25 December 2009

Keberanian Ahmad Said akan selamatkan negara

Oleh Husam Musa

Saya terpegun dengan keberanian MB Terengganu. Saman Kerajaan Terengganu yang difailkan ke atas Petronas untut menuntut bayaran royalti tak akan ditarik balik. Saman itu difailkan oleh Kerajaan PAS dulu.

Bayaran royalti hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri secara langsung. Bahkan sebahagian wang royalti yang telah digunakan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 2000 dituntut semula. Ia berjumlah RM 2.79 billion mengikut kiraan Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan telah akur pada tuntutan Kerajaan Negeri.

Jumlah sahaja yang berbeza. Dari segi konsep, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri telah bersetuju wang itu mesti dipulangkan semula. Jumlah yang dipersetujui dipulangkan ialah RM 1.686. Bakinya minta 'dihalalkan'.

Ahmad Said berkeras jumlah penuh RM 2.79 billion mesti dipulangkan.

Tidak mudah bagi seorang MB yang sama parti dengan PM dan Kerajaan Pusat mempunyai pendirian yang demikian jelas berbeza. Ahmad Said berani tidak bersetuju dengan Kerajaan Pusat.

Ahmad Said berani mengekalkan pendirian Kerajaan Terengganu bahawa royalti adalah royalti dan ia tidak boleh 'dicuri' sebahagian untuk digunapakai sebagai wang ehsan.

Dalam keadaan biasa, PM boleh menukar MB seperti itu. Namun, Ahmad Said berani angkat kepala dan berkata tidak.

Ahmad Said dengan bijaknya menggunakan flatform Sidang DUN untuk menyatakan pendirian Kerajaan Terengganu dalam isu ini. Ia pernyataan terbuka. Ulasannya terperinci. Tuntutan-tuntutan Terengganu adalah jelas.

Kita boleh memahami tuntutan Ahmad Said itu disokong oleh kehendak sebenar undang-undang. Kerana itu Ahmad Said boleh bertegas dan Kementerian Kewangan terpaksa akur. Dari segi politik, Ahmad Said sanggup menanggung risiko.

Implikasi keberanian dan ketegasan Ahmad Said itu sangat meluas dan besar kesannya.

Dakwaan Kerajaan Pusat bahawa Terengganu sama seperti Kelantan, tidak layak mendapatkan royalti, tertolak dengan begitu jelas.

Kalau Terengganu telah dibayar royalti sampai sekarang, cuma jumlahnya sahaja yang dipertikaikan, Kelantan dengan sendirinya juga layak! Kerajaan Pusat tidak dapat berbohong lagi.

Kedua, dari segi akaunting, memang jelas bermasalah dan dalam jangka panjang akan membebankan Kerajaan Pusat. Segala perberlanjaan atas nama wang ehsan tidak dikira telah menyelesaikan masalah. Kerajaan Pusat terpaksa dua kali berbelanja.

Royalti tetap perlu dijelaskan dan segala perbelanjaan atas nama wang ehsan dikira hangus begitu sahaja.

Apa untungnya untuk Kerajaan Pusat berbuat demikian? Kehendak perjanjian dan undang-undang akhirnya akan memerangkap Kerajaan Pusat.

Terengganu sekarang sebaris dengan Kelantan - agenda perjuangan yang sama dalam isu ini, berdepan kerenah Kerajaan Pusat yang sama. Kerajaan Pusat yang telah meletakkan perhitungan politik jangka pendek mengatasi kewajipan undang-undang.

Nampaknya, Kelantan telah mendapat teman yang banyak akan membantu. Mustajabnya permintaan dalam solat hajat kadang-kadang datang dalam bentuk yang berbagai-bagai. Saya merasa amat bersyukur.

Tentunya saya berterima kasih kepada YB Dato' Seri Presiden PAS yang telah mengemukakan pertanyaan sehinggan membolehkan Ahmad Said memberikan penjelasan.

Terima kasih juga pada NST dan Sinar Harian , antara media (setahu saya) yang melaporkan isu ini hari ini.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBE

Email : Mohd Fadil

PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. ( Co. No. 365216-T) yang terletak di :-

Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.



Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.



3.5 kg bihun CAP KETUPAT

3kg bihun CAP CABAI BURUNG


Bihun atau laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG





Cop halal yang tidak pernah mendapat kelulusan

Apabila logo atau cop halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia menunjukkan suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu 'Halal', 'Ditanggung Halal' atau 'Makanan Islam' atau difahami bahawa orang-orang Islam dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan tersebut. Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai

a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – "
حلآل
" di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi "HALAL";
d) bulatan logo tertulis perkataan " Malaysia " dalam tulisan Rumi dan
ماليزيا
dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Manakala logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi "HALAL" terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf "H" yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
'H' bermaksud Halal
'10' melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor


Cop logo halal yang benar


Oleh itu, bagaimana persoalan ini terjadi?

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar.. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga berkongsi pagar. Pastinya keadaan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dan tidak INDAH seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi 'INDAH KHABAR DARI RUPA '. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan kerana premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui, pemilik Kilang Bihun Beras Indah dan pusat ternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak perlu terkejut segalanya mereka berkongsi bersama sepert! i pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan.











Keadaan di dalam pusat ternakan babi yang bersebelahan kilang BIHUN BERAS INDAH Sdn Bhd, Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara.

Gambar pandangan dari ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang BIHUN BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI dan mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung.

