16 October 2009

Sivakumar panggil sidang, Adun PR akan hadir

IPOH, 15 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini.

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Manakala Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Ahli Exconya, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telah digantung sebelum ini.

ImagePersidangan kali ini adalah yang Ketiga untuk Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke 12 yang kan diadakan di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media siang tadi turut mengesahkan kehadiran Adun PR ke persidangan itu nanti.

Kehadiran tersebut katanya adalah berdasarkan panggilan Sivakumar bukannya Ganesan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang juga sekali lagi menegaskan, PR hanya mengiktiraf Sivakumar sebagai speaker yang sah dan menolak Ganesan.

Sehubungan itu mereka turut mendesak Ganesan supaya tidak menganggu persidangan yang akan berlangsung kelak.

Kemelut negeri perak bagaimanapun dilihat makin rumit apabila Ganesan turut mengeluarkan notis panggilan ke sidang Dun untuk tarikh yang sama.

Adun PR sebelum ini memutuskan untuk tidak hadir sidang Dun yang dipanggil Ganesan kerana menganggap beliau speaker tidak sah dan panggilan oleh Ganesan juga adalah tidak sah.

Namun dengan notis panggilan Sivarkumar yang baru diterima, kesemua mereka akan menghadirinya.

Ini bermakna persidangan pada tarikh tersebut akan dikendalikan oleh dua speaker berbeza seperti yang pernah berlaku pada 7 Mei lalu.

Mohammad Nizar ketika mengulas perkara itu memberitahu, PR tiada sebarang niat untuk melakukan huru hara.

Ditanya sama ada insiden persidangan Dun 7 Mei lalu akan berulang, Nizar hanya menjawab "tunggu dan lihat sahaja pada hari itu".

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak siang tadi, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin. _

HarakahDaily.Net/-


Pindaan perlembagaan, serlahkan kepalsuan Umno!

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Tindakan Umno menghapuskan sistem kuota pemilihan serta melonggarkan konsep ketuanan Melayu, menyerlahkan lagi keengganan parti perkauman Melayu itu untuk berubah demi kepentingan rakyat.

Ianya kerana beberapa pindaan pada perlembagaan dalam Pemilihan Agung Umno (PAU) sekarang didakwa, masih bersifat perubahan yang palsu.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, selagi Umno tidak berani menyerahkan kuasa pemilihan sepenuhnya kepada perwakilan, selagi itu Umno terus dibelit dengan amalan rasuah.

Ujarnya lagi, perubahan yang diperkatakan oleh kebanyakan pemimpin Umno tersebut hanya mengulangi retorika lama; yang telah pun menjadikan Pakatan Rakyat lebih disokong rakyat berbanding Barisan Nasional sejak tsunami politik, 8 Mac lalu

"Pindaan yang dibuat bukan bersifat organik (semula jadi), tapi lebih meniru trend perubahan rakyat yang sedia ada dan meniru prinsip-prinsip bersama dalam Pakatan Rakyat sendiri," katanya.

"Yang dibuat oleh Najib itu sebenarnya dalam keadaan terpaksa...mereka tidak cukup berani sehingga mengadakan beberapa sekatan lain (pindaan) yang baru...setelah menyedari Umno tidak lagi bersama kehendak rakyat...Umno sedang ditinggalkan sendiri oleh ahli-ahlinya," tegasnya.

Dakwanya lagi, beberapa pindaan dan retorika Najib itu sebenarnya hasil ciplak dari beberapa gagasan perjuangan PKR.

Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau mendakwa bahawa kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dun Bagan Pinang baru-baru ini sendiri tidak mampu dijadikan sumbu kekuatan Umno; kerana mereka sedar Isa menang dengan menggunakan taktik rasuah dan kronisme.

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Isa menafikan pendedahan rasuah dan kronisme yang dibuat dalam blog peribadinya, chegubard.blogspot.com semalam.

Beliau yang mengikuti PAU sejak kelmarin juga mendakwa, tindakan Umno yang terus-menerus menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peribadi yang dimaki-hamun, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu masih menjadi simbol perubahan yang mampu membenamkan survival politik Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi kemudian mendakwa, beberapa pindaan tersebut lebih bertujuan menyelesaikan masalah-samalah dalaman Umno seperti rasuah, kronisme dan penipuan dalam proses pemilihan pemimpin mereka sendiri.

