03 October 2009

Terkini 8.40 pagi : Hujan reda sebentar, penyokong tidak berganjak.

Sebentar tadi sekitar 3 minit hujan reda sedikit dan kembali lebat namun penyokong Pakatan Rakyat terus bertambah ramai memenuhi tempat yang dikhaskan berhimpun arah kiri dari pintu masuk Dewan perbandaran Port Dickson.

Mereka kebanyakannya basah kuyup dan ada yang berpayong dan mengibarkan bendera serta melaung takbir diselang seli dengan laungan semagat dari semua yang hadir.

Terkini 8.30 pagi : Hujan lebat turun ketika rombongan Pakatan Rakyat menghampiri tempat penamaan calon

Sebaik saja rombongan Pakatan Rakyat menghampiri garis terakhir yang ditentukan oleh SPR berhampiran Dewan Perbandaran Port Dickson, lalu hujan lebat turum disertai dengan cuaca berangin. Inilah keadaan yang mewarnai proses penamaan calon pada pagi. namun pimpinan dan rombongan sanggup basah dalam keadaan hujan lebat yang saya nampak tidak ada tanda untuk berhenti lebih cepat. Apalagi cuaca mendung dan matahari masih tidak kelihatan sejak pagi tadi.

Mesej Allah daripada gempa harus difahami

Oleh Ahmad Baei Jaafar

Gempa bumi berukuran 7.6 pada Skala Richter di Padang Sumatera Rabu lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka terutama yang selamat. Melihat kepada bangunan yang runtuh dan ranap, mereka tidak percaya bahawa mereka masih boleh hidup.

Badrulamin Mohd Sharif, 30, dari Kuala Lumpur yang selamat sampai dari Padang pagi tadi berkata beliau dan enam orang anggota keluarga (dua anak perempuan, isteri, ibu mertua dan dua adik ipar perempuan) bercuti di daerah itu sejak Khamis minggu lalu.

"Ketika sedang membeli-belah di Kompleks Pasar Bukit Tinggi, secara tiba-tiba bangunan itu bergegar dan kelihatan orang ramai lari keluar dan menjerit gempa," katanya.

Cemas melihat kejadian itu, beliau membawa semua anggota keluarganya bergegas keluar dari kompleks itu dan melihat orang ramai berlari ke kawasan lapang kira-kira 100 meter dari kompleks terbabit.

"Alhamdulilah, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada yang cedera, selepas dapat maklumat daripada pihak kedutaan Malaysia di sini, saya sekeluarga dibenar pulang bersama-sama pelajar Malaysia ke tanah air," katanya.

Badrulamin sekeluarga yang menaiki pesawat CN235 TUDM berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau bersama-sama pelajar Malaysia pada kira-kira pukul 6 pagi waktu Malaysia.

Beberapa orang mangsa yang cedera dalam kejadian itu turut bersyukur kerana masih diberi peluang hidup di dunia ini. Pelancong bukan Melayu yang baru memasuk bilik hotel pada petang hari kejadian tiba-tiba tercampak ke dalam kolam mandi. Dengan bantuan pekerja hotel itu beliau berjaya dikeluarkan dari bangunan itu.

Banyak lagi cerita aneh dan mengejutkan dapat kita dengar dari mangsa yang pulang dari bumi Padang itu. Namun berapa ramai yang dapat merasai mesej yang Allah kehendaki daripada peristiwa itu. Allah mengungkap kata-kata orang beriman, "Tuhan kami, tidaklah Kamu menciptakan sesuatu itu saja-saja, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada api neraka."

Umat Islam apatah lagi mereka yang terlibat harus sedar bahawa Allah bila-bila masa boleh berbuat sesuatu terhadap manusia dan alam ini tanpa memberi amaran. Sudah bersediakah kita dengan amalan kebaikan dan meninggalkan dosa dan maksiat sebelum ditimpa bencana?

Malanglah mereka tanpa sebarang persiapan tiba-tiba mati dalam keadaan hina dalam gempa bumi seperti ini. Walaupun negara kita bukan negara gempa bumi, kita tidak boleh berasa selamat kerana bunga-bunganya sudah ada. Beberapa bangunan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor pernah mengalami gegaran walaupun tidak runtuh.

Jadi, elakkan diri kita daripada kemurkaan Allah, Tuhan kita.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Terkini 8.15 pagi : Cuaca berangin dan hujan rintik-rintik

Keadaan cuaca mendung menwarnai hari penamaan calon PRK Bagan Pinang. Pada masa ini cuacaberangin dan sebentar tadi hujan rintik-rintik turunn dalam keadaan penyokong Pakatan Rakyat semakin ramai sampai di Stesen minyak Esso tempat berkumpul sebelum berarak ke pusat penamaan calon di majlis Perbandaran Port Dickson.

