24 October 2009

Nik Aziz : berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti

KOTA BAHARU, 23 Okt :-Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: �"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

�Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.-- BERNAMA

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
http://www.blogtokguru.com/

Latarbelakang:

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya.

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Intipati bajet sulung Najib

Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA

Mangsa banjir lumpur Lenggong :Nyaris maut, bersyukur kepada Allah

YDP PAS Lenggong (tengah) melawat mangsa terlibat.



Oleh Mohd Syamil Azhar

LENGGONG: "Saya bersyukur kerana dapat menyelamatkan ibu saya, Rashidah Mahmud, 72, yang mengalami sakit lutut ketika air masuk dalam rumah dan naik dengan pantas.

"Dapat menyelamatkan nyawa lebih penting, walaupun Toyota Unser dan motorsikal Modenas Karisma serta beberapa barangan elektrik lain tidak berjaya saya selamatkan," kata Ishak Mansor, 44, yang turut menjadi mangsa banjir lumpur di Kampung Sumpitan dekat sini dua malam lepas.

Ishak yang tinggal bersama isteri, Zubaidah Ahmad, 45, ibunya dan tiga anak mereka, Mohd Asnawi, 11, Mohd Aizat, 10 dan Nurul Azliza, 7, berkata kejadian banjir kali ini yang paling teruk setakat ini dan paling pantas airnya naik, menjadikan seluruh penduduk terbabit kelam kabut.

Katanya, semua barangan perabut dan barangan elektrik yang berada di tingkat bawah rumah tidak sempat diselamatkan, kecuali televisyen, peti ais, komputer riba dan komputer peribadi serta peralatan sekolah anak-anak.

Dalam kejadian banjir sehingga air naik ke paras tertinggi 1.5 meter itu, katanya antara barangan yang tidak berjaya diselamatkan termasuklah beberapa buah buku teks anak-anaknya yang dihanyutkan air deras.

Dalam kejadian banjir kali ketiga, dan kali kedua paling teruk itu, lebih 30 buah rumah, malah didakwa lebih 50 buah dan lima kedai dinaiki air yang membawa lumpur akibat limpahan air Sungai Temelong selepas hujan lebih tiga jam di bahagian hulunya.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong yang menghantar sepasukan anggotanya ke lokasi kejadian, terpaksa menggunakan motorbot untuk menyelamatkan mangsa.

Ketua balai, Zainuddin Mohd Nordin, berkata pihaknya menerima aduan jam 8.02 minit malam dan terus bergegas ke tempat kejadian bersama lapan anggota dengan sebuah motorbot.

"Kami berjaya menyelamatkan sekeluarga tujuh beranak daripada menjadi mangsa banjir ketika air sedang naik dengan pantasnya.

"Dengan mengambil mangsa selama 15 minit tujuh sekeluarga terbabit berjaya dibawa pindah ke rumah saudara mereka yang berada di kawasan selamat," katanya.

PAS Lenggong bantu mangsa banjir lumpur

Razman (berkopiah puteh) turut membantu membersihkan beranda sebuah rumah mangsa banjir di Kampung Sumpitan, Lenggong.



Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria adalah pemimpin politik pertama yang melawat kejadian banjir lumpur di kampung sumpitan dekat sini malam Jumaat lalu.

Malah beliau pemimpin yang memberikan kerjasama sepenuhnya bersama kira-kira 30 pemuda dan ahli PAS, termasuk pasukan Unit Amal Batu Kurau, Kampung Gajah, Kuala Kangsar, Tanjong Malim, Gerik dan lain-lain membantu membersihkan rumah-rumah mangsa.

Pada sebelah malamnya (Jumaat lalu), selepas air mulai surut kira-kira jam 10,30, beliau sempat melawat beberapa rumah mangsa, manakala awal pagi Jumaat hingga sebelah petangnya beliau orang yang bertanggungjawab memimpin gerakan membantu mangsa membersihkan rumah masing-masing.

"Saya bersama beberapa rakan sampai ke Kampung Sumpitan kira-kira jam 8 malam, bagaimanapun kerana keadaan paras air terlalu dalam serta deras, kami tidak dapat memasuki kawasan perumahan.

"Setelah air surut baru kami dapat melawat beberapa rumah mangsa dan berjaya masuk ke tengah kampung," katanya.

Razman berkata, pada pagi Jumaat beliau sekali lagi ke kampung itu bersama kira-kira 30 sukarelawan untuk membantu penduduk membersihkan rumah-rumah mangsa banjir lumpur itu.

Katanya, mereka dapat membantu membersihkan lumpur yang penuh di atas lantai di dalam rumah dan melahirkan rasa gembira kerana seluruh penduduk menerima kehadirannya bersama sukarelawan lain.

Ditanya mengenai kekerapan kampung itu dilanda banjir akibat limpahan air Sungai Temelong yang mengalir di tengah-tengah kampung itu, beliau berkata pihak-pihak berkenaan perlu membuat kajian yang mendalam bagaimana mengatasinya.

"Kajian yang mendalam perlu dilakukan bagaimana kaedah terbaik mengatasinya, kerana sekiranya jutaan ringgit dilonggok pun, tetapi projek yang dilaksanakan tidak memberikan kesan, tidak berguna juga.

"Sekiranya kaedah melebar dan mendalamkan sungai itu, yang telah banyak kali dilakukan tidak juga memberi kesan, lebih baik mencari alternatif lain,' katanya.

Razman berkata, sekiranya RM200,000 dibelanjakan untuk mendalam dan melebarkan sungai itu, tetapi kesannya tidak ada, malah semakin memburukkan keadaan, lebih baik wang itu digunakan untuk membina rumah mangsa.

Katanya, dengan belanja sebanyak itu mungkin 10 buah rumah mangsa berjaya didirikan di kawasan selamat daripada terus menjadi mangsa banjir, di mana dalam masa lima tahun 50 buah rumah berjaya diselamatkan.

Beliau juga menggesa kerajaan negeri memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tanpa memilih bulu, sebaliknya semua mangsa sewajarnya menerima peruntukan daripada wang rakyat itu.

Dalam kejadian mulai jam 6.30 petang hingga jam 10.30 malam itu, lebih 50 rumah serta 5 kedai dinaiki air separas antara 0.5 meter hingga 1.5 meter selepas hujan lebih 3 jam di bahagian hulu sungai.

Kejadian itu merupakan kali ketiga dan paling teruk berlaku pada tahun ini selepas dua kali dalam bulan mei lalu.

Berhala Dalam Diri

Oleh : Nash Ar-Rawy

Ramai yang tidak menyangka ‘Berhala” bisa ada dalam diri; sebagaimana tidak menyangka cempedak jadi nangka atau penemuan baru : cempedaknangka. Kalangan politikus , ramai yang tanpa menyedari bahawa ‘Berhala” sudah ada dalam diri. Antaranya, yang berani dan celupar menyatakan ; Hudud tiada sesuai di zaman siber dan kalau di potong tangan dan kaki; nanti bisa buat sup. Ini semua adalah persendaan terhadap Yang Empunya Global dan Yang Empunya Hukum selaku ‘The Absolute Law Giver “. Percakapan ini adalah bicara ke-Berhala-an dalam diri; kerna menolak ke-Tuhan-an dalam perundangan ; lantaran ke-Tuhanan-an tiada lagi di dalam hati dan diri.

Menolak rasuah , tidak salahguna kuasa , pangkat dan kedudukan adalah amalan ke-Tuhan-an dan disebaliknya adalah amalan ke-Berhala-an. Perasuah adalah perilaku ke-Berhala-an dan menentang amalan rasuah adalah syaksiyyah ke-Tuhan-an dalam diri kendiri; yang beriman , bijaksana dan muttaqin ( bertakwa)

Justeru itu, melantik , memilih dan mengundi calun perasuah sebagai wakil rakyat atau bersubahat untuk memenangkannya adalah perbuatan ke-Berhala-an yang nyata kerna prinsip ke-Tuhan-an menyatakan pemberi dan penerima rasuah ; kedua-duanya masuk neraka.

Ke-Tuhan-an bererti bukan menjadi Tuhan tetapi ke Tuhan itu menuju ke Tuhan. Sementara, ke-Berhala-an bererti berhala ada dalam diri kerna menuju ke “ Berhala”; apabila tepuk dada tanya selera bukan tanya iman. Hadis nabi menyatakan : “ Tiada beriman bagi orang yang tiada berakhlak “ Hadis ini dituju kepada semua termasuk, ustaz, guru, ulamak , Tok Guru dan orang awam ; jika tiada berakhlak maka hilanglah iman. Justeru itu, mestilah ada : Iman , Islam dan Akhlak ; kerna akhlak itu terbitan daripada Iman ( di dalam diri ) dan dibuktikan dengan Islam iaitu penyerahan diri pada ‘Dia’ di dalam segala tingkah laku , perbuatan. dan syaksiyyah diri

Tingkahlaku yang jahat lagi mengkufuri atau menentang dan mengingkari perintah Tuhan dan berakhlak buruk dan keji walaupun di kalangan ilmuan yang professional dan guru agama adalah tingkahlaku ke-Berhala-an dalam diri. Anologinya mudah sekali untuk difahami . Siapakah itu iblis ? Bukankah sebelum itu dikenali sebagai azazil; ‘Tok Guru’ di langit yang dipergurui oleh para malaikat ketika itu! Ertinya , ke-Berhala-an dan ke-Tuhan-an bisa berlaku di mana-mana dan bisa menjadi pencetus diri dalam diri mana-mana manusia tanpa mengira derajat dan kedudukannya dalam masyarakat . Mau ke mana kamu ? ke Tuhan atau ke Berhala ?

