18 August 2009

Permatang Pasir kekal milik PAS

Oleh : Zamri Keciks

Politik Malaysia sedang pantas dilakar lanskapnya menuju ke suatu wajah baru. Akiteknya adalah rakyat Malaysia sendiri yang rata-rata muak dan bosan dengan oder politik lama yang didominasi BN.

Apakah rupa wajah baru itu nanti, belum dapat dipastikan secara tepat, yang nyatanya memang ia sedang ditukang ke arah suatu wajah yang sama-sekali baru dan berbeza. Apa pun yang jelasnya PAS merupakan suatu elemen penting dalam pembikinan wajah baru itu.

PAS yang telah dewasa dan matang sepanjang lebih 50 tahun usia politiknya, hari ini dilihat memiliki kedudukan yang disegani dan dihormati masyarakat. Ia berjaya melahirkan kepimpinan yang berkualiti, berkaliber dan tidak mudah mengkhianati amanah rakyat.

PAS kini terbit sebagai satu-satunya parti politik yang dilihat mampu memunggah kredibiliti Umno dari sebuah parti eksklusif tempat bergantung orang Melayu, Bumiputera dan Islam. Masyarakat sedar yang penguasaan Umno itu kini semakin longgar dan PAS pula muncul sebagai payung baru tempat bernaung orang Melayu, Bumiputera dan Islam. Malah PAS semakin diiktiraf sebagai parti nasional yang disenangi oleh semua kaum dan agama.

Di Pulau Pinang panji-panji tunggal PAS terpacak megah di bumi Permatang Pasir. Kalau dahulu PAS bertahan sebagai sebuh parti pembangkang tetapi sejak 2008 lalu PAS adalah sebahagian dari kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Perkhidmatan dan jentera PAS serta inisiatif ADUN nya memang disenangi dan dihormati oleh masyarakat setempat termasuklah oleh lawan politik kerana PAS dapat terus bertahan di sana.

Oleh itu dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ini berdasarkan rekod PAS serta prinsip perjuangannya saya yakin rakyat Pulau Pinang di Permatang Pasir akan terus berdiri di belakang calon PAS, iaitu Ustaz Salleh Man yang jika menang akan mewakili PAS dalam kerajaan Pualau Pinang di sana.

Ini bukan waktu untuk mencuba-cuba dengan menaikkan calon pembangkang, inilah masanya untuk rakyat Pulau Pinang menyatakan pada dunia bahawa jasa dan tenagag PAS relevan dan terus mahu digunakan.

Rugilah jika dalam keadaan PAS sebagai sebahagian dari kerajaan negeri di Pulau Pinang tiba-tiba kita merobohkan benteng yang ada dan gantikan dengan calon pembangkang. Rugi orang Melayu, rugi masyarakat Bumiptera dan rugilah umat Islam di Pulau Mutiara ini.

Ustaz Salleh Man adalah pilihan terbaik buat rakyat Permatang Pasir, pastikan PAS terus kekal di sana insyallah.

by: roslan sms

A Beautiful Hadith

Oleh : Azmi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun.. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat

Memandang wanita yang hendak dilamar

http://akhisalman.blogspot.com

PANDANGAN ULAMA

Disebut dalam kitab التعامل المشروع للمرأة مع الرجل الجنبي (hubungan lelaki dan perempuan bukan mahram yang dibenar oleh syara') ada menyebut:

"Disunatkan seorang lelaki memandang kepada wanita yang hendak dinikahinya sebelum pertunangan."

Ibnu Quddamah (ulama mazhab Hambali) berkata:

"Kami tidak mengetahui ada perselisihan para ulama pada pengharusan memandang perempuan yang hendak dikahwininya."

Imam Nawawi (ulama mazhab Syafie) dalam kitabnya منهاج الطالبين :

"Apabila ingin menikahi seorang wanita disunatkan memandang wanita tersebut sebelum melamarnya."

DALILNYA

Abu Hurairah ra berkata:

كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم فأتاه رجل فأخبره أنه تزوج امرأة من الأنصار فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم : أنظرت إليها؟

قال : لا . قال : فَاذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّ فِي أَعْيُنِ الْأَنْصَارِ شَيْئًا

Aku bersama Nabi saw, lalu datang seorang lelaki memberitahu bahawa dia ingin mengahwini seorang wanita Ansar. Lalu baginda saw bertanya: Adakah kamu sudah melihatnya? lelaki itu menjawab: Belum. Baginda saw bersabda : Pergilah engkau melihatnya. Sesungguhnya pada mata wanita ansar terdapat sesuatu." (Hr Muslim - sahih)

Ulama berselisih pendapat apakah yang ada pada mata wanita ansar. Ada yang mengatakan mata yang kecil dan ada yang mengatakan kebiruan matanya.

Rasulullah saw bersabda:

إِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ الْمَرْأَةَ فَقَدَرَ عَلَى أَنْ يَرَى مِنْهَا مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَفْعَلْ

"Apabila salah seorang kamu hendak melamar seorang wanita dan dia mampu untuk melihat wanita tersebut untuk menambahkan minatnya terhadap wanita tersebut maka hendaklah dia lakukannya." (Hr Hakim - hasan)

TUJUANNYA

Seperti hadis lepas, tujuannya untuk menambah minat dan bertambah kasih selain dari untuk mengenal paras rupanya. Nabi saw bersabda:

انظر إليها فإنه أحرى أن يؤدم بينكما المودة والألفة

"Lihatlah dia kerana sesungguhnya ia akan lebih mengekalkan kasih sayang dan keserasian." (Hr Tirmizi)

ADAKAH DISYARATKAN IZIN WANITA TERSEBUT?

Imam Nawawi berkata:

Mazhab kami (Syafie), mazhab Malik, Ahmad dan kebanyakan para ulama tidak mensyaratkan persetujuan wanita itu untuk mengharuskan memandangnya. Malahan boleh melihatnya ketika dia tidak sedar bahawa dia sedang diperhatikan.