Antara yang paling awal sampai ialah Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin.

Selain itu kelihatan Timbalan Mursyidul Am.Dato Dr. Haron Din juga antara yang awal sampai pada pagi ini.

Mana budi bicara MPT ?

Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB!

HARI INI SAYA TELAH MEMBAWA BAPA MENDAPAT RAWATAN DI KPJ TAIPING ATAU LEBIH DIKENALI DGN NAMA TAIPING MEDICAL CENTER. SAYA PUJI STAF2 SINI DAN PARA DR YG MELAYAN PESAKIT2 BEGITU BAIK SEKALI. YG MENDUKACITAKAN SAYA DAN KELUARGA ADALAH SIKAP PEGAWAI2 MPT YG MENAIKI MOTOSIKAL MEMERIKSA KERETA2 YG PARKING DI SEKITAR PUSAT PERUBATAN TERSEBUT. BAYANGKANLAH ADIK IPAR SAYA DATANG DARI PULAU PINANG MELETAKKAN KERETA DI SITU DAN BILA TERLIHAT SAHAJA PARKING KENA LETAK KUPON, BELIAU TELAH SEGERA PERGI KE KEDAI BERHAMPIRAN DENGAN BERJALAN KAKI. NAMUN BALIK SAHAJA KE KERETA SURAT SAMAN TELAH ADA DILETAKKAN DI CERMIN KERETA. APAKAH INI?

MANA BUDI BICARA PEGAWAI2 MPT TAIPING INI? SEPATUTNYA TUNGGULAH DULU DALAM TEMPOH SETENGAH JAM BARULAH SAMAN. INI TIDAK SAMPAI LIMA MINIT SAMAN DAH DIKELUARKAN. BUKANNYA KITA TIDAK BAYAR, ADIK IPAR PERGI BELI KUPON UNTUK DILETAKKAN DAH KENA SAMAN. MENURUT ORG2 DI SITU MEMANG TIADA BUDI BICARA DAN TOLAK ANSUR DARI PEGAWAI2 INI. ADA YG MENGATAKAN MEREKANI BEREBUT2 NAK MENYAMAN AGAR MENUNJUKKAN MEREKA BUAT KERJA TAPI CUBALAH 1 MALAYSIA FIKIRKAN. PATUTKAH? YG SAYA MINTA BAGILAH MASA PERGI BELI KUPON. LAINLAH MEMANG ADA ORG BERDIRI DI SITU JUAL KUPON INI TIDAK! KUPON HANYA DIJUAL DI KEDAI2 TERTENTU SAHAJA. ORG YG DUDUK DI TAIPING MUNGKIN TAHU MENGENAI KUPON INI TAPI MCM MANA DGN ORG NEGERI LUAR SEPERTI SELANGOR, KL ATAU PEKAN PAHANG? INIKAH YG DIKATAKAN RAKYAT DI DAHULUKAN WAHAI MPT TAIPING. SAYA ULANGI ADAKAH INI YG DIKATAKAN RAKYAT DIDAHULUKAN WAHAI MAJLIS PERBANDARAN TAIPING? TEPUK DADA TANYA PEGAWAI2 ANDA YG MENYAMAN ORG! GUNAKAN LAH SIKAP BUDI BICARA BUKAN TIADA BICARA!

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

PAS: Pesara tentera mengaku pernah manipulasi undi pos

Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan pengakuan seorang pesara tentera yang mendakwa pernah bersubahat memanipulasikan undi pos bagi memberikan kemenangan kepada calon BN sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat menulis dalam blognya Bila Kentong Berbunyi... (www.kentong-suhaizan.blogspot.com) hari ini, bahawa pengakuan itu dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menemui wakil PAS pada 28 Ogos lalu.

Suhaizan menulis bahawa pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.

Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pesara tersebut membuat pengakuan itu dalam pertemuan berkeaan.

Kata Suhaizan lagi, pesara tentera itu turut sama dalam perjumpaan kerana dia telah menyertai parti itu dan kini menganggotai jawatankuasa undi pos Pemuda PAS.

Perjumpaan tersebut diketuai oleh naib presidennya, Salahuddin Ayub.

Selain Abdul Aziz, kata Suhaizan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga turut hadir.

Ekoran pendedahan itu, Suhaizan menulis dalam blognya, mendakwa Abdul Aziz menjawab, beliau telah banyak mendengar aduan tersebut dan tidak pasti dengan perkara itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini Suhaizan berkata, pesara tentera tersebut bersedia tampil mendedahkan perkara itu dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang selepas penamaan calon esok.

Ditanya sebab yang membuatkan pesara tentera itu berani tampil membuat penjelasan itu, Suhaizan berkata: "Kerana dia sudah bersara".

