09 October 2009

Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

"Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya," katanya kepada Bernama selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di Kota Bharu hari ini.

Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Jabatan Mufti Kelantan (JMK), Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIAK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat.

"Jika persepsi yang ini tidak dihapuskan, umat Islam akan terus berada dalam kesilapan hingga ke generasi akan datang.

"Atas dasar inilah kita mahu peserta kursus menjadi perunding atau petunjuk dalam menentukan arah sebenar kiblat, berpandukan ilmu yang diperoleh daripada kursus ini," katanya. Malaysiakini/-

Media Arus Perdana Dilarang Lapor Rekod Rasuah Isa Samad Dalam UMNO

Email : roslan mohd

(TV Antara) - Pucuk pimpinan Umno-Barisan Nasional melarang media arus perdana melapor penggantungan Tan Sri Isa Samad dalam Umno kerana rasuah politik, bagi memastikan kemenangan beliau pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Ahad depan.

Kumpulan Media Prima telah menyebarkan arahan itu kepada semua stesen televisyen yang dikuasainya, termasuk Tv3, TV8, Ntv7 dan akhbar New Straits Times serta Berita Harian.

Arahan secara lisan itu turut diberikan kepada Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar Cina serta RTM, menurut sumber-sumber media.

Arahan itu dilihat sebagai penting untuk mempengaruhi pengundi supaya menolak rekod Isa sebagai pemimpin Umno yang terpalit dengan tuduhan rasuah. Isa akan ditentang calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Dalam pemilihan Umno pada tahun 2004, Isa memenangi jawatan Naib Presiden Umno dengan undi terbanyak. Kemenangan itu bagaimanapun dibatalkan kemudiannya selepas Isa didapati terbabit dalam politik wang.

Antara lain beliau disabit sebagai menyogok perwakilan dengan mengadakan jamuan, disamping merasuah mereka untuk membeli undi.

Berikutan itu, Isa digantung keahlian selama enam tahun, atau dua penggal, tetapi hukuman itu dikurangkan kepada tiga tahun selepas beliau membuat rayuan. Tempoh penggantungannya tamat tahun lepas.

Tokoh-tokoh veteran Umno sebelum ini menasihati Perdana Menteri Najib Razak supaya tidak meletakkan Isa sebagai calon kerana ia menjejaskan kredibiliti Umno dan menempelak usaha untuk mengubah imej parti itu sebagai sarat dengan amalan politik wang dan rasuah di peringkat tertinggi.

Namun Najib membelakangkan nasihat oleh tokoh-tokoh seperti Mahathir Mohamad dan Razaleigh Hamzah kerana dikatakan ingin membalas jasa Isa dalam membantu menjaga kepentingan Najib pada masa lalu.

Najib turut mengharapkan bahawa populariti Isa di Bagan Pinang akan membolehkan Umno mencatat kemenangan pertamanya dalam pilihanraya kecil, setelah Umno-BN tewas pada kesemua tujuh pilihanraya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac tahun lalu.

ROS: Pakatan Rakyat boleh bergabung

Pakatan Rakyat boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak terpakai bagi parti politik, kata Ketua Pengarahnya Datuk Md Alias Kalil.

Katanya, syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

"Saya nak jelaskan di sini, syarat itu tak terpakai untuk parti politik sebab mereka sudah bertaraf nasional, tetapi kalau pertubuhan tidak berstatus kebangsaan mahu menjadi pertubuhan kebangsaan mereka perlu ada tujuh wakil dari negeri-negeri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Md Alias diminta mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Pakatan Rakyat boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota.

Kenyataan Wan Ahmad itu rentetan dakwaan bahawa Pakatan tidak boleh berbuat demikian kerana tidak memenuhi syarat iaitu perlu ada tujuh anggota sebelum boleh didaftarkan sebagai sebuah gabungan.

Md Alias juga menolak dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat bahawa syarat-syarat pendaftaran yang ada menyukarkan mereka untuk merasmikan pakatan mereka.

"Syarat-syaratnya biasa sahaja seperti mesti ada perlembagaan parti seperti BN dan ini mereka kena usahakanlah. Tapi tak adalah menyusahkan seperti yang didakwa mereka.

"Tapi bagi saya soal ini tidak timbul kerana sehingga kini kami tidak menerima permohonan daripada mereka untuk membentuk satu gabungan," katanya.

Selasa lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyarankan supaya Pakatan Rakyat mendaftarkan gabungan itu

dengan ROS bagi membolehkan mereka meletakkan bendera parti masing-masing sebagai tujuan kempen semasa pilihan raya kecil diadakan.

Ini kerana berdasarkan peraturan SPR hanya parti politik yang bertanding sahaja boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun kenyataan Abdul Aziz mencetuskan kemarahan beberapa pihak yang mendakwa Pakatan Rakyat tidak boleh mendaftar dengan ROS kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota.

Pakatan Rakyat dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Suber asal : BERNAMA

PAS dakwa BN cuba rasuah tentera

Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Di kem tentera tersebut, menurut PAS, seramai 847 pemilih pos layak membuang undi.


Bagaimanapun parti itu tidak menjelaskan jumlah kehadiran tentera di majlis tersebut dan sama ada keraian itu khusus diadakan untuk anggota di kem IJED sahaja.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai "mata-mata" di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu.

Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika rakaman kira-kira sepuluh minit itu dimainkan, timbul kelucuan di kalangan petugas media apabila Nasrudin secara berseloroh berkata: "(Janji tersebut) macam Santa Claus".

Naib ketua dewan itu Sabky Yusuf, setiausaha Kamaruzaman Mohamad dan ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, turut hadir.

Nasrudin berkata, perbuatan Zahid dan Mohamad jelas melanggar peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkaitan larangan menyogok pengundi secara langsung atau tidak langsung.

"Dan pihak Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya (keputusan pengundian) berpihak kepada BN," katanya.

Ditanya bila laporan itu akan dibuat, Nasrudin berkata, aduan kepada polis dijangka dibuat pada 6 petang ini di ibu pejabat polis Port Dicskson.

Sementara aduan kepada SPRM, tambahnya, akan dibuat segera. "SPR pula, tiap-tiap hari kita jumpa," kata Nasrudin.


Beliau menegaskan lagi jaminan Pemuda PAS untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada tentera jika dikenakan tindakan kerana mengundi calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pada Ahad ini.

"Setakat ini, kita terima maklumat, ada tentera yang menerima risalah, yang kita edarkan di sekitar kem, dipanggil dan diambil namanya," jelasnya.

Dengan penuh yakin, Nasrudin berkata, dewan itu kini mampu mengesan sebarang manipulasi undi pos sekiranya berlaku dan tidak akan teragak-agak menyaman pihak yang terbabit.

"Kita kini sejengkal di depan dan sejengkal di belakang," tambahnya.

Pembuangan undi pos, selama tiga hari, bermula pagi ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Kira-kira 2,000 anggota pasukan keselamatan dilaporkan berbuat demikian hari ini (foto fail - pembuangan undi pos pada Mac 2008).