Difahamkan pihak kilang tersebut mendapat bekalan air untuk memproses bihun dan laksa dengan cara menyedut air dari bawah tanah bagi menjimatkan kos. Pernahkah anda terfikir kesucian air yang digunakan? . Bagaimana pula dengan keadaan bihun yang diproses dengan meggunakan air yang pastinya sedikit sebanyak mengandungi air najis. Ini seumpama kita memakan najis babi dan sekali lagi bertentangan dengan cop halal yang digunakan kerana memproses menggunakan alat yang tidak bebas dari najis. Kita sebagai pengguna beranggapan bahawa dengan memakan bihun cap cili atau apa- apa sahaja cap, kita tidak perlu ragu-ragu! seperti kita memakan daging yang berkemungkinan merupakan daging babi. Malangnya tanpa kita sedari kita telah menikmati dengan enaknya bihun perisa babi. Apakah perasaan pengguna yang telah menikmati bihun tersebut. Betapa jijik dan kotornya perasaan para pengguna. Selain itu, pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang ini hanya dipisahkan dengan pagar dan mereka turut disyaki berkongsi sistem kumbahan yang sama.



Sistem kumbahan yang terletak berdekatan



Saluran paip yang menuju ke sistem kumbahan



Saluran paip air yang menyedut air dari sumber bawah tanah


Figure 9 Paip air di dalam gambar sebenarnya telah di kunci ketat dan saluran air yang tersembunyi merupakan sambungan untuk sumber air bawah tanah

Bagaimana pula dengan suara hati penduduk tentang pencemaran bau yang langsung tidak menyenangkan? Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Bayangkan penerimaan dan penderitaan yang ditanggung penduduk setempat selama ini. Kita tidak perlu terkejut sekiranya kesihatan penduduk terjejas akibat pencemaran bau dari kandang penternakan babi.

Selain daripada itu juga, kerana ingin mengaut keuntungan, terdapat segelintir peniaga tempatan sering menyalah gunakan atau mengambil kesempatan dengan membeli produk dari kilang tersebut. Lebih memeranjatkan lagi terdapat pembeli atau pemborong yang beragama Islam seringkali dilihat! datang ke kilang tersebut membeli hasil keluaran mereka Adakah pembeli ini hanya memandang ringan keadaan sekeliling atau tidak pernah tahu kewujudan pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang tersebut atau mereka ini tidak pernah sensitif dengan HALAL & HARAM? Sanggup sungguh mereka mengkhianati saudara sesama Islam mereka atau dengan kata lain betapa tidak berilmu dan jahilnya rakyat Malaysia yang beragama Islam tersebut!!

Kelihatan pemborong yang beragama Islam turut membeli produk keluaran Kilang Bihun Beras Indah tersebut

Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah lakukan dengan meletakkan alamat pendaftaran syarikat iaitu:-

1-G-2,
Sri Pelangi, Jalan Bukom,
10150 Penang
.

Bungkusan bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang mereka perlu meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang BIHUN BERAS INDAH meletakkan alamat mereka di Jalan Tingkat 6, Kampung Selamat . Mengapa mereka ingin mengelak dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar


Jika dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat lesen?

Alamat yang tertera pada bungkusan tidak sama dengan alamat kilang Bihun Beras Indah bagi tujuan menutup atau mengaburi pengguna

Yang menjadi tanda tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memandangkan pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10 tahun dan atas alasan apa kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan beroperasi? Adakah mereka telah disuap atau disogok? Ataupun dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah anda bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga ke hari ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala otak kita sendiri. Tidak logik!!!!!!

Malahan, menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu dalam tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan da! n Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang pernah membuat serbuan terhadap kilang bihun Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga kini kilang ini masih mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini terjadi? Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau kerajaan kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang bihun?!!

Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan produk bihun dan laksa yang berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap beliau iaitu:-



KIM LOONG HUAT SDN. BHD.
yang beralamat No.3565, Jinjang Utara , 52000 K.L

dan


ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.

yang beralamat
No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah , 14000
Bukit Mertajam.

Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd
masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi.

Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda "halal" dalam tulisan jawi dan rumi.

Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri .

Kerajaan wajib menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta memastikan bahawa sebarang penggunaan Tanda, Logo, Cop mahu pun perkataan rumi atau jawi yang memberi maksud Suci, Bersih, Makanan orang Islam atau Ditanggung Halal yang tidak diluluskan oleh pihak JAKIM wajib dikenakan tindakan mahkamah. Jika tidak dikawal dan masih berterusan ia akan memberi kesan negatif kepada Negara Malaysia memandangkan Negara kita merupakan Negara Islam dan pengeluar produk HALAL di dalam dan di luar Negara.




Lakaran kasar kawasan kilang BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



Gambar hadapan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.

Pandangan tepi kanan kilang BIHUN BERAS INDAH – betapa luas dan besarnya kilang ini

Ladang kelapa sawit yang berjiran sebelah dengan kilang BIHUN BERAS INDAH dan kandang penternakan babi




Pandangan 2D dari jalan utama



Dibelakang semak kira-kira 30m ini terdapat kandang babi



Betapa kotornya kilang BIHUN BERAS INDAH



Parit menjadi tempat perkongsian sisa kumbahan babi dan bihun

Saluran paip air

Pandangan dari hadapan dan papan tanda Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd

Sumber: Dari: http://www.myjakim.blogspot.com/

Kempunan....

7 Muharram 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

GERIK: Nenek berusia 72 tahun yang Orang Kurang Upaya (OKU) tidak sempat menjamah nasi untuk makan tengah hari apabila terpaksa bergegas menyelamatkan diri sebaik menyedari rumahnya terbakar.

Nenek berkenaan, Rogayah Wahab, yang tinggal di Kampung Air Ganda dekat sini ketika kejadian kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin, baru hendak membuka saji lauk selepas memasukkan nasi ke dalam pinggannya.

Nenek cacat pendengaran itu terpaksa melupakan makan tengah harinya sebaik menyedari ada api marak di bahagian atas di dalam rumah papan yang diduduki bersama anak, menantu dan cucunya.