"Ini usaha berterusan kita untuk terus mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan undi pos secara menyeluruh," katanya.

Usaha Malaysiakini menghubungi pesara tentera tersebut setakat ini belum berhasil.

Sementara itu, Pemuda PAS juga akan menghantar surat kepada kepada komandan di kesemua lapan kem di kawasan Port Dickson bagi membenarkan parti itu berkempen dalam kem di bawah seliaan mereka.

"Kita akan hantar secepat mungkin," kata Suhaizan.

Ditanya sama ada tindakan itu terlalu lambat kerana tempoh berkempen akan bermula esok, Suhaizan menjawab: "Tidak apa. Kalau 30 minit pun kita cakap (kempen)".

Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN.

Dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini, kebimbangan pembangkang jelas kelihatan apabila terdapat jumlah pengundi pos yang besar sebanyak 4,620 daripada 13,664 pemilih merupakan pengundi pos. Malaysiakini/-

PAS dakwa hanya 1,200 pengundi pos tinggal di Bagan Pinang

PAS mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih tinggal di situ.

Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang.

Manakala yang lainnya merupakan mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"(Bagan Pinang) antara DUN paling besar yang banyak undi pos, yang berdaftar sebanyak 4,604 orang.

"Tetapi semakan PAS sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem Seri Rusa ini, hanya 1,200 orang, ini mengikut semakan kita.

"Maksudnya orang yang ada dalam kem tersebut. Senarainya ada 4,604 tetapi berdasarkan semakan kita ada 1,200 pengundi. Yang lainnya, sebahagian besarnya sudah bersara," kata Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negera, pagi ini.

"Mengikut kaedah pilihanraya, yang tidak tinggal lagi dalam kem, sepatutnya dia mengundi sebagai pengundi biasa, sepatutnya begitulah.

Bersihkan senarai

"Tetapi nama dia masih lagi kekal dalam senarai. Sebahagian yang lain bukan duduk daripada kem Seri Rusa, DUN Bagan Pinang.

"Saya minta SPR, supaya pastikan apa yang boleh, bahawa orang yang tidak hadir, tidak layak mengundi.

"Waktu kertas undi diberikan, dia tidak hadir, seharusnya dia tidak boleh mengundi. Ini yang minta supaya ia dipastikan oleh SPR sendiri," katanya.

Menurut Mustafa, apa yang menjadi kebimbangan PAS ialah pengundi pos yang tidak berada dalam kem tersebut tetapi dibenarkan mengundi di situ.

"Saya boleh jangka bahawa SPR akan jawab siapa yang ada dalam senarai, maka dia sah sebagai pengundi.

"Tetapi sebagai satu persiapan dan peringatan kepada SPR supaya dia benar-benar nak pastikan daftar pemilih ini bersih, dia sendiri pastikan orang yang sebenarnya tidak ada, didaftarkan di mana dia berada," katanya

Ditanya sama ada pengundi yang bersara tinggal di kem tersebut, Mustafa berkata mereka memang tidak tinggal di kem tersebut.

Sudut undang-undang

"Mereka yang boleh tinggal di kem tersebut adalah pegawai dan kakitangan yang berkhidmat. Yang tidak berkhidmat, tidak boleh duduk situ," katanya.

Ditanya sama ada terdapat peruntukan undang-undang, sekiranya pengundi tidak meminta nama mereka dipindah, maka mereka tetap untuk mengundi di situ, Mustafa berkata:

"Dari sudut undang-undang, ya, yang itu saya tidak nafikan."

SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama pengundi buat masa sekarang mengikut undang-undang, sebaliknya memikirkan satu cara untuk membolehkan orang yang benar-benar layak mengundi adalah orang yang tinggal kem tersebut, tambah Mustafa.

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar bekal berdepan dengan calon BN Tan Sri Isa Samad untuk merebut kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.

Azman Mohamad Noor dari BN yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman menewaskan Ramli Ismail yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Teluk Kemang yang mendapat 4,097 undi.

SPR juga menetapkan hari ini adalah hari penamaan calon, manakala 11 Oktober pula adalah hari pengundian. Malaysiakini/-

Berada di Port Dickson penamaan calon Bagan Pinang

Sekarang jam menunjukkan 7.30 pagi, saya sudah berada di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Port Dickson tempat penamaan calon PRK Bagan Pinang yang akan diadakan pagi ini. perjalan dengan teman seperjuangan sdr. Elyas Syarkawi dari Parit Buntar sekitar jam 7.00 malam tadi lancar dengan keadaan kenderaan yang bergerak ke selatan nampak banyak dari biasa.

Setelah singah dibeberapa perhentian untuk sembahyang dan makan akhirnya kami tindur di perhentian Seremban. Kami mandi san solat disitu yang diimamkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust. Idris Hj. Ahmad.

