13 October 2009

PR Perak konsisten, tidak akan hadir sidang DUN dipanggil Ganesan

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika ia dipanggil oleh speaker BN, Datuk R. Ganesan.

Nizar yang merupakan Adun Pasir Panjang menegaskan, Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak perlu menghadiri sidang yang akan diadakan itu kerana Ganesan merupakan speaker yang tidak sah dan tidak berhak mengeluarkan sebarang notis panggilan.

Pelantikan Ganesan itu juga melanggar undang-undang Tubuh Negeri Perak. Oleh itu adalah wajar untuk Adun Pakatan Rakyat tidak mengendahkan arahan beliau.

"Kami (ADUN Pakatan Rakyat) tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana Ganesan ialah speaker haram."Tegasnya ketika dihubungi Hakahdaily.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Ganesan akan memanggil sidang DUN pada 28 Oktober ini dan notis panggilan akan dihantar kepada kesemua ADUN hari ini.

Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang memberitahu, pihaknya belum menerima apa-apa notis setakat ini.

"Kami tidak menerima apa-apa surat lagi setakat hari ini. Tapi kalau kami terima notis pun, kami memang tidak akan hadiri persidangan."katanya lagi.

Sementara itu, ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang turut dihubungi Harakahdaily berkata, DUN Perak hanya mempunyai seorang speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan mereka hanya akan mendengar arahan daripada beliau, bukan dari Ganesan.

Ujar beliau yang juga Pengerusi DAP Perak, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan sesekali bersekongkol dengan speaker yang tidak sah di sisi undang-undang.

"Ganesan dari dulu hingga sekarang bukan sahaja speaker haram, tapi haram jadah.Perbuatan dia merampas kedudukan V. Sivakumar adalah amat memalukan."Ujarnya.

"Sesiapa yang menyokong kerajaan Zambry di Perak samalah seperti merestui kezaliman yang mereka lakukan."katanya lagi.

Sidang dun tergempar selepas BN merampas Perak diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pada 7 Mei lalu, sidang dun kedua diadakan. Bagaimanapun sidang dun itu berlangsung dalam suasana yang kecoh apabila Adun BN termasuk Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mahu mematuhi arahan speaker Pakatan V. Sivakumar termasuk Ganesan yang bertindak mengambil tempat Sivakumar.

Selepas itu, Sivakumar memanggil satu lagi sidang dun yang hanya dihadiri oleh Adun Pakatan diadakan di Hotel Heritage dengan meluluskan tiga usul.

Persidangan itu diadakan di situ selepas polis menghalang Sivakumar dan 26 Adun Pakatan Rakyat daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Nizar menegaskan, sidang dun yang diadakan itu tetap sah di sisi undang-undang._

Harakahdaily/-

Ramai mahu DUN Perak dibubarkan

AMPANG – Sejumlah 92.15 peratus daripada 1,846 responden memilih supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala 3.74 peratus menolak dan 4.12 peratus berkecuali melalui satu kempen Mengumpul Suara dan Pendapat Rakyat Tentang Krisis Politik Perak.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Perak, Ir Megat Sharifuddin Ibrahim berkata, kempen terbabit merupakan fasa pertama di mana ia telah dilancarkan pada 9 Ogos yang lalu dan berakhir pada 23 September.

Katanya, berdasarkan kepada keputusan kajian yang dijalankan, kebanyakan responden yang ditemui berpendapat DUN Perak wajar dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik terbabit.

“Kita telah edarkan poskad kepada kalangan NGO yang ingin menyertai kempen ini malah kita turut mengambil pendapat daripada rakyat jelata bagi mendapatkan pandangan mereka sendiri berhubung isu tersebut.

“Pihak kami telah menjalankan kajian di tempat tumpuan orang ramai seperti di Pasar Jelapang, Masjid Negeri Perak, Pasar Kamunting dan pekan Changkat Jering bagi fasa pertama program terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Gabungan NGO-NGO Perak merupakan sebuah gabungan yang telah berjaya mengumpulkan hampir 50 NGO di negeri Perak yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India dan juga dari pelbagai agama dan jenis aktivisme.

