06 December 2009

Kumpulan Piala Dunia 2010

BERIKUT undian kumpulan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

Kumpulan A

- Afrika Selatan

- Mexico

- Uruguay

- Perancis

Kumpulan B

- Argentina

- Nigeria

- Korea Selatan

- Greece

Kumpulan C

- England

- Amerika syarikat

- Algeria

- Slovenia

Kumpulan D

- Jerman

- Australia

- Serbia

- Ghana

Kumpulan E

- Belanda

- Denmark

- Jepun

- Cameroon

Kumpulan F

- Itali

- Paraguay

- New Zealand

- Slovakia

Kumpulan G

- Brazil

- Korea Utara

- Ivory Coast

- Portugal

Kumpulan H

- Sepanyol

- Switzerland

- Honduras

- Chile

99% Produk Makanan China yang Dieksport ke Luar Negara Memenuhi Piawaian

Sebanyak 99% produk makanan China yang dieksport ke luar negara memenuhi piawaian pemantauan terhadap seluruh proses pengeluarannya dan sistem jaminan keselamatan import-eksport makanan. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Pemantauan, Pemeriksaan Kualiti dan Kuarantin Negara, Wei Chuanzhong di Ningbo, provinsi Zhejiang semalam.

Jabatan berkenaan mengundang diplomat-diplomat daripada lebih 20 buah negara termasuk A.S., Rusia dan Mesir mengadakan kunjungan 4 hari ke premis penyelidikan jabatan itu dari 30 haribulan lalu. Mereka berkunjung ke 9 makmal yang lain di bahagian timur China serta 8 buah syarikat pengeluar makanan, pakaian dan automobil.CRI/-

Hak dan Kepentingan Golongan OKU Perlu Terjamin

Negara-negara di dunia serta pelbagai pertubuhan antarabangsa digesa bertindak untuk menjamin hak dan kepentingan orang kurang upaya (OKU), dan mendorong pembangunan masyarakat tanpa halangan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam ucapannya semalam sempena Hari OKU Antarabangsa.

Menurutnya, ramai OKU masih mengalami diskriminasi dalam kehidupan seharian. Hak dan kepentingan yang wajar dinikmati mereka masih tidak terjamin.

Beliau menggesa negara-negara di dunia melaksanakan sepenuhnya "Konvensyen Hak OKU" untuk memastikan golongan tersebut diberi peluang yang sama dengan anggota masyarakat yang lain.CRI/-

Doa Tok Guru lawan kejahatan UMNO, "Kita doa sampai pecah perut orang itu"

Dalam satu demonstrasi menyokong kepimpinannya sebagai MB Kelantan di Kota Bharu, Tok Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

Katanya lagi "Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.

Sayalah antara orang Kelantan di perantauan yang sudah lama mengaminkan doa sedemikian kerana selayaknya orang yang menafikan hak orang lain dan dikatagorikan sebagai zalim mendapat doa yang serupa itu.

Nampaknya kezaliman yang pernah dilakukan ke atas rakyat Terengganu dengan menukar royalti kepada ihsan sahaja akan berulang di Kelantan. Mudahan-mudah dengan gelombang "doa" yang dibawa tok guru akan membuahkan hasil yang baik.

UMNO dan BN nampaknya sampai dikemuncaknya dengan menyerang habis-habisan Tok Guru yang disayangi dengan pelbagai Isu dan tekanan.

Namun nampaknya sehingga kelmarin setelah puluhan ribu berhimpun di Jalan Dato' Pati bermula jam 10 pagi tadi, sejurus selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan, Tok Guru sudah menang dalam kemelut ini.

Namun kalah menang adalah ukuran sementara sahaja, namun ukuran yang lebih jauh dan kekal sehingga ke lkiang kubur ialah , siapakah sebenarnya yang sedang memperjuangkan kebenaran dan keadilan khususnya untuk rakyat Kelantan. Najib ? Munyiddin, Hishamuddin ? atau Tok Guru yang kita sayangi.