Sebanyak 4,571 tentera termasuk dalam sejumlah besar pemilih pos (4,620 orang) daripada keseluruhan 13,664 yang layak membuang undi di Bagan Pinang.

Zulkefly bersaing dalam pertarungan dua penjuru dengan calon BN Tan Sri Isa Samad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan. Malaysiakini/-

Eid al Fitry celebration of PAS Tambun Perak, 4th October 2009, Taman Meru Ipoh,Perak

Rakaman/email : shamsudin abdul jalil

Kapal TLDM terbakar.

Asap berkepul-kepul naik dari KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut kira-kira 6 pagi tadi. -Foto THE STAR.

1,275 daripada 2,000 pengundi askar dalam kem keluar mengundi - SPR

PORT DICKSON: Seramai 1,275 daripada kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal di dalam kem hari ini telah keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Jeneral Tan Sri Sani, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa sehingga proses pengundian ditutup jam 5 petang tadi.

Manakala bagi pengundi pos di kalangan anggota polis, seramai 27 daripada 31 pengundi berdaftar sudah mengundi pada hari pertama hari ini di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin baki pengundi yang masih belum mengundi hari ini akan menunaikan tanggungjawab mereka esok.

"Saya rasa kalau dapat hari ini hampir 70 peratus, baguslah tu... kita jangka bakinya akan datang esok kerana mungkin ada di kalangan mereka yang akan pulang dari bercuti," katanya kepada mStar Online.

Keseluruhannya terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang.

Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.

Mereka merupakan sebahagian daripada 13,664 pengundi dalam DUN Bagan Pinang, yang turut membabitkan 9,060 pengundi biasa.

Bagi anggota tentera yang tinggal di luar kem, kertas undi pos sudah pun dihantar kepada mereka semalam.

Bagaimanapun Wan Ahmad berkata jika sehingga proses pengundian pada hari kedua ditutup esok, masih terdapat ramai pengundi yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian, pihaknya akan berbincang dengan pihak kem untuk melanjutkan proses pembuangan undi sehigga Sabtu.

"Memang kita buka dua hari iaitu 8 dan 9 haribulan, tapi kalau esok tak habis juga... mungkin 10 haribulan pun kita akan buka.

"Ini kerana hak mereka untuk mengundi itu tetap ada, dan tempoh selesai mengundi secara keseluruhan ialah pada pukul 5 petang pada 11 haribulan.

"Bagi SPR itu tidak menjadi masalah, ia akan ditentukan oleh pihak pengurusan kem esok," katanya.

Selain itu beliau turut memberi jaminan mengenai tahap keselamatan karun undi pos.

"Apabila selesai proses pengundian petang ini, karung undi pos itu akan dibawa ke pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan diiringi oleh polis dan tidak akan disimpan dalam kem.

"Tak perlu timbulkan sebarang keraguan kerana karung undi tidak ditinggal di dalam kem," katanya. Mstar/-

Kenyataan Media : Najib tidak yakin boleh menang di Bagan Pinang.

Melihat kepada kenyataan terbaru Perdana Menteri 1 Malaysia di Paris, yang disiarkan oleh media sebagai berkata memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan, daripada saiz majoriti kemenangan. Dari sini saya melihat seolah Najib sudah mencium bahawa kemenangan di Bagan Pinang bukan sesuatu yang mudah dan pada saya dia sudah melihat kemungkinan akan kalah disana.

"Usah kata menang besar atau kecil, asalkan menang. Yang penting menang," katanya kepada wartawan yang membuat liputan lawatan rasmi empat harinya ke Perancis yang berakhir semalam.

Sedangkan sebelum dari ini PAS diperlekeh semasa menang di Manik Urai dengan 65 Undi majoroti sedangkan hakikatnya PAS tetap menang walaupun dalam proses demokrasi yang sangat sebelah.

Bukankah Najib ada 1 Malaysia dan disokong kuat oleh seluruh jentera kerajaan termasuklah SPR dan PDRM. Kenapakah Najib tidak bercakap sebagai seorang yang betul-betul yakin akan menang besar seperti yang diperkatakan sebelum dari ini ?

Kenyataan Media 8 Okt. 2009.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Penerangan PAS Perak

SOLAT HAJAT UNTUK KEMENANGAN ISLAM DI BAGAN PINANG - PESURUHJAYA PAS PERAK

Mohd hafez sabri

IPOH, 8 oktober - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, meminta semua ahli PAS, pemimpin dan penyokong di semua peringkat mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar memberi kemenangan dan memelihara keselamatan para pejuang Islam yang sedang berjihad memenangkan Islam di Bagan Pinang dari segala perancangan dan perlakuan jahat yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berniat jahat terhadap gerakan Islam PAS ini.

Beliau meminta seluruh para petugas PAS dan rakyat yang cintakan keamanan dan kestabilan politik memohon pertolongan Allah SWT agar memenangkan Islam, serta dijauhkan daripada usaha-usaha jahat musuh-musuh Islam.

Arahan itu dibuat ekoran markaz pemuda PAS di Bagan Pinang di ceroboh dan ada diantara pemuda PAS yang dipukul dengan senjata tajam dan merbahaya.

Memetik ucapan beliau “ Saya mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak disemua peringkat, supaya melakukan solat sunat hajat secara berterusan, mohon kepada Allah SWT agar diberi kemenangan kepada PAS, diberi Kekuatan kepada PAS, semoga Allah SWT Sentiasa Membela, Memelihara dan Melindungi pejuang-pejuang PAS, dan semoga Allah SWT Satukan hati seluruh para pejuang Islam dan memfokuskan Matlamat Perjuangan PAS, iaitu menumbangkan kezaliman dan menegakkan Islam.”

InsyaALLAH dengan bantuan daripada Allah SWT, PAS akan beroleh kemenangan sepertimana yang pernah diberikan kepada tentera Allah SWT sebelum ini, seperti yang telah termaktub dalam Al Quran Karim, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang tentera-tentera, lalu Kami kirmkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” – Surah a-Ahzab ( 33 : 9), jelas beliau.

STRATEGI YANG MEMBUAHKAN KETAQWAAN:PESURUHJAYA PAS PERAK

Mohd hafez sabri

Pilihanraya kecil Permatang Pasir telah berlalu di dalam bulan Ramadhan. Dengan mengambil iktibar dan semangat Badar al-Kubra, para petugas Parti Islam Se-Malaysia menuju ke medan pertempuran di Permatang Pasir dengan tujuan meninggikan kalimah Allah SWT di muka bumi. Akan tetapi, episod Badar al-Kubra yang berlaku di dalam bulan Ramadhan telah berlalu, dan kini kemeriahan Syawal dirai dengan perasaan kemenangan.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengulas situasi semasa kini, melihat kepada konteks Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, mengaitkan ianya dengan sirah Nabi Muhammad S.A.W tentang peperangan yang berlaku di dalam bulan Syawal, iaitu Perang Ahzab. Peristiwa yang berlaku di dalam bulan Syawal pada tahun ke-5 Hijrah itu, hanya melibatkan 3000 orang tentera dibawah pimpinan Rasulullah SAW sendiri dan seramai 10000 orang tentera musyrikin yang membentuk barisan tentera Ahzab. Peperangan ini menyaksikan 2 perkara yang penting di dalam mana-mana pertempuran dan perlu bergerak seiringan, iaitu kebergantungan kepada Allah SWT dan juga kebijaksanaan merancang strategi.