Objektif utama gabungan ini diwujudkan ialah untuk memperkasakan suara rakyat terutama sekali dari kalangan ahli NGO-NGO supaya dapat menjadi pemangkin ke arah kebaikan dan kesejahteraan kepada semua rakyat negeri Perak tanpa mengira apa jua latar belakang.

Megat Sharifuddin berkata, kempen tersebut telah digerakkan dan dijalankan tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak termasuklah parti-parti politik dan ia lebih kepada untuk mengangkat suara dan pendapat rakyat.

“Suara rakyat terutama sekali dari kalangan pelbagai kaum dan agama yang komited dengan aktivisme NGO masing-masing sangat mustahak didengari oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali pemimpin-pemimpin politik dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada krisis politik di negeri Perak yang tercinta ini.

“Berdasarkan kepada kajian ini, kami mendapati majoriti daripada mereka mahukan supaya DUN Perak dibubarkan bagi mengatasi krisis politik negeri Perak dan oleh itu kami sangat berharap pihak pemerintah serta semua yang terlibat termasuklah parti-parti politik memberi perhatian yang sewajar kepada suara rakyat ini,” katanya.

Katanya, kegagalan untuk memberi perhatian serius kepada suara rakyat ini boleh mengakibatkan suasana gelisah, perasaan tidak-tenteram dan ketidakpuasan hati akan terus berpanjangan terutama sekali di kalangan rakyat negeri Perak.

Ini sudah tentu akan menyukarkan lagi urus-tadbir sebuah negeri, membantut urusan ekonomi negeri dan seterusnya mungkin juga akan menggugat kesejahteraan dan kemakmuran negeri Perak yang tercinta. Sinar Harian/-

KENYATAAN MEDIA : Kalau itulah petunjuknya segerakan pembubaran DUN Perak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN mengekalkan kemenangannya dikerusi Bagan Pinang yang dimenanginya di Piliharaya Umum ke 12 tahun 2008 dangan calonnya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Kemenangan Calon BN mendapat liputan yang sangat meluas dan luarbiasa sejak malam tadi. Sehingga ada akhbar yang mencetak tajuk utama dengan warna merah.

Namun perlu dingatkan kemenangan ini menambahkan satu lagi kemenangan BN dalam gelangang PRK dari 9 tempat. Berarti kedudukan sekarang Pakatan Rakyat 7, BN 2 sahaja.

Berikutan dengan itu kononnya dikatakan rakyat sudah menyokong BN dan slogan 1 Malaysia yang dibawa Najib. MIC pula mendakwa orang India telah kembali menyokong mereka. Sehari dua ini entah apa lagi yang akan dikeluarkan kenyataan ?

Tetapi saya hanya ingin mengeluarkan beberapa kenyataan pada hari ini:-

1. Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak.

2. Sebenarnya BN sudah menunggu lama dalam 7 pilihanraya kecil di Semenanjung namun semuanya memihak kepada pakatan Rakyat, malah yang berlaku di Perak iaitu di Parlimen Bukit Gantang tetap menjadi milik kami. Sekali ini BN kononnya melakukan kejutan dengan mejoriti yang berganda di Bagan Piang, oleh itu segerakan Bubarkan DUN Perak.

3. Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'. Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak.

4. Kami akan sentiasa menerima hakikat kekalahan sebagai mana yang dilalui dalam proses demokrasi sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang, Piliharaya umum atau Piliharaya Kecil. Namun yang tidak boleh menerina kekalahan adalah BN, sehubungan itu saya membantah dakwaan BN yang kami tidak boleh menerika hakikat kekalahan di Bagan Pinang.

