20 August 2009

Topeng muka kini barang kawalan sementara - Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Topeng penutup hidung dan mulut diisytiharkan sebagai barangan kawalan sementara berkuatkuasa serta merta dengan harga berkisar antara tujuh sen hingga RM6 seunit berdasarkan kualiti, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini.

"Paling penting sekali ialah kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihak kementerian sekiranya ada kedai yang menjual lebih daripada harga yang ditetapkan," katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000, katanya.

Orang ramai boleh menelefon nombor tol percuma di talian 1-800-88-68-00 atau datang ke pejabat kementerian terdekat untuk membuat aduan sekiranya ada kedai yang menjual pada harga yang tinggi, katanya.

"Harga maksimum borong bagi satu kotak (100 keping) selapis bergelung ialah RM5 sekotak dan harga maksimum runcit ialah RM7 sekotak. Bagi dua lapis bergelung, harga maksimum borong ialah RM8 sekotak (100 keping) dan harga maksimum runcit ialah RM 10 sekotak iaitu 20 sen seunit.

"Untuk tiga lapis bergelung, harga maksimum borong ialah RM25 sekotak (50 keping) dan harga maksimum runcit ialah 80 sen seunit.

Bagi tiga lapis bertali, harga maksimum borong ialah RM 30 sekotak (50 keping) dan harga maksimum runcitnya pula ialah 80 sen seunit.

"Akhir sekali bagi jenis N95, harga maksimum borong ialah RM100 sekotak (20 keping) dan harga maksimum runcit ialah RM6 seunit," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pengguna bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya tidak menggunakan topeng selapis dan dua lapis kerana ia tidak berkesan untuk mencegah penularan Influenza A H1N1.

Apabila ditanya sama ada harga topeng yang ditetapkan itu adil, Ismail Sabri berkata para peniaga masih mampu mengaut keuntungan kerana keperluan bagi ramai orang adalah lebih penting daripada bilangan yang sedikit.

"Saya percaya (ia) adil kepada orang yang ditimpa kesusahan. Pada peniaga pun kita sudah ambil kira dari segi keuntungan yang mereka perolehi. Bukan tiada harga untung langsung. Kita pentingkan rakyat, rakyat didahulukan," katanya.

Mengenai kebanyakan farmasi yang tidak mempunyai bekalan topeng yang mencukupi, Ismail berkata ketika ini kerajaan di dalam proses untuk mengimport lebih banyak bekalan bagi memenuhi kehendak pasaran.

"Memang kami tahu bekalan tak cukup tapi kami sedang import. Selain itu, ini juga di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan untuk mengimport topeng ini kerana kementerian kami tiada pakar untuk mengetahui kriterianya. Topeng ini merupakan barangan kesihatan," katanya . BERNAMA

mStarOnline/-

Kesilapan dibulan ramadhan

Oleh : Muhamad Al Hafiz

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.

Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Kurangkan ketawa

Oleh : Muhamad Al Hafiz

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah;

فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)."

Dan dalam ayat 60 surah an-Najm;

وَتَضْحَكُونَ وَلا تَبْكُونَ

Maksudnya: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.

Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat Al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitkom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti "Rajalawak" atau "Lawaking" yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Allah SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iaitu menyembah Allah, Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak. Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الأسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."

Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan: Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.
* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.


Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka. Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan.

Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti "Rajalawak", ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya. Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya.

Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah. Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit.

Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti "Jomheboh" dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.

KES 'OPS BUBAR DUN PERAK'

Oleh : Nashita Md Noor

Buat masa ini sejak hari Isnin 17hb Ogos 2009, saya beserta suami bermusafir sebentar di Kuala Kangsar. Anak-anak terpaksa ditinggalkan di rumah kawan-kawan yang prihatin akan nasib diri kami.

Komen di antara mereka ialah "Tak apa, kami tidak berpeluang berjuang, biarlah kami membantu menjaga anak-anak di rumah".

Alhamdulillah, khidmat dan bantuan begini memudahkan urusan kami maka kami berasa tenang untuk meninggalkan mereka dan meneruskan misi perjuangan dan perjalanan kami walau hanya dalam masa 3 hari sahaja.

Apa kesnya ya??

Ianya bermula dengan kerakusan kerajaan Barisan Nasional dan ketamakan mereka merampas kerjaan Negeri Perak secara zalim pada 5 hb Februari 2009. Walaupun kami bukanlah tergolong dalam rakyat Negeri Perak, namun tindakan zalim Najib dan kuncunya tetap menimbulkan rasa marah di hati kami, mereka perlu ditentang, tindakan mereka perlu dihalang. Bagi kami rakyat tidalk boleh berdiam diri dengan segala kezaliman yang berlaku di depan mata secara terang-terangan.

Pada hari Jumaat 6 hb Februari, rakyat Perak dan rakyat Malaysia sama-sama cuba menghalang kerajaan zalim BN merampas Perak. Mereka berkumpul sebaik selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiyyah.

Kekecohan berlaku sebaik pihak polis sendiri termasuk SB dan FRU bertindak kasar dan zalim. Rakyat dibedil dengan gas pemedih mata, rakyat dibelasah oleh pihak polis sendiri. Ternyata polis amat zalim di bawah pemerintahan Perdana Menteri semenjak pemerintahan Tun Mahathir Mohamad hingga ke era Najib nampaknya bertambah zalim.

9 orang awam telah ditangkap, kesemua mereka yang ditangkap apabila ditonton di dalam video rakaman orang awam adalah mereka yang cuba menenangkan pihak FRU dan polis dari bertindak ganas dan zalim terhadap kanak-kanak dan kaum wanita termasuk saya sendiri dan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Suami saya pula ditangkap ketika beliau sedang merakamkan gambar keganasan polis. 4 orang lagi ditangkap selepas perhimpunan apabila gambar mereka disebarkan melalui media massa. Diantara mereka hanya seorang sahaja wanita yang ditangkap.

