15 October 2009

Pendapat Saya...........

Assalamualaikum w.b.t

Semoga Ustaz di dalam lindungan Allah dan sihat sejahtera.

Saya Roslan berasal dari Semanggol Perak dan sekarang berkerja di Bangi Selangor.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyuarkan kebimbangan yang saya rasai sekian lama sekian “takut” di buatnya. Kebiasaanya sesuatu yang terjadi akan berkembang biak sama ada ke arah kebaikkan ataupun sebaliknya. Ianya akan bermula dari Bandar besar seperti K Lumpur kemudian akan pergi ke pekan kecil seterusnya ke kampung-kampung.

Ianya berkenaan dengan peniaga kecil & peniaga pasar malam. Sekarang ini jika ke pasar malam boleh dikatakan lebih 60% peniaga yang menjual sayur @ buah-buahan adalah “orang luar”. Deretan rumah kedai sudah banyak di monopoli oleh “orang luar”, Jadi fenomena ini akan meresap ke pekan kecil di dalm negeri kita suatu hari nanti… Jika dulu ke Pekan Parit Buntar @ Bagan Serai peniaga biasanya dari Bangsa Kita Cina @ Melayu nanti… dah bertukar wajah…

Saya bukan anti-orang luar, kerana bumi ini bumi Allah, siapa berusha akan perolehi kejayaan tetapi sebagai “Wakil Kerajaan” kita perlu memberi keutamaan kepada anak tempatan, jika perlu guballah undang-undang agar lesen peniaga kecil hanya boleh di perolehi oleh anak tempatan… bawalah masalah ini hingga ke peringkat Nasional, saya bukan dari kalangan peniaga kecil, jadi susah senang mereka hanya mereka yang tahu, bak kata perpatah, berat mata memandang berat lagi bahu memikul…

Sekadar berkongsi pendapat, maaf jika e-mail ini menggangu Ustaz.

Wallahualam.

Makna Ikhlas

By: agussyafii

Sore hari udara segar berhembus, seorang pemuda telah menunaikan sholat Ashar di masjid Al-Hikmah. Pandangannya menyapu jalanan. Tidak banyak orang berlalu lalang di jalan. Terlihat kakek sedang beristirahat keletihan. Sepeda dengan sekarung besar rumput tergeletak disebelahnya. Wajahnya terlihat hitam terbakar oleh matahari. Seharian kakek mencari rumput untuk makang kambingnya. Beberapa kali kakek itu mendirikan sepeda tuanya tetapi terjatuh. Tak kuasa tubuhnya rapuh menahan beban berat. Wajah kakek meringis menahan kesakitan, mengiba seperti hendak minta pertolongan.

Melihat pemandangan seperti itu, pemuda yang dari tadi memperhatikan merasa terpanggil. Segera berlari menolong sang kakek, dengan sekuat tenaga dia mendirikan sepeda tuanya. Sekarung rumput diikatkan dibelakangnya. Setelah sepeda berdiri pemuda itu menuntunnya. Bercucuran keringat dipelipisnya. Tergopoh-gopoh pemuda membantu kakek menaiki sepedanya. Semangatnya berbuat baik telah mengalahkan semua keletihan yang dirasakan. Awalnya dia mengira akan melihat kakek tua itu tersenyum dan mengucapkan 'terima kasih ya nak..' Ternyata setengah merebut sepeda, kakek itu mengucapkan kata-kata yang tidak enak didengar telinga. Wajahnya bermuka masam tak sedap untuk dipandang.

Pemuda itu terperanjat melihat sikap sang kakek, berkali-kali dirinya beristighfar. Wajahnya terlihat memerah, berdiri mematung. Sikap kakek yang kasar telah membuatnya syok, kaget dan terkejut. 'Apakah ada yang salah dari perbuatan saya?' tanya pemuda itu dalam hati. pemuda itu membisu dan bersedih menyaksikan kakek yang pergi meninggalkan dirinnya dengan berlalu begitu saja. Pemuda itu mencari makna. 'barangkali inilah makna ikhlas,' ucapnya lirih.