5. Mempertikaikan beberapa perjalanan PRK Bagan Pinang seperti undi pos, kekasaran oleh petugas BN dan banyak lagi insiden yang melampau dari petugas BN bukannya satu alasan kepada BN bahawa Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan, namun ianya adalah tanggung jawab kami untuk mendedahkan kepada rakyat bahawa "padang permainan" adalah berat sebelah dalam setiap kali pilihanraya.

6. Sesungguhnya kami berhadapan dengan jentera kerajaan bukan jentera BN ataupun UMNO yang bertanding termasuklah di Bagan Pinang.

kenyataan media 12 10 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan PR Perak/
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak

Peluang pesakit kronik

Email :

Jika anda mengalami kesakitan kronik, anda perlu membaca artikel ini kerana harapan untuk sembuh ada di sini.

Contoh penyebab kesakitan kronik

# Sakit pinggang dan tengkuk (akibat cakera tergelincir, sakit permukaan sendi)

# Sakit sendi (osteoartritis, artritis reumatoid)

# Sakit kepala (migrain atau bukan migrain)

# Sakit saraf

# Sakit yang berpunca daripada kanser

# Sakit otot dan fasia (sindrom kesakitan miofasia, fibromialgia)

# Sakit selepas pembedahan atau kecederaan

# Sakit yang berpunca daripada faktor psikologi

Sakit kronik berlarutan melebihi enam bulan. Tidak kira tahap atau punca kesakitan, kepakaran dalam merawat kesakitan kronik mula bertapak dan meningkat maju di Malaysia.

Kesakitan kronik pada masa lalu dipandang sepi disebabkan ramai pengamal perubatan kurang pengetahuan dan kepakaran. Tambahan pula faktor psikologi dan ciri kesakitan yang rentan pada rawatan biasa.

Akibatnya anda keseorangan menanggung sakit sepanjang hayat. Lebih teruk, ada pesakit boleh menahan sakit kerana menganggap ia sebahagian manifestasi sakit tua atau hukuman Tuhan kepada dosa silam.

Sepuluh tahun lalu kepakaran bidang rawatan kesakitan kronik tidak ada sama sekali. Ubat penahan sakit pula terbatas pilihannya.

Saya pernah melihat seorang pesakit kanser mati dalam kesakitan teruk selepas merayu diberi ubat penahan sakit. Dia mati dalam kesakitan yang dibawa mati.

Kini dengan ubat dan teknik moden, hampir semua kesakitan daripada kanser dan bukan kanser dapat dirawat dengan berkesan.

Selepas 10 tahun dalam profesion ini saya berpendapat dengan adanya teknologi canggih dan kepakaran baru, sebenarnya tiada batasan dalam merawat kesakitan kronik.

Apa perlu pesakit lakukan ialah bertemu pakar dalam bidang berkenaan. Objektif utama rawatan kesakitan kronik ialah melegakan kesakitan sebanyak mungkin dan mengembalikan fungsi pesakit (kembali bekerja).

Kenapa anda perlu merawat kesakitan kronik?

1. Sakit adalah kesengsaraan emosi dan tubuh badan (somatik) yang menyeksakan.

2. Kesakitan kronik tidak membunuh, tapi ia membunuh kehidupan anda. Ia merebak dan menyekat pesakit daripada bergerak bebas. Anda tidak dapat bekerja dan produktiviti menurun. Anda tidak dapat tidur lena dan ini meletihkan. Anda tidak dapat berfungsi pada diri dan keluarga dan akhirnya membawa kepada kemurungan.

3. Kesakitan kronik menyebabkan penyakit lain menyusul seperti kekakuan sendi, kudis tekanan, otot yang kecut dan lemah, tulang rapuh, jangkitan pada pundi kencing dan paru-paru disebabkan kekurangan pergerakan tubuh badan.

4. Merawat kesakitan akut dan kronik adalah satu etika perubatan dan juga hak asasi pesakit yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh doktor.

