25 October 2009

SIDANG MEDIA ISU TERKINI PETANG INI.

KEPADA SEMUA RAKAN MEDIA :-

PAS Perak akan bermesyuarat pada petang ini, selepas mesyuarat selesai satu sidang media akan diadakan, dengan ini saya menjemput Saudara/Saudari untuk hadir pada sidang media yang dimaksudkan:-

Tarikh/Hari ; 25 Okt. 2009/Ahad
Jam : 5.45 Petang
Tempat : Pejabat PAS IPOH.

Sekian, harap maklum

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak.

Bajet sulung Najib: Macam ada tak kena

Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor

ANALISIS

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia � Kemakmuran Bersama'.

Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% - dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalty dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang 'populis' yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib tidak dapat mengel menyebutkan perkara itu dihujung penyampaian hampir 2 jam itu.

Itulah yang sangat-sangat beliau hajati. Tapi apakan daya kedudukan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan sedemikian. Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V, tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama-sekali. Parah dan ngeri juga buat dirinya, tambahan kalau-kalau berhampiran dengan musim pilihanraya.

Berlatarkan kesemua senario dan unjuran yang kurang senang dan tidak menentu ini, Najib terpaksa menelan nafsunya untuk bermewah atau bermegah secara melampau dengan pemberian subsidi, imbuhan atau penurunan cukai.

Sebaliknya, Najib terpaksa mendepani realiti pahit ini. Peruntukan wang sebanyak RM 191.5 bilion, yang meliputi perbelanjaan mengurus sebanyak RM138.3 bilion adalah penurunan sebanyak 13.7% dari tahun lalu (RM160.2 bilion, 2008). Malang pengurangan mengurus ini tidak dapat disalurkan kepada belanja pembangunan. Belanja pembangunan juga mengalami penurunan sebanyak 4.4% atau RM 51.2 bilion berbanding RM 53.6% pada tahun 2008.

Penulis sedia mengakui bahawa Najib telah cuba memberikan, seperti mana-mana bajet yang dibentangkan setiap tahun, pelbagai pemberian 'penyedap hati'. Terlalu panjang kalau mahu dibsenaraikan akan seanika dan segala pemberian kepada setiap kelompok rakyat, atau lebih tepat lagi pengundi, samada kepada pelajar universiti, petani, nelayan, kakitangan awam, pesara, golongan pekerja persendirian yang tak berpencen, kelompok ibu yang punya anak kecil, pelepasan diri kepada pembayar cukai, kelompok miskin tegar, orang asli, OKU dan banyak lagi. Benar, pelbagai jaringan keselamatan sosial boleh dilaksanakan untuk kelompok yang 'vulnerable' dan sensitif.

Tegasnya semua dapat. Tidak ada yang wajar mengkritik kerajaan. Sepatutnya bersyukur. Bagi golongan berfikiran mudah atau simple, apa lagi yang tak cukup yang diberikan Menteri Kewangan? Itu tidak termasuk segala peruntukan RM 9 bilion tentang projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar bandar/kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang.

Kesemua yang tersenarai di atas adalah perkara �regular� atau lazim dalam sebuah bajet. Bezanya hanyalah jumlahnya. Di segi itu, tidak ada yang luar biasanya bajet Menteri Kewangan ini. Sebab itu ramai yang tidak teruja dan tepukan dan sorakan tidaklah semewah yang dihajati pembentang. Malang.

Akan tetapi yang lebih merunsingkan ialah golongan yang lebih celik ilmu ekonomi dan kewangan yang menunggu-nunggu hingga ke hujung. Tegasnya, Menteri Kewangan membuktikan bahawa beliau hanya mampu memahami masalah namun tidak pula menampilkan penyelesaian.

Bahkan penyelesaian seperti yang disenaraikan di atas boleh sahaja dimuatkan dalam apa jua pembentangan Bajet. Sifatnya generik atau boleh sahaja digunakan dalam apa jua keadaan. Macam ubat generik seperti panadol untuk pening/sakit kepala. Tetapi sayugia diingatkan bahawa sakit kepala punya pelbagai puncanya? Mungkin juga migraine, stress, hipertensi atau lebih parah dari itu � kanser otak.

Begitu juga dalam hal perumusan belanjawan ini.

Najib mungkin mengenalpasti penyakit namun dalam banyak hal rawatan dan ubatnya gagal dipreskripsi.

