11 October 2009

Proses pengundian di Bagan Pinang bermula

Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.

Pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua lapan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini. Malaysiakini/-

Ong Tee Keat akur dengan keputusan perwakilan

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, beliau akur dengan keputusan yang dibuat oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) parti itu yang berlangsung pada Sabtu.

Antara lain para perwakilan telah mengundi untuk meluluskan usul undi tidak percaya ke atasnya namun majoriti yang diperolehi tidak mencukupi dua pertiga yang diperlukan untuk menyingkir Tee Keat dari jawatannya.

Perwakilan juga telah meluluskan resolusi untuk tidak mengembalikan kerusi timbalan presiden kepada Datuk Dr Chua Soi Lek tetapi telah meluluskan usul untuk menerimanya semula sebagai ahli parti.

Bercakap kepada para pemberita sejurus selepas tamatnya EGM itu lewat petang Sabtu, Tee Keat berkata, Jawatankuasa Kerja Pusar MCA dan Majlis Presiden akan duduk berbincang hasil keputusan yang telah dibuat oleh para perwakilan.

EGM MCA: Perwakilan buat keputusan dramatik

KUALA LUMPUR: Para perwakilan MCA membuat keputusan dramatik pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pada Sabtu.

Dalam EGM tersebut, perwakilan parti meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 14 undi.

Perwakilan turut menolak usul untuk mengembalikan jawatan Timbalan Presiden, kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bagaimanapun, EGM itu menyokong usul Soi Lek diterima semula sebagai anggota parti. Pegawai yang terlibat dalam EGM tersebut berkata keputusan dramatik yang dibuat perwakilan di Mesyarat Agung Khas MCA hari ini menyebabkan parti terpaksa merujuk semula kepada perlembagaan parti.

Seperti termaktub dalam perlembagaan MCA, seorang presiden parti hanya boleh dilucutkan daripada jawatannya dengan majoriti dua per tiga undian perwakilan.

Oleh yang demikian secara teknikalnya bermakna Ong Tee Kiat masih lagi presiden MCA yang sah kerana undi tidak percaya ke atasnya hanyalah dengan kelebihan 14 undi.

Seramai 1,155 ahli perwakilan berkata mereka tidak percaya dalam kepimpinanan Ong manakala 1,141 menyatakan yang sebaliknya pada EGM kali ini.

Seramai 2,304 ahli perwakilan telah mengundi dalam EGM hari ini.

Keputusan EGM itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap EGM, Datuk Yik Phooi Hoong pada kira-kira 4.25 petang.

Pengundian tersebut dijalankan berdasarkan tiga resolusi iaitu:

1) Ahli-ahli mesyuarat agung tidak yakin terhadap kepimpinan Ong

Berikut ialah keputusan bagi resolusi pertama:

Setuju: 1,155

Bantah: 1,141

Undi Rosak: 8

2)Keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos dalam menerima cadangan Lembaga Disiplin dan keputusan susulan Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk memecat atau menggantung Soi Lek dibatalkan.

Keputusan bagi resolusi kedua:

Setuju: 1,204

Bantah: 1,095 Undi Rosak: 5

3) Dr Chua dikembalikan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA.

Keputusan resolusi ketiga pula adalah seperti berikut:

Setuju: 1,110

Bantah: 1,184

Undi rosak: 10

Terdahulu, 2,307 perwakilan telah mendaftar untuk mengundi pada EGM MCA hari ini.

Bagaimanapun, tiga orang daripada perwakilan berkenaan tidak mengundi.

Jumlah perwakilan yang hadir pada EGM tersebut ialah 96.93 peratus.

Proses pengundian berlangsung pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan San Choon di sini pada Sabtu.

Para pemimpin MCA yang hadir pada mesyuarat ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah digantung telah tiba disitu pada pukul 8.10 pagi tadi.

Dr Chua berkata kepada para pemberita bahawa beliau akan menerima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh para perwakilan.

Dua Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Kong Cho turut hadir pada mesyuarat khas tersebut hari ini.

Liow berharap para perwakilan pusat akan bersikap matang dan membuat yang bijak untuk kebaikan parti.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selamat tiba pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk mesyuarat itu.

Mengikut peraturan EGM, pengiraan semula hanya akan dibenarkan sekirannya terdapat perbezaan kurang daripada 1% undi sahaja.

