15 December 2009

Pakar perlembagaan setuju kes Nizar diadili panel 11 hakim

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Pensyarah perlembagaan dari Singapura, Kevin Tan dan pakar perlembagaan tempatan, Shad Saleem Faruqi, bersetuju dengan permohonan Menteri Besar Negeri Perak Pakatan Rakyat, Mohd Nizar Jamaluddin untuk diadili Panel 11 hakim.

Shad Saleem Faruqi berpendapat, penyertaan lebih ramai anggota panel hakim akan menjurus kepada penghakiman yang lebih adil.

Nizar Jamaluddin yang merayu agar dikembalikan kedudukannya sebagai MB Perak berkata, kes ini bakal menentukan siapa sebenarnya MB negeri Perak, malah keputusannya bakal memberi kesan kepada jawatan Perdana Menteri kelak. Justeru itu, beliau memutuskan untuk memohon agar anggota panel diperluaskan kepada 11 hakim selepas dinasihat peguamnya.

Ketika berucap dalam forum bertajuk "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis), anjuran MerdekaReview pada malam 9 Disember lalu, Nizar Jamaluddin mengambil contoh satu kes pengedaran dadah yang didengar oleh panel tujuh hakim, dan bertanggapan Mahkamah Persekutuan harus sekurang-kurangnya membenarkan lebih daripada panel lima hakim untuk mendengari kesnya.

Kevin Tan (gambar) yang tidak tampil sebagai panelis, ketika ditemuramah oleh wartawan selepas forum berlangsung, bersetuju bahawa permintaan Nizar Jamaluddin adalah wajar.

Kevin berkata, "Jika dilihat kebanyakan negara, secara lumrahnya, apabila berdepan dengan kes yang mustahak, adalah lebih baik jikalau melibatkan lebih ramai hakim.

"Oleh itu, saya menganggap adalah wajar apabila mereka meminta untuk didengar oleh lebih ramai hakim."

Pada masa yang sama, Kevin Tan mencadangkan agar hakim yang berpengalaman dalam kes perlembagaan untuk mendengar kes Nizar, "saya mengharapkan beberapa orang hakim yang pernah membuat penghakiman untuk kes perlembagaan untuk terlibat dalam kes ini, seperti Richard Malanjum dan Gopal Sri Ram."

"Wajar penghakiman dibuat kemudian"

Profesor Perundangan Universiti MARA, Shad Saleem Faruqi berpandangan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah boleh melantik MB yang baru, memandangkan PR telah kehilangan majoritinya dari segi ADUN-nya. Meskinpun begitu, Shad Saleem Faruqi bersetuju dengan permohonan Nizar, walapun pengadilan Panel 11 hakim tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Shah Saleem Faruqi bertanggapan bahawa Ketua Hakim, Zaki Azmi harus mempertimbangkan permohonan ini, untuk membolehkan perbicaraan yang lebih adil.

Nizar telah memohon agar kesnya diadili oleh panel 11 hakim pada 5 November, namun panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonannya tanpa sebarang alasan, dan terus membicarakan kesnya.

MB yang digulingkan sejak Februari tahun ini menceritakan perkembangan yang berlaku selepas rampasan kuasa, malah mempertikaikan Mahkamah Persekutuan yang gagal membuat penghakiman segera, menyebabkan "keadilan tertangguh".

Nizar (gambar kanan) berkata, "kami melalui perbicaraan selama enam jam setengah, setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak Peguam Negara dan peguam kami. Tetapi, jawapan yang kami perolehi adalah 'penghakiman akan diumumkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian'."

Beliau memetik pepatah, "keadilan yang tertunda adalah keadilan yang dinafikan!"

Namun demikian, Kevin Tan tidak menyetujui Nizar dalam perkara ini, dan menganggap adalah wajar jikalau panel lima hakim yang diketuai Alauddin Mohd Sheriff memerlukan lebih masa untuk membuat pertimbangan.

Semasa dalam sesi soal jawab, Kevin meluahkan pandangannya, "saya rasa, jikalau kamu memperolehi penghakiman dengan serta merta, kamu akan berkata, 'Alamak! Mereka membuat penghakiman tanpa perlu pertimbangan pun!'"

Majoriti ditentukan dalam DUN?

Di samping itu, Kevin Tan ketika mengutarakan pandangannya dalam sesi soal jawab, menekankan bahawa penafsiran perlembagaan perlu konsisten dan harmoni untuk memberi makna kepada perlembagaan.

Beliau memetik artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak untuk menjelaskan pandangannya, "apabila MB hilang percaya daripada majoriti, maka beliau merayu kepada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Namun, jikalau Sultan bertitah, 'tidak, beta tidak akan berbuat demikian', maka tiada pilihan untuk MB ini melainkan meletak jawatan."

Kevin Tan menyusul dengan pertikaian, "siapa pula yang boleh menentukan bahawa MB telah hilang percaya daripada majoriti?" Setelah mengkaji Perlembagaan Negeri Perak, Kevin Tan menyimpulkan, "keputusan bahawa MB telah hilang percaya majoriti mesti ditentukan oleh DUN sendiri," hanya dengan ini Perlembagaan Negeri Perak boleh ditafsirkan dengan wajar.

Shad Saleem Faruqi (gambar kanan) sebaliknya berpendapat bahawa Sultan tidak semestinya perlu mengenalpasti sama ada MB hilang percaya atau tidak di dalam Dewan Undangan Negeri.

Ketika ditanya oleh wartawan selepas forum, Shad Saleem Faruqi sambil senyum berkata, "Malah Sultan boleh memanggil semua Adun ke istana. Baginda hanya memerlukan beberapa kerusi yang tambahan sahaja."

Mesyuarat bawah pokok, Sah!

Walau bagaimanapun, Kevin Tan menyetujui pandangan Shad Saleem Faruqi yang lain, iaitu dalam situasi Malaysia yang tidak mempunyai Akta Anti-Lompat Parti, wakil rakyat boleh berpaling tadah dalam masa yang singkat.

Lompatan dari parti ke parti menjurus kepada kesukaran rakyat untuk mengenalpasti siapa yang disokong oleh wakilnya untuk menjadi MB.

"Jalan yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ini adalah membubarkan DUN, dan mencari jawapannya!" kata Kevin Tan.

Kevin Tan disenaraikan sebagai salah seorang panelis dalam forum yang dianjurkan oleh MerdekaReview ini, bersama Shad Saleem Faruqi dan Mohd. Nizar Jamaluddin.

Walau bagaimanapun, Kevin Tan gagal tampil sebagai panelis kerana polis mengenakan syarat terhadap pensyarah dari Singapura ini untuk mendapatkan Pas Ikhtisas sebelum hadir sebagai panelis.

Walaupun rampasan kuasa kerajaan negeri Perak bermula kerana penyeberangan parti tiga orang ADUN, namun peguam untuk speaker Pakatan Rakyat V.Sivakumar, Tommy Thomas bertanggapan bahawa lompat parti bukan satu masalah dalam sistem demokrasi.

Malah, Tommy Thomas menganggap usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar mahupun Perdana Menteri adalah sesuatu yang lumrah dalam sistem demokrasi untuk menguji sejauh manakah sokongan terhadap ketua kerajaan itu dari masa ke masa.

