01 December 2009

Awas, kejadian ragut, mencuri kian menjadi .

Gambar dompet kepunyaan seorang wanita yang diragut dan di lempar dibelakang rumah saya malam tadi. 4 orang remaja ditahan dalam kejadian mencuri disebuah restoran di Taman Wawasan Parit Buntar. Mereka yang terlibat ditangkap melalui gambar yang dikenali dari cctv yang dipasang di Restoran Taman Wawasan tersebut, dan mereka yang ditangkap menunjukkan tempat mereka membuang dompet berkenaan. Berekebetulan dibelakang rumah saya.

Menurut salah sorang polis dari IPD Bagan Serai yang menangani kes tersebut untuk 30 November, kelmarin sebanyak 4 kejadian ragut berlaku disekitar bandar Parit Buntar. Dengan itu saya menasihati semuga warga parit Buntar untuk sentiasa berhati-hati dan membawa beg tangan dalam keadaan yang selamat dan tidak terdedah kepada kejadian ragut.

Saya juga mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertungkus lumus menangani masalah jenayah tersebut.


Lelaki mabuk ditahan kerana guris gambar Sultan Perak

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit menguris gambar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di bangunan Perak Turf Club, di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan hasil maklumat daripada pengawal keselamatan di kelab tersebut selepas menyedari kejadian itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam dan lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di sini dua jam kemudian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata lelaki itu ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 425 iaitu khianat merosakkan harta awam.

"Kita belum mengetahui motif perbuatan lelaki itu menguris dan merosakkan gambar Sultan dan ketika kejadian lelaki itu baru keluar dari kelab karaoke dan mabuk," katanya.Mstar/-

Restoran Rosak Akibat Letupan

Seorang anggota Polis dari Unit Forensik mencari bahan bukti di tapak sebuah restoran "Stulang Corner" yang rosak teruk akibat satu letupan di sini, awal pagi tadi. Kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.-Foto BERNAMA.



JOHOR BAHARU: Sebuah restoran di Stulang, di sini, yang bakal beroperasi Sabtu ini mengalami kerosakan serius akibat satu letupan dari dalam premis berkenaan, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kejadian di restoran "Stulang Corner", di Jalan Pandan 1, yang hampir 80 peratus siap diubah suai itu berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

"Polis menerima maklumat berlaku satu letupan di premis yang disewa itu kira-kira pukul 4.30 pagi. Siasatan mempercayai kejadian itu berpunca dari perbuatan khianat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata bahan letupan itu dipercayai diletakkan di dalam premis tersebut dan Unit Forensik serta Jabatan Kimia ketika ini sedang menyiasat jenis bahan letupan yang digunakan.

Beliau berkata polis sudah mengenal pasti dua atau tiga orang suspek yang terlibat, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dibuat.

Katanya tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu.

Sementara itu, pemilik restoran berkenaan yang mahu dikenali sebagai George, 40-an, berkata dia membelanjakan sebanyak RM200,000 untuk membuat pengubahsuaian restoran berkenaan.

Katanya kejadian itu menyebabkan sebahagian dinding, bahagian belakang, siling dan rak kaca peragaan makanan di premis itu mengalami kerosakan.

"Saya tidak tahu punca kejadian ini. Mungkin ada orang dengki terhadap saya," katanya. BERNAMA

Royalti: Ku Li sedia hadir program penerangan di Kelantan

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu royalti Petroleum Kelantan yang menjadi perdebatan hangat ketika ini.

Bekas pengerusi Petronas itu berkata, beliau mungkin akan menghadiri ceramah umum yang akan diadakan satu kumpulan di Kelantan untuk memberikan penerangan berhubung isu itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan hadir ke program yang akan diadakan itu jika ianya tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya menyentuh kepentingan rakyat.

"Suatu hari nanti kalau jadi saya akan beri penerangan yang jelas di Kelantan.Katanya kumpulan di Kelantan nak menganjurkan ceramah umum.Nanti saya beri penjelasan.

"Saya nak tengok supaya ini tiada kaitan dengan politik supaya ianya menyentuh kepentingan orang ramai.Kalaulah sepakat semua pihak nak adakan penjelasan secara umum, saya akan hadir," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen siang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum itu ditanya berhubung keputusannya samaada akan mempengerusikan kaukus Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk bagi membincangkan pertikaian royalti minyak khususnya kepada Kelantan.

Menjawab pertanyaan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau boleh membuat keputusan sendiri berhubung jemputan itu.

"Saya tak perlu terlalu banyak berfikir bekenaan jemputan ini. Saya sudah dewasa, saya boleh berfikir sendiri," katanya.

Beliau turut menegaskan, isu royalti petroleum tiada kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi ianya melibatkan rakyat.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Naib Presiden Umno, agar mempertimbangkan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berhubung jemputan itu.

Tengku Razaleigh juga berkata, kaukus itu perlu melibatkan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Malah pada minggu lalu, Tengku Razaleigh memberitahu wartawan bahawa beliau akan mempertimbangkan permintaan PR memandangkan pernah terlibat dalam "urusan minyak" sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu "jika ia benar-benar adalah satu masalah."

Tengku Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

QISAS DARI SUDUT SAINS

Email :Ismail Helmi Sabaran

Assalamualaikum...post kali ini berkenaan dengan hikmah kenapa hudud itu WAJIB dlaksanakan...kalau kita membicarakan tentang hudud,mulalah di kaitkan dengan politik...sedangkan hudud itu hukmullah...dan bila sebut pasal hudud,terbayang kat otak kita golongan2 yg berani berkata hudud itu zalim..mcm dia lagi pandai daripada ALLAH...cuba kita fikir,seseorang yg bijak mencipta sesuatu mesin..apabila mesin itu rosak,pasti si pencipta mesin itu tahu bagaimana nak menyelesaikan dan memperbaiki mesin tersebut..begitu juga ALLAH pencipta kita....

Baiklah,kita sambung pada topik hikmah hudud itu...kita akan lihat kenapa qisas itu sgt2 baik bg pesalah...qisas itu adalah hukuman bagi seseorang penjenayah yg membunuh seseorang dgn sengaja...qisas ini dijalankan dgn cara memancung leher penjenayah itu...
sebagaimana yg kita tahu,pada badan kita terdapat jutaan saraf deria yg bersambung pada satu pusat yg dipanggil spinal cord...saluran spinal cord inilah yg akan bersambung dengan otak...apabila otak mati,jantung konfirm mati...tapi,kalau jantung mati,otak masih berfungsi,msh ada harapan seseorang itu untuk hidup...sbb tu doktor ada alat utk aktifkan blk jantung yg sdh berhenti berdenyut...qisas dilakukan dengan memancung pesalah..kenapa?tujuannya supaya mempercepatkan masa kematian dan mengurangkan kesakitan pada pesalah..bknkah ini x menyiksa pesalah tersebut?...aim utama hukuman ni adalah utk memutuskan saluran spinal cord tadi,lalu terus mematikan otak...sebab bilaotak mati,konfirm jantung berhenti berfungsi

Oleh itu,jgn kita berani mempertikaikan hukum yang ALLAH telah wajibkan kita melaksanakannya...sebab tu ALLAH berfirman bahawa ALLAH maha bijaksana lagi maha mengetahui....