Buat permulaan ambil sahaja isu 'Pergantungan kepada sumber Minyak'. Kalau sudah sampai ke tahap 43.5% pendapatan dari sumber minyak mentah, sayugia dingatkan kepada Najib, bahawa ekonomi negara ini masih lagi dikategori ekonomi tua atau 'Old Economy' yang berteraskan kepada sumber asli. Tepat sekali kerana sumbangan pendapatan lain juga turut bergantung kepada minyak sawit, getah, galian, kayu-kayan yang kesemua sifatnya tak boleh diperbaharui.

Sudah sampai masanya bahawa negara benar-benarnya beredar dari pergantungan kepada 'petroleum-based soucres' dan 'comodity-based sources' kepada teras yang lain yang menjadikan ekonomi kita tergolong dalam 'The New Economy' yang berteraskan kegiatan ekonomi yang sarat 'Knowledge' atau Pengetahuan.

Nampaknya ini hanya tinggal rhetorik dan impian untuk menjana �knowledge workers� adalah ungkapan molok pemimpin sewaktu seminar kerana sudah hampir sedekad lamanya istilah ini menjadi buah mulut pemimpin negara ini. Sejauhmana pencapaian di segi ini mampu kita banggakan? Penjanaan 'New Economy' juga dapat dibantu dengan 'internet connection' yang berkualiti di segi kelajuan. Tapi negara kita jauh kebelakang.

Kita beraleh kepada satu lagi mantra terkini yang kerap juga diulangsebut oleh pemimpin kerajaan terutamanya Menteri Kewangan sendiri. Dalam Bajet ini juga beliau mengulang sebut tentang membawa ekonomi negara ini dari 'Low-Income Economy' kepada 'High-Income Economy'. Benar bahawa ini adalah masalah kronik ekonomi negara ini. Benar juga kalau kita duduk di paras ini kuasa membeli dan permintaan domestik kita tetap tidak berupaya.

Pendapatan per kapita negara ini hanya RM15,819 setahun berbanding negara seperti Singapura atau Korea Selatan atau Taiwan yang 3 atau 4 kali ganda. Bajet ini hanya suka menyebutkan bahawa kita perlu menjadi ekonomi yang punya pendapatan tinggi, tetapi tidak jelas cara, kaedah dan pendekatan untuk menuju ke matlamat tersebut. Najib lebih tahu masalah dari penyelesaian. Mungkin juga kerana ini bajet sulungnya.

Tambahan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak punya ketrampilan, maka negara akan kekal dengan kegiataan nilai-tambah yang rendah dalam sektor pertanian dan pembinaan. High-Income Economy bermula dengan memperkasa pembinaan modal insan yang bebas dan kreatif serta digalakkan dengan iklim kebebasan yang mampu akses maklumat dan hak berkarya. Kesemua iklim tersebut adalah memerlukan kepimpinan yang memahami erti kebebasan dan kemerdekaan serta menghayatinya.

Najib meletakkan harapan yang tinggi kepada sektor swasta untuk memacu pertumbuhan kerana pihak awam (G-factor) tidak lagi mampu menjana pertumbuhan kerana terhalang dengan defisit melebar dan beban hutang yang menimbun. Najib memberitahu bahawa FDI jatuh ke paras yang teruk, RM3.36 bilion dari RM 19.7 bilion tahun lepas.

Apakah sebab utama pelaburan asing langsung tidak merasakan negara ini menarik? Apakah sebab yang diberikan oleh kajian World Economic Forum ketika Malaysia lucut 3 tangga? Disamping faktor keselamatan dan jenayah, utama ialah tanggapan 'institutional framework' yang bermasalah. Apakah SPRM atau MACC, MCMC, SPK, SPR, Institusi Judisiari atau Kehakiman? Mampu kah kerajaan merangsang pihak swasta untuk menjana pertumbuhan?

Mampukah kerajaan memujuk syarikat-syarikat milik orang malaysia yang beroperasi di luar negara dan negara jiran untuk pulang? Mengapa mereka selesa di luar bahkan khuatir untuk beroperasi di negara ini? Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin BN/Umno, namun penyelesaian tuntasnya adalah melewati kaedah meliberalisasi segala-galanya. Jangan terlalu ghirah.