Beliau mengungkit insiden bekas Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail mengusulkan undi tidak percaya terhadap bekas PM Abdullah Ahmad Badawi.

Tommy Thomas berkata, "namun speaker tidak menerima, maka pengundian tidak boleh dijalankan dalam dewan. Ini adalah bercanggahan dengan perlembagaan. Speaker tidak boleh menghalang ahli dewan untuk melaksanakan prinsip perlembagaan."

Shad Saleem Faruqi menambah, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedia ada tidak menyatakan dengan jelas bagaimana untuk mengusulkan undi tidak percaya, maka pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat adalah diperlukan.

Kira-kira 250 orang hadir ke forum ini untuk menyaksikan pertembungan pandangan antara panelis.

Walaupun bercanggah pendapat dalam isu-isu tertentu, namun panelis berkongsi pandangan yang sama dalam beberapa isu asas.

Selain sebulat suara menyetujui "bubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya" adalah penyelesaian kepada kemelut Perak, panelis juga menyetujui bahawa sidang mesyuarat pada 3 Mac di bawah pokok adalah mesyuarat yang sah.

Shad Saleem Faruqi berkata, "tempat tidak penting. Mesyuarat boleh diadakan di mana-mana tempat."

Beliau mengambil contoh ketika bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang diubahsuai, mesyuarat DUN bersidang di Universiti Sains Malaysia.

Namun, Shad Saleem Faruqi tidak bersetuju dengan keputusan Sivakumar untuk menggantung sembilan orang ADUN, dengan tanggapan bahawa tindakan ini tidak ada kewajarannnya.

"Sama ada Speakar mahupun Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan tidak boleh menggantung ADUN, melainkan ada ADUN yang salahlaku, melanggar disiplin.

Oleh itu saya tidak dapat menyokong tindakan Sivakumar untuk menggantung sembilan daripada 59 orang ADUN," kata Shad Saleem Faruqi.

HarakahDaily.Net/-

Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama

Mohd Yusri Amin

KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.

HarakahDaily.Net/-

Usaha kreatif Zunar sedarkan masyarakat dihargai

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menyanjung tinggi usaha kreatif yang dilakukan Zunar dan pasukan kartunisnya dalam membangkitkan kesedaran rakyat di negara ini.

Nizar berkata, pendekatan karya berbentuk kartun merupakan salah satu langkah dalam usaha mengubah pemikiran rakyat untuk menerima keadilan dan menolak kezaliman.

"Kami dari Pakatan Rakyat sudah tentu menyanjung kerja baik yang dibuat oleh Zunar dan rakan-rakannya dan juga gabungan-gabungan lain yang menggunakan pendekatan kartun ini.

"Ini merupakan langkah pertama dalam gelombang kita untuk mengubah masyarakat untuk menerima keadilan dan menolak kezaliman," katanya sewaktu berucap di Majlis Pelancaran "Perak Darul Kartun" di Pejabat Khidmat Rakyat DUN Bukit Antarabangsa, Pusat Bandar Taman Melawati, dekat sini, petang semalam.

(Gambar: Nizar melancarkan buku baru kelolaan kartunis Zunar, 'Perak Darul Kartun")

Nizar yang mengagumi karya yang dihasilkan pasukan kartunis Zunar itu turut berharap agar usaha yang dilakukan itu dapat membantu Pakatan Rakyat sebagai "Government In Waiting".

"Saya berdoa mudahan-mudahan pendekatan yang dibuat oleh Zunar dan rakan-rakannya akan membantu memudahkan Pakatan Rakyat untuk terus ke Putrajaya.

"Saya juga berdoa supaya Allah memberikan ransangan kreativiti kepada mereka untuk menghasilkan karya yang tulen, bukan dicedok dari mana-mana sumber," katanya lagi.

Nizar juga menyifatkan lukisan-lukisan dalam "Perak Darul Kartun" itu sebagai "kena dengan situasi" yang berlaku di Perak ketika ini iaitu rampasan kuasa oleh Umno BN.

Sementara itu, Zunar dalam ucapannya berkata, hasil karya pasukannya itu merupakan satu bentuk dimensi baru dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

"Apa yang kami buat ini merupakan dimensi baru dalam perjuangan ini. Jika ahli politik kita berjuang melalui ceramah dan perbahasan di parlimen, kami pula berperanan dalam perjuangan melalui karya kami," katanya.

Zunar juga menegaskan, para kartunis harus menyatakan pendirian mereka berhubung apa jua krisis yang melanda negara ini melalui karya mereka.

"Kami para kartunis berpendirian, kartunis-kartunis di negara ini tidak boleh berdiam diri dalam setiap isu dan krisis yang melanda negara. Jika orang lain seperti sasterawan negara, seniman negara dan ahli politik bangun menyuarakan kebenaran, mana mungkin kartunis boleh berdiam diari," tegasnya.

Beliau turut menyifatkan pasukan kartunisnya sebagai berbeza dengan kartunis-kartunis lain kerana mereka melukis ikhlas dari hati dan berani menyatakan kebenaran, bukan untuk mengejar wang ringgit semata-mata.

"Saya nyatakan pasukan kartunis saya berbeza dari kartunis lain kerana mereka berkarya dan melukis ikhlas dari hati. Tidak seperti kartunis lain yang hanya mahukan wang. Ada kartunis yang popular, tapi kuat mengampu.

"Bila berkarya dengan hati yang iklhlas, kita tidak akan terjejas dengan apa-apa ugutan," ujarnya.

Majlis pelancaran berkenaan turut dihadiri oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR, ADUN Hulu Klang, Saari Sungip, dan ADUN Batu Caves, Amirudin Saari serta lebih seratus orang penyokong dan pencinta kebebasan bersuara.

Nizar sebagai tetamu khas turut melancarkan Perak Darul Kartun disusuli dengan majlis tandatangan beliau, ADUN-ADUN serta Zunar sendiri ke atas muka depan buku berkenaan.

Majlis gamat seketika dengan kehadiran maskot "katak berwarna biru dan berlambangkan wang" dan Nizar diminta memukul katak berkenaan sebagai simbolik kepada penolakan tindakan lompat parti dan rasuah yang diamalkan Umno BN.

Selepas majlis tandatangan, Nizar bersama tiga tetamu yang lain dihadiahkan t-shirt "Gedung Kartun" dan mereka terus menyarungkannya ke badan masing-masing.

Hadirin yang hadir tadi juga berpeluang mendapatkan buku-buku dan t-shirt terbitan Sepakat Efektif di gerai yang dibuka serta mendapatkan autograf Nizar dan Zunar.

Turut bersama Zunar petang tadi ialah kartunis Jonos, (Nor Azlin Ngah), Orang-orang (Azlan Isa), Enot serta beberapa lagi kartunis lain.

"Perak Darul Kartun" adalah komik terbaru hasil karya terbaru Zunar bersama pasukan kartunisnya yang terdiri dari Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad).Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar).

Ianya sebagai penerbitan berterusan syarikatnya Sepakat Efektif selepas permit penerbitan Gedung Kartunnya mempunyai masalah dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah.

