13 December 2009

Lagenda Etnik Tajik: Seruling Helang (2)

Selepas datuk dan ayah Wa Fa mati dibunuh oleh pemilik hamba yang zalim dan tamak di Dataran Tinggi Pamirs, dia menjadi yatim dan hidup dengan hanya ditemani seekor burung hering peliharaan datuknya. Burung itu sangat pandai berburu. Pergerakannya sangat pantas dan dua matanya sangat terang sehingga binatang yang berada di tempat yang jauh pun tidak mampu mengelakkan diri daripada ketangkasannya walaupun ia sudah berusia lebih 100 tahun. Kononnya, burung hering itu dapat mencekau dan mengoyak seekor beruang hitam dengan paruh dan cengkaman kukunya yang tajam. Kerana ketangkasannya itu, ia digelar "Raja Burung Hering" oleh golongan pemburu di dataran tinggi.

Wa Fa terpaksa terus memburu binatang untuk pemilik hamba itu dan tidak putus-pustus merindui mendiang datuk dan ayahnya. Dia selalu mengeluh di hadapan burung hering itu mengenai keperitan hidupnya yang sukar mendapat keselesaan walaupun sedikit.

Kesedihan yang berbau kebencian menyebabkan Wa Fa acuh tak acuh memburu untuk pemilik hamba itu. Buruan yang diserahkannya semakin kurang sehingga pemilik hamba itu memerintahkannya menyerahkan burung hering itu.

Wa Fa sangat marah ketika mendapat perintah pemilik hamba yang mahu merebut satu-satunya kawan yang dia ada. Lalu dia berkata kepada burung heringnya:

"Hamba keturunan Tajik, tidak boleh tutup mata walaupun mati; Pemilik hamba, hatinya sejuk seperti puncak ais gunung Mushita. Adakah hidup kami akan kekal selama-lamanya seperti bintang yang jatuh pada hujung bumi?" Suaranya tersekat-sekat kerana menahan kesedihan.

Dengan tidak semena-mena, burung hering yang berada di sisi Wa Fa itu bersuara. "Wa Fa, jangan sedih. Cepat bunuh saya dan buat sebatang seruling dengan satu tulang besar pada sayap saya. Awak akan menjadi bahagia dan tiada keperitan lagi selepas mempunyai seruling itu."

Wa Fa terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut burung hering itu. Tetapi dia tidak mahu membunuh burung hering yang sangat dikasihinya itu. Burung hering itu terus mendesak, "Wa Fa, cepat bunuh saya. Kalau tidak, saya akan dirampas pemilik hamba itu. Cepat!" Wa Fa tiada pilihan, dengan berat hati dia membunuh burung hering itu sambil menangis. Dia kemudian mengambil sebatang tulang yang paling besar pada sayap burung itu dan membuat seruling helang yang pertama bagi orang Tajik.

Pemilik hamba itu sangat marah selepas menyedari perkara tersebut dan mengarahkan orang membunuh Wa Fa. Melihat orang datang untuk membunuhnya, Wa Fa mengambil seruling helang yang dihasilkannya.

Dia meniup seruling itu. Tidak lama kemudian sekumpulan burung hering terbang menuju ke arah pemilik hamba itu untuk mencekaunya. Keadaan ini menggemparkan pemilik hamba itu dan dengan ketakutan yang amat sangat, dia bertelut sambil merayu Wa Fa agar menyelamatkannya daripada serangan burung hering tersebut.

Akhirnya, sebagai balasan melepaskannya daripada bala, pemilik hamba itu bersetuju memberi 10 ekor kambing, 10 ekor lembu dan 10 ekor unta kepada setiap keluarga Tajik di dataran tinggi. Selepas persetujuan dicapai, kumpulan burung hering beransur-ansur terbang jauh.

Selepas itu, kehidupan orang Tajik semakin senang dan menjalani penghidupan yang bebas. Mereka mempunyai seruling helang hingga ke hari ini.CRI

Sultan Selangor : Agenda politik jangan mengatasi agenda pembangunan negeri.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bimbang terhadap situasi semasa di negeri ini yang didapatinya meletakkan agenda politik mengatasi agenda pembangunan negeri.

Persolannya kepada siapakah sebenarnya titah itu ditujukan. Saya rasa semua pembaca dapat mengagak kepada siapakah ucapan itu ditujukan.