Jika jumlah undi yang diperolehi adalah sama, Speaker mempunyai kuasa untuk mengudi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, dalam Arikel 169.

Mstar/-

EGM MCA Menerima Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Ong

KUALA LUMPUR, 10 Okt :- Mesyuarat Agung Luar Biasa MCA menerima usul undi tidak percaya terhadap Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat selepas 2,304 anggota perwakilan pusat mengundi pada mesyuarat itu di Wisma MCA di sini, pada Sabtu

Undi usul tidak percaya presiden, mungkin kiraan semua kali kedua

Kiraan semula undi bagi bagi usul pertama - usul tidak percaya kepada presiden - mungkin dikira sekali lagi kerana difahamkan majoritnya semakin kecil.

Sebelum ini, Pengerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA, Datuk Yip Phooi Hong, telah mengarahkan diadakan kiraan semula undi berikutan majoritinya hanya 20 undi atau 1 peratus.

Yip memberitahu para perwakilan, sekiranya jumlah undi sama banyak, mengikut perlembagaan parti, beliau akan mengundi bagi menentukan pemenangnya.

Beliau kemudiannya meminta perwakilan menunggu dan kedengaran bunyi laungan 'boo' dari para hadiran.

Menurut sumber-sumber, timbalan presiden yang digantung, Datuk Seri Chua Soi Lek dipercayai menang ketiga-tiga usul yang diundi hari ini dengan majoriti kecil.

Seramai 2,307 perwakilan MCA mengundi dalam EGM hari ini untuk menentukan nasib dan masa depan politik Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Soi Lek.


Sebelum EGM bermula pada kira-kira 10.30 pagi tadi, pengerusi mesyuarat agung luar biasa itu, Datuk Yip Phooi Hong, mengumumkan bahawa dua daripada tiga usul telah ditarik balik.

Dua usul tersebut ialah usul membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM dan tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.

Yip berkata, dua usul tersebut diketepikan kerana ia tidak lagi menjadi isu.

Berikutan itu, 2,307 perwakilan MCA yang menghadiri EGM pagi ini akan mengundi tiga usul utama, iaitu usul tidak percaya terhadap Tee Keat, membatalkan keputusan majlis presiden memecat dan keputusan jawatankuasa pusat parti menggantung keahlian Soi Lek dan menerima semula Soi Lek sebagai timbalan presiden MCA.

Proses pendaftaran perwakilan selesai pada jam 10.30 pagi di mana 96.93 peratus perwakilan hadir. Seramai 73 lagi perwakilan tidak hadir.

Sehingga jam 11.08 pagi, kira-kira 70 peratus perwakilan telah selesai mengundi. Pada jam 11.44 pagi, sebahagian besar perwakilan telah selesai mengundi. Manakala Tee Keat pula mengundi pada jam 11.50 pagi.

Keseluruhan proses pengundian selesai pada jam 11.55 pagi. Proses pengiraan pengundi akan bermula selepas ini, keputusannya dijangka diketahui selepas jam 2 petang.


Lapan wakil - masing-masing dari puak Tee Keat dan Soi Lek - dilantik untuk memantau perjalanan proses pengundian pagi ini.

Tee Keat and Soi Lek tiba di ibupejabat MCA di Jalan Ampang, awal pagi untuk bersarapan bersama para perwakilan di bawah kemah yang dipasang di depan bangunan tersebut.

Kedua-dua tidak bertegur sapa. Apabila pihak media meminta mereka bergambar bersama, Tee Keat dan Soi Lek bersikap seolah-olah tidak mendengarnya.

Tiada masa ditetapkan oleh proses pengundian tiga usul berkenaan pagi ini.

Sementara itu, apabila diberitahu yang majlis makan malam anjuran Soi Lek malam tadi, lebih mendapat sambutan, Tee Keat enggan mengulas.


Bagaimanapun, para pemerhati berkata, majlis makan malam anjuran Tee Keat dan Soi Lek masing-masing mendapat sambutan.

Menurut mereka, jumlah yang menghadiri majlis makan malam Tee Keat dianggarkan seramai 1,700 orang manakala 1,500 orang menghadiri majlis makan malam Soi Lek.

Sebaliknya, penyokong Soi Lek mendakwa 1,500 orang yang menghadiri majlis makannya kesemua adalah para perwakilan.