Dengan langkah gontai menuju Rumah Amalia. Sesampainya di Rumah Amalia, pemuda itu bercerita pada saya, apa saja yang telah dialaminya. Saya katakan padanya, Dalam Surat At-Thuur ayat 21, Alloh SWT berfirman, '..dan Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka, Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. '

'Jadi jangan pernah berharap apapun atau balasan dari perbuatan baik yang telah kita lakukan. Walaupun sekedar ucapan terima kasih maupun senyuman dari orang yang telah kita tolong. Lakukanlah semata-mata karena Alloh SWT itulah makna ikhlas.' tutur saya padanya.

Malam temaram telah menyelemuti. Hatinya melihat secercah mutiara hikmah yang ditemukan pada hari ini. Wajahnya berhiaskan senyum. 'Subhanallah. .'Ucapnya berkali-kali. Mutiara hikmah bukan hanya ditemukan untuk pemuda itu saja namun juga buat saya. Makna ikhlas begitu teramat dalam. Sebuah perbuatan baik yang kita lakukan tidaklah berharap untuk mendapatkan pujian atau balasan dari orang lain sekalipun perbuatan baik itu kita lakukan kepada pasangan hidup kita dan juga anak kita sendiri sekalipun sebab Alloh SWT memuliakan kita dari perbuatan baik yang telah kita lakukan.


Dalam Surat At-Thuur ayat 21, Alloh SWT berfirman, '..dan Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka, Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. '

Wassalam,
agussyafii

Jangan menilai seseorang melalui luarannya

http://akhisalman.blogspot.com/

MUKADDIMAH

Sedang berehat di rumah, sy membaca buku kecil (kutaib) yang bertajuk 'Toraif wa akhbarul Fuqaha wal A'rab' dan terbaca sebuah kisah menarik tentang imam Syafie ra. Kisah penghinaan seorang pendandan rambut kepada beliau berpakaian biasa. Pemandangan ini sangat biasa di zaman ini. Manusia hanya beradab dan berakhlak mulia pada orang yang berpenampilan bagus. Memilih jodoh dan teman pun hnya berdasarkan 'pandangan pertama' dan tidak menyelidiki yang tersirat dari penampilan yang menarik itu.

KISAH TAULADAN DARI IMAM SYAFIE

Dengan pakaian yang selekeh dan rambut yang panjang, imam Syafie pergi berjumpa dengan pendandan lelaki. Bila pendandan itu melihat keadaan imam Syafie (yg kelihatan seperti orang tiada berharta), dia berkata:

"Pergi cari pendandan lain."

Imam Syafie pun geram melihat keadaan pendandan tersebut dan bertanya kepada budak suruhan yang bersamanya:

"Berapa wang belanja yang kau ada."

Budak suruhannya menjawab:

"10 dinar (wang emas)."

Imam syafie berkata:

"Berikan wang itu kepada lelaki pendandan tadi."

Budak itu pun memberikan 10 dinar itu kepada pendandan dan imam Syafie pun pulang sambil mendendangkan syair:

علي ثياب لويباع جميعها

بفلس لكان الفلس منهن أكثر


Aku memakai pakaian-pakaian yang mana kalau dijual semuanya dengan satu fulus (duit tembaga), pasti satu fulus lebih tinggi nilainya.

وفيهن نفس لويقاس بمثلها

نفوس الورى كانت أجل وأخطر


Dalam pakaian itu terdapat satu jiwa (Iaitu Imam Syafie) yang mana jika dibandingkan dengan manusia-manusia lain pastilah jiwa itu lebih agung dan lebih hebat.

Disini imam Syafie menyatakan bahwa pakaiannya adalah amat murah sekali tetapi nilai ilmu dan takwa yang ada ditubuhnya tidak ternilai harganya.

