06 October 2009

Hukum Isa di Bagan Pinang !

Tumpuan rakyat Malaysia sekarang ini tertumpu kepada PRK Bagan Pinang. Saya sangat tidak kisah dengan pemberitaan yang disiarkan oleh akhbar arus perdana, yang jelas penuh dengan pembohongan dan putar belit yang tidak kesudahan. Itulah acuan lama mereka yang terus dimainkan.

Misalnya pada malam sesudah penamaan calon dalam perjalanan balik ke Parit Buntar saya singgah di Hentian Bukit Gantang. Ramai menumpukan perhatian kepada berita yang disiarkan oleh TV arus perdana. saya tidak pasti tidak pasti apa yang diberitakan namun kata teman seperjalanan kononnya ada pemimpin UBN di baling dengan botol air.

Itulah perangai ramai dari penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup bertenggek dihadapan TV menyaksikan siri pembohongan BN, sedangkan mereka sendiri adalah sebahagian dari yang hadir di Bagan Pinang dan perkara itu adalah pembohongan semata-mata.

Semasa saya menulis posting ini, saya berada di Bagan Pinang untuk membantu pasukan kempen PAS bersama teman-teman yang lain.

Keadaan yang biasa berlaku di setiap PRK berlaku di Bagan Pinang apabila pasukan polis dipergunakan semaksima mungkin untuk menganggu program PAS. Itulah keadaan yang berlaku bila BN bertanding sayap kanannya itu ramai-ramai turun. Kalau tidak bertanding seperti di Penanti tidak ramai yang turun.

Macam yang berlaku malan tadi, apabila ceramah di Ladang Siliau di UPU Pekan Silau diganggu dan diberhentikan ceramah oleh sekumpulan lebih 10 orang polis dengan alasan tidak ada permit. Sedangkan pihak penganjur telahpun membuat permohonan.

Lagipun program tersebut langsung tidak menganggu ketenteraman awam dari berbagai sudut, adakah parking dan sebagainya. Namun ianya tetap diganggu oleh pihak keselamatan.

Inilah siri tekanan yang akan terus berlaku kepada siri penerangan PAS yang penuh dengan maklumat bertenagau untuk menunbangkan calon BN yang telah dibuktikan dalam PRK sebelum ini. Rekod kemenangan 7 dari 8 PRK adalah keadaan yang pasti membimbangkan BN, apalagi bibit kekalahan BN InsyaAllah akan berjangkit di Bagan Pinang.

Saya merasakan sudah sampai masanya rakyat berbondong-bondong menunjukkan sikap sebenarnya kepada pemimpin BN yang tidak boleh diharap lagi untuk mentadbir negara ini.

Seperti yang saya jelaskan dalam ceramah malam tadi, tidak ada alasan untuk pengundi Bagan Pinang menolak calon PAS kerana ianya adalah yang terbaik dari yang terbaik, Hj. Zulkifly adalah PesuruhJaya PAS artinya dia adalah orang PAS yang terbaik dari yang baik di Negeri Sembilan dan berkebetulan dia dipilih menjadi Calon PAS.

Sebaliknya tidak ada alasan untuk pengundi Bagan Pinang memilih Isa
Samad kerana ia adalah calon yang terburuk dari sekian banyak calon yang dikemukakan oleh BN sebelum ini.

Saya juga menafikan kenyataan PM 1 Malaysia, Najib di Perancis yang mengatakan Isa Samad telah menjalani hukuman yang berat. Apa beratnya cuma pengantungan beberapa tahun walaupun dia telah terlibat dengan merasuah perwakilan dalam pemilihan UMNO.

Dia hendaklah disiasat dan dipastikan dari mana wang yang dibelanjakan untuk meraih undi. Adakah wang rasuah atau wang sendiri. Sesudah itu barulah boleh bercakap dia telah bersih dan telah melalui hukuman yang berat.

Bagi saya Isa Samad mesti dihukum di Bagan Pinang dan hukuman ini adalah yang saya kira masih ringan tetapi itulah sewajarnya seperti yang sebenarnya dikehendaki oleh Najib sendiri. Kerana itulah Isa dipertaruhkan sebagai"ayam sabung" BN di Bagan Pinang.

