17 December 2009

Bajet Najib lulus 3 undi, bajet Zambry lulus 20 minit

Misbahul Munir Masduki

Apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah pemerintahan Najib? Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.

Najib hilang kredibiliti, ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan ahli Parlimen PR dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan.

Pengundian pula dijalankan ketika jumlah Ahli Parlimen PR dan BN hampir sama ramainya, sekiranya kehadiran ahli Parlimen PR melebihi BN sudah pasti bajet tersebut akan ditolak, di mana maruah Najib yang sememangnya sudah tidak punya maruah lagi sekiraya bajet 2010 ditolak oleh parlimen ?

Beberapa ahli Parlimen PR melihat bajet 2010 banyak kelemahan, antaranya pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

Cadangan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula adalah sangat bertepatan.

Bajet Najib dijangka akan gagal disebabkan faktor kesilapan kerajaan dalam mengambil kira pendapatan & perbelanjaan yang sewajarnya.

Di Perak bajet 2010 yang dibentang oleh Zambry dibentang dalam masa tidak lebih 20 minit. Bajet yang menelan belanja hampir 1 bilion, dibelanja untuk tempoh satu tahun dibentang dan diluluskan dalam masa 20 minit.

Bayangkan apa akan dan sudah terjadi dengan negeri Perak. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pembentangan bajet seluruh negara di mana bajet yang dibentangkan tidak dibahaskan oleh seluruh adun kerajaan haram BN.

Pakatan Rakyat sejak dari awal sememangnya tidak mengiktiraf pembentangan bajet tersebut, seklipun PR tidak mengambil bahagian, mengapa adun-adun BN tidak mengambil bahagian untuk membahaskan bajet tersebut.

Mengapa adun BN tidak memberi cadangan, pandangan dan kritikan kepada bajet tersebut, kerajaan haram BN pula akan memberi penjelasan dan jawaban-jawaban terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam sesi penggulungan.

Bajet Perak 2010 sebenarnya bajet yang tidak kredibiliti, tidak ada nilai dan tidak ada maruah. Ia sama tidak bermaruah sebagaimana tidak bermaruahnya kerajaan BN yang merampas kuasa dengan jalan yang paling jijik dan kotor.

Tidak hadir: Mahfuz, Che Rosli beri penjelasan

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan.

Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat.

Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.

"Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.

"(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,"

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu.

"Saya bukannya lari tugas," katanya lagi.

Kedua-dua mereka juga bercadang menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh Najib sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut.

15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.

Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib. Harakahdaily/-

BOLA SEPAK BERMULA DI NEGARA CHINA : UST AKMAL

Email : Pemuda PAS Perak


Ust. Akmal sebagai perasmi kejohanan futsal "ORANG MUDA GENG KITA" DPPK Lumut.

LUMUT - Dewan Pemuda Pas kawasan Lumut telah berjaya menganjurkan satu kejohanan futsal piala Dato' Seri Nizar Jamaluddin pada 13 Disember 2009 (Ahad) di gelanggang MP 3, Seri Manjung.Dalam majlis itu juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak,Ustaz Akmal Kamarudin selaku perasmi telah melancarkan Orang Mude Gang kite peringkat kawasan Lumut.

Sebanyak 24 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Semoga warga muda akan sentiasa peka dan bersama-sama untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dari masa ke semasa.

Menurut Ust. Akmal dalam ucapan perasmiannya "Di Cina bola sepak sudah dimainkan sejak 7.000 tahun yang lalu dengan namanya Tsu Chu (menendang bola) lahir dari kepercayaan cina kuno. Selama ini orang menganggap bola sepak lahir di Inggris pada abad 19. Para penulis sejarah bola sepak juga seolah keberatan mengakui Cina sebagai negeri yang melahirkan bola sepak. Inggris, dan Eropah pada umumnya, hanya mengembangkan sukan ini."

"Orang Inggris mula mengenali bola sepak pada sekitar abad ke 8, permainan bola sepak di Inggris terlalu keras sehingga menyebabkan kematian.Sukan ini dimainkan di lapangan yang luas sekitar 3-4 kilometer. Raja Edward II menyebut bola sepak sebagai “permainan syaitan yang dibenci Tuhan.” Ia melarang rakyatnya melakukan sukan ini pada April 1314,sukan ini dianggap mundur kerana menggunakan tengkorak manusia sebagai bola"

"Raja bimbang jika tentera selalu bermain bola, mereka akan lupa kepada latihan berkuda dan memanah untuk menghadapi musuh. Raja-raja Inggris berikutnya melanjutkan larangan itu hingga Ratu Elizabeth I (1533-1608)".

"Sukan bola sepak berkembang sehingga lah ada piala Dunia, ada FIFA, ada Piala Malaisia, ada FAM, ada pasukan Perak,ada PAFA dan ada kejohanan "ORANG MUDA GENG KITA" pada hari ini"

"Bola sepak boleh termasuk dalam perkara yang Mustahab (disukai) jika bertujuan menguatkan jasmani. Syariat Islam sangat menggalakkan mengambil faktor-faktor yang boleh menguatkan badan agar dapat berjihad seperti sabda Nabi SAW :

"Orang yang beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang yang beriman tapi lemah dan pada keduanya terdapat kebaikan" (Riwayat Muslim)

"Bola sepak telah dikenali dari kitab-kitab ulama silam dengan nama-nama yang berbagai-bagai seperti alkujjah,al khazafah,al buksah,at tun,al ajurrah,ash shaulajan dan al kurrah"

"Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Perak berusaha sedaya upaya membantu Dato' Seri Nizar untuk menyelamatkan pasukan Perak yang hampir tidak dapat beraksi pada Liga Super tahun hadapan, Alhamdulillah, tahun hadapan pasukan Perak dibenarkan beraksi dalam Liga Super" ujarnya lagi.

Beliau mengharapkan para peserta akan terus memberikan sokongan yang padu pada Pemuda PAS dan PR dalam usaha menarik sokongan orang muda kepada PAS dan PR sehingga lah dapat mengembalikan semula hak rakyat Perak yang dirampas dengan sewenang-wenangnya oleh Umno dan BN.

Pemangku Ketua Pemuda PAS Lumut,Ust. Badrul Hisham sedang memberikan kata-kata aluan.

Ust. Akmal sedang merasmikan "ORANG MUDA GENG KITA" kawasan Lumut.