Mereka semua telah didakwa di mahkamah dengan setiap orang diikat jamin sebanyak RM4000.00!!!!! dengan dua orang penjamin.

Setelah 6 bulan berlalu akhirnya Alhamdulillah, kes ini sudah mula dibicarakan pada hari Isnin 17hb Ogos. Sebanyak 1000 keping gambar dipersembahkan sebagai bahan bukti dan 3 keping CD rakaman hari kejadian.

Saksi-saksi yang terdiri dari jurugambar polis sudah mula dipanggil memberikan keterangan bagi pihak Timbalan Pendakwaraya (TPR). Seramai 8 orang peguambela yang membela kesemua 13 orang yang dituduh (OKT) atau bagi kita menggelarkan mereka sebagai Tahanan Politik (TAPOL).

Saya secara khusus memohon agar Peguam Augustine Anthony serta Charam Singh membantu membela bagi pihak suami dan rakan-rakan TAPOL yang lain kerana mereka pakar dan berpengalaman.

Kes ini adalah satu kes yang berkait rapat dan secara lansung dengan suasana politik semasa, mempunyai kepentingan kepada masyarakat dan negara, maka ianya perlu diuruskan dengan sebaik mungkin, perlu dilawan, ditentang dan dihujhkan dengan sebaik mungkin.

Kemenangan untuk kes ini adalah kemenangan untuk rakyat secara keseluruhannya....kerana ianya bagi membuktikan bahawa, rakyat berhak untuk berkumpul bagi menyatakan pendapat dan perasaan mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Rakyat berkumpul dengan niat untuk menyatakan perasaan tersebut, berarak, berucap dan kemudiannya bersurai. Rakyat mahu suara mereka didengar. Tidak ada niat untuk melakukan rusuhan, tidak ada niat untuk menimbulkan huru hara ataupun kekecohan.

Kekecohan serta huru-hara hanya timbul apabila pihak keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan yang melakukan RUSUHAN dan merempuh rakyat...menembak mereka dengan jarak dekat dengan peluru yang berisi gas pemedih mata.

Perbicaraan yang dijalankan dengan pihak TPR membakwa bukti-bukti gambar hanya mendedahkan lagi kesahehan dakwaan kita. Memang gambar-gambar bukti ada individu2 yang tertuduh..walaupun ada saksi polis yang gagal mengecam mereka...sungguh pelik....ini hanya kerana, mereka saksi2 dari jurugambar polis hanya menjalankan arahan dari pihak atasan untuk pergi dan ambil gambar 'rusuhan', 'huru-hara' dan rakyat yang 'aggressive'...itu sahaja...ketika TAPOL didalam lokap polis tidak ada pula siri kawat cam dilakukan.

Huru hara dan keganasan polis tidak pula dirakamkan oleh mereka, kehadiran pegawai polis yang tidak beruniform namun berpakaian sama warna pada hari kejadian, yang 'ditanamkan' sebagai peserta perhimpunan untuk memulakan aktiviti rusuhan tidak pula dirakamkan.

Inilah beberapa perkara yang peguambela kita yang handal-handal belaka akan cuba dedahkan dalam siri perbicaraan ini.

Nantikan laporan mengenai perbicraan ini yang amat menarik dan melucukan...bagi saya ianya hanya mendedahkan 'kebodohan' polis, kebiadaban mereka yang hanya bekerja menurut arahan tanpa menggunakan akal dan fikiran yang waras dan berprinsipkan nilai-nilai murni lebih-lebih lagi yang digariskan dalam Islam dan mana-mana agama sekalipun.

Apa-pun...semuanya terpulang kepada Hakim yang mengadili...Puan Hakim seorang yang beragama Islam, sekiranya dia menimbang dan mengadili sesuai dengan prinsip diri sebagai seorang Hakim yang adil dan tidak bergantung kepada majikan, sebaliknya pergantungannya hanya kepada Allah, maka keadilan yang sebenarnya pasti akan tertegak jua...jika sebaliknya dirinya sendiri bakal diadili di Mahkamah Allah di mana semua mulutnya ketika itu sudah terkunci mati.......

Kes yang ditangguhkan pada jam 4.30 petang semalam (setelah saksi sudah tidak tahan lagi ingin membuang air...he...he...istilah..takut sampai nak 'terken&#ng'...boleh dipakai di sini:))...akan disambung pada jam 2.30 petang hari ini.

Semalam Augustine Anthony membangkitkan akan makna sebenar perkataan 'aggressive' yang sangat suka digunakan oleh polis terhadap peserta perhimpunan...hari ini mungkin definisi perkataan 'perusuh' yang suka digunakan oleh akhbar no 1 di Malaysia 'Utusan Malaysia' pula cuba dibangkitkan.

Jurugambar polis mengambil gambar peserta yang diandaikan oleh mereka sebagai 'aggressive'.

Augustine bertanyakan kepada saksi 'aggressive' adalah perkataan melayu atau Bahasa Inggeris?

Saksi menjawab "Bahasa Melayu"

Augustine bertanyakan lagi "cuba kamu eja perkataan tersebut"

Saksi menjawab "agresif"

Maka Augustine menyatakan ejaannya yang sebenar dan dari mana datangnya perkataan tersebut agar saksi lebih faham dan tahu di mana hendak dan bagaimana hendak digunakan.

Saksi menjawab "saya tidak faham/pandai bahasa Inggeris"

Puan Hakim menyatakan bahawa "hanya Augustine sahaja yang faham akan makna sebenar 'aggressive'...anda tahu????

Memang menarik perjalanan perbicaraan ini, kami yang hadir boleh tersenyum atau tertawa ikut perasaan ketika itu, tetapi bagi Puan Hakim dia terpaksa melindungkan mukanya yang ingin tertawa dan tersenyum dengan mengangkat buku bahan bukti gambar menutupi mukanya....ha...ha...ha...