Perlu ada kesediaan untuk menerima bahawa polisi-polisi Umno/BN-sentrik dan amalan patronage-kronisme Umno/BN telah menjadika negara kehilangan daya-saing sebenarnya. Penswastaan telah membebankan dan tidak mengurangkan kos kepada pembayar cukai dan perkhidmatan yang mahal dan dana rakyat ranap kerana kerajaan melakukan 'bail-out' dan memberi subsidi kepada pihak swasta seperti IPP dan pemegang konsesi Tol dan Air. Apakah akan berlaku gelombang penswastaan kedua?

Bajet telah dibentangkan. Harapan rakyat tinggi menggunung untuk mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Telah acapkali rakyat dikecewakan. Kali ini Najib memohon untuk di berikan 'Benefit of Doubts' bersangka baik oleh rakyat. Bagi melindungi kepentingan dan kemaslahatan rakyat, pemimpin Pakatan wajar terus menyemak-imbang pengurusan dan tabiat buruk pemimpin Umno/BN bagi melindungi kemaslahatan semua dan mengangkat dayasaing negara.

Bajet besar tapi gagal lahir manusia berakhlak

Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 24 Okt: Walaupun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2010, namun gagal melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana mereka yang menjalankan tugas sebagai pemimpin kerajaan tidak melaksanakannya dengan betul.

"Belanjawan (Bajet 2010) besar, duit banyak, tapi (kerajaan) yang jalankan tugas tak betul, punca gagal untuk melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman," ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bagi Mengisi Tabung Pembinaan Madrasah Darul Iman (MDI) di sebuah resort di sini, malam tadi.


Turut berucap ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hadir sama pada majlis yang diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid In-Team itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ringkas Bajet 2010 dengan peruntukan RM191.5 bilion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, petang semalam.

Abdul Hadi yang juga Penasihat PAS negeri menambah, kegagalan melahirkan manusia yang berguna itu berpunca daripada kerajaan meninggalkan perintah Allah.

Sehubungan itu, beliau menggesa para hadirin supaya melibatkan diri dengan usaha mendirikan pusat pengajian Islam bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada Allah.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah MDI, Ahmad Maarof Ismail memberitahu, pihaknya dapat mengumpul sekitar RM100,000 melalui majlis yang diadakan itu.

Namun begitu, katanya, pihak MDI masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi menyiapkan pembinaan bangunan empat tingkat di Kampung Titian Baru, Marang yang berharga lebih RM1 juta.

Tambahnya, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai bolehlah memasukkan terus ke dalam akaun MDI melalui Bank Islam yang bernombor 13017010809543 atau BSN bernombor 1111541000024903_

Bajet 2010: Apakah Pandangan Islam?

http://jemaah-islam.blogspot.com

Hari ini ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu pembentangan bajet 2010. Ramai yang mengharapkan bonus bagi sektor awam dan pelbagai spekulasi yang berlegar sebelum ini terjawab. Datuk Seri Najib memulakan pembentangan bajet dengan memetik surah Az Zukhruf ayat 32 dengan menekankan bahawa bajet ini adalah amanah yang diberikan yang wajib beliau tunaikan. Ketika artikel ini ditulis, masih terlalu awal bagi saya mengemukakan pandangan-pandangan tokoh mengenai bajet. Tetapi sebagaimana tahun-tahun yang sudah, samada pendangan yang memuji mahupun yang mengkritik masih dalam kerangka bajet dalam ideology kapitalisme.

Bajet adalah pernyataan ekonomi dan kewangan utama yang dibuat setiap tahun. Di Britain, ia disedikan oleh Canselor dar Jabatan Exchequer untuk dibentangkan di Parlimen. Sejak 1698, menjadi satu amalan bagi Canselor untuk membentangkan bajet pada musim bunga atau kebiasaannya pada minggu keempat bulan Oktober. Sehingga hari ini menjadi budaya bagi mereka yang dididik sebagai pengamal ekonomi kapitalisme untuk menyusun bajet sedemikian rupa dan Menteri membentangkannya untuk 2/3 kelulusan di Parlimen.

PANDANGAN ISLAM TENTANG BAJET

1) Amalan membentangkan bajet untuk kelulusan cabinet adalah tatacara penggubalan hukum dalam system demokrasi. Sedangkan dalam system khilafah Islamiah, khalifah boleh meminta input dan pandangan majlis ummat (majlis syura) tetapi tidak perlu mendapat kelulusan. Majlis ummat sekadar bertanggungjawab memuhasabah jika khalifah tidak mengamalkan perbendaharaan yang selari dengan hukum Islam.