Umat Islam Pelbagai Tempat di China Menyambut Hari Raya Aidil Adha


Hari ini ialah Hari Raya Aidil Adha. Lebih 20 juta orang umat Islam di pelbagai tempat di China menyambut hari kebesaran tersebut secara meriah.


Umat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang memakai pakaian yang cantik dan berkumpul beramai-ramai di masjid untuk menyambut Hari Raya Aidil Ahda.

Umat Islam di Wilayah Autonomi Hui Ningxia juga mengadakan solat berjemaah dan pengorbanan untuk merayakan pesta tersebut.


Selain itu, seramai 6 ribu orang umat Islam dari dalam dan luar negara berkumpul di Masjid Niujie, masjid yang terbesar di Beijing, untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha.

CRI/-

Riwayat Yao dan Shun Naik Takhta

Dalam sejarah feudal China, takhta raja biasanya diwarisi oleh anak raja. Namun, pewarisan takhta antara ketiga-tiga orang raja yang paling awal dalam legenda China, iaitu Yao, Shun dan Yu, tidak diamalkan berasaskan keturunan. Siapa yang paling bijak dan mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, dialah yang dipilih sebagai raja.

Menurut ceritanya, Yao ialah raja pertama yang muncul dalam legenda China. Ketika usia baginda sudah lanjut, baginda ingin mencari seorang calon untuk mewarisi takhtanya. Maka, baginda pun memanggil ketua-ketua puak dari merata-rata tempat untuk membincangkan hal tersebut.

Selepas mengetahui cadangan yang dikemukakan oleh Raja Yao, seorang ketua yang bernama Fang Qi berkata: "Putera tuanku, Dan Zhu ialah seorang pemuda yang terbuka mindanya. Jadi, takhta tuanku wajar diwarisinya." Bagaimanapun, Raja Yao berkata dengan serius: "Anak beta itu tidak sesuai menjadi raja. Dia tidak mempunyai sahsiah yang baik, dan sering bertelingkah dengan orang lain". Seorang yang lain pula berkata: "Gong Gong yang menguruskan projek pengairan itu sangat baik". Raja Yao pula menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata: "Gong Gong yang pandai bercakap itu ialah seorang yang bermuka-muka. Dia kelihatan jujur, tetapi mempunyai niat lain di sebalik tindakannya. Beta tidak percaya kepadanya." Perbincangan kali itu gagal mencapai hasil, dan Raja Yao terus mencari calon yang lain untuk mewarisi takhtanya.

Beberapa bulan kemudian, Raja Yao sekali lagi mengumpulkan ketua-ketua puak tersebut. Dalam perbincangan kali ini, ada beberapa orang mencadangkan seorang pemuda yang bernama Shun. Raja Yao berkata: "Beta pun pernah mendengar bahawa pemuda itu sangat baik. Bolehkah tuan menceritakan sedikit sebanyak tentang orang itu?" Salah seorang daripada mereka pun berkata: "Bapa Shun, Gu Sou, seorang yang celaru fikirannya. Selepas ibu Shun meninggal dunia, dia telah mengahwini seorang wanita yang sangat jahat. Anak yang dilahirkan oleh ibu tiri Shun itu bernama Xiang. Dia sangat sombong, tetapi sangat dimanjakan oleh bapanya. Walaupun begitu, Shun tetap sangat sayang kepada bapa, ibu tiri dan adiknya. Sebab itulah, kami menganggap dia seorang yang mempunyai peribadi yang mulia."

Dengan pencalonan itu, Raja Yao ingin menguji Shun lebih dahulu. Baginda bukan sahaja mengahwinkan dua orang puterinya, iaitu E Huang dan Nu Ying, dengan Shun, malah membina gudang bahan makanan dan memberikan banyak lembu dan kambing kepadanya. Ibu tiri dan adik lelaki Shun yang iri hati, kerap kali bersubahat dengan bapanya Gu Sou, untuk membunuh Shun.

Pada suatu hari, Gu Sou menyuruh Shun membaiki bumbung gudang bahan makanan mereka. Ketika Shun berada di atas bumbung itu, Gu Sou yang berada di bawah mencuba membakar gudang supaya Shun mati terbakar. Bagaimanapun, Shun berjaya menyelamatkan dirinya daripada kemalangan itu. Selepas mendapati dia sudah kehilangan tangga untuk turun ke bawah, dia pun menggunakan dua topi pandan yang besar yang dibawanya ketika dia naik ke atas bumbung itu. Kedua-dua topi itu bagaikan dua sayap burung, membawanya turun mendarat di bumi dengan selamat.

Gu Sou dan Xiang tidak menghentikan niat jahat mereka begitu sahaja. Pada suatu hari yang lain pula, mereka menyuruh Shun menggali perigi. Shun segera melakukannya. Setelah beberapa lama, Shun terpaksa menggali perigi itu dari dalamnya. Ketika dia terjun ke dalam perigi itu, Gu Sou dan Xiang segera melontarkan ketulan batu ke dalam perigi itu sehingga perigi itu penuh. Pada anggapan mereka, Shun yang berada di bawah perigi itu akan mati lemas.

Namun, tidak disangka mereka, Shun telah menggali satu laluan di bawah perigi itu. Dia keluar dari laluan itu, lalu kembali ke rumahnya dengan selamat lagi.

Xiang tidak tahu Shun sudah selamat terlepas daripada kemalangan itu. Dia dengan gembira balik ke rumahnya, dan berkata kepada Gu Sou: "Abangku pasti sudah mati. Kita boleh mewarisi semua hartanya." Lalu, dia terus pergi ke bilik Shun. Ketika tiba di bilik itu, dia terkejut melihat abangnya sedang duduk di tepi katil sambil bermain alat muzik. Dia berpura-pura berkata: "Abang, aku amat merinduimu".

Shun juga berpura-pura tidak tahu apa yang sudah terjadi. Dia berkata kepada adiknya: "Kebetulan abang pun nak jumpa awak. Abang ada banyak kerja yang perlu kepada bantuan awak." Selepas itu, Shun tetap sangat mesra dengan ibu tiri, bapa dan adiknya. Gu Sou dan Xiang pun tidak berani lagi untuk membunuh Shun.

Melalui beberapa ujian itu, Raja Yao menganggap Shun benar-benar seorang yang bijak dan mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia. Jadi, baginda mewariskan takhtanya kepada Shun.