Nukilan
Isteri TAPOL Kuala Kangsar

http://ummuasiah2001.blogspot.com/

Sayang Ayah

By: agussyafii

Ada Hadist yang saya suka, Baginda Nabi Muhamad SAW bersabda, 'Orang yang penuh cinta kasih akan dikasihi oleh Ar-Rahman (Allah SWT). Sayangilah yang ada di muka bumi niscaya engkau akan disayangi oleh yang ada di langit.' (Hadist Riwayat At-Tirmidzi) .

Hadist inilah yang memberikan saya semangat untuk mengungkapkan sayang saya untuk anak dan istri saya. Sepanjang hidup saya tidak pernah bapak saya mengatakan 'Aku sayang kamu..anakku. ' Begitu beranjak dewasa maka terasa asing buat bapak saya untuk mengatakan itu pada saya. Namun begitu Hana putri saya terlahir dan beranjak mulai bisa mengucapkan kata-kata yang meluncur dibibirnya yang mungil adalah 'Hana, sayang ayah.'

Bila saya mendengarkan ucapan Hana putri saya, 'Hana sayang ayah' dengan ekspresi wajahnya teramat lucu terasa ada yang menyentuh dilubuk hati saya yang paling dalam. Kebahagiaan sekaligus begitu mengharukan. Ungkapan Hana sayang ayah, begitu tulus.

Pernah suatu hari sebelum saya berangkat kerja, saya kelupaan untuk berpamitan dengan istri saya dan Hana. Biasanya kalau saya berangkat, Hana cium tangan saya dan tidak lupa mengucapkan 'Hana sayang ayah.' Begitu motor melaju ditengah kepadatan jalan raya. melewati jalan ke arah Cipulir, motor yang saya kendarai tertabrak mobil dari belakang. Badan saya terpental. Motor berada dikolong mobil. Dalam kondisi tengah tersadar, air mata saya menetes. Teringat kata-kata Hana, 'Hana sayang Ayah.'

Sejak kejadian itu setiap kali Hana mengatakan 'Hana sayang ayah' saya selalu menjawabnya, 'Ayah juga sayang Hana.' Terbayang kondisi yang terkapar, tidak tahu berapa lama usia. Saya hanya tidak ingin kehilangan momen untuk menyatakan sayang saya pada Hana putri saya. Bisa jadi ungkapan sayang itu adalah ungkapan yang terakhir kalinya.


Jangan pernah lupa untuk mengungkapkan kasih sayang anda untuk orang yang anda cintai, bisa jadi perpisahan itu untuk selamanya.


Wassalam,
agussyafii

Lawatan Kerja PJ ke PAS kawasan Sungai Siput

Oleh : mohd hafez sabri

Alhamdulillah, Saya melihat PAS kawasan Sungai Siput sangat tinggi komitmen mereka terhadap perjuangan Islam yang sedang kita junjung bersama ini. Bermula dari dewan ulama’, dewan pemuda, dewan muslimat, unit amal dan seluruh kekuatan sayap jemaah yang ada dalam jemaah kita sedang bergerak pantas di Kuala Kangsar, ini adalah petanda besar bahawa PAS sedang memimpin perubahan, dalam memastikan seluruh umat manusia terus mendapat keadilan dan keharmornian dalam kehidupan mereka.

Pada rabu 13 ogos yang lalu, saya bersama rombongan AJK Harian PAS Perak telah mengadakan lawatan kerja meninjau PAS Kawasan Sungai Siput.

Dalam lawatan saya ke Sungai siput, saya sempat menyatakan bahawa PAS sentiasa teguh dalam perjuangannya, ini kerana perjuangan PAS bersandarkan Al Quran, hadith, ijma’ dan Qias , dan kini PAS kini menjadi harapan rakyat Malaysia untuk memimpin mereka. Umno/ Bn kini jelas ditolak rakyat kerana dasar perjuangan yang mereka bawa jelas sekali bertentangan Islam, ini kerana Umno/Bn sememangnya sebuah parti sekular yang mendokong fahaman yang membawa individu dan masyarakat terpesong daripada memahami dan mengamalkan nilai dan norma Ilahi. Umno/Bn banyak membawa manusia kepada kehancuran kerana unsur perlakuan pimpinan Umno/Bn banyak bersifat pemerasan, pengkhianatan, kezaliman dan segala bentuk pencabulan atau pemalsuan merupakan aspek yang banyak terkandung dalam pemikiran dan pemahaman sekular Umno/Bn

Saya juga ada menyatakan PAS boleh memimpin perubahan kerana perjuangan PAS berasaskan keadilan sejagat yang menjadi tiang seri kepada seluruh rakyat Malaysia, jika dilihat kembali catatan sejarah, PAS pernah mendesak suruhanjaya read meletakkan Islam dalam perlembagaan persekutuan, tetapi Umno yang diberi mandat telah menafsirkan Islam hanya bersifat ritual sahaja, oleh itu menjadi kewajipan bagi kita sebagai pendokong Perjuang Islam PAS berusaha supaya Islam ditafsirkan mengikut Ad Din yang sempurna, sekaligus menumbangkan Umno/Bn yang selama ini hanya menggunakan Islam untuk kepentingan mereka sahaja

Saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana PAS kawasan Sungai Siput berjaya menunujukkan contoh yang terbaik kepada rakyat Sungai Siput, beliau juga menyatakan bahawa, PAS Sungai Siput sentiasa bersedia untuk menerajui dan menjuarai isu-isu rakyat dan dalam masa yang sama PAS Sungai Siput juga sentiasa memastikan agenda Dakwah dan Tarbiyah ahli dan rakyat sentiasa dihidupkan buktinya apabila perjalanan usrah, mukhayyam, rehlah, tamrin, majlis-majlis ilmu dan segala perkara yang mendekatkan diri manusia dengan Allah SWT, dilaksanakan secara sistematik dan komprehensif oleh PAS kawasan Sungai Siput.