KISAH DARI RASULULLAH SAW

Baginda Rasulullah saw telah menceritakan kepada kita sebuah kisah berikut:

"Ketika mana seorang bayi sedang menyusu susu ibunya, tiba-tiba lalu seorang lelaki yang menunggang kenderaan yang mewah dan penampilan yang hebat. Si ibu berdoa "Ya Allah jadikanlah anakku ini seperti lelaki ini." Lalu bayi tersebut meninggalkan puting susu ibunya dan melihat ke arah lelaki tersebut, seraya berkata " Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya." Kemudian itu menghadap kembali puting susu ibunnya dan meneruskan menyusu. Kemudian lalu sekumpulan manusia yang memukul seorang hamba wanita sambil berkata " Engkau berzina , engkau mencuri." Perempuan itu hanya berkata حسبي الله ونعم الوكيل . Si ibu yang sedang menyusukan anaknya berkata "Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya." Bayi itu sekali lagi meninggalkan puting susu ibnunya dan melihat ke arah perempuan itu , seraya berkata "Ya Allah jadikanlah aku seumpama perempuan itu."

Kemudian berlaku perbincangan diantara siibu dan sianak yang masih bayi. Si ibu berkata "Tadi apabila lalu seorang lelaki yang elok penampilannya, aku pun berkata "Jadikan anakku seumpamanya." Engkau pula berkata "Ya Allah jangan jadikan aku seperti lelaki ini." Bila manusia memukul seorang wanita sambil berkata "Engkau berzina , engkau mencuri." Aku pun berdoa " Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya." Namun engkau berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya." Kenapa engkau menyalahi doaku?"

Si anak menjawab:

"Sesungguhnya lelaki itu sebenarnya adalah seorang samseng, lalu aku berdoa "Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya." Adapun perempuan ini yang dilemparkan kepadanya tuduhan "Engkau berzina, engkau mencuri."Sedangkan dia tidak melakukan semua itu. Oleh itu aku berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya (bebas dari melakukan maksiat)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim - sahih)

Pengajaran Hadis

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak boleh menilai seseorang melalui first impression.

KESIMPULAN

Oleh itu kita jangan mudah untuk melabel dan menghukum seseorang. Untuk kita berperasangka buruk pun dilarang, inikanlah kita melafazkannya. Sangka buruk adalah satu amalan hati. Ia adalah satu kesalahan. Firman Allah swt:


ياأيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم


"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jauhkan dari kebanyakan sangkaan buruk. Sesungguhnya sebahgiannya adalah dosa." (12 : al-Hujurat)

Ini sekiranya di dalam hati sudah dikira sebagai berdosa, kalau kita melafazkannya jadilah pembohongan yg sangat besar (buhtan) . Buhtan ini yg orang melayu sebut fitnah. Padahal fitnah ini bermaksud cubaan dalam bahasa arab. Sabda Nabi saw:


وإن لم يكن فيه فقد بهته


"Sekiranya tuduhan itu tidak betul maka kamu telah melakukan buhtan kepadanya." (Hr Muslim - sahih)

Buhtan ini adalah أشد الكذب : Pembohongan yang bersangatan.

Oleh itu Islam telah menyarankan kita untuk merisik atau menyelidik dari sumber yang betul bagi mengenal seseorang. Kalau tidak pasti janganlah mudah menghukum seseorang. Janganlah mudah itu mempercayai khabar-khabar yang tidak ada bukti yang diterima Islam.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh as-Sobuni, 'Toraif wa akhbarul Fuqaha wal A'rab, Raudatul Muttaqin syarah Riadus Salihin oleh Syeikh Irfan Hasyunah.

SEPINTAS LALU SEJARAH PAS DI PERAK


Khalilul Rahman Abdul Samad

Gerakan kesedaran Islam mula muncul di Perak sejak awal 1920an apabila tokoh - tokoh reformis Islam seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Junid Thola dan Dr. Burhanunuddin Al - Helmy mula mengerakkan semula pemikiran umat Islam.