Dalilnya adalah Rasulullah menyuruh perempuan itu dilihat tanpa mensyaratkan kepada keizinan perempuan tersebut. Ditambah lagi apa yang dilakukan oleh perawi hadis itu iaitu Jabir ra seperti mana yang dinyatakan oleh beliau:

"Sesungguhnya aku ingin meminang seorang wanita dari kalangan bani salamah,. Lalu aku telah bersembunyi disebalik batang pohon kurma dan aku telah melihat sebahgian anggota wanita tersebut yang menyebabkan aku menyukainya. Kemudian aku melamarnya dan aku berkahwin dengannya." (Hr Hakim -hasan)

Terdapat dalil yang jelas yang untuk tidak perlu meminta izin wanita tersebut. Ia adalah hadis dari Abu Humaid ra, Rasulullah saw bersabda:

إذا خطب أحدكم المرأة فلا جناح عليه أن ينظر إليها إذا كان إنما ينظر إليها لخطبته وإن كانت لا تعلم

"Apabila sesorang dikalangan kamu hendak melamar tidak salah untuk dia melihat wanita tersebut, sekiranya tujuan dia melihat hanyalah untuk melamar. Ia dibenarkan sekalipun tanpa pengetahuan wanita tersebut." (Hr Ahmad - sahih)

ANGGOTA YANG BOLEH DILIHAT

Para ulama berselisih pendapat terhadap anggota yang boleh dilihat selain muka. Ibnu Quddamah berkata:

"Tidak ada perselisihan pendapat pada pengharusan melihat wajah wanita yang ingin dilamar, ini kerana ia adalah pusat kecantikan."

Adapun anggota yang lain adalah seperti berikut:-

1. Mazhab Syafie dan Maliki: Muka dan tapak tangan. Imam Nawawi berkata:

"Ini kerana muka menunjukkan kepada kecantikan atau tidak. Manakala tapak tangan menunjukkan kepada badan yang berisi atau tidak."

2. Mazhab Hanafi: Muka, tapak tangan dan kaki (bawah buku lali).

3. Mazhab Hambali: Anggota yang dilihat semasa wanita berkerja iaitu ada enam 1. muka 2. leher 3. tangan 4. kaki (bawah buku lali) 5. kepala. 6. betis.

ADAKAH BOLEH MELIHAT DENGAT SYAHWAT?

Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie tidak mensyaratkan disyariatkan untuk melihat wanita yang hendak dilamar perlu selamat dari fitnah atau tanpa syahwat ketika melihatnya. Oleh itu boleh melihat dalam keadaan ada syahwat atau boleh menimbulkan fitnah.

BANYAK MANA BOLEH LIHAT?

Dalam kitab مغني المحتاج (kitab yang menjadi antara rujukan utama dalam mazhab Syafie) karangan Syeik Khotib as-Syarbini ada menyebut:

"Lelaki yang hendak melamar boleh melihat berulang kali wanita tersebut sekiranya ia perlu sehinggalah jelas paras paras rupa perempuan tersebut supaya dia tidak menyesal selepas mengahwininya."

Imam Zarkasyi (ulama mazhab syafie berkata):

"Para ulama tidak menyebut tentang berapa kali boleh tengok. Kemungkinan ditetapkan 3 kali kerana biasanya ia sudah cukup untuk mengetahui paras rupanya secara jelas. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, Nabi saw bersabda:

أريتك في ثلاث ليال

"Aku bermimpi melihatmu (Aisyah) dalam mimpi selama tiga malam." (Hr Muslim - sahih)

Pendapat yang lebih diterima adalah ialah tidak ditetapkan berapa kali dan bergantung keperluan."

PEREMPUAN MELIHAT LELAKI YANG INGIN DIKAHWINI

Seperti dibenarkan lelaki untuk melihat wanita yang ingin dikahwini, begitu juga perempuan dibenarkan untuk melihat lelaki yang ingin dikahwininya.

Perhatian: Kebenaran hanya pada melihat tanpa ada berkhalwat, memegang dan seterusnya. Ini jelas perkara yang haram walaupun sudah bertunang.

MELIHAT GAMBAR

Ini semua adalah hukum melihat rupa paras yang sebenar. Melihat gambar lebih dibenarkan. Seperti disebut oleh Ibnu hajar dalam kitabnya فتح الباري sebuah hadis riwayat al-Ajiri dari Aisyah:

لقد نزل جبريل بصورتي في راحته حين أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزوجني

"Sesungguhnya Jibril as telah turun dengan gambarku yang berada di tapak tangannya, ketika baginda diperintahkan untuk mengahwiniku."

KESIMPULAN: Ini adalah untuk mengetahui rupa paras yang zahir. Perkara utama dalam memilih pasangan adalah agama dan akhlak. Ia diketahui dengan cara merisik. Bagaimana risik cara Islam? Insya Allah akan diterangkan pada artikel yang lain. Maaf jarang2 menulis kerana macam sibuk. Program saya yang terdekat ialah pembentangan "Bursa Saham menurut Islam" dirumah johor. Keterangan selanjutnya disini

Rujukan: Mughnil Muhtaj oleh Syarbini, Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani, Mausuah Feqhiah oleh ulama Kuwait, Ta'amul Masyru' oleh Nabilah Zaid dan Mausu'ah Ahkamur Marah al-Muslimah.

Rekod penghinaan terhadap Islam oleh Umno-BN

Mat Zain Mat Isa

KOTA BHARU, 17 Ogos : Bukanlah suatu perkara sangat sukar bagi mana-mana pihak yang senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu sosio-politik negara untuk merasionalkan maksud sebenar penegasan Mursyidul Am PAS berkenaan sikap DAP terhadap Islam yang hangat diperkatakan kini.

Ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan negeri Kelantan di Kota Bharu pada Rabu (12 Ogos), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menganggap tindakan beberapa pemimpin DAP yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam tidak menghairankan. Baginya ia mungkin ekoran kefahaman mereka terhadap agama Persekutuan yang tidak begitu mendalam.

Tok Guru sebaliknya membandingkan tindakan pemimpin bukan Islam itu dengan penghinaan yang dibuat oleh sebilangan pemimpin Islam sendiri.

"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"ulasnya.

Meski pun tidak menyatakan pemimpin Islam mana yang beliau maksudkan, tidak sukar diakui kenyataan beliau itu lebih ditujukan kepada para pemimpin Umno.

Apatah lagi itu bukan kali pertama Tok Guru meluahkan kekecewaannya terhadap parti tua itu yang disifatkannya terang-terang menolak ajaran Islam dan memilih kebangsaan sebagai dasar perjuangannya. Perbuatan Umno itu menyebabkan Islam tercemar dan disalah-ertikan kesuciannya, terutama oleh mereka yang bukan Islam.

Tidak syak lagi senarai penghinaan oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno terhadap ajaran dan hukum Islam amat panjang. Ia boleh dikatakan berlaku saban tahun dan tidak terlepas dari perbahasan dalam masyarakat.

Kes paling banyak ialah percanggahan terbuka antara para pemimpin Umno dengan para ulama dan agamawan. Sebagai pengajaran apa kata kita tinjau kembali sebahagian daripada isu-isu dimaksudkan itu.

Pertama, isu rumah terbuka kongsi raya. Satu daripada 23 resolusi Muzakarah Ulama pada Jun 2006 menggesa kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Menurut kenyataan jawatankuasa muzakarah, resolusi itu bukan berniat memburukkan kepercayaan agama lain di negara ini. Sebaliknya ia merupakan perkara fikah bagi mempertahankan akidah umat Islam.