Adalah tidak wajar saya menulis dalam ruangan yang terbatas ini mengenai pandangan saya siapakah yang ditujukan dalam ucapan itu. Yang penting secara asasnya setiap ucapan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor adalah mempunyai asas yang sangat kuat dan realitinya berlaku di negeri Selangor.

Baginda bertitah perkara-perkara kecil di negeri Selangor kadangkala dihebah dan diperbesarkan sehingga melampaui batasan dan menyebabkan rakyat di negeri itu menjadi keliru. Justeru, baginda mengingatkan semua pimpinan tertinggi negeri Selangor agar jangan banyak bercakap sahaja malah melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah kepada rakyat di negeri itu.

"Beta percaya rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah mengenai soalsoal politik. "Oleh yang demikian, beta mengingatkan bahawa kerajaan Selangor pada masa kini adalah bertanggungjawab membina dan membuat landasan bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang," titah Sultan Sharafuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-64 di Istana Alam Shah di sini hari kelmarin.

Telur itek pun sudah warna macam-macam !

Aneh tapi nyata apabila diberitakan seorang imam surau di Kampung Pahi, dekat Kuala Krai, terkejut apabila mendapati seekor itik betina yang dipelihara sejak tujuh bulan lepas mengeluarkan telur ganjil berwarna hitam selain mempunyai gambar berbentuk orang berpakaian jubah putih.

Imam Sim Mamat, 73, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu setelah seekor daripada sepasang itik yang dibelinya di Pasar Sabtu, Kuala Krai sejak tujuh bulan lepas, mula bertelur sebanyak enam biji dan tiga daripadanya berwarna hitam dan tiga lagi berwarna perang.

Menurutnya, beliau hairan bagaimana itik betina mengeluarkan telur berwarna ganjil, seminggu lepas.

"Apa yang memaranjatkan saya, tiga telur itik itu berwarna hitam, tiga lagi berwarna perang, termasuk sebiji daripadannya sudah pecah," katanya.

Bila ditanya kepada beliau dan isterinya Che Esah Ahmad, 67 adakah akan menjual telur itu kepada sesiapa, keduanya menyatakan tidak sama sekali menjualnya malah akan disimpan untuk dijadikan kenangan kerana ia mempunyai nilai estotika yang menakjubkan.

"Biasanya setiap telur itik berwarna putih atau kelihatan sedikit kebiruan apabila seseekor itik itu sudah tua," katanya

Lori tangki minyak terbabas dan meletup.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jelebu berusaha memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah lori tangki minyak terbabas dan meletup di sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku pada pukul 9 pagi tadi, menyebabkan tiga orang iaitu pemandu lori dan dua adik beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung dalam tragedi ngeri itu. Mayat pertama iaitu pemandu lori terbabit ditemui pada pukul 10 pagi dan adik beradik itu ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan batu kira-kira 20 minit kemudian.-Foto BERNAMA

Berjayakah Najib untuk redakan polimek mengenai BTN ?

Datuk Seri Najib Tun Razak hari cuba meredakan polimek mengenai BTN dengan mahu semua pihak termasuk menteri kabinetnya supaya tidak lagi memanjangkan polemik berkaitan Biro Tata Negara (BTN).Beliau berkata beliau sendiri akan menilai dan memutuskan modul BTN itu kelak.

"Saya tidak mahu memanjangkan lagi polemik BTN ini" Katanya.

"Saya anggap semua dah bagi pandangan dan bagi pendapat. Macam-macam pendapat, macam-macam pendapat sudah pun diluahkan, cukuplah setakat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Sumber Pekan, di sini.

Sebenarnya masalah BT sudah terang lagi bersuluh, ianya sesuatu pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berhubung kos BTN yang berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

Apalagi yang akan diumumkan oleh Najib? apakah Najib sanggup menerima pandangan dan desakan Pakatan Rakyat agar memansuhkan kursus BTN, kalau begitu saya ucapkan terima kasih awal-awal lagi. Namun saya katakan lebih awal juga ianya mustahil dilakukan oleh Najib.

Yang jelas kursus BTN bagi saya akan terus dijadikan alat oleh UMNO/BN untuk menembak Pakatan Rakyat dihadapan peserta yang dikursuskan.

Jelas sekali program yang berbentuk 'doktrinisasi' yang dijalankan sekian lama sedikitpun tidak melahirkan masyarakat yang cintakan negara dan cuma melihat kebenaran yang diperjuangkan dan diamalkan oleh UMNO/BN adalah sesuatu yang betul belaka, sebaliknya yang dilakukan oleh parti lain yang tidak memerintah yang kini saya suka gunakan Pakatan Rakyat salah belaka.