Turut menyumbang karya dalam komik tersebut adalah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.

Manakala penulis penyumbang/kolumnis ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu ianya juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama "Datuk Nazak", slot "Negaraku" dan tiga muka surat karya Enot bertajuk "Nostalgia 98" yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Ruangan "Selangor Tanahairku" diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.

HarakahDaily.Net/-

Bubar Dun Perak tetap jalan terbaik - Nizar

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Dis: "Saya mengalu-alukan sebarang tindakan untuk menyelesaikan krisis di Perak tapi bagi saya jalan terbaik masih lagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun)."

Demikian ditegaskan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin ketika diminta mengulas mengenai kenyataaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang berharap semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu memberi fokus untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbulkan isu yang sama.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Pakatan Rakyat Perak sudah lama mahu menyelesaikan krisis di negeri itu supaya negeri terus membangun dan menarik pelabur asing dengan mencadangkan pembubaran Dun .

Namun Zambry sendiri tidak menunjukkan keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda, yng berpunca Dari Umno BN sendiri.

"Saya cukup mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Zambry kalau beliau benar-benar ikhlas kerana itulah yang kami utarakan 10 bulan yang lepas.kami mahukan krisis selesai dan pelabur asing datang tanpa ragu-ragu.

"Sudah tentu kami alukan sebarang tindakan untuk selesaikan krisis Perak dengan dibubarkan DUN kerana itulah yang paling adil dan memberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan.Kalau tak dibubarkan DUN,krisis tidak akan selesai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku "Perak Daruk Kartun" di Pejabat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa, Pusat Bandar Taman Melawati, dekat sini, petang semalam. (Gambar)

Nizar turut menyifatkan harapan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk melihat krisis di Perak selesai hanyalah kenyataan retorik semata-mata.

Sebaliknya Nizar berkata, kenyataan Menteri Besar Umno BN Perak itu mempamerkan kebimbangannya kerana menyedari sebenarnya rakyat dan undang-undang tidak menyebelahinya.

"Kenyataan itu berbentuk retorik yang mempamerkan rasa kebimbangan beliau dan rasa cuak beliau.Beliau mengeluarkan kenyataan itu kerana merasakan rakyat dan undang-undang tidak bersamanya.

"Kenyataan itu sekadar untuk menyedapkan rasa dan menolak realiti atau perbuatan beliau yang mahu lari dari kenyataan,"katanya yang juga Adun Pasir Panjang.

Diminta mengulas mengenai permintaan Zambry agar ekonomi negeri distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu, Nizar berkata, perkara itu tidak akan dapat dilaksanakan selagi pelabur asing tidak yakin dengan kestabilan politik negeri itu.

"Kita memang memberikan fokus untuk meningkatkan apa sahaja transaksi dan juga pertumbuhan ekonomi yang cemerlang.Tetapi kita sahaja (yang berusaha) tanpa ada penglibatan pihak swasta, pihak luar samaada dalam dan luar negeri Perak, atau dalam dan luar negara.

"Mereka mahukan satu keyakinan dan kestabilan politik dan ekonomi. Selagi perkara ini tak terjamin mereka tidak akan datang. Jadi kalau kita warwarkan, itu hanya retorik. Kita mahu fokus dalam ekonomi, sedangkan hakikatnya apa yang sedang berlaku tidak memberikan ruang untuk percambahan aktiviti ekonomi ini," tegasnya.

Tunggu Mahkamah

Beliau juga berkata, Pakatan di Perak akan terus menunggu keputusan yang adil dari mahkamah biarpun memakan masa yang lama.

"Apabila sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, maka kita kena tunggu keputusan mahkamah. Siapalah kita untuk memaksa hakim-hakim untuk membuat keputusan yang cepat. Kami akan tetap tunggu keputusan mahkamah,"katanya.

Namun ujarnya, semakin lambat mahkamah membuat keputusan berhubung kedudukan Menteri Besar yang sah itu, semakin negatif persepsi rakyat terhadap institusi kehakiman negara.

"Lebih lama mahkamah tangguh untuk buat keputusan, lebih menderita rakyat dan lebih negatif persepsi rakyat terhadap institusi kehakiman.

"Pandangan terhadap 1Malaysia Najib juga akan negatif kerana rakyat merasakan mereka tidak didahukan apabila permintaan untuk dibubarkan DUN Perak tidak dihiraukan," katanya.

Zambry dilaporkan sebagai berkata, ramai rakyat Perak berasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan mereka mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya mahu membetulkan tanggapan.

HarakahDaily.Net/-

Isteri PM berdosa tak tutup aurat – Nakhaie Ahmad

(Gambar: Nakhaie berkata Rosmah berdosa dan bakal dapat siksa di akhirat)

KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.

Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.

Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa.

Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama.

Dewan konvensyen tempat wacana diadakan penuh sesak sehingga memaksa penganjur memasang dua skrin besar di luar dewan.

Orang ramai melimpah sehingga ke atas jalan raya.

Wacana itu yang panas sepanjang program berlangsung menampilkan tiga lagi anggota panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Affendi Yusof.

Pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Hadir sama anggota Exco, Dr Mohamad Fadzli Hassan.

Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden PAS memberitahu, beliau meninggalkan parti itu dan menyertai Umno kerana tidak ada program dakwah dalam PAS.

“Sebab itulah sepanjang berada bersama PAS saya gagal mengislamkan seorang pun bukan Islam.

“Sedangkan ketika menerajui Yadim saya berjaya mengislamkan kira-kira 7,000 bukan Islam di Sabah dan Sarawak,” katanya diikuti suara riuh rendah orang ramai.

Penjelasan Nakhaie dari awal sehingga akhir dipertikaikan hadirin sehingga ramai yang menyoraknya.

Kadang kala beliau kelihatan emosi kerana tidak tahan berdepan dengan penonton yang cuba mencemuhnya.

Mohd Afffendi pula tanpa menyembunyikan perasaan menjelaskan mahu hak Kelantan mendapatkan royalti minyak diberi perhatian kerajaan pusat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, katanya apa pun istilah yang digunakan kerajaan pusat sama ada royalti atau ihsan ia perlu dinikmati rakyat negeri ini.

Kata beliau rakyat Kelantan tidak perlu didiskriminasi bagi mendapatkan hak mereka.

Sedangkan sebelum itu ketika menjawab soalan moderator katanya, royalti hanyalah istilah Inggeris yang digunakan, sehingga disorak orang ramai.

Malah katanya, perjanjian yang ditandatangani di antara Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir dan Petronas pada 1975 seperti tidak sah kerana ada perjanjian baru dibuat kerajaan Malaysia dengan Thailand pada 1990.

“Mengikut perjanjian tersebut cari gali minyak berlaku di kawasan JDA yang melibatkan Malaysia dan Thailand, di mana pembahagian dibuat 50 – 50.

“Jadi perjanjian lama pada 1975 sudah tidak terpakai kerana minyak dicari gali di kawasan JDA,” ujarnya.

Merungkai persoalan itu Mohd Amar menjelaskan kerajaan Thailand membahagikan royalti kepada Songkla memandangkan kedudukan JDA lebih dekat dengan wilayah itu.