Anaknya, Abdul Malik Abdullah, 27, ketika ditemui, berkata semasa kejadian, dia, isterinya, Nor Azrita Azmi, 22, dan anak mereka, Mohd Iman Naufal, 2 tahun sedang berada di gelanggang futsal menguruskan minuman untuk pertandingan futsal anjuran Persatuan Belia Bestari.

"Ketika saya sedang mengurus minuman untuk pertandingan itu tiba-tiba isteri saya menelefon saya, di mana dia mendapat panggilan menyuruh saya pulang ke rumah segera.

"Saya bergegas pulang dengan motorsikal dari gelanggang futsal yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah dan apabila sampai kira-kira jam 1.15 petang saya dapati rumah sudah hangus sama sekali," katanya.

Abdul Malik berkata, sebaik melihat kejadian itu dia terus teringatkan nasib ibunya, Rogayah, bagaimanapun benar-benar bersyukur sebaik mengetahui orang yang disayanginya itu sempat menyelamatkan diri ke rumah jiran.

Katanya, menceritakan tentang ibunya sebelum dan ketika kejadian, ibunya mengalami masalah pendengaran selain masalah otak, tetapi masih kuat pergerakannya dan berjaya menyelamatkan diri tanpa bantuan orang lain.

"Walaupun kebakaran itu mengakibatkan mereka tinggal sehelai sepinggang kerana hampir semua barangan berharga musnah, tetapi saya bersyukur kerana ibu saya selamat dan kejadian tidak membabitkan kehilangan jiwa.

"Saya juga bersyukur kerana kereta dan motorsikal Yamaha RG saya tidak terbakar, walaupun sebuah lagi motorsikal jenis Modenas Kriss rentung," katanya.

Abdul Malik berkata, barangan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, televisyen serta barangan perabut, barangan kemas dan wang dalam tabung anak di dalam rumah hangus, manakala pelbagai dokumen penting turut musnah sama sekali.

Katanya, mereka empat bercucu yang kini tinggal sehelai sepinggang terpaksa berteduh sementara di bawah khemah yang didirikan penduduk dan mungkin terpaksa menumpang atau menyewa rumah kosong jiran selepas sehari dua ini.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Grik, Che Seman Che Soh, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu jam 1.06 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Pasukan kami terdiri daripada tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian dan sampai jam 1.30 petang ketika api sedang marak membakar hampir seluruh rumah terbabit dan hanya sempat mengawal sebahagian kecilnya saja," katanya.

Che Seman berkata, pasukannya tidak dapat sampai dalam masa segera kerana selain jauh, jalan masuk ke kampung itu sempit serta terlalu banyak selekoh selain berbukit-bukit menyebabkan jentera tidak dapat bergerak laju atas sebab keselamatan.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria yang melawat mangsa rumah kebakaran itu, berkata penduduk kampung perlu bersimpati dengan menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan.

Katanya, keluarga berkenaan sudah tentu amat sedih dengan kejadian yang menimpa kerana selain tinggal sehelai sepinggang, mereka kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berteduh di bawah khemah buat sementara waktu.

"Pihak atasan sewajarnya menangani masalah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah itu, terutama menyelesaikan tempat tinggal untuk mereka.

"Penduduk juga sewajarnya berpakat bagaimana mengatasi masalah dihadapi keluarga berkenaan supaya bebanan yang mereka tanggung dapat diringankan," katanya.

Razman berkata, orang ramai (pembaca) boleh memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan kepada keluarga berkenaan dengan menghubungi Abdul Malik di talian 012-5454386 atau menyalurkan terus ke akaun Agro Bank isterinya Nor Aznita bernombor 2007211000065994.

Nan Ke Yi Meng

7 Muharram 1431H

Bermimpi ke Kaunti Nanke

Asal Usul:

Kononnya, pada zaman Dinasti Tang, iaitu abad ke-7 hingga ke-10 Masihi, ada seorang pemuda bernama Chunyu Fen yang sangat suka minum arak.

Pada satu hari, ketika hari jadinya, Chunyu Fen telah menyediakan jamuan untuk meraikan kawan-kawannya di bawah sebatang pokok ash di depan rumahnya. Pada hari itu, dia minum amat banyak hingga menjadi sangat mabuk, dan terus terlelap di bawah pokok tersebut.

Dalam tidurnya, Chunyu Fen bermimpi, konon dirinya telah dibawa oleh dua orang pegawai yang memakai pakaian berwarna ungu, ke dalam suatu lubang besar yang tersembunyi di bawah pokok ash itu, dan kemudiannya tiba di sebuah negeri yang bernama Negeri Dahuai'an. Perdana Menteri negeri itu sudah menunggu di luar istana raja untuk menyambut kedatangan Chunyu Fen. Apabila diketahui bahawa raja negeri tersebut ingin mengahwinkan Puteri Jinzhi dengannya, Chunyu Fen berasa sangat hairan. Mahu tak mahu, dia terus dibawa masuk ke bilik pengantin dalam istana itu. Selepas berkahwin dengan puteri itu, Chunyu Fen telah ditugaskan menjadi Ketua Kaunti Nanke. Melalui usahanya yang berterusan untuk mengatasi kesukaran rakyat serta membangunkan kaunti tersebut, dia menjadi seorang pegawai yang amat dihormati dan disayangi oleh rakyat jelata. Dia dikurniai lima orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Hidupnya bersama anak-anaknya, serta Puteri Jinzhi juga amat bahagia.