5. Negara membangun seperti Malaysia banyak menitik beratkan mutu kehidupan untuk menjamin keselesaan dan produktiviti berkekalan. Rawatan kesakitan kronik memberi keselesaan dan menjamin produktiviti bila sakit tidak lagi menjadi penghalang daripada bekerja.

Kesedaran kepakaran rawatan kesakitan kronik

Secara umumnya pengetahuan rawatan sakit kronik di kalangan pengamal perubatan masih kurang.

Oleh itu banyak usaha dilakukan untuk mengiktiraf kesakitan sebagai entiti klinikal yang penting kerana membabitkan kesengsaraan tubuh dan emosi.

Malah, kesakitan kini diiktiraf sebagai ‘tanda utama kelima’ iaitu satu daripada ukuran asas paling penting setiap pesakit apabila berjumpa doktor, selain tekanan darah, suhu badan, kadar nadi dan kadar pernafasan.

Doktor mengukur tahap kesakitan dengan satu kad VAS (skala analog visual) iaitu pesakit dikehendaki menunjukkan skor kesakitan bermula dari 0 hingga 10.

Kosong bermakna tiada kesakitan manakala ‘10’ adalah kesakitan tahap maksimum yang tidak mampu bertahan. Teknik ini sudah lama diguna pakai di Australia, Amerika dan Singapura.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan melancarkan kempen ini di hospital kerajaan sejak tahun lalu. Ukuran ini penting memandangkan 60 hingga 70 peratus pesakit yang hadir di unit kecemasan hospital memberi gejala sakit sebagai masalah utama.

Kajian pula menunjukkan 30 peratus masyarakat mengalami sakit kronik manakala 40 hingga 80 peratus pesakit ini gagal mendapat rawatan berkesan untuk mengawal kesakitan.

Banyak faktor menyumbang kepada kegagalan rawatan sakit kronik. Selain kurang pengetahuan dan kepakaran di kalangan doktor, kesedaran pesakit mengenai adanya doktor yang memiliki kepakaran khusus dalam rawatan juga rendah. Bilangan doktor pakar dalam bidang ini juga sedikit.

Sebahagian doktor mengambil pendekatan dan beranggapan semua doktor boleh merawat sakit. Kajian kami mendapati 30 peratus kes kesakitan kronik mempunyai diagnosis salah oleh doktor yang merawatnya.

Kesilapan diagnosis membawa kepada rawatan tidak tepat. Kesannya pesakit kekal dalam kesakitan.

Doktor bedah juga mampu mengawal kesakitan selepas pembedahan dengan memberi suntikan morfin. Namun apabila kesakitan menjadi luar kawalan dan mereka gagal merawatnya, ini masa untuk merujuk kepada doktor pakar sakit kronik.

Seperti sakit darah tinggi, semua doktor tahu merawat jika ia mudah dan tidak kompleks. Namun jika tidak dapat dikawal selepas rawatan dengan satu atau dua jenis ubat, doktor akan merujuk kepada pakar perubatan.

Hakikatnya bukan semua doktor atau doktor pakar mahir dalam semua jenis penyakit. Fenomena ini lebih ketara apabila doktor mengambil pengkhususan dalam subkepakaran tinggi.

Skop rawatan menjadi lebih mendalam tapi dalam skop lebih kecil. Daripada segi etika dan protokol rawatan, doktor perlu merujuk kesakitan kronik kepada pakar sakit kronik jika ia di luar kemampuannya.

Namun amalan masih kurang di kalangan pengamal perubatan disebabkan beberapa faktor lain. Setidak-tidaknya doktor perlu berbincang dengan pakar sakit kronik apabila merawat pesakit kerana ia bukan mudah.

Merujuk pesakit kepada doktor pakar sakit kronik adalah satu daripada isi penting dalam kempen Kementerian Kesihatan yang mengiktiraf kesakitan sebagai satu ‘Tanda Utama’. Melegakan kesakitan termaktub dalam etika perubatan dan diiktiraf sebagai hak asasi pesakit.

