30 September 2010

Iran tampar muka Amerika, iktibar juga untuk melayu

20 Syawal 1431 H
Oleh: Nuruddin Muhammad

Benar kata-kata Mahmoud Ahmadinejad semasa membedal Amerika dan tuan guru nya iaitu regi Zionis baru-baru ini, “Penyembahan modal dan hegemoni telah menggantikan monoteisme yang menjadi rahasia persatuan dan cinta”.

Inilah dunia yang diidamkan oleh Zionis dan muridnya iaitu menyembah modal, menjadi penganut kapitalis dunia da melebarkan hegemoni baik daripada aspek politik, sosial, budaya dan ekonomi mengantikan sikap cinta, toleransi, berlapang dada dan jiwa kehambaan kepada tuhan.

Ahamadinejad benar-benar menampar muka Amerika dan sekutunya Israel serta seluruh rangkaianya apabila memberitahu PBB bahawa sebilangan besar manusiua serata dunia termasuk rakyat Amerika percaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001, menyebabkan delegasi AS meninggalkan persidangan sebagai tanda protes.

Beberapa minggu lepas dunia dikejutkan dengan sikap biadab paderi Florida yang ingin mengadaka ritual pembakaran Al Quran secara beramai-ramai untuk mengenangkan ‘keganasan’ islam terhadap rakyat Kristian Amerika.

Jika diteliti dengan sikap skeptikal Presiden Iran ini, tidak asing jika kita katakan usaha pembakaran Al Quran baru-baru ini adalah lakonan yang menurut skrip Zionis! Di Amerika, Persatuan Evangelis Kebangsaan (NAE) The National Association of Evangelicals dikatakan turut membantah sikap ekstrim membakar Al Quran.

Sedangkan gerakan Evangelis juga merupakan satu gerakan khas di bumi Amerika yang berjuang untuk menokok tambah Bible King James untuk menjustifikasikan usaha Yahudi merampas bumi Palestin.

Walaupun delegasi PBB kebanyakkannya telah keluar memboikot ucapan beliau, ternyata beliau telah menyuarakan suara membela islam di tempat yang benar dan tepat malah menepati saranan Nabi untuk menyatakan kebenaran di hadapan raja yang zalim. PBB adalah lambang kerajaan yang diperintah oleh penzalim termaha hebat iaitu Amerika dan Zionis.

Di antara 3 elemen penting kezaliman dunia yang dibina oleh Amerika-Zionis ialah melalui konspirasi 11 September yang dijadikan alasan kambing hita untuk menduduki negara-negara umat islam.

Elemen kedua ialah melalui pendudukan haram Zionis di bumi Al qsa selama 60 tahun dengan enuh kezaliman walaupun bukti-bukti hak yahudi mulak di bumi paslestin masih mampu disangkal oleh pengkaji akademik.

Elemen ketiga ialah melalui pengawalan tenaga nuklear yang hanya diagihkan jepada negara yang mampu mengikuti telunjuk yahudi sahaja.

Beliau optimis bahawa kebejata dunia hari ini adalah akibat dunia diperintah oleh kelomp-ok yang menang pasca Perang Dunia Kedua yang kini memegang kuasa mutlak majlis Veto PBB.

Sebaliknya Majlis UMUM PBB lah yang pelru dijadikan medan wacana dan kolaborasi sihat antara negara anggota dan bukannya diperintah mutlak oleh majlis Veto.

Jika dibahas daripada aspek mazhab, ternyata beliau benar-benar meakili blok Syiah dalam membela Palestin dan menyelar pemohongan AS dalam kes 11 September.

Di mana pula wakil Sunnah? Arab saudi lebih rela berdiplomasi dengan Amerika daripada bertindak menegur secara terbuka kekufuran AS itu.

Obama hanya mampu mengadakan sidang media selepas ucapan Iran selepas hanyaa mampu mengaranhkan diplomat Barat dan AS keluar dari Dewan.

Sidang tersebut tidak ilmiah dan berkesan untuk menafikan ucapan dan ‘tuduhan’ Iran sebelumnya.

Terlalu ramai cendiawakawan dan intelegensia Amerika yang tampil menulis jurnal, berucap serata dunia, membuat laman sesawang dan berkempen secara berfakta berkenaan teori konspirasi 11 September itu.

Namun ia tidak cukup ilmiah untuk mendidik para pendokong Zionis di kota New York sana.

Obama yang lesu selepas menerima tamparan Iran ini pula menjadi tumpuan Perdana Menteri Malaysia yang kini giat untuk mnegembleng tenaga bersama ‘Amerika’ untuk membasmi islamofobia.

Kelantangan pemimpin Iran dan Turki (Erdogan) baru-baru ini perlu menginsafkan kaum Melayu. Kaum yang hebat serta berani inilah yang banyak diuji oleh Allah dan merekalah yang sebenarnya kaum yang perkasa.

Nasib melayu tidak akan hebat dan gemilang dengan hanya ditadbir oleh pemimpin yang kuat sikap kemelayuannya. Perkasanya Melayu bukan dengan hanya melaung-laung hak melayu dengan penuh chauvinistik.

Lantaran itu kaum kita tidak diuji seumpama di Palestin kerana Allah tahu tahap kekuatan hambaNya. Kaum yang hebat ialah kaum yang diuji oleh Allah serta mampu menyuaraka kebenaran wala apapun rintangan dan tekanan yang dihadapi.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah Iran kerana berjaya membuka mata umat Islam untuk terus mempertahankan Agama Islam dan umat Islam. Ketepikan perbezaan dan perkukuhkan perpaduan umat Islam dalam menegakkan Islam.

anti united malay nuts orgi said...

Kesemua pemimpin arab sunnah sudah di beli dan di cucuk hidung oleh Zionist termasuklah pemimpin 1 satu malaysia dan kuncu2nya.
Seperti sabda rasullah nabi muhammad yg bermaksud"Kelak bangsa salman al farisilah yg akan membela islam" dan sekarang kita dah nmpak siapakah Iran yg berfahaman Syiah ini.
kepada mereka yg tau sejarah islam pasti tahu kenapa wujudnya golongan syiah ini!!!jadi kelak di akhirat ada 73 puak hanya 1 puak sahaja di terima allah yg mana satu tu????Syiah atau sunnah.Bagi saya yg jahil agama ni satu puak yg di terima allah adalah puak yg ihklas dgn allah juga ikhlas dlm perjuangan.Takbir