Selepas naik takhta, Shun bekerja dengan rajin, dan hidup sederhana serta berhemat seperti orang biasa. Itulah sebabnya, nama dan maruah baginda dipandang amat tinggi dalam kalangan rakyat jelata.

Ketika usia Shun sudah lanjut, baginda memilih Yu, seorang yang berbakat tinggi dan mempunyai peribadi yang mulia juga, sebagai pewarisnya.

Dipercayai tiada perebutan kepentingan dan kuasa yang berlaku pada zaman Raja Yao, Shun dan Yu. Raja dan rakyat jelata sama-sama menikmati kehidupan yang aman dan sentosa.

CRI/-

Isu Tajaan Haji Nik Aziz: Hukum Hadiah Kepada Pemerintah

Email : tebing tinggi

HUKUM HADIAH KEPADA PEMERINTAH

Isu tawaran haji kepada MB Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat menimbulkan pelbagai polemik. Bagi UMNO yang tak habis-habis mencari kesalahan PAS dan pemimpinnya, cuba mempersoalkan kredibiliti TGNA. Tetapi tajaan Haji tersebut merupakan kesalahan yang tidak boleh dikaitkan dengan akta rasuah. Manakala bagi penyokong TGNA Aziz habis-habisan mempertahankan tindakan tok guru mereka ini, dengan menjadikan budaya memberi hadiah kepadaa orang alim sebagai hujah keabsahan tawaran haji. Ada juga yang mempertahankan bahawa tajaan haji tersebut adalah sah, TGNA menolak hanya kerana mengelak fitnah.

Sebagai orang Islam, kita menyatakan ia halal atau haram semata-mata kerana dalil yang ditunjukkan oleh Al Quran, Sunnah, Ijma' sahabah dan qias. Haram bagi kita menyebelahi atau menyerang mana-mana pihak kerana sentimen emosi. Oleh itu, bagi memberi penjelasan bagi hukum ini, saya gali dan nukil pandangan para fuqaha dan kongsikan dengan pembaca sekalian. Semoga kita mendapat pencerahan.

HUKUM HADIAH

Dalam al-Qamus al-Fiqhi dinyatakan menurut ulama Syafiiyah, Hanabilah, Hanafiyah dan Malikiyah, hadiah adalah pemindahan pemilikan suatu harta tanpa imbalan sebagai penghormatan kepada orang yang diberi hadiah.

Sebagai sebuah aqad, hadiah memiliki tiga rukun. Pertama, adanya al-‘aqidan, iaitu pihak pemberi hadiah (al-muhdi) dan pihak yang diberi hadiah (al-muhda ilaih). Kedua, adanya ijab dan qabul. Hanya saja, dalam hal ini tidak mesti dalam bentuk redaksi (shighat) lafzhiyah. Ketiga, harta yang dihadiahkan (al-muhda). Al-Muhda (barang yang dihadiahkan) disyaratkan mesti jelas (ma‘lum), harus milik al-muhdi(pemberi hadiah), halal diperjualbelikan dan berada di tangan al-muhdi atau boleh diserahterimakan. (Sila rujuk An-Nawawi, Rawdhah ath-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin)

Hukum Memberi Hadiah

Hukum memberi hadiah adalah sunat. Dari Abu Hurairah Rasulullah saw bersabda:

تَهَادَوْا تَحَابُّوا

Kalian saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.

(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Al Baihaqi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar)

Abu Hurairah menyataka bahwa Rasulullah apabila diberi makanan, beliau selalu menanyakan kepada si pemberi hadiah apakah pemberian itu hadiah atau sedekah. Jika pemberian itu sedekah, Rasul tidak memakannya dan menyuruh para sahabat untuk memakan hadiah dimaksud. Jika dinyatakan pemberian itu adalah hadiah, Rasulullah menepukkan tangannya dan makan bersama sahabat. (HR Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan An Nasa’i)

Hai para Muslimah, janganlah seorang wanita merasa hina (memberi hadiah) kapada wanita tetangganya walaupun hanya tungkai kuku kambing. (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).

Orang yang diberi hadiah disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadits `Aisyah riwayat al-Bukhari, ia berkata

Rasulullah saw. pernah menerima hadiah dan membalasnya.

Sebaliknya, Nabi saw. melarang untuk menolak hadiah:

Penuhilah (undangan) orang yang mengundang, jangan kalian tolak hadiah dan jangan kalian memukul kaum Muslim. (HR al-Bukhari Ahmad, Abu Ya‘la dan Ibn Abi Syaibah).

Sebenarnya banyak lagi dalil yang secara umum menggalakkan sesama Muslim itu memberi hadiah. Ini dilakukan sesama Muslim, antara Rasulullah dan sahabat dan sebagainya. Adalah menjadi suatu yang khusus bagi rasul, baginda bahawa baginda boleh menerima hadiah tetapi tetapi haram menerima sedeqah.

Itulah serba sedikit suasana dalam daulah Islamiah pada zaman rasulullah. Walaupun hidup mereka sangat sederhana, mereka saling member hadiah sebagai manifestasi kecintaan mereka sesama Muslim. Mereka saling memberi makanan yang merupakan amalan mulia yang menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Sebenarnya banyak lagi hadith-hadith yang menceritakan amalan yang memberi hadiah yang disunnatkan oleh Islam.

KETIKA YANG HARAM MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

Dalam keumuman hukum sunat memberi hadiah, Islam telah menyatakan kekhususan keharaman memberi dan menerima hadiah. Para fuqaha telah menggariskan 3 bentuk hadiah yang haram, iaitu:

1) Hadiah kerana adanya aqad hutang.

2) Hadiah kerana melakukan sesuatu keharaman

3) Hadiah kepada pemerintah

Pertama, hadiah yang diberikan karena adanya akad al-qardh (hutang). Anas ra. menuturkan, Nabi saw. pernah bersabda:

Jika salah seorang di antara kamu memberi hutang kemudian yang berhutang memberi hadiah atau membawa kamu ke atas haiwan tunggangan maka jangan kamu menaikinya dan jangan menerima hadiah itu, kecuali yang demikian itu biasa terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu. (HR Ibn Majah).

Kedua, hadiah yang diberikan atas tindakan yang haram atau mengurangi amal ibadah. Ini juga bentuk hadiah yang haram.

Ketiga, hadiah kepada pemerintah.

Pengharaman hadiah untuk penguasa, pegawai pemerintahan, dan semisalnya telah disebutkan

dengan jelas dalam hadits-hadits. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hamid Al-Sa’idi, bahawa Nabi saw. menugaskan Ibnu Lutaibah untuk mengurusi zakat Bani Sulaim. Ketika dia sampai kepada Rasulullah saw. dan membuat perkiraan dengan baginda, dia berkata:

“Ini untuk kalian. Dan ini hadiah yang dihadiahkan kepadaku.”

Maka, Rasulullah saw. berkata: “Kenapa kamu tidak duduk saja di rumah ayahmu dan rumah ibumu,

sampai datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar?”