'Nik Aziz tidak merujuk pada mana-mana pemimpin'


Ucapan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin tetapi hanya mahu menjelaskan bahawa bala Tuhan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, kata setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haron.

Beliau berkata, persoalan hukum, hanya Tuhan sahaja yang dapat menentukannya.

"Itu terpulanglah kepada Allah SWT. Tetapi orang yang dizalimi berhak berdoa," katanya menjelaskan kekeliruan berhubung ucapan Nik Abdul Aziz dalam satu perhimpunan di Kota Bharu semalam.

Perhimpunan di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu itu, diadakan sebagai membalas bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Nik Abdul Aziz Selasa lalu.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz dilapor menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan, sebagai "melanggar keadilan asasi".

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata, selagi tuntutan royalti itu tidak diberikan, "kita doa sampai pecah perut".

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Anual Bakhri berkata, perkataan "pecah perut" yang diucapkan Nik Aziz hanyalah analogi dan tidak boleh diterjemahkan secara langsung.

"Itu analogi. Bukan maknanya pecah perut (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak atau (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi siapa sahaja yang buat aniaya. Dalam konteks ini (penafian royalti minyak), kezaliman berlaku," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz bercerita tentang bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak di negeri itu ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

Mengulas perkara itu, Anual Bakhri berkata, Nik Aziz ingin menegaskan bahawa larangan meminum arak diharamkan kepada orang Islam, tetapi terpulang kepada masyarakat bukan Islam jika mahu menikmatinya.

"Tetapi bukan maknanya kita hendak galakkan orang minum arak," katanya.

Katanya, respons itu diberikan ekoran hasrat beberapa masyarakat bukan Melayu daripada Perak yang mahu datang ke Kelantan untuk minum arak. Malaysiakini/-

Manipulasi media punca ramai keliru isu doa – Nik Aziz

KOTA BHARU, 3 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini.

“Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.

“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.

Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.

“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya.

Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.

Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.

“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya.

Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontran yang mendesaknya melepaskan jawatan.

Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.

“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.

“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.

“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya.

Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai.

Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam. Harakahdaily/-

Rakyat Kelantan solat hajat di hadapan Kaabah

KOTA BHARU,4 Dis: Usaha pihak lawan mahu menggugatkan kestabilan kerajaan Kelantan turut mendapat perhatian rakyat negeri ini yang sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah.

Mereka turut bersimpati terhadap apa yang berlaku melalui berita yang disampaikan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) mengadakan solat hajat di hadapan Kaabah di Mekah malam tadi memohon kepada Allah dikekalkan kerajaan PAS Kelantan dan dilembut hati perdana menteri supaya memberi royalti minyak.

Timbalan Pengerusi BBC, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, solat hajat tersebut akan disertai jemaah di kalangan rakyat Kelantan dan beberapa pemimpin PAS yang berada di tanah suci.

Difahamkan turut berada di Makkah Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kob, Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Chetok, Ustaz Abdul Abdul Halim Abdul Rahman dan Zainuddin yang juga Adun Limbongan.

Zainuddin ketika dihubungi di sini berkata, senjata utama di kalangan orang-orang mukmin ialah doa dan solat hajat bukannya wang ringgit.

Beliau juga menyifatkan tindakan segelintir pemimpin Umno berhimpun di depan bangunan Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan kerana isu doa sebagai benar-benar ketandusan isu.

“Di mana pemimpin-pemimpin atasan Umno sehingga memperalatkan orang kampung dan penarik beca datang menyertai demonstrasi,” katanya.

Selasa lalu kira-kira 100 orang penyokong Umno yang diketuai Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa berhimpun tanpa permit di depan SUK membantah Menteri Besar berkaitan isu doa.

Sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam khutbah Hari Raya memohon kepada Allah Taala membuka pintu hati perdana menteri bagi memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Bagaimanapun katanya, kalau pemimpin negara masih enggan didoakan sesuatu musibah berlaku sebagai satu peringatan kepada mereka. Harakahdaily/-

Himpunan PAS For All bersama Nik Aziz malam ini.