SEJARAH INGGERIS DI SABAH

Email : ISMAILY BUNGSU

1865 Tiga Daerah dipajakkan oleh Sultan Mumin kepada Amerika dan mengelar JOSEPH TORRE berpangkalan di Muara Sungai Kimanis sebagai “SERI MAHARAJA”. British curiga. William Clark Cowie berniaga kongsi dengan Sultan Sulu di Sandakan.

Sejak itu, nama2 penjajah Baron Von Overbeck, Count Mengelas, Lord Redsdale, Alfred Dent, William Pryer, William Pretyman, William Hood dikenal orang. Sultan Brunei melantik Baron menjadi “Maharaja Sabah” sekaligus “Raja Gaya dan Sandakan” dan dianugerahi Wilayah Teluk Gaya, Sungai Sibuga termasuk Kimanis.

22 Januari 1878 Sultan Sulu menyerahkan wilayah Sungai Sibuga sehingga ke Sungai Pandasan kepada Baron yang kemudian bergelar “Datu Bendahara dan Raja Sandakan”. Ketika itu William Pryer menjadi Residen Sandakan.

Mac tahun 1885, England, Jerman merestui kedaulatan Sepanyol di Pulau Sulu. Gugurlah tuntutannya ke atas Borneo Utara.Tiga tahun kemudian Nov,1888-Mac,1889 meletus PERANG PADAS DAMIT yang melibatkan Pangeran Shahbandar.

1894 tiba-tiba terjadi PUNCAK KEKACAUAN dahsyat. Inggeris berhadapan dengan anak Datu Balu/Orang Besar Sulu yang memerintah Sungai Sugut. Ibunya lahir di Sungai Inanam. Di Sungai Inanamlah anak muda itu menghabiskan masa mudanya. Anak muda yang dimaksudkan ialah PADUKA MAT SALEH.

HAJI OTANG memfitnah Mat Saleh dengan tuduhan membunuh peniaga Dayak. Mat Saleh diperintah tangkap, tetapi dapat melepaskan diri. Perahu di Raja Mat Saleh dan 2 buah Payung Sutera dirampas. Mat Saleh secara senyap pulang semula menghimpun senjata dan kekuatan. Ogos 1896 Mat Saleh diisytihar sebagai “Pelanggar Undang-Undang”

Paduka Mat Saleh bangun dan bangkit. Bangkit dan bangun. Menguapkan bau tanah. Menyalalah sukmanya bagai kain seteron yang biru. Berkilat dan berkilauan. Mat Saleh bagaikan proton, bergolak dan bergolak. Di bawah panas matahari. Akhirnya Julai 1897 dengan angkatan ia bakar Pulau Gaya. Membunuh mata-mata yang menyerang. Menawan NEUBRONNER, tetapi KATICK sempat melarikan diri ke Papar.

Katick kerani dan tali barut Inggeris melapor semua hal. Polis berbangsa Sikh di Papar berlari sejauh 40 batu ke Mempakul ketemu Pemangku Residen Pantai Barat yang namanya HEWETT dan 12 Julai, 1897 HEWETT berkapal dan berdiri berwajah singa marah di Pulau Gaya.

Pulau Gaya ranap. Hangus terbakar, kecuali rumah-rumah Bajau. Hewett melihat orang Mengkabong membakar bangsal2 milik China yang kerugian RM100,000. Orang Mengkabong lari ke dalam hutan kala melihat Hewett datang garang bersenjata pistol dan senapang. Hewett dengan bantuan polis Sandakan menyerang kampung Mat Saleh di Sungai Inanam. Mat Saleh lari dan membina kubu di Ranau.

Disember 1897, satu angkatan 150 Dusun dan Dayak, diketuai oleh Residen Sandakan/ditemani oleh Hewett, Ormsby dan Wise bertolak ke Ranau membawa Meriam dan 38 butir peluru. 12 Disember, 1987 Mat Salleh dikepung, saluran air dipotong.

13 Disember,1897 tepat detik 6:45 pagi kala mentari mula menampakkan diri. Gunung gelisah resah. Bukit enggan bicara. Tidak ada nyanyian burung2 pagi. Langit hitam serbasalah. Tiba-tiba api menyala-nyala.Terjadi pekelahian.

Kubu ditembusi musuh.Berlakulah pertempuran luka berdarah. Darah di mana-mana. 5 orang Inggeris termasuk JONES ketuanya terbunuh. Mat Saleh berjaya. Inggeris mundur, tetapi 8 Januari 1898, sekali lagi kubu Mat Saleh diserang. Peluru2 Inggeris tanpa mata meranap sasaran. Akhirnya kubu binasa dibakar, tetapi Inggeris gagal menangkap Mat Saleh.

Mesyuarat yang dihadiri oleh William Clark Cowie di Sandakan memutuskan Mat Saleh segera diburu dan ditangkap, tetapi William membantah dan segera mengutus surat kepada Sultan Sulu meminta Sultan memujuk Dang Bandang agar Mat Saleh yang tinggal di Lowanti Ranau berbaik dengan Inggeris.

Mei 1898 diadakan mesyuarat antara William dan Mat Saleh di Sungai Menggatal. Mat Saleh yang bersongkok emas, berbaju dan berseluar renda-renda, memakai ikat pinggang diampunkan. Mat Salleh diberikuasa tinggal di lembah Tambunan. Hewett, Reddie, Applin, Wise, Ormsby membantah keras tindakan dan meletakkan jawatan.

Di Tambunan Mat Saleh mendirikan kubu besar dan kukuh. Mat Saleh menyebelahi orang Dusun di Utara Tegaas melawan Taiwan dan Sensurun. Mat Saleh memberitahu ia ditipu mengenai surat perjanjian di Menggatal kerana William sendiri mengakui lewat catatan di diarinya.

15 September 1899 London memerintah agar Mat Salleh dibunuh. 31 Disember, 1899 Kapten Harrington membawa 140 orang angkatan polis yang bersenjatakan sebuah meriam besar untuk memerangi Mat Saleh. Ikut sama ketika itu ialah Fraser, Dunlop, Ast-kinson, Conyn-gham dan Dansey.

Inggeris menyerang kampung-kampung di sekitar kubu. Mat Saleh dan pengikut2nya bersikap menentang berpantang sebelum ajal tiba demi bangsa dan tanah airnya. Akhirnya 31 Januari, 1900 tercatat sejarah luka. Ketika Mat Saleh keluar dari lubang KUBU, tiba-tiba peluru Inggeris menghujani tubuh Mat Saleh. Mat Saleh tersungkur mati. Ketiga-tiga isterinya dan 3 orang anak2nya terselamat. Inilah antara kekejaman Inggeris yang tamak kuasa.