Tempat sembahyang yang agakuas itu penuh dengan jemaah dan tepaksa dilakukan berulang kali. Alhamdulillah banyak rakan yang mengenali yang datang dari seluruh pelusuk negara ditemui disitu.

Paling ramai rombongan dari Terengganu sebanyak 4 buah bas persiaran dan banyak dengan berkederaan persendirian secara kumpulan.

Keadaan ditempat penamaan calon sekarang masih lengang dan kelihatan ratusan berpakaian segaram yang beruniform menjaga setiap persimpangan dari lebuhraya sehinggalah disekitar tempat penamaan calon.

Doakan semuanya berjalan lancar dan kemenangan seterusnya akan diraih oleh calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Port Dickson yang penuh dengan sejarah InsyaAllah akan mencatat satu lagi sejarah pada PRK kali ini.

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

Email : Nik Noor Azman Ghazali

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.



--------------------------------------------------------------------------------

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Gempa bumi kuat di Kepulauan Tonga

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berskala 6.4 Richter melanda Wilayah Kepulauan Tonga pada kira-kira 9.08 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gempa bumi yang berpusat di latitud 15.82 selatan dan longitud 174.8 barat itu terletak kira-kira 7,021km dari barat Davao, Filipina dan 7,717km dari barat Tawau, Sabah.

Keadaan itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu yang akan memantau perkembangan itu.BERNAMA

Inkues Teoh: Pemilik DNA sudah meninggal dunia

Inkues kematian Teoh Beng Hock diberitahu hari ini bahawa DNA yang dikesan pada blazer dan talipinggang Teoh adalah milik Gopala Muniam.

DNA tersebut dikenalpasti oleh ahli kimia, Dr Dr Seah Lay Hong milik Gopala yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Dr Seah yang dipanggil semula memberi keterangan dalam inkues tersebut berkata pemindahan DNA itu mungkin berlaku ketika bedahsiasat ke atas Teoh dilakukan di Hospital Klang dalam keadaan yang sesak.

Gopala mati dalam satu kemalangan jalan raya dan DNAnya ditemui pada blazer Teoh.

Ia dikenalpasti selepas Dr Seah melakukan siasatan kali ketiga kerana dua siasatan sebelum itu, gagal mengenal pasti pemilik DNA berkenaan pada talipinggang dan blazer tersebut.

Dalam siasatannya itu, Dr Seah menganalisa profail DNA 157 individu sebagai perbandingan, dan mereka terdiri daripada 14 pegawai dari Jabatan Patologi Forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur.

Turut diuji ialah 49 pegawai polis, 81 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pekerja pencuci, lapan kakitangan penyelenggaran dan seorang anggota keselamatan, serta tiga saksi.

Dua siasatan pertama gagal mengesan pemilik DNA dan dia ditanda sebagai 'Lelaki 1'.

Bagaimanapun, satu lagi DNA yang ditemui pada talipinggang Teolh masih belum dapat dikenalpasti.

Riak Memusnahkan Pahala

Email : mohd naim mohd zain

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."


UMNO/BN DISARAN TINGGALKAN AMALAN RASUAH- PESURUHJAYA PAS PERAK

Oleh : mohd hafez sabri

Ipoh, 1/10/09, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan bahawa rasuah merupakan satu fenomena dalam UMNO/BN yang sukar untuk diubati lagi .Ia satu cerita lama yang belum selesai walaupun siapa yang naik menjadi PM di kalangan mereka.

Tambah beliau lagi gejala rasuah ini semakin parah dan membarah sehingga sukar untuk diubati.Hari ini rasuah bukan hanya membabitkan ratusan ringgit malah jutaan dan ada yang mencecah billion ringgit.

Beliau juga menyatakan bahawa rasuah merupakan satu jenayah terkutuk dan ditegah oleh Islam kerana ia termasuk dalam kaedah memakan harta secara bathil.

Beliau turut menyeru agar seluruh umat Islam beriman dengan Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 188 yang bermaksud “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyeru agar seluruh rakyat memahami dan menyedari bahawa Allah SWT akan menurunkan azabnya kepada umat manusia, dengan ditarik keredhaan, keberkatan, kemajuan, keamanan, kegemilangan Negara serta masyarakat akan dilanda kemusnahan disebabkan pemimpin Negara yang merosakkan Negara denagan amalan rasuah.

