22 August 2009

Teruskan Perjuangan Bloggers PAS Perak

Oleh : mohd hafez sabri

Alhamdulillah, baru-baru ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk merasmikan program santai bersama bloggers anjuran Lajnah Penerangan PAS Perak.Program yang dianjurkan ini banyak memberi manfaat dan panduan kepada bloggers PAS khususnya bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

Kita perlu memahami bahawa penulis blog adalah seorang manusia yang gemar berinteraksi dengan masyarakat dan suasana, memberikan respon pada fenomena atau gejala yang berlaku pada persekitaran dan dunianya, serta membentuk pandangan dan membina ideanya dalam penulisan.

Individu penulis adalah insan diam tetapi bergerak. Mungkin tampak senyap dan diam, tetapi ghairah dan mendesak-mendesak dalam dunia mata pena yang lebih tajam daripada pedang. Golongan bloggers PAS mewakili ummah atau masyakat untuk menuarakan hati mereka dan berkongsi maklumat yang benar dengan mereka, Bloggers PAS Perak khususnya seumpama mewakili solidarity suara rakyat di Perak, mereka akan sentiasa membawa wadah-wadah kebenaran dan keintelektualan pada pada tulisannya Sebagai renungan, menulis adalah satu jihad yang harus dimaklumi andai rasa tanggungjawab itu saban hari mengasak jiwa dan sensitiviti sebagai umat Islam sentiasa segar dalam roh mukmin Menyedari betapa pentingnya aktiviti penulisan di dalam mencorak pemikiran, keyakinan dan budaya seseorang individu dan masyarakat, maka PAS Perak bergerak kearah memperkasakan lagi aktiviti penulisan sebagai salah satu medan dakwah yang penting. Saluran jihad penulisan ini perlu digarap secara lebih agresif dan professional. Malah medan ini perlu diceburi oleh para pendakwah secara lebih kreatif, produktif dan bersistematik., dan perlu difahami bahawa kemahiran menulis ini perlulah dimiliki oleh golongan yang ingin menggagaskan Islam kepada masyarakat

Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Lujnah Penerangan PAS Perak,kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya, teruskan perjuangan.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

PA Ronnie disiasat SPRM 10 jam, dibebas dengan ikat jamin

Pembantu Khas Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How dengan diiringi Peguamnya John Fernandez (kiri) yang juga Ahli Parlimen Seremban dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepayang, Cha Lee Lin (kanan), hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8.40 pagi semalam untuk memberi keterangan. -- fotoUTUSAN

PUTRAJAYA: Pembantu khas kepada Ronnie Liu, Wong Chuan How dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM3,000 dan RM50,000 jamin mulut selepas ditahan bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan wang kerajaan negeri.

Wong keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kira-kira pikul 10.40 malam tadi selepas memberi keterangan hampir sepuluh jam.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir semula ke ibu pejabat SPRM itu pada 18 September depan.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu mula memasuki pejabat SPRM pada pukul 8.45 pagi semalam dengan bertongkat diiringi dua peguam iaitu Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Lee Lin.

Turut mewakili beliau ialah dua lagi peguam yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor iaitu Imran Hadzalie Abdul Hamid dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Wong, 51, hadir bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan ADUN membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23, Akta SPRM.

Menurut Cha, pihaknya berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak SPRM terhadap anak guamnya sepanjang proses merakam percakapan dan siasatan dijalankan.

Tambah beliau pihaknya memberikan kerjasama penuh terhadap SPRM dengan mengemukakan semua dokumen asal yang dikehendaki untuk diteliti dan disemak.

"Petang tadi kami telah menunjukkan semua dokumen asal yang berkaitan kepada pegawai yang terbabit untuk disemak.

"Sebanyak sepuluh set dokumen telah diambil oleh pegawai SPRM untuk tindakan mereka yang seterusnya, yang selebihnya telah dipulangkan kepada kami," katanya ketika ditemui lewat malam semalam.

Jelas berliau sepuluh dokumen berkenaan adalah melibatkan rekod bagi sepuluh peruntukan wang kerajaan negeri.

Kata Cha lagi, pihak SPRM akan mengunjungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN DAP Sungai Pelek pada pagi ini untuk membuat semakan lanjut berhubung dokumen lain yang berkaitan.

Ditanya sama ada kunjungan SPRM ke pusat khidmat ADUN itu adalah kerana kegagalan pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitanm, Cha berkata: "Sebenarnya kita sudah bawa ke sini tapi saya percaya mereka mungkin tidak ada cukup masa untuk semak kesemuanya.