Dalam kesempatan ini saya mewakili Badan Perhubungan PAS Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kawasan Sungai Siput atas kerjasama yang diberikan semasa lawatan kerja kami ke sana.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

PAS Perak budayakan amal kebajikan pada rakyat

Oleh : mohd hafez sabri

Alhamdulillah, pada baru-baru ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk merasmikan Program Bulan Kebajikan PAS Perak yang diadakan di Padang Kampung Sungai Ranggam, Kampong Gajah sekaligus dapat bersama-sama Lunjah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak dalam program kemasyarakatan unutuk memberikan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

PAS sentiasa memahami bahawa masyarakat pada masa kini perlu dibudayakan dengan amal kebajikan supaya prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat sekeliling. Kebajikan adalah satu konsep yang luas dan ia tidak terhad dengan hanya memberi bantuan berbetuk barangan semata-mata, Kebajikan juga boleh diberikan dalam bentuk perkhidmatan atau sumbangan tenaga seperti derma darah, program motivasi dan sebagainya

Saya melihat, program bulan kebajikan PAS Perak ini mempunyai pelbagai pengisian yang bertujuan untuk mengajak masyarakat melakukan kebajikan, program seperti ini perlu dikembangkan dan diteruskan oleh kepimpinan dan ahli di semua cawangan dan kawasan di Negeri Perak ini.

Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Lujnah Kebajikan PAS Perak, mudah-mudahan amalan kita diberkati Allah SWT.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

Beberapa Peringatan 5 - Apabila umatku telah membuat 15 perkara

Oleh : Hizamri Johari

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.):

Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala ( jerebu, h1n1, h5n1, aids ) pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1 - Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja. ( kroni2, ahli politik, top level management, shareholders, )

2 - Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan. ( Nak kaya masuklah politik )

3 - Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/zakat diberikan sebagai pinjaman). ( Institut Baitulmal kerjasama dengan UITM, kalau tak cukup belanja, boleh buat pinjaman. )

4 - Suami taat pada isteri. ( Suami takut pada isteri pun dah banyak.. Siap kena belasah/simbah asid lagi.. )

5 - Anak mendurhakai ibunya.

6 - (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.

7 - (dan) menjauhkan diri dari bapanya. ( Ibu bapa tidak lebih dari ATM tempat dapat wang belanja )

8 - Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.

9 - Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu. (http://www.geocitie s.com/surprising 2008/seks. htm )

10 - Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya. ( polis, sb, yang pro kepada sebelah sahaja pihak.. )

11 - Arak diminum di merata-rata tempat. ( siap buat pertandingan minum arak lagi.. )

12 - Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

13 - Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja. ( artis dapat pangkat.. termasuklah Dato' Shah Rukh Khan.. )

14 - Banyak muzik dimainkan. ( jom heboh, afx, jjl, hmi, mi, dll - dalam masiid je yang belum lagi )

15 - Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu. ( Syiah.. Golongan Anti Hadith.. )

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

UNTUK RENUNGAN : Bangsa dan Masa

Oleh : tok_busu


Di mana boleh cari ramai Melayu?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Subject: 'DEMI MASA' manusia selalu terlupa

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam

525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun


50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:


50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat


TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"

"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

Duhai Wanita

Oleh: Shania Opal

Duhai wanita
Yang berada dihujung keresahan
Usah dilayani rasa curigamu
Mengapa terkongkong dengan bayangan
Lontarkan sifat kotormu
Bersihkan alirannya

Larang Nabi pada umat
Mengapa kau ingkari
Hukum ALLAH telah tertulis
Mengapa kau masih singsara
Tak mampu mematikan
Rintihan syaitan
Terhadap wanita lain

Lidahmu rapuh
Bicaramu dari kekotoran
Dendam tanpa nokhtah
Adakah kau keliru
Antara kasih suami dan ALLAH

Masih belum mengenal suami
Kerna terhalang rasa curiga
Hanyut di lautan singsara
Masih teronta-ronta
Menyakiti jiwa sendiri

Ingatlah duhai wanita
Hidup hanya seketika
Usah menampal duniamu
Dengan mengoyakkan akhiratmu
Bersangka baik pada ALLAH
Juga pada insan
Muga bahagia milikmu

Nukilanrasa:
shania 19 August 2009

H1N1 Rakyat Didahulukan ????

Oleh :

Rakyat Malaysia begitu naif , begitu tidak terdedah mengenai pengetahuan pencegahan H1N1. Agaknya kalau isytihar darurat kita masih buat tak kisah, dari Perdana Menteri sampailah ke rakyat biasa.

Isteri saya mengajar di sebuah sekolah kluster di Seremban (sekolah Top of the Cream agaknya). Salah seorang murid telah disahkan menghidap H1N1 (anak Dato). Kelas sekolah berjalan macam biasa.

Saya tanya tak ada ke buat pembersihan kelas dan sekolah dari bakteria (disinfection) ? Dia kata tak ada. Sekolah seolah-olah tak tahu nak buat apa, tunggu arahan dari Jabatan Pelajaran dan Kementerian Kesihatan agaknya.

Kerajaan Singapura banyak mengeluarkan panduan mencegah H1N1. Salah satunya ialah tempat awam hendaklah selalu dibersihkan dengan pembunuh kuman (disinfectant seperti Dettol dsbnya) antaranya tombol pintu, pemegang tangga dan lain-lain.

Tengok tak Buletin Utama TV3 malam tadi (Selasa 18 Ogos 2009), sudut luar negara , bagaimana mereka membersikan kerusi, meja, pintu kelas satu per satu dilap dan disembur dengan antibakteria.

Lagi satu saya tanya anak saya ada tak sekolah masa perhimpunan atau dalam kelas baca apa-apa doa untuk mohon kepada Allah dijauhkan bala ini ? Hanya sekolah rendah anak saya saja yang ada buat. Yang lain hanya ada baca Yasin dan Solat Hajat , itu pun bukan setiap hari.

