07 December 2009

RAYUAN DERMA TABUNG AMAL DUN TITI SERONG

Saya merayu kepada semua pengunjung Blog Cina Islam untuk terus menyumbang ZAKAT/DERMA ke dalam TABUNG AMAL DUN TITI SERONG (TAD) untuk menampung perbelanjaan kegiatan kebajikan dan kemasyarakat dalam DUN Titi Serong.

Insya Allah kami akan mengagihkan semua sumbangan tersebut untuk membiayaan kegiataan Pejabat ADUN Titi Serong dalam suasana krisis yang berlaku di Perak antaranya seperti berikut :

1. Bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal
2. Bantuan mangsa bencana seperti kebakaran, ribut dan banjir.
3. Lawatan kepada warga terlantar, fakir miskin, sakit dan sebagainya
4. Bantuan peralatan sukan dan yang berkaitan untuk remaja.
5. Bantuan untuk megadakan perayaan hari besar Islam seperti ceramah dan sebagainya.
6. Segala kegiatan yang difikirkan bersesuai dengan keadaan semasa bagi membantu mengaktifkan pejabat ADUN dengan program yang bersesuaian.

Salurkan sumbangan ikhlas tersebut ke Akaun berikut :

Nama Akaun : TABUNG AMAL DUN TITI SERONG
Nama bank : Maybank
No. Akaun : 558417101923.


Penduduk Muslim Ningxia yang Menunaikan Fardhu Haji ke Mekah Selamat Kembali ke Tanah Air


Kumpulan pertama jemaah haji China yang menunaikan fardhu haji ke Mekah selamat pulang ke tanah air petang semalam. Mereka terdiri daripada 288 penduduk dari Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan 35 penduduk dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang

Seramai 2250 penganut Islam dari Ningxia menunaikan fardu haji ke Mekah pada tahun ini. Mereka dijadualkan pulang ke tanah air pada 5 hingga 17 Disember dengan menaiki pesawat sewa khas miliki syarikat penerbangan Air China.

Sebelum berangkat ke Mekah, semua anggota jemaah haji tersebut telah mendapatkan suntikan vaksin influenza A H1N1. Sehingga kini, belum ada kes jangkitan wabak itu dikesan dalam kalangan mereka. CRI/-

Rawatan kecantikan dalam Islam

http://akhisalman.blogspot.com/

Mukaddimah

Pada zaman yang serba moden ini,kita dapat melihat betapa banyaknya kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan rawatan kecantikan yang muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan.Antara rawatan-rawatan kecantikan yang terdapat pada masa kini adalah teknik rebonding, hair transplantation dan botox,Rawatan-rawatan ini sudah tentu menjadi pilihan ramai orang tidak mengira latak belakang agama mahupun bangsa.Namun begitu Islam agama yang syumul tidak menghalang penganutnya untuk menjalani rawatan kecantikan ini,tetapi hendaklah berpandukan pada syariat yang telah ditetapkan.

Dalil pengharusan

Islam secara umumnya mengharuskan penganutnya menjalani rawatan kecantikan ini.Berikut adalah dalil-dalil keharusan untuk menjalani sesuatu rawatan:

seorang arab badwi datang kepada rasulullah SAW bertanya,”ya Rasulullah perlukan kita berubat?” Rasulullah SAW menjawab.”ya,wahai hamba-hamba Allah taala hendaklah kamu berubat”(HR Ahmad)

Berbekam adalah satu bentuk daripada penbedahan kecil,ianya dibenarkan oleh Rasulullah SAW.Rasulullah SAW bersabda:


إن فيه شفاء


“Sesungguhnya berbekam ini adalah satu penawar”(HR Bukhari dan Muslim)

Etika rawatan kecantikan (beauty treatmant) menurut Islam

Rawatan yang dijalankan hendaklah mengikut syarat-syarat berikut:

1. bukan untuk mengubah ciptaan Allah.

Firman Allah:

“(syaitan berkata) Akan aku suruh hamba-hambamu agar mereka mengubah ciptaan Allah.Dan demi sesungguhnya,aku akan menyesatkan mereka(dari kebenaran),dan demi sesungguhnya aku akan memperdaya mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka(mencacatkan binatang-binatang ternakan),lalu mereka membelah telinga binatangg-binatang itu;dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.Dan ingatlah sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah,maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata” ( 118 dan 119: an-Nisa)

Nabi saw bersabda:


لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله


“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Contoh-contoh mengubah ciptaan Allah adalah kasi,tatu,mewarna uban menggunakan pewarna hitam dan lain-lain lagi.