Jangan sandiwara diri kerna ; diri terperi dan diri kamu sebenar yang di dalam itu ; akhirnya akan di ketahui khalayak juga apabila diri yang sebenarnya terserlah dengan akhlak yang buruk yang tidak mencerminkan iman dalam diri. Songlap wang zakat fitrah , Tabung Haji, Bank Islam , adalah antara contoh berlakunya ke-berhala-an yang ketara sekali pada institusi yang dihormati dan kepercayaan masyarakat.

Salahgunakuasa , ‘selective punishment’ dan penyewengan yang sering berlaku dalam SPR, mahkamah, PDRM ,ISA peguam negara dan SPRM yang menjadi kuda tunggangan untuk menjamin kesinambungan talian hayat UBN adalah kerna elemen-elemen ke-Berhala-an yang bertapak di dalamnya. Justeru itu , UBN samasekali tiada berani meletakkan institusi –institusi tersebut di bawah kuasa parlimen ‘yakni di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong bukannya di bawah manipulasi dan salahguna kuasa PM. dan thoghut ke-Berhala-an UBN di peringkat makro ke-Berhala-an di dalam sistem pemerintahan sekular nasionalis/SMS(SATU MALAYSIA SEKULAR)

Di peringkat mikro ke-Berhala-an adalah pada diri individu itu sendiri. Sikap sombong , bongkak , ria’ , ‘ujud , takabur , dengki , dendam, kesumat dan adudomba , memfitnah orang ; adalah antara ciri ke-Berhala-an di dalam diri. Maksiat batin dan syirik kahfi mengkahfi ini hendaklah di buang dan dikikis-habis sifat-sifat mazmumah yang keji dan tercela ini dengan sifat –sifat mahmudah; yakni yang baik , suci murni dan terpuji.

Diri yang di dalam adalah pada asalnya suci , bersih dan murni kerna roh itu suci dan datang daripada Penciptanya Yang Maha Suci. Justeru itu, mengapa harus kamu mengotori diri kamu ? Mengapa harus dibiarkan ke-Berhala-an itu bertapak dan menjadi parasit dalam diri kamu. ? Jangan sehingga ibarat kata ; pokok mati dan parasit menjadi pokok dan mengambil-alih diri kamu sepenuhnya , nauzubil lahi minzalik.

Orang yang melakukan sesuatu yang salah , kemudian sanggup bersumpah dengan nama Tuhan dan mempergunakan nama Tuhan dalam pengakuan bersumpuh tersebut ; demi untuk menyelamatkan diri dan menutup kesalahan yang dilakukan . Adalah juga sumpuhan ke-Berhala-an kerna sudah hilang ke-Tuhan-an dalam dirinya . Contohnya , bersumpuh dengan nama Tuhan di depan hakim tidak melafazkan talak ke atas isteri sedang perkara itu berlaku atau bersumpah dengan nama Tuhan diri disodomi ( liwat ) oleh Si Polan sedangkan perkara tersebut tiada pernah berlaku adalah sumpahan ke-Berhala-an belaka.

Membunuh, peras ugut , merogol, merompak, menipu, rasuah, berjudi , mabuk dan berzina adalah perbuatan yang berlaku kerna hilang dan lenyapnya elemen ke-Tuhan-an di dalam diri . Lantaran itu , diri dikuasai oleh virus ke-Berhala-an yang bersada dan membarahi diri kendiri ; nauzubil lahi minzalik.

Dalam hal ke-Berhala-an ini, jangan sekali-kali dipersalahkan syaitan yang di kambinghitamkan ( ‘scape goat’) kerna diri sendiri yang sudah menjadi syaitan; justeru kerana menolak dan mencampakkan elemen ke-Tuhan-an dalam diri dan membiarkan elemen dan pengaruh ke-Berhala-an menguasai diri. Firmanul lahu,” Sesungguhnya ( wahai Muhammad ) musuh kamu yang paling nyata adalah syaitan dari kalangan MANUSIA dan Jin … maksud Qur’an.

Firmanul lahu lagi . “ Ani’budullah wajtanibut thoghut “ ( Beriman dengan Allahu dan menjauhi thoghut / berhala ) dan maksud Qur’an : ‘Mengkufurkan thoghut / berhala dan beriman dengan Allahu ‘. Dan ayat :”lata’budussyaiton inna lahu lakum ‘adu wun mudin” ( Jangan kamu menyembah syaitan , sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang paling nyata sekali . .

Justeru itu hindarkanlah syrik kahfi mengkahfi di dalam diri semada disedari atau tidak supaya ke-Berhala-an itu terhapus sepenuhnya di dalam diri dan senantiasa di dalam ke-Tuhan-an di dalam dan di luar , zahir dan batin. Dalam keadaan ‘Solatun Daimun “ ( kekal dalam solat) sebagaimana maksud Qur’an “ Wa’aqimissolatali Zikri “ ( Dan mendirikan solat untuk tujuan MENGINGATI ‘Dia “ selalu ) dan “ Wataqollubaka fissajideen” ( Dan pergerakan-pergerakan kamu antara mereka yang SUJUD) pada ‘Dia” insyaAllahu ada ke-Tuhan-an di dalam diri , hati, jiwa, akal , rasa dan perbuatan yang awal-awal lagi sudah konfirm menolak thoghut , ke-Berhala-an dan ke-Syaitan-an di dalam diri zahir dan batin . ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Khutbah Jumaat : Tidak perlu fahaman lain kerana Islam cukup sempurna

Oleh : TG Hj Abdul Hadi Awang

Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu bertakwa kepada Allah Taala.

Marilah kita menyedari dan memahami dengan yakin bahawa Allah Taala telah menurunkan Islam secara sempurna dan Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan Islam dengan sempurna sehingga Allah Taala menurunkan firman-Nya di dalam al-Quran yang dibaca oleh umat Islam (maksudnya): Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa daripada agama kamu, maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Aku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan bagi kamu nikmat-Ku dan telah Aku reda Islam itu menjadi agama kamu. (Al-Maidah: 3)

Begitulah sempurnanya Islam, dan Rasulullah s.a.w. sendiri telah menunjukkan kepada umat Islam bagaimana beramal dengan ajaran Islam, bermula dengan mengucap dua kalimah syahadah, melakukan ibadat kepada Allah Taala, mendirikan keluarga, masyarakat dan negara yang mendaulatkan syariat Allah Taala termasuklah bagaimana melakukan perhubungan antara negara dan peraturan-peraturan dalam peperangan.

Allah Taala mewafatkan Rasulullah s.a.w. hanya setelah Islam itu sempurna dan Allah Taala tidak mewafatkan Rasulullah s.a.w. melainkan hanya apabila ada golongan yang sanggup mempertahankan Islam sehingga hari kiamat. Allah Taala, Tuhan yang bersifat Maha Mengetahui, maka wajib ke atas umat Islam yakin terhadap semua ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah Taala dan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada hari ini, lahir golongan yang berpendidikan dan ahli fikir yang membawa fahaman sekular yang memisahkan agama daripada urusan dunia. Fahaman sekular inilah menjadi senjata bagi musuh-musuh Islam untuk memesongkan umat Islam daripada ajaran yang sebenar. Apabila timbul semula kesedaran Islam di kalangan masyarakat Islam, maka senjata yang sama digunakan semula untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar.

Amat menyedihkan apabila ada di kalangan cerdik pandai daripada umat Islam yang mengaku Islam dan mengaku kuat berpegang dengan ajarannya dan sangat marah jika dituduh tidak berpegang dengan ajaran Islam tetapi mereka boleh diperalatkan oleh musuh-musuh Islam untuk membawa ajaran sekular ke dalam masyarakat umat Islam.

Ulama Islam bermatian-matian menolak ajaran yang memisahkan agama daripada kehidupan. Ajaran sekular ini walaupun berjaya menumbangkan khilafah Islamiah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 tetapi tidak berjaya menghapuskan Islam.

Pada masa yang sama ada juga di kalangan mereka yang digelar ulama, mereka sebenarnya ulama jahat, mengambil upah daripada musuh-musuh Islam untuk memesongkan umat Islam dengan mengatakan: Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. daripada urusan mendirikan negara dan mentadbirnya dan apa yang ditunjukkan oleh baginda daripada segala urusan dunia adalah tidak ada kaitan langsung dengan agama dan bukan daripada perkara agama.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. semuanya merupakan utusan agama yang menjadi contoh dan pengajaran kepada umat Islam. Bukankah Islam agama yang sempurna? Bukankah Islam mengajar perkara akhirat dan mengajar perkara dunia? Bukankah manusia dijadikan di atas muka bumi untuk mentadbir dunia dengan hukum Allah Taala?

