17 August 2009

Arak punca pesakit gila, saraf paling ramai di hospital

Email : mohd naim mohd zain
Oleh : Wan Marzuki Wan Ramli


ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit" (riwayat Muslim).

Walaupun begitu, arak tidak terus dilarang serta-merta. Ia mengambil tempoh tiga tahun untuk pengharaman arak secara keseluruhannya. Orang Islam mula bertanyakan perihal arak sebagaimana dinyatakan al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya."

Ayat ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada orang yang kuat iman dan beramal salih untuk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun, larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.

Perjuangan melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya. Pada peringkat awal untuk menghilangkan ketagihan arak peminum arak yang aktif mungkin terkena 'sawan' atau tabiat meracau yang berpanjangan.

Perintah akhir larangan meminum arak diturunkan selepas satu kejadian pada majlis jamuan antara Muhajirin dan Ansar di mana arak menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai mabuk, mereka mula bermegah-megah dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan-ketulan tulang yang terdapat dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk hilang, mereka mula menyesal, insaf dan berasa berdosa atas tindakan mereka itu.

Pada waktu itulah, al-Quran menyatakan bahawa judi dan arak adalah dilarang kepada semua umat Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: " Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu )dari melakukan perbuatan itu)"

Sejak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, orang Islam di seluruh dunia adalah orang yang paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.

Sudah jelas, bahawa sesetengah jenayah yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Kajian ilmiah sama ada dari segi sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan adanya bahaya arak .

Profesor AJ Arberry pula mengatakan: "Peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat penyakit ahmar atau lumpuh. Selain itu seorang yang telah mabuk akibat arak akan hilang pertimbangan akalnya. Secara tidak sedar dia membuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain."

Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam menjelaskan: "Tidak pernah manusia menerima pukulan yang paling hebat seperti pukulan arak. Orang yang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jikalau dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi-pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan arak."

Kebiasaan Yang Indah

By: agussyafii

Ditengah melajunya taksi seorang penumpang menepuk bahu Pak Sopir dengan maksud untuk berhenti. 'Mas, maaf kiri ya?' tanpa disangka sopir taksinya terkejut dan tanpa sengaja menginjak gas. Beruntunglah mereka selamat tidak terjadi kecelakaan apapun.

Setelah taksinya berhenti, Pak sopir mengatakan kepada penumpangnya, 'Pak, lain kali jangan tepuk bahu saya, sungguh pak, saya terkejut.' Kata Pak Sopir dengan wajah pucat.

'Memangnya kenapa Mas?' tanya penumpangnya.

'Masalahnya saya baru malam ini jadi sopir taksi,'jawab Pak Sopir Taksi.

'Memangnya sebelumnya kerja dimana Mas?' tanya penumpangnya kembali.

'Sebelumnya saya sopir mobil jenazah Pak..' Jawab Pak Sopir Taksi yang masih nampak ketakutan.

Begitulah kebiasaan membentuk kepribadian seseorang. Kebiasaan yang baik akan membuat hidup kita menjadi indah. Demikian halnya kebiasaan yang buruk akan membuat hidup kita menjadi penuh kemalangan.

Pembiasaan adalah salah satu cara untuk mendidik diri kita dan juga mendidik anak-anak kita. Begitulah kami, di Rumah Amalia selalu mengajarkan kepada anak-anak Amalia agar berpikir positif, bertutur yang baik sehingga melahirkan tingkah laku yang penuh cinta kasih bagi sesamanya.

Bukankah hidup ini menjadi indah bila kita saling menyayangi?

Wassalam,
agussyafii

Hj Mahfuz : Malaysia tempat ke 9 di dunia kes H1N1!

Email Oleh : newsforwarder®™
from alkerohi by AFRAR YUNUS


Ahli palimen Pokok Sena merangkap Naib Presiden PAS Malaysia, Dato' Hj Mahfuz Omar meminta Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abd Razak meletakkan jawatan kerana tidak tahu apa yang harus diutamakan terutama sekali dalam kes penularan wabak H1N1 di Malaysia.

Mahfuz kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberikan respon terhadap cadangan supaya mengadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak bahaya itu.

Malaysia menduduki tempat ke sembilan (9) di dunia dengan kematian 56 orang setakat ini.

Bagi saya, ianya bukan setakat itu sahaja. Bahkan sangat-sangat memalukan kerana kita mempunyai Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan yang bebal, lambat bertindak dan sangat berahi dengan publisiti murahan di awal penularan kes Influenza A(H1N1).