2.Tidak ada penipuan .

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:

“Allah melaknat orang yang perempuan yang menyambung rambut dan orang yang meminta untuk menyambungkan rambut”(HR Bukhari dan Muslim)

Khatobi berkata “sesungguhnya akibat yang buruk (laknat) pada perkara ini kerana ia satu bentuk penipuan”.

3.Tidak menyerupai jantina yang berlainan.

Ia bermakna bahawa rawatan kecantikan yang dilakukan hendaklah tidak mengakibatkan sesuatu bahagian pada badan pesakit menyerupai jantina yangg bertentangan dari jantina yang sebenar.Misalnya,rawatan kecantikan yang dilakukan ke atas dada pesakit lelaki hendaklah tidak menyebabkan bentuk yang asal berubah atau menyerupai bentuk dada wanita. Rasulullah saw bersabda :

“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki”.(HR Bukhari dan Muslim)

4.Tidak berniat untuk menyerupai orang yang bukan Islam.

Hendaklah juga rawatan kecantikan yang dilakukan tidak beniat untuk menyerupai dan meniru segala yang berkaitan dengan orang yang bukan Islam.Rasulullah S.A.W bersabda:


من تشبه بقوم فهو منهم


“sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, mereka termasuk dalam golongan kaum itu”.(HR Abu Daud)

5.Tujuan rawatan kecantikan adalah untuk mengembalikan bahagian yang mengalami kecacatan kepada keadaan yang normal .

6.Jika rawatan melibatkan pembedahan,hendaklah ia mempunyai syarat-syarat seperti berikut:

a. ia diperlukan untuk mengubah kecacatan.

b. keizinan pesakit atau penjaganya

c. Dilaksanakan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan

d. Peratusan kejayaan pembedahan adalah tinggi dan tidak memberi kemudaratan

e. Tidak ada pilihan yang lain

7.Tidak menggunakan najis dan perkara-perkara yang diharamkan ketika melakukan .

Penutup

Ini adalah syarat-syarat secara untuk melakukan rawatan kecantikan atau plastic surgery dalam Islam. Ia memerlukan perbincangan secara khusus bagi setiap rawatan dan pembedahan yang hendak dilakukan. Oleh itu saya akan membahaskannya pada masa bg setiap tajuk dalam permasalahan ini pada masa akan datang insyaAllah.

Rujukan: az-Zinah wat Tajammul wa Ahkamuha oleh Dr Khalaf Jawwad danAl-Jarahah Tajmiliah oleh saleh Fauzan.

Caj yang tidak diguna

Zamri Keciks

TAHUKAH ANDA BAHAWA PIHAK OPERATOR TELEKOMINIKASI MENGKAUT KEUNTUNG CHARGE YANG KITA TIDAK GUNA. CHARGENYA MUNGKIN DALAM RM0.10 SETIAP CALL YANG DIAKTIVE KE PETI SUARA, SEDANGKAN KITA TIDAK MEMERLUKANNYA.

CONTOHNYA, SEKIRA KITA BUAT PENGGILAN DAN TIDAK JAWAB / TEL OFF. SECARA AUTOMATIK PANGGILAN KITA AKAN DI HALA KE VOICE MESSEGE. UCAPAN YANG DITERIMA AKAN DIKREDIT KE AKUAN KITA SAMA ADA PRE-PAID / POST PAID. PENERIMAAN INI ADALAH TIDAK PERLU TETAPI PIHAK OPERATOR TELAH MENGAUT KEUNTUNGAN.

SEKIRANYA 2 - 3 JUTA PANGGILAN YANG TIDAK DAPAT DIJAWAB / OFF BAYANGKAN BERAPA MEREKA DAPAT DUIT DARI PENGGUNA RM200K - 300K SEHARI, KALAU SEBULAN / SETAHUN? SAMA ADA KITA SEDAR ATAU TIDAK KITA MEMBAYAR PADA PERKHIDMATAN YANG TIDAK SEPATUTNYA KITA BAYAR.