Secara mudah program ini adalah program meng'yes'kan semua yang BN buat dan untuk melahirkan kasih dan cinta rakyat kepada UMNO/BN.

Sebenarnya penjawat awam sepatutunya didedahkan kepada minda yang lebih matang dan tidak dikongkong dan dipaksa dengan hujah-hujah rekaan yang dikemukakan dan modul BTN. Apa lagi sengaja untuk memburuk pemimpin Pakatan Rakyat dengan jelas dengan unsur fitnahnya.

BERDAKWAH DI PUSAT HIBURAN MENEPATI SASARAN DAKWAH

Ipoh, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir, menyatakan bahawa, beliau amat bersetuju dengan cadangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ingin berdakwah di pusat-pusat hiburan bagi menyampaikan risalah Islam kepada pengunjung-pengunjung pusat hiburan.

Beliau menyatakan hasrat murni seperti ini harus diberi sokongan oleh semua pihak terutama para ahli ilmuan Islam dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri, IKIM, Pusat Islam dan sebagainya, cadangan ini adalah menepati dengan sasaran dakwah yang sebenar. kerana antara ciri-ciri dakwah itu ialah pendakwah, upendekatan berdakwah, seruan untuk didakwah dan orang yang hendak didakwah.

Menurut beliau, sasaran dakwah mestilah sesuai dengan isi dakwah yang ingin disampaikan, kalau pendakwah ingin menyampaikan dakwah yang berkaitan dengan menjauhi maksiat judi, minum arak, berdangdut hingga ke pagi, berkaraoke atau berdisko kepada anak-anak muda atau orang awam yang lain, di mana sasaran yang sebenar? Sudah tentulah antaranya pusat-pusat hiburan yang dikunjungi oleh orang awam ini , kerana di situlah mereka menghabiskan masa dengan menari, berjudi, berpelukan dengan pasangannya, minum arak dan sebagainya. Ketika inilah para pendakwah mengunjungi tempat tersebut untuk memberi nasihat dan teguran dengan penuh lemah lembut dan bijaksana.

Tambah beliau lagi, selama ini kebanyakan ilmuan Islam hanya berdakwah melalui masjid, surau atau memenuhi jemputan-jemputan samada di pentas awam, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi. Kebanyakan para pendengarnya pula mereka yang sememangnya ahli masjid atau mereka yang berminat dengan ceramah-ceramah agama.

Menurut beliau lagi, ada juga penceramah yang menggunakan medium ini untuk menghentam mereka yang terlibat dengan maksiat, berbuih mulut mereka mengutuk pelaku-pelaku maksiat ini. Pada hal para pendengarnya seorang pun bukan kaki judi, kaki minum, kaki perempuan atau kaki dangdut. Begitu juga mat-mat rempit dihentam dan dikutuk sebegitu rupa dalam ceramah-ceramah agama di masjid atau surau, sama juga, tidak seorang pun mat rempit yang hadir mendengar ceramah tersebut.

Apa yang menjadi masalah selama ini, para ilmuan dan ahli agama kurang turun ke lapangan dakwah yang sebenar, mat-mat rempit tidak pernah didampingi oleh mereka, pengunjung-pengunjung kasino, kelab malam dan dangdut juga tidak pernah didekati untuk diperdengarkan nasihat-nasihat agama, jelas beliau.

Tambah beliau lagi, pengunjung-pengunjung kelab malam dan pusat-pusat
maksiat yang lain bukan ahli masjid atau ahli agama, bahkan saya
percaya mereka bukan pengunjung atau peminat ceramah-ceramah agama.
Mereka jarang sekali mendengar kuliah-kuliah agama apatah lagi
mengunjungi majlis-majlis dakwah seumpama itu.

Beliau juga mengingatkan, antara kerja dakwah As Syahid Imam Hassan Al Banna adalah mengunjungi kasino, bar dan pusat-pusat hiburan. Peringkat awal dakwahnya beliau dikecam oleh ahli masyarakat, lama kelamaan pendekatan ini diterima dan ramai pengikut-pengikutnya terdiri dari pengunjung-pengunjung kasino dan bar. Uslub dan penekanan dakwah As Syahid Imam Hasaan Al Banna cukup memikat para pendengar, yang akhirnya mereka meninggalkan maksiat dan menjadi pengikut setia anggota ikhwan, sifat inilah yang wajib dicontohi oelh para ilmuan Islam kini.