Ternyata kemenangan yang diharapkan bukannya semudah diucapkan, ianya memerlukan semangat jihad yang tinggi dari seluruh petugas Pakatan Rakyat sehinggalah ke hari mengundi. Semuga Bagan Pinang menjadi milik Pakatan Rakyat pada dan selepas 11 Okt ini.

ADUN Permatang Pasir rasmi Markas PAS Sungai Akar Larut.

YB. Hj. Salleh Man bergambar bersama pemimpin PAS Kawasan Larut dan Cawangan selepas pemotongan riben perasmian.

Oleh : Mie 86

BATU KURAU, 4 Okt.:- Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Permatang Pasir, YB. Hj. Salleh bin Man telah merasmikan Markas PAS Cawangan Sungai Akar, Batu Kurau, dibawah Parlimen Larut. Majlis tersebut telah bermula seawal jam 11.00 pagi dan para pengunjung dianggarkan seramai 1000 orang hadir. Majlis perasmian itu telah disempurnakan pada jam 12.00 tengah hari oleh tetamu kehormat itu.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian beliau mengharapkan setelah ujudnya markas tersebut PAS Cawangan Sungai Akar dapat bergerak dengan lebih aktif dalam semua aktiviti agar dapat menarik lebih ramai lagi ahli-ahli masyarakat di sini untuk menjadi ahli PAS.Dalam pada itu ADUN Permatang Pasir itu telah berpesan agar Jawatankuasa PAS Cawangan Sungai Akar bekerja lebih keras untuk memantapkan lagi jentera pentadbiran PAS di sini.

Kemuncak majlis perasmian ialah pemotongan ikatan riben banner Markaz PAS tersebut oleh YB. Hj. Salleh Man. Disamping itu satu jamuan makan tengahari sediakan dan solat Zohor berjamaah bersama diadakan sebelum semua yang hadir bersurai.

Jamuan Hari Balai Kuliah Tasawwur ( BAKTI ), Meriah

Oleh : shaffie piee




Balai Kuliah Tasawwur Islami Telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya bersama Naqib Utama Tasawwur Al Fadhil Tn Guru Hj Ahmad Awang dan Isteri Pn Hj Rosiah Hj Salleh pada hari Ahad 4 Oktober 2009 di perkarangan BAKTI.

Lebih 2000 orang masyarakat setempat pelbagai kaum telah hadir pada jamuan yang diadakan dari jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang. Majlis Jamuan hari raya adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh AJK BAKTI bersama Naqib Utama BAKTI Tn.Guru Hj Ahmad Awang sejak 9 tahun yang lalu. Mengikut penyelaras Program Ustaz Jaafar sambutan pada tahun ini amat merih dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai bangsa dan agama untuk memerihkan jamuan hari Raya. Menu jamuan yang dihidangkan Nasi himpit, lemang, nasi merah lauk masak merah ayam dan rending hitan,laksa,mee kuah dan yang spesial nasi kambing yang disediakan oleh Isteri Al Fadil Tn.Guru Hj Ahmad Awang.

Antara tetamu yang Hadir ialah Ustaz Abu Bakar Husin, Yb. Hj Zainuddin, Yb. Us Salleh Man, Yb. Hj Husin Din, Yb. Us Ramli Tusin, Yb. Khalil Idham Lim , Dr Khairuddin, Hj Asmuni Alwi, YDP PAS Parit Buntar, YDP PAS Taiping, Pemimpin Pakatan Rakyat Kawasan Bagan Serai.

Af Fadhil Ustaz Ahmad Awang mengucapkan terima kasih kepada AJK dan petugas jamuan yang secara sukarela bertungkus-lumus untuk menjayakan jamuan memasak, menghidang dan melayani tetamu. YB Hj Husin Din dan YB Hj Ramli Tusin. adalah antara penyambut tetamu menbantu AJK Penyambut Tetamu yang dilantik. Ketua tukang masak En Ramadan
merupakan petugas yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai jamuan dibantu oleh petugas-petugas yang lain menjalankan tugas sejak petang jumaat lagi.