Di Malaysia bidang ini masih baru tetapi pencapaian kita dalam bidang ini membanggakan. Pakar sakit kronik di Malaysia kurang daripada 10.

Justifikasi seorang pakar mungkin berbeza keadaan sakit kronik itu yang bersifat subjektif dan berbeza di antara pesakit. Sebagai contoh, seorang pakar mampu merawat sakit belakang berpunca daripada cakera tergelincir (slip disc) dengan hanya kaedah suntikan membabitkan kejayaan 90 peratus tanpa perlu pembedahan.

Malah dengan kepakaran, ubatan dan teknologi terkini, hampir semua sakit belakang dapat dirawat dengan hanya kaedah suntikan. Ia terbukti berkesan tanpa menghadapi risiko tinggi. Teknik ini menjadi pilihan rawatan pembedahan tulang belakang dengan kos lebih murah.

Apa yang dapat dilakukan pakar?

1. Menilai semula punca sakit kronik anda dengan tepat dan menyeluruh

2. Membuat penilaian akan kesan atau impak sakit kronik pada kehidupan anda daripada aspek biopsikososial

3. Merangka strategi bersepadu untuk melegakan kesakitan dan mengembalikan fungsi anda

4. Memberi rawatan ubat yang pelbagai (multimodal) dalam pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, tampalan pada kulit dan sirap dengan terperinci

5. Dapat melakukan kaedah ‘intervensi kesakitan’, iaitu kaedah suntikan khusus yang dapat mengawal tahap kesakitan anda seperti teknik epidural, neurolisis, radiofrekuensi dan suntikan botox.

6. Membimbing anda mengembalikan kehidupan harian, bersosial dan kembali bekerja melalui aktiviti fizikal dalam bentuk senaman, teknik rehat dan terapi kognitif.

Apakah tindakan anda jika mengalami kesakitan kronik?

Jika sakit masih berlarutan selepas berjumpa beberapa doktor, ini masanya berjumpa doktor pakar sakit kronik. Anda perlu bertindak sekarang sebelum menjadi lebih serius.

Setidak-tidaknya anda ambil inisiatif untuk mendapat pandangan kedua mengenai penyakit anda.

Jika doktor yang merawat tidak melakukannya, anda perlu mengingatkan doktor dan memintanya merujukkan anda kepada pakar. Rekod dari Pain Unit HUSM, hampir 75 peratus pesakit dapat dipulihkan iaitu kesakitan dapat dikurangkan hingga melebihi 50 peratus.

Oleh DR NIZAR ABD JALIL (Pakar Bius dan Kesakitan Kronik, Hospital Universiti Sains Malaysia)

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin

Email : mohd naim mohd zain

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik


Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.


Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Ong perlu letak jawatan: Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pemimpin MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu melepaskan jawatan masing-masing dan mengambil iktibar daripada keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu kelmarin.

Bekas perdana menteri itu berkata MCA kini perlu memilih calon berkecuali di kalangan mereka serta mendapat sokongan akar umbi bagi memulihkan semula kekuatan parti berkenaan.

"Dari segi moral, kedua-dua mereka patut berundur.

"Pilih seorang yang tidak tercemar dan kedua-dua pemimpin itu beri sokongan penuh kepada orang baru," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Umno cawangan Pusat Bandar Cempaka di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau diminta mengulas mesyuarat EGM MCA yang meluluskan usul tidak percaya terhadap Ong sebagai presiden parti dan usul tidak mengembalikan jawatan timbalan presiden kepada Dr Chua.

Bagaimanapun, perwakilan meluluskan resolusi untuk menerima semula Dr Chua sebagai ahli parti.

Dr Mahathir berkata hasil EGM itu jelas menunjukkan bahawa ahli MCA tidak puas hati dengan kepimpinan dua pemimpin itu dan parti itu perlu menyusun semula parti atau mungkin memilih pemimpin baru.

Ditanya mengenai penubuhan parti Makkal Sakti Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin, Dr Mahathir berkata beliau mengalu-alukan penubuhan parti itu.

