25 February 2010

Resepi Sos Yong Tau Foo

10 Rabiul Awwal 1431H
Email : mohd yusri selamat
resipi online


Sos Hitam
Bahan-bahan:
200 g taucu hitam (dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Masukkan air, kacau seketika & biarkan mendidih
3. Masukkan kicap dan kacau
4. Masukkan gula & pekatkan sos dgn campuran tepung jagung tadi.

Sos Pedas
Bahan-bahan:
20 biji cili merah (dibuang biji & dikisar)
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk)
1 sudu makan tepung jagung (dicampur bersama sedikit air)
garam, gula & cuka secukup rasa
2 sudu makan sos plum

Cara menyediakan:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Masukkan cili, kacau sekejap & biar hingga cili masak.
3. Masukkan cuka, sos plum, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan campuran tepung jagung.
5. Akhir sekali, tabur bijan & kacang tanah ke dalam sos.

Sup Yong Tau Foo
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kiub ayam
Bebola/fishcake (bahan-bahan yong tau foo)
Garam & gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Didihkan air.
2. Masukkan kiub ayam maggi & kacau hingga larut.
3. Masukkan bebola/fishcake & masak hingga timbul.
4. Keluarkan bebola/fishcake.
5. Masukkan garam & gula secukup rasa.

20 comments:

Anonymous said...

T/ksih YB. Dh lama sy cr resepi nk buat sos yong tau fu ni.Lps ni blh la cuba.

yes said...

Asmkum YB
Harap dapat berikan resepi
1.chin chong fun
2. yam cake ( kueh keladi )
Terima kasih

Anonymous said...

thank you sun dah lama cari resipi ni..

Anonymous said...

A`kum YB
T kash kerana sudi mnjawab. Taucu hitam tu cam mana? Tak pernah tengok/dengar. kat mana boleh beli?

Anonymous said...

tima kasih...mujur ada resepi ini...bolela sayta cuba...

Anonymous said...

Assalamualaikum, YB

Terima kasih dengan paparan resepi di atas. Sekiranya tidak keberatan bolehlah Y.B masukkan sekali resepi membuat fishcake, mee kuning dan nuget

Anonymous said...

Assalamualaikum YB, terima kasih diatas perkongsian resepi ni, dah lama saya mencari baru kini dapat apa yang dihajat.

Anonymous said...

10kiu sgt2x 2 YB..4 dis recipe,hav 2 try c0z dis is my favorite dish..tq2x...ida raub

Anonymous said...

nk try buat la...hehehe

Anonymous said...

terima kasih ye.. minta dihalalkan

Kak Aida

Azlina said...

Assalamualaikum.
Mohon kongsi resepi.Dah lama saya cari resepi ni..anak2 suka sgt memakannya.
Terima kasih.

Azlina said...

Terima kasih, minta kongsi resepi.

Anonymous said...

tq ..mlm karang nk cb buat resepi ni..

Anonymous said...

TQ, Will try soon.

Anonymous said...

Akan mencuba, TQ.

Anonymous said...

Terima kasih YB

Amie said...

Mohon kongsi resepi ini buat buka puasa. Terima kasih YB!

Anonymous said...

Mohon share.thank u yb

Sapura Ismail said...

As Salam.. Mohon minta resepi. Terima kasih

Anonymous said...

salam...mohon try resepi ni.mntak dhalalknye..terima ksih..