Sheikh Junid Thola, pengasas Madrasah Ad - Diniah, Kampung Lalang, Padang Rengas misalnya semenjak 1934 lagi telah menekankan tentang kewajipan menegakkan Negara Islam. Kemuncak kesedaran ini ialah apabila munculnya Madrasah Ihya' As - Shariff yang diasaskan oleh Ustaz Haji Abu Bakar al - Baqir, Gunung Semanggol yang menjadi tapak pengerakan politik Islam dengan penubuhan Majlis Agama Tertinggi Se - Malaya [ MATA ] pada tahun 1947 dengan diikuti oleh Hizbul Muslimin pada tahun 1948.

Kesedaran Islam yang berkembang di Gunong Semanggol, Padang Rengas dan Hilir Perak kemudiannya mempergaruhi politik Tanah Melayu apabila Majlis Agama Hilir Perak mendesak Umno mengadakan Persidangan Ulamak pada tahun 1950. Hasilnya, atas usaha Pengerusi Biro Agama Umno, Tuan Haji Ahmad yang merupakan ulamak berasal dari Perak telah mengadakan Persidangan Alim Ulamak Malaya Pertama di Muar, Johor. Diikuti pula oleh Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua di Kuala Lumpur yang membawa kepada penubuhan Persatuan Ulamak Se-Malaya pada 23 Ogos 1951.

Persatuan Ulamak Se-Malaya itu kemudiannya ditukar menjadi Persatuan Islam Se-Malaya [ PAS ] ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 di Butterwoth, maka Perak sekali lagi memainkan peranan besar terhadap perkembangan awal PAS apabila pimpinan utama PAS kebanyakkannya dari Perak termasuk tiga Yang Dipertua Agung terawal iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dari Ulu Piol, Manong, Dr. Haji Abbas Alias [ lahir di Selangor, tetapi dibesarkan di Sitiawan ] dan Dr.Burhanuddin Al - Helmy [ lahir di Kota Baru, Gopeng tetapi dibesarkan di Taiping ].




Manakala empat Timbalan Yang Dipertua Agung PAS iaitu Ustaz Mohd Ghazali Abdullah, Dr. Haji Abbas Alias, Prof Zulkifli Muhammad dan Ustaz Hassan Adli juga berasal dari Perak. Demikian juga tokoh - tokoh besar lain seperti Tuan Guru Haji Ahmad Hussin, Tuan Guru Abdul Samad Noh, Ustaz Haji Asiya, Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Abdul Wahab Nor, Ustaz Ahmad Azzam, Ustaz Baharuddin Latif, Datin Sakinah Junid, Ustazah Zaharah Othman, Abdullah Zawawi Hamzah, Ustaz Jaiz Anwar [ bekas Ketua Pemuda PAS Pusat ] juga berasal dari Perak.

Perak juga merupakan tempat kedua PAS berkembang apabila Cawangan [ Ranting ] yang pertama di Perak di tubuhkan iaitu Cawangan Kuala Kangsar pada 10 April 1952 yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, diikuti Cawangan Kerian pada 6 Julai 1952. Sehingga Januari 1953, PAS turut mempunyai cawangan di Beruas, Selama,Telok Anson [ kini Teluk Intan ], Titi Serong dan beberapa daerah di Hilir Perak.

Yang menarik ialah apabila Perak pernah menjadi tuan rumah Kongres PAS yang pertama di Maahad Yahyawiah, Padang Rengas dalam tahun 1952. Kemudiannya Kongres PAS ke-2 berlangsung di Madrasah Al Ulum, Bagan Datoh pada 25 - 28 Ogos 1953 di ikuti oleh Madrasah a- Tahzib ad - Diniah, Titi Serong pada 12 - 14 Ogos 1954 yang berjaya membuat keputusan memisahkan PAS daripada pengaruh Umno.