Tegasnya lagi, pindaan perlembagaan itu langsung tidak mampu mengubah sistem kenegaraan yang lebih korupsi seperti dalam sistem kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya.

Ujar Shamsul lagi, definisi baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa kepimpinan Melayu Umno berpaksi pada keadilan dan rahmah, merupakan suatu retorik kosong Ahli Parlimen Rembau itu sahaja.

Beliau juga mendakwa Umno sudah mengalami Anwarism, setelah melihat rakyat terus memberi harapan kepada kepemimpinan perubahan Ketua Pembangkang itu.

"Umno dipengaruhi oleh Anwarism, perkataan seperti wahdatul, inklusif adalah perkataan ruji DS Anwar...," responnya dalam rangkaian sosial maya, Twitter semalam.

Semalam, Najib menjelaskan pindaan perlembagaan termasuk mengenakan syarat minima untuk bertanding bagi menggantikan sistem kuota yang diamalkan dalam PAU sebelum ini.

Beberapa media elektronik arus perdana melaporkan, pindaan itu masih tergantung pada persetujuan dalam Pemilihan Agong Khas kelak.

Jelas Najib lagi, syarat minima untuk bertanding jawatan di peringkat bahagian perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun.

Manakala, seseorang yang mahu bertanding jawatan Tertinggi dalam parti, termasuk Presiden sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama sepenggal.

Cadangan tersebut, menurut Najib, mampu menjadikan Umno lebih telus, terbuka dan demokratik.

Semalam, Khairy juga mendifinikan kepimpinan Melayu adalah keadilan dan rahmah, bukannya atas kekuasaan Melayu yang sempit.

Beberapa pindaan terbaru yang dicadangkan itu dikatakan secara tidak langsung menghalang muka-muka baru yang besih dan berintegriti untuk memimpin parti perkauman Melayu itu.

Sekaligus, Umno bakal terus dipalitkan dengan pelbagai dakwaan yang rasuah, perkauman Melayu, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya; yang langsung tidak memperlihatkan wajah hakiki 1Malaysia.

Ini kerana, PAU sahaja yang dilihat baru, sedangkan kepimpinannya masih dari kalangan muka-muka lama.

HarakahDaily.Net/-

Perbicaraan kes Ketua Kampung PR ditangguh

IPOH - Perbicaraan bagi kes membenarkan pemecatan atau penamatan perkhidmatan kesemua Ketua Kampung di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ditangguhkan kepada 3 November ini.

Penangguhan itu yang dibuat menerusi perbicaraan dalam kamar oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim disebabkan beberapa isu baru yang perlu dijawab oleh defendan.

Peguam Leong Cheok Heng yang mewakili plaintif, Mohd Ridzuan Asit berkata, penangguhan itu dibuat berikutan Penasihat Undang-undang Negeri Perak memohon bagi memfailkan afidavit kerana mendapati terdapat isu-isu baru yang perlu dijawab.

“Bagaimanapun, sekiranya defendan mengemukakan soalan kepada kami, ianya akan terus dijawab sebelum 2 November bagi memastikan kelancaran perbicaraan pada tarikh tersebut,” katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hadir sama bagi pihak plaintif adalah peguam Mohd Yunus Ali.

:Pada 22 Julai lalu, Mahkamah Tinggi telah menetapkan perbicaraan dijalankan pada 2 September untuk perbicaraan kes namun ia ditangguhkan kepada semalam (13 Oktober) kerana ketidakhadiran pihak peguam Kerajaan Negeri Perak.

:Plaintif, Mohd Ridzuan menuntut bagi pihaknya, juga selaku wakil kesemua ketua kampung yang dilantik oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 1 Ogos 2008.

:Pendengaran yang diadakan pada 22 Julai itu, adalah bagi memohon semakan kehakiman tentang sembilan perkara atau relief.

Relief tersebut antara lain meminta supaya membatalkan keputusan dan tindakan oleh responden untuk memecat ataupun menamatkan perkhidmatan pemohon dan kesemua ketua kampung tersebut.

Selain itu, plaintif juga memohon perintah injunksi untuk melarang responden dan/ataupun daripada membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampung digunakan semata-mata oleh dan untuk BN sahaja.