Memetik kata-kata beliau, ” Kita sebagai pendakwah kena mengambil contoh dari akhlak dan sifat baginda Rasulullah S.A.W, dalam satu riwayat Rasulullah S.A.W. pernah mengunjugi pasar Ukaz, iaitu tempat berkumpulnya para penyair yang handal-handal dari pelusuk tanah arab, masing-masing akan memperdengarkan syair-syair mereka, kebanyakan syair ketika itu bertemakan memuja dan memuji manusia, wanita, atau alam. Dalam pesta syair di pasar Ukaz, acaranya bukan sahaja pementasan syair semata-mata, malahan acara-acara lain yang berunsurkan syirik dan maksiat juga diadakan ”.

” Rasululllah S.A.W pernah mengunjungi tempat tersebut, kehadirannya turut mengejutkan pemuka-pemuka Quraish termasuk Abu Jahal dan Abu Lahab. Lantas Rasulullah S.A.W ditegur oleh mereka bertanyakan tujuannya datang ke situ, mereka tidak terfikir Rasulullah S.A.W akan mengunjungi pesta yang penuh maksiat itu. ”

Beliau menjelaskan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W ini wajib dicontohi oleh para alim ulama’ kini, kesempatan pasar Ukaz digunakan oleh Rasulullah S.A.W dengan mengatakan beliau juga mahu bersyair lalu membaca ayat al Quran dari surah Al Qariah. Ayat al Quran yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W. mengagumkan seluruh ahli-ahli syair termasuk pemimpin-pemimpin Quraish. Sebelum ini mereka tidak pernah mendengar bait-bait syair seumpama itu, bukan sahaja susunan ayat dan bahasa yang cukup menarik dan indah, bahkan ianya mengandungi maksud yang cukup menggetarkan dan menggerunkan para pendengarnya.

Menurut beliau lagi, selama ini hanya orang yang beriman sahaja yang mendengar ayat-ayat seumpama itu, mereka tidak pernah mendengar kalimah-kalimah al Quran, kerana mereka tidak pernah hadir ke majlis-majlis anjuran Rasulullah S.A.W. Mulai saat itu, ada di kalangan mereka yang cuba mencuri-curi mendengar ayat-ayat al Quran dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Ada yang tertarik dan akhirnya menerima Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau menyatakan lagi, bahasanya beliau tidak nampak sedikitpun para ilmuan Islam yang berdakwah di kelab-kelab malam terasa terhina dan dihina dengan pendekatan ini. Beliau juga percaya kalau peluang ini digunakan, para ulama dan para pendakwah akan menggunakan pendekatan dakwah yang sesuai dan penuh bijaksana, bukannya terus melontarkan ucapan-ucapan liar yang boleh menjauhkan pendengar-pendengarnya.

Beliau juga turut menyarankan supaya, jabatan -jabatan Agama di seluruh Negeri sewajarnya berterima kasih kepada Dr. Asri dan para ulama lain yang mahu berdakwah ke pusat-pusat hiburan tersebut, kerana mereka sanggup mengambil alih tugas yang sepatutnya dibuat oleh pegawai-pegawai agama di Jabatan Agama masing-masing.

Dana Masjid: Laporan Malaysiakini didakwa cuba lagakan pemimpin PAS

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu pihak Malaysiakini memperbetul atau menarik balik laporannya berhubung isu dana masjid yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng awal minggu ini kerana didakwa cuba melaga-laga kepimpinan PAS.

Timbalan Ketuanya, Herman Samsudeen dalam satu kenyataan memberitahu laporan Malaysiakini berhubung perkara itu sengaja cuba membentuk persepsi bahawa berlaku pertembungan pandangan antara pimpinan PAS.

"Dengan mengunakan tajuk "PAS tidak sepakat isu dana bina masjid", Malaysiakini cuba membentuk pemikiran pembaca supaya melihat seolah-olah Timbalan Presiden, Ust Nasharuddin Mat Isa berbeza pandangan dengan Bendahari PAS Dr. Hatta Ramli," kenyataan beliau dipetik.

Menurut Herman juga, kenyataan Nasharuddin dan Hatta jelas bermaksud serupa iaitu kedua-duanya tidak menghalang Nga Kor Meng dari mengemukakan pandangan berhubung isu itu.

Katanya, PAS sependapat tidak mahu isu ini tidak dibincangkan secara terbuka dan mahu mengunakan saluran yang betul bagi mengelakkan persepsi negatif pihak-pihak yang berkepentingan seperti Umno yang gagal memberikan hujah dalam menjawab isu ini.