Ia dibuat ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelumnya bahawa perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).

Gesaan itu bagaimana pun disanggah secara terbuka oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau sebaliknya menegaskan kementeriannya akan meneruskan program rumah terbuka kongsi raya kerana ia acara sosial yang diterima baik pelbagai kaum dan bukan upacara keagamaan yang boleh menggugat keimanan.

Bukan itu saja, Rais malah dipetik akhbar sebagai menempelak para ulama seraya menyifatkan pandangan mereka itu sebagai �pemikiran sempit�.

"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelaah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais (Berita Harian, 16 Oktober 2006).

Kedua, isu konsert hiburan keterlaluan. Mufti Perak, Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria menegaskan semua konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan Karnival Sure Heboh TV3 jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti meninggalkan solat, menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

"Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam,"kata Harussani (Berita Harian, 3 Ogos 2004).

Pengajuran Sure Heboh TV3

Keputusan itu bagaimana pun dipersoalkan Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. "Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja,"katanya, sepertimana dipetik Berita Harian pada tarikh sama.

Beliau selanjutnya meminta pihak yang membuat kenyataan mengharamkan sesuatu perkara agar mengkaji terlebih dahulu kesannya supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Kenyataan itu boleh ditafsirkan sebagai menyindir golongan ulama, khususnya Mufti Perak.

Ketiga, konsep Islam Hadhari yang mengelirukan. Konsep itu diperkenalkan oleh Umno sejurus selepas Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih teraju negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 2003.

Sejak diperkenalkan, Islam Hadhari tidak pernah sunyi dari pertikaian, terutama dari kalangan ulama dan cendikiawan Islam sendiri. Ia antara lain dianggap seumpama mengada-adakan sesuatu yang dilabelkan kepada Islam dan menyalahi sifat Islam itu sendiri yang sudah sempurna.

"Kita tidak boleh dengan mudah menggunakan perkataan Islam sebagai label, sebab ia boleh menimbulkan kekeliruan. Sebab itu sejak mula diperkenalkan dulu, orang bertanya: Kenapa Islam Hadhari? Dan mereka bertanya lagi: Apakah Islam yang ada sekarang tidak betul?,"ulas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (wawancara dengan Sinar Harian, 17 April 2008).

Menurutnya, ramai kalangan ulama yang tidak bersetuju dengan istilah Islam Hadhari."Mereka menyatakan pandangan mereka secara terbuka, tetapi mereka tidak didengar," sambungnya lagi.

Memang itulah sifat dan sikap Umno, dulu, kini dan selamanya. Ia memang sukar mendengar dan menerima pandangan pihak lain, termasuk dari ulama dalam perkara berkaitan Islam.

Keempat, wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Itu kesimpulan yang dapat difahami dari pandangan Dato' Dr Mashitah Ibrahim. Bagi Umno beliau adalah seorang agama wanita dan dijulang menerusi forum perdana ehwal Islam serta diberikan tanggungjawab dalam kerajaan menerusi portfolio berkaitan Islam.

Namun bagi Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddeen Mohd Taib yang pernah bertanding menentang Dr Mashitah di situ, jelitawan Umno itu ialah seorang 'ratu cantik'.

Okay, kesnya ialah Dr Mashitah melalui kolumnya di Harian Metro 21 Jun 2005 memberikan respons kepada satu soalan mengenai wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Jawabnya, �mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu �terpaksa� membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan�.

Sambungnya lagi, �perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan�.

Kenyataan itu mendapat reaksi tidak menyenangkan sebahagian besar umat Islam negara ini. Malangnya, reaksi itu tidak langsung mendorong Dr Mashitah menariknya balik. Umno pula bukan setakat tidak menegur keterlanjuran itu, malah semakin memberikan keistimewaan kepada Dr Mashitah.

Ketika membuat kenyataan itu beliau hanyalah Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Kini beliau naik satu anak tangga ke jawatan timbalan menteri menjaga portfolio sama. Mungkinkah anugerah itu sebagai penghargaan Umno atas �fatwa�nya yang menghalalkan pelacuran itu?

Kelima, Kabinet menolak garis panduan hiburan berasaskan agama kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Kes pada Mei 2005 ini satu lagi yang membabitkan Rais. Selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, beliau berjaya meyakinkan Kabinet untuk menangguhkan pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berbagai alasan diberikan bagi merasionalkan keputusan itu. Dikatakan perkara itu memerlukan kajian mendalam. Rais juga menyebutkan tentang adanya sebuah jawatankuasa dikenali sebagai Puspal, dibentuk pada 2001 di bawah kementeriannya. Baginya jawatankuasa itu telah melaksanakan tugasnya dengan baik memantau etika dan perlakuan pelakon, penyanyi dan anggota kumpulan muzik.

Difahamkan garis panduan hiburan itu antara lain melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat. Ia juga melarang penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar. Penggubalan garis panduan itu turut melibatkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malangnya ia seakan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan. Walau pun menggunakan istilah 'menangguhkan', tempoh penanggguhan itu tidak diketahui bila akan berakhir. Apa yang pasti setelah lebih empat tahun berlalu, rakyat belum diberitahu sejauh mana perkembangan �kajian mendalam� oleh Rais itu.

Mungkin hasrat sebenar beliau dapat difahami dari kata-katanya ketika itu.

"Sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang yang hakikatnya berkaitan agama terhadap industri muzik dan hiburan sebagai lebih daripada polis moral yang amat mengikuti undang-undang.

Umno tolak hukum Islam

"Melaksanakan peraturan keagamaan seperti 'apa yang boleh dan tidak boleh dibuat', bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam undang-undang,"katanya (Berita Harian, 28 Mei 2005).

Ya, mungkin bagi Umno, wasiat Raja-Raja Melayu bahawa Islam itu Agama Persekutuan akan dijunjung hanyalah selagi mana Islam itu tidak bercanggah dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan?

Keenam, Kabinet April lalu memutuskan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin walau pun ibu atau bapa memeluk Islam. Keputusan itu kemudiannya ditempelak para mufti dan agamawan sebagai membelakangkan kepentingan Islam. Mereka berpendapat Kabinet sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan pandangan Islam sebelum membuat keputusan itu. Ia juga tidak diperkenankan Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang bulan lalu.

Ada banyak lagi contoh dalam senarai perkara yang boleh dikategorikan sebagai tindakan Umno yang bercanggah dan menghina Islam. Jika mahu dimuatkan kenyataan para pemimpin Umno yang menolak hukum Islam, khususnya hudud, ia akan menjadi terlalu panjang.