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihujani pelbagai fitnah dan dugaan muktahir ini akan bersama-sama rakyat pada "Himpunan Perpaduan Umah PAS For All" di Taman Melewar, Sabtu 5 Disember jam 9.30 malam.

Program ini akan menampilkan kedua-dua Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) India dan Cina, Balasubramaniam dan Hu Phang Chow yang akan berintraksi dengan para penyokong Pakatan Rakyat, kata Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya kepada Harakah.

Turut menyampaikan pidato, AJK PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin yang akan mengulas isu-isu berkaitan royalti minyak, PRK Kota Siputeh, pengharaman BTN dan tohmahan jahat Umno terhadap MB Kelantan.

Himpunan ini juga bersempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Batu.

Orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir bagi mengikuti ulasan terkini Mursyidul Am tentang kontroversi doa terhadap PM dan tuntutan royalti minyak. Harakahdaily/-

500 ahli Umno Rantau Panjang ancam keluar parti

Partasudiro

RANTAU PANJANG, 4 Dis: Krisis Umno Rantau Panjang kini sampai ke kemuncak apabila ramai pemimpin di peringkat cawangan mengancam mahu keluar parti.

Kesemua 36 Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) dan tiga Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) yang dipecat Ketua Umno Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasin tidak teragak-agak meninggalkan parti.

Difahamkan kira-kira 500 penyokong Umno dijangka keluar Umno di Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku, kemudian dikuti 35 cawangan lagi di seluruh bahagian Rantau Panjang.

Bekas ketua cawangan Baroh Pial yang juga bekas PPM, Wan Yaakob Wan Ismail berkata, antara sebab utama mereka berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti berkenaan.

Katanya, beliau mempertikaikan kesahihan kedudukan Abdullah selaku ketua bahagian kerana dikatakan tidak dipilih melalui mesyuarat agung perwakilan bahagian.

“Begitu juga pelantikan timbalan ketua bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita diragui kesahihah jawatan masing-masing kerana penggantungan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zin Ismail dibuat mendadak ketika tempoh pencalonan peringkat bahagian tamat.

“Peluang untuk ahli mencalon tokoh-tokoh lain yang bersesuaian untuk jawatan ketua bahagian, timbalan ketua, ketua pemuda dan ketua wanita sudah tidak ada lagi ketika itu,” katanya.

Mohd Zin bekas Adun Bukit Tuku digantung jawatannya oleh Lembaga Disiplin Umno selama tiga tahun kerana dikatakan menaja calon bebas di Dun Gual Periok pada pilihan raya umum 2008.

Wan Yaakob berkata, mereka yang memegang jawatan di Rantau Panjang sekarang seolah-olah dilantik Umno Pusat tanpa memberi peluang kepada ahli dari 160 cawangan membuat pemilihan.

Konflik yang berlaku antara Mohd Zin dan Abdullah memuncak ketua bahagian sekarang dikatakan memecat PPM serta KPPM yang dilantik bekas ketua bahagian sebelum ini.

“Ini membuatkan kami rasa panas hati dan harus dicari jalan penyelesaian segera,” kata Wan Yaakob ketika ditemui di majlis sambutan hari raya korban di cawangan Umno Baroh Pial semalam.

Majlis tersebut diadakan di rumahnya dihadiri kira-kira 300 orang termasuk beberapa bekas PPM dan KPPM yang dipecat.

Menurutnya juga kesemua mereka yang dipecat telah meminta jasa baik pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamad menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Saya bersama beberapa rakan telah berjumpa Datuk Pa dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussein meminta mereka campur tangan selesaikan perkara ini segera.

“Tetapi sampai sekarang tak ada sebarang tindakan diambil. Ini membuatkan kami merasa tawar hati,” kata Wan Yaakob.

Beliau juga berkata perjumpaan di Baroh Pial itu sebagai asas permulaan untuk tindakan protes selanjutnya.