2) Segala bentuk sumber pendapatan, hak pemilikan dan pengagihan dalam bajet 2010 adalah sama sekali bertentangan dengan fiqh amwal fil Islam. Bentuk bajet yang dibentangkan adalah dirangka berdasarkan system ekonomi kapitalisme dan sama sekali tiada persamaan dengan sumber pendapatan dan kewangan dalam Islam. Kapitalisme mencipta sendiri hukum pendaatan Negara dan perbelanjaan, sesuai dengan aqidah sekular. Ini bercanggah dengan Firman Allah swrt:

“Maka demi Tuhan mu, mereka sekali-kali tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan antara mereka.” (An Nisa’ 65)

Sabda Rasullulah saw:

“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ianya pasti tertolak” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dalam Shahih Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata:

“Saya sedang sakit, kemudian saya dijenguk oleh Rasulullah saw bersama Abu Bakar. Mereka dating untuk menjenguk ketika saya dalam keadaan saya tidak sedarkan diri. Pada masa itu, baginda berwudhu dan mengalirkan air wudhunya kepada saya, kemudian saya tersedar. Saya bertanya, “ Wahai Rasulullah, bagaimanakaha caranya saya mengambil keputusan tentang harta saya?” Baginda tidak meberikan jawapan sehingga turunlah ayat tentang harta waris.

Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa segala bentuk hukum wajib diambil secara rinci berdasarkan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan bukannya mengambil sumber hukum dari ideologi kufur seperti kapitalisme hari ini.

3) Secara purata, 70 peratus sumber pendapatan yang dibentang dalam bajet adalah bersumber dari cukai langsung mahupun cukai tidak langsung. Walhal cukai tersebut adalah jelas haram di sisi Islam. Rasulullah saw bersabda:

“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Al Hakim)

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (Hadith Riwayat Ahmad)

“Sekiranya kami menjumpai pemungut cukai sempadan, maka bunuhlah dia” ( Hadith Riwayat Ahmad)

4) Tindakan mengenakan cukai akan menyebabkan kenaikan harga barang. Ini adalah sangat jelas haram berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar:

“ Sesiapa sahaja yang mencampuri urusan harga kaum Muslimin untuk menaikkannya, maka sesungguhnya Allah swt berhak untuk menempatkannya dalam api neraka pada hari kiamat kelak:

5) Bajet ini tidak membezakan antara bentuk kepemilikan individu, umum dan Negara sebagai mana yang dijelaskan Islam. Akibatnya, Negara merampas harta yang secara syar’inya adalah kepemilikan umum mahupun kepemilikan individu. Rasulullah saw bersabda:

“Harta seorang Muslim tidak dihalalkan (bagi orang lain), selain mengikut kerelaan hatinya”

“Harta setiap Muslim, kehormatannya dan darahnya diharamnkan bagi Muslim yang lain” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Antara contohnya, hak milik umum seperti petroleum menjadi hak milik konsesi Petronas, wang rakyat digunakan bailout syarikat berkepentingan dan cukai dari pendapatan kita.

6) Penafian pendapatan negara yang yang tunjukkan oleh A Quran dan Sunnah seperti jizyah, anfal, ghanimah, kharaj, usyur, fa’I dan rikaz. Inilah pendapatan yang wajib diambil dan diusahakan oleh negara tetapi telah dinafikan dalam system sekular demokrasi hari ini.

7) Pendapatan negara yang bersumberkan riba’ dan menyuburkan riba. Riba’atau nama lainnya faedah/interest merupakan antara sumber pendapatan utama dalam bajet. Pakej-pkej raangsangan untuk memastikan sector perbankan yang berasaskan riba’ terus anjal.

لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّباَ وَمُوْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ, وَقَالَ: هُمْ سَوَاءٌ

“Rasulullah saw melaknat orang memakan riba, yang memberi makan riba, penulisnya, dan dua orang saksinya. Belia bersabda; Mereka semua sama”. (HR Muslim)

JIKA CUKAI DAN RIBA HARAM, JADI APAKAH SUMBER PENDAPATAN NEGARA ISLAM?