Bagaimanapun, tiba-tiba, pada suatu hari, negeri Tanluo telah melancarkan serangan mengejut terhadap Negeri Dahuai'an. Tentera yang diketuai oleh Chunyu Fen telah mengalami kekalahan yang sangat teruk. Tidak lama selepas itu, Puteri Jinzhi pula meninggal dunia akibat diserang penyakit. Berdepan dengan malapetaka yang terus menerus menimpanya, Chunyu Fen yang sudah kehilangan wibawa itu, memutuskan untuk meletakkan jawatannya. Dengan hati yang penuh duka dan kecewa, dia pun pulang ke kampung halamannya. Sebaik sahaja hendak masuk ke dalam rumahnya, dia terkejut apabila ternampak dirinya sedang tidur lena di bawah pokok ash di depan rumahnya. Dia berasa sangat takut sehingga terjaga dari mimpinya. Apabila terlihat pembantu rumahnya sedang membersihkan laman, dan kawan-kawannya yang ada di situ pula sedang berbual-bual dengan gembira, barulah dia berasa tenteram kembali.

Chunyu Fen memberitahu mimpinya itu kepada kawan-kawannya yang ada di situ. Dengan sifat ingin tahu yang menebal, kesemua mereka bersama-sama pergi ke bawah pokok ash itu untuk mencari "Negeri Dahuai'an" yang muncul dalam mimpi Chunyu Fen itu. Bagaimanapun, apa yang mereka temui pada akhirnya hanyalah sebuah sarang semut sahaja.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Nan Ke Yi Meng" ini membawa erti bermimpi pada siang hari atau mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat direalisasikan. Ia juga memberikan kita satu pengajaran bahawa kekayaan, pangkat dan kekuasaan hanyalah mimpi kosong semata-mata. Jangan terlalu mementingkan perkara tersebut.

Pemuda PAS Perak adakah perlawanan bowling persahabatan dengan wartawan

7 Muharram 1431H
Email :safarizal saleh





http://dppperak.blogspot.com/

Felda Perbodohkan Peneroka Batu Tangga , Kedah

7 Muharram 1431H
Oleh : Zabidie Abas

Selepas pertemuan dengan AMK Zon Selatan, Pencatat bersama Sdr. Mazlan Aliman dan rakan lainnya terus ke Kubang Pasu. Perjalanan lebih 800 km agak meletihkan.

Lumrah dengan sikap pengurusan Felda. Menipu, menipu dan menipu. Kami kesana bagi mendengar rintihan peneroka Felda Bukit Tangga.

Peneroka ditawarkan oleh pengurusan Felda dengan tawaran RM3,000.00 seekar untuk pokok getah yang akan ditebang. Setiap peneroka mempunyai 10 ekar.

Terdapat kontraktor sanggup membeli pokok getah sehingga RM8,000.00 seekar tetapi Felda tidak membenar pokok getah dijual dengan harga tersebut.

Jika pengurusan Felda yang tebang dan jual, peneroka bakal menerima RM30,000.00. Jika peneroka yang lakukan sendiri akan dapat RM80,000.00.

Jumlah yang cukup untuk menampung kehidupan kelurga peneroka selama 2 tahun tanpa hasil.

Jika di Felda Bukit Tangga mempunyai 300 peneroka. Jelas RM50,000 x 300 = RM15 juta lesap ditangan pengurusan Felda.

Felda mengugut jika peneroka tebang dan jual sendiri pokok getah tersebut maka tindakan mahkamah mungkin diambil. Atau tidak mustahil mereka akan dihalau dari kawasan tersebut.

Libatkan orang muda dalam semua bidang- Ku Li

7 Muharram 1431H

AMPANG, 24 Dis: Veteran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah berpendapat golongan muda wajar diberi peluang berperanan dalam pelbagai bidang untuk lebih berdaya saing dan bukannya menumpukan bidang politik semata-mata.

Ianya kerana, dunia zaman sekarang memerlukan kepakaran dalam semua lapangan dan pemuda harus bersedia memenuhi tuntutan tersebut.

"Orang muda patut diberi empowerment (diperkasa), berperanan dalam banyak hal bukan sahaja politik, tetapi juga pentadbiran, perusahaan dan sebagainya," katanya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Tengku Razali atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Ahli Jawatan Kuasa Dewan Harian, Pemuda PAS Pusat di kediaman beliau di sini semalam.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mendapat pandangan dan gambaran lebih jelas dari beliau berhubung beberpa perkara yang sedang berlaku dalam negara.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan hampir satu setengah jam itu menyentuh isu ekonomi negara, royalti Kelantan dan peranan pemuda pada kacamata beliau.

Dalam isu ekonomi, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan sewajarnya memikirkan bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan negara semata-mata, malah untuk menampung keperluan rakyat dan dunia.

Kerajaan juga katanya perlu mempelbagaikan sumber pendapatan, dan tidak harus bergantung hanya kepada Petronas semata-mata.

Keadaan persekitaran ekonomi negara juga katanya tidak mesra pelabur sehingga beliau menyifatkan pelabur semakin hilang minat terhadap Malaysia.

"Nampaknya (pelabur) dari luar negara minat tidak ada, barangkali keyakinan terhadap dasar-dasar kerajaan tidak begitu meyakinkan. Dalam negara sendiri pun punca amat kurang dan mungkin kerana pelabur kurang yakin dengan apa yang berlaku, dari segi korupsinya, keselamatnnya, sosialnya.

"Sebab itu rakyat kita lebih selesa melabur pada tempat yang terjamin keselamatannya, itu yang kita kena fikir," katanya lagi.

Beliau juga memberitahu sedang mengkaji bagaimana kaedah untuk meningkatkan pendapatan rakyat lebih tinggi agar dapat menahan inflasi yang berlaku.


Ianya termasuklah mencari penyelesaian bagaimana untuk menaikkan nilai ringgit Malaysia seperti dahulu.

Berhubung isu royalti pula, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas sekali lagi memaklumkan bersetuju memenuhi hasrat kerajaan Kelantan untuk hadir memberi penerangan kepada rakyat negeri itu.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan mana-mana pihak bahawa beliau sedang diperalatkan oleh parti politik tertentu berhubung oerkara itu.