Kita semua tahu pada hari akhirat manusia akan disoal tentang nyawa mereka, masa, harta benda, kesihatan dan sebagainya, yang itu semua merupakan urusan dunia. Ini membuktikan bahawa urusan dunia akan disoal pada hari kiamat dan mereka yang menguruskan urusan dunianya dengan ajaran Islam yang akan selamat di akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk melaksanakan urusan dunia berdasarkan ajaran Islam. Rasulullah s.a.w. berhijrah kerana pemimpin-pemimpin Makkah dan kabilah-kabilah Arab tidak memberi peluang kepada Rasulullah untuk menegakkan ajaran Islam.

Apabila golongan Aus dan Khazraj besedia memberi tempat kepada Islam, sanggup menyerahkan dan mengorbankan semua nikmat pemberian Allah untuk menegakkan Islam, maka Rasulullah s.a.w. dan golongan Muhajirin diperintahkan oleh Allah Taala supaya berhijrah.

Apakah yang ada di sebalik hijrah itu? Adakah sekadar mendirikan masjid? Masjid yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. itu bukan sahaja digunakan untuk beribadat di dalamnya tetapi juga sebagai tempat untuk mentadbir urusan dunia dan urusan akhirat.

Islam adalah agama yang lengkap dan al-Quran adalah panduan hidup manusia di dalam semua perkara, dunia dan akhirat. Oleh itu umat Islam tidak perlu lagi kepada fahaman-fahaman dan sistem-sistem yang direka daripada Barat atau Timur. Islam sudah cukup untuk mereka.

Rasulullah s.a.w. telah menegur Sayidina Umar Al-Khatab r.a. apabila beliau mahu menulis cerita-cerita daripada ulama Yahudi ahlil kitab supaya tidak dilupai. Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada Umar bahawa Islam sempurna dan al-Quran adalah panduan kepada umat Islam. Sekiranya Nabi Musa a.s. masih hidup, wajib ke atas baginda mengikut syariat Rasulullah s.a.w.

Ini bermakna sekiranya mana-mana nabi dan rasul dihidupkan kembali di dunia, maka mereka wajib mengikut syariat Islam yang sempurna yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Jika nabi-nabi dan rasul-rasul mempunyai syariat sendiri yang diturunkan oleh Allah kepada mereka dan mereka wajib mengikut syariat Rasulullah s.a.w. sekiranya mereka masih hidup, maka mengapakah umat Islam hari ini berani mengikut ideologi-idealogi dan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., nabi mereka dan rasul mereka sendiri?

PR TERPERANGKAP BILA DUN PERAK BUBAR

Assalamualaikum YB,

Baru-baru ini saya terbaca artikel bahawa BN telah mendaftarkan lebih 50,000 pengundi baru dalam daftar pemilih. PR hanya beberapa ratus orang sahaja yang mendaftar. BN telah menjalankan kerja pilihanraya kena pada sasaran untuk menang. PR hanya mendapat sokongan umum bahawa rakyat berada bersama PR. Di takuti nanti apabila DUN bubar,PR akan kalah besar. BN tidak akan bubar selagi mereka tidak mempunyai kerja-kerja licik dan menipu. Oleh itu, mereka mendaftarkan pengundi baru yang datang dari mana tak tau. Janji mereka daftarkan dan boleh mengundi. Justeru itu, apakah tindakan saudara dan rakan-rakan dalam pakatan menangani perkara ini. Apabila mereka menang nanti, mereka akan mendabik dada walaupun menang cara menipu.

Ambil perhatian amat berat tentang hal ini.


Sejadah berdiri, kenapa difikirkan khurafat

Ahmad Baei Jaafar

Setelah orang ramai dan warga Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas, Kelantan gempar dengan kejadian 'sejadah berdiri' di surau sekolah berkenaan, berlaku pula kejadian yang serupa di Surau Al-Rahmaniah di Kampung Teluk Yan, Kedah.

Sebelum itu, dilaporkan di beberapa tempat termasuk di Bukit Mertajam, Pulau Pinang berlaku di surau sekolah berkenaan. Sebanyak 35 helai sejadah dilihat berdiri mengikut saf iaitu 15 helai di ruang solat lelaki dan 19 helai di ruang solat wanita dengan sehelai daripadanya berada di bahagian hadapan seolah-olah mengimamkan solat.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana terdapat beberapa dakwaan yang serupa sebelum ini terbukti tidak benar.

Beliau berkata, paling dibimbangi umat Islam yang termasuk dalam golongan taksub akan mudah percaya dengan kisah-kisah seperti itu.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom mahu semua pihak tidak menjadikan isu sejadah berdiri diperbesar-besarkan kerana hakikat kebenarannya masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

Pada masa yang sama Mufti Negeri Perak, Dato’ Seri Harussani Zakarian menyatakan kejadian sejadah berdiri itu adalah mustahil. Maka umat Islam diminta tidak mempercayainya.

Tiga kejadian ini membuatkan tiga tokoh di atas tidak selesa lalu cuba menafikan kemungkinan keajaiban Allah. Mereka risau dengan kejadian itu masyarakat Islam negara ini akan sesat mempercayai tahyul dan khurafat.

DUA daripada tiga 'sejadah berdiri' di surau Al-Rahmaniah ketika penduduk kampung datang untuk menunaikan solat Asar di Kampung Teluk Yan, Alor Setar, semalam.

Saya hairan mengapa tiga tokoh di atas berfikiran begitu, berfikir negatif tentang umat Islam di negara ini. Mengapa mereka tidak yakin dengan keimanan umat Islam selama ini. Adakah setelah 50 lebih merdeka, iman umat Islam masih rendah dan lemah? Mengapa ulama tidak benar-benar mendidik mereka selama ini?

Sepatutnya peristiwa ini memberi peluang kepada tiga tokoh di atas dan ulama segera bangun dengan kuasa yang ada untuk mendidik umat Islam ke arah mempercayai kekuasaan dan keajaiban Allah. Apa yang berlaku itu tidak perlu dinafikan kerana tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Bukankah lebih baik kita ingatkan umat Islam agar segera ingat Allah, menunaikan solat dan perintah Allah yang lain. Mereka harus diingatkan bahawa kejadian itu sebagai sindiran Allah kepada umat Islam yang cuai tentang solat.

Saya percaya kalau isu ini dibesar-besarkan dan dapat menjelaskan mesejnya kepada masyarakat kita, setidak-tidaknya dapat menginsafkan mereka yang cuai. Manakala mereka yang sudah kuat ibadah, akan terus meningkatkan ibadah.

Namun semua itu tidak berlaku kerana fikiran tokoh agama negara ini telah diselaputi bayangan negatif, takut taasuf, khurafat dan sebagainya. Padahal umat Islam tidak akan berasa kagum dengan sejadah itu hanya kerana sejadah itu berdiri. Umat Islam juga tidak sujud kepada sejadah itu kerananya. Bahkan mereka tidak akan berfikir semua itu sebagai mainan ahli sihir mahu pun mainan budak-budak nakal.

Jadi, kenapa difikirkan mereka akan melakukan kerja syirik sedangkan rata-rata umat Islam kini tahu dosa syirik. Kerana difikirkan orang yang melihat kejadian itu akan rasa takut, lalu mereka akan memenuhi surau dan masjid dan pada masa yang sama tidak buat kerja harian?

Selagi tokoh agama kita berfikir sesempit itu, selama itulah umat Islam kita akan mundur.

Peristiwa Bergambar

Email : Mat Rock

Workers peer out a hole cut in an old vessel at a ship breaking yard in Chittagong, Bangladesh.

A donkey carries election supplies to a rural polling station in Sighawar, Afghanistan.

A weeping, wounded woman walks with family members away from the scene of a massive car bomb explosion in central Baghdad.

Hannes Arch of of Austria flies above the Danube River during a practice session of the Red Bull Air Race World Series in Budapest.

Contestants in Jakarta help one another climb greasy poles to reach prizes at the top during celebrations of Indonesia's Independence Day.

Protestors attempt to blend in with commuters at Australia's Canberra airport during a demonstration calling on the 'dinosaurs'in power to stop blocking the urgent action needed to address climate change.

Posters of presidential and provincial council candidates in the Afghan capital, Kabul. Afghans vote on Thursday to choose a president for only the second time in the country's history. President Karzai faces a strong challenge from former Finance Minister Abdullah Abdullah.

Childhood Cancer Institute of Australia ambassador Craig Goozee paddles his sea kayak up the Yarra river at dawn on day 73 of his 93-day marathon around Australia.


Kesalahan yang Dibiarkan

By: agussyafii

Pada suatu hari ada dua anak ABG sedang mengendarai motor, tiba di lampu merah pengemudi tetap melaju dengan kecepatan tinggi. Temannya yang membonceng dibelakangnya bertanya, 'Tadi lampu merah, kenapa masih ngebut aja?' Dengan tanpa merasa bersalah pengemudi motor itu mengatakan kepada temannya, 'Kakakku juga melakukannya dan ternyata masih tetap selamat sampai hari ini.'

Kejadian itu terus berulang dan jawabannya selalu sama. Sampai pada perjalanan berikutnya pada waktu lampu menyala hijau tanpa diduga justru sang pengemudi motor malah menghentikan kendaraannya. 'Lampu hijau kok malah berhenti?

'Aku lebih menyayangi nyawaku,' jawabnya.

'Mengapa begitu?' tanya pemboncengnya.