Dengan itu berakhirlah perjuangan Mat Salleh. Bermakna tamatlah kuasa orang-orang Bajau di Pedalaman. Tetapi Mat Sator, Kamunta, Mat Daud, Timus, Langkap, Gunting, Sherif Osman, Pak Musa, Sarah, Santara, Antanom terus berjuang. Berjuang dan berjuang.

Sejarah ini mungkin dilupakan tetapi harus dimengerti oleh anak bangsa merdeka yang mengebar bendera di merata. Bangsa kita diam tak mendengar derita keluh perit ranjau hidup Mat Saleh. Rawan, sedih, pilu duka mencuka sukma. Mat Kilau, Bahaman merasa bahangnya. Parameswara merintih sepanjang zaman kerana Tamasek di riba orang.

Sebagai karyawan seni yang menerima anugerah Negara mewah merdeka tanpa titis keringat dan air mata darah, maka mohon duduklah saudara-saudara dengan santai seketika. Wajarkan minda ke depan menghadiahkan Al-Fatihah buat mereka pejuang bangsa dan agama.

MARI kita merenung jauh ke dalam diri dan melihat sejarah bangsa kita yang luka dan kemudian apa saja yang kita lakukan selama ini untuk negara bangsa dan apakah akan kita biar kita menjadi pelarian dan kemudian disumpah oleh anak cucu cicit kita lantaran diam kerana Rasuah bermaharajalela? Inilah tugas dan peranan saya yang sisa sebelum ajal menjemput nantinya.fikirlah!

ISMAILY BUNGSU
UMS-SABAH

sila layari
http://groups.yahoo.com/group/Watan_Sabah

HUTAN BALAK HABIS GONDOL KERJA MENTERI MANA?

Email : ISMAILY BUNGSU


ISU BAHASA sudah saya bicarakan dan perlu ada tindakan Kerajaan Sabah untuk memperbetulkan undang-undang dan akta 1963/76 mesti dipanjangkan ke Dewan Negeri Sabah agar ada semacam dokumen untuk orang lain tidak membangkitkan kesilapan seperti terdapat dalam 20 perkara perjanjian penubuhan Malaysia pada tahun 1963 itu.

Sekarang saya bangkitkan lagi soal HUTAN BALAK yang sekarang sewenang-wenangnya digondolkan semacam hak mereka yang berkuasa merampok harta kita begitu saja. Siapa saja yang punya kuasa meluluskan pengondolan hutan rimba warisan bangsa ini kalau bukan seorang Menteri yang berkuasa untuk diri dan anak kerabat sukusakatnya.

Lihat sepanjang perjalanan Sipitang atau Sook/lori-lori balak mengangkut balak memusnah jalanraya membahayakan yang lewat di sana/mereka memandu seperti setan macam dikejar malaikat maut dan berkata itu jalan bapa mereka punya dan hutan balak nenek mereka punya. Inilah kerja setan yang rakus tamak dan haloba.

Ke mana lagi kera, rusa, kijang, gajah, orang utan kalau hutan rimba kita habis dimakan oleh bapa-bapa yang tamak, rakus berperangai seperti serigala yang melahap apa saja yang ada tanpa memikir bangsa negara dan warisan anak cucu cicit kita. Inilah rupa bentuk kerajaan yang kita pilih yang menjahanamkan bangsa negara kita sendiri.

Bila hutan diranap untuk mendapatkan dolar yang bertimbun, maka apa jadi kepada alam sekitar kita? akan jadi panas dan bintang di hutan entah ke mana mahu berlindung, bukit diruntuhkan apa jadi kesannya kepada alam/banjir besar menenggalamkan bila terjadi berhari2 dan berbulan lamanya dan kemudian siapa yang bakal menerima kesan bala bencana tsunami tiba?

Iya, Sang menteri yang meluluskan pengondolan bisa kaya dan kita bakal menerima bencana bala mala petaka dan apakah rakyat di pedalaman atau di kota bisa tahu akan keadaan ini atau sekadar melihat dengan putih mata dan tak berbuat apa-apa. Inilah gejala akibat menerima RM50 setiap pilihanraya. Mulut disuap dengan pisang, tetapi pantat dikait dengan duri dan celakalah hidup anak bangsa kita.

Rupanya kita ini masih tidak sedar akibat perbuatan kita/anak bangsa negara termasuk hewan di hutan menjdi gelisah gundah tak terkata entah ke mana lagi mereka mengadu nasib yang celaka akibat perbuatan manusia durjana yang hanya mengira dollar tanpa berfikir perbuatan mereka menjahanamkan kehidupan manusia dan binatang yang damai di hutan.

Lalu apa tindakan saudara-saudaraku? membiarkan hutan terus digondol? dibotakkan atas nama pembanguna bangsa. Shit, semuanya auta dan penipuan. Pembangunan di laksana bukan maknanya mengorbankan hutan yang berjuta tahun usianya.

Ada cara lain yang lebih baik dan bermakna. Jawabannya mereka mahu kaya mendadak dan wangnya untuk anak bini suku sakat. Ini tidak masuk akal dan saya tetap membantah demi anak bangsa seribu tahun tiba.

Ayuh, kita kibarkan panji-panji amarah tanda kita bantah dan tidak setuju hutan balak diroboh gondolkan atas nama pembangunan. Kita bukan setan yang diam membatu.kita angkatan gagap yang sesekali bisa menjadi kurang ajar kalau sampai waktunya.

Ini amaran buat mereka yang rakus sebab amarah kita ada hadnya tiba/Sampai waktu kita menjadi pemberontak alam sekitar yang harus dipelihara untuk anak cucu cicit kita.

KITA merasa tenang dan santai melihat keadaan pinggiran pantai semacam ini/lalu bagaimana kalau hutan balak dirobohkan? itulah kerja setan yang haru kita tegah dan kita jangan lagi bertolak ansur soal membotakkan hutan rimba.

Tan Sri dilarikan dari P. Pinang ke Perak

Seorang yang bergelar Tan Sri telah ditinggalkan di kawasan Semanggol, Perak selepas beliau disamun dan dilarikan oleh dua suspek di Lebuh Farquhar di Pulau Pinang semalam, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Supt Mohd Nashir Ya.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 4 petang ketika mangsa sedang menuju ke keretanya selepas menyelesaikan urusan di mahkamah yang terletak berdekatan.