"Saya tidak menjadi alat politik mana-mana pihak, saya hanya menjadi alat kepada rakyat, saya hanya mahu menyatakan kebenaran," jelasnya.

HarakahDaily.Net/-

Anwar dinasihat ambil iktibar kisah Nabi Yusof a.s

7 Muharram 1431H

BUKIT SEGAMBUT, 24 Dis: Dr. Wahbah Az-Zuhaily menasihatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iktibar dari pemenjaraan Nabi Yusof a.s. disebabkan perancangan pihak yang berkuasa yang tidak senang baginda.

Nasihat tersebut disampaikan dalam suatu majlis dialog yang diadakan di kediaman peribadi Anwar, di sini malam tadi.

Dr. Wahbah yang juga Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Islam dari Universiti Damsyik, Syria berkata, Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.

"Tidak semua yang diperjara itu bersalah...seperti Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh," jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s kemudiannya.

"Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya...semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s," jelasnya.

"Beliau (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapati sebelum ini."

Menyampaikan ucapan sekitar 30 minit, Dr. Wahbah turut menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.

"Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil," jelasnya.

"Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian bagi beliau dan dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat."

Selepas dialog tersebut, Dr. Wahbah turut mengimamkan solat hajat demi mendoakan Anwar serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t kelak.

Sebelum pada itu Anwar merakamkan penghargaan kepada Dr. Wahbah kerana sudi mengunjungi kediamannya.

Dalam ucapan aluan, Anwar memuji karya Dr. Wahbah az-Zuhaily yang berjudul Fiqh al-Islami wa Adillatuhu.

Turut menyertai dialog tertutup Dr. Wahbah az-Zuhaily itu, AJK PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya Senator Dr. Syed Husin Ali, Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, para pemimpin mahasiswa dan wartawan.

Semalam, dilaporkan Dr. Wahbah turut menyampaikan syarahan ‘Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam Negara Islam’ dalau suatu simposium yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam syarahan tersebut, beliau menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.

HarakahDaily.Net/-

Najib hadapi krisis kepercayaan

7 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, Dis 24: Kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dalam pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu menguatkan lagi persepsi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi krisis keyakinan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Hakikat bahawa 71 orang ahli Parlimen BN tidak hadir dalam pengundian untuk menerima belanjawan sulung yang dibentangkan oleh Najib tidak dilihat sebagai suatu kebetulan semata-mata oleh pasaran dan tokoh-tokoh perniagaan.

"Perkara itu ditimbulkan dalam pertemuan saya dengan tokoh perniagaan dua hari lalu," katanya.

Dalam peristiwa itu, kerajaan Najib melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperolehi terlalu tipis, di mana BN berjaya mengatasi pembangkang hanya dengan tiga undi sahaja (66-63) untuk membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.

Menurut Salahuddin, mereka mempersoalkan adakah ketidakhadiran begitu ramai ahli Parlimen BN itu adalah satu kebetulan atau sesuatu yang dirancang.

"Bagi mereka, apa yang berlaku itu menunjukkan ketidakmampuan Najib menguasai parti yang diketuainya sendiri.

"Mereka juga tidak menolak kemungkinan Najib adalah Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia dan bukan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi)," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sekurang-kurangnya Abdullah berjaya menguasai Umno dan BN dan mendapat kepercayaan yang lebih baik dari Najib di tahun-tahun awal pemerintahannya, katanya.

Mengenai apa yang didakwa sebagai reformasi ekonomi yang cuba ditonjolkan sebagai kekuatan Najib, Salahuddin tidak melihat perkara itu diterima tanpa dipersoalkan oleh pasaran.

"Pandangan (Prof) Jomo (K Sundaram) bahawa dasar ekonomi terbuka Najib tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dipandang serius oleh pasaran," katanya.

Malah, kata beliau lagi, isu kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut mendapat perhatian serius pasaran dan masyarakat perniagaan.

"Mereka mempersoalkan, jika Najib tidak menunjukkan prestasi yang meyakinkan dalam menjaga hanya satu kementerian, bagaimana beliau boleh memberi keyakinan umum bahawa beliau mampu menunjukkan prestasi yang baik untuk mentadbir sebuah negara?" kata Salahuddin.

Beliau juga memberitahu, tokoh perniagaan yang ditemui itu juga menunjukkan kepadanya indeks penerimaan terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri yang merudum dengan begitu mendadak dalam masa yang singkat.

Menurut tinjauan Merdeka Center yang ditunjukkan oleh tokoh perniagaan berkenaan kepadanya, kata Salahuddin, kadar penerimaan terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri mencapai tahap sehingga 65 peratus dalam tempoh 19 Jun hingga 1 Julai tetapi merudum lebih 10 peratus dan berada pada tahap 56 peratus dalam tempoh 4 hingga 14 September lalu.

"Dalam tempoh antara 19 Jun hingga 1 Julai itu juga, sebanyak 74 peratus responden Melayu dan 74 peratus responden India berpuas hati dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri, manakala tahap sokongan masyarakat Cina pula melonjak sehingga 48 peratus," katanya.

Bagaimanapun, dalam tempoh 4 hingga 14 September lalu, tahap penerimaan itu merudum kepada 64 peratus di kalangan masyarakat Melayu, 68 peratus di kalangan masyarakat India dan hanya 36 peratus sahaja di kalangan masyarakat Cina, kata Salahuddin lagi.

Beliau tidak menolak kemungkinan Najib semakin dilihat sebagai liabiliti kepada BN dan negara.