Ada sebuah buku bertajuk "Mahathir anti-Islam" diterbitkan Dewan Pemuda PAS Pusat (2002) memuatkan sebahagian kenyataan, terutama oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir mengenai perkara itu.

Sebagai kesimpulan, sudah tidak sukar diakui betapa sikap dan perbuatan sebilangan pemimpin Melayu-Islam sendiri sebenarnya yang menjadi punca penghinaan terhadap Islam, termasuk oleh bukan Islam. Sepertimana ditegaskan Tok Guru, apabila pemimpin Islam sendiri tidak menerima gagasan Islam dalam hidup atau sebagai dasar parti dan kerajaan yang mereka pimpin, apa peliknya bila bukan Islam mempertikaikan Islam?

Sumber : Harakahdaily/-

Adun Galas sudah boleh makan seperti biasa

KOTA BHARU, 17 Ogos: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sudah boleh makan seperti biasa dan berjalan di sekitar wadnya di China kerana tidak ada lagi wayar di badannya.

Demikian kata Timbalan YDP PAS Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad.

Sehingga kini sudah beberapa kali rakyat Kelantan dikejutkan dengan berita kononnya Adun Galas, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia.

Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lalu, berita itu sudah tersebar luas di Kelantan.

Dan pagi ini sekali lagi berita serupa bertiup kembali. Keghairahan itu dipercayai dicetus pihak tertentu apabila dilihat mereka sudah mengatur gerak kerja politik di Dun Galas sebaik sahaja mengetahui Chek Hashim sakit.

Bagaimanapun berita kematian itu dinafikan Dr Zulkifli Mohamad.

Ketika dihubungi beliau berkata, Adun Galas semakin sihat selepas menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan kini sudah berpindah ke hospital lain untuk mendapat rawatan susulan.

"Saya pun ada menerima berita yang menyebut Adun Galas meninggal pagi ini, tetapi Ustaz Azman Hussin yang berada bersama Chek Hashim (gambar) di China memberitahu keadaannya beransur sihat sekarang.

"Chek Hashim sudah boleh makan seperti biasa dan berjalan di sekitar wadnya kerana tidak ada lagi wayar di badannya," kata beliau.

Pada 7 Ogos lalu Chek Hashim menjalani pembedahan bagi merawat kanser di bahagian paru-parunya di The First People's Hospital Fu San di Guantong, China.

Adun Galas menjalani rawatan di China sejak 23 Julai lalu dan dijangka kembali ke Kelantan tidak lama lagi selesai menjalani rawatan susulan.

Hospital terbabit antara yang terbaik bagi rawatan kanser di China di mana setiap bulan menerima berpuluh-puluh kes membabitkan penyakit terbabit.

Sumber : Harakahdaily/-

KEMPEN DANA BLOGGERS N-11 dilancarkan

Kempen DANA untuk TABUNG BLOGGERS PAS untuk Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir, di buka kepada awam untuk memberi sumbangan ikhlas. Tabung ini diusahakan oleh pihak Seketariat Bloggers PAS Negeri Perak. Setelah berbincang dengan Setiausaha Seketariat dan juga YB Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak, ia dilancarkan secara RASMI mulai hari ini.

Kepada sahabat dan dermawan yang mahu menyumbangkan dana bagi kegunaan bloggers-bloggers PAS yang bertugas di N11 boleh menyalurkan sumbangan ANDA ke akaun dibawah :

Akaun e-Public Bank
6992182706 Azizul Nizam bin Zulkifli

Akaun CIMB click
0206-0040624-52-8 Sharifuddin

Akaun Mayban2U
158417021317 Mohd Nazib

Jumlah Sasaran DANA : RM3,500~ RM4,000

Tempoh Kutipan Dana ini akan berakhir pada 25hb. Ogos 2009
Jumlah kutipan dana akan dipamerkan di blog ALBANJARI ONLINE
Juru Audit Tabung Dana diketuai oleh blogger Anak Sengat dan Ajijoi
Pemegang Amanah Tabung : blog ALBANJARI Online

Sumbangan awal Tabung ini sebanyak RM200 oleh YB Khalil Idham Lim, dan RM50 oleh blog Albanjari Online memulai secara rasmi, di buka untuk para dermawan fi sabilillah..untuk ikhlas menyumbangkan kepada jentera bloggers PAS di N11.

Esok (19hb. Ogos 2009)
Terdapat 2 pertemuan akan diadakan di Bilik Gerakan Induk PAS Permatang Pasir.

Perjumpaan Pertama (1)
1) Perjumpaan Blogger Pakatan Rakyat dan Media dengan JK Media & Strategik PAS pada jam 11 pagi. Selepas PC berlangsung.

Perjumpaan Kedua (2)
2) Perjumpaan Bloggers dibawah Seketariat Bloggers PAS Perak pada jam 2 petang (selepas Zohor) tempat akan diupdatekan selewatnya pada lewat petang ini. YB Dr. Mujahid Yusof Rawa akan memaklumkan tempat dan lokasi perjumpaan itu akan diadakan menerusi blog albanjari Online. Perjumpaan Tertutup hanya kepada blogger PAS dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Semua bloggers yg memegang keahlian PAS diseru untuk hadir ke Perjumpaan ini dari 3 negeri yang dinyatakan tersebut. Ketua Penerangan PAS Perak telah mengesahkan akan hadir pada perjumpaan ini.

Gobala ditahan, didakwa timbul kekecohan

Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.


Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

Sementara itu, sehingga jam 1.37 tengahari ini, Gobalakrishnan masih berada di Hospital Bukit Mertajam.

Seorang pemimpin AMK Pulau Pinang yang menemani Gobalakrishnan, memberitahu Malaysiakini bahawa urusan x-ray telahpun selesai.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya tujuh anggota polis di situ.

Malaysiakini/-

Koleksi PETUA

Oleh : Amin Fadzlan

Elak ikan melekat ketika digoreng
- Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng. Selamat mencuba.

Menjadikan wajah berseri
- Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus
- Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.

Mengilatkan periuk
- Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.

Menghilangkan jerawat batu
- Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.

Rawatan jika terkena minyak atau air panas
- Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Kembali ke kandungan
Mengelakkan gula dimasuki semut
- Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.

Menghilangkan demam campak
- Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

Karipap lebih rangup
- Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.

Melegakan selsema bayi
- Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Melembutkan daging
- Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.

Menghilangkan parut luka
- Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Memudahkan mengopek kerang
- Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.

Merawat penyakit buasir
- Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Mengatasi bayi demam selepas disuntik
- Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.

Menghilangkan gatal getah keladi
- Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.

Mempercepatkan pembekuan agar-agar
- Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.

Mengelak kain batik daripada luntur
- Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.

Memudahkan bayi buang air besar
- Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Cara merawat penyakit panau
- Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.