Rasulullah SAW telah menggunakan strategi daripada Salman al-Farisi R.A untuk menghalang kemaraan tentera Ahzab daripada memasuki Madinah. Rasulullah SAW juga manggunakan Nu’iem Bin Mas’ud R.A, yang baru sahaja memasuki Islam, yang mana pada ketika itu belum lagi diketahui oleh pihak musuh keIslamannya, telah bertindak menyusup masuk dan mengadu domba barisan tentera Ahzab yang terdiri daripada Bani Quraisy, Bani Sulaim, Asad, Fazarah, Asyja’ dan Bani Ghatfan. Di dalam peperangan ini juga, Rasulullah SAW meminta Huzaifah al-Yamani meninjau kekuatan pihak musuh dengan memasuki kem Abu Sufian dan kemudian melaporkan kepada Rasulullah SAW kembali.

Peperangan Ahzab yang seringkali disebut dalam takbir hari raya, juga menunjukkan hanya Allah SWT yang berkuasa dalam menentukan kalah menang dalam satu perebutan kuasa. Di dalam peperangan Ahzab, Allah SWT, telah mengurniakan ribut taufan yang memusnahkan segala peralatan perang dan bekalan tentera musyrikin.

“Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika datang tentera-tentera, lalu Kami kirmkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” – Surah a-Ahzab ( 33 : 9 )

Menurutnya lagi, Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang yang berlaku di dalam bulan Syawal telah menyaksikan suatu pertembungan di antara PAS dan Barisan Nasional. Memetik ucapan beliau ”Kita sebagai pihak yang ingin meninggikan kalimah Allah SWT di muka bumi, kita yakin, kita berada di pihak yang benar dan di dalam konteks pertembungan yang wujud di Malaysia, pilihanraya adalah medan yang sama buat para ’amilin di dalam PAS untuk berjuang menegakkan keadilan Islam di muka bumi Allah SWT”. “Dan kita yakin Allah SWT akan tetap bersama kita dalam memberikan kemenangan untuk kita walaupun dikatakan mereka mempunyai kelebihan undi pos. ”Dengan melaksanakan kerja dengan cermat berdasarkan 2 paksi yang telah disebutkan tadi, insya-Allah kita akan memperolehi kemenangan di Bagan Pinang”. ”Dengan kemenangan ini, kita yakin insya-Allah UMNO dan Barisan Nasional akan tumbang di Perak dan seterusnya di dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang”, katanya lagi mengulas mengenai nasib UMNO dan Barisan Nasional di Malaysia.

Beliau menasihatkan agar para pekerja parti yang terlibat dalam PRK Bagan Pinang dari Perak khususnya, agar tidak lupa menunaikan solat hajat kerana ianya merupakan salah satu amalan Rasulullah SAW di dalam Perang Ahzab.

AL MAUNAH / KMM EJEN PROPAGANDA AMERIKA?

Sahlah Orang yang paling di kehendaki Di Indonesia telah terbunuh dalam serbuan pihak polis elit Indonesia di rumahnya Jawa Tengah. Nordin Mat Top seorang warga Negara Malaysia yang di anggap pengganas kerana di katakan telah mendalangi beberapa peristiwa letupan di Indonesia, Sama ada gelaran penganas yang di beri kepada Nordin Mat Top itu benar atau tidak hanya mereka yang merencanakan semua ini yang mengetahuinya.

Selepas komunis sudah tidak mendatangkan bahaya lagi kepada pemerintah pro penjajah di mana saja kini Islam pula di lihat sebagai satu malapetaka yang bakal mengegarkan pemerintah pro Amerika ini. Jika sebelum ini kejayaan propaganda untuk memburukkan komunis telah berjaya membuat rakyat membenci komunis, kini tektik yang sama di gunakan oleh mereka ini untuk mengambarkan keganasan Islam. Jarum paling berkesan untuk menjauhkan rakyat daripada komunis adalah dengan mengunakan alasan agama. Komunis di gambarkan sebagai sebuah idiologi yang menolak agama dan ianya telah membuat orang Islam khasnya menolak komunis dalam keadaan mereka tidak pernah sedar bahawa perjuangan komunis itu sebenarnya selari dengan tuntutan Islam. Propaganda komunis anti agama yang di jalankan oleh penjajah dan mereka yang pro penjajah telah mendatangkan hasil yang cukup lumayan kepada penjajah dan pronya.

Mereka kini sudah boleh tidur lena apabila komunisme berjaya mereka jauhkan daripada rakyat. Namun begitu lena mereka tidak lama apabila kebangkitan Islam di tahun 80an. Kesedaran mereka akan bahayanya Islam kepada penguasaan mereka selama ini telah membuat pakar-pakar perang saraf mereka memikirkan bagaimanakah kebangkitan ini harus di sekat sebelum ianya menjadi barah kepada mereka. Akhirnya munculah istilah Islam sederhana, islam extream, islam libral dan berbagai istilah islam lagi. Tujuannya adalah untuk menyatakan kepada dunia bahawa Islam yang baik adalah Islam yang mengikut kehendak mereka. Mereka mahu dunia tahu bahawa Islam ini juga amat berbahaya jika orang islam itu di kategorikan sebagai Islam extream.

Maka bermulalah perang saraf bagi membuktikan kebenaran kepada rekaan Islam extream mereka. Peristiwa 911, pengebomnan Bali. Letupan ala kamikaze, dan lain-lain lagi keganasan yang di lakukan oleh orang Islam telah di highlightkan kepada dunia. Kumpulan-kumpulan Islam seperti KMM, JI, Maunah, Taliban dan lain-lain lagi telah di wujudkan oleh mereka bagi menjayakan misi propaganda memburukan Islam.

Logic akalnya mana mungkin dunia akan percaya bahawa kapal terbang yang melanda Amerika pada 911 adalah yang telah di lakukan oleh Amerika sendiri. Apakah anda percaya jika di katakan bahawa Osama Ladin itu salah seorang daripada ajen Amerika? Sudah tentu sekali anda tidak percaya. Plan ini telah di rancang dengan rapi oleh pakar-pakar saraf di Amerika.