Ekoran pemecatannya, Soi Lek tidak boleh masuk ke dewan dan hanya dilihat berlegar di luar bangunan ibupejabat MCA itu.

Sementara itu EGM kali berlangsung dengan tiga-10: bermula pada jam 10 pagi hari ke-10 bulan kesepuluh. Namun ramai pemerhati politik dalaman percaya para perwakilan telah membuat keputusan mereka.

Pertembungan antara penyokong Tee Keat dan Soi Lek ini bakal menentukan masa depan kepimpinan parti komponen kedua terbesar BN itu, yang dilanda krisis kepimpinan sejak tindakan diambil terhadap Soi Lek berkaitan skandal klip video seks.

Lembaga disiplin MCA mencadangkan Soi Lek dipecat, yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Presiden. Ekoran keributan yang tercetus ekoran tindakan tersebut, maka jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan pemecatan Soi Lek, dan sebaliknya penggantung keahliannya.

Turut menarik perhatian ialah kewujudan apa yang dipanggil "pasukan ketiga" yang mahukan perwakilan menolak kedua-duanya - Tee Keat dan Soi Lek dalam EGM hari ini.

Jika ini menjadi kenyataan, maka akan berulang sejarah penukaran kepimpinan MCA - di mana presiden dan timbalan presiden - melepas jawatan dan kompromi dicapai untuk melantik calon lain, bagi mengelak perpecahan yang berterusan dalam parti itu.

Mstar /-

Empat senario yang mungkin berlaku di EGM MCA

KUALA LUMPUR: Terdapat empat senario yang mungkin berlaku pada Mesyuarat Agung Khas MCA hari ini:

1) Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat tetap menjadi presiden MCA yang dimana undi ‘tidak percaya’ terhadapnya ditolak dan keputusan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kekal.

2) undi ‘tidak pecaya’ terhadap kepimpinan Ong ditolak dan Dr Chua dilantik kembali sebagai timbalan presiden.

3) undi ‘tidak percaya’ terhadap Ong diteruskan dan Dr Chua dilantik kembali sebagai timbalan presiden

4) undi 'tidak percaya' terhadap Ong diteruskan dan pemecatan Dr Chua menjadi pasti dalam situasi dimana kehendak pihak ketiga dalam parti tercapai.

Usul yang dikemukakan dalam resolusi EGM hari ini adalah:

1)Ahli-ahli perwakilan tidak yakin dengan. kepimpinan Ong

2) Keputusan yang dibuat oleh majlis presiden pada 26 Ogos lalu yang telah menerima cadangan lembaga disiplin yang merupakan keputusan perwakilan pusat (jika ada) untuk memecat atau menggantung Dr Chua dibatalkan.

3) Dr Chua dilantik kembali sebagai timbalan presiden yang sah.

4) Sebarang perlantikan yang dibuat oleh ahli perwakilan pusat termasuk untuk perlantiksn jawatan timbalan presiden dibatalkan.

5) Tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap semua dan sebarang keputusasn lembaga disiplin, perwakilan pusat dan majlis presiden.

Bagaimanapun hanya tiga resolusi daripada lima resolusi diundi dalam EGM hari ini.

Mstar/-

Countdown SPM 2009



Assalamualikum wbh. Saya harap YB sekeluarga sihat walafiat dan sentiasa diredhai Allah swt.

Ada satu perkara penting yang saya nak YB tolong pastikan, iaitu berkenaan dengan tarikh sebenar peperiksaan SPM 2009.

Saya telah membuka laman web KPM pada 11.24 malam, 9/10/2009.

Apa yang mengejutkan ialah countdown SPM 2009 yang tertera dalam laman web itu menunjukkan hanya tinggal 11 hari sahaja lagi SPM 2009 akan diadakan. Di sekolah saya countdown menunjukkan 40 hari lagi SPM akan diadakan.Adalah laman web ini tersalah atau memang SPM 2009 akan dipercepatkan, tetapi menteri terlupa nak umum sebab sibuk dengan PRK je.

Kalau YB ada sesapa kat KPM yang boleh sahkan tarikh sebenar SPM 2009, minta tolong postkan kat blog cina islam. Tq.

Jemputan Majlis Hari Raya


RAYUAN TOK GURU NIK AZIZ: Pakat sama-sama tolak PERASUAH...