Ia juga menuntut agar satu siasatan dan taksiran kerugian punitif. Keterlaluan dan teladan dibuat bagi menentukan ganti rugi untuk dibayar kepada pemohon. Sinar/-

Malunya seorang wanita Islam

http://akhisalman.blogspot.com/

MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH


كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها


"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:


ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن


"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

Gempa Bumi Kuat Landa Irian Barat

KUALA LUMPUR, 15 Okt : - Sebuah gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan wilayah Irian Barat pada pukul 8.11 malam Khamis, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Kenyataan jabatan itu berkata pusat gempa bumi itu terletak 1,100 kilometer timur laut Port Moresby, Papua New Guinea dan 2,526 kilometer tenggara Kunak di Sabah.

Berdasarkan lokasi dan magnitud, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunamai di pantai Malaysia, menurut penilaian awal jabatan itu.

Airasia Umum Tiga Laluan Baharu India

KUALA LUMPUR, 15 Okt :- Penerbangan kos rendah AirAsia akan memulakan penerbangan terus harian ke Kolkata, Kochi dan Thiruvananthapuram (Trivandrum) di India bulan depan.

Penerbangan itu menawarkan tambang serendah RM129 terangkum satu hala bagi tarikh tempahan daripada 15 hingga 20 Okt, 2009.

Ini adalah untuk perjalanan daripada 12 Nov 2009 hingga 31 Julai 2010, untuk Kochi, mulai 16 Nov 2009 hingga 31 Julai 2010, untuk Thiruvananthapuram (Trivandrum) dan daripada 19 Nov 2009 hingga 31 Julai 2010 untuk Kolkata.

"Ketika kebanyakan penerbangan membuat penjimatan pada waktu ekonomi yang sukar ketika ini, AirAsia mengembangkan jaringan laluan India secara agresif kerana kami percaya terdapat permintaan yang tinggi terhadap perjalanan tambang murah," kata ketua komersil wilayah, Kathleen Tan, dalam satu kenyataan hari Khamis.

"Kami percaya tambang yang murah serta perkhidmatan inovatif kami akan membuka pasaran baharu, merangsang permintaan perjalanan baharu dan membolehkan lebih ramai orang untuk terbang bersama-sama kami, dan dengan itu menggalakkan pelancongan yang akan menguntungkan kedua-dua negara," katanya.

Tempat duduk adalah terhad dan boleh didapati menerusi www.airasia.com dan mobile.airasia.com.

Kolkata terletak di Bengal Barat sementara Kochi dan Thiruvananthapuram kedua-duanya terletak di Kerala.

AirAsia melancarkan laluan pertamanya ke Trichy, India, yang terletak di Tamil Nadu pada 1 Dis 2008.

Penerbangan untuk laluan pertama itu mencatatkan kapasiti purata 85 peratus, katanya.

Setakat ini, AirAsia telah menerbangkan lebih 100,000 penumpang bagi laluan itu.

-- BERNAMA

Kejutan Pada Mesyuarat Jawatankuasa CC

KUALA LUMPUR, 15 Okt :- Jawatankuasa Pusat MCA sekali lagi melakukan kejutan hari Khamis apabila presiden Datuk Seri Ong Tee Keat bercadang memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memutuskan sama ada perlu satu pemilihan baru kepimpinan parti.

Selepas lima jam bertolak ansur dan berunding, satu gambaran jelas terpapar iaitu jawatankuasa itu kini berpecah kepada tiga kumpulan -- penyokong setia Ong, penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai dan penyokong Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Majoriti daripada ahli jawatankuasa berpengaruh itu dikatakan pernah berpihak kepada Ong.

Dalam mesyuarat itu, adalah difahamkan Ong didakwa diminta meletak jawatan dengan segera berdasarkan surat yang ditandatangani bersama oleh kira-kira 20 anggota CC termasuk dua naib presiden.

Mereka telah menandatangani surat itu malam tadi semasa satu mesyuarat yang dipanggil oleh salah seorang daripada empat naib presiden parti di sebuah hotel berdekatan dengan Wisma MCA di sini.

"Dua daripada naib presiden tidak menurunkan tandatangan manakala lain yang ada berbuat demikian. Ia sebenarnya pemberontakan dalaman. Apa yang menarik ialah tiada penyokong Dr Chua dalam jawatankuasa CC menandatangani surat itu," kata seorang dalaman parti memberitahu Bernama.

Orang dalaman yang sama memberitahu Ong juga memuji penyokong Dr Chua kerana "mempunyai prinsip" dengan memilih untuk tidak menandatangani surat itu.

Bekas penyokong Dr Chua, Loh Seng Kok, yang juga anggota CC, berkata mesyuarat itu sebenarnya satu pertarungan antara penyokong dan bekas pengikut Ong.