Menghilangkan bau nasi hangit
- Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
- Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Menghentikan hidung berdarah
- Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.

Kacang hijau cepat empuk
- Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur kacang.


Cara membersih botol susu hingga berkilat
- Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.


www.rozahan77.blogspot.com (baru kemas kini)
www.makananlintah.blogspot.com
www.minyakpelincirtitan.blogspot.com


Berubat H1N1 cara Thai

Oleh : mohd yusop

Mari kita sama-sama mencuba. Jika diizin oleh Allah SWT, maka akan ada hasilnya. Cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah:

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk


cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma



Berkongsi cerita bersama Y.B Adun titi serong ....

Oleh : hafis ishak

Assalamualaikum w.b.t......

pertama sekali ingin mengucapkan terima kasih kepada Y.B Drs khalil idham atas blog yang bagi kami amat bermanfaat dengan pengisisan yang amat baik. di sini sebenarnya kami ingin berkongsi dengan Y.b berkaitan situsi semasa. untuk pengetahuan pihak Y.B kami adalah sebuah kelab ngo bertaraf kampung yang kini sedang menjalankan aktiviti kemsyarakatan sekadar yang kami mampu. kami mengikuti perkembangan semasa blog Y.B setiap hari bermula sejak krisis rampasan rakus kerajaan negeri perak lalu..... kelab yang di maksudkan ialah kelab pendidikan, sukan dan kebajikan kampung belau merbok...

di tubuhkan pada 12 april 2008, selapas pru 12 di bawah naungan kelab puncak lembah bujang merbok. kelab ini ditubuhkan kerana ingin melihat para belia dan remaja disini bersatu di bawah satu persatuan atau kelab. masalah yang ingin di kongsi disini ialah berkaitan cabaran yang kami lalu sejak penubuhan kelab kerdil ini sejak setahun lebih yang lalu......

mengapa kelab ini di tubuhkan dan mengapa tidak cawangan pemuda pas kampung?
kami disini di gelar seperti lalang kerana di lihat menyebelahi kedua-dua pihak pas dan umno. walaupun hakikatnya banyak program yang di anjurkan adalah bersama adun tanjung dawai, Y.B dr hj hamdan mohamed khalib. dan kadang-kadang bersama pihak umno. kami dalam persimpangan dilema. pada awalnya...kami merupakan satu golongan muda yang bekerja keras di upu merbok dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dan markaz sendriri untuk berjuang bersama pas. sehingg pihak pas kawasab menyatakan gerak kerja yg di jalankan ini mengalagkan upu yang lain sehingga hari pilihanraya 12. namun, selepas menang...maka belia-belia disini kembali seperti lama dengan hal masing2. maka timbul niat untuk menubuhkan suatu kelab atau persatuan yang boleh terus kami bekerja sama. kami ingin tubuhkan pemuda cawangan. namun terbatal. perjumpaan dengan pemuda kawasan amat memeningkan. rupanya bukan di merbok sahaja....malah kawasan lain semua sama.

peringkay pemuda kawasan hanya di tunjai oleh mereka yang bergelar ustaz atau sewaktu dengannya. begitu juga dengan peringkat cawangan. yang mana berkopiah sahaja yang layak bergerak. siapa kami? hasil pertemuan tersebut pihk pemuda kawasan terus melontarkan jihad, embuat perubahan pemuda, mengubah pandangan pemuda. masalahnya....... untuk siapa? sedangkan belia dan remaja disini masih ingin tahu apa itu pas. tarik la pelan-pelan..ini terus hendak direntap. tahulaj diri tu ustaz..tapi kalau setakat sekolah agama..cakap berapi-rapi..seolah-olah kami ini tak dak apa... zero....
remaja disini masih lagi muda, mentah, rock dan enjoy. jika mereka mahu bekerja dengan kita..itu pun sudah cukup baik. x perlu menekan.. nescaya kita kan jumpa sebutir permata nanti..... perjumpaan pertama dengan pemuda pas kawasan sudah cukup membuatkan belia disini hilang minat....

mak...langkah berikutnya menyebabkan ngo mejadi pilihan. maka tertubuhkan lah kelab kerdil tersebut. berbagai idea dicadangkan. antara tuisyen matematik percuma dan english percuma. sehingga kini sudah terdapat lebih 200 orang pelajar di kampung ini dan sekitarnya mendapat bimbingan disini. peringkat awal... kami memohon meggunakan dewan orang ramai sehingga kami di halau oleh pihak umno macam ayam dari jampung sendiri. maka kami kehutan mencari kayu dan buluh untuk membina bangunan sendiri. dengan pertolongan orang kampung bangunan terbabit siap sehingg 4 pagi. dan tuisyen terus di jalankan. berbagai cara lain umno lakukan sehingga latar belakang belia yang terbabit disiasat shingga ke peringkat tempat kerja. kata-kata cemuhan terus di tekankan atas kami...

alhamdulillah segala berjalan lancar. sehingga kini berbagai aktiviti telah dijalan kan termasuk kemasyarakatan, tusiyen percuma, sukan, silat, perkhemahan,. pelbagai kerjasama berjaya dijalinkan seperti usm, uum, uitm. kolej komuniti termasuk ngo lain seperti sahabat alam malsysia, namun...sehingga setahun lebih ini kami mampu bertahan....tapi tak tau sampai bila.....

apa yang hendak di kongsi...ngo tetap ngo. tapi dimana pendirian kami.... untuk menyebelahi umno..mungkin tidak. tidak perlu merujuk kepada dasar kebangsaan atau dasar kerajaan. namun perangai dan juak2 peringkat kampung sudah memadai untuk menolak mereka... tetapi untuk menyebelahi pas....bersama Adun insayaallah tiada masalah. tetapi untuk pemuda pas..bukan saja di sini tapi di kawasan lain..... kita hendak berkawan..baru berjalan berjalan...baru ingin kenal... tetapi.....di mana silapnya. maklumat yang terkini bagi pemuda-pemuda pas kawasan nampaknya aktif dan gah bersuara. namun hakiknya ahli jawatan kuasa cawangan pun tak cukup. sama ja mcm umno. dah jadi wayang kulit..tengok didepan gagah dan garang mcm dewa2..tengok belakang..kulit kerbau saja......

ngo atau persatuan kerdil seperti ini juga kesatuan lain sebenarnya lebih cenderung kepada pihak pas sebenarnya. tetapi jalan tidak ada. cuma berusaha sendiri, dengan cara sendiri, dan matlamat sendiri bagi mempertahankan kemenangan ini.... biarlah digelar lalang, biarlah digelar pembelot atau apa saja..... alhamdulllih ada wakil berjiwa muda sepertin Y.B Drs idham dan Y.B dr hamdan disini yang mudah berkongsi makluman dan pendapat.kalau begini berterus.....nescaya suatu hati islam akan terus bertakhta dan bersinar di bumi tercinta ini.....

yang benar...
http://kelabbelau.blogspot.com
kg belau merbok, kedah...