Oleh : Tarmizi Mohd Jam

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyeru anggota tentera yang terlibat dalam pengundian pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, 11 Oktober ini bertindak sebagai perwira yang gagah perkasa di medan tempur, berani menentang rasuah, kezaliman dan parti yang menolak Islam dengan mengundi calon PAS.

Tok Guru dalam satu perutusan khas kepada pengundi Bagan Pinang, meminta pengundi pos di kalangan tentera membuktikan slogan "satu peluru satu musuh" diamalkan dengan tidak membazirkan walau satu undipun untuk menzahirkan kebenaran.

"Sebagaimana kita gunakan jari untuk memangkah, hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan (tentera) untuk diberikan kepada parti bulan," tegas beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Katanya, dengan satu undi itu, para pengundi pos boleh berkata dengan tegas di akhirat nanti bahawa "Ya Allah aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam." Oleh itu undilah PAS, undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di akhirat, tegas beliau.

Tok Guru Nik Aziz berkata, dalam medan perang anggota tentera memburu dan memerangi musuh, dan dalam pilihan raya pula, mereka hanya perlu menolak parti sekular.

"Jika tuan-tuan berani menghadapi peluru, dalam pilihan raya takkan tak berani memangkah bulan? Sesungguhnya gerakan dan ugutan dari Umno sudah tidak ditakuti oleh rakyat. Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Perak telah berani bersama PAS," ujarnya lagi.

Beliau bertanya, kenapa nak disusahkan dengan soal pembangunan sedangkan duit membuat pembangunan itu adalah duit rakyat dan bukannya duit BN. Maka menjadi tanggungjawab siapa yang memerintah, akan buat pembangunan untuk rakyatnya.

"Jika dalam perang kita guna senapang, dalam pilihan raya kita guna pensil dan kalam. Kehidupan tuan-tuan seharian semuanya bergadai nyawa melibatkan persiapan berupa kawat dan perbarisan, peluru dan senjata, senapang dan M16. Termasuk juga bom, letupan, jip, trak, kereta kebal, dan kapal selam.

"Di hujung niat tuan-tuan, tentu sekali tidak ada yang lain selain dari hidup dan matiku kerana Allah. Seperti yang diucap dalam doa iftitah setiap kali sembahyang: "Inna solati wanusuki wa mah yaa ya, wa maa ma ti lillah hi rabbi alaami."

Inilah unsur keikhlasan dan kesucian niat tegas Tok Guru Nik Aziz, yang boleh membawa kepada syahid dan syuhada jika ditakdirkan mati terkorban ketika menjalankan tugas.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan yang dianggotai PAS, KeADILan dan DAP bercita-cita membawa kemakmuran, kesejahteraan serta membanteras rasuah agar sirna dari tanah air ini.

Katanya dalam satu kenyataan, pilihan raya kecil Bagan Pinang merupakan pentas buat rakyat menghantar mesej yang jelas kepada Umno/BN, mahukan perubahan dalam pentadbiran yang lebih telus.

"Sesungguhnya rakyat Malaysia termasuklah pengundi Bagan Pinang telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina masyarakat majmuk yang hidup dalam kerukunan dan kedamaian.

"Fitnah perkauman sempit pastinya tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara," katanya.

Maka berwaspadalah dengan fitnah dan helah tipudaya mereka. Jentera Pakatan Rakyat perlu siap siaga, jangan anggap enteng tanpa musuh nyata, katanya.
"Bekerjalah dengan ikhlas dan sekuat daya", katanya.

Pilihan Raya Kecil bagi Dun Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor, 54 pada awal September lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada 11 Oktober ini, pengundi Bagan Pinang akan memilih wakil rakyat mereka. Sementara itu, pengundian pos akan dilangsungkan pada 8 Oktober, dua hari sebelum itu.

PAS mempertaruhkan Pesuruhjayanya, Zulkefly Mohamad Omar sementara BN mengitar semula bekas Naib Presidennya yang pernah sabit kesalahan rasuah, Tan Sri Isa Samad.

Pada pilihan raya umum lalu, PAS melalui calonnya Ramli Ismail mendapat 4,097 undi berbanding BN meraih 6,430 dengan majoriti 2,333 undi. Jumlah ini amat ketara bezanya dengan keputusan Pilihan Raya Umum 2004. PAS hanya mendapat 1,556 undi manakala BN memperolehi 5,967 dengan majoriti undi 4,411.