HarakahDaily.Net/-

Enjin F-5E: Kegagalan menyiasat punca Polis dipersoalkan

7 Muharram 1431H

POKOK SENA, 24 Dis: Naib Presiden PAS, Dato' Mhafuz Omar persoalkan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di atas kegagalan agensi itu menyelesaikan siasatan berhubung kes kehilangan enjin jet pemintas F-5E seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Mahfuz yang ditemui selepas Majlis Sumbangan Peralatan Sekolah di Pejabat PAS Pokok Sena semalam, berkata, beliau difahamkan laporan polis berhubung kejadian itu dibuat pada 4 Ogos 2008 yang lalu dan nota pemakluman kepada Jabatan Peguam Negara (AG) hanya dihantar pada Mei 2009.

"Persoalannya, kenapa PDRM perlu ambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat insiden yang sebegini serius dan penting?

"Sembilan bulan bukannya tempoh yang singkat, itu pun masih tidak boleh selesai, perlu kepada lanjutan tempoh siasatan, ini yang meragukan dan rakyat persoalkan," katanya.

Menurut Mahfuz, kerajaan perlu menyatakan bentuk tindakan yang telah diambil terhadap syarikat yang memonopoli kerja-kerja penyelenggaraan enjin pesawat pejuang milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) iaitu AIROD SDN BHD.

"Kejadian enjin jet F-5E hilang itu dikatakan berlaku ketika dalam perjalanan dari pengkalan TUDM di Butterworth ke AIROD untuk diselenggarakan, sudah tentu ada kaitannya dengan syarikat itu," katanya.

Beliau turut mengulangi desakannya supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan peringkat Parlimen yang diyakini lebih bersifat terbuka, berintegeriti dan telus dalam usaha menjejaki mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini.

Mahfuz berkata, perletakan jawatan seorang pegawai berpangkat Briged Jeneral dan tindakan memberhentikan perkhidmatan 20 anggota lain yang dikatakan tiada kaitan dengan kes ini turut mengundang keraguan masyarakat yang melihat seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu berkaitan dengan kes ini.

Ini sekaligus menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berjanji tidak akan menyembunyikan siasatan kes dari pengetahuan umum.

Mahfuz menuntut Kementerian Pertahanan mengemukakan alasan ke atas tindakan memberhentikan kerja 20 anggota tersebut dan menyatakan alasan perletakan jawatan pegawai tinggi itu kepada masyarakat umum untuk mengembalikan keyakinan mereka.

"Kalau betul mereka terlibat, kerajaan perlu mengheret mereka ke mahkamah terbuka dan bukannya dakwa mereka di mahkamah tentera yang sudah tentu perbicaraannya tidak akan didedahkan kepada pengetahuan umum," soalnya.

Menjawab soalan pemberita kemungkinan ada motif tertentu berkaitan pendedahan isu ini, Mahfuz berkata, beliau tidak mengetahui agenda sebenar tindakan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Zahid Hamidi mendedahkan satu demi satu kepincangan yang berlaku di kementerian yang sebelum ini dibawah seliaan Najib.

Beliau juga mengulangi pendiriannya menuntut Najib segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan pembentukan jawatankuasa khas menyiasat kes kehilangan enjin-enjin jet F-5E dan peralatan lain yang mengakibatkan kerugian kepada negara.

"Saya akan pergi ke pejabat Perdana Menteri dalam minggu ini dan serahkan sendiri surat meminta supaya sidang khas itu diadakan segera," jelasnya.

HarakahDaily.Net/-

Drs. Khalil : Muslimat perlu siap untuk hadapi pilihanraya bila-bila masa .

7 Muharram 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menyeru muslimat semua peringkat di seluruh negeri menyiapkan jentera pilihan raya untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa saja.

Katanya, mana-mana kawasan dan juga cawangan, khususnya membabitkan jentera muslimat yang masih belum bersiap sedia, diingatkan supaya tidak melengah-lengahkannya lagi dalam soal untuk menghadapi pilihan raya.

"Walaupun jangkaan kita sebelum ini pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diadakan pada penghujung November, bagaimanapun tidak berlaku, tetapi tidak bererti tidak akan diadakan langsung.

"Kalaupun tidak berlaku dalam waktu terdekat, pilihan raya umum yang ke-13 pasti akan diadakan juga dan persiapan mesti kena buat juga," katanya ketika menyampaikan taklimat kepada muslimat PAS Kawasan Lenggong di Surau Kampung Gua Badak dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Razman Zakaria, Timbalan YDP, Ustaz Mohd Kushairi Ariffin dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Lenggong, Hajjah Hapipah Mat Saman.

Khalil Idham Lim berkata, melihat suasana mutakhir di Perak, memaksa kita membuat persiapan lebih awal kerana kemungkinan besar DUN Perak akan dibubarkan pada bulan April 2010.

Katanya, sekiranya benar-benar berlaku pembubaran DUN pada ketika itu, pilihan raya akan diadakan dalam masa 60 hari selepasnya, bererti bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk kita membuat persiapan sebaik mungkin bagi menghadapinya.

Mulai Januari 2010 nanti, katanya semua jentera pilihan raya di seluruh negeri kena adakan satu ceramah setiap bulan sekurang-kurangnya sepertimana dilakukan PAS Kelantan.

Jentera muslimat kawasan mesti mengarahkan jentera muslimat di peringkat Unit Peti Undi (UPU) membuat persiapan dan adakan lawatan ke semua UPU mulai Januari nanti, katanya.

Sebelum itu, Khalil Idham Lim mengingatkan semua muslimat bahawa perjuangan kita di dalam gerakan Islam, adalah perjuangan untuk menegakkan Agama Allah yang diwariskan oleh para Rasul sehingga kepada Nabi Muhammad SAW.


"Tidak ada perkara yang tinggi darjatnya di sisi Allah, melainkan kerja-kerja yang dibuat terhadap apa yang ditinggalkan oleh para Rasul dan perjuangan kita adalah penerus kerja-kerja Nabi.
"Perjuangan Islam adalah mata rantai daripada perjuangan yang dibawa oleh para Rasul dari Adam sampai Muhammad SAW," katanya.