"Dua suspek lelaki telah muncul secara tiba-tiba mendekatinya dan melarikan mangsa yang juga bekas pengarah sebuah hospital mental dengan kereta mewahnya," katanya di Pulau Pinang hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa yang berusia 80 tahun itu dilarikan dalam kereta Mercedes Benz miliknya sebelum ditinggalkan di Semanggol, Perak.

Difahamkan mangsa telah dibawa membuat laporan di balai polis Semanggol yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari tempat kejadian sebelum membuat pemeriksaan dirinya di Hospital Taiping semalam.

Mohd Nashir berkata siasatan lanjut sedang giat dijalankan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(a) Akta Melarikan Orang dan Menakutkan Saksi Secara Jenayah 1947. BERNAMA

MalaysiaKini/-

Bala sedia temui SPRM, kaitkan adik PM

P Balasubramaniam, yang mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya, bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan syarat ia diadakan di luar negara.

Peguam penyiasat persendirian itu Americk Singh Sidhu juga meminta supaya suruhanjaya membayar kos penginapan, makanan dan perjalanan Balasubramaniam jika ia bersetuju mengambil keterangannya di London atau Singapura.

Keterangan Balasubramaniam, bekas anggota polis Cawangan Khas, haruslah direkodkan dalam bahasa Inggeris dan satu salinannya diserahkan kepada anak guamnya, sementara rakaman video siasatan tersebut pula diambil oleh pihak peguam tersebut.

Syarat-syarat itu dinyatakan dalam surat Americk kepada SPRM yang dihantar melalui emel 4 Disember lalu, seperti didedahkan oleh ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin di blognya hari ini.

Emel peguam itu dikirim sebagai susulan kenyataan Shamsul Iskandar kepada SPRM selepas membuat aduan berhubung pembabitan Datuk Mohamed Nazim Razak, 3 Disember lalu.

Pemimpin PKR itu, yang juga seorang peguam, berkata SPRM meminta pihaknya mencari Balasubramaniam untuk merekodkan kenyataannya.

Adik perdana menteri itu didakwa bertemu Balasubramaniam sebelum penyiasat itu menafikan akuan pertamanya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak, waktu itu timbalan perdana menteri, mempunyai hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh pada 2006 - dakwaan yang dinafikan oleh Najib.

Mohamed Nazim pula, sewaktu terserempak dengan Malaysiakini Jumaat lalu, enggan mengulas dakwaan Balasubramaniam.

Malaysiakini/-

Isu kereta: SPRM panggil isteri Liow

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil isteri menteri kesihatan yang juga naib presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berhubung isu sebuah kereta yang didakwa dihadiahkan kepadanya oleh sebuah syarikat pembinaan.

Datin Seri Lee Su Loo dilihat memasuki bangunan ibupejabat SPRM di Putrajaya pada kira-kira jam 10 pagi tdi dan beredar pada kira-kira jam 2 petang.

Seorang pegawai SPRM mengesahkan Lee dipanggil berkaitan siasatan mengenai kereta tersebut - Toyota Alphard - dengan nombor pendaftaran WSB 15, bernilai kira-kira RM600,000.

Ini dipercaya kali pertama Lee dipanggil oleh SPRM berhubung perkara itu. Lee dan suaminya telah menafi melakukan sebarang salahlaku, dengan berkata kenderaan tersebut adalah milik mereka.

Liow sebelum ini dilaporkan berkata beliau telah menjualbalik kenderaan pacuan empat roda, Toyota Harrier untuk membeli Toyota Alphard itu, yang sebenarnya kereta terpakai.

Beliau berkata, isterinya telah membeli kereta Toyota Alphard itu melalui seorang kawan, dengan menjualbalik kereta pacuan empat rodanya itu.

Dalam proses tersebut, jelasnya, beliau telah menjual kereta lamanya dengan harga RM130,000 dan pasangan itu kemudiannya mendapatkan pinjaman RM250,000 untuk membeli kereta itu.

"Walaupun jika ada orang yang nak beri kami sebuah kereta, isteri saya tidak akan menerimanya," katanya sambil berkata isterinya mahu membeli kenderaan yang lebih besar ialah kerana anak-anak mereka sudah besar.

Perkara itu menjdi isu dan menarik perhatian umum apabila berita mengenainya disiarkan oleh portal Malaysia Today pada 14 Oktober lalu.

Malaysiakini/-

Kos operasi kapal selam RM290 juta setahun

Kos pengoperasian dua kapal selam termasuk senggaraan dianggarkan RM290 juta setahun, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan ialah Euro 1.084 bilion (RM5.382 bilion) meliputi harga pembelian dua kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan lojistik bersepadu dan alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan tim projek.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Charles Santiago (DAP-Klang) yang ingin tahu mengenai ancaman yang dihadapi oleh Malaysia yang memerlukan penggunaan kapal selam dan apakah tugas dan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, selain kos penyelenggaraannya setiap tahun.

Ahmad Zahid berkata penggunaan kapal selam bukanlah disebabkan ancaman yang dihadapi oleh negara tetapi lebih kepada keupayaan memberi cegah rintang kepada bakal musuh.

"Pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersandarkan kepada 'capability-based' yang harus dimiliki untuk melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi pada masa hadapan," katanya.

Menurut beliau, keupayaan negara menyediakan satu angkatan perang yang moden dan berwibawa untuk memusnahkan angkatan musuh akan menggerunkan musuh malah mereka akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkiraan yang kurang rasional untuk mengancam dan menyerang negara ini.

Beliau berkata kehadiran kapal selam yang canggih dalam inventori negara akan memberi impak yang besar terhadap pertahanan negara kerana keupayaan kapal selam yang boleh beroperasi di mana sahaja di bawah permukaan dengan senyap akan menyukarkan pihak musuh untuk mengesan kedudukan kapal selam tersebut.

"Kehadiran kapal selam juga dapat meningkatkan keupayaan peperangan bawah air TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan menjadikan ia sebuah angkatan yang lebih seimbang, kredibel dan berwibawa," katanya.

Sementara itu, berhubung dengan KPI TLDM, Ahmad Zahid berkata untuk menentukan keselamatan dan perairan negara sentiasa
terpelihara, kapal selam akan dioptimumkan untuk menyokong KPI tersebut. BERNAMA

Malaysiakini/-

Liow dan penyokong letak jawatan MCA

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 12 orang penyokongnya dalam jawatankuasa pusat (CC) telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada setiausaha agung MCA pagi ini untuk membolehkan pemilihan baru parti diadadakan.