"Ini kerana perjanjian kami dengan mereka ialah, kami bawakan dokumen tersebut untuk disemak dan ia mesti dipulangkan pada hari ini, kecuali dengan beberapa kes yang berkaitan telah diserahkan kepada mereka."

mStarOnline/-

"Jutawan" Ramadhan

Oleh :TeMaN

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 1 PAHALA.

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT 27 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 270 PAHALA

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YANG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU 18900 PAHALA

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 94500 PAHALA

MARI KITA TUKARKAN DALAM BENTUK RM.

SOLAT FARDHU SENDIRIAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 1.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH DIGANJARKAN ALLAH SWT RM 27.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN 10 KALI GANDA IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 270.00

SOLAT FARDHU BERJEMAAH SESEORANG YG BERKAHWIN DIDALAM RAMADHAN DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT 70 KALI GANDA IAITU RM 18,900.00

SOLAT FARDHU SESEORANG ITU TADI 5 KALI SEHARI SEMALAM IAITU DIGANJARKAN OLEH ALLAH SWT RM 94,500.00 SATU HARI!!!

PAHALA SOLAT DALAM 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN RM 2,835,000.00

WOW! MASYA ALLAH KITA SUDAH JADI JUTAWAN HANYA DALAM BULAN RAMADHAN 30 HARI SAHAJA!!!!

NABI SAW MEMBERITAHU SEKIRANYA KITA MEMBACA AL-QURAN SEBAGAI CONTOH ALIF LAAAAAAM MIIM, MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN PAHALA ATAS SETIAPNYA. SAHABAT PUN BERTANYA SATU PERKATAAN SATU PAHALAKAH?

NABI SAW MEMBERITAHU LAGI BUKAN BEGITU, ALLAH SWT MEMBERIKAN PAHALA ALIF 1 PAHALA LAM 1 PAHALA DAN MIM 1 PAHALA.

WOW!!! BILA KITA BACA AL-QURAN DALAM RAMADHAN INI DAN DITUKARKAN DALAM RM BERAPAKAH JUMLAHNYA?

BAGAIMANA DENGAN ZIKIR, SADAQAH, SOLAT SUNAT, ZAKAT,PUASA, MALAM LAILATUL QADAR DAN LAIN-LAIN LAGI?

SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU TERAMAT MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA. TIDAK ADA MANA-MANA PERNIAGAAN, PEKERJAAN, MULTI LEVEL MARKETING, JUTAWAN INTERNET DAN LAIN LAIN DALAM DUNIA YANG MAMPU MENAWARKAN BONUS SEBANYAK INI!!!

BAGAIMANA DENGAN ANDA? MASIH NAK JADI PAPA KEDANA ATAU JADI JUTAWAN!!!!! AYUH AJAK KELUARGA, RAKAN DAN YANG LAINNYA MENYERTAI KAMI MENJADI JUTAWAN JANGAN LEPASKAN PELUANG INI SEBELUM TERLAMBAT DAN TARIKH TUTUP SAMPAI.

TETAPI SEDIHNYA MASIH RAMAI KITA YANG MAHU MISKIN DIDUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT! MENGAPA?

ALAH SWT JUGA MENGAJAR KITA BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA MANUSIA INI SENANTIASA (DIULANGI SENANTIASA) BERADA DALAM KERUGIAN MELAINKAN MEREKA YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN JUGA DI DALAM KESABARAN.

TAK GUNA JIKA KITA ADA DEGREE KE, JADI AKAUNTAN KE, MASTER IN BUSINESS ADMIN (MBA) KE, KALAU TAK TAU NAK KIRA UNTUNG RUGI BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT.

JADI MARI KITA LIHAT SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG RUGI!!!!!!

*SESUNGGUHNYA RM1.00 TAK MUNGKIN SAMA NILAI DENGAN 1 PAHALA ALLAH SWT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERAPA BESAR NILAINYA SATU PAHALA ITU. RENUNGKANLAH. WALLAHU'ALAM.

SELAMAT BERPUASA,

SELAMAT BERAMAL,

SEMOGA RAMDHAN INI MEMBERI SATU MAKNA KEPADA KITA. REBUTLAH PELUANG YANG HADIR SETAHUN SEKALI INI SAHAJA. MUNGKINKAH INI RAMDHAN TERAKHIR BUAT KITA TAK SIAPA YANG TAHU.......

