09 May 2010

Hukum Makan Ketam Batu/ketam nipah

23 Jamadil Awal 1431H.
http://soaljawab.wordpress.com/

Apakah hukum memakan ketam batu? Haram atau makruh?

jawapan:

Apa yg ditanya adalah perihal binatang 2 alam. Setakat pencarian saya, tidak terdapat sebarang dalil yang khusus mengatakan binatang 2 alam itu haram di makan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’e sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.

Mereka yg mengatakan binatang 2 alam ni haram di makan berdasarkan hadis berikut:

Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]

Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kpd yg hidup sepertimana katak.

Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”

Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman Allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]

Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yg menjelaskan ayat di atas iaitu:

Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”

Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.

Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.

Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Tetapi berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendpt haramnya binatang 2 alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar2 dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat?

Pendapat yg kuat ialah secara umumnya, binatang 2 alam itu halal. Dia didiamkan syara’. Hanya saja kita perlu ingat, bahawa Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kpd firman Allah swt:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)

Dari ayat di atas, illat kpd keharaman bangkai, darah yg megalir, babi adalah kotor(bolded). Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kpd apa2 binatang yg mempunyai illat yg sama dgnnya iaitu kotor. Sebagai cth, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang2 uruf dari satu tempat ke satu yg lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan, ttp pada masyarakat China tidak pula.

Maka, kesimpulannya, setiap apa yg dinyatakan dalam nas yg mengatakan ianya haram, itulah haram. Yg tidak dikatakan haram, maka ia didiamkan syara’. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yg dianggap pada dirinya jijik dan kotor. Ttp jgn pula kita menjadi pelik jika ada org yg memakannya di negara lain.Wallahuaklam

Rujukan

Fiqh & Perundangan Islam
Dr Wahbah al-Zuhaily

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi

Al-Halal wal-Haram fi Islam
Dr Yusuf al-Qaradhawi

al-ahkam

31 comments:

Fuadi said...

salam YB,

kesimpulannya halal ke haram, saya blur skit psl ni minta tolong jelaskan kesimpulannya.

terima kasih

Anonymous said...

bagaimana dengan org yg makan daging anjing kerana pada pndngn mereka anjing bukan binatang yang kotor?apakah ada nash berkaitan halal atau haramnya?mhn dijelaskan...

Anonymous said...

artikel nie membuatkan sy blur... haram atau tidak?

Anonymous said...

Halal memakan binatang dua alam seperti ketam dan siput tetapi tidak kepada binatang seperti anging laut dan kura-kura...tetapi telor keduanya boleh makan selagi tidak memabukkan...
Memakan anging adalah haram kerana dia mempunyai taring dan kuku yang kuat..

Anonymous said...

Tolong beri jawapan haram atau tidak ..YB

dol kakirempit said...

SA
Salam Yb... mnta pnjlsan mksud antra bnatang 2 alam dgn bntang yg bole hidup 2 alam... mksudnya bole hdup smntra d drat atau d air..tapi bkannya tahan di darat.
Ktam nipah@batu ni boleh ke hidup d darat...kjian mnnjukan ianya cma boleh tahan beberapa hari di darat..itu pn kalau di sram air...lepas itu ia akan mati. bgitu jga krang. Wlapun bole hdup, akan mati klau lama brada di ddarat
Halal mkan bnatang 2 alam prlkan rujkan yg mndalam lagi...

DRS. KHALIL IDHAM LIM said...

boleh makan la tu....insyaAallah halal.

darahkumelayu@yahoo.com.sg said...

kaorang ni memang kaki mentekedarah ke? pantang bergelar makanan, nak tibai aje. negara kita ni takde orang kebulor dan makanan berbagai jenis ada. kalau tak caya, umbut pun boleh dimakan mentah! kalau tempat yang kurang benda nak ditelan tu, kelonggaran diatas boleh dipakai. loya tekak kawan dengan nak makan daging anjing, kekura, ular, cacing, musang, ntah apa lagi. manusia jenis apa kamu ni? dahlah tu, makan apa sahaja yang biasa orang kita makan seperti yang diajar oleh mak, apak, atok & nenek kita. macam rengkong ular sawa, semua nak telan!

lo darcy said...

kalau orang kata boleh, boleh sajalah . kalau anda tidak mahu makan itu cerita lain. apa salahnya makan makanan eksotik kalau ia halal.

Anonymous said...

Yang saya faham dari artikel ini - kerana tidak ada nas yang mengharamkannya secara jelas, maka dihalalkan makan ketam tu.

