04 March 2010

Resepi Sup Tulang Ketuk

17 Rabiulawal 1431H
Email : mohd naim mohd zain

Jika sebelum ini kita selalu dihidangkan dengan sup tulang yang jernih tetapi kini di restoran Geylang Kopitiam, pengunjung boleh menikmati sup tulang ketuk yang berwarna merah.

Rasanya juga sedikit berbeza dengan pilihan sup sedia ada tetapi ia sedikitpun tidak menyulitkan pihak pengurusan restoran terbabit bagi mempopularkannya di kalangan masyarakat setempat.

Malah, dengan keistimewaan itu, pengunjung dapat merasai sendiri kelazatan rasa masakan tradisional masyarakat Melayu Singapura.

Ikuti langkah mudah menyediakan sup tulang ketuk berkenaan dalam paparan resipi minggu ini.

Bahannya:
1 kilogram tulang daging (gear box)
600 gram bawang merah
50 gram cili boh
80 gram pes tomato
140 gram tepung jagung
30 gram kicap manis
5 gram garam
Perasa stok ayam atau daging
10 gram serbuk lada hitam
50 gram sos tiram
20 gram bawang goreng
20 gram daun bawang
25 gram gula
1 biji telur
100 gram kubis (dihiris halus)

1 - BAHAN...sediakan bahan untuk menyiapkan sup tulang ketuk.
2. REBUS...tulang daging (gear box) direbus selama tiga jam. Kemudian tumis bawang merah dan masukkan stok ayam atau daging sebelum dicampur tulang daging yang direbus tadi.
3. TUANG...masukkan pes tomato diikuti cili boh ke dalam air rebusan.
4. CAMPUR...masukkan sedikit garam dan gula.
5. TAMBAH...diikuti dengan sos tiram dan kicap manis.
6. PUKUL TELUR...pukul telur hingga sebati, kemudian masukkan ke dalam adunan tulang daging yang dimasak.
7. CAMPUR...campurkan sedikit air ke dalam tepung jagung, kacau adunan hingga sebati dan masukkan adunan tepung jagung itu ke dalam rebusan tulang untuk memekatkan kuah.
8. MENDIDIH...biarkan rebusan tadi mendidih hingga daging empuk dan kuahnya kering sedikit sebelum diangkat.
9. HIASKAN...tabur hirisan kubis, bawang goreng dan daun bawang untuk menambah rasa.
10. SIAP...sup tulang ketuk sedia untuk dinikmati.

6 comments:

Antibarua said...

Bagilah resepi cam mana nak kekalkan wakil rakyat PKR dalam PKR dan PR... 1 down 9 to go..

sydeen said...

kalau yg dah bermasalah xyah kekal... biarkan depa kluaq...

Anonymous said...

Bila beli ikan kita semua berhati hati tak mahu terbeli ikan busuk. Pada masa hadapan kita semua mesti berhati hatilah memilih calun wakil rakyat kerana padahnya jika tersalah memilih adalah lebih parah dari terbeli ikan busuk.

Bukan sindir sesiapa, cuma nak ingatkan sahaja, tetapi jikalau ada yang terasa hati maaflah.

deekkyy said...

kunjungi blog ku mas...jangan lupa komentarnya..happy blogging

Anonymous said...

yab, sup katak ada resepinya tak?. rasa2 kalau 10 ekor katak yang itu ada dalam 1 ton daging. kalu buat kenduri boleh kita jemput 10000 orang. lumayannnnnnnnnnnnnn

Anonymous said...

Saya pernah dengar nama "Sup Selada Air Kaki Katak", tapi tu untuk katak-katak kecil bolehlah guna periuk.

Bagi katak-katak besar ni kita kena minta pinjam belanga Genghis Khan dari Mongolia - dia selalu buat sup sahaja musuh-musuhnya, dijerang hidup-hidup dalam belanga panas. Mungkin boleh tanya pada Sharibu Setev.