Bagaimanapun, peletakan jawatan mereka itu dibuat dengan bersyarat - ia hanya berkuatkuasa sekiranya dua pertiga anggota CC turut meletak jawatan.

Surat peletakan jawatan itu juga tidak bertarikh, dan ia hanya berkuatkuasa pada tarikh apabila dua pertiga anggota CC meletak jawatan.

"Tujuan peletakan jawatan itu adalah untuk membolehkan pemilihan baru parti diadakan. Jika tidak ada pemilihan baru, maka tiadak adalah peletakan jawatan. Selagi CC tidak dibubarkan, kami masih boleh menghadirinya," kata Liow.

Anggota CC mempunyai masa sehingga 25 Disember untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mereka, iaitu syarat yang diputuskan oleh jawatankuasa khas pemilihan baru.

Sekiranya dua pertiga anggota CC meletak jawatan,maka pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu perlu diadakan dalam tempoh satu bulan, iaitu 25 Januari depan.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada setiausaha agung Datuk Wong Foon Meng, beliau berkata, adalah penting bagi pemilihan baru diadakan segera demi kebaikan parti itu.

"MCA semakin kesuntukan masa dan menjadi tanggungjawab kita untuk menyelesaikan krisisi parti. Kami serahkan kepada para perwakilan," katanya.

"Ia (pemilihan) perlu diadakan segera untuk memulihkan kredibiliti dan maruah MCA... pemilihan itu adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah dalaman parti," tambahnya.

Tindakan Liow dan 12 penyokongnya meletakkan jawatan, kini meletakkan tekanan ke atas anggota CC lain yang masih belum berbuat demikian.

Liow memerlukan lapan lagi daripada 18 anggota CC untuk meletak jawatan sebelum pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu dapat diadakan.

Perlembagaan MCA menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 21 anggota CC diperlukan meletak jawatan sebelum pemilihan dapat diadakan. Jawatankuasa MCA mempunyai 31 anggota

Mereka yang menyerahkan surat peletakan jawatan bersama Liow pagi ini, Tan Kok Hong, Lee Wei Kiat, Hou Kok Chung, Datuk Yu Chok Tow, Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng, Datuk Yeow Chai Thiam, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Liew Yuen Keong,
Datuk Wong Mook Leong, Datuk Khoo Keok Hai, Datuk Wong Siong Hwee.

MCA dilanda krisis kepimpinan dengan Liow menggesa bekas mentornya, presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya meletak jawatan demi kebaikan parti.

Kini tumpuan adalah pada timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan penyokongnya. Chua - ketika bercakap dalam satu sidang akhbar sebelum ini - telah menyatakan kesediaanya untuk meletak jawatan.

Selain Chua, dipercayai terdapat empat lagi penyokongnya dalam CC.

Sekiranya kelima-lima mereka turut berbuat demikian, maka Liow masih memerlukan tiga orang lagi anggota CC untuk meletak jawatan.

MalaysiaKini/-

Pakatan Rakyat perlu serius tempatkan diri

KOTA BHARU, 15 Dis: Pakatan Rakyat perlu menunjukkan kesungguhan dan kemampuan untuk sedia menjadi pemerintah negara menggantikan Umno Barisan Nasional dalam setiap ruang dan peluang yang ada.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata pakatan pada waktu ini mempunyai peluang terbaik menonjolkan segala aset kepimpinan yang dimiliki ketiga-tiga gabungan PAS, PKR dan DAP.

"Dan mesti serius di dalam menempatkan diri kita itu. Tidak boleh bercakap saja. Kita mesti buktikan bagaimana kita harus menampilkan diri kita, kepimpinan kita dan cara berpolitik kita.

"Kalau kita mengguna pakai (pendekatan) politik baru, (maka) cara politik lama tidak boleh terpakai lagi, pemikiran mesti kontemporari dan mentala'ah setiap ruang yang mendepani kita.

"Oleh itu saya menegaskan bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat Malaysia kini mempunyai aset yang sangat penting iaitu integriti, dan (antaranya) terdapat pada dua orang Tok Guru dan rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat Malaysia" katanya ketika berucap di Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden 2009 di Nilam Puri dekat sini baru-baru ini.

Pakatan Rakyat kini katanya sedang berdepan pelbagai strategi musuh yang mahu pakatan terkubur.

Sehubungan itu, peluang yang ada perlu diguna semaksima mungkin untuk terus mendapat kepercayaan rakyat khususnya memperlihatkan integriti dalam pemerintahan di beberapa buah negeri di bawah pakatan rakyat.

"Najib tidak ada cara lain (apabila) berhadapan dengan Pakatan Rakyat melainkan (beliau kemungkinan akan) menggunakan (tektik) konspirasi kotor dan menggunakan kaedah 'pembunuhan' kareer politik lawan, dan itu yang mereka akan gunakan.

"Mereka cuba 'bunuh' satu-satu termasuk Tok Guru kita dan kepimpinan Pakatan Rakyat. Apa saja ruang yang mereka dapat pada hari ini, akan dilakukan bermacam-macam, namun kita akan semampu mungkin membuktikan integriti kita dan integriti yang ada pada kepimpinan kita," katanya sambil melahirkan keyakinannya bahawa manusia akan berubah.

Cita cita untuk mengambil alih pemerintahan negara katanya boleh dicapai jika kena dengan gaya dan kaedahnya.

Pilihan Raya Umum lalu dan beberapa siri Pilihan Raya Kecil selepas itu katanya menunjukkan rakyat boleh memberi sokongan kepada pakatan.

"Manusia dan negara bukan batu, bahkan dinamik. Kalau kena cara kita, kalau lestari pendekatan kita, bahkan andainya meningkat sokongan ahli dan mandat diberikan, insya Allah PAS dan Pakatan Rakyat berjaya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas nanti.

"PAS tampil ke hadapan bersama dengan Pakatan Rakyat, membina satu persepsi yang kukuh supaya rakyat Malaysia memberikan mandat itu kepada kita dan PAS mestilah memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Manakala PAS pula katanya harus terus memandang ke hadapan bersama pakatan rakyat dengan memberi sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan utama parti.

"Kita tidak ada jalan lain melainkan memandang ke hadapan, kita terus ke hadapan dengan Pakatan Rakyat, insya Allah kita akan sampai ke Putrajaya dalam (melalui) Pilihan Raya Umum yang akan datang.