Persidangan di Madrasah al - Ulum, Bagan Datoh juga berjaya mengadakan Kongres Pemuda Islam SeMalaya bagi menubuhkan Dewan Pemuda sebelum Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pada tahun yang sama iaitu 1957. Kesan daripada gerakan politik yang pesat di Perak pada tahun 1955, PAS berjaya memenangi kerusi tunggal Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan apabila Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin menang di Kerian. Turut menang ialah Mohd Kamal Ahmad di Kuala Kurau, iaitu satu - satunya calon PAS yang menang di Majlis Undangan Negeri pada 1955.

Sejak itu PAS turut menguasai Parlimen Parit [ 1974 dan 1999 ], Bagan Datoh [ 1974 ] dan Parit Buntar [ 1999 ] selain menguasai tiga kerusi DUN pada tahun 1974 dan 1999 serta masing - masing satu kerusi pada tahun 1959, 1969 dan 1978.

Bagi pengkaji sejarah politik PAS, kemunculan regu Dr.Burhanuddin al - Helmy, Prof. Dr. Zulkifli Muhammad pada tahun 1956 menandakan bermulanya penguasaan ` blok Perak ` dalam kepimpinan PAS apabila tokoh - tokoh yang berasal dari Perak dipilih menduduki kepemimpinan PAS, sebelum dikuasai oleh Kelantan mulai 1965. Regu ini dianggap yang terbaik pernah dilahirkan oleh PAS sebagai ulamak, pejuang dan pemimpin kepada PAS.

Kini sesudah sekian lama bertapak dan berkembang di Perak, PAS berpontesi untuk terus maju di bawah kepemimpinan Ustaz Haji Abu Bakar Hussain sebagai Pesuruhjaya PAS Perak yang memegang baton perjuangan yang diwarisi dari Ustaz Abdul Wahab Nor, Ustaz Hassan Adli, Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, Ustaz Baharuddin Latif, Ustaz Azizan Mohd Desa, Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Tuan Guru Haji Sabran Asmawi, Ustaz Haji Ahmad Awang sebagai antara tokoh yang pernah mengetuai PAS Perak.

Oleh : Jabatan Perpustakaan & Arkib Yusof Rawa PAS Pusat
http://perak.pas.org.my

Ganesan Speaker haram : Sidang Media jam 11.00 pagi ini.

Dengan ini saya menjemput semua rakan media untuk hadir dalam sidang media yang akan mendedahkan siapakah ganesan yang sebenarnya sehingga dia dikatakan sebagai speaker haram dan tidak berhak menjalankan tugas sebagai speaker termasuklah menghantar surat untuk persidangan DUN pada 28 Okt ini.

Tarikh : Hari ini 15 Okt 2009
Jam : 11.00 pagi
Tempat : Pejabat PAS/Pakatan Rakyat, IPOH.

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua penerangan PAS Perak.

Untuk siapakah profil syarikat ditulis?

Email : studioperintis@perintis.com.my

Jika sesuatu penulisan itu diterbitkan, maka haruslah ada sasaran pembacanya. Begitu juga dengan profil syarikat yang mempunyai sasarannya yang tersendiri. Terdapat beberapa sebab profil syarikat penting dan perlu dalam sesebuah organisasi hari ini. Pendekatan penulisan yang berbeza dilakukan seiring dengan sasaran pembaca atau penilainya.

Kebiasaannya profil syarikat ini dibangunkan mengikut kepentingan seperti yang dinyatakan di bawah:


i. Pelanggan sasaran

Profil syarikat ditulis bagi memberikan penerangan dan butiran berkenaan syarikat anda kepada pelanggan agar skop perniagaan dapat dilihat dengan jelas oleh pihak pelanggan khususnya.

Kebiasaannya, profil syarikat yang disediakan untuk pelanggan sasaran anda haruslah mengandungi segala maklumat dan kenyataan produk yang ingin disampaikan mengikut keperluan permintaan pelanggan sasaran tersebut.