"Tindakan Malaysiakini juga dilihat sama seperti Utusan Malaysia yang mengunakan tajuk kontraversi dalam isu ini bagi menimbulkan kemarahan pembaca.

"Utusan Malaysia mengunakan tajuk "Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid" dan secara spontan rakyat yang membaca tajuk itu boleh memberikan respon yang negatif," katanya lagi.

Dalam isu ini juga katanya, PAS jelas tidak menyalahkan Ahli Parlimen Taiping kerana membangkitkan isu peruntukan itu, tetapi mahu pendedahan itu dibuat dengan cara yang lebih baik agar pihak-pihak yang emosional dalam Umno dan NGO pro-Umno tidak melatah seperti hari dan menuduh beliau sebagai cuba mewujudkan ketegangan Agama.

"Diharapkan agar pihak Malaysiakini dan media lain tidak menangguk diair keruh hingga sangup mengunakan cara yang tidak berhemah bagi menarik perhatian pembaca.

"DPPWP mahu Malaysiakini mengubah atau menarik semula artikel berkenaan dengan segera dan menyatakan fakta yang betul supaya rakyat boleh memahami hasrat sebenar Ahli Parlimen Taiping dan pimpinan PAS," katanya.

HarakahDaily.Net/-

SPRM digesa siasat segera Setpol Najib

KOTA BHARU,12 Dis: Rakyat sama ada penyokong PAS atau Umno akan merasa senang hati sekiranya orang kuat Umno sendiri yang terbabit dengan kesalahan didakwa sama ada yang dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bahkan imej pihak pendakwaan itu juga dianggap telus.

Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Shafei Abdullah dan gesaan supaya dijalankan siasatan segera berkata kalau orang kuat Umno turut disiasat atas dakwaan itu, rakyat di negara ini merasa senang hati.

“Kalau orang kuat Umno kena siasat juga maka itu menimbulkan rasa senang hati di kalangan rakyat, tanpa mengira (sama ada mereka itu dari) PAS atau Umno, kena belaka.

“Bahkan imej pihak jawatankuasa siasatan pun dianggap telus,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi ini.

Mengenai isu dakwaan berkait dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri itu, Gerakan Rakyat Integiri dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) dalam satu kenyataan medianya 10 Disember lalu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan segera ke atas dakwaan salahguna kuasa oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri itu agar dapat diadili sebaik mungkin.

Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata Gerak memandang serius dakwaan itu oleh kerana ianya telah pun disebutkan secara langsung di Parlimen Malaysia.

“Jika tidak ada tindakan daripada pihak SPRM, maka dakwaan yang disebut di Parlimen itu telah dianggap remeh.

“Demi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat dan Parlimen Malaysia khususnya adalah amat wajar siasatan SPRM dilakukan segera,” katanya.

Menurut Nazree, fenomena kewujudan “Mr Political Toll” seumpama itu sebenarnya menggalakkan budaya rasuah dan korupsi dalam pentadbiran.

Oleh itu, kata Nazree, demi usaha kerajaan untuk memperkasakan integriti dan kredibiliti SPRM, maka amat wajar untuk SPRM sendiri secara segera memulakan siasatan setelah Parlimen menubuhkan jawatankuasa khasnya untuk menyiasat isu tersebut.

Dalam perkembangan lain, PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini telah menghantar laporan serta memohon dakwaan tentang salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri itu sagar disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rakyat Malaysia (SPRM).

Menurut Ketua PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, sekiranya SPRM tidak membuka kertas siasatan, maka pihak PAS Wilayah meminta supaya ianya dibangkitkan semula di Parlimen.

Menurut Kamaruzaman, kertas laporan yang diserahkan kepada SPRM Wilayah Persekutuan itu dilampirkan sama hansad Parlimen 7 Disember 2009, halaman 35 hingga 38 yang tertera butiran ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mengenai isu tersebut.

Sementara itu, Dato’ Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar mengulas dakwaan yang menyatakan Umno parti rasis dan perkauman, oleh itu harus ditolak.

Beliau berkata, memang PAS sudah lama mempertikaikannya.

“Memang sudah lama ditimbulkan. Satu daripada yang kita sebut (timbulkan) ialah bahawa (parti) Umno kena tolak.

“Ini kerana Umno menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasarnya). (isu ini) bukan benda baru, benda lama.