"Semuanya mendapat keuntungan sekiranya kepimpinan bijak di dalam menentukan keputusan bagi mewakili gerakan Islam ini," katanya.

HarakahDaily.Net/-

Royalti: Cuti umum berbaju merah

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) menyeru penyokong mereka memakai baju berwarna merah setiap cuti umum sebagai membantah tindakan kerajaan pusat menafikan hak royalti rakyat Kelantan.

Mereka dalam satu kenyataan memberitahu, 'Hari Berbaju Merah' disarankan setiap hari Ahad bagi penduduk luar Kelantan dan hari Jumaat untuk rakyat di negeri itu.

"Pakai baju merah dan berkumpul ramai-ramai di kedai kopi, shopping kompleks dan sebagainya dan ambil photo untuk di letakkan di dalam laman group," kenyataan mereka dipetik.

Difahamkan mereka juga telah mengadakan perjumpaan sulung Sabtu lalu di sebuah tempat di Kota Bharu.

Selain baju, beberapa bahan cetak berkaitan maklumat tuntutan royalti juga telah disiapkan dan diedar khususnya melalui laman blog dan laman sosial facebook.

Sebelum ini, wakilnya Hasani Mohamed memberitahu, pihak mereka akan melancarkan satu laman web rasmi berkaitan tuntutan royalti Kelantan sebagai usaha menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Laman web yang sudah siap dibangunkan itu akan memuatkan himpunan maklumat berkaitan fakta, kronologi dan langakah seterusnya yang akan di ambil kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan bayaran royalti yang berjumlah 1 billion.

Ianya akan beroperasi sedikit masa lagi menggunakan alamat www.royaltikelantan.com dan akan memusatkan segala maklumat berkaitan tuntutan royalti Kelantan.

Menuruntnya GMRPRK juga sedang mengusahakan siri jelajah seluruh kelantan bagi memberi penerangan kepada rakyat berkaitan tuntutan hak royalti.

Sebelum ini mereka telah memulakan kempen mengumpul suara rakyat agar bersama menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti.

Kempen yang dimulakan Ogos lalu melalui laman sosial Facebook itu telah berjaya mengumpul ribuan ahli dari seluruh negara.

Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Rakyat Kelantan (GMRPRK) merupakan pakatan generasi anak muda yang membentuk solidariti untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan royalti petroleum Kelantan yang dinafikan oleh Kerajaan Pusat.

Selain itu mereka juga berperanan khusus sebagai pemasaran dan penggemblengan massa untuk rakyat kebanyakan menyatakan solidariti ke atas kempen royalti Kelantan.

HarakahDaily.Net/-

Kenapa pemerintahan BN ini buruk pada kacamata Nizar?

Ali Hashim

KULIM, 15 Dis: "Cuba saudara bayangkan, setelah saya diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah oleh mahkamah, tidak sampai 24 jam keputusan telah dibuat untuk diserahkan kepada Dr. Zambry buat seketika.

"Namun begitu dalam rayuan terhadap keputusan yang telah diberikan kepada Dr Zambry itu, sehingga kini belum lagi mendapat tarikh dan juga keputusan terhadap rayuan tersebut."

Perkara ini diungkit oleh anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam ceramahnya di Stadium Keladi, Kulim.

Ia membayangkan kekecewaan beliau terhadap sistem yang ada. Ia sentiasa memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Ekoran itu, beliau menyifatkan Umno dan BN adalah seburuk-buruk pemerintahan yang ada dalam negara ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah kepada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi, Kulim bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Nizar lagi pemerintahan yang buruk dipamerkan oleh Umno dan BN itu telah menjadikan mereka sebagai salah sebuah kerajaan yang sentiasa penuh dengan korupsi dan ketidakadilan yang berpanjangan.

Bagi beliau, apa yang berlaku kepadanya adalah contoh ketidakcekapan dan ketidakadilan yang ada pada pemerintahan Umno dan BN dalam menangani masalah yang besar pada pandangan rakyat tetapi tidak kepada mereka.

"Mereka membelakangkan rakyat yang ada dengan menidakkan hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka terutamanya kepada negeri Perak.

"Mereka menolak suara rakyat dengan melakukan sewenang-wenangnya tindakan yang memalukan negara dengan mempertahankan kerajaan boneka mereka di negeri Perak tanpa menghormati suara majoriti rakyat negeri Perak," katanya.

Menurut beliau lagi adalah menjadi satu perkara yang menghairankan apabila pembubaran Dun Perak amat ditakuti oleh Umno dan BN.

"Sudah berkali-kali kita mendesak mereka supaya segera membubarkan Dun tetapi mereka cuba mengelak.Mereka takut untuk menerima kenyataan.

"Mereka juga takut untuk menghadapi realiti daripada rakyat. Mereka juga takut sekiranya ditolak oleh rakyat daripada terus menerajui negeri Perak secara haram.

"Kita bagi Pakatan Rakyat sudah bersedia bila-bila masa saja dan mencabar mereka membubarkan Dun sekiranya benar-benar ingin melihat negeri ini dapat ditadbir secara sah selepas mendapat mandat daripada majoriti rakyat negeri Perak,"katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tian Chua, N.Gobalakrishnan, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Syamsul Iskandar Mohd Akin, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Lim Soo Nee, Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim dan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Kedah dan Pulau Pinang.

HarakahDaily.Net/-

Najib didesak pecat setpol

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak didesak menasihatkan Setiausaha Politiknya, Datuk Shafie Abdullah agar segera meletak jawatan demi menjaga nama baiknya.

Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, sekiranya Najib enggan berbuat demikian, Shafie sendiri dinasihatkan meletak jawatan demi memelihara imej Najib.

"Saya harap Setpol (Setiausaha Politik) ini digantung oleh Perdana Menteri sendiri dengan segera supaya siasatan boleh dijalankan dengan licin," tegas Wee di Parlimen pagi tadi.

"Kalaulah Shafie Abdullah ini berkepentingan (iaitu) nak jaga Tuannya (Najib), dia harus letak jawatan untuk jaga imej Perdana Menteri."

Beliau turut memuji keputusan Parlimen menerima usul tergemparnya pagi tadi bagi menubuhkan suatu jawatankuasa khas menyiasat beberpa dakwaannya berhubung salah laku Shafie.

"Seseorang Setpol seperti Shafie tugasnya (adalah) jaga Ketuanya (Najib)...maka jangan halang kerja saya di Parlimen," jelasnya.