Perancangan untuk menwujudkan kemarahan kepada Islam cuba di lakukan di dalam peristiwa sauk oleh kumpulan Maunah. Mana mungkin anda akan mengatakan ianya lakonan jika anda sendiri membaca berita 2 orang anggota polis telah di bunuh oleh orang Maunah. Sebenarnya tidak ada apa yang pelik di dalam system perang saraf yang di gunakan oleh agen Amerika ini. Jika nyawa 2ribu lebih manusia mereka sanggup bunuh apakah dengan 2 orang menjadi satu masalah kepada mereka.

Oleh itu anda harus faham mengapakah mereka yang terlibat dengan keganasan ini di tangkap dengan mengunakan akta ISA. Ini adalah kerana kes penganas Islam sebenarnya tidak wujud di Malaysia. Jika mereka yang di katakan penganas ini di bicarakan di dalam makamah terbuka maka akan terbongkarlah siapa dalang yang menjadi perancang kepada perancangan memburukkan Islam ini. Apakah KMM, Maunah dan JI itu hanya ilusi? Tidak! Kumpulan ini sebenarnya sememangnya wujud. Perancangan rapi telah di buat sejak sekian lama untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan yang akan di jadikan penganas Islam ini. Ianya berjalan dengan begitu rapi sehinggakan tidak sesekali pernah di sedari oleh ahli-ahli kumpulan itu sendiri. Kumpulan ini mengerakan ahlinya kepada jihad menentang Barat. Ahli kumpulan ini akan di tanam dengan perasaan membenci yang membuak-buak kepada agama lain. Di Malaysia umpamanya ahli kumpulan ini juga di tanam dengan perasan tidak puas hati terhaadap bangsa cina dan India khususnya yang beragama Kristian dan Hindu.

Jadi mengapakah ahli KMM di tahan sebelum mereka mengganas? Kita harus ingat keadaan di Malaysia tidak sama dengan di Indonesia. Sekutu Amerika di Malaysia mempunyai perancangan masa panjang dengan mengunakan isu keganasan Islam ini. Malaysia tidak perlukan pengeboman seperti di Bali kerana Malaysia masih belum bersedia untuk itu.. Malaysia tidak akan sanggup kehilangan pelancong yang menjadi punca pendapatan utama Negara. Malaysia sudah mempunyai pengalaman yang begitu panjang dengan pihak komunis. Propaganda dalaman lebih berkesan daripada propaganda antarabangsa. Di Malaysia musuh utama parti pemerintah UMNO adalah Pas. Menjatuhkan Pas sudah cukup satu kejayaan kepada UMNO untuk terus berkuasa. Oleh itu menjauhkan rakyat daripada pas adalah tujuan utama propaganda memburukkan Islam dengan keganasan di Malaysia.

Ajen-ajen propaganda yang sudah sedia ada di dalam KMM, Maunah dan JI kebanyakannya dikaitkan dengan Pas. Agen-agen propaganda ini akan di tahan di bawah ISA dengan lain-lain ahli yang tidak tahu menahu bahawa gerakan yang mereka sertai itu adalah satu pertubuhan yang di rancang sendiri oleh pemerintah. Antara tahanan ISA ini adalah salah seorang daripada agen-agen tersebut. Beliau juga menjalani rutin tahanan ISA seperti tahanan yang lain. Akhirnya agen yang tahan ISA ini akan di bebaskan dan akan di sambut sebagai wira oleh penyokong Pas.

Pemerintah di Malysia tidak menghala terus senapangnya kearah Islam. Muncung senapang di alihkan kepada Pas bagi mengelakkan orang Islam memusuhi pemerintah. Berbeza di Indonesia yang mengikut terus telunjuk Amarika yang menghalakan muncung senapang kepada Islam itu sendiri.. Indonesia sanggup menghadapi kematian dan kerosakan harta benda bagi menjayakan propaganda memusuhi Islam tetapi di Malaysia agenda memerangi Islam di buat secara halus dengan menyerapkan ajen-ajennya ke dalam pertubuhan-pertubuhan Islam.

Sejarah telah membuktikan kejayaan misi ini di Malaysia sejak zaman sebelum merdeka lagi. Le Tek misalnya telah berjaya menjadikan dirinya sebagai orang no 1 dalam organisasi Parti komunis Malaya. Ramai anggota komunis telah di bunuh oleh penjajah British dengan maklumat dalaman yang sampaikan olehnya. Beliau juga telah berjaya menyuntik jarum kebencian kaum kepada anggota komunis bagi mengambarkan bahawa komunis itu adalah sebuah parti anti melayu dan Islam. Projek menghapuskan ahli-ahli komunis yang menentang penjajah berjalan dengan lancer. Segala keputusan sulit yang di mesyuaratkan bocor kepada pihak penjajah. Segala pergerakan pasukan bersenjata komunis di ketahui pihak tentera penjajah yang telah mengakibatkan serang hendap kepada pihak komunis. Jika anda berada dengan gerakan komunis pada waktu itu adakah anda akan percaya jika Le Tek di tuduh sebagai dalang kepada semua ini? Mana mungkin! Le Tek adalah seorang anggota Komunis yang memegang jawatan tertinggi dalam parti iaitu setiausaha agung PKM. Tetapi inilah hakikatnya. Le Tek merupaka seorang agen perisik kepada pihak penjajah di Tanah Melayu pada ketika itu.

Strategi ini di gunakan sekali lagi oleh pihak Barat dan Negara yang bersekutu dengannya di dalam memerangi kebangkitan kuasa Islam. Hanya kaedah yang di gunakan berlainan dari satu Negara dengan Negara yang lain. Tidak mustahil kewujudan kumpulan-kumpulan seperti Al Maunah dan KMM adalah hasil perancangan rapi pihak Amerika dan sekutunya. Kita sendiri tidak sedar dari mana kumpulan ini datang? Siapakah yang menunubuhnya? Siapakah Mat Amin yang mengetuai Al Maunah? Dari manakah sumber kewangan yang mereka perolehi?

Adalah perlu di sedari bahawa yang menjadi dalang kepada pertubuhan pengganas Islam ini hanyalah beberapa orang sahaja. Ahli-ahli kumpulan ini sendiri sebenarnya tidak pernah mengetahui bahawa Al Maunah dan KMM ini adalah sebuah kumpulan yang di wujudkan sebagai satu strategi propaganda Amerika dan sekutunya. Kewujudannya adalah satu perancangan jangka panjang sekutu Amerika di dalam usaha memburukan Islam dan di Malaysia sudah pasti akan di kaitkan dengan Parti Pas bagi menjauhan orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam menjauhi Pas. Seperti di katakan tadi bahawa Malaysia masih belum bersedia untuk merencanakan propaganda di dalam bentuk kemusnahan, maka strateginya telah di alihkan kepada usaha kumpulan ini akan melakukan keganasan. Tujuan pertamanya adalah untuk mengaitkan Islam dengan keganasan. Kedua mengaitkan ahli kumpulan ini dengan Pas dan ketiga adalah sasaran perancangan jangka panjang untuk mengerakan propaganda di dalam Parti Pas.