A(H1N1) masih aktif, kata Ismail

KUALA LUMPUR: Influenza A(H1N1) masih aktif dan masih menular dalam komuniti, walaupun kes yang melibatkan penyakit itu semakin berkurangan sejak akhirakhir ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin dan waspada serta terus mengamalkan langkahlangkah pencegahan yang telah disarankan, seperti sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mengurangkan lawatan ke tempattempat awam.

"Sejak akhir-akhir ini, ramai orang mungkin menyedari kejadian kes influenza A (H1N1) semakin berkurangan.

"Namun begitu, Kementerian Kesihatan ingin terus menegaskan bahawa penularan penyakit influenza A (H1N1) dalam komuniti masih berlaku dan masih aktif," katanya dalam suatu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga hari ini tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) didaftarkan menjadikan jumlah kematian kekal 77 orang.

Bagaimanapun menurut beliau seramai 123 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 106 kes telah didiscaj hari ini.

"Sehingga hari ini 743 kes ILI masih dirawat di seluruh negara dan 66 pesakit atau sembilan peratus daripada jumlah itu merupakan kes influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

"Daripada 66 orang pesakit influenza A (H1N1) yang menerima rawatan di hospital, 15 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk satu kes baru dan dua kes discaj hari ini," katanya lagi.

Beliau berkata 13 daripada 15 kes yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko iaitu kanakkanak bawah lima tahun (tujuh kes), penyakit kronik (tiga) dan obesiti (tiga).

"Individu-individu yang berisiko tinggi termasuk kanak-kanak berumur kurang lima tahun, orang dewasa berumur 65 tahun ke atas, wanita hamil, pengidap penyakit kronik seperti asma, penyakit paruparu yang kronik dan diabetes serta golongan dengan imuniti yang rendah, mesti mendapatkan rawatan dengan segera apabila mengalami sebarang simptom ILI," kata Dr Ismail.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini mengenai jangkitan influenza A(H1N1) melalui talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300 dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang, melalui emel di cprc_h1n1@moh.gov.my serta menerusi laman web Kementerian Kesihatan iaitu di http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my . BERNAMA

mStarOnline/-

SIDANG MEDIA PELANCARAN JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

Kepada :-

Semua Editor dan Wartawan,

Media Massa.
Saudara / saudari,
Adalah dimaklumkan bahawa Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengadakan sidang media tersebut pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh : 5 Oktober 2009 / 16 Syawal 1430 (ISNIN)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, No. 13, Medan Istana 3, Bandar Ipoh Raya.

Sidang media akan di ketuai oleh Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, YB Yunus Jamhari, Ketua Angkatan Muda PKR Negeri Perak dan YB Wong Kah Woh, Ketua Pemuda Sosialis DAP Negeri Perak.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

SAFARIZAL BIN SALEH
Setiausaha,
Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak.


Jadual Cuti Umum 2010

Email : anuarani

National Public Holidays for Malaysia

14 February Chinese New Year
15 February Chinese New Year

26 February Prophet Muhammad’s Birthday

1 May Labour Day

27 May Wesak Day

5 Jun Birthday Celebration of Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong

31 August National Day

10 September Hari Raya Puasa*
11 September Hari Raya Puasa*

16 November Hari Raya Haji*

7 December Maal Hijrah*

25 December Christmas

State Public Holidays for Malaysia

1 January New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

17 January Sultan of Kedah’s Birthday Kedah

1 February Federal Territory Day Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

February Thaipusam* Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Selangor, Kuala Lumpur

4 Mac Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu Terengganu

30 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan
31 Mac Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan

2 April Good Friday Sabah, Sarawak

8 April Sultan of Johor’s Birthday Johor

15 April Declaration of Malacca as a Historical City Melaka

19 April Sultan of Perak’s Birthday Perak

7 May Hari Hol Pahang Pahang

17 May Raja Perlis’ Birthday Perlis

30 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah
31 May Kaamatan Harvest Festival Labuan, Sabah