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin

TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.



(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily. Harakahdaily/-

Pengundi muda jadi taruhan PAS-BN di Bagan Pinang

Dalam masa kurang daripada 48 jam, 13,664 pengundi di Bagan Pinang akan menentukan siapa yang bakal dipilih sebagai wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), di Negeri Sembilan.

Jentera pilihan raya kedua-dua parti yang bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS kini semakin giat mengadakan ceramah perdana dengan menurunkan para pemimpin kanan parti bagi memanfaatkan tempoh berkempen lapan hari yang mesti ditamatkan pada tengah malam hari Sabtu.

Banyak pihak berpendapat bahawa pada masa ini pengundi sudahpun membuat keputusan siapa yang akan mereka pilih pada pilihan raya kecil Ahad ini namun kedua-dua belah pihak masih tidak berputus asa berusaha menambah sokongan atau mengekalkan sokongan yang diperoleh.

Salah satu daripada perkara yang mungkin menarik perhatian pemerhati politik pada pilihan raya kecil kesembilan sejak pilihan raya umum 2008 kali ini ialah bagaimana pengundi muda akan membuat keputusan mereka.

Pengundi muda yang berusia 40 tahun ke bawah mewakili kira-kira 50 peratus daripada jumlah pengundi di Bagan Pinang, dikatakan menjadi taruhan akhir BN dan PAS bagi menentukan sama ada "status quo" kawasan itu kekal atau PAS membuat kejutan di kubu BN ini.

Dalam kelompok pengundi muda ini pula, mereka yang berada dalam kumpulan umur 30 hingga 39 tahun merupakan kumpulan yang paling ramai, yang mewakili kira-kira 27 peratus.

Kedua-dua parti yang bertanding nampaknya optimis bahawa pengundi muda memihak kepada mereka namun bagi pemerhati politik sentimen golongan itu masih belum jelas.

"Saya kira pengundi muda "play safe". Nampaknya BN dan PAS perlu kerja keras untuk mendapatkan undi mereka," kata pemerhati politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff kepada Bernama.

Keputusan pilihan raya kecil Ahad ini juga akan dapat merungkai persoalan sejauhmanakan benarnya pendapat bahawa pengundi muda merupakan kumpulan yang "anti-establishment" dan idealistik atau bersikap rasional dan realistik.

Difahamkan bahawa 55 peratus sokongan pengundi muda memihak kepada PAS pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 di Bagan Pinang namun calon BN Azman Mohammad Noor (BN) tetap berjaya mempertahankan kerusi DUN itu setelah menewaskan Ramli Ismail (PAS) dengan majoriti 2,333 undi.

Kali ini, BN mempertaruhkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang juga anak tempatan, manakala PAS diwakili pesuruhjaya negerinya, Zulkefly Mohamad Omar, dari Lenggeng, Negeri Sembilan.

Pada pilihan raya umum lepas juga, pengundi muda khususnya pengundi India, di empat ladang; Ladang Atherthon, Ladang Bradwall, Pekan Siliau dan Sua Betong, dikatakan mengundi calon lawan BN kerana faktor emosi.

Perkara ini diakui seorang pekerja ladang di Siliau, S. Ganasegaran, 29, ketika ditemui baru-baru ini yang menyatakan beliau mengundi pembangkang pada pilihan raya umum lalu kerana marahkan tindakan kerajaan menahan pemimpin Hindraf.

"(Pemimpin) Hindraf sudah lepas, tak marah BN lagi" katanya ketika ditemui di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau, merujuk kepada tindakan kerajaan membebaskan semua pemimpin pertubuhan haram itu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sebelum ini.

Ladang Siliau mempunyai kira-kira 700 pengundi, antaranya isteri Ganasegaran, S. Mariamma, 25, yang akan mengundi buat kali pertama di Bagan Pinang Ahad ini.

Merahsiakan parti yang disokongnya, ibu kepada enam anak kecil itu berkata beliau akan mengundi demi masa depan anak-anaknya dan bukan kerana emosi seperti suaminya.

Sepertimana pada pilihan raya sebelum ini, sentimen pengundi muda agak mencabar untuk diramal malah ia boleh berubah di saat-saat akhir, lebih-lebih lagi melalui permainan taktik kotor.