Jika beginilah cara bertindaknya Kementerian Kesihatan yang sejak dahulu lagi mempunyai cukup banyak masalah, kita khuatir anggaran kematian yang dijangkakan oleh badan kesihatan sedunia bagi Malaysia akan mencapai sasaran 5,000 hingga 28,000 orang.

Rombakan besar-besaran perlu dilakukan terhadap Kementerian yang masih bermenatalitikan penjajah ini. Menteri dan Ketua Pengarahnya perlu meletakkan jawatan.

Cuba bayangkan jika kabinet Malaysia yang dihinggapi penyakit H1N1 ini dan bilangan yang ada tidak sampai 50 orang itu mati, sudah tentu perlu melantik Ahli Parlimen baru membentuk kerajaan Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa bilangan 50 orang itu sudah cukup banyak dan mencerminkan kelesuan pemikiran mereka yang menerajui Kementerian Kesihatan.

Atau, nyawa rakyat biasa sudah tidak berharga bagi Najib, kabinet dan Kementerian Kesihatan berbanding nyawa anak-anak menteri, kerabat di raja dan kroni mereka ?

Jika lain-lain kementerian bertindak secara kementerian kesihatan, cubalah bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat Malaysia apabila Kementerian Pertahanan terkejut dan trauma seperti itu dikala negara ini diserang musuh ?

Tidak lagi Malaysia Boleh! Malaysia hancur !

Puasa perkukuh ikatan silaturahim sesama Islam

Oleh Amran Zakaria

BERBUKA secara jemaah menjadi medan terbaik memperkukuh silaturahim sesama manusia. - Gambar hiasan

Muslim wajib jaga tutur kata, pertingkat tingkah laku baik agar mendapat ganjaran pahala

SEMINGGU lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadan dengan berpuasa, bulan yang penuh barakah. Di mana permulaannya rahmat, manakala pertengahannya pengampunannya dan akhirnya merdeka daripada api neraka. Bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk untuk semua manusia. Bulan yang dibuka Allah SWT pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat semua syaitan.

Bulan kemenangan Islam dalam peperangan Badar dan penaklukan Kota Makkah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Allah berfirman, Setiap amalan anak Adam adalah untuk-Nya melainkan puasa, sesungguhnya ia untukKu dan Akulah yang akan memberi ganjarannya, puasa itu adalah perisai. Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar. Jika seseorang mencacimu katakanlah kepadanya: "Saya berpuasa, saya berpuasa. Demi tuhan yang diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan yang akan diraikannya, ia gembira ketika berbuka dan apabila bertemu Tuhannya ia bergembira dengan berpuasanya" . (Riwayat Al-Bahari).

Sepanjang Ramadan kita dapati ikatan ukhwah di kalangan umat Islam amat kukuh melalui rasa bertanggungjawab dan sifat ambil tahu dengan menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan melampaui batasan geografi.

Puasa juga dilihat berkeupayaan merapatkan hubungan sesama insan, bukan hanya hubungan dalam kekeluargaan semata-mata. Persaudaraan yang kukuh mampu dibina apabila seseorang itu dapat mengawal tutur kata, tingkah laku, perbuatan untuk diberi perhatian agar ibadat puasa tidak menjadi sia-sia daripada mendapat ganjaran pahala.

Secara amalannya, ibadat puasa berupaya membentuk satu sistem pendidikan dan latihan bagi mendekatkan diri kepada Allah , ia bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga, tetapi ia meliputi seluruh anggota tubuh badan seperti mata, telinga, mulut dan lain-lain anggota yang perlu dilatih dan dibentuk untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Selain daripada itu puasa berkeupayaan membina kesihatan yang lebih teratur, terurus dan mantap. Daripada aspek kesihatan, semua disebut itu adalah perkara asas bagi menjamin tahap kesihatan jasmani dan rohani seseorang.

Puasa melatih manusia supaya tidak gelojoh apabila menjamu selera terutama sekali ketika berbuka puasa, memilih makanan yang berzat seperti manisan dan makan hanya sekadar membina kekuatan untuk melaksanakan ibadat.

Dalam konteks berpuasa, seseorang itu dituntut mengawal perasaan marah dan banyak bersabar serta mengamal sikap bertolak ansur. Setiap individu digalak membabitkan diri dengan pelbagai aktiviti berunsur amalan ibadat, seperti bertarawih dan bertahajud. Ketika berbuka puasa dan bersahur, ahli keluarga berpeluang berinteraksi antara satu sama lain secara produktif.