Islam menjelaskan hak kepemilikan kepada 3 bahagian, iaitu:

a. Harta milik negara

b. Harta milik umum

c. Harta milik inidvidu


a. Harta Milik Negara

Allah telah menjelaskan kepemilikan milik negara adalah

i. Ghanimah dan Anfal (Rampasan harta dari perang)

Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anfal. Katakanlah bahawa anfal itu untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal :1)

Dan ketahuilah bahawa sesunggunya dari ghanimah yang kamu sekalian peroleh, maka seperlimanya untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal : 41)

ii. Fa’I (Harta Rampasan tanpa berperang)

Dan apa saja fa’I yang diberikan Allah dan Rasulnya (dari harta benda)mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kuda pun dan tidak pula seekor unta pun, tetapi Allah yang member kekuasaan kepada RasulNya terhadap siapa yang dikehendaki- Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al Hasyr :6)

iii. Kharaj – hak kaum Muslim ke atas tanah kharajiah (seluruh wilayah yang Islam masuk dengan jalanj jihad kecuali Makkah). Ia adalah berdasarkan ijma’ suquti para sahabat terhadap tindakan Umar ketika menjadi khalifah yang tidak membahagi-bahagikan wilayah khaibar.

a. Kharaj Unwah (Kharaj Paksa)

b. Kharaj Sulhi (Kharaj damai)

iv. Usyur – hak kaum muslimin terhadap tanaman di tanah usyuriah (wilayah ummat Islam yang tersebar dengan jalan selain jihad seperti Malaysia).



v. Jizyah – cukai ke atas kaum kafir dzimmi yang tinggal dalam Khilafah Islam.



“ Sehingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedangkan mereka dalam keadaan tunduk” (At Taubah : 29)



vi. Khumus dari Rikaz – galian yang yang terhad

vii. Harta kelolaan negara (marafiq) – harta-harta dan apa-apa yang dikelolakan oleh negara seperti perkhidmatan bas, pos dan sebagainya.

viii. Dharibah – harta yang diambil dari orang Islam dan mampu sahaja sekiranya seluruh dana yang ada habis atau tidak mencukup.



“keluarlah kalian dalam keadaan ringan mahupun berat. Dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Itulah yang lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui” (At Taubah : 9)

ix. Zakat

x. Harta ahlu riddah (orang murtad) dan harta tanpa tuan.

b. Harta Milik Umum

Harta milik umum adalah harta yang ditetapkan oleh Syar’ (Allah) sebagai milik bersama kaum Muslim. Ia tidak boleh dijadikan milik negara dan tiada ada mana-mana individu atau syarikat yang berhak memonopolinya.

Harta jenis ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis, iaitu:-

i. Keperluan yang diperlukan oleh ummat dalam kehidupan seharian. Sabda Nabi

“ Ummat Islam berkongsi tiga perkara iaitu air, oasis dan bahan api”



ii. Harta yang keadaan asalnya terlarang bagi mana-mana individu memilikinya seperti kaabah, mina, masjid, jalan raya dll. Sabda rasulullah saw:

“Mina adalah milik orang-orang yang lebih dahulu sampai”

“Kalian dilarang duduk di jalan-jalan umum”

iii. Seluruh bahan galian yang bersifat tidak terbatas atau istilaf fiqihnya ma’al idd (air yang mengalir) seperti besi, timah, petroleum, gas dan bahan-bahan sumber alam yang bersifat sedemikian. Diriwayatkan oleh Abidh bin Hamal al Mazaniy

Sesungguhnya dia bermaksud meminta lombong gram dari Rasulullah. Maka baginda member kepadanya. Semasa baginda memberikannya, berkata seorang lelaki yang ada pada majlis tersebut, “ Apakah engkai mengetahui apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya apa yang telah engkai berikan itu adalah laksana air yang mengali (ma’al idd)”. Lantas baginda bersabda, “ (kalau begitu) tarik kembali darinya”.

C. Harta hak individu

Adalah harta yang dimiliki oleh individu yang diperolehi secara sah. Adalah haram bagi mana-mana pihak merampasnya.

Inilah penjelas ringkas sumber pendapatan negara Islam, yang telah ditunjukkan oleh Al Quran, ditunjukkan oleh Rasulullah dan diamalkan oleh khulafaur rasyidin. Ia sama sekali berbeza dengan mana-mana budget negara kapitalisme hari ini termasuk budget 2010 yang dibentang siang tadi. Ia merupakan suatu kewajipan yang wajib kita lakukan. Tanpa wujudnya khilafah, hukum amwal ini akan hanya jadi hukum yang bersawang tanpa perlaksanaan.