“Selagi orang Melayu ‘sebut’ Melayu, (maka) selama itulah orang Cina akan ‘sebut’ Cina, dan selama itu pula orang India ‘sebut’ India. Memang hak mereka. Justeru menimbulkan perbalahan selamanya.

“Oleh sebab itu (hendaklah) ditolak belaka. Tolak belaka ‘Melayu’, tolak belaka Cina dan ambil Islam, yang mana Islam itu bukan hak orang Melayu, bukan hak orang Arab (tetapi) hak Allah. (dengan itu) tenang hati.

“Nak cari lebih senang daripada penerimaan Islam, tidak ada di dunia ini oleh kerana ianya sampai ke akhirat. Melayu, Arab itu hanya setakat dunia saja (menyebabkan) bertelagah, tidak selesai,” katanya.

HarakahDaily.Net/-

Kerajaan bazirkan RM550 juta untuk BTN

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Ahli Jawatankuasa Lajnah Ekonomi PAS Pusat, Wan Ubaidah Wan Omar menyelar Kerajaan Pusat yang tidak berhati-hati dalam menyalurkan peruntukan khususnya dalam program Biro Tata Negara (BTN).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berhubung kos BTN yang berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

"Untuk kos yang sebegitu besar, kita tidak melihat sebarang kesan yang efektif dan konstruktif terhadap peserta yang menghadirinya," katanya kepada Harakah.

Tegasnya, program yang berbentuk 'doktrinisasi' itu seharusnya menanamkan rasa cintakan negara dan bukannya cintakan Umno-BN.

"Malangnya, dengan kos yang telah 'dihanguskan' itu kerajaan masih perlu menghadapi masalah gejala sosial yang semakin meningkat apabila kes dadah, Aids, pembuangan anak, dan sebagainya bertambah setiap tahun.

"Pihak penganjur sepatutnya memastikan kandungan BTN yang telah dilaksanakan sebelum ini komprehensif dan bukannya menghancurkan golongan belia yang merupakan aset negara," kata Wan Ubaidah yang juga Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan para peserta yang pernah menghadiri kursus ini yang mendakwa pihak penganjur mendoktrin minda mereka agar sayang pada Umno-BN selain mengugut mereka agar tidak menyokong selain parti itu.

"Bagaimana hendak melahirkan golongan yang profesional jika pemikiran dikongkong serta ditakutkan? Mungkin sebab itulah gejala rasuah kian berleluasa kerana ramai pengampu yang dilahirkan kursus BTN itu," ujarnya.

Oleh yang demikian, beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan mengesyorkan agar kos tersebut lebih baik disalurkan bagi membantu pembangunan rakyat termiskin dan infrastruktur kawasan yang memerlukan.

Dalam perkembangan yang sama, isu BTN terus mendapat perhatian akhbar-akhbar berbahasa Cina apabila akhbar China Press pada Selasa lalu menyiarkan artikel bertajuk 'Liew Chin Tong dedah peruntukan RM74 juta untuk BTN'.

Menurut akhbar itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera mendakwa, BTN mendapat peruntukan sebanyak RM74 juta pada tahun ini dan peruntukan itu lebih RM4 juta berbanding peruntukan parlimen iaitu RM70 juta.

Chin Tong mendakwa, jumlah itu terlalu banyak dan sangat 'memeranjatkan' kerana ia semata-mata untuk menanam fahaman perkauman.

Kata beliau lagi, menurut Bajet BTN 2010 itu, ia akan mengambil 224 pekerja tetap tahun depan dan penambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana BTN kini bermasalah.

"Berbanding peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), bajet untuk parlimen sangat sedikit," kata ahli parlimen itu yang turut membandingkan bajet untuk JPM dan parlimen secara panjang lebar.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dalam http://blog.limkitsiang.com menyelar kerajaan dengan mendedahkan perbelanjaan BTN berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

"BTN telah membelanjakan sebanyak RM 550 juta dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 sehingga 2009 dan ia telah mencetuskan sentimen perkauman sehingga menyebabkan ramai para cendekiawan lari ke luar negara."

Berdasarkan belanjawan tahunan untuk tempoh 10 tahun terakhir yang berjumlah RM548 juta, berikut adalah perincian kos tersebut mengikut tahun.

