22 October 2009

ELAUN GURU KAFA RENDAH: PEMUDA PAS PERAK SOKONG DI NAIKKAN

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (20 Oktober 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat terkejut dengan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan bersempati dengan semua 2,898 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mengendalikan 105,594 murid di 664 SRAR di Perak yang hanya mendapat RM500 sebulan walaupun mengajar 60 jam sebulan yang sepatutnya menerima elaun bulanan berjumlah RM1,249.88.

DPPN Pk menyokong penuh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang berkata guru KAFA berkenaan sepatutnya menerima elaun tambahan berjumlah RM749.88 sebulan kerana mengajar 36 jam melebihi tempoh masa 24 jam dalam sebulan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). DPPN Pk amat kesal pembelaan ini tidak langsung di ambil berat oleh kerajaan di dalam meningkatkan kualiti pendidikan Islam khasnya.

DPPN Pk berharap guru KAFA ini diberikan pembelaan yang adil serta memastikan kebajikan mereka terus diberikan perhatian yang sepatutnya dan adalah menjadi tanggungjawab penuh sesebuah kerajaan untuk memberikan pembelaan tersebut. DPPN Pk berharap perkara ini menjadi perhatian oleh kerajaan di dalam perbentangan Bajet kelak.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Beramal dengan surah al-Kahfi dapat hindari fitnah

Hadith :

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi .

Huraian:

Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj.

Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).

Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar.

Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.JKIM/-

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh

Harakahdaily

SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Dr Pornthip memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan. _

Hikmah Jual Beli Secara Angsuran Dalam Ekonomi Islam

Email : Tok Busu

"Wahai orang-orang beriman , apabila kalian bermuamalah (jual-beli, hutang piutang) tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya…" (Al-Baqarah :282)

Pada masa sekarang ini kita sudah maklum bahwa jual beli secara ansuran telah berkembang dengan pesat dan dilakukan oleh baik individu mahupun perusahaan termasuk industri perbankan syariah, dilakukan dengan cara seseorang atau perusahaan tsb membeli sesuatu dari pihak lain lalu menjualnya kembali dengan harga lebih mahal dari harga pembelian tunai kepada masyarakat dan cara pembayarannya mengansur per bulan s/d jangka waktu yang telah disepakati. Dalam literature kitab fiqih banyak yang memperbolehkan jual beli secara ansuran tsb.

Huraian hikmah dari mengapa diperbolehkannya jual beli secara ansuran dalam ajaran agama Islam semoga bermanfaat :

1.Selama jual beli secara ansuran tsb sesuai dengan syariat Islam iaitu terpenuhinya rukun dan syarat sahnya jual beli, jangka waktu pembayaran dan jumlah ansurannya diketahui dengan jelas maka jual beli ansuran tsb tidak terdapat gharar, penipuan maupun riba.

2.Memudahkan anggota masyarakat yang tidak mampu membeli barang secara tunai untuk memiliki suatu barang yang diinginkan. Kerana tidak semua orang mampu membeli barang yang diinginkan secara tunai.

3.Baik penjual dan pembeli memperoleh kemanfaatan dengan jual beli ansuran yakni penjual dapat memperoleh tambahan keuntungan sedangkan pembeli dapat membayarnya secara mudah /ringan dan sedikit demi sedikit.

4.Penjual diuntungkan dengan bertambahnya harga dan pembeli diuntungkan dengan adanya jangka waktu pembayaran.

Maha suci Engkau Ya Allah tidak ada ilmu padaku kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku

Wallahua'lam
Salam

Aneka contoh teks pengacara majlis

Email : studioperintis@perintis.com.my

Pengenalan

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.

Jadi, buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang tugas sebenar pengacara majlis. Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian I – Pengacara Majlis
Bahagian II – Teknik Penulisan
Bahagian III – Kesalahan Bahasa
Bahagian IV – Senarai Panggilan Hormat dan Pantang Larang
Bahagian V – Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Bahagian VI – Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis

Kandungan

Pendahuluan

Bahagian 1 - Pengacara Majlis
Pengenalan
1.1 Siapakah pengacara majlis?
1.2 Mengapakah pengacara majlis penting?
1.3 Tip untuk menjadi seorang 'Star Emcee'?