Mengapa saya berpendapat begitu? Seorang tahanan ISA yang di kaitkan dengan gerakan Islam adalah umpama wira kepada ahli Pas. Kita ambil contohnya kumpulan KMM. Perlu di tegaskan dalam tulisan ini bahawa bukan semua ahli KMM yang di tahan ISA adalah agen propaganda. Mungkin hanya seorang atau dua orang sahaja yang sama-sama di tahan dengan ahli yang langsung tidak mengetahui apa-apa. Maka agen propaganda inilah akan memainkan peranan selepas dari penahanan mereka kelak.

Bagaimana agen propaganda ini menjalankan perang sarafnya di dalam Pas dan masyarakat? Siapakah antara ahli kumpulan KMM yang menjadi dalang kepada sekutu Amerika? Ikuti sambungannya dalam artikal yang akan datang.

Sosialis Hijau

Lawati blog Sosialis Hijau di :-
http://greensocialis.blogspot.com

PAS dan DAP terus bersatu memantapkan Pakatan Rakyat Selangor

Ada yang menganggap ia suatu persitiwa kecil, pertemuan biasa. Tetapi bagi saya ia suatu pertemuan yang sangat bersejarah. Tidak pernah dalam sejarah politik kedua-dua parti, satu pertemuan peringkat tertinggi seumpama ini diusahakan, pertemuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan kedua-dua pihak. Ada yang sensitif tetapi yang pentingnya ia untuk mencari jalan perdamaian. Untuk mencari ruang bekerjasama, untuk membina suatu pakatan yang boleh dihormati dan diterima oleh semua.

Petang tadi berlangsung Persidangan Meja Bulat PAS dan DAP Selangor yang julung-julung kali diadakan.

Pimpinan yang sebelum ini dikatakan bertelagah dimedia, boleh duduk dengan penuh tertib, berbincang dengan penuh adab dan mencapai kata sepakat demi kepentingan rakyat dan negeri yang dicintai.

Yang pastinya Umno dan BN Negeri tidak dapat tidur lena dengan perkembangan ini. Segala usaha untuk melaga-lagakan kedua-dua parti komponan Pakatan Rakyat ini ternyata gagal dan sia-sia melalui perkembangan persidangan petang tadi. Apabila PAS dan DAP teguh sebegini bersama PKR, tiada ruang dan peluang buat BN untuk merampas kuasa kecuali melihatkan dengan penuh sayu segala sisa mereka yang tinggal rentung dari hari ke hari.

Sesungguhnya PAS dan DAP memiliki sejarah politik yang panjang di Selangor sebagaimana yang telah saya sebut dalam posting saya yang terdahulu. Bermakna masing-masing telah matang dan terdedah pada sepak-terajang politik khasnya di Selangor sekian lama. Dasar dan prinsip perjuangan masing-masing parti jelas dan ketara bezanya, namun masing-masing telah memilih untuk menjadi rakan kongsi dalam kerajaan campuran di Selangor yang berjaya menundukkan dominasi Umno/BN sejak lebih 50 tahun dahulu. Apabila menjadi rakan dalam satu kerajaan campuran, maka usaha perlu diambil bagi memastikan yang kerajaan yang didukung dapat bergerak lancar, tanpa ada unsur-unsur yang boleh meruntuh atau memecah-belahkannya.

PAS dan DAP berkongsi kerajaan seumpama ini tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara kecuali di Selangor (sebelum ini di Perak tetapi diculik oleh BN). Ia suatu yang baru, dibentuk atas runtuhan Umno/BN. Oleh itu cabarannya adalah pada pimpinan masing-masing parti bagi menguruskan perbezaan yang sedia ada dan melangkah ke hadapan bagi membuktikan yang mereka dapat bersama walau zahir perbezaan sesama mereka.

Ternyata kedewasaan dan kematangan kedua-dua pihak berjaya mengatasi segala ranjau dan halangan. Keputusannya petang tadi terus bersama membina sebuah Selangor yang stabil, maju, bersih dan berkebajikan. Masing-masing memelihara prinsip dan dasar perjuangan masing-masing, dan bersama memacu tenaga membuktikan yang Selangor lebih baik di bawah PR dari BN.

by roslan sms

Bagaimana Isa Samad Merampok Duit Babi

Sumber : http://alhusseyn51.blogspot.com

Mungkin ramai yang telah melupakan tentang satu peristiwa hitam yang pernah berlaku di Negeri Sembilan ini sewaktu Isa Samad menjadi Menteri Besar. Seramai 136 orang telah mati dalam tragedi hitam tersebut. Penduduk-penduduk Bukit Pelanduk yang terbabit dengan tragedi itu masih berdendam terhadap Isa Samad kerana Isa Samadlah penyebab tragedi buruk tersebut.

Penternakan babi di Bukit Pelanduk pada mulanya dilakukan secara kecil-kecilan dengan membina kandang-kandang babi di belakang rumah.Lama kelamaan ternakan babi ini semakin membiak dan mengakibatkan pencemaran alam dan mengancam kesihatan orang awam.

Kerajaan Negeri Sembilan , sewaktu itu Rais Yatim menjadi Menteri Besarnya telah mengambil satu langkah yang perlu dengan menggazetkan satu kawasan seluas 1,200 ekar bagi petempatan khas untuk penternakan babi yang lebih teratur dan sistematik.

Tawaran kepada penternak bagi kawasan baru itu adalah RM8,500 sahaja bagi setiap ekar.Para penternak menerima baik tawaran tersebut dan beberapa penternak telah pun membayar harga sebagaimana yang ditawarkan itu.

Tetapi apabila jawatan Menteri Besar bertukar tangan, daripada Rais Yatim kepada Isa Samad, program pembaik pulih penternakan babi di Bukit Pelanduk itu juga turut berubah.

Geran tanah yang telah dibayar oleh beberapa penternak dengan harga RM8,500 seekar itu tidak dikeluarkan.Malah harga tanah kini telah dinaikkan hingga ke RM160,000 seekar.Para penternak menjadi marah dan menentang langkah Isa Samad tersebut menyebabkan Isa Samad, akhirnya telah bersetuju untuk menurunkan harga kepada RM145,000 dan Isa Samad turut menyediakan cara pinjaman mudah bagi pembelian tanah tersebut.

Isa Samad menyangka para penternak akan berterima kasih diatas penurunan harga daripada RM160,000 ke RM145,00.Tetapi para penternak bukan sebodoh sangkaan Isa Samad.Mereka tidak berpuas hati langsung dan meminta Isa Samad supaya mengekalkan harga asal seperti mana yang ditawar dan telah diwartakan iaitu RM8,500 sahaja bagi setiap ekar.

Isa Samad enggan menurut kehendak penternak babi malah beliau telah mengugut mereka supaya berpindah ke petempatan yang telah disediakan atau masa depan mereka tiada jaminan.

