30 September 2010

Peneroka menang lagi kes saman Felda

20 Syawal 1431 H

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Harakahdaily/-

1 comment:

Huda alhadi said...

Selama banyak sangat menteri dan pegawai yang menjaga felda kata semua yang pembangkang kata adalah fitnah. Kalau Mahkamah yang memutuskan takan masih lagi fitnah,bukan satu bukan dua atau tiga kes yang dah tersembul pincangnya pengurusan felda.

Justeru eloklah menteri dan pengerusi yang menjaga felda turun takhta nanti banyak yang berselerak.