Menurutnya selepas itu mereka akan majlis serupa di Dun Meranti kemudian dikuti Dun Gual Periok.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuk Mohd Zin, bekas KPPM, Mohd Zin Che Ngah, Zahari Omar (bekas KPPM), Yakob Yunus (bekas PPM dan AJK bahagian), Fauzi Mat Jusoh (AJK bahagian), Wan Aminuddin (AJK bahagian) dan ketua puteri bahagian, Norhayati Mat.

Harakahdaiy/-

Kabinet Kerajaan Pembohong

Cikgu Azrin

Tan Sri Muhyidin berkata;

"Rasa tak boleh apa nak dikata. Yang kita tahu sebelum ini pun, kita kata sebagai orang Islam tak pernah mendoakan seorang Islam lain itu musnah hanya kerana sebab-sebab konflik tertentu dan dalam hal Kelantan berkaitan royalti minyak.

Saya kata; mati dalam taat lebih baik daripada hidup merdehaka kepada-Nya. Tipu rakyat Kelantan dengan tidak memberi royalti kepada kerajan yang sah adalah perbuatan jahat. Memberi wang ehsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) lagi besar celakanya.

"Itu sudah diputuskan oleh Kabinet. Jadi, saya tak tahu nak kata apa kerana ini bukan pertama kali, berulang-ulang kali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-65 di sini hari ini.

Mafhum kata-kata TS Muhyidin ialah beliau telah berulang-ulang kali mengatakan pembohongan tersebut. Kabinet adalah kerajaan. Ketua kabinet adalah perdana menteri. TS Muhyidin adalah TPM. Beliau adalah anggota kabinet. TS Muhyidin berulang-ulang kali menyatakan bahawa beliau dan kabinet adalah kaki putar alam.

Beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Kalau bukan hak kerajaan negeri Kelantan, kenapa beri juga walaupun dinamakan wang ehsan? TPM yang juga Menteri Pelajaran berbohong dan tidak layak menjadi menteri untuk generasi pelajar. Macam mana pelajar sekolah nak berakhlak kalau menterinya tidak menunjukkan contoh teladan yang baik?

"Ini satu perbuatan yang langsung tidak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenarnya," katanya.

Ewah, pandai berkata-kata! Perbuatan menafikan hak rakyat Kelantan itu semangat Islam sebenarlah ya? Kalau Allah boleh menurunkan surah mencelaka-laknatkan Abu Lahab, takkanlah pengikut Islam yang ditipu tidak boleh berdoa kepada Allah Taala agar ’memberi balasan yang terbaik’ kepada para pembohong dan kabinetnya?

Harakahdaily/-

MAHKAMAH PERSEKUTUAN GANTUNG KEPUTUSAN MB SAH: PELABUR MAKIN TAKUT BERLABUR KE PERAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) bimbang dengan kelewatan pengumuman pengesahan Menteri Besar Negeri Perak yang sah oleh Mahkamah Persekutuan yang sudah hampir sebulan. Kelewatan ini jelas menyebabkan kemerosotan pelabur-pelabur besar untuk membuat pelaburan mereka di Negeri Perak kerana tidak yakin dengan suasana iklim politik Negeri Perak yang tidak menentu.

DPPN Pk merayu agar keputusan kes Menteri Besar Perak ini dibuat segera kerana derita rakyat Negeri Perak yang masih menunggu keputusan tersebut jelas memberi impak negatif dari sudut ekonomi. Bagi DPPN Pk, hak sebagai rakyat mesti diutamakan didalam keputusan yang bakal diumumkan. Rakyat sudah pasti akan menghormati Institusi Kehakiman jika semua proses yang telah dicapai berpandukan kepada keluhuran Perlembagaan.