KALAU NAK CUBA, CUBA TEL PADA TALIPHONE YANG OFF / TIDAK DIJAWAB. ANDA AKAN PASTI DAPATI KREDIT AKAN DIPOTONG. SETIAP HARI 3-5 KALI CALL MASUK KE PETI SUARA, ANDA TELAH DERMA 30 - 50 SEN SETIAP ORANG PADA OPERATOR TELEKOMINIKASI.

SIAPA YANG RUGI? ORANG KAYA / BERDUIT MUNGKIN TIDAK RASA HAL INI.

KEJARLAH PELUANG BERWAKAF

Saya sebagai Nazir Masjid Jamek At-Taqwa menguruskan sebuah kompleks yang bengunannya berusia hampir 50 tahun. Ia kelihatan uzur dan memerlukan perubahan. Namun perubahan memerlukan sumber kewangan yang kukuh. Maka dengan itu saya mengharapkan bantuan tuan-puan untuk membangunkan kompleks masjid yang baru dengan kaedah pengumpulan sumber wakaf. Sekiranya seseorang sanggup menyumbangkan RM10 dan saya mencari seramai 400 000 orang, Insya Allah, sejumlah RM4 juta akan terkumpul. Sekiranya seseorang sanggup menyumbangkan RM100 dan saya mencari seramai 40 000 orang, Insya Allah, sejumlah RM4 juta juga akan berjaya dikumpulkan. Oleh itu besar harapa saya agar;

1. Tuan puan sudi menjadi antara penyumbangnya yang semoga dengan keikhlasan tuan puan ia akan dikira sebagai satu wakaf yang kekal pahala amal jariahnya selama bangunan masjid dan kompleks sekitarnya berfungsi.

2. Tuan puan sudi menyambungkan iklan ini kepada peti mel kenalan yang lain, semoga usaha tuan puan juga akan dikira sebagai amal jariah kerana keikhlasan berbuat demikian.

Oleh yang demikian, saya dengan besar hati dan dengan penuh harapan, mengharapkan sumbangan tuan-puan untuk membangunkan kompleks ini. Saya juga mengharapkan sumbangan tuan-puan untuk mengedarkan mel elektronik kepada kenalan tuan-puan yang lain. Semoga usaha tuan-puan membantu saya mengedarkan risalah ini akan dikira sebagai amal khair oleh Allah dan diberikan ganjaran yang sebaik-baiknya.

Kompleks masjid yang saya maksudkan ialah menyediakan sebuah masjid yang lengkap dengan segala kemudahan dalam sebuah bangunan dan mempunyai rangkaian bangunan-bangunan lain di sekitarnya. Antaranya ialah:

1. Bangunan masjid yang lengkap dengan dewan solat, bilik persiapan imam dan muazzin, dewan solat muslimat, setor penyenggaraan masjid, setor kelengkapan, serambi wudhuk, bilik siaraya dan audio visual, bilik persinggahan janazah, bilik arkib dan beberapa bilik lagi.

2. Bangunan sayap kanan yang lengkap dengan tandas dan bilik mandi lelaki, bilik pengurusan janazah dan tanah perkuburan, bilik pengurusan jamuan dan dapur, setor penyenggaraan kawasan masjid, bilik tetamu.

3. Bangunan sayap kiri yang lengkap dengan tandas dan bilik mandi perempuan, setor penyenggaraan tandas dan bilik permainan kanak-kanak.

4. Komplek penempatan pegawai masjid iaitu Nazir, Imam, Muazzin dan Siak.

5. Kemudahan lain.

Nombor akaun wakaf masjid ini

MASJID JAMEK AT-TAQWA (WAKAF) : 1208 3010 0225 09

http://www.mjtstkdtjkrgsel.blogspot.com/

Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi


GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.

Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."

Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz

"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."

"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."

Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.

Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya. Harakahdaily/-

Nasehat bagi Muslimah : CARA MEMANFAATKAN WAKTU

B ila waktu tidak digunakan dengan baik maka akan terbuang untuk perkara yang sia-sia. Semua orang merasakan hal itu. Maka jika seseorang tidak mengisi waktunya dengan kebaikan, ia akan menghabiskan waktunya untuk kejelekan. Orang yang tidak mengambil faedah dari waktu mereka, menyia-nyiakannya untuk perkara yang merugikan, maka waktunya itu akan menjadi padang rumput bagi syetan-syetan yang senantiasa membolak-balikkannya dalam kesesatan. Na'udzubillah.