Cute Nyerrr.. Cute Ke??

Oleh : Mat Rock

















Balasan Org Yg Memilih Pemimpin Utk Kpntgn Diri dan Dunia Semata2

Oleh : Akmar nasir

Golongan Yang Tidak Dapat Melihat Allah
Sabda Rasulullah s.‘a.w sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA:

ثَلاثَةٌ لاَ يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة وَلاَ يَنْظُرُ إلَيْهِمْ، وَلاَ يُزَكِّيهِمْ ولَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ: رَجُلٌ مَنَعَ ابْنَ السَّبِيلِ فَضْلَ مَاءٍ عِنْدَهُ، وَرَجُلٌ حَلَفَ عَلَى سِلْعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ، وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا، فَإِنْ أَعْطَاهُ وَفَى لَهُ، وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ لَمْ يَفِ لَهُ
“Tiga golongan, Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya:

- Seseorang yang menahan lebihan air yang dimilikinya daripada diberikan kepada orang yang bermusafir.

- Seseorang yang bersumpah palsu untuk menjual sesuatu barang selepas waktu Asar.

- Seseorang yang berakad setia dengan seorang pemimpin, jika pemimpin itu memberikan (perkara yang ia mahu), ia setia, jika pemimpin itu tidak memberikan (perkara yang ia mahu), ia tidak setia.

Ditegaskan bersumpah bohong sesudah sembahyang Asar kerana ia adalah waktu yang mulia. Orang-orang yang beragama memuliakan waktu ini dan mereka tidak akan berbohong atau menyatakan sumpah palsu dalam waktu ini. Waktu tersebut para malaikat berhimpun, malaikat malam dengan malaikat siang bersilih ganti, serta amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT.

Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis ini, mereka mengabai sifat ihsan, jujur, amanah dan setia. Termasuk dalam golongan yang tidak dipandang Allah SWT pada hari Kiamat ialah orang yang memberikan kesetiaan kepada pemimpin hanya untuk suatu kepentingan diri dan habuan dunia semata-mata. Ia tidak memandang kepada kepentingan agamanya. Oleh kerana ia tidak mempedulikan agamanya, maka sebagai balasannya Allah SWT juga tidak akan mempedulikannya pada hari Akhirat.

Debat Tambah Bini

Oleh : Zamri Keciks

Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga”. Isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular“; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi

Doa Hari Jum’at

Oleh : Shah Bundy

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, Yang Awal sebelum penciptaan dan penghidupan,Yang Akhir setelah punah semua,Yang Maha Tahu,Yang Tak Melupakan orang yang mengingatNya,
Yang Tidak Merugikan orang yang mensyukuriNya, Yang Tidak Mengecewakan orang yang memohon padaNya, Yang Tidak Memutuskan harap orang yang mengharapNya

Ya Allah Aku mintakan kesaksianMu dan cukuplah Engkau sebagai saksiAku mintakan kesaksian seluruh malaikat-Mu penghuni langit-Mu dan pemikul arasy-Muserta yang Kau bangkitkan sebagai nabi dan rasul-Mu dan yang Kau ciptakan dari berbagai makhluk-MuAku bersaksi, sesungguhnya Engkau Allah, tiada Tuhan kecuali Engkau, Tunggal Tak Berserikat dan Tak BertaraFirman-Mu tak berubah tak berganti dan sesungguhnya Muhammad saw hemba-Mu dan Rasul-Mu, ia penuhi apa yang Kau bebankan padanya untuk semua hamba, ia berjihad di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya, ia memberi kabar gembira tentang pahala yang sejati, ia mengancam dengan siksa yang sesungguhnya.

Ya AllahTeguhkan aku pada agama-Mu selama Kau hidupkan akuJanganlah gelincirkan hatiku setelah Engkau tunjuki akuKaruniakan padaku rakhmat dari sisiMuSungguh, Engkaulah Maha Pemberi.

Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Jadikanlah aku dari pengikut dan golongannya

Kumpulkan aku pada kelompoknya

Bimbinglah aku untuk melaksanakan kewajiban Jum’at, yang Kau wajibkan atasku untuk aku taati dan Kau bagikan karunia pada hari pembalasan pada orang yang layak menerimanya. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana

Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah saw.

(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

Wassalam

Tazkirah Jumaat : Solat berjamaah imbangi cas dalam badan

Oleh Ibrahim Abdullah

SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama..

Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail) .

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam