berkata, “Kemudian Rasulullah SAW mengepung penduduk Thaif dan menggempurnya
dengan manjaniq selama 15 hari…”. Abu Daud juga telah mengeluarkan hadis di dalam Al-Marasil dari Makhul, “Rasulullah SAW pernah mengempur pendududuk Thaif menggunakan
manjaniq”. Diriwayatkan bahawa Salman adalah orang yang bertanggungjawab dalam industri manjaniq tersebut di mana beliau membuatnya dengan tangannya sendiri.

Berdasarkan ayat dan hadis di atas, wajib bagi Negara Islam membangun sendiri semua industri persenjataannya dan segala hal yang diperlukan termasuk alat ganti (spare part)nya. Hal itu tidak akan tercapai kecuali negara mewujudkan dan menjaga industri
beratnya. Jika Daulah Khilafah berdiri dalam masa terdekat nanti, untuk langkah pertama, Khalifah harus membangun perindustrian berat, baik industri berat militer mahupun non-militer. Khilafah juga harus memiliki kilang-kilang untuk memproduksi persenjataan nuklear, pesawat pengintip, peluru-peluru berpandu, satelit-satelit,
pesawat tempur, kereta kebal, artileri, kapal selam, kereta perisai, anti peluru dengan pelbagai jenisnya, serta pelbagai persenjataan lainnya baik senjata berat mahupun senjata ringan. Selain itu, Daulah Khilafah juga wajib memiliki industri yang berkaitan dengan kepemilikan umum dan industri-industri ringan yang mempunyai kaitan dengan industri ketenteraan. Semua itu merupakan bentukbentuk persiapan yang wajib dipenuhi oleh pemerintah kaum Muslimin dalam rangka memenuhi seruan Allah dan RasulNya demimenegakkan agama Allah di muka bumi.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sudah sekian lama kita menyaksikan kepincangan dalam pentadbiran dan pemerintahan negara. Muhasabah dari rakyat sudah lama tidak dihiraukan oleh pemerintah, malahan mereka dari masa ke semasa semakin rakus mengejar keuntungan dengan kedudukan dan kuasa yang ada pada mereka. Malahan dalam perkara yang melibatkan keselamatan negara sekalipun, seperti pembelian pesawat pejuang, kapal selam, peluru dan apa sahaja peralatan perang, ia tidak dilakukan atas dasar untuk berjihad di jalan Allah tetapi atas dasar mendapatkan habuan duniawi. Hilangnya enjin jet pejuang yang tidak pernah digunakan untuk berjuang ini memanifestasikan hilangnya amanah dari orang yang memikulnya. Justeru, wajar sahaja apabila rakyat mendesak agar menteri yang bertanggungjawab meletak jawatan atas apa yang berlaku. Namun, perlu diingat wahai kaum Muslimin, jika menteri yang ada sekarang meletak jawatan, naiknya menteri yang baru tidak akan mengubah situasi selama mana sistem yang diterapkan tetap sistem sekular, bukannya sistem Islam. Sememangnya menteri yang berkenaan wajib bertanggungjawab dan menyiasat dengan serius untuk menyelesaikan kes ini, dan jika mereka perlu meletak jawatan, ia bukanlah kerana hilangnya enjin pesawat F-5E, tetapi kerana hilangnya amanah Allah dalam diri mereka kerana tidak menerapkan hukum Allah di dalam pemerintahan. Itulah sebabnya mereka perlu berundur dan digantikan dengan seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum dari Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Wallahu a’lam.

Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam

14 Muharram 1431H
Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه

Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.

Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).

Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

14 Muharram 1431H
Email : Sal Am

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

DISEDIAKAN OLEH:
USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR
E mail:Ibrahim_mtd07@yahoo.com
Sebarang sumbangan Zakat/derma bolehlah dimasukan ke
AKAUN BANK MUAMALAT 08030002138714 @ CIMB BANK 08150000173109

Konsert HIJRAH

14 Muharram 1431H
Email : Nik Noor Azman Ghazali




ALI HASHIM: Ellias atau Salleh YDP baru MAIPP 2010?

14 Muharram 1431H

2010 akan menyaksikan kebenaran dakwaan bekas Yang Dipertua(YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang(MAIPP)Shabudin Yahaya samada Ellias Zakaria yang juga bekas Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang atau Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Permatang Pasir, Mohd Salleh Man akan menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan beliau tepat pada tanggal 31 Disember 2009.

Isu kekosongan jawatan YDP MAIPP telah menjadi isu politik yang begitu besar di Pulau Pinang sejak Pakatan Rakyat(PR)memegang tampuk pemerintahan negeri pada Mac 2008.

Ketika itu desas-desus yang mengatakan samada Adun Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman atau Adun Sungei Bakap, Maktar Shapee akan dilantik menjadi YDP.

Tetapi ia tetap tidak menjadi realiti apabila Shabudin yang meletakkan jawatan sebagai YDP MAIPP membawa bukti bahawa tempoh pelantikan beliau telah disambung dan mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong untuk disambung semula sehingga 31 Disember 2009.

Tidak setakat itu isu YDP MAIPP ini sekali lagi dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional(BN).Apabila menjelangnya pilihan raya kecil Dun Bukit Pinang sekali lagi Shabudin menimbulkan isu ini dengan mendakwa PR tidak bercakap benar apabila meuar-uarkan nama Adun Permatang Pasir, Mohd Salleh sebagai penggantinya sedangkan nama Ellias sudah pun mendapat perkenan sebagaimana yang didakwa.

Exco Hal Ehwal Agama, Abdul Malik Abul Kassim tetap tidak dapat memberi kesahihan berita tersebut.Begitu juga dengan Timbalan Ketua Menteri I, Dr. Mansor Othman tidak dapat memberi satu keputusan mengenai isu tersebut.

Dari perspektif yang lain masyarakat melihat Shabudin mempunyai kekebalan kerana berjaya mempertahankan kedudukan beliau sehingga akhir tempoh walaupun PR menerajui Pulau Pinang.

Manakala dari sudut yang lain pula pendokong PR melihat Shabudin dari satu sudut yang berbeza apabila beliau cuba mempolemikkan isu ini sehingga berjaya mempertahankan institusi masjid yang merupakan satu-satunya pengaruh yang masih ada dan dikuasai oleh BN jika dibezakan dengan agensi kerajaan negeri yang lain di negeri ini.

Yang peliknya Exco Hal Ehwal Agama sering kali tidak diundang dan dikesampingkan dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh MAIPP walapun terdapat perbezaan fungsi antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP).

Sebagai contoh dalam program besar seperti pentauliahan pegawai masjid seluruh negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Dewan Millenium baru-baru ini kesemua jawatankuasa kariah masjid akan disambung semula pelantikan mereka sehingga 2011.

Pelantikan ini juga dipercepatkan sebelum Shabudin melepaskan jawatan sebagai YDP MAIPP dengan bermotifkan untuk mengekalkan mereka yang masih lagi menyokong Umno dan BN.

Namun begitu selepas Disember 2009 ini Pulau Pinang sudah pasti akan menyaksikan satu reformasi yang akan berlaku dalam pentadbiran MAIPP dan juga JHEAIPP.

Samada Ellias Zakaria atau Mohd Salleh Man yang menerajui MAIPP adalah satu kepastian.Masyarakat Islam di Pulau Pinang juga sudah bosan dengan isu mempolitikkan masjid dan institusi agama sepertimana yang dilakukan oleh Umno dan BN semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Adalah menjadi kewajaran bagi siapa sahaja yang menggantikan Shabudin yang juga merupakan orang politik daripada Umno supaya dapat mengutamakan agama dan Islam itu melebihi daripada segala-galanya.

Fahaman dan ideologi politik harus dibuang jauh tanpa membezakan mana-mana jemaah terutamanya dalam pemberian sumbangan daripada Pusat Urus Zakat dan organisasi yang lainnya.

Yang miskin, daif dan termasuk dalam kumpulan asnaf yang patut menerima bahagian masing-masing harus diberi keutamaan daripada amalan kronisme yang wujud dalam pentadbiran Umno dan BN sebelum ini samada dalam JHEAIPP maupun dalam pentabdiran MAIPP.

