25 September 2010

BONUS KAKITANGAN KERAJAAN: SOKONG CADANGAN CUEPACS

15 Syawal 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat menyokong cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang memohon dua bulan bonus kepada penjawat awam di dalam pembentangan bajet 2011 kerajaan setelah hampir dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 lagi.

Bagi DPPN Pk, perkembangan ekonomi dan pelbagai projek mega yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah signal bahawa pemberian bonus tidak akan menjadi halangan bagi tahun ini.

Bagi di Negeri Perak pula, apa pun alasan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri yang akan menunggu pengumuman Kerajaan Pusat terlebih dahulu, diharap dapat memberikan juga bonus kepada semua kakitangan kerajaan negeri kelak.

Tidak semestinya jika Kerajaan Pusat tidak memberikan bonus kepada penjawat awam, maka kerajaan negeri juga bertindak demikian.

Jika laporan perkembangan ekonomi dan pelbagai pelaburan yang masuk telah meningkat, kenapa pemberian bonus tidak dapat diberikan atau lebih daripada pemberian Kerajaan Pusat.

Jika sebelum ini faktor kegawatan ekonomi dan kekacauan pentadbiran kerajaan ini menjadi halangan, sudah tiba masanya alasan-alasan tersebut dibuktikan.

Apa pun marilah semua penjawat awam menanti pengumuman bajet 2011 kerajaan kelak, jika penjawat awam akan mendapat bonus dan sudah tentu penjawat awam di Negeri Perak juga akan mendapatnya serta mungkin lebih daripada yang sepatutnya.

7 comments:

Anonymous said...

ala bonus stahun skali je...patutnyer kene minta kenaikan gaji...tue berterusan...nie pk jangka pendek..org pkla jangka panjang

Anonymous said...

bonus pun susah nak dapat..nak minta kenaikan gaji...kira orang dah minta bonus pun patut bersyukur la kawan...ni pun belum tentu dapat...tapi kerajaan cakap tiap2 hari ekonomi malaysia mcam bagus je...kita rakyat x rasa apa2 pun..pelik2..

SyawaL said...

kalau Penang, Kelantan, Kedah, Selangor buat dulu. Baru lah najib kalut sama....

Anonymous said...

Minta YB Lim Guan Eng, beri bonus kakitangan awam Pulau Pinang, nanti Najib akan ikut dengan nilai jumlah yang lebih tinggi. Apa kata YB LGE bagi bonus RM 2000, takkan Najib nak bagi RM 2100.00 kot, paling-paling RM 2300.

Anonymous said...

bagi ana org goverment xpyah la nk mintak bonus bukan ape nk mintak bonus tp keja cincai jer(xsemua)ade yg monteng keja tp jer tgk org swasta tip top la....

Anonymous said...

kalau dapat syukur la..

Anonymous said...

Cibai lancau LU! sapa kata kakitangan awan xde keja.. bodoh bin bahlul.. selama ni sapa yang menguruskan pentadbiran kerajaan negara malaysia? Air Asia? Perwaja Still? Felcra? dan mana2 kompeni cina? Bodoh LU lancau cibai babi anak sial