Lalu Rasulullah saw. berdiri dan berbicara kepada orang-orang. Beliau bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya, lalu berkata:

“Amma ba’du. Sesungguhnya aku menugaskan beberapa orang lelaki di antara kalian untuk mengurusi hal-hal yang dikuasakan kepadaku oleh Allah. Lalu salah seorang dari kalian datang dan berkata: ‘Ini adalah milik kalian. Dan ini adalah hadiah yang dihadiahkan kepadaku.’ Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya, sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia benar? Demi Allah, tidak seorang pun dari kalian mengambil sesuatu darinya, kecuali dia akan menanggungnya pada hari kiamat.”

Dalam Talkhishul Mutasyabih, Al-Khathib mengeluarkan dari Anas, bahwa Nabi saw. bersabda.

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima alhukam adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

Abu Wail Syaqiq bin Salamah, salah seorang imam tabi’in, berkata: “Jika qadhi (hakim) mengambil hadiah, maka dia telah memakan suht. Dan jika dia mengambil rasuah, maka itu telah menyampaikannya kepada kekufuran.”

Diceritakan dari Masruq dari Ibnu Mas’ud, bahwa ketia dia ditanya tentang suht, apakah itu rasuah, dia menjawab: “Bukan. Tapi suht adalah bahwa seorang lelaki meminta bantuanmu untuk menghilangkan ketidakadilan atasnya, lalu dia member hadiah padamu. Maka jangan kamu terima.”

Diriwayatkan dari Buraidah dari Nabi saw., beliau bersabda: “Barangsiapa yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan, dan kami telah memberikan rezeki (upah)kepadanya, maka (hadiah) yang dia ambil setelah itu adalah pengkhianatan.”

Terdapat 2 pengecualian di mana pemerintah boleh menerima hadiah. Pertama, adalah hadiah yang diberi oleh pemerintah dari negara atau kekuasaan lain. Ini ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw dimana baginda menerima hadiah dari ketua-ketua kabilan di luar Madinah. Kedua, adalah sekiranya orang yang member hadiah sememangnya telah biasa member hadiah kepada pemerintah tersebut sebelum beliau menjawat jawatan pemerintahan. Ini bersandarkan mafhum dari potongan hadith

….Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya, sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia benar?....

Maka, sekiranya dua orang sudah sedia ada biasa memberi hadiah atas hubungan kekerabatan, persahabatan contohnya, sekiranya salah seorang dari mereka menjawat jawatan pemerintahan, mereka masih boleh meneruskan amalan tersebut.

BAGAIMANA DENGAN KES MB KELANTAN?

Ada sesetengah pihak yang berpandangan TG Nik Aziz boleh menerima tawaran mengerjakan haji tersebut sebagai hadiah kerana amalan pemberian hadiah mengerjakan haji adalah amalan biasa yang dilakukan kepada orang-orang alim. Amalan menanggung kos haji bagi sesiapa pun, baik kepada orang alim, pendakwah dan masyarakat umumnya adalah amalan yang hukumnya sunat. Ia berbalik kepada keumuman hukum sunat member hadiah kepada sesama manusia.

Walaubagaimana pun, bagi kes TG Nik Aziz yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan, beliau terikat dengan hukum sebagai pemerintah. Di mana-mana beliau boleh menerima hadiah dari ketua-ketua kerajaan lain dan juga dengan kenalan-kenalan yang biasa member beliau hadiah sejak sebelum beliau menjawat jawatan Menteri Besar. Jika tawaran hadiah itu datang selain dari sumber itu, adalah haram bagi beliau menerimanya.

KHATIMAH

Dalam system pemerintahan Islam, perkara yang berkaitan pemerintah ini adalah diadili dalam mahkamah mazhalim, sebuah mahkamah khusus membicarakan pertuduhan terhadap pemerintah dan pegawainya. Dalam system sekular hari ini, tiada system kehakiman sebegini, maka ramai pihak yang termangu-mangu memikirkan hukum sebenar bagi masalah sebegini.

Bagi saya, menulis pembahasan fiqh hadiah ini sebolehnya saya menulis dengan penuh kejujuran dalam menukil pandangan para fuqaha. Saya cuba menjelaskan pandangan para fuqaha sejujurnya tanpa bias samada menyebelahi atau menyerang Tuan Guru Nik Aziz. Saya berdoa agar diberi pemahaman yang benar dalam hal ini dan para pembaca juga dapat memperoleh pemahaman yang benar.

Kes Anjing Dijangkiti Influenza A H1N1 Pertama Ditemui di China

Hospital Veterinar Institut Perubatan Haiwan Universiti Pertanian China baru-baru ini menemui dua kes anjing dijangkiti virus Influenza A H1N1. Kementerian Pertanian meminta badan-badan berkenaan di pelbagai tempat meningkatkan kawalan dan penyelidikan terhadap penularan wabak influenza A H1N1 antara haiwan.

Pegawai dari kementerian itu berkata, kes haiwan dijangkiti virus wabak tersebut telah ditemui di 13 negara dan wilayah di dunia. Pakar dari Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) berkata, haiwan dijangkiti virus penyakit tersebut adalah normal, dan tiada bukti yang membuktikan haiwan menjadi pengantara kepemerebakan wabak tersebut antara manusia.

CRI/-

12700 Orang Umat Islam Tunaikan Fardu Haji ke Mekah pada Tahun Ini

Persatuan Islam China (IAC) membantu 12700 orang umat Islam China menunaikan fardu haji ke Mekah pada tahun ini. Ini mencerminkan perhatian berat kerajaan China terhadap umat Islam.

Presiden IAC, Imam Chen Guangyuan berkata demikian dalam majlis sambutan Hari Raya Aidil Adha yang diadakan di Beijing malam tadi.

Naib Perdana Menteri China, Hui Liangyu serta lebih 300 orang diplomat dan pakar asing serta wakil orang Islam menghadiri majlis sambutan tersebut.CRI/-


Selamat Hari Raya Aidil Adha

GEORGETOWN, 30 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man telah mengangkat sumpah sebagai Adun pagi tadi sempena Mesyuarat Ke Tiga Penggal Ke Dua Dewan Undangan Negeri Kali Ke Dua Belas.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speker Dun, Dato' Abdul Halim Husin jam 9.30 pagi sebagai mengganti kerusi yang ditinggalkan oleh bekas Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu.

Pada pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos lalu, Ustaz Saleh menang mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Harakahdaily/-

Gempa kecil di Kuala Pilah

Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa bumi itu berlaku pada 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu. BERNAMA


Selamat Hari Raya Aidil Adha

Masjid Dongsi, Beijing

Hari ini 28 hb November, Hari Raya Korban di China. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalender Hijrah Islam. Hari Raya Korban merupakan salah satu hari raya keagamaan yang paling penting dan disambut dengan meriah oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

Walaupun cuaca Beijing dingin sekali pada musim sejuk ini, dan kita boleh melihat sajli yang belum cair di sini sana dan di atas bangunan, tetapi kemeriahan dan kehangatan amat terasa sebaik saja masuk ke Masjid Dongsi Beijing.