1 June Gawai Dayak Festival Sarawak
2 June Gawai Dayak Festival Sarawak

June Hari Hol Almarhum Sultan Ismail* Johor

8 July Israk and Mikraj Kedah, Negeri Sembilan, Perlis

10 July Yang DiPertuan Negeri of Penang’s Birthday Penang

19 July Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan’s Birthday Negeri Sembilan

20 July Sultan of Terengganu’s Birthday Terengganu

11 August Awal Ramadan* Johor, Kedah, Melaka

August Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, Terengganu

11 September Yang di-Pertua of Sarawak’s Birthday Sarawak

16 September Malaysia Day Sabah
Yang di-Pertua of Sabah’s Birthday Sabah

9 October Yang di-Pertua of Melaka’s Birthday Melaka

24 October Sultan of Pahang’s Birthday Pahang

5 November Deepavali All except Sarawak
& Federal Territory
of Labuan

11 December Sultan of Selangor’s Birthday Selangor
*Subject to changes

School Holidays for Malaysia

13 March – 21 March First Mid Term Break

5 June – 20 June Mid Year Break

4 Sept – 12 Sept Second Mid Term Break

20 Nov – 2 January Year End Break

The above school holidays are for all states except for Kedah, Kelantan and Terengganu, where the holiday start a day earlier.

Drs. Khalil hadir Hari Terbuka PAS Tambun.

Bakal pejuangan PAS masa hadapan...Drs. Khalil bergambar dengan 2 anak kepada pasangan Syahriman dan Haslina dari Taman Meru , Nur Syakirah dan Nur Syahirah . ADUN Titi Serong hadir dalam majlis sambutan Hari Terbuka PAS Kawasan Tambun yang diadakan di Taman Meru kelmarin.

Dalam ucapannya kepada hadirin beliau telah mengucapkan Selamat hari Raya dan Selamat untuk menghadapi Pembubaran DUN Perak.

Pertemuan meja bulat yang dinanti-nanti

by roslan sms

Hari Rabu 7 Oktober ini bakal menyaksikan suatu sejarah baru dalam politik PAS dan DAP Selangor pasca PRU12. Dalam sibuk media memainkan darihal keretakkan dalam PR hasil dari kononnya perbalahan antara PAS dan DAP, usaha jujur dibuat bagi meneguhkan ikatan kedua-dua parti ini sekaligus mengukuhkan kerajaan PR Selangor.

Pada hari Rabu itu pimpinan tertinggi PAS dan DAP Selangor akan bertemu dalam satu sesi persidangan meja bulat bagi menyusun langkah mengukuhkan hubungan dan memastikan kerajaan PR Selangor terus kekal membela dan memimpin rakyat.

Memang ada sengketa sebelum ini, kita tidak nafikan. Memang nampak seolah tegang sebelum ini, semua dapat menghidu dan membaca dari pendedahan media. Tetapi apakah sehingga akan berpecah dan roboh kerajaan PR Selangor yang baru berusia 1 tahun 7 bulan ini? Kalau tanya Khir Toyo memang begitu, dan sesiapa yang menyimpan mimpi sebagaimana Khir Toyo teruslah bermimpi.

Kerajaan PR Selangor adalah satu kerajaan baru setelah kerajaan yang lanjut usianya iaitu kerajaan BN berjaya ditelentangkan. Orang baru, berdarah muda, penuh dan kaya dengan idea dan pandangan. Kerana itu ia nampak berkocak, tetapi kocakkan itu tidaklah sehingga menumpahkan muatan yang telah sama kita perjuangkan dengan darah dan airmata.

PAS dan DAP sebenarnya memiliki sejarah yang panjang. Bukan hanya dizaman Ustaz Hasan Shukri malah dizaman almarhum Ustaz Ismail Hashim pun sebenarnya telah ada persefahaman walaupun tidak sampai keperingkat tahaluf sebenar sebagaimana hari ini. Pemimpin PAS dan DAP kerana masing-masing duduk di bangku pembangkang memang sentiasa memiliki hubungan walaupun tidaklah sekental hubungan pada hari ini.