Untuk diri sendiri, makan apa yang boleh makan. Tetapi, jangan hairan dan jangan marah kalau orang lain makan apa yang kita tidak lalu makan. Pembawaan kita dari sejak kecil tidak sama.

owen.azmi@gmail.com said...

Kalau tak silap saya dulu saya pernah menagji sebuah kitab dimana didalam kitab itu melarang kita daripada memakan ketam nipah ini(ketam batu).Cuba semak kitab muniatul musolli@karangan daud Al Fathani@ ianatul Tholibin.

Alfreedino Ahmad said...

"Tanpa Nama berkata...

bagaimana dengan org yg makan daging anjing kerana pada pndngn mereka anjing bukan binatang yang kotor?apakah ada nash berkaitan halal atau haramnya? mhn dijelaskan..."

Anjing adalah haiwan yg dikategorikn sbg najis berat...apa2 yg dikategorikn sebagai najis adalah haram dimakan.

Kawan kita said...

Darahku melayu.. I like your posting!! series...

kalau org tu mentekedarah hanjing..taktau la nk kata apa dah????
Harus bawak org ni mai belajaq asas ugama balik...
dah teruk sangat dah tu :P

Anonymous said...

kite ni melayu, lalu ke nak makan anjing? =.= ya allah..nasik punya la banyak. ayam punya lah senang nak siang,senang nak semelih..makan nasik ayam hari2 rasanya tak mati kot.

Anonymous said...

haram!!artikal asal ni sebanarnya bincangkan kenape ketam nipah haram dimakan...sila beri perhatian ayat dalam kurungan..

petikan dari teks:-
"Persoalannya, bagaimana pula (hukum ini boleh keluar) apatah lagi ia merupakan (qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’e) sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. (Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali)."

1.(perkataan hukum ini boleh kluar)..ialah ,merujuk kepada hukum haram ketam nipah dimakan..
2. ( qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’e)...dan ..(Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali)... bermakna menurut mazhab syafi'e dan hanbali hukum ketam nipah haram dimakan..

kesimpulannya..klu korang rasa korang tu mazhab syafi'e (mmg rata2 rakyat islam malaysia pegang mazhab syafie') or klu korang mazhab hanbali..jangan la g duk makan lagi ketam nipah tu...fikir fikir kan la..

klu nk bih pasti rujuk tempat asal teks ni diperolehi..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_pemakanan_Islam

Anonymous said...

Apasal tak tulis je halal ataupun haram? Ni tulis berjela2 tapi buat orang lagi tak faham adalah. Susah lah dengan rang alim ni.

AFM said...

http://www.youtube.com/watch?v=mhIMyP7glws

Anonymous said...

eh..ckp la btol2..ketam nipah tu halal kew haram..sorang ckp halah..sorang ckap haram..keterangan kat atas tu ckap cam x haram...cube ler jgan memain2 dgan hukum ni..kang x pepasal tanggung dosa orang lain plk..suba ustaz terangkan n ckap btol2..halal kew haram bagi mashab imam sfayee mkn ketam nipah or ketam batu tu..

Anonymous said...

tak haram dan boleh dimakan..kerana ustaz tadi dah terangkan seterngnya ...bila die cakap tak de satu hadis atau nash yang mengatakan ia haram dimakn...jadi...lu pk lah sendiri... org dah bg jawapan tapi korg yang tak time..lau tak leh time jawapan orang kaji sendiri....jgn bile dah diberi penerangan salahkan orang yang menerangkan pulak....sedngkan awak yang set kat minda awak tu tak nak percaye pade ape2 jawapan...so find that by ur self k...

hamba allah said...

harus
kerana Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan..

Anonymous said...

melalui pengalaman menangkap ketam,memang ketam tidak boleh bertahan lama di darat cuma 2 atau 3 ari je idup,itupun kena slalu menjirus air yg di ambil dari sungai tempat ketam itu ditangkap.maknanya ketam tak boleh idup didarat.

Ma'ezan said...

yg bg penerangan di atas skali tu, org alim yg boleh berijtiad ke? kalau setakat pandai mengkaji kitab2 dan fatwa2 terdahulu kemudian buat kesimpulan sendiri, surely porak peranda la agama Islam yg syumul...sbb semua org yg mampu baca boleh buat keputusan sendiri. Contohnya, nampak kucing ialah benda yg tak jijik (firman dlm quran), dan takda nas (hadis nabi) kata haram makan kucing... so keputusannya leh makan la kucing tu...hai hai hai... umat umat umat...hancur hancur hancur

Ma'ezan said...

pertama skali, yg tulis artikel di atas tu adakah org alim yg layak berijtihad? Kalau setakat pandai baca kitab dan fatwa then buat kesimpulan sendiri maka porak peranda la agama islam yg syumul nie. Siapa saja yg leh baca mampu buat keputusan sendiri. Contohnya, kucing nampak macam tak jijik ( sesuai dgn ayat Quran) dan takda nas (hadis nabi) yg haramkan secara jelas tentang kucing so skrg boleh makan kucing ke? Hai hai hai! umat umat umat! hancur hancur hancur!