Jemaah Islam berturut-turut datang ke masjid untuk bersolat sunat dan sebentar lagi acara korban akan diadakan.


Acara menyembelih akan diadakan beberapa minit lagi. Sudah ramai orang yang berkumpul untuk menghayati dan menyaksikan peristiwa ini dan mengambil daging korban.



Acara menyembelih sedang diadakan dalam masjid.

Jemaah Islam berbaris mengambil daging korban yang diperuntukkan. Mereka kelihatan riang gembira, bukan sahaja kerana mendapat daging korban untuk dibawa pulang ke rumah dan dimasak untuk dinikmati bersama-sama keluarga dan sahabat, malah yang lebih, adalah kerana mereka telah menunaikan ajaran Islam yang penting dan penuh bermakna, iaitu berkorban.

Di sebuah masjid lagi di Beijing, iaitu Masjid Niujie, suasana menyambut Hari Raya Korban juga amat meriah.


Jemaah Islam beramai-ramai bersolat sunat di halaman Masjid Niujie pada Hari Raya Korban ini.


Jemaah Islam bersolat sebelum acara menyembelih diadakan di Masjid Niujie.


Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Beijing Foreign Stadies Universiti (BFSU) juga bersama-sama datang ke Masjid Niujie untuk menyambut hari raya.

CRI/-


UCAPAN PESURUHJAYA SEMASA MAJLIS MESRA MEDIA

Email : mohd hafez sabri

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

ALHAMDULILLAH, SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT. KERANA DIPERTEMUKAN KITA SEMUA DALAM SUATU MAJLIS YANG AMAT BERMAKNA BAGI SAYA IAITU MAJLIS MESRA MEDIA PIMPINAN TERTINGGI PAS PERAK BERSAMA MEDIA.

2. TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR KERANA SUDI MENJEMPUT SAYA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA DAPAT BERSAMA PULA DALAM MAJLIS MERAIKAN RAKAN-RAKAN MEDIA PADA PETANG INI.

3. PENGANJURAN PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MEMBOLEHKAN PIMPINAN TERTINGGI PAS PERAK DAN RAKAN MEDIA , TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BERKENAL-KENALAN, BERTUKAR–TUKAR FIKIRAN DAN MENGEMBANGKAN IDEA BAGI MENGENALPASTI PENDEKATAN–PENDEKATAN YANG LEBIH BERKESAN DALAM USAHA MENANGANI SEBARANG PERMASALAHAN YANG MELANDA MASYARAKAT DI NEGERI PERAK KHUSUSNYA, BEGITU JUGA DALAM MENYEBARLUASKAN FUNGSI DAN PERANAN PAS DALAM MEMBAWA AGENDA PERUBAHAN KEPADA MASYRAKAT BAGI MEMBINA SEBUAH NEGARA YANG TERBAIK SERTA MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ALLAH SWT.

4. KEJAYAAN CEMERLANG PAS DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 PADA 2008 TELAH MELETAKKAN PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI UTAMA YANG DILIHAT OLEH RAKYAT BERUPAYA MENGAMBIL ALIH PEMERINTAHAN NEGARA, PERUANGAN INI SEMAKIN MENJADI REALITI APABILA PAS BERSAMA-SAMA RAKAN-RAKAN DALAM PAKATAN RAKYAT BERSAMA BERGANDING BAHU BAGI MEMBEBASKAN RAKYAT DARI KEZALIMAN DAN PENINDASAN YANG DILAKUKAN UMNO/BN SELAMA MEMERINTAH NEGARA INI. SEMENJAK 1990, PAS TELAH MELANGKAH MAJU DALAM AGENDA MENJADI SEBUAH PARTI PEMERINTAH YANG MODERAT DALAM MELAKSANAKAN CITA-CITA ISLAMNYA BERMULA DI KELANTAN SEMENJAK 1990, KEMUDIAN KE TERENGGANU PADA 1999 HINGGA 2004, DAN KINI PAS MENDAPAT KEPERCAYAAN RAKYAT DI KELANTAN,KEDAH, PERAK, SELANGOR DAN PULAU PINANG. DI PARLIMEN JUGA, PAS TELAH BANGKIT DAN MENGUASAI 10 PERATUS DARIPADA KERUSI PARLIMEN ATAU 25 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN KERUSI PEMBANGKANG. PERKEMBANGAN INI MELETAKKAN PAS DALAM PERHATIAN PEMINAT POLITIK, PENGKAJI DAN JUGA PENYELIDIK.




5. SEBENARNYA, KEMUNCULAN PAS DALAM SEJARAH POLITIK TANAH AIR TELAH BERMULA SEMENJAK 23 OGOS 1951 APABILA PARA ULAMAK YANG BERSIDANG DI KUALA LUMPUR BERSETUJU MENUBUHKAN SEBUAH PERSATUAN YANG DINAMAKAN PERSATUAN ULAMAK SE-MALAYA. NAMA PERSATUAN INI KEMUDIANNYA DIUBAH MENJADI PERSATUAN ISLAM SE-MALAYA (PAS) PADA 24 NOVEMBER 1951, DALAM SATU PERSIDANGAN ULAMAK MALAYA DI BAGAN TUAN KECIL (BUTTERWORTH), SEBERANG PRAI. ITULAH SEKELUMIT PERMULAAN SEJARAH PAS YANG DIASASKAN OLEH PARA ULAMAK YANG KEMUDIANNYA BERKEMBANG MENJADI SEBUAH PERTUBUHAN POLITIK,TARBIYYAH DAN DAKWAH YANG PENTING DI NEGARA INI.

6. PADA PETANG INI, SAYA AKAN MEMFOKUSKAN UCAPAN SAYA BERKENAAN KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK ANTARA MEDIA DAN PARTI PAS BAGI MEMBINA SEBUAH TAMADUN MASYARAKAT YANG TERBAIK DI NEGERA KITA INI.

7. SEMEMANGNYA INDUSTRI MEDIA YANG SUDAH BERTAPAK DI NEGARA KITA SEJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN, KINI SEMAKIN POPULAR DAN MENJADI WADAH UTAMA RAKYAT UNTUK MERISIK KHABAR ATAU MENDAPATKAN MAKLUMAT. TIDAK LENGKAP RASANYA HARI KITA JIKA MEMULAKAN SEBARANG TUGAS SEHARIAN KITA TANPA MEMBACA AKHBAR ATAU MENONTON BERITA DI TELIVISION. SETIAP HARI, KITA SENTIASA MEMERLUKAN MAKLUMAT DAN BERITA MENGENAI PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DI SEKITAR KITA ATAU DI SERATA DUNIA. KITA INGIN MENGETAHUI APA YANG TERJADI, BAIK MENGENAI SENARIO POLITIK, KEJADIAN JENAYAH, POLISI DAN DASAR-DASAR KERAJAAN, PASARAN SAHAM, ATAU MUNGKIN JUGA BERITA HIBURAN. PENDEK KATA MEDIA MASSA TERUS DIMINATI DAN MEMPUNYAI PENGARUH YANG BESAR KEPADA SELURUH MASYARAKAT.

8. KECANGGIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DEWASA INI TELAH BANYAK MERUBAH ASPEK KEHIDUPAN MANUSIA. HAMBATAN TEKNOLOGI INI TELAH BERKEMBANG PESAT KE SELURUH DUNIA YANG MENYEBABKAN DUNIA DIRASAKAN SEMAKIN SEMPIT TERUTAMA DENGAN PEMBENTUKAN SATU FENOMENA YANG LEBIH DIKENALI SEBAGAI 'MAKLUMAT DUNIA DI HUJUNG JARI'.

9. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI INI TENTUNYA MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG RAPAT DENGAN MEDIA, SAMADA ELEKTRONIK ATAU BERCETAK. TIDAK DAPAT DINAFIKAN, DI ZAMAN PASCA-MODEN INI MEDIA TELAH DILIHAT BUKAN SAHAJA SEBAGAI PENYEBAR MAKLUMAT BERITA DAN SEBAGAINYA TETAPI JUGA SEBAGAI PENCETUS MINDA MASYARAKAT ATAU LEBIH TEPAT SEBAGAI PENENTU AGENDA YANG DIBAWA OLEH MANA-MANA PARTI.

10. PAS PERAK SANGAT MENGHARGAI PERANAN MEDIA DAN WARTAWAN YANG SELAMA INI TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA YANG BAIK DENGAN PAS PERAK DALAM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT PAS PERAK KEPADA RAKYAT, BANTUAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK MEDIA AMATLAH KAMI HARGAI.

11. PAS PERAK SANGAT MENGHARGAI PERANAN DAN SUMBANGAN MEDIA MASSA SEBAGAI PENYALUR MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT. PIHAK MEDIA TELAH BANYAK MEMBERI PENGARUHNYA DALAM MEMBENTUK NEGARA DAN MASYARAKAT YANG ADA PADA HARI INI. PAS PERAK JUGA BERTERIMA KASIH KERANA MEDIA TURUT BERGERAK SAMA-SAMA DALAM USAHA PAS PERAK MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT HARMONI DAN ADIL DI PERAK INI . TANPA USAHA PIHAK MEDIA, PAS PERAK YAKIN BAHAWA USAHA MEMBAWA NEGERI PERAK KE ARAH YANG LEBIH CEMERLANG AKAN MENJADI SUKAR. TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA PIHAK MEDIA.

12. PAS PERAK MELIHAT MEDIA TURUT MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENGIMBANGI KEBERKESANAN MAKLUMAT YANG DISAMPAIKAN PAS PERAK KEPADA RAKYAT, CONTOHNYA SEPERTI PEMAPARAN ISU-ISU DAN BERITA-BERITA YANG TEPAT, BENAR DAN BERTANGGUNGJAWAB AMAT PENTING DALAM PROSES INI. DI SINI PAS PERAK MELIHAT MEDIA BERPERANAN SEBAGAI AGEN 'CHECK AND BALANCE' DALAM MENENTUKAN KEBERKESANAN PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH PAS DAPAT DITERIMA OLEH RAKYAT.

13. HUBUNGAN ERAT ANTARA PAS PERAK DENGAN MEDIA MASSA BERERTI KEDUA-DUA PIHAK BOLEH BEKERJASAMA DEMI KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN UMUM. IA JUGA ADALAH BUKTI, BAHAWA DALAM MELAKSANAKAN TUGAS KEDUA-DUA PIHAK DAPAT BEKERJASAMA MEMBINA MINDA MASYARAKAT KEARAH MAKLUMAT YANG BAIK DAN TEPAT.

14. PAS PERAK MELIHAT, MEDIA MASSA PERLULAH MEMBERIKAN BERITA YANG ADIL DAN TELUS DARIPADA MANA-MANA PIHAK, SESUNGGUHNYA DENGAN CARA INI PERANAN MEDIA AKAN DILIHAT SEBAGAI AGEN PENYAMPAI MAKLUMAT YANG TERBAIK KEPADA MASYARAKAT.

15. BAGI PAS PERAK, APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKARANG IALAH MEDIA PERLU MENAMPIL DAN MENYIARKAN LEBIH BANYAK LAGI MAKLUMAT-MAKLUMAT ILMIAH YANG BERTERASKAN KEPADA PRINSIP KEADILAN DAN KETELUSAN BAGI MENDIDIK MINDA DAN HATI MASYARAKATI. PERKARA INI DISEBABKAN SECARA TIDAK LANGSUNG AKAN MEMBERI IMPAK POSITIF DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH MASYARAKAT YANG TERPUJI DAN BOLEH DITELADANI AGAR MASYARAKAT DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG HARMONI HASIL DARIPADA PERSEPSI YANG BAIK DAN TELUS YANG DISAMPAIKAN MELALUI MEDIA MASSA. PERKARA YANG BENAR PERLU DINYATAKAN BENAR DAN PERKARA YANG SALAH PERLU DINYATAKAN SALAH.

16. PAS PERAK JUGA MENGHARAPKAN PERANAN MEDIA DALAM MEMAHAMKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA PERJUANGAN PAS BERPAKSIKAN PRINSIP KEADILAN YANG DIBAWA OLEH ISLAM, PAS PERAK JUGA YAKIN DENGAN PERANAN YANG BAIK DILAKUKAN OLEH MEDIA INI. SAYA YAKIN PAS PERAK AKAN DAPAT MENARIK MINAT GOLONGAN BUKAN ISLAM UNTUK MENGENALI DAN MEMPELAJARI ISLAM DAN SEKALIGUS BERKONGSI RASA KEISLAMAN TERSEBUT. MELALUI KEFAHAMAN YANG SEBENAR.HASIL DARIPADA ITU MAKA KEAMANAN DAN KESTABILAN PASTI TERJAMIN KERANA MASYARAKAT BUKAN ISLAM AKAN LEBIH MEMAHAMI KONSEP KEAMANAN DAN KEADILAN YANG DIPERJUANGKAN OLEH ISLAM DAN DALAM MASA YANG SAMA UMAT ISLAM PULA SENANG BERDAMPINGAN DENGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM. INI AKAN MENGGALAKKAN INTEGRASI ANTARA KAUM YANG AKAN MENYUMBANG KEPADA KESEJAHTERAAN NEGARI PERAK

SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN INI, SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR YANG SUDI MENJEMPUT SAYA UNTUK HADIR BERSAMA-SAMA RAKAN MEDIA PADA PETANG INI, TERIMA KASIH JUGA KEPADA RAKAN-RAKAN MEDIA YANG HADIR, MUDAH-MUDAHAN HUBUNGAN ERAT RAKAN-RAKAN MEDIA DENGAN PAS PERAK YANG SEDIA TERJALIN AKAN TERUS BERKEKALAN, SESUNGGUHNYA APA SAHAJA AMALAN KEBAIKAN YANG KITA LAKUKAN KERANA ALLAH SWT, GANJARAN PAHALA YANG AKAN KITA TERIMA AMATLAH BESAR .