Kalau tak ada doa khusus boleh rujuk doa yang bekas Mufti Negeri Sembilan minta kita amalkan di http://hjmohdmurtad za.blogspot. com/2009/ 04/doa-keselamat an-daripada- wabak.html

Sekali lagi kepada Perdana Menteri, Menteri Pelajaran, Pimpinan Barisan Nasional , Pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia, tolonglah peka sikit mengenai H1N1 ini, jangan tuding menuding jari. Di akhirat nanti setiap seorang daripada kita akan dipertanggungjawabk an tidak kira pemimpin mahu pun rakyat.

Kepada media jadikanlah H1N1 tajuk utama akhbar. Jangan sampai rakyat panik , topeng muka mahal langsung tak keluar rumah , atau langsung tak pakai, sedangkan banyak kain pelikat, kain batik lama boleh buat topeng muka dengan diberikan panduan yang betul. Rujuk sini http://waghih. blogspot. com/2009/ 08/h1n1-buat- sendiri-topeng- muka-untuk. html

Dibawah petikan panduan pencegahan H1N1 dari kerajaan Singapura

The following should be cleaned regularly with disinfectant:
- Lift cars, escalators and staircases, particularly buttons and handrails.
- Surfaces with high human contact, such as counters, tabletops, door
knobs/handles and public phones
- General premises, paying more attention to places of higher human traffic
such as the entrance, lobby area, information counter, common corridors.

P Pasir: PAS yakin kekal sokongan pengundi Cina

PAS yakin dapat mengekalkan sokongan pengundi Cina yang berjumlah kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Setiausaha PAS Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi berkata parti itu memfokuskan kepada keempat-empat daerah yang mempunyai majoriti pengundi Cina - Kampungg Cross Street, Sama Gagah, Kampung Pelek dan Permatang Pauh - bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperolehinya, akan berlaku pertambahan undi pengundi Cina di empat daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

"Kemenangan kita pada pilihanraya kecil 2008, adalah atas sokongan pengundi Cina. Kita boleh kekalkan sokongan tersebut. Insya-Allah sokongan akan bertambah.

"Sekiranya kita kekalkan sokongan pengundi Cina di sini, kita mampu mencapai kemenangan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi dan satu undi pos, dengan 72.36 peratus pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain.

Membandingkan pertambahan undi pada 2004 dan 2008, Mohd Fadzil berkata, pihaknya mengatur beberapa strategi untuk mengekalkan sokongan, terutama dari kaum Cina.

Perbandingan itu, katanya, menunjukkan beberapa kawasan menunjukkan sokongan kaum Cina bertambah dalam dua pilihanraya umum lalu.

Kerjasama dengan DAP

"Pada 2004, di Kampung Cross Street, PAS menang dengan majoriti 562, dan pada 2008, majoriti bertambah kepada 1,148 undi - bertambah 36 peratus.

"Manakala di Sama Gagah, pada 2004, PAS kalah, dengan majoriti 70 undi, tetapi pada 2008, PAS menang dengan majoriti 946 undi - bertambah 22.59 peratus," katanya.

Kampung Cross Street dan Sama Gagah masing-masing mempunyai 2,179 dan 2,774 pengundi.

Sehubungan itu, Mohd Fadzil berkata antara strategi yang digunakan oleh PAS ialah bekerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan Cina.

Katanya, PAS juga berusaha menonjolkan hubungan baik calonnya Mohd Salleh dengan kerajaan negeri yang diterajui oleh Lim Guan Eng bagi memastikan sokongan daripada kaum Cina.

"DAP juga berjanji akan memberi sokongan kepada calon PAS untuk memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil 25 Ogos ini.

"Ini dapat menarik pengundi untuk menyokong PAS terutama pengundi Cina. Bagi Lim Guan Eng, PAS penting dalam kerajaan negeri. Sebab itu dia nak pastikan kemenangan PAS," katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan Menteri Besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin juga akan turut berkempen bersama dengan calon bagi menarik pengundi Cina di kawasan lain.

'Aura Anwar'

Mohd Fadzil menambah, PAS juga berkempen dari rumah ke rumah serta berceramah bersama dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ini kerana hubungan Anwar dengan penduduk Permatang Pasir cukup kuat - terutama sejak Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman menjadi wakil rakyat - bagi menarik pengundi terutama kaum Melayu.

"Aura Anwar kuat, dapat menarik pengundi Melayu," katanya.

Selain itu, PAS Pulau Pinang juga tidak akan menggunakan pendekatan menyerang peribadi calon BN Rohaizat Othman - yang sedang bergelut dengan kontroversi lesen guamannya ditarik balik oleh Majlis Peguam - sebagai strategi kempen.

Sebaliknya, katanya, PAS juga berusaha menonjolkan keperibadian dan ketokohan Mohd Salleh sebagai seorang calon yang terlibat dengan kerja kemasyarakatan seperti yang dilakukan oleh Mohd Hamdan di situ.

Menurutnya, pemilihan Rohaizat, yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu, merupakan salah satu faktor PAS akan mencapai kejayaan di Permatang Pasir.

"Mereka memilih calon yang bermasalah," katanya.

MalaysiaKini/-

Cinta lewat usia

Oleh : anuarani

Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?

DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

nAdakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

nAtau adakah semua wanita materialistik?

nAdakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

nAdakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

Punca perbuatan maksiat dan keperluan bersegera taubat

Oleh : mohd naim mohd zain

Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Darimi telah meriwayatkan daripada Al-Nu'man Bin Basyir r.a. bahawa beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Perkara Yang halal adalah jelas dan perkara yang haram juga jelas, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar), yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menghindari perkara-perkara yang syubhat(yang samar), maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya, dan sesiapa yang jatuh pada perkara-perkara yang syubhat, maka ia pasti jatuh pada yang haram. Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, hampir-hampir ia memasukinya. Sesungguhnya setiap kerajaan mempunyai kawasan larangan. Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada segumpal daging, yang jika ia elok maka eloklah seluruh jasad, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati".