Bahagian 2 - Teknik Penulisan
Pengenalan
2.1 Teknik menulis teks pengacara
2.1.1 Penyediaan teks
2.1.2 Cara menyediakan teks dan kandungan teks
2.2 Teknik menulis pantun dan bahasa berirama
2.2.1 Mencipta pantun
2.2.2 Mencipta bahasa berirama
2.3 Contoh-contoh pantun untuk agenda/atur cara tertentu
2.4 Contoh-contoh bahasa berirama untuk agenda/atur cara tertentu

Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa
Pengenalan
3.1 Kesalahan Bahasa

Bahagian 4 - Senarai Panggilan Hormat & Pantang Larang Pengacara Majlis
Pengenalan
4.1 Panggilan hormat
4.2 Pantang larang

Bahagian 5 - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Pengenalan
5.1 Cara memulakan majlis
5.2 Cara mengakhiri majlis

Bahagian 6 - Aneka Teks Pengacara Majlis
Pengenalan
6.1 Teks Perasmian Dewan
6.2 Teks Hari Anugerah
6.3 Teks Hari Wanita
6.4 Teks Jamuan Perpisahan
6.5 Teks Festival Nasyid
6.6 Teks Makan Malam Syarikat
6.7 Teks Majlis Tadarus Al-Quran
6.8 Teks Amanat Pemimpin
6.9 Teks Pelantikan Pengawas
6.10 Teks Perhimpunan Sahabat PEMADAM
6.11 Teks Hari Anugerah Khidmat Cemerlang
6.12 Teks Sambutan Hari Guru
6.13 Teks Sambutan Bulan Kemerdekaan
6.14 Teks Hari Kokurikulum
6.15 Teks Majlis Perkongsian Ilmu
6.16 Teks Majlis Pecah Tanah
6.17 Teks Pelancaran Buku Baru
6.18 Teks Perkahwinan Anak VIP
6.19 Teks Pelancaran Kempen (sebarang kempen)
6.20 Teks Malam Amal

Penutup

*Petikan daripada Bahagian IV

Pengenalan

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.

Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Pantang Larang

Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Menghadapi Pelaku Adu Domba

Email : Tok Busu
From: al-palagani

Date: 2009/10/17


Dalam berinteraksi dengan orang lain, kadang kita berhadapan dengan orang-orang yang suka melakukan namimah (adu domba). Seringkali namimah dilakukan tanpa sadar atau dianggap bercanda.

Al Ghazali, memaknai namimah (adu domba) dengan contoh, seperti seseorang mengatakan kepada orang lain, ”Fulan berkata tentangmu bahwa kamu demikian dan demikian.” Dan itu menyangkut hal-hal yang tidak disukai, baik oleh pembicara, pelaku namimah, atau orang yang menjadi objek pembicaraan.

Selain dengan pembicaraan, namimah juga bisa dilakukan dengan isyarat atau tulisan.

Namimah termasuk perbuatan maksiat, karena Allah Subhanahu wa Ta’ala (SWT) telah berfirman, “Yang banyak mencela, yang ke sana-sini melakukan adu domba,” (Al-Qalam [68]: 12). Di ayat sebelum di atas Allah (SWT) menyebutkan bahwa sifat itu merupakan sifat mereka yangmenentang dakwah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW).

Nah, bagaimana seharusnya kita menghadapi orang yang melakukan namimah terhadap kita? Imam An-Nawawi memberi tuntunan sebagai berikut:

Tidak Menerima Kabarnya
Kita tidak boleh menerima kabar berita yang dibawa seorang nammam (pelaku namimah), karena palakunya termasuk orang fasik. Sedangkan kabar orang fasik tidak diterima.

”Jika mendatangi kalian orang fasik dengan membawa berita, maka lakukanlah tabayun.” (Al-Ahzab [49]: 6)

Menasihatinya
Suatu saat seorang laki-laki mendatangi Umar bin Abdul Aziz. Orang itu bilang, ada orang lain yang membicarakan beliau. Akhirnya Umar mengatakan, “Kalau engkau menghendaki, maka akan saya lihat keadaannya. Jika berita itu tidak benar, maka engkau orang yang disebut dalam ayat, ’Jika datang kepada kalian orang fasik dengan membawa kabar, maka bertabayunlah’ . Jika engkau benar, maka engkau orang yang disebut dalam ayat ini, ‘Yang banyak mencela, yang ke sana-sini melakukan adu domba’. Jika engkau inginkan maka aku memafkanmu…” (Al Adzkar, hal. 561).

Membenci karena Allah
Perbuatan namimah amat dibenci Allah SWT, maka selayaknya kita juga ikut membencinya. Membenci apa yang dibenci Allah SWT adalah wajib.

Berprasangka Baik
Kita juga diharuskan berprasangka baik kepada orang lain, bahwa yang dikatakan itu belum tentu benar.

” …jauhilah banyak berprasangka. ..” (Al-Hujurat [49]: 12

Tidak Melakukan Tajasus
Orang yang mendapat kabar dari pihak tertentu, bahwa pihak lain mengatakan tentang dirinya sesuatu yang ia benci, hendaknya tidak melakukan tajasus alias penyelidikan, guna mengetahui apa benar berita itu atau tidak. Allah Ta’ala berfirman, ”Dan janganlah kalian memata-matai” (Al-Hujurat [49]: 12).