Khalil dham Lim berkata, sehubungan itu kita kena yakin bahawa perjuangan yang kita dokongi di dalam PAS adalah perjuangan untuk menegakkan kebenaran selaras dengan perjuangan para Rasul.

PMR: 28,188 Pelajar Peroleh Semua A

PUTRAJAYA: Seramai 28,188 pelajar memperolehi A bagi semua mata pelajaran dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini berbanding 26,378 bagi tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pencapaian cemerlang itu dengan A bagi setiap mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.41 peratus.

Menurutnya, seramai 281,781 calon PMR pada tahun ini memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi semua mata pelajaran berbanding 278,767 calon pada tahun lalu.

"Seramai 397 calon mendapat E untuk semua mata pelajaran berbanding 440 calon pada tahun lalu. Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR 2009 dalam 16 mata pelajaran adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.

"Nilai Gred Purata Nasional (GPN) pula meningkat dari 2.83 pada tahun 2008 kepada 2.78 (2009) tahun ini. Nilai GPN yang lebih kecil adalah lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan PMR 2009 di bilik mesyuarat Kementerian Pelajaran, hari ini.

Calon-calon PMR diukur daripada empat indikator iaitu, pencapaian cemerlang (semua A), pencapaian yang baik (minimum D), pencapaian sangat lemah (semua E) dan pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional(GPN).

Sementara itu, Alimuddin memberitahu, jurang perbezaan pencapaian antara calon bandar dan luar bandar pada keseluruhannya semakin rapat.

Jelasnya, nilai GPN calon bandar meningkat dari 2.72 kepada 2.68 manakala calon luar bandar dari 3.02 kepada 2.97.

"Bilangan calon bandar yang mendapat semua A meningkat daripada 7.86 peratus kepada 8.31 peratus manakala calon luar bandar meningkat dari 2.75 peratus kepada 3.09 peratus," ujarnya.

Bagi calon istimewa yang mengalami rabun serta pendengaran pula, Alimuddin berkata, seramai tujuh calon mendapat semua A.

Berhubung dari segi prestasi mata pelajaran, beliau menjelaskan kesemua mata pelajaran menunjukkan sama ada tiada perubahan atau meningkat sedikit kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi.

"Diukur dari Gred Purata Mata Pelajaran, Bahasa Melayu menurun dari 2.40 kepada 2.42, Bahasa Inggeris turun dari 3.21 kepada 3.25 dan Bahasa Punjabi turun dari 1.70 kepada 2.02," katanya.

Dalam pada itu, Alimuddin memberitahu, seramai 12 calon Sekolah Seni Malaysia memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran teras yang diduduki dalam PMR tahun ini.

Kementerian Pelajaran buat julung kali memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam PMR tahun ini.

Calon yang mengambil mata pelajaran tersebut mulai tingkatan satu pada tahun 2007 belajar di Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

Empat bidang kesenian yang ditawarkan ialah Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual.

"Bidang teater menunjukkan pencapaian tertinggi dari segi peratusan bilangan memperoleh Band 4 (tertinggi), diikuti Muzik, Seni Visual dan Tari," katanya.

Sejumlah 475,182 calon yang menduduki PMR tahun ini. Daripada jumlah itu, 442,611 (93.1 peratus) adalah calon daripada sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.

Manakala 4,150 pelajar (0.9 peratus) adalah calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 13,234 (2.8 peratus) calon sekolah swasta, 13,561 calon sekolah agama tadbiran kerajaan negeri (2.9 peratus), 1,288 calon (0.2 peratus) sekolah agama rakyat dan 333calon (0.1 peratus) persendirian. Mstar/-

Gempa terbaru di Padang, pelajar M'sia selamat

Gempa bumi terbaru berlaku di Padang Sumatera Barat, dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter (SR) padajam 8.11 pagi.

Bagaimanapun, Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia mengesahkan bahawa kesemua 75 pelajar Malaysia selamat.

Pengarahnya, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi para pemimpin pelajar Malaysia di Universitas Andalas di sana dan mendapat pengesahan bahawa semua pelajar yang masih berada di Padang adalah selamat.

"Kita ada 75 pelajar di sana sekarang manakala bakinya kira-kira 70 orang lagi sedang bercuti di Malaysia.

'Mereka masih berada di rumah ketika kejadian dan sempat menyelamatkan diri ke luar rumah setelah merasakan goyangan gempa yang agak kuat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, semua pelajar itu meneruskan kuliah dan latihan praktikal mereka seperti biasa hari ini kerana tidak ada kerosakan harta benda akibat kejadian itu.

Data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu terjadi pada jam 8.11 pagi, dengan pusatnya di kedalaman 10 km pada lokasi kira-kira 56km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai.

Gempa susulan yang berkekuatan 5.3 SR pula berlaku pada pukul 8.47 pagi di kedalaman 25km pada lokasi 46km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai.

Bagaimanapun kedua-dua gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, menurut BMKG.

Gempa bumi itu terjadi kira-kira tiga bulan selepas gempa bumi besar berkekuatan 7.9 SR menggegarkan Kota Padang, yang mengakibatkan Malaysia terpaksa menggunakan helikopter tentera bagi membawa pulang lebih 300 pelajar perubatan dari sana.

Sementara itu media massa tempatan melaporkan gempa pagi ini sempat

mengakibatkan rasa panik di kalangan penduduk terutama di Kota Padang yang bertempiaran keluar meninggalkan rumah dan bangunan kerana takut terjadi runtuhan.

Bagaimanapun, sehingga tengah hari ini tiada laporan mengenai sebarang kerosakan harta benda. - Bernama

PAS kaji tiada lagi calon luar tanding di K'tan

PAS Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga mursyidul am PAS dan pesuruhjaya PAS Kelantan, berkata dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

"Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi ahli parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Mengenai keputusan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, melepaskan jawatan, Nik Abdul Aziz berkata: "Ikut dialah, itu masalah peribadi."