HarakahDaily.Net/-

Dari Kelab ke Himpunan Penyokong PAS

14 Muharram 1431H

HAJI Ahmad Fuad semasa menjadi Yang Dipertua Agung PAS sebelum merdeka dulu ada menyebutkan keperluan memikirkan penyertaan penduduk bukan Islam dalam PAS.

Perhatiannya itu dipercayai betapa tidak dapat dimungkiri, masyarakat bukan Islam akan menjadi sebahagian dari rakyat Tanah Melayu yang merdeka dan jika pentadbiran selepas merdeka mengikut lunas demokrasi, pemimpin dan kerajaan ditentukan oleh rakyat, peranan itu akan dimainkan sama oleh rakyat bukan Melayu dan bukan Islam.

Prof. Zulkifli Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Agung PAS terbunuh dalam kecelakaan jalan raya di Gambang, Pahang sehari selepas Pilihan Raya Umum 1964, pernah mencadangkan kepada Kongres, panggilan Muktamar PAS pada masa itu, supaya dibuka keahlian PAS kepada masyarakat bukan Islam.

Sebagai permulaan, keahlian itu dalam bentuk ahli bersekutu.

Kongres belum bersedia menimbangkan pandangan pimpinan PAS yang sehebatnya yang belum ada gantinya. Rekod tentang cadangannya itu tidak ada dan orang yang benar-benar ingat tentang perkara itu pun sudah tidak ada.

Haji Yusof Rawa dulu ingat-ingat lupa cadangan Prof. Zul itu dan begitu juga Ustaz Fadzil. Mereka sendiri pun sudah tidak ada.

Semasa pimpinan Ustaz Fadzil Noor, cadangan Prof. Zulkifli Mohamad itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Ustaz Fadzil bersetuju supaya cadangan itu dikaji.

Masa itulah Ustaz Fadzil menyebut beliau ingat isu itu tetapi ingat-ingat lupa persoalan yang dicetuskan oleh Prof. Zul itu. Sejak ia saya bangkitkan dalam Jawatankuasa PAS Pusat itu, keahlian bukan Islam dalam PAS mulai menjadi percakapan.

Wakil dari PAS Wilayah Persekutuan hampir setiap tahun membangkitkannya dalam perbahasan ucapan dasar di Muktamar. Ustaz Azhar Yaakub antara wakil PAS Wilayah yang pernah memberi hujah menarik dari sudut politik dan agama. Ia juga disentuh oleh perwakilan lain.

Sepanjang saya menyertai muktamar lebih dari 30 kali, saya tidak pernah mendengar perwakilan menentangnya.

Ada anggota PAS yang berhati-hati bimbang ia ditolak oleh ahli-ahli PAS. Tetapi mereka yang menyatakan kebimbangannya itu pula menolaknya secara peribadi.

Dalam satu ijtimak PAS Wilayah Persekutuan menjelang muktamar telah membuat ketetapan untuk membuka keahlian PAS kepada rakyat bukan Islam.

Ada reaksi positif dari masyarakat bukan Islam. Mereka menunggu bila resolusi PAS Wilayah Persekutuan itu dapat dilaksanakan.

Dalam satu forum berbelas-belas tahun dulu, anjuran DAP di Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur yang penalisnya dari parti-parti pembangkang, jika saya tidak silap mewakili DAP ialah Dr. Tan Sing Giaw. Saya mewakili PAS. Lim Kit Siang juga hadir.

Seorang pemuda Cina yang wajahnya seperti Speaker Negeri Selangor sekarang bangkit bertanya di depan pemimpin-pemimpin DAP itu. Dia mengaku tidak menganggotai mana-mana parti politik. Parti politik yang diminatinya ialah PAS. Malangnya PAS tidak membuka keahliannya kapada orang bukan Islam.

Ditujukannya soalannya kepada saya, bilakah resolusi ijtimak PAS Wilayah Persekutuan itu dapat diluluskan kerana dia sedang menunggu untuk menyertainya?

Apa yang dapat saya jawab selain dari menyatakan Insya Allah dalam waktu yang segera dan harap pemuda Cina itu bersabar.

Reaksi Ustaz Fadzil terhadap ijtimak PAS Wilayah itu dapat dikira positif, tetapi ia belum dapat dikemukakan dalam muktamar yang terdekat kerana ia baru diputuskan oleh PAS Wilayah Persekutuan saja.