Beliau menyatakan lagi “Bagaimana Negara akan maju dan masyarakat akan aman, andainya rasuah bermaharajalela? Bilik sekolah menjadi roboh,jambatan menjadi bengkok,stadium roboh,tempoh 2 tahun menjadi 5 tahun.semuanya tidak mengikut spesipikasi yang ditetapkan kerana rasuah”.”Sebab itu tidak hairanlah bahawa di antara faktor bala Allah SWT ke atas negara kita ialah berlakunya gejala sosial, pembunuhan, pemerasan, dadah, rogol, kenaikan harga barang yang ada kaitannya dengan gejala rasuah yang sedang menyeliputi pemimpin Negara”

Beliau turut mempersoalkan lagi “mampukah UMNO/BN membenteras rasuah sedangkan mereka terkenal pasukan yang bergelomang dengan rasuah?”. “Mampukah perasuah membenteras rasuah sama seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul?”.

Beliau juga turut mencabar agar kerajaan umno/bn segera menaikkan semula imej Negara di mata dunia selepas Malaysia terus merudum dalam indeks persepsi rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah apa yang lebih memalukan, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram,yang mana Israel berada pada kedudukan ke-33, jelas beliau.

JOM TAWAN BAGAN PINANG

Oleh : aeman abdullah




Hana jantung berlubang, ketumbuhan perlu dana

Oleh : Zamri keciks

PARIT BUNTAR, 3 Okt. : Hana Faizah Ismail yang berusia tujuh bulan dan menghidap penyakit jantung berlubang serta ketumbuhan di punggung memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk mencukupkan dana bagi kos pembedahan yang diperlukan sebanyak RM28,000.

Bapanya, Ismail Shakrani, 44, berkata, selain kos yang belum mencukupi itu, pembedahan pula akan berlangsung mengikut keputusan doktor yang akan memberitahu tarikhnya nanti.

Ismail yang bekerja sebagai nelayan juga terpaksa menanggung dua lagi anaknya yang bersekolah di tingkatan 3 dan Tahun Enam sementara ibunya seorang suri rumah.
Menurutnya, anaknya itu mengalami dua jenis penyakit sekali gus iaitu jantung berlubang dan ketumbuhan sejak lahir serta memerlukan RM28,000 untuk menampung kos pembedahan.

“Setiap bulan saya berulang alik ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Taiping (HT) untuk melakukan pemeriksaan serta rawatan Hana Faizah bagi memastikan perkembangannya.

Katanya, Hospital Gleneagles Medikal Centre pula telah mencadangkan tabung hospital itu mengutip derma orang ramai, tetapi belum mencukupi.

“Saya minta semua pihak membantu mencukupkan dana berjumlah RM28,000 bagi membolehkan pembedahan Hana Faizah dilakukan dan dia menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Orang ramai yang hendak menyalurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 017-443 8201 atau datang ke rumahnya di No 9, Batu 11 Jalan Pantai, Tanjung Piandang, 34250 Perak atau memasukkannya dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 08235-29-000036057.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari turut melawat Adik Hana di rumahnya di Tanjung Piandang dan berkata, pihaknya akan melakukan tindakan susulan dengan aduan ibu bapa yang telah membuat permohonan kepada Baitumal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya akan bertanyakan kepada pegawai berkenaan agar dapat mempercepatkan bantuan yang diperlukan ini. Saya simpati dengan penderitaan adik Hana dan berharap orang ramai dapat membantu mereka,” katanya.

Kerajaan Hong Kong rampas wang Musa Aman?

Email : Zamri Keciks

KUALA LUMPUR, 3 Okt. : Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong sebentar tadi untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.
Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Berikut disiarkan satu daripada laporan itu yang dipetik dari blog "Deep Throat Sabah" yang mendakwa Chia ialah adik angkat Ketua Menteri Sabah.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

“CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah moden, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

Bersama Dato Nik Abd Aziz 3 Okt 09 Bagan Pinang

Oleh : Suara N9

Sambutan Ulang Tahun ke 2 - PAS UNTUK SEMUA . PAS FOR ALL
Bersama

YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Mursyidul Am Pas
Tarikh : 3 Oktober 2009 ( Sabtu ) , 8.00 malam
Tempat : Ladang Siliau , Port Dickson.


Jauhi buruk sangka.

“Hati-hati kalian dari buruk sangka, kerana itu adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kalian mendengarkan ucapan orang lain dalam keadaan mereka tidak suka. Janganlah kalian mencari-cari cela orang lain. Jangan kalian berlomba-lomba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kalian saling hasad, saling benci, dan saling membelakangi” (HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Artinya jika kita sudah mengetahui seseorang itu tidak menyukai seorang lain, kita mestilah sangat berhati-hati mendengar apa saya yang diucapkan mengenai orang yang dibencinya itu. Sudah pasti ucapan yang keluar dari mulatnya adalah buruk sangka yang sangat dilarang oleh Islam.