"Saya fikir masa sudah tiba untuk kita terima parti India ini dalam BN kerana kita dapati MIC sudah kurang pengaruhnya," katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini dengan menggesa Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu supaya meletakkan jawatan.

"Saya minta Samy Vellu letak jawatan juga. Kalau dia letak jawatan, MIC hidup semula," katanya.

Mengenai kenyataan timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel semalam bahawa MIC tidak harus dipersalahkan terhadap prestasi buruk BN pada pilihan raya umum tahun lepas, Dr Mahathir berkata:

"Dalam BN kita ada sifat tolong-menolong. Walaupun kecil, nak menang satu undi pun menang."

"Peranan setiap pengundi memang besar. Jangan kita (BN) perkecilkan kerana orang India ini tak ramai, jadi kita kata dia tak berperanan. Ini tak betul," katanya.

Menurutnya MIC juga perlu memainkan peranan sama dalam menentukan kejayaan BN kerana tiada kawasan pilihan raya yang majoritinya pengundi kaum India. BERNAMA

MalaysiaKini/-

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.

"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image Mengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.

HarakahDaily.Net/-

Petua Hilangkan Mengantuk

Email : mohd naim mohd zain

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below

"Selamat Mencube!!"


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


gerak ke kiri kemudian ke kanan ....



tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress...


pusingkan kepala...
ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...sape kulit gelap jgn trase plak


akhir sekali
buat joget kucing...
kalau tak hilang juga
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja


Two Presidents of two Muslims countries

Email : Shah Bundy

Pakistani president Mr. Parveez Musharaf








Iranian President Mr. Ahmedinejad













63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Email : mohd naim mohd zain

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Pemuda PAS Perak lancar tabung kemanusian

Oleh : safarizal saleh

11 Oktober 2009 ( IPOH ) – Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah melancarkan tabung kemanusian gempa bumi untuk membantu mangsa-mangsa yang memerlukan di Padang, Sumatera.

Tabung tersebut telah dilancarkan oleh Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Pemuda pada hari ini. Kutipan akan diuruskan oleh semua Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di seluruh negeri.

Kutipan akan dibuka selama dua minggu dan seluruh kutipan akan diserahkan semasa rombongan Pemuda PAS yang akan ke sana untuk menyalurkan sumbangan tersebut.

Pihak-pihak yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menyalurkan sumbangan tersebut. Akaun Dewan Pemuda PAS Perak 08013010005254 (Bank Islam).


10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Israk Mikraj Rasululullah. ..

Email : mohd abdul wahab b sulaiman sulaiman

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Bagan Pinang : Kisah Semalam...

Email : Mr. President

Sehari dua ini saya agak malas untuk menulis sebarang artikel untuk dimuatkan di dada Laman Nurani. Saya lebih kepada membuka dan melayari blog-blog yang ada di dalam lis di Laman Nurani ini. Ya..tumpuannya parti kepada Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang, di Parlimen Teluk Kemang, di sebuah negeri yang mempunyai sembilan. Apa yang sembilan, saya pun tak tahu, sembilan daerah ke, sembilan kampung ke, sembilan pekan ke. Tetapi Negeri Sembilan.

Saban masa, saya akn meng'refresh' Laman Nurani agar saya dapat melihat update-update dari bloggers-bloggers yang bertungkus lumus di Bagan Pinang. Sambil saya membaca artikel-artikel tersebut, otak saya ligat memikirkan apakah strategi ataupun muslihat setiap tindakan baik dari PAS atau BN. Isunya saban hari kian bertambah. Dan bila saya bandingkan dengan berita-berita dari kaca televisi, jelas perbezaanya. Seolah-olah media cuba menutp isu dengan isu yang lain. Memang berkecamuk hati dan hempedu saya, mau meletup. Huhuhu...