'Kamu kan tahu kelakuan kakakku, Aku Khawatir, dia tiba-tiba nyelonong dilampu merah sebelah sana,' kata sang pengemudi motor sambil menunjukkan arah yang berseberangan jalan.

Begitulah kita, seringkali membiarkan sebuah kesalahan secara terus menerus tanpa ada yang berani mengoreksi maka kesalahan itu berubah menjadi kebenaran. Demikian juga dengan kebenaran yang terus menerus dikondisikan sebagai kesalahan maka kebenaran akan berubah menjadi sebuah kesalahan. Seperti halnya seorang koruptor jika ditampilkan secara terus menerus oleh media sebagai sosok pahlawan maka pandangan masyarakat akan menganggap bahwa koruptor itu memang seorang pahlawan. Sedangkan bila ada orang yang bersih dan lurus ditampilkan sebagai orang yang bodoh dan naif maka masyarakatpun akan menganggap orang itu bodoh dan naif.

Jadi sebaiknya kita senantiasa jernih dalam menyikapi setiap peristiwa, jangan sampai kita terjebak dalam sebuah pembiaran, kesalahan menjadi kebenaran ataupun kebenaran menjadi kesalahan.

'Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.' (QS. 49:6).

Wassalam,
agussyafii

Tazkirah Jumaat : Makna batin penyempurna solat

Email : mohd naim mohd zain

Makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, mengikut pandangan Imam Ghazali, terhimpun di dalam enam perkara, iaitu hudur al-qalb (kehadiran hati), tafahhum (usaha memahami bacaan dan perbuatan), ta'zim (mengagungkan) , haibah (takut yang timbul daripada perasaan hormat atau mengagungkan) , raja'(harap) , dan haya'(malu).

Hudur al-qalb

Yang dimaksud dengan hudur al-qalb ialah mengosongkan hati daripada selain yang kita sedang lakukan dan ucapkan, sehingga kita mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang kita ucapkan dan fikiran, kita tidak berkeliaran kepada selain keduanya. Selama fikiran kita berpaling daripada selain keduanya dan dalam hati kita tidak ada selain ingatan terhadap apa yang sedang kita hadapi dan tidak ada sebarang kelalaian terhadap setiap sesuatu, maka tercapailah dengannya kehadiran hati. Faktor utama bagi kehadiran hati adalah himmah, iaitu minat, keinginan atau perhatian, kerana hati seseorang akan menjadi perhatiannya. Jika seseorang berminat pada sesuatu atau mengingini sesuatu atau menaroh perhatian pada sesuatu, maka hatinya akan hadir padanya, sama ada ia kehendaki atau tidak, sebab hati dijadikan bertabiat demikian.

Apabila hati kita tidak hadir dalam solat, maka ia tidak menganggur, tetapi berkeliaran ke berbagai macam urusan dunia yang diminati atau menjadi perhatian utamanya. Maka tidak ada cara untuk menghadirkan hati kita kepada solat, melainkan dengan memalingkan minat dan perhatian kita kepada solat. Minat atau perhatian kita tidak akan terpaling kepada solat selama belum jelas bahawa tujuan yang dicari bergantung kepadanya. Yang demikian adalah keimanan dan kepercayaan bahawa akhirat itu lebih baik dan lebih berkekalan daripada dunia, dan bahawa solat merupakan sarana untuk mencapainya. Jika perkara ini didukung oleh hakikat pengetahuan tentang betapa tidak berharganya dunia dan betapa sedikit kepentingannya jika dibanding dengan akhirat, maka akan tercapailah daripada keseluruhannya kehadiran hati dalam solat.

Jika dengan sebab seperti ini, hati anda boleh hadir bila anda berada di hadapan orang besar atau raja yang tidak berkuasa menimpakan bahaya atau memberi manfaat kepada anda, dan tidak boleh hadir pada waktu anda bermunajat di hadapan Maha Diraja, Yang ditanganNya segala kerajaan, kekuasaan, manfaat dan bahaya, maka janganlah anda menyangka bahawa hal tersebut memiliki sebab lain selain daripada kelemahan iman.

Oleh sebab itu, berjuanglah anda untuk memperkuat keimanan anda yang lemah tersebut.

Tafahhum

Tafahhum atau memahami makna ucapan merupakan perkara di luar kehadiran hati. Boleh jadi hati hadir bersama lafaz yang diucapkan, tetapi tidak bersama makna lafaz tersebut. Kehadiran hati bersama pengertian tentang makna lafaz yang diucapkan inilah yang dimaksud dengan tafahhum.

Dalam kefahaman ini manusia berbeza-beza, kerana mereka tidak sama dalam memahami makna-makna yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan berbagai tasbih. Bahkan kefahaman seseorang itu sendiri berbeza dari semasa ke semasa. Berapa banyak makna-makna yang halus yang difahami oleh seseorang yang sedang menunaikan solat, padahal sebelumnya tidak pernah terlintas di dalam hatinya. Melalui kefahaman terhadap makna-makna yang terkandung di dalam bacaan inilah solat mencegah orang-orang yang menunaikannya daripada segala perkara yang keji dan mungkar. Faktor penyebab timbulnya tafahhum, setelah kehadiran hati, ialah sentiasa berfikir dan mengarahkan fikiran ke arah usaha untuk mengetahui dan memahami makna. Usaha menimbulkan tafahhum ialah dengan menghadirkan hati beserta menghalakan pemikiran ke arah memahami makna lafaz yang dibaca dan usaha menolak berbagai lintasan fikiran yang liar.

Cara menolak lintasan fikiran yang menyibukkan ialah dengan memutuskan atau memotong berbagai perkara yang boleh menjadi bahan pemikiran, yakni menjauhkan diri daripada sebab-sebab yang membuat fikiran tertarik kepadanya. Jika perkara-perkara yang menjadi bahan fikiran itu tidak dilenyapkan, maka fikiran tidak akan dapat dipalingkan daripadanya. Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka ia pasti banyak mengingatinya, dan ingatan itu pula pasti akan melanda hatinya. Oleh sebab itu, maka kita melihat bahawa orang yang mencintai selain Allah, solatnya tidak akan terhidar daripada berbagai lintasan fikiran yang liar.

Ta'zim

Ta'zim juga merupakan perkara di luar kehadiran hati dan kefahaman, kerana seseorang mungkin mengatakan kepada hamba sahayanya perkataan-perkataan yang ia fahami maknanya dengan kehadiran hati, tetapi ia tidak mengagungkannya, ertinya tanpa ta'zim. Jadi ta'zim adalah tambahan ke atas keduanya. Ta'zim ini merupakan keadaan hati yang lahir daripada dua makrifat:

Pertama: Makrifat akan kemuliaan dan keagungan Allah, yang merupakan salah satu asas keimanan. Sesiapa yang tidak diyakini keagungannya, maka jiwa tidak mahu mengagungkannya.

Kedua: Makrifat akan kehinaan diri dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Daripada kedua makrifat tersebut lahirlah perasaan istikanah (yakni pasrah dan merendah diri), inkisar (lemah, tidak terdaya) dan khusyu' kepada Allah, yang diungkapkan dengan perkataan ta'zim. Selama kedua makrifat tersebut belum wujud, maka tidak akan timbul keadaan ta'zim dan khusyu'.

Seseorang yang merasakan kecukupan, tidak memerlukan pihak lain dan merasa aman atas dirinya mungkin mengetahui sifat-sifat keagungan pihak lain, tetapi pada dirinya tidak ada perasaan khusyu' dan ta'zim, kerana makrifatnya akan keagungan pihak lain tersebut tidak disertai oleh makrifat lain, iaitu makrifat kehinaan dirinya dan kedudukannya sebagai hamba yang tidak memiliki sebarang kekuasaan.

Haibah

Haibah adalah tambahan ke atas ta'zim, bahkan ia merupakan perasaan takut yang berpunca daripada ta'zim, kerana orang yang tidak takut tidak dapat dikatakan ha'ib. Perasaan takut kepada kala atau ular atau kejahatan seseorang atau yang seumpamanya daripada sebab-sebab yang hina tidak dinamakan haibah, kerana haibah adalah perasaan takut yang berpunca daripada sikap atau perasaan mengagungkan.

Haibah dan khawf adalah keadaan jiwa yang timbul daripada makrifat akan kekuasaan Allah, akan pengaruh dan berlakunya segala kehendaknya ke atas dirinya, dan pengetahuannya bahawa sekiranya Allah membinasakan seluruh manusia, yang dahulu maupun yang kemudian, maka yang demikian itu tidak akan mengurangi kerajaanNya sedikitpun juga. Yang demikian, di samping mengetahui akan segala yang berlaku ke atas para nabi dan para Wali, daripada berbagai musibah dan bermacam-macam ujian, meskipun Allah SWT Maha Kuasa untuk menolaknya. Berbeza dengan keadaan yang disaksikan daripada raja-raja dunia.

Kesimpulannya, semakin bertambah ilmunya tentang Allah, maka semakin bertambahlah rasa takut dan haibahnya kepadaNya.

Raja'

Raja' atau harap pula merupakan tambahan. Beberapa banyak orang yang mengagungkan seseorang raja yang ditakuti, kebaikannya. Seorang hamba adalah sudah selayaknya mengharapkan dengan solatnya ganjaran daripada Allah swt, sebagaimana ia takut bila mencuaikannya akan seksaanNya.