Tambahnya lagi, keputusan tersebut seharusnya dijadikan pengajaran kepada setpol para Ahli Parlimen BN yang lain.

"Setpol yang lain pun (dinasihatkan) ambil pengajaran supaya tidak campurtangan lagi dalam urusan Parlimen dan kerajaan," jelasnya.

Selasa lepas, Wee turut mendakwa Shafie sebagai Menteri De Facto Wilayah Persekutuan.

Ekoran dakwaan itu, Shafie menyerang Wee sejurus Ahli Parlimen PKR itu keluar ke Lobi Parlimen.

Tindakan Shafie itu disifatkan Wee sebagai mengganggu tugasan-tugasan lazim seorang Ahli Parlimen.

HarakahDaily.Net/-

PAC digesa siasat kerugian MAS

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memohon Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat kerugian RM8 billion dalam syarikat Malaysia Airlines Bhd (MAS).

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS menyerahkan surat mengenai permohonan itu kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Besar dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.

Salahuddin selepas penyerahan surat itu berkata, timbul kemusykilan mengenai kemungkinan MAS ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM8 billion dari tahun 1994 hingga 2001.

Ini berikutan salinan surat daripada bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disiarkan dalam laman blog Malaysia Today bertarikh 21 Julai 2009.

"Saya dapati ada beberapa perkara yang memerlukan penelitian dan penyiasatan yang lebih mandalamterhadap perkara ini," katanya.

Surat yang bertarikh 26 Mac 2007 itu berkisar tentang penyiasatan PDRM terhadap dua laporan polis yang dibuat oleh pengurusan MAS.

Kedua-dua laporan polis itu dikategorikan sebagai, Dang Wangi Report No.347/02 on 4/1/2002dan Dang Wangi Report 12532/05 on 4/5/2005.

Dokumen berekenaan juga mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing.

Salahuddin menggesa PAC menyiasat kesahihan dokumen yang dikatakan surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah PDRM kepada Perdana Menteri itu serta kebenaran isi kandungannya.

"Jika dokumen itu benar, mengapa daripada Mac 2007 hingga sekarangmereka yang dituduh pecah amanah itu tidak dibawa ke muka pengadilan?"soalnya.

Salahuddin turut membangkitkan berkenaan Program 'Widespread Assets Unbundling' (WAU) yang dilaksanakan sebagai pengstrukturan semula MAS di mana segala aset kapal terbang MAS dijual kepada Penerbangan Malaysia Bhd dan MAS menyewa kembali kapal terbang-kapal terbang tersebut.

"Apakah yang terkandung dalam transaksi ini dan apakah risiko kewangan (financial expose) yang dipikul olej kerajaan Malaysia dalam transaksi ini?Saya khuatir jika risiko-risiko kewangan ini akan menjadi ibarat risiko yang ditanggung Kerajaan dalam kes skandal PKFZ," tegasnya.

Salahuddin sekali lagi menyarankan agar PAC memanggil pengurusan MAS dan khazanah Malaysia BHD agar perkara yang diutarakan beliau itu dapt dikemukakan untuk siasatan.

Sementara itu, Azmi sewaktu menerima surat permohonan itu berjanji akan membawa perkara berkenaan ke mesyuarat PAC akan datang.

HarakahDaily.Net/-

Selangor tuan rumah sidang saintis Islam sedunia

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 15 Dis: Selangor menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Akademik dan Saintis Islam (IAS) 2009 ke-17 yang menghimpunkan saintis-saintis Islam seluruh dunia bermula 14 Disember lalu.

Persidangan itu telah disempurnakan pelancarannya oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di sebuah hotel terkemuka di bandaraya ini.

IAS2009 kali ini dianjurkan oleh Universiti Industri Selangor (Unisel) bersama World Academy Of Science (IAS), International Islamic Academy For Life Sciences and Biotechnology (IIALSB) yang disertai lebih 300 saintis dengan 105 daripadanya adalah ahli IAS sendiri meliputi 35 buah negara Islam seluruh dunia.

(Gambar: Sebahagian peserta yang menyertai persidangan)

Persidangan empat hari ini dihadiri pakar-pakar saintis dalam dan luar negara antaranya daripada Negara-negara OIC seperti Arab Saudi, Turki Jordan, Parkistan, Indonesia dan lain-lain bertemakan “Towards Knowledge Society In The Islamic World”.

Turut berucap di dalam majlis perasmian adalah Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Puan Hajah Dr Halimah Ali, Dato’ Seri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden IAS dari Jordan, Prof Abdul Salam Majali.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis perasmian, Tan Sri Abdul Khalid berkata, persidangan ini membuktikan Selangor mampu menganjurkan program berprestij bertaraf dunia dan sekaligus menjalinkan hubungan baik dengan negara luar.

Persidangan ini juga, jelasnya, bertujuan untuk menjalankan kajian dalam bentuk pendidikan dan mempertingkatkan usaha penggabungannya dengan keusahawanan.

“Sekarang kita perlu mempertingkatkan usaha kepada aspek pembelajaran pengetahuan dan menggabungkan dengan usahawan, maknanya bagaimana ilmu dan kajian tersebut dapat dijadikan panduan berguna untuk kegunaan masyarakat,” katanya.

Tan Sri Abdul Khalid yang turut menyatakan perasan sangat gembiranya dengan pencapaian cemerlang Unisel khususnya di dalam menganjurkan persidangan sangat berprestij itu yang berjalan lancar.

Antara isu yang mendapat perhatian sidang kali ini adalah tentang belia, wanita dan sains, peranan sains dan teknologi di Negara OIC, masyarakat bermaklumat dan sektor perniagaan, perundangan dan peranan media.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) turut menyampaikan pandangannya ketika membahaskan tajuk ‘The Leadership and Policy Components For The Knowledge Society: A Proposed Best Practice for OIC Countries di dalam sesi pertama selepas acara perasmian.

Tun Mahathir mengingatkan kepada semua pemimpin supaya memperoleh ilmu pengetahuan yang tinggi bagi memacu perkembangan sesebuah organisasi pentadbiran.

Dalam memartabatkan ilmu, jelasnya, pemimpin mesti memahami kepentingan penguasaan ilmu kerana ia merupakaan kunci membawa masyarakat serta negara ke hadapan.

Jelasnya lagi, kegagalan seseorang pemimpin itu memahami kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan akan menyebabkan bangsa dan negara akan ketinggalan.