Apa tidaknya, cuba saudara selusuri jalan cerita di Bagan Pinang ini. Bermula dari hari penamaan calon lagi. Laporan yang dikemukan media massa jelas berbeza dengan laporan dari blogger yang berada di Bagan Pinang. Ditambah lagi dengan cerita-cerita rakyat yang dibawa oleh sahabat-sahabat kita yang merupakan salah seorang dari peserta rapat umum mengiringi calon PAS Bagan Pinang itu.

Lautan penyokong PAS membanjiri kawasan penamaan calon mengalahkan kumpulan lawan. Disamping hiburan oleh kelab penyokong PAS dari kalangan orang India yang memalu gendang sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

Tetapi dalam kemeriahan dan keamanan itu, ada jugak lah manusia di muka bumi ini cuba mencari populariti murahan. Yer lah, nak berlakon, produser tak amik jadi pelakon filem...apa P.Ramlee cakap, "Nak jadi Film Star!!"? hehehe... Dek kerana dia malu kena booo oleh penyokong PAS, maka dia membuat dakwaan dia dipukul. Ada ke patut??? Itu satu hal.

Maka riuhlah semua yang ada kepentingan politik yang jugak tidak diambil oleh produser-produser sebagai film star ini berkokok macam ayam pondan di kaca-kaca televisi. Apa ni, samseng, jahat, ganas..macam-macam lagilah. Yang pelon tadi siap terlantar dah di hospital dengan bekung di leher. Nazak gamaknya. Tetapi sampai hari ini tidak ada tangkapan pun dibuat terhadap pelaku yang memukul pelakon tersebut. MAKNANYA??? Jawablah sendiri.

Maka senyap lah setengah hari isu tu. Timbul pula isu serangan ke atas Markas Induk Pemuda PAS. Ada yang kena pukul, kena parang la. Macam-macam hal la. Juga tidak ada tangkapan dibuat. Entahlah. Malasa saya nak ulas panjang. Ada juga pihak yang mencabar supaya dibuat laporan polis. Ada juga yang kata ianya direka-reka oleh PAS. Yang mana satu betul? Kita tunggulah, sebab setiap kebenaran atau kebatilan, lama-lama akan diketahui kelak. Tak percaya? Kena mati dahulu, baru tahu.

Itu hal pergaduhan. Dan menurut sumber dari sahabt-sahbat yang sedang berjuang di Bagan Pinang, sekarang ini masih lagi berlaku pergaduhan. Apa ni? Kata bandar tentera, takkan ada gaduh jugak kot? Ke seba dinamakan bandar tentera, maka kena bergaduh dalam erti kata lain kena berperang ke? Masya Allah. Kata ramai dah anggota polis di sana? Alaaaa...tak perlu anggota polis pun, sebab askar-askar dah ramai kat sana? Ke askar ni bukan jaga keselamatan? Ke kena tunggu buat laporan dulu baru nak bertindak walaupun berlaku di depan kepala mata? Hmmm...aiman tak kisah...

Dalam perkembanagn yang lain, media-media cuba menimbulkan isu-isu lain bagi menutup kelemahan SPR di Bagan Pinang terutama sekali berkaitan undi pos. Dah terbukti penyahgunaan buku Daftar Pemilih Induk bagi undi pos ini. Mengapa SPR diam membisu? Mengapa media tak laporkan perkara tersebut? Jelas lagi terang lagi bersuluhlah media ni jd pencacai sapa...ermmm...aiman tak kisah...

Itulah dunia politik bila Mhafiraun yang memerintah. Perasuah pun boleh jadi calon untuk diangkat jadi ADUN. Huhuhuhu...macam amalan rasuah ni tiada salah pun. Nauzubillah. Ini menghina Islam, sedar atau tidak? Sebab Islam mengharamkan rasuah, mengharamkan riba, judi, yang kita pegi lantik perasuah menjadi pemimpin tu sebab apa? Tidakkah kita telah menghina Islam? Semoga Allah melaknatlah sesiapa yang menghina Agama Islam yang suci ini. Amin...