Tiada pilihan lain bagi para penternak melainkan meneruskan penternakan mereka ditempat dan dengan cara yang biasa.Ternakan babi semakin membiak dan pencemaran alam semakin buruk jadinya.Kematian dua tiga ekor babi telah menemukan kita kepada satu era apa yang dikenali sebagai ‘Serangan J.E’

Kerajaan telah mengklasifikasikan kematian dua tiga ekor babi itu sebagai serangan J.E lalu mengambil langkah pengawalan dan pencegahan dengan melakukan semburan ‘methalon’ tanpa kawalan dan dilakukan oleh tenaga yang bukan mahir menyebabkan kematian babi semakin menjadi-jadi.Apakah benar J.E menjadi penyebab kematian tersebut? Ikuti cerita selanjutnya nanti.

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak ...

KEMASKINI: BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson.

"Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis.

"Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

(GambarSalah seorang mangsa yang ditetak dengan parang)

Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang.

"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.

Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka.


"Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Image"Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain.

"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.

Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.


Sumber Berita : HarakahDaily.Net

Dan ini pula laporan bergambar dari tempat kejadian berlaku pagi..

Disini lah tempat dimana kejadian seorang pemuda Pas di pukul di Taman Datuk Abd Samad dalam UPU Kg Bagan Pinang...kelihatan ahli parlimen Dato' Kamarudin baru sampai ditempat kejadian....



tempat kejadian mula dipenuhi oleh pemuda umno dan pas.

Yang nie pulak batang bendera pas, samaada telah di bakar atau di buang aku pun tak pasti, tapi budak Pas kata dia orang tengah pasang kemah dan bendera untuk program Dato' Harun Din.

pemuda umno dah ramai datang........

Habis semua kerusi disepah-sepah kan oleh pemuda umno, tegoklah bendera pas kat bawah tu. bangang betul..

perbincangan di adakan antara pemimpin Pas dan umno, tapi tahulah puak umno nie kan susah nak cito............ macam-macam alasan diberi bla bla bla bla bla........last-last.....

khemah program utk pas pun dibuka oleh pemuda umno, lahabau punya umno....umno puaka nie dialah polis, dialah spr semua dia boleh...puak umno kata pas buat tempat persendirian, tanah ketua kg jadi tuan tah tak beri persetujuan......tak apa nanti kau....

ramai pemimpin Pas ada ketika itu tapi mengambil jalan yg tak mahu mengeruh kan lagi keadaan.... samseng umnonie bukan boleh buat berbincang, dia jer yang betul.

Sumber dari : Anak Sungai Derhaka

Undi pos...

Anggota-anggota tentera yang berpangkalan di Port Dickson mengundi pos bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, hari ini. Terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang. Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.-Foto THE STAR


Jemputan Majlis Hari Raya Speaker DUN Kedah.




Jamuan Aidilfitri PAS kawasan Bagan Serai

Email : Zamri Keciks

Walaupun "dilanda"demam Penamaan Calon Bagan Pinang, sesetengah kawasan terus mengidupkan cahaya Aidilfitri dengan mengadakan jamuan sempena Aidilfitri 1430H. Bagi PAS kawasan Bagan Serai, suasana semasa majlis Jamuan Aidilfitri pada 3hb. Oktober 2009 yang lalu masih sama seperti majlis-majlis jamuan sebelum ini. Dianggarkan seramai 2500 orang bertali arus membanjiri Dewan Ustaz Wahab Noor Masjid Tinggi seawal jam 10.30 pagi sehingga jam 2.30 petang.

Majlis dimulakan dengan tahlil yang diketuai oleh AF ustaz Abdul Halim Taib selaku Ketua Urusan Dewan Ulama' PAS kawasan Bagan Serai. Hampir kesemua AJK PAS kawasan, AJK Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta Nisa' kawasan hadir bertugas pada majlis tersebut. bagi urusan sambutan pula diketuai oleh YB Gunung Semanggol selaku YDP, YB Selinsing selaku TYDP, Naib YDB AF Ust. Sabri bin Sabran, Haji Yusof bin Zainon, Ketua DMPK Bagan Serai Puan Hajjah Rohaya Bakar serta beberapa AJK muslimat yang lain.

Menurut Saudara Arshad Alimin, selaku urusetia penyediaan jamuan, antara juadah yang disediakan ialah, pulut kukus, rendang ayam dan daging, nasi himpit, kuah kacang, mee dan kueh teow goreng serta nasi minyak dengan beberapa aneka lauk pauk. Beliau juga menjelaskan bahawa sebanyak 5-6 periuk nasi disediakan bagi menjamu hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

kemeriahan majlis jamuan hari Raya juga dapat dirasai pada hari seterusnya iaitu pada hari Ahad apabila BAKTI singkatan kepada Balai Kuliah Tasawwur Islami yang dipimpin oleh Mantan Perseruhjaya PAS Perak Tuan Guru Haji Ahmad Awang, turut mengadakan jamuan Aidilfitri. Dianggarkan seramai 2500 telah hadir pada majlis tersebut. Antaranya ialah Persuruhjaya Pas Perak, AF ustaz Abu Bakar Hussin, YB Lubuk Merbau serta beberapa pimpinan pakatan rakyat dari kawasan-kawasan yang berhampiran.

Adakah anda sedar anda bermulut celupar ?

Email : anuarani

Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba

Kanak - kanak Sekolah dieksploit oleh BN

Email : Nomen Nescio

Bagan Pinang bukan lagi milik BN

Laporan Astro Awani mengenai isu mahasiswa melibatkan diri dalam kempen di pilihanraya N31 menjadi suatu isu besar sedangkan BN dari awal-awal telah melibatkan remaja dibawah umur yang diseret untuk menyertai kempen dari awal-awal lagi.

Tinjauan awal dari waktu pencalonan lagi kelihatan ramai penyokong BN terdiri daripada remaja yang dibawah umur. Seawal dari jam 3 pagi lagi mereka telah didatangkan dengan beberapa buah bas dan dibiarkan berkeliaran di kawasan Port Dickson sementara menunggu jam 8 pagi untuk proses pencalonan. Mereka menghabiskan masa melepak dipinggir pantai dan membuat kotor dengan membuang sampah merata-rata. Saya perhatikan terdapat botol arak bergelimpangan dikawasan tersebut sewaktu melalui kawasan tersebut di waktu pagi.

Apakah yang difikirkan oleh puak-puak BN ini sehinggakan mereka-mereka ini dieksploit sehingga begitu rupa. Remaja tersebut mengatakan mereka diupah sebanyak RM30-RM50 untuk datang semata-mata untuk bersorak sedangkan mereka sendiripun tidak mengerti apa yang mereka sorakkan.


Ia merupakan suatu tanda yang BN kini semakin terdesak dalam memastikan kerusi DUN Bagan Pinang dapat dipertahankan. Terbaru mengenai isu papan tanda provokasi BN, Ali Rustam mengulas dengan mengatakan ia merupakan suatu jawab balas terhadapat fitnah Pakatan selama ini terhadapat parti tersebut. Mengapa perlu bilboard digunakan untuk membalas serangan fitnah terhadapat mereka? Sepatutnya mereka terlebih dahulu perlu menjawab kepada rakyat mengenai projek-projek dan perumahan yang terbengkalai selama ini. Kalau dahulu Port Dickson merupakan salah satu tempat menarik untuk dilawati, tetapi kini anda sendiri nilai, dapat pergi free pun saya pasti anda akan menolak.