Orang-orang yang sadar akan cepatnya waktu berlalu, mereka adalah orang-orang yang mendapatkan taufik dari Allah sehingga waktu mereka benar-benar bermanfaat.

Dari Abdullah Ibnu Mas'ud RA bahwasanya dia berkata: "Tidaklah aku menyesali sesuatu, seperti penyesalanku atas suatu hari yang berlalu dengan terbenamnya matahari, semakin berkurang umurku tetapi tidak bertambah amalanku."
Maka perlu Anda ketahui beberapa hal wahai ukhti muslimah tentang bagaimana memanfaatkan waktumu:

1. Membaca bacaan yang bermanfaat

Wahai ukhti muslimah, hendaklah engkau memperbanyak membaca Al-Qur'anul Karim dan menghafal serta mendengarkannya. Rasul SAWbersabda:

"Orang yang membaca Al-Qur'an sedang dia terbata-bata dalam membacanya serta kesulitan dalam membacanya maka dia mendapatkan dua pahala, sedangkan orang yang membaca dengan mahir maka dia bersama para penulis kitab (malaikat) yang mulia lagi berbakti." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

2. Berdzikir kepada Allah

Ini adalah amalan yang mudah, setiap orang mampu melakukannya, baik orang kaya maupun miskin, orang yang berilmu maupun jahil, orang merdeka atau budak, laki-laki maupun wanita, besar ataupun kecil.

Wahai ukhti muslimah, hendaknya engkau berdzikir kepada Allah dalam setiap keadaan, dan jadikanlah berdzikir sebagai amalan yang mengisi hari-harimu, lebih-lebih lagi hal itu merupakan amalan yang amat mudah engkau lakukan.

Rasulullah SAW telah mengabarkan perbedaan antara orang yang berdzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berdzikir, seperti perbedaan antara orang yang hidup dan orang yang mati. Sabda Rasul SAW :

"Barangsiapa yang bangun di malam hari kemudian mengucapkan:
Laa ilaha illallahu wah dahu laa syarikalahu lahul mulku walahul hamdu biyadihil khair yuhyii wayumiitu wahuwa 'ala kulli syaiin qadiir. SubhaanAllahi Walhamdulillaahi walaa ilaha illallahu waAllaahu akbar walaa haula wala quwwata illaa billaahi.

kemudian dia berdo'a : Allaahummagfirli.
(Ya Allah ampunilah aku) niscaya akan diterima do' anya. Dan jika dia berwudhu (untuk shalat) niscaya diterima shalatnya". (HR. Al-Bukhari).

3. Mendidik anak-anak

Wahai ukhti muslimah, mendidik anak-anak merupakan tanggung jawab yang agung, tugas itu merupakan tanggung jawab yang besar bagimu. Karena laki-laki lebih banyak kesibukannya daripada wanita dan lebih sedikit tinggal di rumah. Adapun seorang ibu lebih dekat kepada anak-anaknya dan lebih banyak di rumah.

4. Memerintahkan kepada yang ma'ruf dan melarang dari yang mungkar
Dari Abu Said Al-Khudri RA dia berkata:

"Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Barang-siapa di antara kalian melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisan (nasihat). Dan jika tidak mampu maka hendaklah meng-ubahnya dengan hati (tidak senang dengan kemungkaran itu) dan itulah selemah-lemah iman'." (HR. Muslim).
Adapun hal-hal yang perlu diperhatikan wanita muslimah dalam menjaga waktunya:

1. Hendaklah dia senantiasa merasa diawasi Allah Ta'ala dan takut kepadaNya.
Seorang wanita muslimah yang merasa diawasi oleh Allah SWT, takut kepadaNya dan merasa takut akan hukumanNya serta mengharapkan pengampunanNya tidak mungkin menyia-nyiakan waktunya tanpa faedah, bahkan dia lebih semangat untuk mengoreksi dirinya setiap saat.

2. Wanita muslimah hendaklah mengetahui waktu dan tempat yang mempunyai keutamaan.
Wanita muslimah perlu mengambil faedah, dengan mengetahui waktu-waktu dan tempat-tempat yang mempunyai keutamaan. Misalnya, kapan dilipatganda-kannya pahala setiap amalan. Di antaranya adalah sepertiga akhir malam. Ia merupakan waktu yang utama dan waktu dikabulkannya do'a.

