14 May 2010

Ashaari Muhammad meninggal dunia

28 jamadil Awal 1431H.

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad (gambar) meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada Bernama selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di Ipoh.

Marzuki berkata rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang tadi.

Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiakini/-

17 comments:

Anonymous said...

Semuga rohnya di cucuri rahmat...amin

Anonymous said...

Abuya telag pergi..Tetapi dakwah didikan , kasih sayang, sabar dalam mendidik dan seribu macam kebaikan lagi akan tetap segar dalam ingatan kami. Semua anak murid atau bekas anak murid mengakui tawaduk nya guru ini. Biar apa saja yang di katakan oleh nusuh nya. Abuya ada lah pendakwah dan tuan guru yg ulung di zaman ini

Anonymous said...

Sedih, semoga rohnya dirahmati Allah. Al-Fatihah

Anonymous said...

BETU KER ARWAH YG CAKAP MCM TU.. X PERNAH DENGAR PUN.. ORG MEREKA CERITA JER AGAKNYA... SETAHU SAYA ARWAH BEGITU BERJAYA DALAM PERJUANGANNYA.. SELURUH DUNIA ISLAM MERASAI DAKWAHNYA DAN KHIDMATNYA

Anonymous said...

Al Fatihah buat Al marhum semuga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama dgn orang2 yg di kasihiNya- Ameen.

Anonymous said...

Maafka kami sekeluarga Abuya kerana selalu tidak mematuhi ajaran mu untuk menddidik keluaga .Abuya adalah ayah, guru , rakan , pemimpin bagi kami . Semoga rahmat dan kasih sayang Allah tetap bersama Abuya

Anonymous said...

Mungkin suatu fitnah dari UMCO sbb nama Dr Mahathir dikaitkan. Puak-puak UMCO takut Ust Ashaari masuk politik dan jatuhkan Mahathir. Lagipun penampilan Ust Ashaari ada mirip org-org PAS.

Anonymous said...

Masuk Arqam senang tambah bini..muahhaha

Anonymous said...

semoga allah mengampuni dosa-dosanya... kini cita-cita assaari untuk menjadi pemuda bani tamim akan berkubur bersamanya... janganlah timbul cerita pula kematiannya adalah lakonan sahaja seperti mana yang dikisahkan berkenaan syeikh muhammad suhaimi...

Anonymous said...

Al-fatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Apakah akan bangkit lagi seorang umat Melayu yang membawa 'kesegaran' dan 'kesedaran' kepada penghayatan Islam kerana Islam semakin 'lemas' sekarang.

Anonymous said...

semoga allah mengampuninya...dan kepada anak muridnya kembali kepangkal jalan salafusoleh.

Anonymous said...

apa yang ana dengar dari bekas pengikut Al-Arqam, Abuya difitnah oleh perdana menteri malaysia ketika itu melalui media yang beliau kuasai. Beliau jugalah yang mencorak pemikiran rakyat malaysia supaya berkiblatkan barat dan meminggirkan islam. Satu contoh kebangkitan Al-Arqam menyebabkan wanita mereka suka di madu dengan tiada hasad dengki dan iri hati. Persaudaraan antara mereka begitu kuat hingga bulih membina empayar perniagaan yang besar.

Anonymous said...

dah lama pekara ni org tahu... samalah ngan apa terjadi pada anuar ibrahim.. memang dijatuhkan oleh atasan untuk jaga kredibiliti atasan.. cuma abuya ni jenis yg x balas jer,.. maklumla dia ka lever2 ulama besar

Anonymous said...

yang sesat tetap sesat...

Anonymous said...

Pengikut arqam terlalu ta'sub dengan abuyanya....dia manusia biase je...tetapi terlalu sngat diagong2kan....

kakyan said...

time akak kat Perth....smpat bertemu seorg kawan dan kawan akak ajak mnjamu selera di restorannya di sana....mereka adalah pengikut Arqam yang amat setia.....mereka tidak penah memandag serong pada kita walaupun kita bukn pengikut Arqam....tapi knapa ya...ramai pulak yg mmndg serong thdp mereka ini....apa pun kita semua bsaudara...siapalah kita nak mnilai amalan sesama kita....akhirnya nnti...disisiNYA...tahulah nnti kdududkn kita yg sebenar....

Anonymous said...

Terima kasih segalanya pada Abuya yg tercinta kerana mendidik kmi erti perjuangan berjemaah seperti yang Rasullullah kehendaki,wlupun pun tdk bersama dlm jemaah tapi roh perjuangan Abuya telah memberi impak yg besar pada bumi yg bertuah ini.