Contoh:

Syarikat anda menjalankan perusahaan kosmetik, maka semestinya anda perbanyakkan maklumat mengenai kebaikan dan imej-imej produk yang ditawarkan dalam profil syarikat anda.


ii. Badan kerajaan

Badan kerajaan merupakan sebahagian daripada kelompok sasaran pelanggan tetapi berbeza dari sudut keterampilan perbentangan profil syarikat, iaitu butiran dan kerja-kerja yang pernah dijalankan disediakan dengan terperinci. Hal ini demikian kerana anda berhubung dengan pihak kerajaan, maka sudah semestinya segalanya agak kompleks dan spesifik.

Bahagian kewangan selalunya menjadi isu apabila berhadapan dengan pelanggan bagi kategori ini. Hanya syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh mendapat menjadi perhatian. Oleh itu, harus diingatkan bahawa anda perlu menitikberatkan maklumat dalam bahagian ini.

Sertakan juga maklumat kejayaan syarikat anda menyempurnakan kerja-kerja atau projek sepanjang syarikat ditubuhkan sebagai rujukan.


iii. Tender

Kemasukan sesuatu tender memerlukan dokumen sampingan yang menjelaskan kekuatan sesebuah syarikat. Oleh itu, syarikat anda haruslah menyediakan profil syarikat yang lengkap dan menarik perhatian pihak penilai tender.

Jika syarikat anda terlibat dalam sesuatu kemasukan tender, dokumen sampingan yang relevan perlu disertakan sekali seperti brosur (brochure) produk atau perkhidmatan, imej-imej tertentu seperti lukisan pelan (jika terlibat dengan produk fizikal), salinan profil berbentuk cakera padat secara interaktif (ini adalah untuk mewujudkan kelainan) dan juga lampiran maklumat syarikat yang bekerjasama dengan syarikat anda seperti pembekal, tenaga kerja dan pengeluar bahan mentah.


iv. Institusi kewangan

Profil syarikat juga diperlukan oleh pihak bank dalam menilai pertimbangan sesebuah syarikat untuk mengeluarkan pinjaman perniagaan. Aspek penting yang perlu diberi penekanan berkaitan dengan bahagian pengurusan kewangan. Segala projek atau kerja yang pernah dijalankan perlu dimasukkan dalam profil syarikat anda.

Anda haruslah memastikan segala maklumat tersebut adalah tepat dan sah bagi tujuan pemeriksaan dan rujukan institusi kewangan tersebut.


v. Pihak berkuasa tempatan

Kadangkala profil syarikat perlu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan bagi tujuan kelulusan menjalankan perniagaan dan tujuan rekod. Profil jenis ini memadai dengan hanya membentangkan butiran perniagaan yang dijalankan. Anda tidak perlu memberikan data terperinci dan secara khusus.

Hal ini demikian kerana kebiasaannya pihak berkuasa tempatan akan membuat rujukan berdasarkan profil syarikat jika berlaku sebarang masalah dan isu berbangkit terhadap sesebuah syarikat tersebut semasa atau setelah kerja-kerja dijalankan.

Artikel di atas dipetik daripada buku Aneka Contoh Profil Syarikat. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan menghubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303 atau melayari web kami di www.books.perintis. com.my.

Terkini 12.15 pm: Laporan terhadap Ganesan telah dibuat , saya sedang memberi keterangan Polis.

Laporan Polis terhadap Ganesan yang menyamar sebagai Speaker Dun Perak dan memanggil Sidang pada 28hb Oktober ini.

IPOH : Saya telah selesai membuat laporan polis dan sedang memberi keterangan kepada seorang pegawai yang ditugaskan untuk mengambil keterangan terhadap laporan tersebut.

Persoalan penting dari laporan saya ialah Ganesan bukannya Speaker yang sah dan dia tidak berhak untuk mengeluarkan apa-apa dokumen termasuk surat untuk memanggil sidang pada 28hb Oktober ini.