DPPN Pk yakin keputusan yang akan diumumkan nanti akan memastikan pentadbiran kerajaan negeri kembali pulih dan rakyat Negeri Perak akan meneruskan agenda yang selama ini terhenti. DPPN Pk juga yakin semua pihak akan menerima sebarang keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. DPPN Pk akan terus memperjuangkan hak rakyat berpendukan prinsip kebenaran dan juga keadilan.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN: PEGANGAN PIMPINAN MASA HADAPAN MESTI KUAT

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat menyokong penuh titah Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah meminta masyarakat agar menolak politik kebencian dan sebaliknya menerima pakai amalan demokrasi bertamadun berasaskan kepada ciri hormat menghormati dan bertimbang rasa untuk menjadi Malaysia lebih makmur.

DPPN Pk bersenpendapat dengan titah Dr Raja Nazrin Shah tersebut dengan melihat ada usaha pihak-pihak tertentu membakar semangat kebencian antara kaum dan juga usaha mematikan demokrasi jelas berlaku kerana pelenggaran peranan dan tanggungjawab kepada yang telah diberikan amanah atas kepentingan tertentu.

DPPN Pk meminta pihak-pihak tertentu supaya agar tidak mengheret bersama Institusi Istana, Sistem Kehakiman, Badan Beruniform dan Pegawai-pegawai Awam terlibat sama dengan agenda mereka. Apabila dilihat penglibatan mereka inilah menyebabkan runtuhnya sistem bernegara yang jelas di langgari tanpa memikirkan akibatnya.

DPPN Pk yang pernah merafak sembah Dr Raja Nazrin Shah telah membincangkan perkara tersebut dan komitmen DPPN Pk untuk terus memperjuangankan agar semua Institusi yang menjadi asas Perlembagaan sesebuah negara tidak dicemari.

Bahkan DPPN Pk meminta generasi pelapis kepimpinan negara agar memastikan keluhuran Perlembagaan menjadi asas pegangan pembinaan negara kelak. DPPN Pk berharap golongan ini akan bangkit menegakkan kebenaran dan memperjuangankan keadilan.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

PERUBATAN TRADISIONAL

Naninu Sakun

PERUBATAN TRADISIONAL. Ya ia menjadi alternatif bagi rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dalam merawat sesuatu penyakit. Kadangkala kita juga menjadi sangsi dengan cara rawatan tersebut. Berbagai hukum telah dikeluarkan oleh para ulamak tentang rawatan tradisional ini namun ia tetap menjadi alternatif bagi merawatnya. Saya sendiri pernah mengalami penyakit yang amat pelik berasa kebas dan panas serta merasa bisa ditangan terutama waktu malam. Saya telah menjalani rawatan di hospital. Berbagai ujian telah dilakukan oleh para doktor untuk mengesan penyakit tersebut namun akhirnya pihak doktor kata saya sihat tidak ada apa2. Pelik, seorang jururawat telah memberi pandangan kepada saya mencuba rawatan tradisional pula. Pada mulanya saya tidak percaya tapi akhirnya saya akur mendapatkan rawatan tradisional.

Berbagai tempat telah saya pergi dan akhirnya balik ke Melaka jumpa tok guru lama dan beliau memandikan saya dengan air yang telah dibaca ayat2 Al-Quran, Alhamdulillah saya telah sembuh. Setelah itu saya mula mengkaji rawatan2 tradisional ini seperti pusat perubatan Darul Syifak, Cakra Alam dan bermacam2 lagi hingga jumpa juga dengan bomoh2 yg mampu mengeluarkan barang2 yg ditanam untuk menganiaya orang.

Santau, busung antara penyakit2 yang amat ditakuti kena pada setiap kita. Mungkin ada yang menidakkan perkara ini tapi bila dah keluar kaca, paku dari mulut ketika muntah, apakah jawapan doktor tentang perkara ini? Lazimnya, rawatan2 ini biasanya dilakukan oleh orang2 Melayu kita yang kadangkala kita panggil sebagai bomoh. Walau apapun pandangan dan hukumnya tentang perkara ini , hanya Allah Taala yang Maha Berkuasa atas segala2nya kerana Dialah yang menentukan sama ada boleh baik ataupun tidak......wallahuaklam......