Bagi tahun 2000, kira-kira RM28,928,500 dibelanjakan manakala setahun selepas itu, tahun 2001 sebanyak RM27,172,300 pula dibelanjakan. Kos tersebut meningkat kepada RM34,199,700 pada tahun berikutnya dan terus meningkat lagi pada tahun 2003 kepada RM35,620,163. Kos tersebut meningkat lebih daripada sekali ganda iaitu RM86,165,889 pada tahun 2004 namun mengalami sedikit pengurangan iaitu RM68,160,330 pada tahun selepasnya.
Pada 2006, kos BTN berkurang lagi kepada RM43,097,076 tetapi bertambah kepada RM74,339,400 pada tahun lalu iaitu RM76,348,700. Bagaimanapun, pada tahun ini kos nya berkurang sedikit tetapi masih lagi pada angka yang besar iaitu sebanyak RM74,023,100.

Menurut Belanjawan 2010, kira-kira RM62.5 juta diperuntukkan untuk tujuan Kursus BTN.

"Ia melibatkan sejumlah wang yang besar. Bagaimana mungkin wujud justifikasi untuk membelanjakan peruntukan besar untuk sebuah agensi bagi melaksanakan kesinambungan agenda yang bertentangan dengan semangat perpaduan bagi memecah belahkan rakyat Malaysia kepada perkauman, sepertimana yang dinyatakan beberapa pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam baru-baru ini,"

Terdahulu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Ridzuan Mohamad menyifatkan Kursus BTN sebagai 'tidak sesuai' yang menyuntik sentimen perkauman dan tidak membantu melahirkan kepimpinan dalam persatuan pelajar.

Selain itu, ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Hisyamuddin Che Ali berkata Fakulti Pengajian Islam mengadu bahawa sentimen perkauman sememangnya diajar pada kursus-kursus BTN dengan memaklumkan orang Cina merupakan pendatang yang dibawa masuk ke negara ini.

HarakahDaily.Net/-

Royalti Minyak: Najib derhaka wasiat bapanya

http://idrisahmad.wordpress.com

Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan.

Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun.

Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.

Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya.

Malangnya, Dato’ Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008. Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.

Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah. Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya.

Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975.

Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu. Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan. Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN.

Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994. Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan.

Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya.

HarakahDaily.Net/-

Rapatkan saf menawan Putrajaya

Budak Kampung

Gabungan parti yang sedang dibentuk oleh Pakatan Rakyat (PR) perlu berteras kepada gabungan persepakatan bukannya sistem satu parti yang di kontrol oleh satu kepala.

Ini bertujuan memberi satu pengurusan yang baik dan lebih terurus di mana setiap kumpulan gabungan ini menpunyai sasarannya tersendiri.

Boleh dilihat gelombang pilihanraya umum 2008 yang mana rakyat mahu melihat satu bentuk gabungan persepakatan yang tidak menghilangkan identiti parti masing-masing.

Orang muda moodnya sentiasa berubah. Macam aku juga. Tidak mahu terikat dengan idealogi politik usang.

Orang muda mahu melihat seorang tokoh yang berkaliber dan mudah didekati menjadi pemimpin. Jadi PR perlu membawa mood orang muda ini supaya tidak tersemput ditengah jalan. Lainlah orang lama.. ehem..ehem..lamanya... Khasiat tongkat ali ka.. keh..keh..keh

Gabungan persepakatan ini perlu memberi impak untuk melemaskan grombolan umnobn. Kini mereka mungkin tengah terketaq bilamana melihat betapa utuhnya persepakatan tiga parti PR ini.

Apa tidaknya, kini semua sudah tahu kedua-dua tiang yang memegang kiri dan kanan Barisan Nasional sudah goyang. MCA masih dalam kekalutan. Si sembab berjanji pada Najib akan selesaikan dalam masa seminggu. namun beliau gagal dan masalah MCA tidak juga selesai.

MIC pun sudah tidak mendapat sokongan kaum india lagi. Tambahan pula isu penghinaan perkauman terbaru dari utusan yang mengguris jiwa kaum india.

Dahulu grombolan umnobn begitu selesa dan boleh bermegah-megah. Tiada satu pun parti yang boleh menyaingi umnobn kata Najib. Pehh.. kalau tidak ada parti yang boleh tumbangkan umnobn, mengapa Najib begitu gelisah sehingga mengketis telinga menteri-menteri kabinet untuk mengucar-kacirkan negeri pemerintahan PR. Dok diam-diam sudah lah.

Mengapa grombolan umnobn ini sentiasa menyerang pimpinan PR? Jawabnya..... mereka grombolan umnobn takut dengan gabungan persepakatan tiga parti ini mampu membawa PR menawan Putrajaya suatu hari nanti.