Kesimpulan

Dunia hari ini diatur menggunakan ideology kapitalisme. Sekularisme adalah aqidah bagi ideology, demokrasi adalah system pemerintahannya dan kapitalisme adalah system ekonominya. Bajet yang dibentangkan hari ini adalah sebahagian dari apa yang diajar oleh ideology kapitalisme. Ia bertentangan sama sekali dengan fiqh amwal dalam system ekonomi Islam. Akibat dari kehancuran system khilafah Islamiah , system pemerintahan Islam dan juga ekonomi sama-sekali tidak terlaksana dalam kehidupan hari ini. Maka, sumber pendapatan dan perbelanjaan yang jelaskan oleh Islam sama sekali dipraktikkan. Inilah yang membawa kesengsaraan kepada ummat dunia hari ini. Marilah sama-sama kita berdakwah untuk mengembalikan system khilafah Islam agar hukum seluruh hukum syara’ dapat dilaksanakan.


وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ

بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ


Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al Maidah :49-50)

DUN Perak Darul Ridzuan

Email Pembaca :-

Saya, Mohd Hayat Bin Elias, ingin membawa kepada perhatian Yang Berhormat agar memaklum dan mendesak Pakatan Rakyat Perak agar meneliti daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Perak.

Menurut sumber, tempoh bantahan sedang berlangsung. Seperti yang kita maklumi, daftar pemilih tidaklah bersih. Lantaran hakikat yang demikian, PR Perak hendaklah menugaskan cadre-cadre, tugasawan/petugas, sukarelawan dan pekerja parti serta penyokong agar membuat semakan daftar pemilih dan membantah terus jika ada keraguan dan percanggahan.

Masa kini telah menunjukkan bahawa PR sedang ada masalah dalaman parti, ganguan politik SPRM, polemik Belanjawan 2010 dan yang mungkin berlaku huru-hara haru-biru dalam sidang 28 Oktober 2009 nanti. Sibuk dengan hal lain maka tumpuan untuk hal yang penting ini telah terabai.

Saya ingin membawa kepada perhatian YB dua entri daripada 2 buah blog terpilih.

Sila layari segera. Tolonglah, saya merayu agar YB bertindak segera.

http://cenangau.blogspot.com/2009/10/pilihanraya-dun-perak-bn-menang-kotor.html
http://tulahan.blogspot.com/2009/10/pilihanraya-dun-perak-bn-menang-kotor_24.html

Sekian e-mail saya.

Gempa Bumi Berukuran 6.0 Skala Richter Berlaku di Papua Barat, Indonesia

Provinsi Papua Barat, Indonesia dilanda gempa bumi berukuran 6.0 skala Richter malam tadi.

Menurut maklumat laman web Agensi Kaji Cuaca, Iklim dan Geofizik Bumi Indonesia, gempa bumi ini berlaku pada pukul 20.15 waktu tempatan. Pusat gempa bumi ini terletak di kawasan perairan 13 kilometer dari tenggara bandar Manokwari Provinsi Papua Barat. Agensi tersebut masih belum memberi amaran tsunami.

Pegawai dari Pusat Pengendalian Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan mengenai kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Samseng diupah kawal sidang DUN Perak?

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.

"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya.

Solusi isu 13 membina Mukmin Profesional

Mukmin Profesional menjadi fokus Solusi isu 13. Akan ada dalam pasaran pada akhir bulan ini. Mereka yang sudah biasa dengan keluaran yang lalu, jangan ketinggalan dengan isu ini kerana fokusnya banyak membuka mata dan hati umat Islam ke arah menjadi mukin yang berkualiti. Anda yang belum pernah memiliki dan membacanya, sila dapatnya di kedai-kedai di sekitar anda.

Anda juga boleh melanggan dengan mengisi borang yang boleh anda cetak seperti yang disediakan dalam blog ini.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Terkini : Ds. Nizar dan rombongan Pemuda Pakatan cuba dihalang untuk ke Pulau Pangkor.

LUMUT 3.15 pm : Kawalan ketat pihak polis berlanjutan kepada program sebelah petang yang dijadualkan di Pulau Pangkor petang ini. Ds. Nizar dan Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat Perak serta Ust. Azman Shafawi dihalang untuk ke Pulau Pangkor melalui feri biasa yang mengangkat penumpang ke pulau itu.

Ds. Nizar juga antara yang dihalang dan akhirnya dapat menaiki feri setelah menunggu beberapa ketika.

Selain itu, Pemimpin Pemuda yang lain kebanyakannya terpaksa menaiki bot nelayan yang disewa khas dari Teluk Batik ke Pulau Pangkor.