Anonymous said...

kucing binatang yg bertaring/makan menyambar/makan bangkai=haram dimakan. sila research sebelum post ape2 kemusykilan ye..jgn memusykilkan sedara yg baru nak belajar Islam

Anonymous said...

Ketam batu yang banyak dijual di restoran itu hidup dalam dua alam hukumnya haram dimakan. #UstAzharIdrus

HAMBA ALLAH said...

ASSALAMUALAIKUM YB... PENERANGAN YANG YB BERIKAN SEMEMANGNYA BAGUS... TAPI PERSOALAN YANG SEBENARNYA, YANG MANA 1 KETAM NIPAH YANG MANA 1 KETAM BATU? KETAM NIPAH SEMEMANGNYA CUMA HIDUP DIDALAM AIR, TIDAK MERAYAP MENCARI MAKAN DILUAR AIR SEPERTI KETAM BATU.. KALO KETAM BUNGA HALAL DIMAKAN,MAKA KETAM NIPAH HALAL JUGA DIMAKAN.. YANG BUAT ORANG KELIRU SEBENARNYA DISEBABKAN TERTUKAR ANTARA KETAM NIPAH DAN KETAM BATU.. KETAM BATU BOLEH KELUAR DARI AIR MENCARI MAKAN DIATAS BATU.. KETAM BATU INI SEBENARNYA YANG MEMBUATKAN ORANG TERTANYA TANYA HALAL DIMAKAN ATAU TIDAK.. KALO KITA PERGI KE PASAR KETAM NIPAH KADANG KADANG DINAMAKAN KETAM BATU TERUTAMANYA PENIAGA CINA.. KETAM BATU JUGA DIJUAL OLEH PENIAGA CINA..
GAMBAR YANG YB SERTAKAN ITU ADALAH GAMBAR KETAM NIPAH YANG HALAL DIMAKAN..
HARAP DIPERBETULAKAN GAMBAR DAN NAMA KETAM BATU SAHAJA SEBAB RAMAI YANG KONGSI ARTIKEL INI DI BLOG MASING MASING..

Anonymous said...

pening pening

Anonymous said...

alhalaj bayyin walharam bayyin wabainahuma mutasyabihaat faman ittaqa ssyubhaat faqod iatabraa minal haraam . maksudnya yang halal iatu jelas dalam agama dan yang haram juga jelas dan diantara keduanya ada yang samar-samar hukumnya ,dan sesiapa yang menjauhi perkara yang samar-samar ( muasyabihaat ), maka sesungguhnya dia telah menjauhi perkara yang haram. sebaikny apabila diperselisihkan suatu hukum maka meninggalkannya adalah jalan terbaik iaitu meninggalkan memakan ketam nipah itu lebih afdhal dari memakannya kerana takut ianya termasuk daripada perkara yang haram dan secara tidak langsung kita telah menjauhi diri kita daripada terlibat dengan perkara yang tidak jelas hukumnya.

Anonymous said...

time tak tau halal ke tak. boleh je makan. bila dah jadi was was ni @ dah tau menda tu haram. wajib tinggalkan je. tak mati kalau tak makan ketam ni. pegi pasar beli ketam laut yg gemuk2.

Amminuddin said...

OK ...Kita ikut kesimpulan habis cerita...2 alam itu haram.

Anonymous said...

Orang kampung nak kongsi maaf menyampok,benar kata saudara tadi gambar tu gambar ketam nipah yang halal dimakan.ketam batu badanya kecil sepitnya besar hidup dikwsan berbatu seperti pulau dan pantai yang ada kwsan berbatu.manakala ketam yang boleh merayap didarat dan membuat rumah yang dipanggil busut ketam itu ketam angin.jadi apa pun persoalan mengenal dahulu penting kalau tak kenal itu yang timbul was2 dan ragu terhadap sesuatu perkara.kalau tak kenal dgn betul jgn dipakai tinggalkan lebih baik ibarat racun didalam botol minuman.