Kini bukan lagi soal rakyat meninginkan perubahan, tetapi rakyat telah meluat dengan layanan serta pentadbiran kotor oleh kerajaan BN.


Undur undur....undur BN.

'Bekas Banduan' Mengamuk Di Bagan Pinang

Oleh : Zabidie Abas

Pencatat diberitahu dari beberapa sumber yang meyakinkan , puluhan petugas Pakatan Rakyat yang berada DUN Bagan Pinang telah dicederakan, malam tadi.

Ia dipercayai dilakukan oleh penyokong UMNO dan PEKIDA yang mengunakan kayu, topi keledar , pedang dan dan senjata bebentuk besi.

Diberitahu Y.B. Mujahid calon daripada PAS-Pakatan Rakyat juga turut cedera. Menurut sumber, 'bekas banduan UMNO' iaitu Tan Sri Isa Samad yang juga calon BN-UMNO telah membawa masuk samseng-samseng untuk membantu kempen beliau ala-mafia.

Turut rosak dalam kejadian itu puluhan kereta yang dirosakan dan dipecahkan cermin, pelbagai poster dan kain rentang milik PAS-Pakatan Rakyat.

Malah beberapa Markas-Bilikan Gerakan PAS-Pakatan Rakyat juga telah dirosakkan. Walaubagaimana pencatat masih mencari kesahihan sumber berita tersebut.

Makna Miskin

By: agussyafii

Di sebuah sekolah, seorang puteri bintang film terkenal diminta ibu guru mengarang cerita tentang sebuah keluarga miskin. Begini cerita yang ditulisnya. 'Pada zaman dahulu kala, ada sebuah keluarga miskin. Maminya miskin, papinya miskin, anak-anaknya miskin. Pembantunya miskin, sopirnya miskin. Tukang kebunnya miskin, satpamnya miskin. Babby sitter-nya miskin. Semuanya miskin.'

Terbayangkah oleh kita apabila orang miskin punya pembantu, sopir, tukang kebun, penjaga malam, baby sitter. Tentunya dia bukan orang miskin tapi begitulah anak-anak dengan logikanya sendiri.

Kalau kita menilai orang miskin dari berapa banyak jumlah kekayaan, kesimpulan tadi tentunya benar namun bila kita menilai berdasarkan hati bukan dari jumlah kekayaan kesimpulan tadi tidak benar.

Makna kemiskinan pada dasarnya adalah ketika kita tak pernah merasa cukup terhadap apapun yang kita punya, tidak perduli berapapun jumlahnya. DEmikian juga denga kekayaan hakekatnya adalah ketika kita sudah merasa cukup dan bersyukur terhadap apapun yang ada pada diri kita, tak peduli berapapun jumlah yang kita miliki. Rasa cukup dan kemampuan kita bersyukur itu kunci kita melepaskan diri dari kemiskinan hakiki.

---
'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.'(Q.S. Ibrahim [14] : 7).

'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuatbaiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.' (Q.S. Al Qhashas [27] : 77)

Wassalam,
agussyafii

Gempa di Indonesia pengetahuan Allah signifikan dari ayat al-Quran

Email : Zainal Ku
sumber: eramuslim


MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.


17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (Surah Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Maha Suci Allah, Allahu Akhbar

Bersama melakarkan perubahan di Bagan Pinang

Email : Zamri Keciks
By : roslan sms

Jentera pilihanraya Pakatan Rakyat terus bekerja siang dan malam bagi memastikan calon PAS Zulkefly Mohd Omar dipilih oleh para pengundi DUN Bagan Pinang pada hari Ahad nanti. Kemenangan PAS di sana adalah penting keranam ia akan menandakan yang rakyat telah hilang sama-sekali keyakinan terhadaop Umno dan BN yang semakin berkecamuk rumah tangganya dari hari ke hari. MCA sedang bergelut sesama mereka, MIC luka parah setelah gagal menundukkan diktator mereka, Gerakan sudah tinggal suku nyawa manakala Umno terus gagal apabila menaja seorang calon yang mereka sendiri sahkan terlibat dengan politik wang atau rasuah.


Kontraktor sedang menurap jalan sekitar Bagan Pinang siang tadi

Rakyat khasnya pengundi di Bagan Pinang mempunyai peranan besar Ahad ini. Mereka bukan sekadar akan bertanggungjawab memilih wakil DUN mereka tetapi juga menentukan politik masa depan negara. Tidak mustahil jika PAS menang di Bagan Pinang ini (kerusi kedua buatnya di Negeri Sembilan) senario politik negara akan berubah. Isyarat kuat dari rakyat Ahad ini tidak mustahil memungkinkan pimpinan dan ahli-ahli parlimen serta ADUN BN samada dari Umno atau parti-parti lain berfikir panjang dan menyemak semula pendirian serta pegangan politik masing-masing. Tolakkan rakyat terhadap BN berlaku terus-menerus walaupun Umno menukar ganti pimpinannya.

Jangan berteduh di bawah pohon lapuk yang bakal rebah dan mencederakan diri. Bernaunglah di bawah pohon yang segar dan menjanjikan masa depan yang meyakinkan.

Saya yakin jikas para pengundi di Bagan Pinang termasuklah wira-wira pengundi pos, berani memainkan peranan, sikap mereka Ahad ini akan melakar masa depan baru negara.

Sementara itu BN terus menggila untuk mempertahankan kubunya yang semakin senget itu. Bermula dengan politik silap mata Azeez dan kini diikuti dengan projek “segera” yang satu ketika pernah ditolak oleh Presiden Umno, Najib Tun Razak sendiri. Pagi tadi saya melihat jalan-jalan terus diturap, sedangkan Najib pernah berkata BN tidak akan menggunakan taktik sebegini lagi.

Pasti BN yang bakal rebah itu akan bergelut bagi memastikan ia tidak maut Ahad ini. Namun segalanya terletak pada pengundi Bagan Pinang. Semoga Allah swt menggerakkan hati kita untuk bersama membawa perubahan. Sejarah politik negara akan tercatit dengan peranan anak-anak Bagan Pinang Ahad ini. Lakukanlah tugas anda demi agama, bangsa dan negara. Undilah PAS.

Bekas tentera diseru tukar status pengundi biasa

Semua anggota tentera yang tamat perkhidmatan dinasihatkan menukar status daripada pengundi pos kepada pengundi biasa.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata ramai daripada bekas anggota tentera didapati tidak mendaftar sebagai pengundi biasa selepas mereka tamat perkhidmatan.

"Adalah suatu yang merugikan jika mereka tidak mendaftar sebagai pengundi biasa kerana mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama hari ini.