Semalam, Dr Rosli mengumumkan peletakan jawatan dalam parti kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan Pas ekoran masalah peribadi selepas beliau diperintah oleh Mahkamah Syariah di sini tinggal berasingan sementara dengan isteri keduanya setelah tersebar berita mengenai kesahihan pernikahan mereka.

Dr Rosli adalah juga orang yang meminta menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman supaya segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata: "Berapa kali nak ulang benda tu. (Orang) nak kata apapun, katalah. Cukuplah, (kita) dah tutup fail. Mari datuk mana sekalipun, saya kena dengar keputusan daripada (PAS) pusat." katanya. - Bernama.

Mahathir dan Pak Lah, kedua-dua perlu disiasat

7 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.

Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam masa 23 tahun pemerintahannya.

"Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu. Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja.Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu perlu telus, bukan polis, bukan SPRM," katanya.

Menurut Mahfuz juga, jika Suruhanjaya Diraja tidak dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat Parlimen harus ditubuhkan dn laopran siasatan berkenaan diletakkan di bawah biang kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk dibahaskan," katanya lagi.

"Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang, diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan) dihantar ke parlimenuntuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya.

Mahfuz juga menyifatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun.Seorang kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang yang samun lebih.Dua-dua pun penyamun.

"Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion, sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah yang hanya lebih kurang 4 tahun," ujarnya.

Mahfuz turut menegaskan, siasatan terhadap projek pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta juga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini katanya membuktikan Najib juga terlibat dalam penyelewenagn dana awam.

"Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya dalam pengetahuan Najib."katanya.

HarakahDaily.Net/-

SPR berbohong mengenai dakwat, rakyat boleh saman

7 Muharram 1431H
http://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Se-Malaysia (SPR) mahu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mendedahkan semula dakwaan mereka pada tahun lepas bahawa terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat khas (kekal) untuk tujuan pilihan raya secara haram hingga menyebabkan SPR terpaksa membatalkan pengunaannya bagi Pilihanraya Umum 2008.

Telah lebih setahun setengah dakwaan dibuat oleh pihak SPR namun tiada sebarang khabar berita, bukti, mahupun sebarang tangkapan mengenainya.

PAS melihat bahawa SPR berbohong kepada rakyat dan sanggup membazirkan dakwat bernilai RM 2.4 juta untuk cerekarama yang sengaja dicipta bagi menafikan tuntutan rakyat melalui Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang mahu dakwat kekal digunakan.

PAS menuntut SPR mendedahkan siapakah individu yang didakwa mereka itu atau SPR perlu bersedia untuk menerima dakwaan dan saman rakyat dimahkamah kerana menyebabkan Kerajaan kerugian RM 2.4 juta di atas pembohongan yang sengaja dicipta itu.

PAS mengesa para pengundi tampil kehadapan untuk sama-sama menuntut SPR membuktikan dakwaan itu atau bersama menyaman SPR kerana mencipta maklumat palsu dan berbohong kepada rakyat serta membazirkan wang rakyat begitu sahaja dengan membeli dakwat yang sengaja tidak digunakan bagi memenuhi arahan Menteri Kabinet BN ketika itu.

HarakahDaily.Net/-

Enjin F5E- PAS mahu Najib letak jawatan

7 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 23 Dis: PAS mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletakan jawatan serta merta berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F5E pada 2007 iaitu semasa beliau memegang Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, Najib sepatutnya berbuat demikian pada tahun 2008 lagi sewaktu kehilangan itu dikesan.

Namun dakwanya, Najib seperti merahsiakan perkara itu kerana mahukan laluan mudah menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Selaku Menteri beliau bertanggungjawab penuh diatas kecuaian terbesar yang berlaku dalam sejarah pentadbiran Kementerian Pertahanan. Sewajarnya beliau meletakan jawatan pada tahun 2008 iaitu ketika kehilangan enjin berkenaan disedari hilang bagi memberikan laluan kepada siasatan menyeluruh kes ini.

"Jelas beliau cuba merahsiakan perkara ini dari rakyat bagi memastikan laluan mudah agar dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Kelicikan politik beliau dalam menyembunyikan kes ini jelas memperlihatkan agenda beliau itu.

Kes kehilangan ini juga jelasnya tidak boleh dianggap remeh kerana ia adalah simbolik disebalik kegagalan sistem pertahanan negara dibawah pentadbiran Najib.

"Dibawah pentadbiran Najib, kita sudah lali mendengar kisah ruang udara negara diceroboh, helikopter nuri terhempas, kapal terbang terhempas, dan juga kisah-kisah perbelanjaan Kementerian Pertahanan yang dihalang untuk di Audit oleh Jabatan Audit negara.

Katanya rakyat tidak harus membiarkan pemimpin yang mementingkan politik peribadi dari keselamatan negara dan rakyat.

Apatah lagi, dizaman beliau juga bermacap program dilaksanakan yang akhirnya merugikan rakyat dan negara.

"Zaman Najib menjadi menteri pertahanan juga menyaksikan munculnya projek Angkawan Negara yang berakhir dengan kisah Pelancong Angkasa. Program Latihan Khidmat Negara juga dicipta dengan begitu banyak tragedi sedangkan manfaat yang diterima kurang dari 10 peratus dan masalah sosial generasi muda hari ini kian membarah. Zaman beliau begitu banyak kecuaian, kerugian, penipuan dan pembaziran," katanya lagi.

"Jika 2 unit enjin pesawat yang besar boleh hilang dari kawalan pasukan keselamatan negara, esok lusa apa pula yang hilang jika Najib masih kekal menjadi Perdana Menteri," katanya.

HarakahDaily.Net/-