Tidak Menceritakan
Tidak perlu menceritakan apa yang kita alami, jika kita menjadi korban namimah kepada orang lain. Sebab, jika kita bercerita bahwa fulan telah melakukan namimah, maka ini berarti membicarakan keburukan pelaku namimah. Bila melakukan seperti itu, berarti kita sudah termasuk ghibah. Sedangkan ghibah dilarang dalam Islam.



Pemuda PAS Perak serah bantuan kepada kaum India di Larut

Oleh : safarizal saleh

14 Oktober 2009 (LARUT) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak hari ini telah menyerahkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik berbangsa India di Kubu Gajah, Larut bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.

Hampir 100 orang penerima telah diberikan sumbangan yang telah disampaikan oleh Ustaz Idris Ismail, Exco Pemuda PAS Perak. Turut bersama ialah Ustaz Mohd Nazri Din, Ketua Pemuda PAS Larut yang juga Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak.

Tidak ketinggalan juga serahan oleh Ustaz Idris ialah bolasepak kepada belia India bagi kemudahan untuk bermain yang telah diberikan oleh Pemuda PAS Larut.

Semua penerima amat berterima kasih kepada Pemuda PAS dan dengan hampirnya musim perayaan ini akan meringankan bebanan yang dihadapi mereka.




Nasihat buat suami dan isteri poligami

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Sejak saya mengupas mengenai hukum hakam poligami, ramai para isteri yang bermadu menghubungi saya menyatakan mereka tidak tahu menahu tetang hukum itu. Masing-masing menyatakan terjerat dik nafsu sendiri. Tidak kurang juga yang mengakui sering tertipu kerana kepentingan tertentu.

Ramai juga mengakui tiga bulan pertama atau setahun pertama mereka hidup bahagia. Hal ini kerana Isteri pertama suaminya tidak tahu dia ada isteri lain. Setelah semua rahsia terbongkar, suaminya terpaksa lebih banyak di rumah isteri pertama. Ada yang menyedihkan, isteri baru hanya boleh bertemu suaminya di pejabat dalam kadar sejam sahaja.

Suami tak kala berada di rumah isteri pertama, tidak bahagia kerana terpaksa bermain perasaan. Walaupun ada dua isteri tetapi hidupnya seperti tiada isteri. Masa untuk berseronoh suka sebagai suami isteri sudah tidak ada. Suami tidak boleh keluar ke rumah isteri lain kerana dikawal keinginannya.

Ada isteri yang mengadu kepada saya, sudah lama dia tidak bersama suaminya, nafkah tidak diberi kerana dia ada pendapatan sendiri. Isteri ini reda dalam keadaan terpaksa. Apalah indahnya poligami sebegini. Saya bersimpati kepada mereka walaupun kalau mereka reda diberi pahala oleh Allah. Saya juga bersimpati kepada suami walaupun mereka terpaksa menempah neraka di dunia dan neraka akhirat.

Saya tidak mampu menasihati para isteri ini kecuali bersabar dengan keadaan itu. Tapi yang paling penting seharusnya saya menasihati suami namun kerana suami tidak pernah meminta nasihat apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan mereka.
Sebenarnya kalau mengikut ilmu perkahwinan, seharusnya isteri berani memohon taklik atau fasah daripada suaminya. Tetapi apa yang saya dapat maklum balas daripada mereka, mereka masih mahu bersabar. Mungkin mereka tidak sanggup menjadi janda. Saya hormati kehendak mereka, tetapi kalau keadaan itu berterusan, nasihat saya, segeralah mohon taklik atau fasah.

Sebenarnya tidak hina seseorang itu menjadi janda atas sikap suami yang begitu. Cuma yang saya bimbangkan kalau status perkahwinan mereka tidak sah kerana tidak didaftarkan di Malaysia. Kalau ini yang terjadi, dia tidak boleh dilindungi oleh undang-undang Islam di sini. Inilah yang tidak seharusnya berlaku.

Belajar daripada pengalaman ini, saya menyeru kepada semua wanita Islam di negara ini berhati-hati dengan tawaran poligami. Bukan saya menghalang anda berpoligami tetapi pilihan suami yang benar-benar beriman dan bertakwa amat sukar pada zaman ini. Ketahuilah mereka yang beriman dan bertakwa sahaja yang boleh menyelamatkan isterinya walaupun seramai empat orang.

Pada masa yang sama, saya menyeru kepada para suami yang ada niat untuk berkahwin lagi, belajarlah dahulu ilmu fiqah terutama dalam soal poligami. Setelah itu tanyalah kepada diri, untuk apa berpoligami, adakah untuk mendapat nikmat berkeluarga atau apa? Kalau untuk dapat nikmatnya, jangan belajar menipu isteri pertama untuk membolehkah berkahwin. Juga jangan tipu isteri kedua kerana takut isteri pertama. Tapi takutlah kepada Allah, kerana dosa yang anda lakukan akan dihukum di dunia lagi sebelum di humbankan ke dalam neraka.