Lawan suulzhon atau buruk sangka ialah berbaik sangka atau husnulzhon. Sekiranya kita selalu berbaik sangka, nescaya kita akan menjadi orang yang terbaik dikalangan anggota masyarakat tempat kita diami. Bayangkan betapa berbaik sangka akan mengelakkan perpecahan dan menguatkan kesatuan umat Islam. jauh sekali dari membawa pecah belah.

Berbaik sangka kepada pemimpin menguatkan jemaah,berbaik sangka kepada seorang ayah dan ibu oleh anak-anaknya melahirkan keluarga yang bahagia, termasuklah berbaik sangka dari seorang ayah dan ibu kepada anak-anaknya dan berbaik sangka seorang suami kepada isterinya dan sebaliknya adalah induk kepada lahirnya keharmonian masyarakat dalam semua peringkat.

Pada semasa hidup Rasulullah s.a.w., tidak henti-hentinya beliau mengajak umat manusia untuk menjauhi buruk sangka. Sebab, telah terbukti bahwa buruk sangka memberi kesan negatif terhadap hubungan antara manusia. Buruk sangka boleh menghancurkan kesatuan umat . Bila sudah menggelegak buruk sangka, maka kebencian akan merajalela. Padahal tidak mudah meraih kemenangan dalam hidup ini meskipun oleh pihak yang benar, bila tidak ada persatuan. Sebaliknya, akan memberi lalauan yang mudah kepada musuh untuk mencapai kemenangan, meskipun jumlahnya sedikit.

Buruk sangka juga menutup kebenaran. Kebenaran yang disampaikan oleh seseorang yang kita benci akan sulit diterima sebagai kebenaran. Meskipun benar, salah rasanya. Padahal setiap manusia senantiasa memerlukan kebenaran, yang datangnya dari siapa saja. Kita diajak untuk menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Negera dan negeri ini hanya akan kuat bila tali persaudaraan kita jaga bersama. Sebaliknya, akan lemah dan hancur bila kita selalu menyemai benih-benih buruk sangka.

Malaysia Hantar Pesawat Tentera Bawa Pulang Penuntut Malaysia Dari Padang

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia Khamis malam menghantar tiga pesawat tentera ke Padang dalam misi membawa pulang hampir 300 penuntut Malaysia yang terlibat dengan kejadian gempa bumi di Sumatera barat, Indonesia.

Tiga pesawat pengangkut jenis Hercules, yang membawa 26 orang termasuk 11 wakil media berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 11.45 malam menuju ke Padang.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab yang berada di pangkalan itu berkata pesawat yang membawa pulang penuntut terbabit di jangka tiba di Pangkalan TUDM pada 5 pagi hari Jumaat.

Angkatan Tentera Malaysia telah bersiap sedia untuk misi itu selepas gempa bumi kuat berskala 7.6 Richter melanda Padang dan menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk.

Jabatan Penuntut Malaysia melaporkan semua pelajar Malaysia selamat dan akan dibawa pulang sehingga keadaan pulih memandang universiti dan tempat tinggal mereka mengalami kerosakan akibat gempa itu.

"Membawa mereka pulang merupakan pilihan terbaik kerana jika tetap di Padang pun, mereka tidak akan merasa nyaman dalam keadaan serba kekurangan. Apatah lagi semua kuliah juga sudah dibatalkan," Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Amran Mohamed Zain memberitahu wartawan Bernama di Jakarta.

Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

"Malaysia sangat terkejut dan sedih berikutan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang berlaku," menurut kenyataan Wisma Putra.

Gempa bumi itu yang gegarannya dirasai di pantai barat Semenanjung merupakan yang paling dahsyat melanda Sumatera selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter pada Disember 2004 yang meranapkan Aceh dan menyebabkan tsunami di lautan Hindi.

Pemerintah Indonesia menganggarkan jumlah kematian akan mencapai angka ribuan kerana masih ramai mangsa yang dikhuatiri tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan lebih 1,000 bangunan termasuk hotel dan rumah serta prasarana lain.

Di JAKARTA, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menerima baik sebarang bantuan segera daripada Malaysia dan negara lain dalam usaha membantu mangsa bencana gempa bumi di Sumatera barat, Khamis petang.

Beliau berharap dengan semangat kerjasama Asean dan negara sahabat, mereka boleh menghulurkan bantuan seberapa segera ke kawasan yang dilanda gempa itu. Dalam pada itu, Mercy Malaysia hari ini menghantar dua anggota untuk membuat penilaian bagi menentukan bantuan kemanusian yang diperlukan.

"Peruntukan awal sejumlah RM100,000 telah disediakan daripada dana kecemasan sebagai maklum balas terhadap bencana ini," menurut Mercy Malaysia dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) berkata gegaran susulan dijangka berterusan untuk beberapa hari tetapi orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang kerana kekuatan gegaran itu dijangkakan semakin lemah.