Membedah Akal, Hati, Iman dan Cinta

Email : Shah Bundy

Soalan :

Tolong Anda jelaskan tentang perbedaan antara akal kalkulatif, hati, iman dan cinta.

Jawapan :

Bangunan wujud manusia terkerangka dari dua kekuatan besar dan agung, yaitu kekuatan akal dan cinta. Masing-masing dari kedua kekuatan ini memiliki peran penting dalam kehidupan manusia. “Akal” laksana pelita yang sarat dengan cahaya yang memendarkan cahaya pada kehidupan penuh liku dan mendaki manusia.
"Akal" bukan dari jenis kecendrungan dan minat, melainkan berfungsi mengarahkan pelbagai kecendrungan dan minat yang terdapat pada diri manusia dan dari performa akal semacam ini bersifat kalkulatif. Meski dalam terminologi Barat performa akal seperti ini memiliki makna yang lain.

Akal dalam pandangan Barat tidak digunakan kecuali kalkulasi angka, penambahan dan pengurangan, untung dan rugi. Fungsi akal dalam pandangan Barat pada tataran melayani syahwat dan pelbagai kehendak rendah manusia serta semata-mata dalam koridor duniawi.

"Isyq" (cinta ekstrem) adalah kecendrungan, inklinasi dan daya tarik yang terdapat pada diri manusia dalam kaitannya dengan sesuatu yang lain. "Iman" adalah pengakuan hati dan mengamini dalam batin dimana terealisirnya iman ini bergantung pada terealisirnya dua unsur asasi; yaitu isyq (cinta) dan terpuaskannya akal manusia.

"Qalbu" (hati) pada pemahaman umum masyarakat dan pada tulisan-tulisan para arif bermakna kebalikan dari "akal." Artinya bahwa akal yang dimaksud di sini adalah akal partikulir (aql juz'I) bukan akal universal (aql kulli,). Akan tetapi dengan merujuk pada ayat-ayat al-Qur'an, kita jumpai bahwa qalbu dalam terminologi al-Qur'an merupakan sentral pencerapan ilmu hushuli dan ilmu hudhuri dan juga merupakan sentral pelbagai afeksi. Karena itu yang dimaksud dengan kalbu dalam redaksi al-Qur'an adalah ruh dan nafsu manusia yang menjadi sumber kehidupan insani bukan kehidupan nabati dan hewani.

Dan yang dimaksud dengan "hati" yang maknanya merupakan kebalikan dari "akal" adalah dimensi ruh manusia yang melahirkan pencerapan syuhudi, hudhuri, afeksi dan cinta.




Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukurbkerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di Kluang hari ini.- Bernama

malaysiakini/-

Jualan minyak sawit ke Eropah tergugat

Mula-mula sekali isu kesihatan, kemudiannya alam sekitar dan kini minyak sawit terpaksa berdepan dengan kriteria kelestarian untuk diimport ke Eropah.

"Definisi kelestarian sedang diperluaskan. Kita bakal kehilangan bahagian pasaran sekiranya kita tidak melakukan apa-apa," kata ketua pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Mohd Basri Wahid kepada Bernama di Brussels baru-baru ini.

Basri merupakan sebahagian daripada anggota delegasi minyak sawit dan kayu ke Jerman dan Belgium baru-baru ini yang diketuai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Misi itu dianjurkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Perkayuan Malaysia (MTC).

Ia bertujuan, antara lain, untuk meningkatkan akses pasaran bagi produk minyak sawit dan kayu serta menyebarkan maklumat tentang usaha-usaha yang diambil berkaitan isu-isu kelestariannya.

Kesatuan Eropah (EU) telah menetapkan sasaran 20 peratus sumber tenaga boleh diperbaharui dalam penggunaan tenaganya menjelang 2020 dan biofuel dijangka menyumbang 10 peratus daripada tenaga boleh diperbaharui yang digunakan dalam sektor pengangkutan.

EU Renewable Energy Directive (peraturan arahan) yang menjangkakan kenaikan permintaan, menyediakan beberapa kriteria kelestarian, antaranya, pengeluaran biofuel perlu mempunyai minimum tabungan gas rumah hijau (GHG) 35 peratus pada 2010 apabila dibandingkan dengan bahan api fosil.

Menurut peraturan arahan itu, kawasan yang mempunyai bekalan karbon tinggi seperti tanah gambut atau kawasan dengan biodiversiti tinggi seperti kawasan hutan utama tidak boleh digunakan untuk pengeluaran biofuel.

Basri berkata, terdapat juga kriteria "penukaran penggunaan tanah tidak langsung" atau "iLUC".

"iLUC" merupakan kesan-kesan tidak disengajakan daripada pengeluaran lebih banyak karbon disebabkan penukaran penggunaan tanah ekoran pengembangan kawasan tanaman bagi pengeluaran biofuel, fenomena yang menghasilkan biomas di satu lokasi, manakala hutan hujan dimusnahkan di lokasi lain.

Peraturan arahan itu menuntut Suruhanjaya Eropah menyediakan satu laporan pada 2010 mengenai isu iLUC, menyemak semula kesan daripada biofuel, sama ada secara langsung atau menerusi pemindahan, di tanah yang berlaku aktiviti penukaran tanaman.

"Mereka menilai iLUC tanpa sebarang kajian yang lengkap," kata Basri.

Beliau berkata di bawah perkiraan EU, minyak sawit mempunyai tabungan pengeluaran karbon 19 peratus dan kacang soya 31 peratus, kedua-duanya di bawah had 35 peratus.

"Kita menyediakan data kita tetapi mereka tidak. Penyelidik saya pergi ke Brussels tetapi mereka (EU) tidak pernah mendedahkan (data mereka). Mereka mempunyai kata putus akhir," katanya.

Dilaporkan bahawa tabungan GHG bagi minyak sesawi ialah 38 peratus, minyak bunga matahari 51 peratus dan etanol tebu 71 peratus.

Basri berkata sasaran tabungan GHG EU akan dinaikkan perlahan-lahan daripada 35 kepada 60 peratus menjelang 2017, oleh itu mustahak bagi pengeluar Malaysia untuk memerangkap metana di kilang-kilang yang akan menunjukkan tabungan GHG yang lebih tinggi.

Beliau berkata kerajaan menyediakan pinjaman mudah bernilai RM1.2 bilion dan terpulang kepada industri untuk mengambilnya bagi menambah baik proses mereka.