Didapati Ketua Polis Lumut dan puluhan polis mengadakan kawalan ketat di jeti feri petang ini.

Inilah suasana yang mewarnai Program Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak hari ini. Kawalan yang melampau dan melanggar hak asasi warganegara Malaysia yang dibenarkan bergerak dan berhimpun secara aman.

Program Pemuda PR diganggu oleh Polis

LUMUT : Program Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak tetap mendapat sambutan lebih 2,000 orang Pemuda PAS, PKR dan DAP walaupun mendapat kawalan ketat dan halangan yang melampau oleh pihak Polis pagi tadi-demikian jelas Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Ustaz Akmal Kamaruddin ketika ditemui selepas majlis perasmian yang bersejarah itu.

Jelasnya lagi lebih separuh rombongan pemuda yang datang dari seluruh pelusuk negeri Perak terpaksa berpatah balik akibat sekatan Polis itu. Malah terdapat bas muslimat dari Bagan Serai yang tidak sampai ke tempat program, jelas beliau.

Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak itu telah disempurnakan oleh Ds. Nizar Jamaluddin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak,Ust. Abu Bakar Hussain, Pengerusi DAP Perak,Dato' Ngeh Khoo Ham, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat,Ust. Azman Shapawi dan semua Pemimpin Tertinggi Pemuda PAS, DAP dan PKR Negeri Perak.

"Rencana awal himpunan diadakan disebuah padang, setelah itu dipindah kesebuah tokong di Lumut dan terakhir diadakan di Markaz bt.8 Lekir kerana mendapat halangan dari Polis.

Ust. Akmal juga melahirkan kekesalannya kerana pada 12hb Okt lalu Pemuda Umno melakukan konvoi dan perhimpunan tetapi tidak diganggu oleh polis malah dikawal pula, ini sikap double standard yang tidak sepatutnya dilakukan oleh polis." Jelas beliau dengan nada kesal.

Beliau menjangkakan sekiranya tidak dihalang, diperkirakan lebih 5,000 pemuda akan hadir.

Sidang 28hb Okt : Nizar dedah rencana jahat BN

Ds. Nizar didampingi oleh Dato' Ngeh dan Speaker V.Sivakumar merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat hari ini.

LUMUT,24 Okt :- Sidang pada 28hb Oktober ini kami diberitahu oleh orang dalaman yang rapat dengan kami bahawa bentara lama telah diberhentikan dan dilantik 15 bentara baru dari kalangan samseng Umno, demikian penegasan MB Perak Pakatan Rakyat, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak di Markaz PAS bt8 Lekir disini pagi tadi.

Katanya jika ini berlaku besar kemungkinan katanya dengan alasan kami akan buat kecoh,mereka merancang selamatkan Adun BN dan mengunci bilik dan melanyak kami.

"Kami hanya boleh masuk jam 10 pagi, sebenarnya nak masuk bila-bila masa kepada Adun. Keselamatan dikatakan tidak membenarkan Adun bawa rakan, kamera dan perakam video. Mereka nak mengekalkan kerajaannya dengan apa cara sekalipun " kata Ds. Nizar.

Mesra berbincang sambil duduk bersila Ds. Nizar,Dato' Ngeh,Drs. Khalil dan YB Chan Lih Kang berbincang sesuatu selepas acara perasmian.

"Ganesan tidak ada kuasa panggil sidang. Kami datang sebab Speaker Sivakumar panggil. Kami pertikaikan perlantikan Ganesan, dia juga tidak meletakkan jawatan peguam yang sah sehingga 7hb Ogos,dia tidak ada intergriti untuk memimpin DunPerak.." kata Ds. Nizar lagi.

Beliau juga mengulangi komitmen semua Adun Pakatan Rakyat untuk hadir sidang walaupun kami diugut oleh Zambry dan PM 1 Malaysia.

Dalam sidang akhbar yang sama, Exco Kerajaan PR Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham menjelaskan keputusan Mahkamah Speaker Sivakumar mendapat perintah memeriksa keputusan SPR tidak membenarkan pengundian di Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, ini bermaksud ketiga-tiga mereka bukan Adun termasuk Hee yang mempengerusikan pelantikan Ganesan lagi tidak sah, haram seharamnya.

Sekitar Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak

DS.Nizar didampingi oleh ADUN Pakatan Rakyat yang lain semasa memberi kenyataan media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat hari ini di Lumut.