Mereka juga tahu dan rakyat pun dah tahu akan pembaziran dan ketirisan dalam urustabir kerajaan umnobn selama memerintah negara Malaysia.

Maka rakyat akan menolak grombolan ini ketepi bagi memberi laluan kepada perubahan.

HarakahDaily.Net/-

Kes ragut: Sudah tiba masanya hukum hudud dilaksanakan

Anak Manjong

Salam Sejahtera,

Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.

Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat.

Sekejap tadi dalam berita NTV7, ia paparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00.

Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut.

Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut,

Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah.

Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim.

Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam.

HarakahDaily.net/-

PAS Batu sasar 50 ekor lembu melalui SAMIK2010

Email : Tarmizi Mohd Jam

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Batu mensasarkan 50 ekor lembu untuk sambutan Korban Perdana Aidiladha dengan memperkenalkan Skim Ansuran Mudah Korban 2010 atau 'SAMIK2010' kepada ahli-ahli dan orang ramai yang ingin melakukan ibadat tersebut pada tahun hadapan.

Menurut Bendaharinya, Haji Rosden Ahmad Yassin, skim ini akan bermula Januari depan dan dilancarkan pertengahan Disember ini oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob bagi membolehkan borang-borang penyertaan diedarkan kepada mereka yang berminat.

Tegasnya, PAS Kawasan Batu mensasarkan 50 ekor lembu untuk Korban Perdana 2010 nanti, setelah yakin respons ahli-ahli dan orang ramai begitu komited terhadap usaha yang dilakukan oleh parti itu pada Aidiladha yang baru lalu.

"Kami rasa terpanggil dan mahu jadikan ia acara tahunan. Untuk itu, tahun depan kami sasarkan 50 ekor lembu dikorbankan. Mungkin lebih. Itu ikut penyertaan dan sambutan terhadap SAMIK2010," ujar beliau kepada Sanggahtoksago.Com.

Rosden ditemui sejurus usai Himpunan PAS For All di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar Sabtu lalu, sempena pelancaran Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Batu.

Ia dilancarkan oleh Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berceramah sama AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Pada majlis itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kawasan Batu turut dilancarkan oleh Pengerusi KPP (India), En. Balasubramaniam. Turut hadir, Ahli Majlis Syura PAS, Ustaz Hassan Shukri dan Haji Ahmad Subky Abdul Latif.

Mengulas lanjut, Rosden berkata, skim ansuran mudah ini dicipta bagi membuka peluang yang lebih besar penyertaan ahli dan orang ramai dalam ibadah korban pada tahun depan. Untuk sebahagian lembu, PAS Batu menetapkan bayaran RM300 sahaja.

Program ini juga, tegasnya, akan menyenangkan peserta membuat bayaran ansuran mudah sebanyak RM30 sebulan untuk satu bahagian lembu bermula Januari depan, selama 10 bulan dan jumlah lengkap akan terkumpul RM300 pada Oktober 2010.

Bagai yang terlewat, boleh memulakan bayaran mudah ini mulai Februari berikutnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat dua kaedah bayaran selain SAMIK2010 iaitu secara tiga kali bayar atau sekaligus.

Untuk itu, ujarnya lagi, PAS kawasan hanya akan menerima seramai 350 peserta bagi mencapai sasaran 50 ekor lembu, jika terdapat penyertaan lebih, ia akan diputuskan kemudian.

Borang-borang penyertaan boleh diperolehi selepas 10 Disember ini tetapi mereka yang berminat boleh terus menghantar nama penuh, no telefon, alamat dan cara bayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada talian 019-2310109 untuk direkodkan.

Keterangan lanjut hubungi Yang Dipertua, Haji Ishak Surin (013-3291966) Timbalan Yang Dipertua, Haji Suhaimi Abd Rahman (019-3648805) Naib Yang Dipertua, Tarmizi Jan (019-2051419) Setiausaha, Haji Ismail Yahya (013-3847899) dan Bendahari, Haji Rosden Yassin (019-2310109).

Pada 29 November lalu, lebih 100 ahli PAS Kawasan Batu bertungkus-lumus menjayakan Korban Perdana sejak jam 8 pagi lagi. Empat ekor lembu ditumbangkan dan dagingnya diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin berdekatan.

Antara yang hadir, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Salbiah Abdul Wahab bersama beberapa Exco Muslimat Wilayah Persekutuan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Ishak Surin.

Punca Hati Keras Membatu

Email : mohd naim mohd zain

Assalamu'alaikum wbt...

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)