Satu daripadanya sekuat 6.8 pada skala Richter turut dirasai di Semenanjung pada pukul 9.53 pagi hari Khamis iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

BERNAMA

Isa ibarat 'Surat Khabar lama dikitar semula'-Azmin

TELUK KEMANG, 1 Okt: Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Umno ibarat mengitar semula surat khabar yang sudah lama.

Isa yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua katanya, telah pun diketepikan oleh Umno sendiri pada pemilihan agung lalu akibat rasuah yang telah dibuktikan sendiri mereka.

"Mereka (BN) mencalonkan surat khabar lama untuk dikitar semula yang terbukti sebagai perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa," ujarnya ketika berucap pada malam pengumuman calon PAS Selasa lalu.

Tindakan BN mencalonkan Isa juga katanya cubaan menghina dan memperbodohkan pengundi Bagan Pinang.

Namun beliau yakin pengundi tidak akan tertipu dan tidak akan menggadaikan maruah mereka memilih seorang yang terbukti terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tersebut.

"Yang rasuah adalah Umno. Siapa yang tuduh, bukan PAS, bukan DAP bukan keADILan, yang tuduh adalah Umno, yang jatuhkan hukuman, Umno, yang pilih calon rasuah juga adalah Umno."

ImageUjarnya lagi, sikap Umno BN memelih calon sedemikian bukan perkara baru. Ianya adalah sebagai sikap muafakat dan tolong menolong Umno yang telah diamal sekian lama.

"Inilah satu sikap yang sejak dulu ada dalam Umno. Tolong menolong demi kepentingan politik, aku tutup kes kau, kau tutup kes aku," katanya.

Namun katanya, orang paling bersedih dengan pemilihan Isa tentunya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Vateran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah.

Ini kerana kedua dua tokoh berkenaan antara yang lantang menetang pencalonan seseorang seperti Isa yang boleh dipertikai integritinya.

Tun dan Ku Li juga sebelum ini menasihatkan Umno BN memilih calon yang lain supaya parti mereka tidak terbeban dengan rekod buruk Isa.

"Tentunya orang paling bersedih dengan pemilihan Isa adalah Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, nasihat mereka telah dibakul sampahkan," katanya.

Pakatan Rakyat meletakkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang 11 Oktober ini.

HarakahDaily.Net/-

Speaker Dun Kedah saman SPR

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Speaker Dewan Negeri Kedah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menolak permohonannya agar diadakan pilihan raya kecil di Dun Kota Seputeh.

Permohonan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan KuasaKuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini melalui firma guaman Tetuan Chooi & Company.

Speaker, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, 61, menamakan Adun Kota Seputeh, Datuk Abu Hasan Sharif dan SPR sebagai responden.

Pada 1 Sept lepas, SPR memutuskan bahawa tiada kekosongan pada kerusi DUN Kota Siputeh dan kerusi itu masih disandang oleh Abu Hassan yang memenanginya pada pilihan raya umum ke12 tahun lepas.

Keputusan itu dibuat berikutan pemakluman yang diterima SPR pada 17 Ogos lepas daripada Abdul Isa berhubung kekosongan luar jangka yang dikatakan berlaku bagi kerusi DUN Kota Siputeh.

SPR dalam membuat keputusan itu mendapati Abu Hassan tidak menghadiri dua mesyuarat berturutturut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

Sementara surat cuti sakit Abu Hasan sebagai penjelasan kepada ketidak hadirannya pada sidang DUN negeri Kedah yang diadakan pada 9 Ogos lalu, dan mendapati kelewatannya untuk menghantar surat cuti sakit itu kepada Abd Isa selewat-lewatnya pada 9 Ogos lalu tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.

Dalam permohonannya, Abdul Isa mahu mahkamah mengeluarkan perintah untuk mengistiharkan Abu Hasan dari Barisan Nasional (BN) bukan lagi ADUN kawasan berkenaan berikutan kegagalan beliau menghadiri dua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Berikutan itu, Abdul Isa, memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN bagi kawasan Kota Siputeh adalah kosong dan seterusnya mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Speaker itu juga mahu satu perintah injunksi dikeluarkan oleh mahkamah untuk menghalang Abu Hasan atau ejenejennya daripada menjalankan tugas sebagai ADUN kawasan itu.

Selain itu, Abdul Isa juga menuntut ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam permohonannya, Abdul Isa mendakwa keputusan SPR untuk mengekalkan Abu Hasan sebagai ADUN Kota Siputeh serta tindakan Abu Hasan yang tidak hadir pada sidang dewan akan mengganggu tugas dan kewajipan Abdul Isa sebagai Seaker DUN Kedah untuk memastikan pentadbiran dijalankan dengan lancar.