Katanya kumpulan Dr Chua hanya inginkan pemilihan baru supaya ianya menjadi medan perebutan kuasa yang adil.

Kumpulan dalaman parti berkata semasa mesyuarat itu Ong menjelaskan oleh kerana keputusan EGM Sabtu lepas tidak menyakinkan dan akar umbi berpecah maka cara terbaik menyelesaikan krisis dalaman adalah dengan mengadakan pemilihan baru.

Ong juga dikatakan menjelaskan bahawa tindakan disiplin terhadap Dr Chua merupakan keputusan kolektif oleh Majlis Presiden dan CC dan oleh kerana perwakilan menolaknya maka CC juga perlu mendapatkan mandat baru.

Ong kemudian mengarahkan setiausaha agung parti Datuk Wong Foon Ming memanggil sebuah mesyuarat EGM mengikut Artikel 30.1 Perlembagaan parti sama ada parti itu harus mengadakan pemilihan baru bagi CC, kata orang dalaman itu.

Seorang pemimpin akar umbi, yang enggan dinamakan, berkata Ong muncul sebagai pemenang pada mesyuarat hari ini apabila menggunakan EGM sebagai kekuatan unggulnya untuk membalas dendam terhadap pembelotnya dalam CC yang enggan mendapatkan mandat baru.

"Ong telah berjaya memperdaya mereka dengan teliti dan cekap pada Pusingan 2 selepas tewas pada Pusingan 1," katanya.

-- BERNAMA

Foto-foto Gempa Sumatera dari photographer Internasional

Email : roslan mohd






































Seramai 12,700 Orang Umat Islam China Menunaikan Fardu Haji ke Mekah Tahun ini

Seramai 12,700 orang umat Islam China akan menunaikan fardu haji ke Mekah tahun ini. Jumlah tersebut bertambah lebih 700 orang berbanding dengan tahun lalu. Rombongan pertama jemaah haji akan berlepas penghujung bulan Oktober ini.

Naib Ketua Pertubuhan Islam China yang juga ketua rombongan jemaah haji, Yang Zhibo berkata, umat Islam yang menyertai rombongan tahun ini dari 27 buah provinsi, bandar atau wilayah. Antaranya, dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang melebihi 3,000 orang yang merupakan paling ramai dalam rombongan tahun ini.

Semua rombongan jemaah haji akan berlepas dari 30 Oktober hingga 17 November secara berperingkat dan pulang dari 3 hingga 21 hb, Disember.

Mereka akan disuntik dengan vaksin wabak selesema H1N1 secara percuma sebelum bertolak.

Surat panggilan sidang pada 28 okt oleh speaker perak yang sah, YB. V. Sivakumar

(klik surat untuk paparan lebih jelas)

Kenyataan Media Speaker DUN Perak V. Sivakumar

(klik surat untuk paparan lebih jelas)

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK BERSAMA DENGAN PARTI POLITIK, JABATAN KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN

Kepada :-

Semua Editor dan Wartawan,
Media Massa.

Saudara / saudari,

Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan mengadakan majlis tersebut pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh : 15 Oktober 2009 / 26 Syawal 1430

(KHAMIS) hari ini

Masa : 4.00 petang

Tempat : Hotel Seri Malaysia,IPOH.

Majlis akan di ketuai oleh Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

SAFARIZAL BIN SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Mimpi Rasulullah SAW

Email : mohd naim mohd zain

Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

BIAR RAKYAT TENTUKAN- DUN PERAK PERLU DIBUBARKAN

Oleh : mohd hafez sabri

Krisis politik di Negeri Perak hanya boleh diselesaikan melalui pembubaran Dewan Negeri. Kuasa harus dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan masa depan bumi Perak. Hanya rakyat yang mempunyai kuasa ataupun mandat untuk menamatkan kemelut politik Perak.

Menurut kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, beliau berkata pilihanraya perlu diadakan dengan segera bagi mengelakkan kemelut politik Perak ini berlarutan.

Memetik ucapan beliau “Rakyat seluruh Perak bersedia menghadapi pilihanraya dan Pakatan Rakyat juga amat bersedia untuk turun gelanggang untuk memulangkan kuasa rakyat dalam pilihanraya yang adil,” kata beliau.