"Jika ada sikap acuh tak acuh, jangan salahkan kami. Kerajaan telah melaksanakan bahagiannya dengan wang dan kini terpulang kepada sektor swasta," katanya.

Basri berkata Malaysia juga bekerjasama dengan Indonesia membentuk kumpulan kerja bagi membincangkan strategi bersama berkaitan dengan peraturan arahan EU itu.

Difahamkan bahawa kriteria kelestarian itu dilihat oleh industri minyak sawit di kedua-dua negara itu sebagai halangan perdagangan, terutamanya dicipta terhadap minyak sawit.

Beliau berkata EU mempunyai pendirian yang sama mahu memastikan pengeluaran minyak sawit yang lestari dan selepas ini, mereka perlu memikirkan perkara yang lain.

"Meskipun misi minyak sawit baru-baru ini menyaksikan menteri-menteri di negara terbabit memahaminya, namun mereka masih perlu mendengar daripada organisasi bukan kerajaan," katanya.

Basri berkata, sebagai contoh, seorang daripada menteri yang beliau temui yakin pengeluaran minyak sawit lestari tetapi menjadi tugas yang sukar untuk meyakinkan 26 negara lain dalam EU.

Bagaimanapun, beliau berkata ada orang yang faham dengan situasi tersebut dan berharap syarikat-syarikat Malaysia boleh menikmati insentif daripada kerajaan EU selepas mengesahkan minyak sawit lestari. BERNAMA

Malaysia kini/-

Keadaan Trafik Di Lebuhraya Utara-Selatan Sesak

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Keadaan trafik di beberapa bahagian di Lebuhraya Utara-Selatan pada hari Ahad sesak berikutan ribuan warga kota mula kembali ke ibu negara selepas cuti sempena perayaan Aidiladha Jumaat lepas.

Jurucakap Plus Expressways Sdn Bhd (PLUS) berkata kesesakan berlaku di Plaza Tol Pedas-Linggi ke kawasan Rawat dan Rehat (R & R) Seremban di KM266 sejak pukul 4 petang tadi.

"Trafik turut sesak di kawasan Gurun, Kedah, berikutan terdapat satu kemalangan di KM57. Begitu juga di Kuala Kangsar menuju ke R & R Sungai Perak kerana terlalu banyak kenderaan berhenti rehat di situ dan tidak dapat menampung jumlah kenderaan.

"Dekat terowong Menora antara Kuala Kangsar ke Ipoh Utara (kawasan Jelapang) juga sesak kerana kenderaan bergerak perlahan berikutan lorong mendaki di situ," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya kenderaan bergerak secara perlahan dari Gua Tempurung menghala Slim River disebabkan banyak kenderaan memasuki R & R Tapah.

"Warga kota mula pulang ke ibu negara setelah menghabiskan cuti Aidiladha kebanyakan dari arah utara. Bagaimanapun selepas persimpangan Slim River trafik bergerak lancar," katanya.

Beliau berkata pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik semasa bagi membantu mereka sebelum memulakan perjalanan boleh menghubungi Plusline dengan menelefon 1800-88-0000 yang beroperasi 24 jam.

-- BERNAMA

Pulau Pinang Timbang Ikut Langkah Selangor Haramkan Kursus BTN

BUKIT MERTAJAM, 29 Nov (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menimbangkan secara serius untuk mengikuti jejak langkah kerajaan negeri Selangor mengharamkan kursus Biro Tata Negara (BTN) kepada kakitangannya.

Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman berkata kerajaan negeri memandang serius cadangan anggota Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yussof bagi kerajaan negeri mengikuti langkah Selangor.

Usul cadangan itu dijangka dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri esok untuk kelulusan, kata Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan perdana Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang di Yayasan Aman, di sini pada hari Ahad.

Beberapa hari lalu, Yusmadi mencadangkan supaya kerajaan negeri mencontohi Selangor berhubung isu BTN dan mengulangi cadangan itu pada perhimpunan hari ini.

Sementara itu, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, sebuah sekretariat yang diketuai oleh Yusmadi akan ditubuhkan untuk mengumpulkan pandangan rakyat mengenai BTN, yang didakwa mengindoktrinasikan ideologi Barisan Nasional (BN).

Katanya, orang ramai yang mempunyai pengalaman dan pandangan mengenai BTN boleh mengemukakannya kepada sekretariat itu.

"Kita akan buat referendum mengenai perkara ini," katanya.

Terdahulu, Shamsul mengumumkan pelantikan barisan baru kepimpinan AMK Pulau Pinang.

Ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali dilantik sebagai ketua AMK negeri yang baru menggantikan Yusmadi manakala Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai timbalannya.

Ahmad Azrizal Tahir, Ong Chin Wen dan M.Muneswaran pula masing-masing dilantik sebagai Naib Ketua 1, 2 dan 3 manakala Syed Mikael Rizal Aidid sebagai setiausaha dan Philip Thor sebagai bendahari.

-- BERNAMA

Presiden MCA Tolak Deklarasi 1128

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menolak Deklarasi 1128 yang dipersetujui kumpulan penyokong Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam yang mahu pemilihan semula parti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ong menyifatkannya tuntutan deklarasi itu semata-mata mahu pemilihan semula parti itu diadakan segera sedangkan jika ia (pemilihan semula) mahu diadakan, ia perlu mengikut perlembagaan parti dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pusat (CC).

"Adalah penting bagi semua pihak mematuhi perlembagaan parti," katanya pada sidang media selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aidiladha 2009 kawasan Pandan di sini.

"Kalau kita sayang demokrasi dalam MCA, kenalah semua pihak akur kepada amalan ataupun akur kepada keputusan yang dibuat majoriti ahli CC, takkanlah yang majoriti ini kena tunduk kepada yang segelintir.

"Itu bukan caranya kita menguruskan parti atau demokrasi parti," jelasnya.

Persoalan sama ada mahu ditunda Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ataupun tidak hendaklah dirujuk kepada CC dan setahunya AGM itu akan tetap diadakan pada 5 Disember ini, kata Ong.

Mengenai dakwaan golongan yang menyokong Liow yang hanya mahu pemilihan baru diadakan untuk ahli CC dan tidak perlu bagi sayap Pemuda dan Wanita, Ong berkata, pemimpin di peringkat akar umbi mahu pemilihan diadakan serentak mengikut perlembagaan parti dan seperti mana yang telah dibuat UMNO.

Ong mendakwa semasa beliau berada di London baru-baru ini banyak fitnah dilemparkan terhadapnya mungkin kerana ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya yang mahu penyelewengan projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disiasat.

Katanya, beliau sedar ada banyak pihak yang mahu menjejas dan menghancurkan kerjaya politiknya tetapi demi untuk kebenaran beliau tidak akan mengalah. BERNAMA

mStarOnline/-