Dia dilantik secara tidak sah dalam keadaan Speaker yang masih sah jawatannya sehingga sekarang. Tindakan beliau menyamar dan bertindak sebagai Speaker Dun Perak adalah tindakan yang memalukan dan mencabul undang-undang sedia ada.

Berikutan itu pada esok hari kami akan mendedahkan fakta yang jelas tentang kedudukan Ganesan yang tidak sah.

Saya juga menyatakan sewajarnya dia meletakkan jawatan dan segera berundur sebelum masalah yang lebih rumit berlaku akibat dari tindakannya menyamar sebagai Speaker Dun Perak.

Saya juga ingin menegaskan bahawa Ganesan adalah boneka kepada tindakan jahat BN untuk mengekalkan kuasa di Perak.

Laporan Polis Terhadap Ganesan

Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming sedang memberi kenyataan sebelum membuat laporan polis di IPD Ipoh sebentar tadi. Kehadiran mereka bersama rombongan mendapat pengawasan ketat oleh Pihak IPD Ipoh.


Delima Ketirisan Felda Kepada Peneroka

Oleh : Zabidie Abas @ http://amkj.blogspot.com

Penatap boleh menafikan fakta tersenarai tersebut. Ia dikatakan fitnah dan agenda jahat kepada pejuang Peneroka FELDA :

1. Sejak FELDA ditubuhkan, peneroka tidak pernah diberitahu gred, jumlah tan (terpeninci) dan jumlah tabungan tanam semula.

2. Kerajaan dan FELDA mewawarkan Persatuan Anak-Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) sebagai Penyebarkan dakyah palsu. Ugutan saman sehingga hari ini hanya omong kosong.

3. Wang tabungan tanam semula tidak dipulangkan kepada peneroka yang menanam sendiri dengan pelbagai alasan untuk mencuri wang peneroka.

4. Felda Holding ditubuhkan daripada sebahagian besarnya dari wang caruman peneroka dan hasil keuntungan tahun ini melebihi RM100 juta . Hanya diagihkan RM350.00 kepada setiap peneroka tahun ini.

5. MPOB diarahkan oleh FELDA untuk menentukkan gred buah sawit pada mutu rendah dan bukan pada fizikal sebenar.

6. ANAK diistiharkan sebagai pertubuhan haram kerana memperjuangkan hak peneroka tertindas.

7. Jumlah penagih dadah tertinggi di kawasan perkampungan FELDA tetapi setiap 5-10 perkampungan FELDA hanya ada 1 Balai atau Pondok Polis saahaja.

8. FELDA penyumbang cukai antara terbesar negara. Tetapi prasarana perkampungan FELDA dibiayai majoritinya oleh peneroka melalui pemotongan gaji hasil sawit-getah.

9. Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM) mempunyai puluhan ahli persatuan gabungan, sejak tahun 2000 tidak pernah mengadakan mesyuarat agungnya. Namun Ahli Jawatankuasanya menguruskan jutaan ringgit yang disumbangkan oleh FELDA dan kementerian tanpa dipantau oleh mana-man badan.

10. Persatuan gabungan MBFM diberikan sumbangan puluhan ribu setahun dengan tujuan menutup mulut ketirisan yang dilakukan oleh FELDA dan Felda Holding.

11. Sejak 15 tahun lalu diistiharkan 'tanah poket' perkampungan FELDA untuk diberikan kepada pewaris peneroka. Hingga kini tidak terlaksana, hanya 'tanda kawasan' sahaja.

12. Billion ringgit dipinjamkan kepada syarikat dan individu oleh FELDA Holding dari hasil caruman tanaman semula dan tipu gred sawit kepada peneroka. FELDA Holding tidak umumkan peminjam tersebut kepada pencarum.

13. Menteri FELDA dilantik tanpa persetujuan peneroka FELDA. Sejak tahun 1994, Datuk Seri Najib Razak melantik dirinya sendiri sebagai Menteri FELDA sesuka hati.

