18 May 2010

Pemuda PAS tuntut hapus undi pos

3 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

SIBU, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat menuntut agar undi pos dihapuskan kerana pengamalannya sudah tidak lagi relevan malah bertentangan dengan matlamat asal ia diwujudkan.

Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, undi pos pada waktu ini hanya semata-mata dijadikan talian hayat Umno BN untuk memenangi pilihan raya.

"Walaupun Pakatan Rakyat menang di Sibu, tapi kita tetap tuntut undi pos dimansuhkan," katanya selepas keputusan pilihan raya kecil Sibu diumumkan malam tadi.

Selain itu, kekalahan BN di Sibu, katanya sangat memalukan kerana undi pos yang sering digunakan untuk talian hayat mereka, gagal memenangkan parti pemerintah itu.

Jika pun BN menang dengan mengeksploitasi undi pos ujarnya, ia bukan sesuatu yang hebat bagi BN malah calon BN itu tidak layak digelar wakil rakyat namun layak dipanggil wakil pos.

"Kalah malu besar kerana undi pos tidak dapat cover, dan kalau menang pun tidak hebat.

"Orang tak panggil wakil rakyat, tapi orang panggil wakil pos," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda PAS menyampaikan ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP yang telah menang PRK Sibu melalui calonnya, Wong Ho Leng.

Wong yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.

Bagaimanapun kata Nasruddin, Pakatan Rakyat tidak perlu mendabik dada malah lebih penting adalah terus berbakti kepada rakyat dengan penuh amanah dan dedikasi.

"Semoga dapat laksanakan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan berbakti kepada rakyat dan tidak mendabik dada. Tugas Pakatan Rakyat masih banyak dan sukar," ujarnya.

Harakahdaily/-

3 comments:

Anonymous said...

tolong check pengundi pos dengan perjawatan yang ada kat malaysia...di setiap parlimen...pelik bebenor...melebihi jumlah perjawatan yang ada kat malaysia

Syeikh YB said...

saya ada cerita.samaada betul atau tidak saya tidak jamin.cerita dari pakcik saya pegawai tudm dah pon bersara.semasa proses pengundian pos di dalam kem...pegawai atasan berdiri dihadapan melihat pegawai bawahan memangkah calon.sudah pasti yang di pangkah adalah calon bn.Pegawai bawahan amat takot memangkah calon pembangkan.jika yang memangkah pembangkan biasanya pewagawi yang sudah hendak bersara.jika pengundi pangkah bn pegawai atasan akan hulur mykad pengundi dan suruh mengundi di mana tempat di layak mengundi. jika benar2 berlaku sedemikian...maka itu adalah perbuatan merogol demokrasi

Anonymous said...

kalau betul kenapa bn kalah dalam 9 PRK? Fikir2 kan