"Keputusan SPR dan tindakan Abu Hasan telah membawa kehinaan kepada DUN Kedah, dan mungkin akan mengakibatkan kekecohan kepada prosidingprosidingnya, apabila ADUN yang telahpun hilang kelayakan sebagai ADUN masih dapat kononnya menonjolkan diri mereka sebagai seorang ADUN," katanya.

HarakahDaily.Net/-

DAP, PKR tetap kibar bendera, foto pemimpin

Dua parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - tetap akan meneruskan berkempen dengan mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka masing-masing sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula 3 Oktober ini.

Kedua-dua parti tersebut juga mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk menunjukkan peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke ketika dihubungi Malaysiakini berkata, arahan terbaru itu tidak masuk akal dan melampaui tugas SPR yang sebenarnya.

"Mungkin SPR fobia dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan logo DAP dan PKR. Mereka melampaui tugas. Mereka sepatutnya mengendalikan proses penamaan calon, proses pengundiaan dan pengiraan undi.

"Soal kempen, serah kepada kepada parti-parti politik yang bertanding... Masa Tan Sri Abdul Rashid (Abdul Rahman) tidak ada peraturan macam ini," katanya.

Anthony yang juga ketua Pemuda DAP diminta mengulas berhubung arahan terbaru SPR yang melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.

'Tidak faham demokrasi'

Pilihanraya kecil DUN itu pada 11 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Tan Sri Isa Samad yang juga bekas naib presiden Umno dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Mengulas lanjut, Anthony Loke yang juga ahli Parlimen Rasah tidak akan mengendahkan arahan terbaru SPR itu malah akan terus berkempen dengan meletakan bendera parti dan gambar pemimpin mereka.

"Memang kita sudah buat dan letakkan gambar pemimpin DAP dan PKR.

"Sebagai contoh, kalau gambar Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan, mungkin gambar pada banner 1Malaysia yang menggunakan beratus-ratus (wajah) orang lain, patut ditanggalkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan arahan terbaru SPR itu akan menyebabkan berlakunya "defisit dalam sistem demokrasi di Malaysia".

'Bawa ke mahkamah'

"SPR tidak faham demokrasi dalam pilihan raya di Malaysia. Ia sepatutnya digalakkan kepada sesiapapun untuk terlibat, turut sama berkempen.

"Ini kerana, pilihan raya adalah satu-satunya ruang untuk memilih pemimpin dalam negara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar berkata pihaknya akan terus meletakkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN tersebut.

Mengulas lanjut, beliau yang juga seorang peguam tidak akan teragak-agak untuk membuat semakan kehakiman sekiranya SPR arahan tersebut mempunyai alasan undang-undang.

"Arahan terbaru, sekiranya ada asas, kita akan ke mahkamah untuk membuat semakan kehakiman.

"Semakan kehakiman berlaku, sekiranya kita tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan. SPR kata kononnya ada alasan undang-undang, kita akan cabar, kalau mereka sungguh-sungguh laksanakan," katanya.

MalaysiaKini/-

Memaafkan kesalahan orang lain.

“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, (namun) barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang menjahatinya) maka pahalanya ditanggung Allah (karena mulianya). Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang berbuat zalim. (QS. Asy-Syura: 40). Salah satu perbuatan yang sangat mulia dan dicintai Allah adalah memberi maaf kepada orang lain. Jalur ini pula yang mendorong terciptanya kedamaian di antara umat manusia. Meskipun demikian mulia, sebahagian orang memandangnya remeh. Sebab, ada yang beranggapan, memberi maaf, lebih-lebih terhadap orang yang pernah memusuhinya, pertanda lemahnya seseorang.

Padahal sesungguhnya, beratnya hati seseorang membuka pintu maaf bagi sesama insan yang sempat berbagi kesempatan hidup di dunia ini merupakan pertanda lemahnya yang bersangkutan. Bisa dikatakan, orang yang demikian tak sanggup mengendalikan emosi. Dengan kata lain, ia telah bertekuk lutut atau menyerah telak di hadapan nafsu amarahnya.

Kalau selama hidupnya, perasaan demikian tetap dipelihara, maka selamanya yang bersangkutan kalah di dunia ini. Dengan kata lain, ia tak mampu merebut salah satu hal yang dicintai Allah. Kalau tak mampu berbuat demikian, berarti memelihara apa yang dibenci Allah. Permusuhan adalah sesuatu yang dibenci. Sebab, hal itu boleh menjadi sumber bencana lainnya. Karena itu, tak ada pilihan yang lebih baik, lebih-lebih di hari kemenangan Idul Fitri, kecuali saling memaafkan. Bukankah telah dikatakan bahwa salah satu tanda kemenangan adalah berhasil menaklukkan hawa nafsu? Serambi/-