Pemerhati politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, dari Universiti Sains Malaysia (USM), yang turut mengakui hakikat ini berharap masyarakat akan menolak "politik tidak berhemah" yang semata-mata bertujuan meraih undi simpati terutama pengundi atas pagar.

"Apakah hanya untuk mendapat sokongan, kita korbankan adat susila kita. Matlamat menghalalkan cara?" soal beliau merujuk kepada dakwaan insiden pergaduhan membabitkan penyokong kedua-dua parti itu baru-baru ini. Mstar/-

Ong vs Chua: Siapa tersungkur hari ini?

Ketika menjelangnya mesyuarat luar biasa (EGM) MCA tiga-10, pada jam 10 pagi hari ke-10 bulan kesepuluh hari ini - ramai pemerhati politik dalaman percaya 2,377 perwakilan pusat yang akan mengundi, telah membuat keputusan mereka.

Ini kerana walaupun kewujudan apa yang dipanggil "pasukan ketiga" yang mahukan perwakilan menolak kedua-dua Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Presiden yang digantung Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada EGM ini.

Cakap-cakap mengenai "pasukan ketiga" timbul sejak beberapa bulan lepas tetapi hanya hari ini mereka muncul pada persidangan akhbar yang dianjurkan oleh pengerusi cawangan Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, Tan Kah Choun.

Tan mendakwa kumpulan itu mendapat sokongan oleh sesetengah perwakilan pusat parti serta daripada 13 bekas pemimpin MCA lain termasuk Tan Sri Lee San Choon, Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Ong Ka Ting, Tan Sri Chan Kong Choy dan Tan Sri Dr Ting Chew Peh, sungguhpun sesetengah pemimpin itu menafikan penglibatan mereka.

Ting dengan secara terbuka menafikan bahawa beliau tidak pernah menyokong kumpulan itu dan terkejut namanya dikaitkan dengan mereka kerana mereka tidak pernah menghubunginya untuk membincangkan perkara ini.

"Ini dakwaan tidak berasas, seperti menangguk di air keruh. Saya percaya perwakilan itu matang, mereka tahu apa yang hendak dilakukan. Adalah tidak adil kerana hanya kerana pertelingkahan, kedua-duanya terpaksa meletak jawatan," kata beliau.

Walaupun perkembangan terbaru ini, di mana sesetengah pemerhati politik percaya ia bertujuan memecahkan undi, sesetengah perwakilan berkata mereka telah membuat keputusan dengan apa yang akan dilakukan pada hari itu tetapi ingin berdiam diri sehingga tiba pada masanya.

Lima resolusi

"Kebanyakkan kita sudah penat. Kita hanya mahu perkara ini selesai secepat mungkin dan parti itu bergerak. Anda akan tahu keputusan itu apabila kita mengundi Sabtu ini," kata seorang perwakilan dari Johor.

Ong dikatakan mempunyai kelebihan apabila beliau menyetujui EGM, 10 Oktober ini dan menerima lima resolusi yang dicadangkan para penyokong Dr Chua yang akan dibentangkan, yang menyaksikan beliau tersingkir bersama-sama dengan penyokongnya.

Presiden MCA itu yang sedang menghadapi krisis dengan Dr Chua sejak pemilihan parti tahun lepas, terpaksa menghadapi perwakilan itu yang akan menghakimkan samada keputusan beliau diterima oleh anggota akar umbi atau sebaliknya.

Bagaimanapun, sebelum berlangsungnya EGM itu, badan pembuat keputusan parti itu, Jawatankuasa Pusat (CC) telah mengurangkan hukumannya kepada Dr Chua hanya digantung daripada parti itu empat tahun tetapi penyokong Dr Chua mendakwa ini adalah tidak adil dan berikrar untuk mengubah keputusan tersebut pada EGM.

Sesetengah perwakilan parti percaya bahawa perkembangan terbaru ini berkaitan dengan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan laporan berita bahawa Ong telah bebas daripada kes rasuah RM10, yang mungkin akan berpihak kepadanya.

Sekurang-kurangnya, pada persepsi orang ramai, Ong dilihat orang yang boleh mengetuai parti tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam bancian pandangan terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Merdeka untuk Penyelidikan Pendangan.

Bertajuk "Perkembangan Politik MCA, Perubahan BN, PKFZ dan Persepsi terhadap Pakatan Rakyat", hasil bancian itu mengenai kepimpinan MCA menunjukkan Ong memperoleh 25.2 peratus pada keseluruhan 846 responden untuk mengetuai MCA berbanding dengan hanya 5.8 peratus yang diterima Dr Chua.