14. Pengumuman demi pengumuman disebut oleh Menteri 'Haram' FELDA, sehingga kini ia hanya menghabiskan wang Felda Holding untuk majlis keraian dan kos memberi makan untuk menutup mulut peneroka.

'Pertemuan sulit': Liow enggan ulas

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini enggan mengesah atau menafikan dakwaan bahawa beliau mengadakan 'pertemuan sulit' dengan seorang lagi Naib Presiden Datuk Kong Cho Ha.

Sebaliknya, Liow menggesa ahli-ahli parti itu supaya mematuhi perlembagaan parti dalam mencari penyelesaian terhadap krisis kepimpinan MCA.

Beliau juga ditanya mengenai desakan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Chua Soi Lek dan bekas naib presiden,Datuk Seri Fong Chan Onn supaya kesemua ahli jawatankuasa pusat meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

"Jawatankuasa pusat akan bermesyuarat dan memutuskan perkara itu," katanya.

Liow juga menggesa ahli-ahli parti itu supaya bersabar dan berhenti membuat spekulasi mengenai keadaan dalam parti itu sekarang.

Ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada bercakap dengannya mengenai masalah dalam MCA, Liow menjawab: "Tidak, PM tidak bertanya mengenai situasi dalam MCA tetapi beliau mahu melihat parti yang kuat."

Beliau juga berkata Najib mempunyai keyakinan penuh terhadap kemampuan MCA untuk menyelesaikan sendiri konflik yang dihadapinya.

MalaysiaKini/-

Benarkah Umno akan jaga kepentingan seluruh rakyat??

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah sampai masanya Umno menjadi parti utama yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan bukan sahaja orang Melayu dan bumiputera tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kenyataan ini saya anggap sebagai gimik politik untuk menutup dosa BN terhadap rakyat Malaysia setelah 50tahun memerintah.

Siapakah akan percaya bahawa Umno akan menjaga kepentingan seluruh rakyat sedangkan umumnya mengetahui siapakah Umno yang sebenarnya.

Sebenarnya bukan BN dan Umno perlu di ubah tetapi rakyat telahpun membuat keputusan untuk mengubah sokongannya kepada Pakatan Rakyat.

Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diamalkan oleh pentadbiran sekarang semakin mendapat penerimaan positif sebenarnya adalah slogan kosong setiap kali muncul bila seorang Perdana Menteri BN dinobatkan.

Laporan polis terhadap Ganesan di IPD Ipoh jam 11.30 pagi ini.

Saya dan Yb. Nga Koo Ming serta ADUN Rakyat yang lain akan berada di IPD IPOH pada jam 11.30 pagi ini untuk membuat satu laporan polis terhadap speaker haram Ganesan.

Dengan ini saya menjemput semua rakan media dan penyokong pakatanRakyat untuk berada disana sebagai mana dimaklumkan.

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
ADUN Titi Serong.

6 Juta klik pada hari ini, terima kasih kepada semua...

Masa begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Begitu juga dengan blog kesayangan anda ini yang akan mencecah klik ke 6 juta pada hari ini pada bila-bila masa dari posting ini saya terbitkan.

Sesungguhnya ianya tidak akan dicapai tanpa sokongan dan dokongan yang kuat dari semua pihak yang terus melayari blog ini tanpa jemu dan di mana saja. Kerana itu saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung di mana saja anda berada.

Semuga usaha murni ini terus mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah jua. Disamping kami sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen dan cadangan untuk kebaikan blog ini.

Selain itu kami sentiasa mengalu-alukan semua pihak untuk menyumbangkan tulisan, artikal, berita, gambar menarik dan apa saja yang sesuai untuk paparan blog ini.

Invisible Man - Perrgghhhh....!!!!

Email : Zamri Keciks

This guy paints himself, no kidding, no trick photography he just paints himself...
Last pic is simply brilliant... ..Couldn' t spot him