Perjumpaan hari Rabu ini cuba untuk melihat dan mengenal pasti saluran dan rangkaian persamaan yang ada pada kedua-dua parti. Berbincang dan cuba memahami dasar dan prinsip masing-masing dan yang paling penting menghormati perbezaan masing-masing dan bergerak dari situ itu melangkah gagah mempertahankan kerajaan yang dibin oleh kekuatan bersama.

PAS punya dasar dan prinsip perjuangannya. Prinsip dan dasar ini akan terus dijunjung oleh PAS sampai bila-bila kerana itulah didikan dan tarbiyah yang diterima oleh ahli dan pimpinan PAS yang memperjuangkan Islam yang diwarisi dari Baginda Rasulullah saw. Dalam pada itu kita bersedia berkawan dan bertahaluf dengan merekayang bersedia berbuat demikian dengan kita.

Saya yakin usaha 7 Oktober ini akan membuahkan hasil yang baik sekaligus memadamkan api persengketaan yang cuba dibakaroleh pihak-pihak tertentu.

Islam dijunjung di kepala tahaluf diletakkan di bahu. Itulah PAS. Sebagaimana ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden dalam ucapan dasarnya yang diterima oleh muktamar PAS ke 55 lalu iaitu:

“Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat USULIY dari segi prinsip-prinsip perjuangan, MU’ASIRAH dari segi kepimpinan dan organisasi jentera, ISTIQBALIY dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.”


Drs. Khalil : 3 ADUN lompat khianati amanah rakyat.

ADUN Titi Serong bersama YDP PAS Kawasan Tapah sedang menyampaikan duit raya kepada lebih 300 orang kanak-kanak yang hadir.



TAPAH, 4 Okt. :- Masalah di Perak tidak boleh diselesaikan melainkan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kembali kerajaan dengan pembubaran DUN, Demian antara intipati ucapan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham dan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran PAS Kawasan Tapah yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Batu 33 disini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah YDP PAS Kawasan, Sdr. Abdul Rahim Noordin dan semua AJK PAS Kawasan yang lain lain. Selain itu hadir sama ialah Bekas Calon DUN Air Kuning, Dr. Ahmad Razi Othman(PAS), Bekas Calon Parlimen Tapah(PKR). Ketua dan penyokong Kelab Penyokong PAS kaum India dan Cina.

Dianggarkan lebih 1000 orang hadir dalam majlis tahunan anjuran PAS Kawasan Tapah itu.

Drs. Khalil berkata keadaan pentadbiran tidak menentu di Perak ujud sejak BN merampas Kuasa di Perak. "Tanggung jawab seorang ADUN yg dipilih oleh rakyat amat besar dan menjadi rosak bila terdapat 3 ADUN Perak yang mengkhianati amanah itu" katanya.

Kaum Tionghua juga tidak melepaskan peluang untuk hadir dalam jamuan tersebut.

Drs. Khalil menyampaikan sijil keahlian kepada 3 cawangan PAS.


"Manusia dijadikan oleh Allah berasal dari seorang Ibu dan ayah dan dijadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Islam juga menganjurkan semagat toleransi agama yang tinggi namun sejak sekian lama dinafikan oleh pemimpin BN. Padam hakikatnya mereka ingin menghalang orang Cina dan India untuk menyokong PAS, akhirnya mereka secara tidak langsung memburukkan PAS kerana PAS berjuang atas dasar Islam" Ucap Drs. Khalil dengan diselang seli dengan Bahasa mandarin.

ADUN Titi Serong tersebut sangat optimis dengan sokongan rakyat Perak yang telah membawa politik baru iaitu dalam keadaan toleransi agama yang tinggi. Pada masa sekarang mereka sangat menghoormati budaya dan agama masing, yang lebih penting meraka sudah tidak takut kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

EKSLUSIF : Sekitar Pengkebumian Nordin M.Top

Email : Asri







Gempa bumi Sumatera: Angka kematian dijangka berganda

PADANG: Jumlah kematian akibat gempa bumi di sini dijangka meningkat dua kali ganda berikutan lebih daripada 600 penduduk kampung yang kebanyakannya menghadiri satu upacara perkahwinan dikhuatiri telah tertimbus selepas kejadian runtuhan lumpur di kawasan pergunungan.