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda 194.

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kebaikan akhlak".

Perkataan akhlaq adalah plural daripada khuluq yang dari segi bahasa bererti perangai, tabiat, adat, maruah dan agama. Adapun dari segi istilah, Ibnu Miskawaihi mentakrifkan khuluq sebagai sifat yang mantap di dalam jiwa yang mengajaknya kepada melakukan perbuatan tanpa berfikir.

Imam Ghazali195 pula mentakrifkannya sebagai satu bentuk atau keadaan (hai'ah) yang tetap atau melekat di dalam jiwa, yang daripadanya keluar perbuatan-perbuatan dengan mudah, tanpa berfikir. Apabila daripada hai'ah tersebut keluar perbuatan-perbuatan yang baik lagi terpuji, sama ada mengikut pandangan syara' atau akal, maka hai'ah tersebut disebut akhlaq yang baik. Tetapi apabila daripada hai'ah itu keluar perbuatan-perbuatan yang buruk, maka hai'ah tersebut disebut akhlaq yang buruk.

Sifat dalam jiwa dan kesannya pada anggota badan

Jadi akhlak mempunyai pengaruh yang berkesan ke atas Suluk atau tingkah-laku dan perbuatan-perbuatan yang keluar daripada manusia. Imam Ghazali menyatakan bahawa setiap sifat yang ada di dalam jiwa atau hati akan nampak kesannya pada anggota-anggota badan, sehingga anggota-anggota badan tersebut tidak bekerja melainkan mengikut sifat yang ada di dalam jiwa atau hati tersebut.

Dengan demikian, jelaslah bagi kita bahawa punca daripada segala perbuatan manusia, sama ada yang baik atau pun yang buruk, sama ada berupa kebajikan ataupun ma'siat, pahala atau dosa, adalah datang daripada sifat-sifat yang ada di dalam jiwanya.

Imam Ghazali berkata bahawa manusia mempunyai sifat-sifat yang banyak, tetapi yang menjadi punca perbuatan ma'siat atau dosa ada empat sifat, iaitu: sifat rububiyah (ketuhanan), sifat syaitaniyah (kesyaitanan) , sifat bahimiyah (kebinatangan) , dan sifat sabu'iyah(kebuasan) . Hal yang sedemikian disebabkan kerana perwatakan manusia diadun daripada campuran yang bermacam-macam. Setiap satu daripada campuran dalam adunan tersebut mempunyai kesannya.

Pertama: Dari kumpulan sifat-sifat rububiyah muncullah sekumpulan daripada dosa-dosa besar, seperti riya', sukakan pujian, takabbur, cintakan kedudukan, kepimpinan dan pengaruh, suka memaksa, sukakan kekayaan, menghinakan atau merendahkan orang lain dan lain-lain seumpamanya.

Abu Daud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullah SAW bersabda:

"Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kesombongan itu adalah pakaianKu, dan kebesaran itu adalah selendangKu. . Barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu daripada keduanya, nescaya Aku lemparkan dia ke dalam neraka".

Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda.

"Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah daripada kesombongan" .

Kedua: Dari sifat-sifat syaitaniyah muncul sifat dengki,zalim, muslihat, tipu, mengajak kepada kerosakan dan kemungkaran, hipokrit, menyeru kepada bid'ah dan kesesatan, dan seumpamanya.

Ketiga: Dari sifat-sifat bahimiyah muncul sifat tamak, rakus, garang, gemar memuaskan syahwat, yang muncul daripada zina, liwat(homosek) , mencuri, memakan harta anak yatim dan lain-lain seumpamanya.

Keempat: Dari sifat-sifat sabu'iyah(buas) muncul sifat marah, dendam, menceroboh, bergaduh, memaki, membunuh dan memusnahkan harta.

Kemunculan sifat-sifat ini adalah secara beransur-ansur. Mula-mula yang dominan adalah sifat bahimiyah, kemudian sifat sabu'iyah. Apabila berkumpul kedua sifat tersebut, mulailah keduanya memanipulasikan akal dalam menipu, membuat helah, yang merupakan sifat-sifat syaitaniyah. Kemudian, yang terakhir dominan ialah sifat-sifat rububiyah, iaitu sifat megah, bongkak, suka meninggi diri, suka dipuji, gila kuasa, gila pangkat dan seumpamanya.

Inilah punca utama yang menjadi sumber perbuatan dosa, yang daripadanya mengalir ke anggota-anggota badan, sebahagiannya ke dalam hati khususnya, seperti kufur,nifaq, menyembunyikan kejahatan, sebahagiannya ke perut dan kemaluan, sebahagiannya ke tangan dan kaki, dan sebahagiannya ke seluruh badan.

Dosa-dosa ini terbahagi kepada dosa antara hamba dengan Allah SWT, seperti meninggalkan solat, puasa dan kewajiban-kewajiban khusus, dan dosa yang berkaitan dengan hak-hak manusia, seperti tidak membayar zakat, membunuh,merampas harta, memaki, dan lain-lain. Kemudian ia juga terbahagi kepada dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil, yang mengenainya terdapat perbezaan pandangan yang terlalu banyak untuk dihuraikan disini.

Hanya sebagai panduan, dikemukakan beberapa perkara untuk dijadikan pegangan:

Pertama: Dosa kecil menjadi besar kerana beberapa sebab, di antaranya ialah jika dilakukan secara berterusan dan tidak ada azam untuk meninggalkannya. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan:

"Tidak ada dosa kecil bersama adanya azam untuk terus melakukan, dan tidak ada dosa besar bersama adanya permohonan meminta keampunan".

Perbuatan dosa besar yang dilakukan sekali dan tidak diulangi, harapan untuk memperoleh keampunan terhadapnya lebih besar daripada dosa kecil yang dilakukan secara berterusan.