H1N1

Oleh : yohteh

Assalamualaikum...

Something to share...

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni. at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came frm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE

for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH. ..my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday... .she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH! !!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

Got this from a friend, Symptom2 org kena H1N1. Sebagai peringatan...

Penamaan Calon Permatang Pasir : Gobala dikasari Polis

video


Polis menahan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.

Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

Sementara itu, sehingga jam 1.37 tengahari ini, Gobalakrishnan masih berada di Hospital Bukit Mertajam.

Seorang pemimpin AMK Pulau Pinang yang menemani Gobalakrishnan, memberitahu Malaysiakini bahawa urusan x-ray telahpun selesai.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya tujuh anggota polis di situ.

MalaysiaKini/-

ILMU YANG BAIK ADALAH LEBIH BAGUS DIKONGSI BERSAMA....

Oleh :

Keperluan di Jalan Allah

“..Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan..”; al-Baqarah:265

Ini memberi maksud harta yang seadanya itu perlulah dibelanjakan untuk mencari keredaan Allah di samping memperteguhkan kedudukan diri. Kita perlu merancang pendapatan yang sedikit itu untuk menunaikan keperluan-keperluan diri dengan membahagi-bahagikan keperluan-keperluan itu kepada kategori di bawah:

i. Wajib – Keperluan sangat perlu (makanan, pakaian, dan tempat tinggal – sekadar memenuhi)
ii. Sunat – Keperluan sangat perlu tetapi masih boleh ditangguhkan
iii. Harus – Keperluan yang ada atau tiada tidak memberi apa-apa makna (keperluan pelengkap)
iv. Makruh – Keperluan yang lebih baik tidak ada, atau membeli barangan branded walaupun ada yang murah
v. Haram – Keperluan yang kalau dimiliki akan menyusahkan dan membazir, membeli kenderaan dalam suasana tidak mengizinkan, atau membeli melalui pinjaman riba.

Kesemua di atas boleh kemudiannya ditimbangtara dengan kemampuan pendapatan berserta prinsip tidak sehingga boros dan juga tidak sehingga kedekut. Cthnya 1/3 perbelanjaan, 1/3 simpanan dan 1/3 kepada orang tua, kerabat, sedekah dsbnya. Kaedah lain ialah membahagikan perbelanjaan seperti di bawah:

i. Addhouruuriyaat – Keperluan asas yang semestinya dipenuhi

Ini tentunya seperti makanan, minimum, pakaian dan tempat tinggal yang dalam ertikata lain, tanpa semuanya itu, kita tidak boleh hidup. Bagi memenuhi keperluan ini, ianya mestilah mengikut keutamaan perbelanjaan, petunjuk agama dan suasana semasa serta setempat perlu diambilkira. Ini bermaksud apabila makan dan minum, ia mestilah diambil sekadar memenuhi keperluan diri, bukan untuk terlalui kenyang sehingga mendatangkan penyakit atau membazir.

ii. Haajiyaat – Keperluan yang berupa hajat semasa

Kategori ini adalah perbelanjaan sampingan tetapi amat perlu seperti rawatan kesihatan, membeli kenderaan untuk memudahkan pergi dan balik kerja.

iii. Tasiiniyaat/Kamaaliyaat – Keperluan yang menyempurnakan atau pelengkap

Kategori ini ialah pelengkap, iaitu segala yang menyempurnakan kehidupan harian seperti makanan tambahan, perabut, hiasa rumah dan sebagainya.

Pekerjaan di Jalan Allah

i. Wajib – Pekerjaan mencukupi menampung keperluan diri dan keluarga serta membayar hutang (sekadar mencukupi)
ii. Harus – Pekerjaan tambahan bagi memperelokkan dan kebaikan diri (tidak berlebihan)
iii. Sunat – Pekerjaan berlebihan kerana membantu fakir atau melakukan kebaikan kepada masyarakat
iv. Makruh – Pekerjaan bertujuan menghimpun harta kerana bermegah, berlumba banyak harta, berseronok dan bersombong
v. Haram – Pekerjaan yang mengarah kepada perkara dilarang agama, haram dan memudaratkan

Wallahu a‘lam bish-shawab.


20 Petua Murah Rezeki

Oleh :

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah (SWT)

Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)


Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan
hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al- Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat- Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki. Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-
amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Tanda Anak Bijak

Oleh : siti sifir

Bismillah,

Sapelah yang tanak anak bijak ek? Tapi anak bijak ini dia tidak bijak sendiri. Mereka memerlukan tumpuan khusus daripada ibbapa untuk mengembangkan bakat mereka. Oleh itu, perlulah kita ketahui, kita perlu menjadi ibubapa yang penyabar dan penuh kasih sayang untuk membesarkan mereka. Kalau kita tidak mahu bersabar, ini akan menyebabkan kebijakkan mereka itu akan merudum begitu sahaja.

Kadang tu, kecerdikan diorang ni terselindung sbb ibubaoa anggap mereka ini sebagai anak yang pelik. Ingat, anggapan kita mungkin akan menjadi doa.

So, kat sini mari kita sama2 share mcm mana tandanya anak bijak itu :

* Dari bayi - selepas bbrp hari dilahirkan, dia dah menunjukkan sifat ingin berbual dan bila kita tinggalkan dia, dia akan menangis sebab bosan. Ha ha...ini tanda budak bijak okeh, jangan kata anak kecil ini mengada2 takleh nak tinggalkan. But still dia punya masa tidur lebih banyak (walaupun kurang berbanding bayi lain) dari berjaga jadi bersabarlah sementara dia tengah berjaga tu. Ini selalunya berlanjutan sehingga usia dua tahun.

# Perkembangan diri yang cepat seperti merangkak, berjalan, berlari, bercakap - apabila dia pandai bergerak sendiri semua benda akan dicapai dan disentuh. Malah mereka akan jadi mcm James Bond untuk menyiasat apakah benda yang dipegang itu.

# Kreatif - perhatikan cara mereka bermain, adakah mereka akan buat apa yang tidak kita ajarkan?

# Menonjolkan bakat kepimpinan - mereka selalu menjadi ketua dalam apa yang mereka main bersama rakan2 lain

# Cepat memahami - bila kita cakap dia mudah faham, malah bila diminta kita bacakan buku cerita, walaupun tanpa penerangan yang lebih lengkap mereka akan kata "Oooo...."