Bancian itu yang dijalankan dari 29 Sept hingga 4 Okt membayangkan bahawa 32.2 peratus responden Cina menyatakan mereka menyokong Ong untuk mengetai parti itu berbanding dengan hanya 5.1 peratus yang berpihak kepada Dr Chua.

Bagaimanapun, penyokong Dr Chua masih yakin bahawa mereka boleh memenangi hati perwakilan dengan mengatakan : "respon daripada perwakilan menggalakkan" dan menuju kepada satu kemenangan dengan lima usul diluluskan oleh perwakilan.

Lima resolusi itu ialah (1) usul tidak percaya terhadap Ong (2) untuk membatalkan keputusan majlis presiden untuk memecat Dr Chua (3) menerima semula Dr Chua sebagai timbalan presiden MCA (4) membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM dan (5) tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.

Penyokong Ong mendakwa maklumbalas daripada akar umbi sangat jelas bagi usul pertama dan kedua.

"Saya tidak fikir undi tidak percaya akan berjaya kerana ramai dalam parti mahukan beliau untuk mengetuai, malahan sesetengah mereka tidak suka beliau secara peribadi," kata sumber parti itu.

Para penyokong yang sama menyatakan anggota parti dan perwakilan kini mendapat gambaran yang lebih baik mengenai apa yang berlaku dalam parti dan sokongan untuk beliau telah meningkat sejak beberapa minggu lepas.

"Resolusi kedua untuk membatalkan keputusan majlis presiden bagi memecat Dr Chua kini tidak ada apa-apa kerana bekas Menteri Kesihatan itu hanya digantung selama empat tahun.

"Sebelum digantung, sentimen sangat kuat dan ramai perwakilan bersimpati dengan Dr Chua tetapi selepas keputusan CC itu, situasi sudah berubah," tambah beliau.

Bagaimanapun, pemerhati dalaman parti meramalkan hasil EGM Sabtu ini adalah tipis kepada kedua-dua pihak kerana sesetengah perwakilan tidak hiraukan dengan keputusan tersebut.

"Kita bimbang dengan kadar kehadiran. Sesetengah perwakilan telah membayangkan bahawa mereka mungkin tidak hadir," menurut pemerhati politik dalaman itu.

'I MCA, 1Pasukan'

Sebelum itiu, Tee Keat melancarkan simbol "1MCA, 1PAsukan" bagi menandakan ulang tahun pertama beliau sebagai presiden parti.

Sambil diapit beberapa pegawai tertinggi parti di Wisma MCA semalam, Ong juga mengemukakan kad laporan pencapaian parti itu sejak 12 bulan kebelakangan ini dalam bentuk buletin empat muka dalam Bahasa Cina.

Tetapi beliau begitu cepat menolak bahawa majlis peringatan merupakan satu usaha bagi membalas manisfesto Chua, timbalan presiden yang digantung keanggotaannya, yang dikeluarkan Isnin lepas.

"Ini bukan manifesto. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan saya mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan yang dicapai selama ini oleh pasukan saya sejak setahun lalu, kata Ong kepada pemberita kemudiannya.

"Pencapaian" yang tersenarai itu meliputi inisiatif ekonomi, lebih banyak peluang pendidikan kepada masyarakat Cina yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan kerjasama dengan institusi di tanah besar China dan meningkatkan pembangunan sosial bagi masyarakat itu.Alibaba.com - The largest database of products & suppliers from China



Dr Chua melancarkan manifestonya bertajuk "3R: Reject. Reunite. Rejuvenate." dan mendakwa presiden parti tidak melakukan apa-apa bagi menyelamatkan dan memberi nafas baru kepada MCA sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Bahang permusuhan antara kedua-dua pemimpin itu yang bertelagah sejak pemilihan mereka, akan diputuskan oleh 2,377 perwakilan pusat yang akan mendaftar bagi EGM itu mulai tengah hari ini.

EGM itu dibuat berikutan pemecatan Dr Chua oleh Majlis Presiden kerana mencemarkan imej parti berikutan skandal seks videonya.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pusat membatalkan pemecatan dan menggantikannya dengan menggantung keanggotaannya selama empat tahun.

- Bernama