Sedangkan katanya Malaysia tidak membahagikan royalti kepada Kelantan biar pun kawasan carigali dekat dengan negeri tersebut.

“Ini bermakna Thailand jauh lebih cerdik berbanding Malaysia kerana cuba menafikan hak royalti minyak,” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Dr Asri pula tidak mahu ulama masuk campur dalam tuntutan royalti dibuat kerajaan Kelantan kerana silap percaturan ia boleh menghakiskan kepercayaan rakyat kepada golongan berkenaan.

“Saya kata kepada Perdana Menteri bagilah kepada Kelantan kerana itu hak mereka. Pemimpin kena bersikap adil kepada semua pihak seperti dituntut Islam,” katanya.

Ketika menjawab soalan Dr Agus, Mohd Amar berkata, halangan kerajaan pusat terhadap Kanun Jenayah Syariah diluluskan di Kelantan bukan bermakna hukum itu tidak mahu dilaksanakan.

“Samalah seperti lampu trafic light merah, kita berhenti sekejap. Berhenti pun enjin kereta kita masih hidup.

“Dan apabila lampu isyarat sudah bertukar menjadi hijau maka kita jalanlah,” katanya.

Mohd Affendi juga memuji tindakan kerajaan negeri menganjurkan wacana seumpama itu bagi memberi peluang kepada rakyat mendapatkan maklumat dua hala.

Oleh itu katanya, Pemuda Umno sedia menganjurkan program wacana pada masa akan datang dengan menjemput wakil dari PAS.

Mohd Amar pula berkata, beliau sedia hadir pada wacana anjuran Umno jika bersesuaian dengan tajuknya.

HarakahDaily.Net/-

BN dicabar supaya benarkan Program Ceramah PAS dan PR

Email : khairul azman sakri

LENGGONG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) dicabar supaya membenarkan program-program ceramah Pas dan Pakatan Rakyat (PR) diadakan di bangunan-bangunan milik kerajaan seperti dewan serbaguna, dewan merdeka dan dewan orang ramai.

Setiausaha Dewan Pemuda Pas (DPP) Perak, Raja Dr Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata bangunan-bangunan yang dibina oleh kerajaan dengan wang rakyat itu sewajarnya boleh digunakan oleh semua pihak sama ada oleh parti pembangkang atau parti kerajaan.

Katanya, semasa Perak diperintah PR, semua pihak dibenarkan menggunakan bangunan-bangunan berkenaan, sama ada pihak-pihak daripada parti kerajaan atau pembangkang.

"Sepatutnya kita tidak berceramah di rumah orang sepertimana malam ini, di mana orang ramai terpaksa duduk di kawasan lapang untuk mendengar ceramah.

"Dulu semasa PR memerintah kita tidak sekat siapa pun yang hendak menggunakan dewan, tapi bila BN/Umno rampas kuasa di Perak, mereka sekat kita daripada menggunakan dewan untuk berceramah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berceramah bersama Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua Pas Lenggong, Razman Zakaria di pekarangan sebuah rumah ahli Pas di Kampung Banggol Belimbing dekat sini baru-baru ini.

Raja Dr Ahmad Iskandar berkata, semasa beliau belajar di England selama lima tahun, beliau tidak pernah melihat ada pemimpin pembangkang berceramah di rumah orang sepertimana di negara ini.

Katanya, suasana seperti itu adalah kerana mereka menggunakan sepenuhnya peraturan-peraturan dalam sistem demokrasi, di mana antaranya ialah siapa saja di kalangan rakyat boleh menggunakan hak kerajaan tanpa ada sekatan.

Kita di Malaysia, katanya seolah-olah mengamalkan sistem rimba, di mana siapa berkuasa dialah yang mengawal semua hak kerajaan dengan menyekat pihak-pihak lain daripada memanfaatkannya.

"Contoh yang amat ketara ialah kebebasan media massa seperti akhbar dan televisyen, di mana semuanya dikawal parti yang memerintah, manakala pemimpin-pemimpin pembangkang seolah-olah tidak ada hak langsung.

"Sukar sekali kita hendak lihat wajah pemimpin-pemimpin pembangkang keluar tv kecuali apabila timbul isu-isu negatif," katanya.

Menyentuh mengenai kemelut demi kemelut yang berlaku di dalam BN, katanya Umno sebuah parti yang sudah terlalu tua, tidak mampu lagi untuk memulihkan segala kemelut itu termasuk krisis dalam MCA dan MIC.

Katanya, dalam usia yang sudah hampir 60 tahun, Umno masih mendabik dada mengatakan dialah parti yang terbaik di dunia, sedangkan dia kini terpaksa bergantung kepada parti-parti lain dalam komponen BN.

Raja Dr Ahmad Iskandar turut menarik perhatian lebih 2000 hadirin supaya semua jentera pilihan raya Pas di semua peringkat seluruh Perak sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bila-bila masa.

Katanya, Pas dan PR mesti bersedia pada bila-bila masa saja dan PR dijangka akan mengambil alih semula kerajaan negeri Perak daripada BN selepas pilihan raya DUN atau pilihan raya umum akan datang.


Siapa sentuh Tok Guru Nik Aziz akan dapat tentangan - Anwar

KULIM, 13 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

"Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.

"Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.

"Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya.

Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.

"Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.

"Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka."

Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

HarakahDaily.Net/-

TEMUDUGA TERBUKA KEMASUKAN 2010 MAAHAD TAHFIZ AL QURAN DAR AL ABRAR

Email : Rahim Muhamad


TEMUDUGA TERBUKA UNTUK KEMASUKAN 2010

SYARAT KEMASUKAN

Pelajar lelaki dan perempuan berumur 13 tahun pada 2010. Boleh membaca Al-Quran dengan fasih dan lancar. Berminat menghafaz Al-Quran.

Tarikh temuduga

Pada 12 ,13 ,19 dan 20 Disember 2009

Masa

Jam 9.30am hingga 11.30am

Sebarang pertanyaan sila hubungi 016 9303773 @ 0194208990.


MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA 25 TAHUN PAS HULU LANGAT



Jamuan makan mala mini adalah kerjasama antara PAS hulu Langat & Ikatan Anak Anak Perak DiPerantauan.

Kerjasama dan bantauan dari saudara semua amatlah dihargai..

Terima kasih.