# Ingatan tajam - bila diajarkan doa, zikir dan lagu WonderPet mereka akan menghafalnya dengan cepat

* Sikap buruk - nobody is perfect but somebody is prefect . Kadangkala dia cepat membaca tapi bab menulis lambat pula. Jadi mungkin dia akan keliru dengan keadaan ini.

Peranan ibubapa

* Memberi sokongan - selalulah sokong anak anda dalam apa yang dia ingin pelajari setiap hari

* Sabar - owh, memang kena sabar sebab mereka ini kurang tidur dan ada-aja-yang- nak-dibuat- main. Jangan jadi Tarzan macam saya

* Beri lain jenis permainan setiap hari - permainan itu barangkali kotak kosong, kertas kosong, kertas surat khabar dan lain-lain, kita mesti lebih kreatif berbanding mereka.


*Contest saya sudah tamat...saya akan bagi tau pemenang sikit masa lagi no...

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
siti sifir



Bersedia Ramadan datang lagi

Email oleh : hazlan hj. mohammad
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON


RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik.

Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya. Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat.

Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ini bermakna, kita perlu menumpukan kepada usaha mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah dan bukannya berlumba-lumba membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Perkara kedua ialah kita perlu bersedia daripada segi fizikal, mental dan material bagi meraih bonus yang tidak terhingga di bulan Ramadan. Umat Islam disaran menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat berpuasa di siang hari.

Mereka juga perlu bersedia daripada segi mental untuk melawan nafsu tidur, makan dan keinginan lain yang boleh mengurangkan pahala ketika berpuasa.

Begitu juga seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad bersabda: Barang siapa yang memberi iftar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.

Ketiga, kita perlu berazam untuk tingkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi ibadat puasa. Ini bermakna, kita perlu berazam untuk meningkatkan kualiti puasa. Ia boleh dilakukan dengan tidak membataskan puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat juga turut dilaksanakan.

Keempat, kita perlu berazam untuk diberi peluang beribadat di malam Lailatulqadar. Ia adalah malam kemuliaan yang datang sekali setahun. Malam yang pahala beribadah padanya menyamai 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Justeru setiap individu Muslim perlu mempersiap diri untuk menjejaki malam itu.

Dan yang kelima, kita perlu sentiasa berharap dan berdoa agar ibadah puasa diterima oleh Allah. Setiap umat Islam perlu menaruh harapan tinggi agar puasanya diterima.

Oleh itu, kita digalakkan memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf di masjid dan sebagainya bagi menampung kecacatan dan kekurangan ketika berpuasa.

Akhirnya diperingatkan juga agar sesiapa yang masih berhutang puasa agar segera mengqada puasa berkenaan. Kegagalan melunaskannya kemungkinan menyebabkan seseorang dinafikan daripada berbagai-bagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah SWT di bulan Ramadan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru

CERAMAH KHAIRY ANTI PENGKHIANAT CUKUP GEMPAQ

Oleh : Ahmad Sukri

Semalam ana kat Sungai Petani, dengar Forum Perdana bertajuk Manisnya Ramadhan. Antara VIP yang hadir adalah Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Parlimen Merbok. Antara adegan-adegan lawak kat situ ialah kesasulan atau kesilapan pengerusi forum dan pak imam menyebut kawasan yang diwakili oleh ahli-ahli Parlimen tersebut.
Contohnya masa pengerusi forum menyebut Dato' Johari Abdul Ahli Parlimen Merbok (sepatutnya Sungai Petani) Dato Jo terus berpaling kat Ahli Parlimen Merbok sambil buat muka macam beruk- macam tak puas hati! Begitu juga teguran dan nasihat yang diberikan oleh Dato Sheikh Hamid Tahir seorang Ulamak Terkenal di Kedah mengenai perangai ahli politik apabila musim pilihanraya dengan musim selepas pilihanraya.

KHAIRY JAMALUDIN BERUCAP PANAS

Khairy Jamaludin dengan marah lagi bengis telah memberi amaran kepada pengkhianat dan bakal pengkhianat.

Ucapan Khairy ini telah didengar dengan kyusuk lagi tawaduk oleh ratusan kerusi yang dibawa hadir. dalam sesi ceramah politik bertajuk ' Pakatan Retak Menanti Belah' telah diadakan di Perkarangan Tadika Kemas, Jalan Rajawali 6/6 Seksyen 6 Shah Alam.

Dalam ucapannya Khairy telah memberi contoh bahawa orang yang khianat adalah orang yang bermimpi siang dan malam untuk mendapat kuasa.

Apabila ditanya wartawan apakah yang bermimpi ini ialah mereka yang tidor siang dan malam seperti Abdullah Badawi - Khairy terus mengatakan bahawa Abdullah Badawi bukan tidor tetapi mengigau kah kah kah

KERUSI JEMPUTAN YANG SEDANG MENDENGAR UCAPAN KHAIRY

hi hi hiiiiiiiiii kerusii je yg dengar ceramah, orangye mane??? halimunan ke? invisible man?

BN-PAS 'bertempur' di Permatang Pasir

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS, Salleh Man - yang mempertahankan kerusi tersebut - dengan calon BN, Rohaizat Othman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan tetapi menolaknya dan mengumumkan pencalonan Salleh dan Rohaizat diterima.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya..

Rohaizat tiba pada kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Jalil; Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon dan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

Manakala calon PAS, Salleh Man pula tiba kira-kira jam 8.35 pagi bersama para pemimpin parti tersebut dan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 8.45 pagi. Turut kelihatan ialah setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan naib presiden, Salahuddin Ayub.

Turut hadir ialah menteri besar Perak dari Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.

Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas.

Sementara itu, rmai pegawai polis dan petugas media memakai penutup hidung dan mulut. Penyokong PAS memakainya yang memaparkan tulisan 'PAS untuk semua”.

Pegawai kementerian kesihatan mengedarkan secara percuma penutup hidung dan mulut itu kepada orang ramai di pintu masuk ke pusat penamaan calon itu.

Manakala calon bebas, Kamarul Ramizu Idris, yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, tetapi menarik dari pada saat-saat akhir.

Beliau tiga di pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.55 pagi tetapi tidak menyerang borang pencalonan.

Kamarul mendakwa beliau tersalah jalan dan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dan oleh itu tidak mempunyai yang mencukupi untuk menyerah borang pencalonan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit.

Sementara itu, pihak pembangkang sekali lagi membangkitkan isu mengenai status Rohaizat sebagai peguam ekoran laporan bahawa beliau tidak dilucut dari senarai oleh Majlis Peguam kerana didakwa menyalahgunakan wang pelanggan.

Pengarah biro pilihanraya PKR yang ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata Rohaizat perlu memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Jika dakwaan itu benar, katanya, maka apakah jaminan perkara yang sama tidak akan berlaku dengan wang rakyat jika Rohaizat terpilih.