3. Wanita muslimah hendaknya mengetahui kewajiban-kewajibannya.
Di antaranya kewajiban kepada Rabb-nya, kewajiban kepada orang tuanya, kewajiban kepada suaminya, kewajiban terhadap anaknya, kewajiban terhadap kaum kerabatnya, kewajiban terhadap tetangga, kewajiban terhadap saudara dan temannya, dan kewajiban terhadap masyarakatnya.

Wanita muslimah harus mendirikan shalat lima waktu tepat pada waktunya. Tidak melalaikan waktu-waktu shalat tersebut karena disibukkan pekerjaan-pekerjaan rumah tangga, atau tugas sebagai ibu dan istri. Sebab shalat merupakan tiang agama, siapa yang menegakkannya berarti dia menegakkan agama, dan siapa yang meninggalkan-nya berarti dia telah merobohkan agama. Shalat merupakan amal yang paling utama.

Diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud RA dia berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW apakah amal yang paling utama?" Beliau menjawab, "Shalat tepat pada waktunya." Aku bertanya, kemudian apa lagi? Beliau menjawab, " Berbakti kepada orang tua." Aku bertanya, kemudian apa lagi? Beliau menjawab, "Jihad di jalan Allah." (Muttafaq Alaih).

Wanita muslimah yang taat tidak merasa cukup hanya melaksanakan shalat wajib lima waktu, tetapi juga melaksanakan shalat-shalat sunnah rawatib dan nawafil (sunnah secara mutlak), sesuai dengan kesempatan dan kesanggupannya, seperti shalat dhuha dan shalat tahajud. Sebab shalat-shalat sunah ini dapat mendekatkan hamba kepada Rabb -nya, mendatangkan kecintaan Allah dan ridhaNya, menjadikannya termasuk orang-orang yang shalih, taat dan beruntung.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadist qudsy Allah berfirman:
"Hambaku senantiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan melaksanakan shalat-shalat nafilah hingga Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya, dengannya dia mendengar, Aku menjadi penglihatannya, dengannya dia melihat, Aku menjadi tangannya, dengannya dia bertindak, Aku menjadi kakinya, dengannya dia berjalan. Jika dia memohon kepadaKu maka Aku benar-benar akan memberinya dan Jika dia meminta perlindungan kepadaKu maka Aku benar-benar akan melindunginya". (HR.Al-Bukhari).

Dan hal-hal lain yang merupakan kewajiban seorang wanita muslimah, dan jangan lupa memohon taufik kepada Allah untuk merealisasikan semua itu!

4. Hendaklah seorang wanita muslimah memilih majlis yang baik.
Seorang manusia sesuai tabiatnya tidak mungkin hidup sendiri bahkan dia harus mempunyai teman duduk, dan yang paling ideal adalah teman duduk yang mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana sabda Nabi SAW :

"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk adalah seperti pembawa minyak wangi dengan seorang pandai besi". (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Mudah-mudahan Allah Taala memberi kekuatan kepada kita agar senantiasa dapat menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya. AmiMaraji: Kaifa Taqdhi Al-Maratul MuslimahWaqtaha: Sulaiman Ibnu Muhammad, Risalah Ila Kulli Muslim: Abdullah Ibnu Jarullah Ibrahim Al-Jarullah, Syakhshiyah Al-Mar'ah Al-Muslimah: Dr. Muhammad Ali Al-Hasyimy dan Hadits Arba'in An-Nawawi.

Disediakan oleh:Ustaz Ibrahim b Zakaria
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR (MTD) SERI MANJUNG PERAK
Sumbangan Zakat/Derma bolehlah disalurkan ke dalam akaun Bank Muamalat no.08030002138714
NO.TEL 05-6883659 H/P 019-2627636

Ayuh bekerja mempertahankan kemenangan ini

Semalam saya dan rakan-rakan dari Lajnah Penerangan PAS Selangor bertemu dengan jentera penerangan parti dari kawasan-kawasan Anjung Tenggara iaitu melibatkan kawasan Ampang, Pandan dan Hulu Langat.