PAS negeri lain belum membincangkannya. Beliau mahu ia dibincangkan oleh PAS negeri-negeri. Untuk muktamar yang terdekat, tidak sempat bagi negeri-negeri untuk membincangkannya. Kita tunggu ia dibincangkan dulu.

Tetapi tiada PAS negeri-negeri membincangkannya seperti yang dibuat oleh PAS Wilayah Persekutuan.

Ustaz Fadzil pernah mengetuai rombongan pimpinan PAS yang terdiri dari ulama ke London meninjau pandangan pimpinan gerakan Islam antarabangsa tentang cadangan PAS menerima keahlian bersekutu bukan Islam.

Gerakan Islam itu memahami keadaan sosial dan politik Malaysia berpendapat adalah harus menerima rakyat bukan Islam bahkan sebagai ahli penuh, bukan sekadar ahli bersekutu.

Suatu yang harus boleh dilaksana dan boleh tidak dilaksanakan.

Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri haus tangga Markaz Tarbiyah PAS dinaiki oleh orang bukan Islam yang datang minta borang keahlian PAS.

Justeru PAS belum jadi parti untuk semua – PAS For All – maka tidak dapat hasrat mereka itu dipenuhi. Sebahagian dari yang Islam beramai-ramai menyertai PAS dan yang bukan Islam bergabunglah dengan kumpulan yang boleh bekerjasama dengan PAS.

Apabila Parti KeADILan ditubuhkan mereka pun menyertai parti itu yang bersekutu dengan PAS. Lama selepas itu dilancarkan Kelab Penyokong PAS yang ternyata mendapat sokongan yang menggalakkan.

Setelah dua tahun tema PAS Untuk Semua – PAS For All diperkenalkan, maka telah disetujui Kelab Penyokong PAS itu akan dikenali sebagai Himpunan Penyokong PAS yang ahlinya adalah ahli PAS.

Peruntukannya akan dimasukkan dalam perlembagaan PAS. Pindaan perlembagaan PAS dipercayai akan dibentangkan dalam muktamar akan datang.

59 tahun PAS menunggu untuk menjadikan parti untuk sekalian rakyat.

HarakahDaily.Net/-

SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf

14 Muharram 1431H

KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.

Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.

Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.

“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.

Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.

Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.

Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak.

HarakahDaily.Net/-

Enggan tubuh suruhanjaya bebas, Najib bermain politik

14 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Keengganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan seorang penulis barat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai satu permainan politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, perdana menteri enggan menubuhkan suruhanjaya itu kerana mahu menyelamatkan dirinya daripada turut disoal siasat dan takut segala penyelewengan yang dilakukannya terbongkar.

"Ini satu permainan politik datuk Seri Najib.Beliau tidak mahu suruhanjaya siasat Dr Mahathir kerana beliau tahu jika suruhanjaya itu dibentuk, beliau akan terheret sama.

"Sudah tentu beliau juga akan dipanggil untuk disoal siasat mengenai peranan dan apa yang dilakukan sewaktu berada dalam Kabinet Dr Mahathir dan Pak Lah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata, Najib juga dilihat tidak pernah membela Dr. Mahathir sewaktu penulis buku yang berpengkalan di Singapura, Barry Wain mendakwa beliau membazirkan RM100 billion sewaktu pentadbirannya.

Sebaliknya Najib hanya berdiam diri ketika rakyat bercakap mengenai dakwaan penulis itu dalam bukunya bertajuk 'Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times' dan hanya membiarkan Dr. Mahathir turut menuduh Tun Abdullah Ahmad Badawi melakukan perkara yang sama.

"Sekarang ini Najib hanya membiarkan orang mempersoalkan keborosan pada zaman Dr. Mahathir di media-media artelnatif seperti blog dan sebagainya.Dr.Mahathir pula tuduh Pak Lah dan Najib hanya berdiam diri asalkan beliau tidak dikaitkan.

"Najib tidak pernah membela Dr.Mahathir apabila didakwa oleh penulis ini dan menolak penubuhan suruhanjaya bukan bermakna beliau membela Mahathir tapi hanya nak menyelamatkan diri supaya jangan ada orang turut mempersoalkannya," katanya.