Mustapha Khamal Halim
Setiausaha
Ikatan Anank Anak Perak DiPerantauan

Hebahan Siri Penerangan PAS Kawasan Lenggong bulan disember 2009

Email : HAFIZI ADNAN

salam,terlebih dahulu saya(Hafizi Bin Adnan,Penolong Setiausaha PAS Kawasan Lenggong/PA YDP PAS Kawasan Lenggong) merakam ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan diatas kesudian pihak pengurusan Blog Yb yang tidak jemu2 menerbitkan posting berkaitan gerak kerja YDP dan PAS Lenggong khususnya,sebagai individu yang diamanahkan oleh YDP untuk memastikan setiap gerak kerja perjuangan beliau dan PAS Kawasan amnya mendapat liputan dan diberi hebahan oleh semua saluran media penerangan baik dari media harian,perdana,maya/siber dan media lisan semua pihak saya akan mengusahakan sebarang bentuk pengkongsian idea dan penyaluran maklumat berkaitan gerak kerja perjuangan tercinta ini,

2. Oleh itu bersama-sama ini saya menyertakan dua siri penerangan untuk tujuan hebahan media maya/siber milik YB dan saya memohon pengurusan Media maya Yb membuat design posting mengikut kreativiti pengurusan media maya Yb berdasarkan keterangan berikut:

2.1. Ceramah Penerangan YB Khalil Idham Lim(Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Perak/Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan PR Negeri Perak dan ADUN Titi Serong),YB Speaker DUN Perak Sivakumar(ADUN Tronoh) dan Haji Razman Bin Haji Zakaria(YDP PAS Kawasan Lenggong,Pengerusi Lajnah Pertanian,Peneroka dan Nelayan Badan Perhubungan PAS Perak),bertarikh 14 Disember 2009,masa 9.00 malam Bertempat di Markaz Pas Cawangan Kampung Gua Badak.

2.2. Ceramah Penerangan YAB Dato Seri IR Mohamad Nizar Bin Jamaluddin(Menteri Besar Perak,Ahli Parlimen Bukit Gantang,ADUN Pasir Panjang,Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Perak dan AJK PAS Pusat) bersama Haji Razman Bin Haji Zakaria(YDP PAS Kawasan Lenggong,Pengerusi Lajnah Pertanian,Peneroka dan Nelayan Badan Perhubungan PAS Perak),bertarikh 21 Disember 2009,masa 9.00 malam dan bertempat Di Markaz PAS Cawangan Kampung Malau.

3. Kerjasama dan Perhatian wajar Pihak pengurusan media YB didahului dengan ucapan Jazakumullahu khairan jaza,salam perjuangan dan bergerak ke gerbang jasa.

Sekian,untuk Makluman dan Hebahan,

"PAS FOR ALL/ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"

Melaksanakan Amanah Perjuangan,

difie_xp@yahoo.com.my/difie33@gmail.com http://difie.blogspot.com
Penolong Setiausaha PAS Kawasan Lenggong
PA YDP PAS Kawasan Lenggong.

Maybank tak ada kuasa??.

Email : Ummu Waheedah

Sudah lebih tiga minggu peristiwa akaun simpanan dan akaun semasa saya di 'curi' secara professional. Saya amat berterimakasih kepada insan2 yang sudi membaca, mendoakan saya dan tak lupa terima kasih berserta doa kepada mereka yang sudi membantu. Mudah2an Allah s.w.t memberi kemudahan pula kpd kalian yg saya kenali dan tidak saya kenali.

Penantian saya untuk mendapatkan jawapan bertulis dari maybank berakhirnya pada 10 disember 2009 (Khamis) kira-kira jam 12 tengahari bila seorang posmen membawa surat berlogo maybank. Resah juga rasanya, apakah ada berita gembira. Surat tersebut bertarikh 2 Dec 2009,tetapi sampul bercop pos kuala lumpur bertarikh 8 dec 2009 (Selasa). Huh lamanya masa untuk sampai ke tangan saya.. inikan kecanggihan teknologi??

Berikut adalah petikan dari surat jawapan maybank bertarikh 2nd Dec 2009:

Please allow us to provide our findings below on the above transaction for your information:
*The internet banking username and password were used on 19/11/2009 to successfully make a login to your Maybank account 5xxxxxxxxx98 via Maybank2u.com
*At 12.10pm, 19/11/2009, a Transaction Authorisation Code (TAC) was requested through your maybank2U.com account and a valid TAC was successfully sent to mobile number :019976xxxx
*at 12.12pm, 19/11/2009 , this TAC was used to create a favourite Third Party account.
*Subsequently at 12.35pm, a fund transfer amounting to RM800.00 was made to the Favourite Third Party account 114236267361 from your account 5xxxxxxxxx98 on the same day.

We would like to clarify that a valid Username and Password were used to access your account via maybank2.com.

Base on our investigation into our system, our records showed there were no system failure, problem or breach of security of Maybank2u.com in processing the above activities at the date and time mentioned involving the above account.

In view of this, we very much regret to inform you that the bank is unable to accede to your request to refund of the said amount.

As you have made a police report of the above alleged unauthorized transaction, please be assured that the Bank will co-operate with the police and relevant authorities to assist them in their investigation into this matter.
** tamat petikan**

Saya tidak terkejut dengan jawapan dari pihak Maybank. Saya sudah jangka tentunya pihak Maybank tidak akan membayar ganti rugi berdasarkan bukti dari sistem teknologi perbankkan mereka yang telah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang mereka yakini. Malah saya sebagai pelanggan setia Maybank sejak tahun 1985 sememangnya menaruh kepercayaan penuh terhadap sistem perbankan ini sehingga saya cuai untuk meneliti URL maybank yang sahih ketika mana saya terpedaya pada 19 Disember 2009.

Pihak Maybank hanya menyiasat satu akaun sedangkan saya melaporkan dua transaksi. satu dari akaun semasa dan satu lagi dari akaun simpanan. Mengapa taransaksi akaun simpanan saya tidak disiasat sekali gus?Apakah ini satu ketinggalan atau sengaja dicuaikan untuk mengelak dari terbuktinya pengeluaran melebihi had sehari?

Kini selepas mendapat jawapan bertulis dari Maybnak ,timbul rasa kesal dengan tindakan pegawai maybank ketika saya melaporkan perkara ini kepada mereka pada 20/11/2009 melalui talipon ,melalui email dan kemudiannya saya pergi ke cawangan bank untuk membuat laporan dengan mengisi borang aduan. Tiada borang aduan khas untuk aktiviti 'phising' ini, yang ada hanyalah borang aduan biasa berkaitan pertikaian terhadap transaksi yang berlaku pada 19/11/2009.

Semasa melapor perkara ini melalui talian bebas tol 1800886688, pegawai yg menerima laporan (seorang wanita) dengan cepatnya menyatakan bahawa beliau akan menyekat transaksi perbankan internet saya sedangkan saya pada waktu itu sedang melayari maybank2u.com. Beliau tidak mencadangkan saya untuk merakam screenshoot aktiviti pendaftaran favourite account atau membuat simpanan rekod2 transaksi .. Mujurlah saya teringat untuk merakam M2Uhistory bagi transaksi akaun semasa dan semasa.

Alasan beliau untuk mnenyekat perbankan internet saya ialah untuk mengelakkan sebarang pencerobohan selanjutnya. Sedangkan saya telah ubah password,bukankah username dan password adalah kunci utama keselamatan perbankan internet maybank? Beliau juga menyarankan saya membuat laporan bertulis di cawangan.Pegawai cawangan pula menyuruh saya membuat kad ATM baru, membatalkan perbankan internet dan buka akaun perbankan internet yg baru. Semuanya saya turuti tanpa curiga.