Kedua: Perbuatan dosa menjadi besar jika dianggap kecil, tetapi, sebaliknya, jika dianggap besar, maka ia menjadi kecil di sisi Allah SWT, kerana anggapan besar itu timbul daripada kebencian dan berpalingnya hati daripadanya.

Sebahagian ulama berkata: Jika seseorang melihat kebesaran Tuhan yang ia menderhaka dengan melakukannya, maka ia akan memandang dosa kecil menjadi besar, dan bukan sebaliknya.

Ketiga: Dosa kecil menjadi besar dengan disertai perasaan gembira dan bermegah dengannya.

Keempat: Dosa kecil menjadi besar dengan menganggap ringan keampunan Allah terhadap perbuatannya, tertipu diri kerana menyangka kebolehannya untuk terus melakukan perbuatannya itu disebabkan pemeliharaan Allah terhadapnya dan merasa aman daripada azabNya.

Kelima:Dosa kecil menjadi besar dengan dizahirkan, seperti mengatakannya kepada orang lain setelah melakukannya, atau sengaja melakukannya di hadapan orang lain.

Keenam: Dosa kecil menjadi besar apabila dilakukan oleh orang yang berilmu dan diikuti oleh masyarakat. Oleh sebab itu, seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa, dan menyembunyikannya jika terlajak melakukannya.

Hukum dan keutamaan taubat

Bertaubat hukumnya adalah wajib dengan segera dan diberi pahala, kerana ia adalah perkara yang diperintah.

Di dalam surah Al-Nur: 31, Allah SWT berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, mudah-mudahan kamu beruntung".

Di dalam surah Al-Tahrim: 8, Allah SWT berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "taubat nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan mu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal salih) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan disebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa ke atas segala sesuatu".

Dalam ayat di atas disebut perkataan 'taubatannasuha' .

Qatadah berkata: Al-nasuh al-sadiqah, al-nasihah, maksudnya adalah yang benar. Ada juga yang mengatakan bahawa al-nasuh ertinya al-khalisah, bererti yang ikhlas, atau yang murni.

Al-Farra' berkata: Nasuha daripada sifat taubat; maknanya taubat yang menasihati pelakunya untuk tidak kembali kepada perbuatan yang ia bertaubat daripadanya. Al-Kilabi r.a. berkata: Al-tawbah al-nasuh: penyesalan dengan hati, istighfar (minta ampunan) dengan lidah, meninggalkan dosa (dengan badan), dan bertekad untuk tidak kembali(kepada dosa yang dilakukan).

Said bin Jubair r.a. berkata: Al-tawbah al-nasuh ialah taubat yang diterima, dan tidak diterima taubat selama belum terpenuhi tiga syarat: perasaan takut tidak diterima taubat selama belum terpenuhi tiga syarat: perasaan takut tidak diterima, mengharap agar diterima dan istiqamah dalam ketaatan.

Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah, Nu'man bin Basyir, Abdullah bin Mas'ud dan Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah lebih gembira dengan taubat seseorang daripada kamu daripada seorang lelaki yang berada di tanah lapang yang sunyi, yang berbahaya, bersamanya untanya yang di atasnya perbekalan, makanan, minuman, dan segala keperluannya. Kemudian untanya hilang, maka iapun keluar mencarinya, sehingga apabila ia (berputus asa) dan merasa akan mati, maka ia berkata: Aku akan kembali ke tempat di mana aku kehilangan untaku supaya aku mati di sana. Kemudian iapun kembali ke tempatnya, maka matanya dikalahkan oleh rasa mengantuk dan iapun tertidur, kemudian ia bangun dan tiba-tiba ia jumpai untanya berada di hadapannya di atasnya makanan, minuman dan segala yang diperlukannya" .

- Petikan dari kitab; "Perjalanan Rabani: Merentas alam dunia, barzakh dan akhirat".


ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR..

Oleh : Zamri Keciks

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Abstract Wallpaper

Oleh : Mat Rock




















Berilah Kasih Sayang

By: agussyafii

Ada seorang ibu yang menceritakan kepada anaknya tentang rembulan. 'Anakku, di malam hari, ada makhluk yang sangat menakutkan dan menyeramkan. Dia matanya bulat seperti mata raksasa, juga suka sekali makan anak-anak kecil yang berkeliaran malam hari'

Sementara, ada ibu yang lain juga menceritakan kepada anaknya tentang rembulan, 'Anakku, bila malam hari tiba. Ada makhluk yang sangat indah. Dia muncul dengan senyuman, menyapa ramah setiap anak kecil dengan mengeluarkan cahaya dan menyebarkan kebahagiaan bagi anak-anak dan semua orang dimuka bumi.'

Tiba malam bulan purnama tiba, kedua anak itu bermain dan rembulan itu muncul. Anak pertama lari terbirit-birit dan anak kedua berteriak-teriak penuh kegembiraan menyambut sahabatnya yang telah datang.

Begitulah sebaiknya kita mengajarkan kepada anak-anak kita bagaimana mencintai bukan bagaimana membenci. Bagaimana kita mensyukuri bukan bagaimana menyesali. Bagaimana kita menghormati orang lain bukan bagaimana merendahkan orang lain sebab pendidikan berarti membentuk paradigma atau cara pandang pada anak.

Bila kita mendidik anak dengan kebencian maka anak-anak kita akan melihat dunia dengan penuh kebencian namun bila kita mengajarkan cinta dan kasih sayang maka anak-anak kita akan menebarkan cinta dan kasih sayang bagi sesamanya dan memberikan manfaat yang terbaik untuk bangsa dan negaranya. sebagaimana Sabda Baginda Nabi Muhamad, Khairunnas anfa'uhum linnas..'Sebaik- baiknya manusia adalah bermanfaat bagi sesamanya.'