Najib juga ujar Mahfuz terselamat dalam hal ini kerana berjaya mengalihkan pandangan rakyat daripada mempersoalkan pentadbirannya.

"Nampaknya Najib berjaya mengalihkan pandangan orang daripada mempersoalkan dirinya sebaliknya mempersoalkan Dr. Mahathir dan Dr. Mahathir kemudiannya mengheret Pak Lah sama," ujarnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan dalam buku tulisan Barry Wain bahawa di bawah pentadbirannya lebih RM100 juta lesap akibat rasuah dan pembaziaran.

Dr. Mahathir sendiri turut mencabar Najib menubuhkan suruhanjaya itu.

Namun Najib semalam dilaporkan sebagai berkata, penubuhan suruhanjaya bebas berkenaan tidak sesuai kerana tuduhan tersebut merupakan kandungan sebuah buku.

HarakahDaily.Net/-

Kerana Melayu perjuangan Umno makin luput

14 Muharram 1431H

KOTA BHARU, 30 Dis: Biar pun kajian mendapati perjuangan berteras bangsa dalam masyarakat majmuk tidak lagi relevan, namun Umno enggan keluar dari belenggu perkauman.

Ramai percaya perjuangan berteraskan bangsa akhirnya akan pupus. Keadaan yang sama bakal menimpa Umno sekiranya dogma itu terus dipertahankan.

Ini dapat dilihat kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menganggap kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu melantik Cina Muslim warak sebagai Menteri Besar sebagai gimik politik.

Seorang pensyarah, Nadzir Awang Ahmad pula menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan orang Melayu.

Pensyarah berkenaan menulis di sebuah akhbar tempatan sekiranya dasar itu diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat, lebih ramai lagi orang bukan Melayu akan menjadi Menteri Besar.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan menyatakan kesediaan kerajaan PAS meminta perlembagaan negeri bagi melantik Cina Muslim sebagai pemimpin kerajaan negeri.

Mengulas itu tersebut anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, amalan melantik pemimpin Islam yang berwibawa tanpa memilih bulu adalah amalan Islam sebenar.

“Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia memperlihatkan perjuangan Islam tidak sempit dan melangkui sempadan bangsa.

“Sedangkan pemimpin Umno sebelum ini mendakwa Malaysia sebagai negara Islam, namun mengapa pula pemimpin yang patuh kepada ajaran agama tidak mahu dicontohi,” katanya.

Beliau percaya perjuangan Umno semakin luput kerana ideologi yang dipertahankan sejak 1946 sudah tidak sesuai lagi dalam situasi masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.

Oleh itu katanya beliau menyokong penuh cadangan Tuan Guru Nik Abdul bagi memberi peluang pemimpin Cina Muslim yang warak menjadi ketua kerajaan.

Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, pemikiran Menteri Besar Kelantan melangkau sempadan bangsa sehingga menyebabkan Umno semakin gelisah.

Kata beliau Umno tetap mahu mempertahankan perjuangan berteraskan bangsa bukan bagi kepentingan rakyat, sebaliknya bagi mendapat faedah peribadi mereka.

Adun Dabong, Ariffabillah Ibrahim berkata, cadangan Menteri Besar itu tidak mustahil dilaksanakan kerana Islam tidak meletakkan bangsa sebagai fokus perjuangan.

“Cadangan tersebut amat ditakuti Umno kerana tanpa perjuangan Melayu Umno sudah tidak bermakna lagi,” tambahnya.

HarakahDaily.Net/-

Husam sekali lagi nafi akan letak jawatan

14 Muharram 1431H

KOTA BHARU, 30 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa, hari ini menafikan beliau akan meletakkan semua jawatannya termasuk sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.

Katanya, tidak ada sebab kenapa beliau harus berbuat demikian sedangkan pada masa yang sama beliau lebih menumpukan tuntutan royalti minyak dari Kerajaan Pusat.

“Lainlah kalau dah dapat royalti besok tuan-tuan buat rumous macam tu,”ujarnya sambil ketawa.

Katanya, akibat khabar angin sebagaimana yang didakwa dalam blog atau media itulah yang menyebabkan beliau membuat tuntutan saman dari pihak yang menyebarkan berita tidak benar.

Setakat ini beliau telah mengemukakan saman terhadap satu blog berhubung kes yang mendakwanya akan menerima wang dari Datuk Tamrin sebanyak RM15juta.

“Saya dah hantar surat saman kira-kira lebih sebulan lalu pada alamat di Klang, walaupun penulis blog terbabit orang Kelantan dan peguam saya memang dah saman dia. Dan dia ni kita dapati ‘cybers troopers Umno’,”ujarnya.

Beliau juga memberitahu, media seharusnya tidak menjadikan laman web atau blog tertentu khususnya yang didalangi pihak Umno sebagai bahan berita untuk siaran media.

Sambungnya, sebagai contoh sebuah akhbar harian hari ini yang mendakwa beliau telah menyindir keluarga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga tidak benar.

“Tidak betul macam tu, kenapa saya nak sindir Tuan Guru, saya sendiri ada keluarga, ada adik-adik, bahkan adik saya sendiri pernah ditemuduga oleh sebuah agensi kerajaan negeri beberapa tahun lalu.

“Saya nasihatkan agensi kerajaan ni jangan ambil adik saya walaupun berkelayakan, saya lakukan demikian untuk menjaga imej kerajaan negeri disamping ingin mengelak tuduhan-tuduhan macam ni dari pihak yang tidak bertanggugjawab,”ujarnya.

Sambungnya lagi tulisan dalam blognya sebelum ini bukan bermaksud menuding sesiapa, apa lagi kepada Tuan Guru.

Sambungnya, akhbar hari ini memetik kenyataannya dalam blog beliau itu kononnya menyindir Tuan Guru, seolah-olah ingin melaga-lagakan beliau dengan Tuan Guru.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah mengemukakan surat tuntutan saman kepada akhbar Utusan Malaysia dan New Strait Times (NST) berhubung perkara yang sama.

Ketika ditanya berhubung perkembangan tuntutan saman, beliau memeberitahu setakat ini NST mengemukakan kepada peguamnya untuk berunding awal tahun hadapan.

Ketika menjawab jumlah tuntutan saman terhadap kedua-dua media terbabit beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas berhubung jumlahnya.

“Saya memang tidak letak hargalah, hanya sekadar munasabah saja, lagipun apa yang saya lakukan sebagai pengajaran untuk para media sahaja, tidak lebih dari itu,”ujarnya lagi.

HarakahDaily.Net/-

Bas Ekspress Melayu

14 Muharram 1431H
Email : Shah Bundy
COPY DR BLOG : http://sukj.blogspot.com/


INI BAS 2 TINGKAT DI KOTA LONDON
IA CUMA BAWA PENUMPANG
YANG NAK SIAR-SIAR
NAK TENGOK KOTA LONDON.

KELAJUANNYA HANYA DIANTARA
20KM/J HINGGA 35KM/J

INI BAS PELANCUNG DI KOTA PARIS
SAMA JUGA BERGERAK PELAN-PELAN

INI PUN BAS 2 TINGKAT JUGA
DI SYDNEY
BERJALAN SEKEJAP KEMUDIAN BERHENTI
KEMUDIAN JALAN SEMULA
RASANYA KELAJUANNYA TAK LEBIH 50KM/J


YANG INI BAS 2 TINGKAT MELAYU

ORANG LAIN BAS 2 TINGKAT UNTUK BAWA PELANCUNG

JALAN DEKAT-DEKAT...JALAN PELAN-PELAN...KERAP BERHENTI

TAPI BAS 2 TINGKAT KEPUNYAAN DATUK SANI SALEH...PECUT 120KM/J

SELAGI TAK JUMPA R&R, BAS INI TAK AKAN BERHENTI

ITU SEBAB DRIVER BAS INI SEMPAT LELAP

AKHIRNYA 10 PENUMPANG LELAP TERUS

ORANG LAIN GUNA 2 TINGKAT...MELAYU PUN NAK GUNA 2 TINGKAT

ORANG PUNYA 2 TINGKAT SELAMAT DAN SEMPURNA

TETAPI MELAYU PUNYA 2 TINGKAT...'PELINGKUP'

akhir sekali
ALLAH DAH MENENTUKAN AJAL MEREKA
KENA REDHA BKN SALAH DRIVER