Rohaizat, 38, dilaporkan berkata kes itu bukan satu isu.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, menjadi tanggungjawab calon BN itu untuk menjelaskan kedudukannya sekarang sebagai seorang peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata proses penamaan calon berjalan lancar dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

MalaysiaKini/-



H1N1: 64 mati, jumlah kes 4,225

Wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes.


Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

MalaysiaKini/-

KJ Nampak 'Hantu' Di Permatang Pasir

oleh : http://amkj.blogspot.com

Ketua Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini pimpinan Umno sering menyalahkan Pakatan Rakyat dan mendakwa pengundi hantu tidak pernah wujud. Tidak mustahil Pemuda Umno akan menahan bas-bas yang masuk ke Permatang Pasir pada 25hb Ogos nanti.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya .

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu. "Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

PM diminta beri tumpuan utama kepada H1N1

Email Oleh : newsforwarder®™
from Mahfuz Omar by MahfuzOmar


Meminta Perdana Menteri memberi tumpuan utama kepada isu H1N1 yang semalam telah meragut 9 nyawa bukannya merampas Selangor.

“Slogan Rakyat didahulukan tidak dilaksanakan bahkan Dato’ Najib lebih menumpukan kepada isu merampas Kerajaan Selangor daripada pakatan Rakyat.

“Untuk merampas Selangor lebih baik Dato’ Najib tunggu pilihanraya umum akan datang, dan sekarang adalah masa untuk menyelesaikan masalah rakyat,”

Saya mencadangkan agar Parlimen mengadakan satu persidangan khas bagi membincangkan wabak Influenza A(H1N1) yang disifatkannya sudah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara berikutan kematian 38 orang setakat ini.

Sebuah jawatankuasa keselamatan negara hendaklah diwujudkan dengan segera agar langkahlangkah pencegahan yang lebih serius dapat diambil. Katanya pemeriksaan dan kawalan ketat perlu dilakukan terhadap pelancong asing yang masuk ke negara ini selain rakyat negara ini yang baru pulang dari luar negara, khususnya mereka yang datang dari negara yang dikenal pasti menjadi punca wabak merebak.

“Kuarantin harus diperketatkan seperti di Mexico di mana seseorang yang dijangkiti penyakit itu dikuarantinkan dengan ketat, dan mereka berjaya mengawal situasi ini daripada menjadi lebih teruk,”

Terkini Permatang Pasir

Dikemaskini 11.45- PAS lwn BN. Dua penjuru. Itu pengumuman rasmi oleh SPR sebentar tadi. Sungguhpun terdapat 15 bantahan terhadap kedua-dua calon, namun SPR memutuskan calon PAS Ustaz Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman layak bertanding pada 25 Ogos depan.

11.30 pagi

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.

Dikemaskini 10.55 pagi Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan.

10.20 pagi

Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.05 pagi

Suasana sekitar penamaan calon hari ini, diwarnai dengan pemakaian topeng 'H1N1' oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong kedua-dua parti - PAS dan Barisan Nasional bagi mengelak angkitan wabak influenza A itu.

Ini termasuklah para petugas terdiri daripada anggota pasukan keselamatan, kakitangan pilihan raya dan pengamal media juga mengenakan topeng perlindungan pernafasan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof semalam meminta semua parti yang bertanding mengawal penyokong iringan bagi mengawal ketenteraman dan mengelak jangkitan wabak itu..

HarakahDaily.Net/-

Tutup aurat tak boleh masuk kolam

Oleh : mohd naim mohd zain

SEORANG model, Meccaa Laalaa menunjukkan pakaian mandi burqini dilarang pengendali kolam renang di Paris.

Mualaf Perancis cabar di mahkamah

PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh.

Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis.

Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka.

Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan.

Kakitangan kolam renang 'mengingatkannya mengenai peraturan di semua kolam renang (awam) yang melarang berpakaian dalam kolam renang," kata Daniel Guillaume, pegawai pentadbiran kolam renang berkenaan.

Akhbar La Parisien berkata, wanita itu yang dikenali dengan nama Carole, adalah warga Perancis yang memeluk Islam dan berhasrat untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.

"Ini adalah satu bentuk pemisahan. Saya akan lawan bagi mengubah keadaan. Jika saya kalah, saya tidak menolak kemungkinan meninggalkan Perancis," akhbar itu memetiknya. Akhbar juga menyiarkan gambar wanita itu memakai 'burqini' yang dibelinya ketika bercuti di Dubai baru-baru ini. - AFP

Gobala cedera bergelut dengan Polis

11.30 - Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan telah cedera dan dibawa oleh ambulan apabila berlakunya pergelutan antara beliau dan pihak polis menyebabkan beliau cedera.

10.55 pagi

Sungguhpun riuh dengan kehadiran penyokong, keadaan sekitar kawasan penamaan calon terkawal dan tenang. Ketika ini wakil kedua-dua parti yang bertanding - PAS dan BN, masing-masing dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN bagi membuat semakan dan bantahan. Wakil yang dibenarkan lima orang sahaja setiap kumpulan.

Harakahdaily/-

Berita Terkini : Kesihatan ADUN Galas Kelantan

Berita terkini yang tersebar melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan ADUN Galas Kelantan, Chek Hashim bin Sulaima meninggal dunia adalah tidak benar.

Setakat berita ini diterbitkan saya telah menerima pengesahan daripada Ketua Penerangan PAS Kelantan , YB Baihaki mengatakan dia baru sahaja menghubungi ADUN Melor Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh sebagaimana berkata Chek Hashim cuma dipindahkan ke hospital yang lain di Guanzhou, China tempat beliau di rawat.

Oleh itu, berita yang tersebar mengenai kematian beliau setakat ini adalah tidak benar.




Hanya BN, PAS serah borang

SATU LAWAN SATU.... Calon PAS, Salleh Man (kiri) bersalaman dengan calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman (kanan) selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangam Negeri (DUN) Permatang Pasir dijangka menyaksikan saingan satu lawan satu apabila hanya BN dan PAS yang menyerahkan borang penamaan calon.

Status mereka akan diketahui sekitar 11.30 pagi.

Tempoh serah borang ditutup pukul 10 pagi tadi dan kini sesi bantahan berlangsung.

BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man.

Bagaimanapun pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris yang datang ke pusat penamaan calon sebagaimana dimaklumkan sebelum ini tidak menyerahkan borangnya.

Beliau memasuki dewan penamaan calon pukul 9.56 pagi dan terus ke tandas, bukannya ke kaunter serah borang.

Ia disahkan oleh Kamarul sendiri ketika ditemui wartawan.

mStarOnline/-