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

BTN sepatutnya untuk negara bukan untuk parti

Ahmad Baei Jaafar

Benarkah BTN menyeleweng? Adakah sekarang masih terus menyeleweng? Di mana dan setakat mana menyelewengnya? Ramai yang tidak tahu kedudukan sebenarnya kerana ramai yang belum menyertai BTN itu. Tapi mereka pernah terlibat sudah tentu ada jawapannya yang tepat.

Saya tidak berani hendak memberi jawapan kepada persoalan itu kerana saya sendiri tidak pernah mengikuti kursus BTN. Tetapi saya pernah mengikut kursus yang dikendalikan oleh pegawai BTN. Malah saya antara orang yang sangat meminati Dr Nordin Kardi ketika menjadi pengarah BTN.

Saya bersetuju dengan tujuan kursus kenegaraan yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara yang antara lain ialah:

1- Untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan;
2. Untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas.

Tetapi dalam menyampaikan ceramah untuk mencapai tujuan di atas silibasnya tidak dipatuhi sepenuhnya. Hal ini kerana penceramah diberi kebebasan untuk memberi contoh dan bandingan yang munasabah. Mungkin Dr Nordin Kardi dalam ceramahnya agak mencapai sasaran, namun apa jaminan penceramah yang lain?

Berdasarkan pengalaman saya, penceramah BTN itu akan membuat kesimpulan pada akhir ceramahnya bahawa UMNO berjuang untuk menyelamatkan orang Melayu. Namun dia tidak pula mengajak peserta menganggotai UMNO. Dan pada peringkat negara, akan dinyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional berjaya membawa keamanan.

Pada saya, kenyataan itu adalah biasa dan tidaklah memberi apa-apa kesan, tetapi kalau dilihat pada tujuan kursus BTN, ternyata ada penyelewengannya. Inilah yang saya maksudkan dasar yang tercatat tidak sama dengan apa yang menjadi realiti.

Kalau tulisan itu turut dibaca oleh pemimpin BN dan UMNO, suka saya cadangkan satu pendekatan yang lebih releven pada masa ini. Saya percaya kalau pendekatan ini diambil, semua orang bersetuju termasuk pembangkang.

Semua penceramah yang dijemput sama ada pegawai BTN atau dari jabatan lain, mereka wajib kembali kepada tujuan dan maktlamat kursus. Biro Tatanegara tentu merujuk kepada negara Malaysia maka kecintaan kepada negara Malaysia perlu ditanamkan.

Oleh sebab itu penceramah tidak perlu menyebut soal parti dalam ceramahnya kerana ia akan menjadi halangan kepada pihak parti lain. Perlu diingat pegawai kerajaan bukan semua sokong satu parti, jadi dengan menyebut satu parti yang mereka tidak menyertainya tentu akan menimbulkan masalah. Yang pasti mereka tidak akan hadir atau hadir sekadar untuk memenuhkan ruang kuliah sahaja.

Selain itu, penceramah itu tidak seharusnya menyebut kerajaan BN kerana hakikatnya kerajaan BN tidak wujud. Yang wujud hanyalah kerajaan Malaysia. Walaupun kerajaan itu dipimpin oleh wakil BN, kerajaan itu bukan milik BN. Sebaliknya kerajaan itu milik rakyat Malaysia. Hal ini kerana rakyat Perdana Menteri bukan orang BN tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Jadi, kejayaan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri perlu dipulangkan kepada rakyat Malaysia. Dengan cara itu semua orang dalam kalangan rakyat Malaysia boleh hadir kursus tanpa ragu. Malah mereka rasa bangga jadi rakyat Malaysia dalam kursus tersebut.

Oleh hal yang demikian, apa yang berlaku kepada negara, itu jugalah yang sepatutnya berlaku dalam negeri. Negeri Selangor sebagai contoh, seharusnya disebut kerajaan Selangor bukan kerajaan PR. Jika cara ini diterima, siapa yang memerintah di negeri itu tidak akan ditentang. Rakyat tahu pemimpin yang dipilih pasti akan membuat rakyat bahagia, aman dan makmur.