Faktor penyebab timbulnya raja' adalah makrifat akan kelembutan, kedermawanan, keluasan ni'mat, keindahan ciptaan, dan pengetahuan akan kebenaran segala janji Allah swt., khususnya janji Syurga bagi orang-orang yang menunaikan solat. Jika telah wujud keyakinan akan kebenaran janjiNya dan pengetahuan akan kelembutanNya, maka timbullah raja.

Haya'

Haya' merupakan tambahan bagi semua perkara di atas, kerana ia timbul daripada perasaan melakukan kecuaian dan perasaan berdosa. Mungkin sahaja pada seseorang terdapat kesemua yang lain, yakni ta'zim, haibah, raja dan lain-lainnya, tetapi tidak ada padanya haya', kerana tidak ada padanya perasaan melakukan sebarang kecuaian ataupun melakukan sebarang perbuatan dosa.

Maka perasaan haya' ini hanya akan muncul dengan adanya perasaan kekurangan, atau kecuaian dalam ibadat, dan mengetahui akan ketidak mampuan diri untuk mengagungkan Allah sepenuh hakNya. Dan perasaan tersebut menjadi lebih kuat lagi dengan mengetahui akan kecacatan diri, kekurangan ikhlasnya, keburukan batin dan kecenderungannya kepada memperoleh keuntungan yang segera dalam segala amal perbuatannya, di samping mengetahui akan besarnya konsekuensi yang dituntut kebesaran Allah, dan bahawa Dia Maha Mengetahui akan segala rahasia dan lintasan hati sehingga kepada yang sekecil-kecilnya. Semua pengetahuan ini jika telah diperoleh secara yakin, pasti akan menimbulkan suatu keadaan yang dinamakan haya'(malu).

Inilah sifat-sifat atau makna-makna batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, dan faktor-faktor penyebabnya. Setiap perkara yang dituntut memperolehnya, maka caranya adalah dengan menghadirkan faktor penyebabnya. Dengan mengetahui faktor penyebabnya, maka kita akan mengetahui cara mewujudkannya. Penghubung kesemua sebab-sebab tersebut adalah keimanan dan keyakinan. Kekhusyu'an hati adalah mengikut kadar keyakinan, dalam erti semakin tinggi kadar keyakinan seseorang, maka semakin tinggi pula kadar kekhusyu'annya.

Dengan melihat kepada perbezaan makna-makna yang telah disebutkan di dalam hati, maka manusia terbahagi kepada orang yang lalai yang menyempurnakan solatnya tanpa kehadiran hatinya, walau sesaatpun; dan orang yang menyempurnakan solatnya dan hatinya tidak lalai walaupun sesaat, seluruh perhatiannya tertumpu pada solatnya, sehingga ia tidak menyedari apa yang berlaku di hadapannya, bahkan ada sekumpulan manusia yang wajah mereka menjadi pucat dan sendi-sendinya menggeletar.

Bahagian tiap orang daripada solatnya adalah mengikut kadar kekhusyu'an, pengagungan, perasaan takut dan lain-lainnya daripada makna-makna tersebut, kerana yang menjadi tempat perhatian Allah swt adalah hati, bukan gerakan anggota badan yang nampak. Pada hari kiamat nanti, tidak ada yang selamat melainkan orang yang datang menemui Allah swt dengan hati yang selamat.

Usaha Menghadirkan Hati Dalam Solat

Seorang mukmin, di samping beriman, ia juga tidak terlepas daripada keadaan mengagungkan Allah swt, takut, menaruh harapan, dan merasa malu kepadaNya atas kecuaian dan kekurangannya. Meskipun kekuatan keadaan tersebut bergantung kepada kadar kekuatan keyakinannya, tetapi terlepasnya dirinya daripada keadaan tersebut dalam solat tidak mempunyai sebab lain selain daripada berpencarnya fikiran, bercawangnya lintasan, ketidak hadiran hati pada munajat dan kelalaian daripada solat.

Tidak ada yang melalaikan seseorang daripada solat selain lintasan-lintasan yang mendatang yang menyibukkan atau mengganggunya. Tidak ada cara untuk menghadirkan hati melainkan dengan jalan menolak atau mengusir lintasan-lintasan tersebut. Sesuatu tidak dapat ditolak atau diusir melainkan dengan menolak atau mengusir sebab-sebabnya. Oleh sebab itu, hendaklah ia mengetahui sebab-sebabnya. Sebab datangnya lintasan-lintasan tersebut sama ada merupakan perkara yang datang dari luar, atau pun perkara yang datang dari dalam dirinya sendiri.

Yang datang dari luar, sama ada yang mengetuk telinga atau nampak bagi penglihatan, yang meragut perhatian, sehingga mengikutnya dan hanyut terbawa olehnya, kemudian fikirannya pun terseret kepada perkara-perkara lainnya secara berantai. Penglihatan menjadi sebab pemikiran, kemudian sebahagian daripada pemikiran-pemikiran tersebut menjadi sebab bagi sebahagian yang lainnya. Orang yang kuat niatnya dan tinggi minat atau perhatiannya, segala yang berlaku pada pancainderanya tidak akan membuatnya lalai. Tetapi orang yang lemah, fikirannya pasti akan berpencar kerananya.

Mengatasinya adalah dengan memutuskan atau menghalang sebab-sebab tersebut dengan memejamkan penglihatan, solat di tempat yang gelap, tidak membiarkan sesuatu yang boleh menyibukkan perasaannya berada di hadapannya, solat dekat dinding agar tidak luas jarak penglihatan, dan menghindari solat di tepi atau menghadap ke jalan, atau solat di tempat-tempat yang penuh dengan perhiasan, atau diatas permaidani yang berwarna-warni, apalagi yang dilukis dengan bermacam-macam lukisan.

Oleh kerana itulah, maka para ahli ibadat beribadat di dalam ruangan yang kecil atau sempit, supaya lebih dapat menumpukan perhatian. Orang-orang yang kuat daripada kalangan mereka meghadiri masjid-masjid dan menundukkan pandangan dan tidak melampaui pandangan mereka dari tempat sujud. Mereka berpendapat bahawa daripada kesempurnaan solat adalah bahawa kita tidak mengetahui siapa di sebelah kanan dan kiri kita. Ibnu Umar r.a. tidak membiarkan di tempat solatnya ada sebarang mushaf atau pedang melainkan beliau menyingkirkannya, dan tidak ada sebarang tulisan melainkan beliau menghapusnya.

Adapun sebab-sebab batin yang datang dari dalam diri kita sendiri, maka ia lebih susah mengatasinya. Sesungguhnya orang yang memiliki obsesi yang bercawang-cawang di lembah-lembah dunia, fikirannya tidak tertumpu pada satu aspek sahaja, tetapi sentiasa berkeliaran dari satu aspek ke aspek lain, sehingga menundukkan atau memejamkan pandangan tidak lagi berguna baginya. Apa yang telah bersemayam di dalam hati sebelumnya telah cukup menyibukkannya.

Cara mengatasinya adalah dengan menarik jiwa secara paksa untuk memahami apa yang dibaca di dalam solat dan menyibukkannya dengannya sehingga melupakan yang lainnya. Perkara lain yang boleh membantunya ialah mempersiapkan diri sebelum takbirat al-ihram dengan memperbaharui ingatan akan akhirat, kedudukan munajat dan pentingnya berdiri di hadapan Allah swt Yang Maha Melihat, di samping mengosongkan hatinya daripada perkara yang boleh menarik perhatiannya sebelum takbiraat al-ihram.

Rasulullah saw bersabda kepada Usman Bin Talhah:

Maksudnya: "Aku lupa mengatakan kepadamu supaya engkau menutup periuk yang ada di rumah. Sesungguhnya tidak semestinya di dalam rumah ada sesuatu yang boleh melalaikan manusia daripada solatnya".

Ini merupakan salah satu cara menenangkan fikiran. Apabila gelora fikirannya tidak dapat ditenangkan dengan cara ini, maka tidak ada yang dapat menyelamatkannya melainkan dengan menumpas atau mencabut materi penyakit dari akar umbinya, iaitu dengan melihat kepada perkara-perkara yang menghalang usaha menghadirkan hati. Tidak syak lagi bahawa yang demikian kembali kepada berbagai perkara yang diminati, yang telah menjadi perhatian utama bagi syahwatnya, maka ia menghukum jiwanya dengan melepaskan diri daripada syahwat-syahwat tersebut dan memutuskan berbagai ikatannya.

Setiap perkara yang melalaikan seseorang daripada solatnya membahayakan agamanya dan merupakan tentera Iblis, musuhnya; maka memegangnya lebih berbahaya daripada membuangnya. Oleh sebab itu, ia hanya dapat melepaskan dirinya daripadanya dengan membuangnya, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah r.a. bahawa beliau berkata:

"Nabi SAW mempunyai khamisah (pakaian daripada wool yang padanya terdapat lukisan), maka baginda memberikannya kepada Abu Jahmah dan mengambil sebagai gantinya anbijaniyahnya (pakaian daripada wool yang paling kasar dan paling rendah mutunya). Mereka berkata: Wahai Rasulullah, khamisah lebih baik daripada anbijaniyah.

Baginda saw bersabda: Aku melihat lukisannya dalam solat".

Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Hisyam Bin Urwah, daripada bapanya, tidak melalui Aisyah r.a.

Nasai dan Ahmad meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau berkata:

"Bahawa Rasulullah saw mengambil sebentuk cincin dan memakainya. Kemudian baginda bersabda: Cincin ini, sejak hari ini, telah melalaikan aku daripada kamu, sekejap aku melihat kepadanya dan sekejap aku melihat kepadamu. Kemudian baginda membuangnya" .

Diriwayatkan bahawa baginda saw telah memerintah menggantikan tali terompahnya dengan yang baru. Kemudian baginda saw tergerak hatinya untuk melihatnya dalam solatnya, kerana barunya. Maka baginda pun memerintahkan supaya menggantikannya dengan tali yang lama kembali.

Diriwayatkan bahawa Abu Talhah menunaikan solat di dalam kebunnya, maka tiba-tiba beliau tertarik dengan seekor binatang yang terbang di atas pokok mencari jalan keluar. Beliau mengikutinya dengan pandangannya, kemudiannya beliau terlupa berapa rakaat beliau telah solat? Beliau pun menceritakan fitnah yang terjadi pada dirinya kepada Rasulullah saw, dan beliau berkata: "Kebun itu aku sedekahkan, aturlah mengikut kehendak tuan hamba".

Demikianlah mereka bertindak untuk memutuskan perkara yang menjadi bahan pemikiran, selain juga sebagai kesempurnaan solat. Itulah ubat yang mujarab bagi penyakit tersebut dan tidak ada ubat lainnya yang bermanfaat.

Adapun ubat penenang dan ajakan memahami zikir yang dibaca, maka ia hanya bermanfaat untuk mengatasi syahwat yang lemah dan keinginan atau minat yang tidak menyibukkan kecuali pinggiran hati. Adapun syahwat yang kuat yang bergelora, ubat penenang tidak berguna dan ia akan terus menariknya dan terus menarik anda, kemudian mengalahkan anda sehingga musnah seluruh solat anda dalam usaha tarik menarik. Walaupun demikian, anda tidak boleh meninggalkan mujahadah atau berhenti berusaha untuk mengembalikan hati kepada solat dan mengurangi sebab-sebab yang melalaikan.

Itulah ubat yang pahit, dan kerana pahitnya dianggap buruk oleh tabiat, sehingga penyakit yang ada menjadi kronik dan sukar disembuhkan.

Dipetik daripada buku Pejalanan Rabbani, Merentasi Alam Dunia, Barzakh dan Akhirat karangan Prof Madya Dr Musa bin Fathullah Harun

Mainkan Amanah Rakyat – MARA

Email : Zamri keciks
by : roslan sms


Laporan Ketua Audit Negara 2008 telah pun dikeluarkan kepada ahli-ahli Parlimen Malaysia. Laporan ini boleh didapati di laman web Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my

Sepertimana biasa banyaklah perkara-perkara curang dan penyelewengan didedahkan oleh laporan ini. Kerajaan Pusat, kerajaan negeri semuanya tidak terkecuali dari penemuan oleh pihak jabatan ini. Saya sendiri diberi kesempatan oleh YB Teresa Kok untuk melihat laporan berkenaan negeri Selangor ketika bertemu beliau di Subang Jaya baru-baru ini.

Pihak Jabatan memberikan laporan yang sangat baik terhadap pengurusan sekolah agama KAFA dan ini suatu petanda yang baik buat Selangor walaupun tidak dinafikan ada teguran-teguran dibidang lain termasuklah dalam soal pengurusan air.

Berhubung laporam Ketua Audit Negara (KAN) ini apa yang menarik perhatian saya adalah laporan dalam akhbar The Star hari ini yang bertajuk:

RM42,320 for a laptop

Dilaporkan bahawa Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Balik Pulau, Pulau Pinang telah membeli dua unit “laptop” jenis Acer Aspire pada harga RM84,640. sedangkan harga pasaran komputer berkenaan hanyalah sekitar RM4,500 seunit atau RM9,000 untuk dua unit.

Kolej berkenaan turut membeli 15 unit printer laser berjenama HP model P3005X pada harga RM7,722 seunit sedangkan harga pasarannya adalah RM5,000 seunit.

MARA turut membeli sejumlah RM358, 476 buku panduan mengajar (teaching manuals) sedangkan didapati buku-buku ini langsung tidak digunakan. Selain itu ia turut membeli software computer bernilai RM2.08 juta yang ia tidak perlukan.

Banyak lagi pendedahan dari laporan ini berhubung pembelian yang membazir dan menipu rakyat yang telah dilakukan oleh pihak MARA. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini?

MARA yang ditubuhkan untuk membantu, melatih dan membimbing orang-orang Melayu dan Bumiputera agar berjaya dibidang perdagangan dan industri rupanya menjadi lubuk melesapkan wang dan memperkosa amanah rakyat.

Menurut laporan MStar Perdana Menteri dikhabarkan kecewa dengan penyelewengan-penyelewengan yang didedahkan oleh laporan berkenaan dan berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Memang beliau wajib bertindak. Pastikan tiada yang terlepas dari pertanggungjawaban hatta jika perlus eret menteri yang berkenaan sekali.

Sesungguhnya pendedahan ini khasnya berkenaan MARA memberi tamparan hebat kepada nama baik institusi berkenaan. Orang Melayu dan masyarakat Bumiputera sepatutnya menyanjung tinggi sumbangan MARA rupanya MARA sendiri adalah buaya yang menjahanamkan bangsa dan negara.

SERAHAN SURAT RASMI CABARAN KEPADA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PERAK

Kepada :-

Semua Editor dan Wartawan,
Media Massa.

Saudara / saudari,

Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan membuat serahan tersebut pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh : 23 Oktober 2009 / 4 Zulkaedah 1430

(JUMAAT)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO

Negeri Perak,
Tingkat 5, Bangunan UMNO Perak,
Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
IPOH.

Serahan akan di ketuai oleh Dr. Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

SAFARIZAL BIN SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Amanat Jabatan

Email : Tok busu
Oleh : A Ilyas Ismail


Secara tradisional amanat hanya dipahami sebagai menunggu barang-barang titipan (wada'i), lalu menyampaikan dan meneruskan kepada pemilik atau orang yang berhak menerimanya. Diakui, pengertian ini memang tidak salah. Namun, secara modern, amanah memiliki cakupan makna yang lebih luas, terutama berkaitan dengan tugas dan tanggung jawab seseorang yang memangku jabatan publik.

Dalam buku Khuluq al-Muslim, Muhammad Ghazali mengemukakan tiga makna penting dari amanah. Pertama, amanah berarti menempatkan segala sesuatu pada tempatnya yang tepat dan layak (wadh' kull-i al-syai-i fi al-makan al-jadir lah). Dalam arti ini, orang yang amanah tak akan pernah memberikan tugas dan jabatan, kecuali kepada orang yang mampu dan cakap. Itu sebabnya, Rasulullah menolak permintaan sahabatnya, Abu Dzarr, ketika meminta kepada Nabi agar diangkat sebagai pejabat. (HR Muslim).

Kemampuan intelektual (al-kifayah al-'ilmiyyah) dan kecakapan praktikal (al-kifayah al-'amaliyyah), kata Muhammad Ghazali, tak selalu berkorelasi positif dengan kesalihan individual. Maka boleh jadi, orang baik, bahkan sangat baik, semacam Abu Dzar, tetapi ia tak otomatis memiliki keahlian (competence) dan keterampilan praktikal (managerial skill), yang dipersyaratkan untuk dapat memangku dan melaksanakan suatu jabatan dengan baik dan sempurna.

Kedua, amanah berarti bekerja dan melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Dalam hal ini, seorang pejabat publik mesti berusaha sebaik mungkin dalam melaksanakan tugas dan memenuhi kepentingan orang banyak. Kelalaian dan kealpaan sedikit pun dalam soal ini, dipandang sebagai pengkhianatan (khiyanat) dan penipuan (ghudzrah), karena akan menimbulkan dampak buruk bagi agama, bangsa, dan negara.

Ketiga, amanah berarti seorang pejabat tidak mempergunakan jabatannya untuk memperkaya diri atau untuk mengeruk kekayaan sebanyak-banyaknya, baik untuk diri, keluarga, maupun kolega-koleganya. Padahal, penting
diketahui bahwa pendapatan (pungutan) apa pun yang dilakukan oleh seorang pejabat di luar gaji formalnya, hal itu tergolong ghulul, penipuan alias korupsi. (HR Abu Daud).

Jadi, amanat jabatan bukanlah barang sepele atau remeh-temeh. Dalam Islam, amanat merupakan perkara yang amat besar sampai-sampai makhluk Allah yang besar-besar, seperti langit, bumi, dan gunung tak sanggup memikulnya. Manusia mampu memikulnya dengan dua syarat, yaitu tak bersifat zalim dan bodoh. (QS Al-Ahzab [33]: 72).

Penyakit Riya', Bakhil dan Kikir

Email : Tok Busu

Riya'
Riya' adalah berbuat kebaikan/ibadah dengan maksud pamer kepada manusia agar orang mengira dan memujinya sebagai orang yang baik atau gemar beribadah seperti shalat, puasa, sedekah, dan sebagainya.