Menurut pihak berkuasa dan seorang jurugambar media yang membuat liputan di tempat kejadian, tidak ada apa-apa yang tinggal di empat perkampungan yang terletak di lereng bukit Padang Pariman selepas gempa bumi yang melanda barat Sumatera, empat hari lepas.

Beratus-ratus doktor, jururawat, pasukan mencari dan menyelamat serta krew pembersihan dari seluruh dunia tiba di lapangan terbang yang berhampiran pada Sabtu.

Mereka turut membawa makanan, khemah, ubat-ubatan, air bersih, penjana kuasa dan pelbagai lagi peralatan yang diperlukan untuk merawat mangsa gempa.

Bagaimanapun, bekalan elektrik yang terputus, kekurangan bahan api dan telekommunikasi menyukarkan lagi keadaan.

Lebih 400 orang yang menghadiri upacara perkahwinan di Kampung Pulau Aiya pada Rabu lepas telah tertimbus akibat malapetaka itu. “Mangsa-mangsa kejadian tertimbus 30 meter ke dalam tanah. Sebuah masjid yang tingginya melebihi 20 meter juga hilang dalam kejadian itu,” kata ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya.

Menurutnya, hanya 26 mayat berjaya ditarik keluar dari kawasan tanah runtuh berhampiran Lubuk Lawe dan Jumena.

Mayat 618 orang lagi masih tertimbus jauh di dalam tanah.

Kerajaan Indonesia terpaksa bekerjasama dengan pihak luar untuk membantu penduduk di kawasan itu kerana jalan yang menghala ke kawasan tersebut telah rosak teruk. AP

mStarOnline/-

Salahuddin dakwa Azeez berbohong

Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

MalaysiaKini/-

Misi calon PAS di Bagan Pinang

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong.

Zulkefly dalam temubual dengan Malaysiakini di rumahnya di Port Dickson hari ini berkata isu tersebut akan dibawa oleh pertubuhan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beliau akan turut diperjelaskannya kepada pengundi.

"Jerit sudahpun turun untuk menemui mereka," katanya dan menambah perkara itu turut disentuh dalam ceramah Pakatan Rakyat dalam kempennya.

Dalam ceramah di Markas PAS Batu 4 malam tadi, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan mendakwa, BN lebih senang mengambil sikap "menyusukan kera di hutan" dalam menangani tuntutan pekerja ladang berkenaan.

Zulkefly menjelaskan isu berkenaan perlu diketengahkan kepada pengundi berpendapatan rendah di kawasan berkenaan yang didakwanya tidak mendapat perhatian oleh kerajaan BN.

Pantai tercemar

Menurutnya lagi, beliau juga akan menemui keluarga nelayan di sekitar Batu 7, 8 dan 9 yang terjejas pendapatan mereka akibat buangan industri ke kawasan pantai berkenaan.

"Mereka ini adalah nelayan pantai. Apabila pantai tercemar akibat pembuangan toksik, tangkapan mereka terjejas.

"Jadi mereka perlu keluar lebih jauh ke tengah laut dan ini meningkatkan kos mereka.

"Mereka sepatutnya diubah supaya menjadi nelayan laut dalam," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Intan Duyung pagi ini.

Beliau turut menyentuh mengenai masalah tekanan air rendah yang sering dialami penduduk Bagan Pinang dan masalah banjir.

"Ini semuanya berlaku semenjak bekalan air diswastakan kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains). Penduduk juga mengadu kerana bil tinggi.

"Masalah banjir itu banjir biasa yang berlaku selepas hujan kerana perparitan tidak sempurna," jelasnya lagi.

Pengundi pos

Beliau bagaimanapun enggan mengulas strateginya bagi memenangi undi pos dari anggota tentera di Bagan Pinang.

Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata semakan PAS mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos, yang benar-benar berada di Bagan Pinang.

"Saya tidak ada maklumat itu. Itu biarlah kepimpinan strategi PAS yang jelaskan. Tumpuan saya di sini adalah untuk menemui pengundi dan menjelaskan mengenai rekod PAS dalam memberi khidmat kepada penduduk di sini," kata Zulkefly.