Wassalam,
agussyafii

AHLAN YA RAMADHAN

Oleh : nis anisah

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA


Solat Hajat Tolak Bala 20 Ogos 09 Seremban

Oleh : Rozmal bin Malakan

Solat Hajat Tolak Bala H1N1 dan lain-lain bala
Khamis 20 Ogos 2009
Jam 7 malam
Di Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor , Ampangan , Seremban

Semua ibu bapa, penjaga, guru, kakitangan, pelajar dan bekas pelajar dijemput hadir

Blog PIBG SMADKLANA di http://pibgsmadklan a.blogspot. com


Hati cermin nilai peribadi, jati diri

Penulis asal: Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Salaam,
Marilah kita sama sama memahami article dibawah untuk kita jadikan panduan.

SIFAT MAHMUDAH: Amalan membaca al-Quran perlu disemat dalam jiwa anak agar menjadi generasi beriman.

Taraf manusia bukan diukur daripada paras rupa, kekayaan, nasab keturunan
MANUSIA adalah makhluk ciptaan Allah terbaik dan paling sempurna kejadiannya berbanding makhluk lain yang menghuni alam ini. Dalam hal ini, Allah mengiktiraf kesempurnaan penciptaan manusia berdasarkan firman-Nya dalam surah al-Tin, ayat 4 bermaksud:

Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Manusia diciptakan daripada beberapa elemen utama hingga mewujudkan identitinya sebagai manusia iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua elemen menghiasi seseorang manusia itu, ada satu unsur paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bukannya kulitnya, bentuk dalamannya bukannya bentuk luarannya dan hatinya bukannya jasadnya atau lisannya.
Oleh itu, Rasulullah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani).

Hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota tubuh badan yang lain. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara, sihat atau sakit dan sebagainya amat bergantung kepada kedudukan hatinya.. Sekiranya baik hati, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi serta jati diri seseorang sama ada sebagai seorang yang salih mahu pun sebagai seorang yang toleh. Malahan, hati juga dianggap agen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsinya anggota tubuh badan manusia secara keseluruhannya adalah kerana terlucutnya roh yang bertapak dalam hatinya. Hatilah tempat bertapaknya iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan dalam ketika yang lain, di sinilah juga terletaknya kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Yang paling menarik, dalam helaian al-Quran perkataan hati biasa disebut sebagai al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap, berubah-ubah dan berdolak-dalik. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah-ubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain. Di dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar, hak dan batil dan sebagainya.

Apabila ditinjau dalam al-Quran, ada banyak rangkaian ayat membicarakan mengenai hal hati terutama hati yang bersih lagi suci daripada sebarang karat dosa dan maksiat. Hati yang bersih lagi suci itu ialah hati yang diterangi dengan cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun perasaan keraguan dan kesyirikan dalam hatinya. Seterusnya, hati yang bersih menyakini bahawa segala apa yang wujud di alam semesta ini dicipta Allah yang Maha Berkuasa, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas sekalian alam ini.
Hati yang bersih juga adalah hati yang terhindar daripada sebarang penyakit hati seperti dendam kesumat, dengki, fitnah dan lain-lain lagi sifat yang tercela. Hati yang bersih adalah dipenuhi dengan iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan ketundukan yang kudus kepada Allah. Justeru, hati ialah tempat bertapaknya nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mahmudah.

Rasulullah amat menggalakkan umatnya memiliki hati yang bersih ini hingga dianggap sebagai seorang manusia terbaik. Dalam hal ini, Baginda pernah ditanya oleh seorang sahabat:

Siapakah manusia yang terbaik. Baginda menjawab: Orang mukmin yang bersih hatinya. Kemudian baginda ditanya lagi: Siapakah orang mukmin yang hatinya bersih? Lantas Nabi pun menjawab: Iaitu orang yang bertakwa, hatinya bersih, tidak melakukan kedurhakaan dan pergkhianatan terhadap Allah, tidak berdendam dan mendengki kepada orang lain. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Perlu ditegaskan Allah akan memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya yang berniat melakukan sesuatu kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hatinya untuk melakukan kejahatan dan kejahatan tidak pula dilakukannya di dalam alam realiti. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

Selanjutnya, Allah hanya akan menilai apa diperbuat dan dilakukannya sebagai balasan dan bekalan pada hari kemudian kelak. Sehubungan itu, orang tidak akan menilai lagi apa terpendam dalam hati seseorang, sebaliknya apa dizahirkan dan dilahirkan melalui anggota tubuh badan seseorang adalah cerminan apa yang tersemat dalam hati itulah yang akan menjadi neraca penilaian.. Oleh itu, amalan tidak beretika dan bermoral yang semakin berleluasa di dalam masyarakat kita itu adalah isyarat hati seseorang kotor, hati ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip ajaran Islam yang sebenarnya.

Pernah berlaku peristiwa seperti diriwayatkan Sahl bin Sa’ad berkata: Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah, lalu Baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebelah Baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini? Maka sahabat itu pun berkata: Dia adalah seorang lelaki daripada kalangan terhormat. Demi Allah! Orang ini sangat layak dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat. Rasulullah pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan Baginda. Baginda kembali bertanya: Apakah pendapatmu mengenai orang ini pula? Lantas sahabat itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Dia ini adalah daripada kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara. Maka Rasulullah bersabda bermaksud: Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.

Jelas kisah dipaparkan itu bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukannya diukur daripada kebesaran rupa lahiriahnya, bukannya daripada kekayaannya, bukan daripada kemuliaan nasab keturunannya, bukan dari ketrampilannya yang menarik dan bukan pula daripada kemasyhuran atau ketinggian pangkatnya. Sebaliknya, neraca piawaian yang sebenarnya di sisi Allah ialah sepohon iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya, buah amal yang dihasilkan pepohon iman dibajai dengan keikhlasan, ketakwaan dan ketundukan yang penuh tulus ke hadrat Allah.