Bila akaun perbankan baru dicipta, rupanya transaksi M2Uhistory sebelumnya semua terhapus (deleted). Maka jika saya mahu bawa perkara ini ke mahkamah, saya sudah tidak ada bukti. Apakah ini konspirasi Maybank? Selepas itu banyak masa saya gunakan untuk menguji sistem keselamatan Maybank .Penemuan2 berikut menunjukkan kelompangan pada sistem keselamatan perbankan Maybank:-

1-Satu TAC boleh digunakan lebih dari sekali selagi pengguna tidak log-out. Ini bermakna pengguna boleh melakukan banyak transaksi berisiko tanpa perlu mengulang permohonan TAC.Ini membuka peluang pencuri membuat banyak aktiviti tanpa dikesan oleh pengguna yg sah.

2-Nombor TAC maybank terdiri dari 6 digit numerical. Ini memudahkan numbor tersebut ditiru jika formula untuk mendapatkan nombor tersebut diketahui.Tentunya pencuri maya ini sudah arif dengan kelemahan ini.

3-Pindahan wang ke akaun yang telah didaftar dibawah kategori akaun favourite tidak memerlukan TAC,TAC hanya diperlukan untuk mendaftarkan akaun tersebut bagi perdaftaran pertama kali..Sepatutnya akaun favourite cuma diguna untuk memudahkan pelanggan agar tak pelu mengintati nombor akaun ttp setiap transacsi sepatutnya perlu TAC yg baru.
.
4-Untuk mengakses dan membuat transaksi di mayban2u.com hanya username dan password diperlukan. Sedangkan dibank lain seperti citibank, ada sistem keselamatan lapis kedua iaitu pengguna perlu menjawap soalan favorite yang hanya dikelatuhui oleh pengguna tersebut sahaja.

5-Jumlah yang telah dikeluarkan pada hari tersebut melebih dari had minima yang dibenarkan secara default oleh sistem perbankan Maybank iaitu RM3000. Bagaimana ini boleh berlaku? Saya tahu kenapa pencuri itu mendaftarkan akaun Lina hazlina sebagai 3rd party favourite akaun. Ini kerana sistem perbankan maybank membenarkan pindahan tanpa had kepada akaun favourite.

Apa yang saya kesali ialah pihak maybank mengatakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyekat akaun Lina Hazlina dan mereka tidak mahu memberitahu nama penuh Lina Hazlina bila saya bertanya semasa membuat aduan bertulis di pejabat cawangan Kuantan.Maklumat pelanggan adalah sulit kata mereka.. Sedangkan duit telah dipindah ke akaun beliau. Jika benar transaksi tersebut telah berlaku secara sah seperti yg didakwa oleh mereka dalam surat jawapan tersebut, kenapa saya tak boleh tahu nama orang yg saya berikan duit?

Ya walaupun Maybank tidak ada kuasa, Allah maha berkuasa. Ada juga hambaAllah yg tidak saya kenali telah membantu saya mendapatkan maklumat Lina Hazlina binti Agus Romani ini,Alhamdulillah. Semuga Maybank terus majujaya dengan sistem yang mereka cipta. Apakah saya masih boleh berharap kepada siasatan pihak Cyber security, virtual banking,Consumer banking Maybank?

Mudah2an ada pihak yang akan bersama saya membanteras kegiatan 'cyber trick, vitual buglary, cheating consumer' ini selain berharap kepada siasatan polis dan pihak berkuasa yang kan saya kemukakan kemudian..Idea daripada pembaca2 semua dialu2kan. Silalah catatkan komentar tuan/puan di blog saya : Memacu minda ummah


Selagi terdaya

Email: Zek RiY


Kene tolong ni.. kalau kene kat anak kita camner lah erk??? baca di bawah sekali..

Keperihatinan anda diperlukan.. ....

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt.....Wassalam!

Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL

Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,

P enulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik

Nurul..

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m).. Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain.. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan RM0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!


Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA!

PELANCARAN "ORANG MUDA GENG KITA" KAWASAN PARIT BUNTAR

Email : Pemuda PAS Perak

Tuan Hj Muhammad Sabu diiringi Ust. Akmal Kamarudin sedang memasukan buku ke dalam balang kaca yang akan mengeluarkan cahaya sebagai gimik pelancaran "Orang Muda Geng Kita" kawasan Parit Buntar .

10 Disember 2009, PARIT BUNTAR; Bertepat di markaz tarbiah PAS Titi Serong Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah melancarkan pelancaran kempen 'Orang Muda Geng Kita'. Pelancaran ini disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Sabu, AJK PAS Pusat. Kempen ini adalah sejajar dengan saranan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang telah memulakan pelancarannya pada sekitar sebulan yang lepas.

Pelancaran dimulai dengan tayangan multimedia dan disusuli persembahan silat/ Tempur tanpa Senjata (TTS) oleh pasukan unit Amal. Ketangkasan unit amal mendapat pujian dari Mohammad Sabu dengan menegaskan bahawa orang muda mesti berani dan bersedia dalam apa jua situasi.

Pelancaran ini bersempena dengan Ceramah Perdana Anjuran DPPN Perak dengan kerjasama DPPP Parit Buntar. Selain Mohammad Sabu antara penceramah jemputan lain ialah Al-Fadzil Ustaz Akmal b. Hj. Kamaruddin dan ADUN Teja, YB Chah Lih Kang.

Dalam ucapan beliau juga, Hj. Mohamad Sabu menyatakan bahawa dalam indeks kedudukan negara yang mengamalkan rasuah, Malaysia kini berada didalam tangga ke 56 dibawah pemerintahan Najib Tun Razak. Kedudukan ini semakin buruk berbanding Tun Abdullah dan Tun Mahadir di zaman pemerintahan mereka. Ketika Tun Mahadir Malaysia berada di tangga ke 23 - 43 negara terbanyak mengamalkan rasuah. Tangga ini semakin meningkat apabila dibawah Tun Abdullah iaitu tangga ke 47. Ternyata dibawah pemerintahan umno/BN negara Malaysia semakin meningkat kes rasuah. menurut beliau lagi hasil kajian dari pengkaji luar sebanyak 28 bilion wang negara diseleweng. Sebagai contoh isu pembelian kapal selam, PKFZ dan lain-lain.

Sebelum itu dalam ucapan YB Chang Lih Kang, beliau menerangkan isu Anuar Ibrahim dan kes pembunuhan Teo Beng Hock. Sehingga kini kes liwat Anuar Ibrahim masih belum mempunyai bukti yang kukuh dan jelas untuk di sabitkan. Malah Saiful Bukhari juga gagal mendapat pengesahan dari hospital yang beliau diliwat. Ini menununjukkan umno semakin terdesak dalam menyelesaikan masalah ini sehingga pengerusi SPRM terpaksa melepaskan jawatan. Majlis selesai sekitar jam 12.00 malam.

Ucapan aluan dari PAS Kawasan Parit Buntar disampaikanoleh Sdr. Azhar Sharin

Ceramah yang disampaikan oleh AF Ustaz Akmal, Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, banyak menyentuh isu-isu pemuda khususnya peranan pemuda PAS perak dalam menghadapi kezaliman BN Perak

persembahan tempur tanpa senjata oleh Unit Amal

Rampasan kuasa "ibu segala maksiat" di Perak.

Rakyat Perak yang telah menyerahkan kuasanya pada suatu masa dulu kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Perak sentiasa mengharapkan krisis di negeri itu dapat diselesaikan dengan segera. Pertikaian yang berlarutan oleh pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sesuatu yang memang merugikan. Kerana itu apa pun saluran yang digunakan adalah tidak seefektif sebagai saranan dari banyak pihak supaya pembubaran DUN dilakukan demi mengembalikan situasi politik yang lebih aman dan tenteram di Perak.

Menurut satu laporan dari BERNAMA tentang lawatan Menteri Besar Kudeta Perak ke Eropah dan AS , Kelmarin Dr Zambry Abdul Kadir dikatakan menyatakan harapannya supaya semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu melihat untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbul isu yang sama berulang kali.

Katanya ekonomi negeri perlu distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu daripada berterusan berbahas mengenai isu.

Semuga sekembalinya beliau dari Eropah dan AS, dia akan memberi laluan kepada penyelesaian krisis yang sekiann lama tertangguh, samada di Dewan dan Mahkamah. Dr. Zambry mestilah menunjukkan tindakan yang sebenar setelah mengeluarkan ucapannya seperti diatas.

Perlu diingat bahawa dakwaan beliau mengenai usaha berterusan menimbulkan isu yang sama berulang kali adalah berpunca dari UMNO/BN itu sendiri. Contohnya dalan isu "Melayu" siapakah yang sengaja menimbulkan onar dan fitnah kepada pemimpin Pakatran Rakyat dengan harapan untuk meraih sokongan rakyat.

UMNOlah yang mengulang-ulang berkali-kali sesuatu isu dan rekod ini adalah sesuatu yang telah umum diketahui oleh rakyat Malaysia.

Sesungguhnya dalam krisis perlembagaan yang belaku di Perak, sebetulnya ianya tidak akan berakhir dengan berlakunya pilihanraya kembali dengan dibubarkan DUN Perak. Tindakan BN yang melakukan kudeta adalah "ibu segala maksiat" yang berlaku di Perak.

Jadi siapakah yang bersalah di Perak. Tidak lain BN dan UMNOlah yang bersalah sehingga timbulnya situasi yang tidak menetu di Perak dan rakyatnya menjadi mangsa.

Malah kekecohan demi kekecohan yang berlaku di Perak adalah hasil dari arahan melampau kepada pihak keselamatan untuk menghalang rakyat berhimpun secara aman dan yang terlebih malang menghalang ADUN Pakatan Rakyat Perak untuk menghadiri sidang dan untuk mengadakan sidang.

Benarkan ucap seorang rakan apabila dia mengatakan sesuatu yang ada kelebihan kepada UMNO ialah mengaku sesuatu yang dia tidak lakukankan . Sebagai contoh mengaku sebagai pejuanga melayu walaupun dia penghinat Melayu, mengaku pejuang bahasa sedang dia hancurkan bahasa melayu, mengaku pejuang sekolah agama sedang dia yang menutup, berjuang dalam hal tulisan jawi sedangkan menteru UMNOlah yang membunuhnya, menunjukkan usaha membenteras rasuah sedangkan dialah perasuah dan macam-macam lagi.

Dr. Zambry juga dipetik sebagai berkata, "Ramai rakyat Perak merasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan kita mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya kita mahu membetulkan tanggapan," katanya kepada pelajar Malaysia di United Kingdon semasa perjumpaan di King College London di London kelmarin.

"Akhirnya rakyat akan mengadili kita (ahli politik) berdasarkan siapa kita dan apa visi kita. Ia mengenai menjaga rakyat agar rakyat boleh tinggal secara aman. Kita perlu meneruskan pembangunan ekonomi, tidak boleh terlalu banyak politik," katanya.

Kebanyakan soalan yang dikemukakan pelajar kepada Zambry dalam pertemuan itu dikatakan berkaitan dengankrisis perlembagaan Perak di mana pelajar ingin tahu perkara sebenar yang berlaku pada Februari lalu apabila Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

Yang kami tetap meragui setiap jawapan yang diberikan olehy Zambry. Termasuk apakah jawapanya bila ada yang bertanya kenapakah hakim mahkamah persekutuan setelah pembicaraan pada 5 November lepas masih tidak memutuskan siapakah MB Perak yang sah?

Saya masih menunggu apakah situasi sebenar yang belaku semasa soal jawab tersebut. Manalah tahu perkara yang belaku semasa rombongan Mufti umno dan rombongannya ke Mesir, Jordan, Syria dan Dubai suatu masa dulu turu sama belaku semasa penerangan krisis Perak dijelaskan dihadapan mahasisiwa di London kelmarin.

Selamatkan bahtera anda daripada karam

Ahmad Baei Jaafar

Dalam hubungan suami isteri ramai yang tersilap percaturan hidup. Mereka silap dalam menilai kasih sayang dan kebahagiaan. Mereka selalu terjebak dalam kancah dosa dan maksiat apabila gagal dalam menyampaikan rasa cinta. Lalu suami dan isteri itu memilih jalan sendiri tanpa merujuk kepada ajaran dan panduan Islam.

Berdasarkan pengalaman saya dalam berhadapan dengan masalah pasangan suami isteri, jelas mereka tidak benar-benar faham akan apa yang seharusnya mereka mahu dalam kehidupan berumah tangga. Mereka juga tidak tahu apa yang seharusnya mereka lakukan untuk kebahagian rumah tangga mereka. Bahtera kehidupan mereka berlayar tanpa tujuan.

Saya berkesempatan menonton beberapa drama TV tempatan yang menggambarkan kepincangan rumah tangga. Walaupun ia sekadar cerita andaian penulis skrip, namun saya percaya 70 peratus daripada sesuatu cerita itu adalah realiti yang sukar dinafikan. Sikap suami dan isteri yang membelakangkan ajaran Islam itulah punca sebenarnya.

Persoalannya, sejauh mana pasangan suami isteri itu tahu ajaran Islam khususnya dalam hubungan antara mereka. Adakah mereka belajar semua itu sebelum berkahwin? Adakah mereka secara peribadi sanggup bertanya pengamalan orang lain terutama ibu bapa mereka dalam membina rumah tangga?

Ramai pasangan yang hendak berkahwin berjumpa saya tetapi sekadar untuk mendapat sokongan bagi membolehkan permohonan mereka untuk berkahwin itu diluluskan oleh pejabat agama daerah. Tetapi mereka tidak pernah bertanya kepada saya apakah rahsia kebahagiaan rumah tangga. Adakah mereka malu atau rasa sudah tahu atau rasa tidak perlu tahu?

Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, kursus pra perkahwinan yang dijalankan seluruh negara gagal memberikan ilmu kebahagiaan rumah tangga kepada pesertanya bukan kerana korikulumnya tetapi kerana sikap peserta yang ambil tidak kisah dengan pengajaran yang diberi. Kesannya, ramai yang berkahwin selepas itu menghadapi masalah.

Sebenarnya untuk bahagia suami perlu tahu apakah yang isterinya mahu daripadanya, dan isteri juga perlu tahu apakah yang dimahukan oleh suami daripadanya. Untuk mengetahuinya mereka perlu saling bertanya dengan pasangan masing-masing. Tetapi lazimnya mereka malu untuk bertanya lalu masing-masing menganggap boleh jadi pasangannya sudah tahu.

Oleh sebab ramai yang malu bertanya, maka dalam ruangan ini biar saya jelaskan rahsia kebahagiaan rumah tangga. Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang menjadi asas kebahagiaan, maka selagi pasangan itu dapat menerima dua perkara ini dan mengabadikan dalam kehidupan pasti akan ada kebahagiaannya.

1. Suami sentiasa mengharapkan belaian kasih isterinya.
2. Isteri sentiasa mengharapkan kasih sayang suami.

Pada pandangan anda bahagiakah rumah tangga itu kalau setiap kali suami balik rumah, akan dipersoalkan itu dan ini? Masing-masing ada jawapannya. Inilah realiti yang selalu terjadi, apabila balik rumah tidak disambut dengan belaian kasih. Pada waktu makan, suami diminta melayan diri. Pada waktu tidur, suami berpusing sebelah kanan dan isteri berpusing di sebelah kiri. Mungkin pada waktu hubungan seks, dilakukan dalam keadaan terpaksa. Walau bagaimanapun tindakan itu mungkin lebih baik daripada suami tidur dalam bilik berseorangan dan isteri tidur bersama anak-anak.

Apa yang diharapkan oleh suami tidak mencapai, hatinya tidak mendapat belaian kasih. Hatinya terus meronta meminta dan mengharap tetapi tidak mahu hendak menyatakan semua itu kepada isterinya. Jika keadaan ini berterusan, tiada jaminan rumah tangga mereka mencapai bahagia.

Manakala isteri dalam kes yang lain, sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada suaminya. Dalam hal ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa suami amat sayangkan isterinya sebab itu dia sanggup bayar hantaran yang besar. Tetapi pada realitinya dia tidak pandai nak pamirkan kasih sayangnya kepada isteri. Suami boleh beri nafkah apa yang diperlukan oleh seorang isteri tetapi cara memberinya tidak dengan penuh kasih sayang lalu pemberian itu tidak dirasai sebagai kasih sayang.

Sebenarnya, selalu bertanya khabar akan keadaan isteri sama ada waktu berjauhan mahupun waktu di rumah adalah sebahagian daripada kasih sayang. Perhatian suami kepada keadaan isteri, pujian dan simpati suami adalah ubat kasih sayang yang diperlukan isteri. Tetapi perkara selalu dipandang oleh suami sebagai mengada-mengada padahal itulah yang diharapkan oleh isteri.

Perlu dijelaskan di sini, isteri yang baik tidak meminta dan mengharapkan wang dan harta daripada suami apatah lagi kalau suaminya miskin. Pada hati isteri, perhatian yang dipamirkan oleh suami sudah cukup menghiburkan hatinya. Perhatian itulah sebenarnya pembelaan suami yang menjadi impiannya semasa hendak berkahwin dahulu, namun semua itu tidak mampu hendak diucapkan isteri kepada suami.

Percayakan kalau dua perkara ini dapat dihayati oleh pasangan rumah tangga, kebahagiaan sebenar akan diperoleh dengan segera. Malah rumah tangga yang bermasalah pun boleh dipulihkan kembali jika mereka mahu kembali kepada dua perkara ini. Selamat melayari bahtera bahagia.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 12/13/2009 03:37:00 AM

UMNO TERLALU SOMBONG UNTUK MOHON MAAF

Email : mohd hafez sabri

Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menyatakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak terlalu sombong untuk memohon maaf di atas perkara yang berlaku mutakhir ini. Beliau juga menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang menyifatkan UMNO telah busuk hingga ke ususnya adalah kenyataan yang ikhlas dan relevan dengan situasi UMNO kini.

Mengulas lanjut mengenai hal ini, beliau mengatakan bahawa isu-isu yang dibawa oleh UMNO dan BN sejak akhir-akhir ini jelas melampaui adab dalam amalan demokrasi dan tidak menunjukkan kematangan berpolitik, malah lebih kepada politik samseng dan fitnah. Katanya lagi, jika dilihat kepada bentuk serangan UMNO kini, ia lebih kepada usaha untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam siri-siri demonstrasi dan kenyataan berbaur fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat tanpa bukti yang dikemukakan.

Menurut beliau lagi, perkara ini jelas menunjukkan UMNO dan BN kini sudah ketandusan isu untuk menjatuhkan kredibiliti PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau juga menyatakan, pimpinan PAS Perak berpendirian bahawa UMNO sepatutnya memohon maaf di atas siri-siri demonstrasi dan tuduhan berbentuk fitnah yang di ada-adakan oleh UMNO dan BN bagi memburukkan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Menceritakan mengenai demonstrasi pemuda Umno di Pejabat SUK Kelantan yang memohon Mursyidul Am PAS menarik balik kenyataan kerana mendoakan supaya Allah SWT, memberikan musibah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana menzalimi rakyat Kelantan kerana tidak memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan, beliau menyatakan bahawa perkara itu jelas menggugat ketenteraman awam . ”Tidak ada salahnya kita berdoa jika kita teraniaya. Malah, doa orang yang dizalimi lebih cepat
dimakbulkan oleh Allah”, katanya merujuk kepada isu doa Mursyidul Am PAS itu lagi. Ditanya mengenai demonstrasi pemuda UMNO Pulau Pinang yang membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan memijak gambarnya di Pulau Pinang baru-baru ini, beliau menyatakan tindakan itu adalah keterlaluan kerana simbolik kepada membakar gambar adalah suatu perkara yang amat menghinakan bagi situasi di Malaysia,
tambahan pula beliau merupakan seorang Ketua Menteri dan wakil rakyat. Ia juga jelas menunjukkan UMNO dan BN tidak menghormati Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang merupakan pilihan rakyat.

Beliau juga menambah, UMNO memang terlalu sombong untuk memohon maaf kerana sehingga kini kita masih belum melihat atau mendengar kenyataan UMNO memohon maaf berhubung demonstrasi memijak kepala lembu yang jelas tidak menghormati perbezaan agama dan budaya yang berlaku di Selangor. Selaku Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga kesal dengan sikap UMNO dan BN yang sehingga kini dilihat tidak memohon maaf di atas
rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengecam sikap UMNO yang kerap kali memburukkan imej ulama’ seperti yang berlaku kepada Mursyidul Am PAS dan juga Presiden Parti Islam SeMalaysia. Beliau berkata, UMNO tidak sepatutnya menyerang keperibadian Tuan Guru Nik Abdul Aziz semata-mata untuk menguasai Kelantan. Mereka juga tidak sepatutnya menyerang peribadi Presiden PAS untuk menjatuhkan imej PAS
yang dilihat kian meningkat di mata rakyat. ”UMNO selaku komponen yang mewakili kelompok masyarakat Islam di dalam Barisan Nasional sepatutnya menasihati komponen lain BN bagaimana menghormati ulama’, bukan dengan mencerca mereka”, Tegas Pesuruhjaya PAS Perak itu. Katanya lagi, PAS akan sentiasa komited menjalankan amanah rakyat dan memperjuangkan keadilan Islam di Malaysia, bahkan yakin untuk
memenangi hati rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13.