Dalam majlis berkenaan kami telah sama-sama membincangkan pelan induk penerangan PAS Selangor dan seterusnya bertukar-tukar pandangan dan maklumat berhubung isu-isu semasa dan bagaimana memperkasakan PAS Selangor dan Pakatan Rakyat bagi menempa kejayaan yang lebih besar dalam PRU akan datang.

Rata-rata perbincangan semalam tertumpu kepada usaha-usaha bagi memajukan parti. Setiap yang hadir semalam lebih berminat bekerja dan mencari jalan bagi mempertahankan kemenangan yang ada selain melonjakkan parti ke arah pencapaian yang lebih baik pada PRU akan datang. Saya melihat semua yang hadir semalam memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan bersedia memacu tenaga bagi mencapai cita-cita perjuangan. Tidak ada seorang pun yang berminat atau terganggu dengan seruan-seruan nakal dan tidak bertanggung-jawab di tepi-tepi jalan perjuangan.

Sekretariat Penerangan Anjung Tenggara telah ditubuhkan semalam diterajui Sdr Hj Ismail Arshad Ketua Penerangan PAS Pandan.

Selepas lawatan terakhir nanti bertemu Anjung Tengah, semua sekretariat anjung-anjung akan dihidupkan dan jentera penerangan seluruh Selangor diharap dapat segera melaksanakan pelan induk yang dipersetujui dan memberikan tumpuan penuh pada PRU akan datang.

Prospek untuk PAS Selangor dan PR Negeri memperoleh pencapaian yang lebih baik adalah besar. (Dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor yang terakhir baru-baru ini dimaklumkan bahawa hasil kajian sebuah badan yang ditugaskan oleh kerajaan negeri terus menunjukkan tahap keyakinan rakyat negeri Selangor terhadapa kerajaan PR terus naik mendadak termasuk dari kalangan pengundi Melayu). Yang pentingnya semua pihak perlu bersatu tenaga dan fikiran, berhadapan dengan musuh politik yang satu dan bekerja kuat selain tidak putus dari memohon pertolongan dan bantuan dari Allah swt.

by roslan sms

Pesan Imam Ali bin Abi Thalib untuk Penguasa

Shah Bundy

Setiap pemimpin akan dihadapkan pada dua kepentingan: kepentingan rakyat kecil dan kepentingan kaum elit. Lalu bagaimana cara mengatasi dua kepentingan tersebut? Mari kita perhatikan isi surat Imam Ali bin Abi Thalib (sa) kepada Malik Asytar An-Nakha’i. Malik Asytar adalah seorang gubernur di Mesir dan panglima perang pada masa kekhalifahannya.

Berikut ini salah satu bagian dari isi suratnya:

“Jadikan kesukaanmu yang sangat pada sesuatu yang paling dekat dengan kebenaran, paling luas dalam keadilan, dan paling meliputi kepuasaan bagi rakyat kecil. Sebab, kemarahan rakyat kecil mampu mengalahkan kepuasan kaum elit. Adapun kemarahan kaum elit dapat diabaikan dengan adanya kepuasan rakyat kecil.

Rakyat yang berasal dari kaum elit adalah paling berat membebani pemimpin Negara dalam masa kemakmuran; paling sedikit bantuannya di masa kesulitan; paling membenci keadilan; paling banyak tuntutannya, tapi paling sedikit rasa terima kasihnya bila diberi; paling lambat menerima alas an bila ditolak; dan paling sedikit kesabarannya bila berhadapan dengan bencana.

Adapun rakyat kecil, merekalah yang menjadi tiang agama dan kekuatan kaum muslimin. Karena itu, curahkan perhatianmu kepada mereka, dan arahkan kecenderunganmu kepada mereka.

Yang harus paling kaujauhkan dan kaubenci adalah orang yang paling bersemangat dalam mencari-cari kekurangan orang lain. Padahal setiap orang pasti memiliki kekurangan yang menjadi kewajiban seorang pemimpin negara untuk menutupinya. Maka janganlah kamu membongkar apa yang tak tampak bagimu, sedangkan kewajibanmu ialah membersihkan apa yang sudah jelas tampak bagimu. Dan Allah-lah yang akan memutuskan hal itu. Maka rahasiakanlah rahasia orang lain sedapat mungkin, niscaya Allah juga menutupi rahasia dirimu yang kau tidak ingin diketahui oleh rakyatmu.” (Nahjul Balaghah)