Muhammad juga meminta semua bekas tentera yang layak mengundi di Bagan Pinang supaya datang mengundi pada pilihan raya kecil di situ pada Ahad ini.

"Peluang ini tidak harus dilepaskan begitu saja dalam menentukan wakil rakyat mereka," katanya.

Muhammad juga menyeru semua bekas tentera supaya menyertai PBTM bagi membela nasib mereka.

"Banyak peluang disediakan oleh kerajaan kepada bekas tentera melalui PBTM, Perhebat, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Yayasan Warisan Perajurit dan sebagainya.

"Mereka bagaimanapun didapati tidak mengambil peluang ini.

"Jika sekiranya mereka bermasalah, beritahu pada kita dan kita sedia untuk membantu sebaik mungkin," katanya. BERNAMA

MalaysiaKini/-

Bantuan guaman untuk tentera undi PAS

Dewan Pemuda PAS pusat bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana-mana anggota tentera yang diambil tindakan kerana mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak .

"Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti," kata ketuanya Nasrudidn Hassan.

"Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi. Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara.

"Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman," katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Nasruddin berkata, bagi memastikan perjalanan undian pos berjalan dengan baik dan selamat, Pemuda PAS akan senantiasa mengekori perkembangannya supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan .

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos.

"Sekalipun melibatkan pegawai-pegawai tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera. Harapan kita, tiada sebarang penyelewengan, insya Allah," katanya.

Pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan berlangsung Ahad ini.

Ia bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohd Omar.

Di Bagan Pinang, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi Ahad ini.

MalaysiaKini/-

Hanya Calon & Pemandu dibenar masuk ikut proses undi pos.

Merayu undi di kalangan muslimat.

Sedang berada di pintu masuk Kem Tentera setelah calon PAS PRK Bagan Pinang Hj. Zulkifli Omar dan pemandunya hanya dibenarkan masuk ke dalam kem mengikuti proses pengundian undi pos sebentar tadi.

Kontroversi mengenai undi pos telah hangat diperkatakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sejak sebelum penamaan calon lagi.

Demikianlah siri ketidakadilan dalam proses demokrasi di Malaysia termasuklah di Bagan Pinang.

*Gambar dan maklumat dari Alhusseyn*

Makin banyak nama berganda dikesan

kemaskini 7.08pm PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.

Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti itu kemungkinan berlaku pengundian dua kali.

"Kita dapat kesan ratusan nama. Setakat tengah hari ini, paling kurang pun ada 500 orang," katanya, yang bertindak sebagai pengarah pilihan raya pusat PAS di DUN tersebut.

Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, PAS membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini.

"Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin ketika dihubungi hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menyertai pertemuan itu.

Salahuddin berkata, PAS membangkitkan isu hanya seorang ejen calon dibenarkan memantau perjalanan pengundian pos melibatkan lebih 4,500 tentera, bagi lapan saluran di tempat pembuangan undi pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda).

Beliau, juga ahli parlimen Kubang Kerian, berkata PAS turut membangkitkan soal tempoh pendek pemulangan undi pos selama satu hari sebelum tarikh pengundian biasa.

"Pada 10 haribulan, baki undi itu akan dipulangkan melalui pos. Satu hari (untuk kiriman pos) tidak munasabah, (melalui) kurier pun tidak boleh sampai,” tambahnya.

Pada Khamis dan Jumaat ini, anggota-anggota tentera di lapan kem akan memilih sama ada calon BN Tan Sri Isa Samad atau calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.

Sementara itu, Salahuddin menyifatkan kenyataan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) bahawa ramai pengundi pos tidak menukar status selepas bersara sebagai "pembongkaran satu taktik jahat".

"Kenyataan itu membongkar satu taktik jahat. Kenapa nama-nama pesara ini masih terdapat dalam sistem sedia ada? Terdapat pelbagai perkara pelik," katanya.

Presiden PBTM Datuk Muhammad Abdul Ghani hari ini dilaporkan berkata, ramai daripada bekas anggota tentera tidak mendaftar sebagai pengundi biasa selepas mereka tamat perkhidmatan.

Beliau juga menasihatkan pesara tentera supaya mendaftar sebagai pengundi biasa bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia.

Ditanya sama ada masalah penukaran status itu berpunca daripada sikap pesara tentera sendiri yang tidak mengambil inisiatif, Salahuddin berkata:

"Hendak undi atau tidak, itu hak mereka. Tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), apabila mereka (tentera) bersara, status mereka mestilah dikemaskini secara automatik.”

Dalam setiap pilihan raya, undi pos sentiasa menjadi isu pembangkang kerana mencurigai wujudnya penyelewengan yang memihak kepada calon BN.

Di Bagan Pinang, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.

MalaysiaKini/-

Pemuda PR cabar Muhyidin debat dengan Anwar isu 'Pengkhianat Melayu'

BAGAN PINANG, 7 Okt: Pemuda Pakatan Rakyat akan menyerahkan surat rasmi mencabar Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengadakan debat terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tajuk 'Siapa Pengkhianat Melayu' sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Surat tersebut akan diserahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pada jam 2.30 petang ini di pejabat Timbalan Perdana Menteri Putrajaya.

Shamsul ketika dihubungi berkata, cabaran debat tersebut dibuat berikutan tindakan Muhyidin dan pemimpin Umno lain yang masih memainkan isu Anwar pengkhianat Melayu dalam kempen mereka di Bagan Pinang.

Sehubungan itu mereka menawarkan pentas debat kepada Muhyidin untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR secara terbuka supaya rakyat dapat menilai siapa pengkhianat sebenar.

"Dia (Muhyidin) mainkan isu ini di sini (Bagan Pinang), kalau betul dia berani, sambutlah cabaran debat terbuka ini, biar semua rakyat dapat tengok dan buat penilaian, tajuknya mudah sahaja, 'Siapa Pengkhianat Melayu', " katanya ketika dihubungi.

Beliau juga memberitahu, tarikh yang mereka cadang untuk debat tersebut adalah pada 9 Oktober ini iaitu dua hari sebelum hari pembuangan undi.

Debat tersebut juga akan diadakan ala debat isu minyak antara Anwar dengan bekas Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chik yang disiarkan secara langsung sebelum ini.

Manakala moderator debat itu pula dicadangkan dari tokoh akademik.

"Kalau dia tolak bermakna dia takut dan rakyat akan menilai siapa pengkhianat sebenar," katanya.

Isu pengkhianat Melayu seringkali dimainkan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya sebelum ini mensasarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Namun melihat kepada beberapa kemenangan Pakatan Rakyat dalam 7 siri pilihanraya kecil lalu, ramai pemerhati berpendapat, isu tersebut sebenarnya sudah basi dan rakyat sudah tidak boleh menerimanya.

Namun, apabila ianya terus dimainkan Umno, jalan penyelesaiannya adalah debat terbuka agar rakyat menjadi hakimnya.

HarakahDaily.Net/-