Ciri-ciri riya:
"Orang yang riya berciri tiga, yakni apabila di hadapan orang dia giat tapi bila sendirian dia malas, dan selalu ingin mendapat pujian dalam segala urusan. Sedangkan orang munafik ada tiga tanda yakni apabila berbicara bohong, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diamanati dia berkhianat." (HR. Ibnu Babawih).

Orang yang riya’, maka amal perbuatannya sia-sia belaka.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia” [QS. Al-Baqarah: 264]

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, yaitu orang-orang yang lalai dari shalatnya, yang berbuat karena riya” [Al Maa’uun 4-6]

"Riya' membuat amal sia-sia sebagaimana syirik." (HR. Ar-Rabii’)

"Sesungguhnya riya' adalah syirik yang kecil." (HR. Ahmad dan Al Hakim)

Imam Al Ghazali mengumpamakan orang yang riya itu sebagai orang yang malas ketika dia hanya berdua saja dengan rajanya. Namun ketika ada budak sang raja hadir, baru dia bekerja dan berbuat baik untuk mendapat pujian dari budak-budak tersebut..

Nah orang yang riya juga begitu. Ketika hanya berdua dengan Allah Sang Raja Segala Raja, dia malas dan enggan beribadah. Tapi ketika ada manusia yang tak lebih dari hamba/budak Allah, maka dia jadi rajin shalat, bersedekah, dan sebagainya untuk mendapat pujian para budak. Adakah hal itu tidak menggelikan?

Agar terhindar dari riya, kita harus meniatkan segala amal kita untuk Allah ta’ala (Lillahi ta’ala).

Bakhil atau Kikir
Bakhil alias Kikir alias Pelit alias Medit adalah satu penyakit hati karena terlalu cinta pada harta sehingga tidak mau bersedekah.

“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Ali ‘Imran 180]

Padahal segala harta kita termasuk diri kita adalah milik Allah.. Saat kita lahir kita tidak punya apa-apa. Telanjang tanpa busana. Saat mati pun kita tidak membawa apa-apa kecuali beberapa helai kain yang segera membusuk bersama kita.

Sesungguhnya harta yang kita simpan itu bukan harta kita yang sejati. Saat kita mati tidak akan ada gunanya bagi kita. Begitu pula dengan harta yang kita pakai untuk hidup bermegah-megahan seperti beli mobil dan rumah mewah.

“Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa” [Al Lail 8-11]

Yang justru jadi harta yang bermanfaat bagi kita di akhirat nanti adalah harta yang kita belanjakan di jalan Allah atau disedekahkan. Harta tersebut akan jadi pahala yang balasannya adalah istana surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

“Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul- Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki- Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” [Al Hadiid 21]

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI TERBUKA PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

Oleh : safarizal saleh

Pakatan Rakyat Negeri Perak akan menganjurkan Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Perak, Majlis ini akan diadakan pada 25 Oktober 2009 (Ahad), bertempat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri , dari jam 8.00 malam sehingga jam 10.30 malam.

Menurut Pengarah Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, beliau menyatakan bahawa, pimpinan pakatan rakyat Perak sangat berbesar hati untuk menjemput seluruh rakyat serta para pegawai dan kakitangan kerajaan juga swasta di Negeri Perak tanpa mengira agama, bangsa serta ideologi politik ke majlis tersebut beramai-ramai. Selain itu seluruh pertubuhan NGO, wartawan dan blogger juga dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dianjurkan ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan mesra Pakatan Rakyat dengan seluruh lapisan rakyat yang berada di Negeri Perak ini, Selain itu antara tujuan utama diadakan majlis ini juga adalah untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat sentiasa bersepadu dan terus kukuh dalam meneruskan agenda bersama rakyat dalam membina sebuah Negara yang adil lagi berkebajikan, jelas beliau lagi.


Semoga dengan kehadiran rakyat ke Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Perak ini, akan mebngukuhkan silaturrahim dan perpaduan rakyat Perak.

Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah

IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin. Harakahdaily/-

Syabas Tok Guru

Oleh : Mr. President

Syabas Tok Guru, pejam celik sudah genap 10 tahun Tok Guru mentadbir Negeri Kelantan Darul Naim dengan penuh tanggungjawab dan efisen. Tahniah dan syabas! dari kami di LAMAN NURANI. Ini menamatkan segalah tohmanahan yang dilontarkan pihak-pihak musuh Islam. Teruskan Membangun Bersama Islam. Kami sentiasa di belakangmu.


Nak Hormat Pada Orang Tak Solat???

Oleh : Mr. President

Kali ini saya ingin mengupas suatu perkara di Laman Nurani yang agak merisaukan kita semua dewasa ini. Mungkin isu ini sering dianggap peribadi setiap orang, tetapi kit selalu lupa apa hak dan tanggungjwab kaum kerabat, jiran dan sahabat handai. Saya selalu berdiskusi dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang juga merasa 'bengang' dengan apa yang berlaku ini.

Kepada yang bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta, anda semua janganlah menyorok perkara ini di lubuk hati ataupun menyorok di dalam laci-laci meja anda sahaja. Ianya merupakan suatu isu besar yang perlu difikirkan bersama-sama.

Kita nampak hebat, gah memakai baju kameja, bertali leher, memakai kot dan sebuah beg ala-ala James Bond kepejabat setiap hari. Kononya kita ni seorang pegawai berpangkat besar di sebuah pejabat kerajaan/swasta. Semua staf panggil kita "bos", "tuan", "encik", "dato'", dan sebagainya. Wah! hebatnya kita. semua orang menghormati kita.

Adakah Allah, Tuhan Semesta Alam mrnghomati kita? Pernah tak kita fikirkan persoalan ini? Inilah yang sering kita lupa untuk difikirkan. Kita sebagai bos di pejabat pun sama, pernah tak kita tanya anak buah kita ni sudah solat ke belum. Tentu jarang sangat bos yang bertanya sedemikian. Sebab kita anggap itu hak dia. Betul tak?

Hmmm...dalam sembang saya bersama sahabat-sahabat, perkara inilah yang sering dibincangkan. Di pejabatnya pun masih ada juga staf-staf yang tidak menunaikan solat. Macam-macam alasanlah diberikan untuk mengelak dari menunaikan solat. Adakah kita merasa bangga dengan kerja yang kita perolehi? Jika kita tidak mengerjakan solat?

Adakah kita perlu menghormati pekerja-pekerja yang macam ni? Kita nak hormat ke orang-orang yang tidak bersolat ni? Tak payah lah... Allah murka, buat apa kita nak hormat, nak menyanjung dia? tak kira lah siapa pun, bos ke, sape ke. Baik sanjung orang-orang yang beriman walaupun mereka miskin dan berpangkat rendah.

Adakah kita semua sedar akan hal ini? Cuba tengok dlam pejabat kita masing-masing. Cuba buat pemerhatian, siapa yang tak bersolat, siapa yang bersolat penuh 5 waktu sehari semalam. Sebab itulah kita ni tak maju-maju. Korupsi makin menjadi-jadi. Jika kita tidak solat, mana mungkin Allah akan memberi rahmat kepada kita. Mana mungkin Allah memberi rahmat kepada kerja-kerjka kita. Mana mungkin Allah akan memberi ketenagan kepada kita dalam menjalankan tugas. Hmmm...sebabitulah, perniagaan kita selalu rugi, perbelanjaan kita melampau, tidak amanah dan sebagainya yang berlaku saban hari.

Kita akan mudah melakukan perkara-perkaya yang dilarang oleh Allah, sebab kita tidak akan merasa takut untuk berbuat dosa. Nak takut apanya, dh kita berani tinggalan solat, maka, takkan kita takut nak buat benda2 yang lain? Sedangkan Allah dah tegaskan dalam Al-Quran, Sessungguhnya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkan. So, jika kita melakukan perkara yang keji dan mungkar, maka kita sesunggunya TIDAK SOLAT. Nauzubillah.

Sebagi seorang anggota kerajaan, kita mestilah menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada masyrakat. Jangan hanya kita berbangga denga segulung ijazah, sekeping diploma yang kita perolehi jika solat, puasa kita entah kemana. Allah tak pandang langsung sijil-sijil kita semua. Belajar tinggi setara mana sekalipun, kalau kita melanggar perintah Allah, ke neraka lah jawabnya.

Pesanan ikhlas kepada bos-bos di pejabat. Anda diberi tanggungjwab yang akan dipersoalakan nanti. Adakah anda bertanya kepada anak buah anda tentang amalan mereka seperti solat, puasa, zakat? Adakah anda mengambil cakna perkara-perkara ini?
Selain itu juga, bayaklah kekeliruan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Jika tidak, betapa teruknya kita semua. Sama lah juga demgan ibu bapa di rumah. tak ambil cakan perihal anak-anak. Jangan hanya kita sedap mendapat gaji yang lumayan, tetapi Allah murka pada kita hanya kerana kita tak arah anak buah kita mengerjakan solat.

Jangan anggap soal ini soal individu sahaja, sebab mereka di bawah kita, oleh itu sudah menjadi tangungjawab kitalah untuk menegurnya. Kebanyakan dari kita ni memang anggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh sahaja. Alah...itu hak dia, kita peduli apa? Eh, bala dari Allah ni, bila nak turun, Dia tak kira sapa. Kena ingat tuh.