“Jika tiada pengetahuan, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan akan dijajah orang, sebab itu kita perlu kuasai ilmu pengetahuan,” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Tun Mahathir menyalahkan Kerajaan Malaysia ekoran menukar semula pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Bahasa Melayu.

HarakahDaily.Net/-

Ramai kakitangan Risda rasa dipinggirkan

Orang Risda

Saya ingin berkongsi satu cerita yang telah terjadi di Risda yang membuatkan ramai kakitangan Risda berasa seperti telah dipinggirkan oleh pihak pengurusan.

Kakitangan Risda yang telah lama berkhidmat, pernah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang, sentiasa mencapai nilaian prestasi lebih 80% setiap tahun, selalu berjauhan dengan keluarga kerana desakan tugas, pernah diberi tugas menanggung tugas gred 41 sebelum ini malah mendapat sokongan kuat dari ketua mereka tidak terpilih langsung untuk mengisi jawatan tersebut.

Saya yakin bahawa ada ramai kakitangan Risda yang mempunyai kelayakan yang jauh lebih baik dalam semua segi berbanding mereka yang telah diterima untuk jawatan tersebut.

Campur tangan Ketua Pengarah Risda iaitu Dato' Izat Hasan diyakini telah mengganggu proses pemilihan kakitangan baru ini. Jika kata akhir datang dari mulut Ketua Pengarah maka kenapa perlu diadakan proses temuduga dan sebelum itu juga telah diadakan Risda Accessment Center (RAC) yang menelan belanja kira2 RM100,000.

Untuk makluman, Risda adalah satu badan berkanun persekutuan dan menggunakan skim perkhidmatan tertutup iaitu kakitangan RISDA hanya boleh ditukarkan di dalam perkhidmatan Risda sahaja dan tidak boleh sewenangnya ditukar ke agensi lain. Maka sewajarnyalah kakitangan Risda diberi keutamaan untuk meningkatkan kerjaya mereka di Risda.

Maka, jika sebegini yang berlaku dalam semua agensi kerajaan, adakah mutu perkhidmatan akan dapat ditingkatkan. Bagaimana pula pencapaian hendak diutamakan jika kebajikan tidak dijaga. Impaknya pasti akan dirasai oleh rakyat.

HarakahDaily.Net/-

Timbalan Menteri Wilayah didakwa ugut penghuni setinggan

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Jawatankuasa Bertindak Kaum India Kampung Pandan mendakwa Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan mengenakan ugutan terhadap mereka.

Pengerusinya, S.M Sureshkumar A/L Maniam berkata, Saravanan mengeluarkan kenyataan yang mengugut penghuni-penghuni setinggan di Titiwangsa kerana mengambil tindakan mahkamah terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Suresh, Saravanan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan memberikan rumah kepada sesiapa yang memfailkan kes terhadap DBKL sewaktu mengadakan pertemuan dengan penghuni-penghuni setinggan di Dewan Orang Ramai (Lorong 5), kampung Pandan.

Ugutan itu ujarnya menyebabkan mereka berasa takut dan sebahagiannya telah menarik balik kes yang difailkan itu.

"Datuk Saravanan kata sesiapa yang buat tindakan mahkamah terhadap DBKL tak akan diberi unit rumah langsung. Beliau kata tiada sesiapa pun yang pernah menang dalam kes yang difailkan terhadap DBKL," katanya dalam satu sidang media bersama Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Tindakan mahkamah terhadap DBKL itu diambil berikutan tindakan DBKL mengeluarkan kawasan setinggan India Settlement di kawasan Titiwangsa daripada Draf Plan Kuala Lumpur 2020.

Penghuni kawasan setinggan itu mahu mempertahankan hak mereka ke atas kawasan tersebut kerana ianya merupakan satu-satunya kawasan warisan orang India di Kuala Lumpur.

"Kami amat berterima kasih kepada Dr. Lo' Lo' yang telah memberikan pertolongan dan sokongan kepada kami dalam memperjuangkan hak asasi penghuni-penghuni di Kampung Pandan Indian Settlement," katanya.

Berikutan ugutan itu, pihak jawatankuasa berkenaan telah membuat laporan polis terhadap Saravanan dan sedang menunggu nasihat daripada peguam mereka untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap beliau.

Mereka turut membantah tindakan DBKL memindahkan mereka ke Puchong, yang didakwa jauh dari tempat kerja mereka dan sekolah anak-anak mereka.

Menurut Suresh juga, Bekas Timbalan Menteri, Datuk T. Murugiah telah meluluskan mereka menduduki penempatan sementara di perumahan rakyat Sri Alam di sungai Besi, tidak terlalu jauh dari tempat asal.

Namun, apabila Saravanan menggantikan Murugiah, beliau campur tangan dengan membatalkan semua kelulusan yang dibuat Murugiah sebelum ini.

Sehubungan itu, mereka meminta Dr. Lo' Lo' menyuarakan perkara itu ke Parlimen agar hak mereka sebagai rakyat malaysai ditunaikan Kerajaan.

HarakahDaily.Net/-

RM12 juta rumah bekas PM

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, Kerajaan telah membina rumah bernilai RM12 juta untuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam perbahasan hari ini mempersoalkan, dari manakah bajet itu diperolehi.

Ini kerana, ia tidak pernah dibentang dalam Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan.

HarakahDaily.Net/-

Tok Guru terima kalau dilantik sebagai Mursyidul Am PR.

Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia dilantik sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat setelah gabungan parti pembangkang itu berjaya didaftarkan.

"Sekarang ini saya dilantik (sebagai) mursyidul am (PAS) oleh jawatankuasa agung (parti). Apa salahnya jika (dilantik) mursyidul am bagi Pakatan Rakyat, tidak ada apa (masalah)," kata Tok Guru kelmarin.

"Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"

Beliau diminta mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan Pakatan, yang mengesyorkan Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.

Menulis di blognya pada 17 November lalu, bekas menteri itu berkata, syor itu ditimbulkan kerana Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan perdana menteru, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan itu, beliau akan bersikap terbuka walaupun cadangan-cadangannya mungkin ditolak.

"Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam.

"Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu.

Ditanya sama ada jawatan tersebut akan menambahkan bebannya yang sedia ada, Nik Aziz berkata, tidak mengapa selagi "menambahkan pengikutnya".

"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran," tambahnya.

Kenyataan Mursyidul Am Pas itu diharap meredakan keresahan para penyokong pakatan Rakyat yang masih menunggu jawapan dan respon dari beliau setelah cetusan idea berkenaan yang dilontarkan sejak lebih sebulan lepas.