"Contohnya dalam kes JE di Bukit Pelanduk. Ramai penternak babi di situ yang terjejas dan kita telah tolong mereka untuk dapatkan bantuan. Setakat ini masih ada 132 keluarga yang masih terjejas di kawasan itu," katanya,

Menurut Zulkefy lagi, walaupun Bukit Pelanduk tidak termasuk dalam kawasan pilihan raya DUN Bagan Pinang, semasa penamaan semalam, ada penduduk dari kawasan itu membawa sepanduk tentang JE.

"Ini menunjukkan isu ini sudah lama, semenjak sebelum Isa Samad menjadi MB lagi, tetapi masih belum berjaya diselesaikan oleh BN," tambahnya.

MalaysiaKini/-

Nizar: Antara kuih bulan dan BN

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendakwa kerajaan BN lebih teruk daripada dinasti Mongol Yuan di China dan menggesa pengundi Cina di Bagan Pinang supaya mengikut 'jejak langkah' nenek moyang mereka dengan menolak calon BN.

Berucap di satu majlis sambutan pesta tanglung di Bagan Pinang malam tadi, menteri besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, festival tersebut adalah mengenai "menumbangkan satu rejim yang kejam".

Dan mengenai cerita mengenai bagaimana kaum Han pada Abad ke-14 menggunakan 'kuih bulan' untuk mengedarkan mesej menentang dinasti Yuan, Nizar menggesa penggundi Cina di Bagan Pinang untuk"menolak BN".

Nizar mendakwa, BN lebih kejam daripada dinasti Yan kerana mereka telah merampas hak rakyat di Perak.

Beliau merujuk kepada tindakan BN mengambil alih pentadbiran kerajan negeri daripada Pakatan Rakyat Februari lalu, selepas tiga wakil rakyat Pakatan keluar parti dan menyokong BN,

Nizar juga mengingatkan bahawa jika calon BN, Tan Sri Isa Samad menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, ia boleh menjejaskan kestabilitan di Negeri Sembilan kerana beliau akan menjadi ancaman kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan.

MalaysiaKini/-

Di Kuala Terengganu Azeez membuat dakwaan yang sama

TELOK KEMANG, 4 Okt: PAS berpendapat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim layak dianugerahkan Tokoh Kontroversi Umno 2009 ekoran dakwaan Ketua Putera Umno itu kononnya dipukul lapan Pemuda PAS pada hari penamaan calon, di sini.

Ini kerana, semasa dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Azeez juga membuat dakwaan yang sama dengan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Azeez itu sekadar mencari publisiti murahan, sama seperti dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.

"Azeez datang kepada saya mengatakan dia dipukul oleh 8 orang pemuda PAS dalam wajah yang senyum, tiada kesan pukul, bajunya puteh bersih waktu menunggu pengumuman SPR.

"Inilah kerja provokasi jahat Azeez, menggunakan media. Sepatutnya pemimpin muda perlu membawa isu yang lebih integriti, bukannya berbohong sana-sini," tegasnya lagi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian melahirkan keraguan demikian kerana beliau sendiri sempat bersemuka dengan Azeez di perkarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Tambahnya lagi, Azeez tidak seperti seorang yang dipukul, jika dilihat sendiri pada keratan sebuah akhbar harian semalam.

Januari lepas, Azeez dilaporkan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Padahal, Azeez selaku salah seorang ejen yang membawa pengundi hantu di sana sebenarnya cuba meloloskan diri, apabila petugas-petugas PAS mula memburunya.

Salahuddin juga menyifatkan Azeez mempunyai niat yang sama, seperti di Kuala Terengganu dahulu.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut, Salahuddin berkata, PAS dan Pakatan tidak ada masa melayan politik kebudak-budakan Ketua Putera Umno Malaysia itu.

Tindakan Azeez itu memperlihatkan Umno sedang mencari rentak isu membenamkan kempen bersih Pakatan.

Sedangkan, khalayak mula mempersoal integriti Umno serta calonnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dipalit beberapa tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. _

HarakahDaily.Net/-