Juga saya ingin menegur kepada mereka-mereka yang mengambil pekerja untuk bekerja. Pilihlah perkerja yang tak meninggalkan solat disamping kelayakan yang ada padanya. Sebab kita semua akn dipertangungjwabkan jika kita sewenangnya mengambil pekerja yang tidak menunaikan solat.

Oleh itu, kepada ahli-ahli majlis, seketeraiat pemilihan pekerja baru. Seharusnya anda semua sedar akan hal ini. Jangan hanya memandang pada sijil sahaja. kena tengaok juga akhlak mereka, bertanyalah orang-orang di kamoungnya dahulu sebelum diambil bekerja. Tak rugi kita ambil oarng-orang yang akhlaknya tinggi unutk bekerja.

Saya cukup sedih dengan apa yang berlaku dewasa ini. Tok Guru Menteri Besar sahaja yang inginkan Islam dilaksanakan di seluruh Kelantan, tetapi staf-stafnya tidak mahu mengikut aspirasinya. Bekerja hanya nak cari makan, malah, bila ada pelaunag 'nggap' terus. Lebih malang lagi, lawan balik Tok Guru. Hu hu hu... Kakitangan awam di negri Kelantan ni, tak mahu ikut apa yang Tok Guru nak. Kenapa saya berkata demikian? Sebab ramai kakitangan yang bekerja masih lagi tidak menunaikan solat dan meringankan solat. Sedangkan solat itu tiang agama, jika tidak solat, maka runtuhlah tiang, runtuhlah agama. Bila kita runtuhkan agama? Manamungkin kita mengaku kita nakkan Islam? Sedangkan Islam itu agama. Fikirkanlah.

Jika kita meninggalkan arahan wajib dari Allah ini, maka kita akan mudah terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Seperti ponteng kerja, pecah amanah, datang lewat ke pejabat, dan sebagainya yang membantutkan perkembangan dan kemajuan pejabat. Masya Allah.

Justeru, sama-samalah perbetukan masalah ini. Laman Nurani mengutuk dan tidak menghormati langsung jika ada pekerja kerajaan yang tidak menunaikan solat. Wallahu'alam.


ADUN Manek Urai angkat sumpah jawatan

KOTA BHARU, 22 Okt: Mohd Fauzi Abdullah dari PAS yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai lalu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan DUN Kelantan Selasa lalu.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud dengan disaksikan oleh Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh ADUN.

Fauzi yang lebih dikenali dengan panggilan Abe Uji mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi.

Pilihanraya itu diadakan berikutan kematian ADUN terdahulu, Ismail Yaacob.

Fauzi kelihatan tidak kekok berada di dalam dewan dan bergaul dengan ADUN-ADUN yang lain sekaligus menafikan dakwaan Umno BN kononnya Calon PAS tidak berpelajaran tinggi dan tidak dapat membiasakan diri dengan urusan negeri.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) menyokong penuh titah ucapan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra yang menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.

Pengerusi BBC, Abdullah Yaakob yang juga Adun Ayer Lanas berkata, ADUN di pihak kerajaan amat bersetuju dan mengakui apa yang dilakukan sehingga kini oleh kerajaan amat bertepatan dengan titah baginda.

Menyentuh hubungan di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat,beliau berkata titah Tengku Muhammad Faris amat dihargai dan berharap kerajaan pusat dapat meningkatkan hubungannya dengan kerajaan negeri.

Ini kerana ujarnya, walaupun kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS,ia tetap menjadi tanggungjawab kepada kerajaan pusat untuk membantunya.

"Saya merakamkan junjung kasih kepada Pemangku Raja yang begitu perihatin kepada pemerintahan negeri ini dan titah baginda yang menyentuh pelbagai isu menggambarkan baginda mengambil berat hal pentadbiran dan kebajikan rakyat negeri ini," katanya yang ditemui selepas sidang dun berlangsung.

"Abdullah juga berkata titah ucapan Tengku Muhammad Faris kali ini amat bermakna bagi negeri Kelantan dan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan Kelantan sebagai Negeri Jelapang Makanan Negara tahun 2015 telah mendapat perhatian serius dari baginda sendiri.

"Kita sebagai Ahli Dewan akan sedaya upaya melaksanakan titah Pemangku Raja demi kesejahteraan negeri ini dan kerjasama yang begitu kukuh antara Ahli Dewan dengan kerajaan negeri akan mempercepatkan lagi pembangunan negeri ini," katanya.

HarakahDaily.Net/-

Sekolah Agama Kelantan cadang perkenal bahasa mandarin

KOTA BHARU, 22 Okt: Sekolah agama di Kelantan dijangka menjadi perintis memperkenalkan pembelajaran bahasa Mandarin kepada pelajar-pelajarnya.

Usaha ke arah itu sedang giat dilaksanakan sekarang dengan menubuh Kelab Bahasa Mandarin di tujuh sekolah di Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sekolah terbabit iaitu Maahad Muhammadi Lelaki, Maahad Muhammadi Perempuan, Maktab Pengajian Islam, Maahad Arabiah Pasir Mas, Maahad Tahfiz al Quran di Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah, Panchor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kelab tersebut dilancar di Maahad Muhammadi Perempuan pada Julai lalu.

"Sehingga sekarang seramai 250 pelajar di tujuh sekolah terbabit menyertai kelab berkenaan biar pun ia baru diperkenalkan.

"Pembelajarannya hanya diadakan pada hari cuti dan hujung minggu," katanya menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS � Tanjung Mas) pada persindangan Dun hari ini.

Mohd Amar berkata, bilangan Kelab Bahasa Mandarin akan ditambah lagi pada tahun hadapan memandangkan sambutan pelajar begitu menggalakkan sekarang.

Menurutnya dengan ada kelab tersebut membolehkan pelajar menguasai bahasa Mandarin bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.

"Memandangkan sambutan menggalakkan, tidak dapat ditolak pada masa hadapan sekolah agama di Kelantan akan memperkenalkan subjek Bahasa Mandarin," ujarnya.

Menjawab soalan tambahan Adhan Kechik (BN � Bukit Bunga) katanya buat masa ini kerajaan belum lagi bercadang menghantar pelajar melanjut pengajian dalam bidang agama di China memandangkan belum ada institusi pengajian tinggi seumpama itu di negara berkenaan sekarang.

Bagaimanapun katanya kerajaan negeri telah menghantar empat pelajar lepasan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) melanjutkan pengajian dalam bahasa Cina di negara berkenaan.

Katanya, pelajar tersebut kini menjadi pengajar di Kias dalam subjek bahasa Cina.

Di Kelantan Maahad Darul Anwar di Pulau Melaka menjadi sekolah menengah agama pertama memperkenalkan subjek bahasa Cina sejak beberapa tahun lalu.

Menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS � Pulai Chondong) Mohd Amar berkata, Yayasan Islam Kelantan (Yakin) menaja 20 pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Tajaan itu bermula tahun lepas di mana 10 pelajar melanjut pengajian dalam bidang berkenaan dan 10 pelajar lagi tahun ini.

Katanya, kos pengajian bagi setiap pelajar dianggarkan sebanyak RM200,000 sehingga tamat pengajian.

Kata beliau juga jumlah pinjaman atau biasiswa yang dikendalikan di bawah Yakin bagi tempoh 2009 - 2010 dianggarkan sebanyak RM8.7 juta, di mana sehingga Oktober tahun ini sebanyak RM3.8 juta telah dikeluarkan.

Sebelum itu menjawab soalan Wan Yusoff Wan Mustafa (PAS � Gual Ipoh) katanya, sejak diwujudkan pada 1981 sehingga sekarang seramai 23,470 pelajar mendapat pinjaman atau biasiswa daripada Yakin membabitkan peruntukan sebanyak RM71.7 juta.

Mohd Amar juga memberitahu kerajaan negeri membeli sebuah aparment setinggi sembilan tingkat di Kaherah yang akan dijadikan asrama bagi pelajar Kelantan yang belajar di Universiti Al Azhar.

Menurutnya asrama itu yang melibatkan kos sebanyak RM17 juta dijangka siap sepenuh tahun hadapan.

Sementara itu, anggota Exco, Datuk Husam Musa memberitahu projek koridor depu yang dilaksanakan di Kelantan sejak dua tahun lepas kini semakin mendapat sambutan menggalakkan.

Katanya, dianggarkan terdapat lebih satu juta pokok depu yang tumbuh meliar di seluruh negeri ini.

Malah di Machang terdapat lebih 100 pokok depu yang mempunyai saiz besar sehingga lebih sepemeluk.

"Mengambil kira perkembangan tersebut kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan mewujudkan ladang depu di kawasan seluas 592 hektar di Gua Musang.

"Selain itu syarikat swasta juga berminat menanam pokok depu memandangkan pulangannya begitu tinggi," ujarnya.

Menurutnya pada tahun lepas pengeluaran gaharu daripada pokok depu sebanyak 131,601 kilogram dan meningkat kepada 138,552 kg tahun ini.

Kata beliau hasil pokok depu begitu tinggi hasil penemuan teknologi baru dengan kaedah suntikan bagi mengeluarkan getahnya. _

HarakahDaily.Net/-

Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah

KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato� Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

�Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja,� katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.

Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan "Bertani Satu Ibadah" merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.

Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan._

HarakahDaily.Net/-