Beliau amat kesal dengan kerajaan Barisan Nasional yang berdegil mahu meneruskan pemerintahan dengan merampas kuasa secara haram serta menafikan sistem demokrasi bahawa rakyatlah menentukan segala-galanya.

“Biarlah rakyat membuat pilihan dan kedua-dua pihak harus bersedia untuk menerima keputusan rakyat,” kata beliau lagi

Beliau juga mempersoalkan slogan retorik Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak yang membawa slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan namun jika proses demokrasi terhadap rakyat Perak ini tidak dihormati, maka yang akan menjadi mangsa adalah rakyat. Najib hanya mencipta slogan yang kosong tidak memberi apa-apa makna, tambah beliau lagi.

“Namun apa yang jelas disini kerajaan BN telah membelakangkan rakyat dalam isu krisis politik Perak. Manakah perginya slogan rakyat perlu diutamakan,” soal beliau.

“Ketamakan kuasa hanya akan merugikan rakyat, jika kita membiarkan sebuah kerajaan yang tidak sah memerintah negeri Perak,” tegas beliau.

Rakyat Perak memerlukan sebuah kerajaan yang diterima oleh semua. Kemelut politik Perak telah mengakibatkan suasana yang amat mengelirukan, rakyat masih lagi tertanya-tanya siapakah kerajaan yang sah sebenarnya.

Setiap hari, masalah menjadi semakin kusut. Di Perak apa yang menjadi masalah yang besar ialah siapa Menteri Besar yang sah dan siapa speaker yang sah masih belum terbukti secara sah, lebih membimbangkan lagi apabila berlaku krisis perlembagaan selepas pertukaran Menteri Besar dan speaker secara tidak sah di Perak ini, tegas beliau.

Dalam kata lain, Perak mempunyai dua kerajaan. Satu kerajaan yang sah dan satu lagi yang tidak sah yang mana rakyat sendiri dapt melihat BN telah merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan atau taktik-taktik kotor yang mana dengan cara itu ia sesekali tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah. Malah ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan di kalangan rakyat.

Oleh yang demikian bagi mengembalikan semula hak rakyat, cara penyelesaian yang terbaik ialah DUN Perak perlu dibubarkan bagi mendapat restu rakyat untuk memilih kerajaan yang sah secara demokrasi di Perak ini, jelas beliau.

Kenyataan Media : Dato' R Ganesan didapati bercakap bohong..


(klik imej untuk gambaran yang lebih jelas..)


(klik imej untuk gambaran yang lebih jelas..)


(klik imej untuk gambaran yang lebih jelas..)


(klik imej untuk gambaran yang lebih jelas..)


(klik imej untuk gambaran yang lebih jelas..)


(klik imej untuk gambaran yang lebih jelas..)




Ganesan Berbohong, Hilang kelayakan jadi Speaker.

ADUN lain yang hadir Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong), YB. Ng Kor Ming (Pantai Remis), YB Muhammad Zainuddin (Lubuk Merbau), YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol), YB Lim Phek Her (Menglembu) dan tiada dalam gambar YB. Chen Fok Chai.

IPOH : Ganesan yang mengistiharkan diri sebagai Speaker dewan didapati bercakap bohong dan beliau dengan ini kehilangan kelayakan menjadi Speaker mengikut perlembagaan Negeri Perak, demikian kenyataan rasmi Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds.Muhammad Nizar Jamaluddin disini sebentar tadi.

Mengikut kenyataan rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 24hb Ogos, 09 setiausaha badan prof itu,George Varughese mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah beliau untuk melucutkan status peguam pada 17hb Ogos iaitu satu tarikh diluar tempoh 3 bulan yang ditetap oleh undang-undang Kerajaan Negeri Perak.

Ganesan melakukan pembohongan yang besar bila mengaku sebagai Speaker, dia khianat dan menderhaka kepada Sultan. Kerana melanggar mengikut peruntukan perkara 36 A (5)Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession beliau pada atau sebelum 7hb Ogos, 2009.

Ds. Nizar menunjukkan surat panggilan sidang yang sah oleh Speaker V.Sivakumar.

Ds. Nizar juga memohon ditangguh mengadakan sidang pada 28hb Oktober kerana membawa kesan dan krisis yang lebih rumit kepada Negeri Perak.

Peguamcara yang mewakili Sivakumar telah membuat pencarian rasmi rekod mendapati ia masih aktif sebagai peguamcara pada 11hb Ogos.



Laporan penuh kenyataan media akan menyusul......