Kepada yang mudah hilang kawalan diri, seperti cepat marah dan menjadi panas baran, inilah bulannya untuk bertukar sikap bagi menjadi individu lembut hati dan penyayang. Rasulullah SAW bersabda, "Ramadan adalah bulan kesabaran. Justeru, semestinya Ramadan dijadikan bulan untuk mendisiplinkan diri supaya sahsiah dan personaliti kita menjadi lebih sempurna apabila tiba Syawal. Oleh itu, perlu diingat dalam kita beramal ibadah terutama dalam menyediakan jamuan dan menghulurkan sedekah atau apa-apa juga pemberian janganlah timbul perasaan di dalam hati untuk menunjuk-nunjuk atau ingin membanggakan diri kerana perbuatan sedemikian dilarang dan dimurkai oleh Allah SWT, bahkan boleh menyebabkan amalan yang kita lakukan itu menjadi sia-sia.

Peliharalah kesucian Ramadan dengan melaksanakan ibadat puasa disamping menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurang dan merosakkan ibadat puasa kita seperti mengumpat, bercakap bohong, melakukan perkara yang sia-sia, melihat perkara yang memberangsangkan nafsu syahwat, mendengar ucapan yang kotor dan keji, bertengkar sesama insan yang membawa kepada perkelahian dan perbalahan serta apa juga perbuatan atau amalan yang membawa dan mendorong kepada kejahatan, perbuatan yang keji dan dosa.

Pastikan diri kita tidak meninggalkan kewajipan puasa Ramadan sebaliknya orang yang meninggalkan kewajipan puasa Ramadan tanpa sebab dan alasan, ingatlah pesanan Rasulullah SAW, "Rugilah seseorang yang datang kepadanya Ramadan, dia membiarkannya berlalu begitu saja sebelum dosanya diampunkan". ( Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islami (DAMAI)

Penamaan calon DUN Permatang Pasir pagi ini, saingan mungkin 3 penjuru

BUKIT MERTAJAM: Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir - yang diadakan dalam tempoh singkat sejak wujudnya kekosongan - berlangsung pagi ini dengan saingan dijangka melibatkan tiga penjuru.

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil yang kelapan sejak Mac 2008 ini bermula 9 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia untuk melangsungkan proses penamaan calon dengan kawalan keselamatan pihak polis.

Proses penamaan calon berlangsung di sebalik beberapa pendekatan baru diperkenalkan dan keseriusan jangkitan wabak influenza A(H1N1).

Semalam Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua parti yang bertanding agak mengawal penyokong iringan bagi mengawal ketenteraman awal dan mengelak jangkitan.

Seperti lazimnya parti-parti utama sudah mengumumkan calon masing-masing. Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh Rohaizat Othman, 38, yang juga peguam syarie adalah calon BN.

Calon Pas pula ialah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohd Salleh Man, 52.

Calon Bebas mungkin bertanding ialah Kamarul Ramizu Idris yang bertanding di Bukit Gantang dan Penanti.

Kerusi Permatang Pasir itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai akibat sakit jantung

Dalam pada itu, beberapa jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Isnin ini mulai pukul 6 pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Wari Kiew sebelum ini berkata, langkah itu bagi melancarkan proses penamaan calon yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

Jalan yang ditutup adalah Jalan Berapit di hadapan perkuburan cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang.

Kenderaan yang datang dari arah pekan Bukit Mertajam atau Bandar Perda dilencong ke Jalan Abdul Kadir atau Jalan Tok Elong ke Jalan Tanah Liat, Kubang Semang dan Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE).

"Kenderaan dari arah Kulim atau BKE pula akan dilencongkan di simpang tiga Jalan Mengkuang/Jalan Berapit ke Jalan Mengkuang arah ke Kulim bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan IKBN itu," kata beliau.

Tiga kawasan khas disediakan berhampiran IKBN untuk meletak kenderaan yang jaraknya antara 600 meter dan 1.4 kilometer dari pusat penamaan calon.

Mstar/-

Nik Aziz, Hadi, Anwar dan Guan Eng iringi calon PAS

PERMATANG PAUH, 17 Ogos: Hari pernamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pasir pagi ini. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara pimpinan utama Pakatan yang dijangka akan mengiringi calon PAS Ustaz Saleh Man .

Selain mereka, kesemua pemimpin PAS di peringkat pusat yang lain di samping para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan hadir perarakan calon tersebut.

Majlis esok akan bermula jam 7.45 pagi di mana kesemua penyokong Pakatan Rakyat diminta berkumpul di Simpang Tiga Berapit sebelum berarak ke Jalan Mengkuang.

Penempatan itu adalah seperti yang dipersetujui pada perbincangan antara wakil-wakil calon bertanding dengan pihak polis. Manakala pusat penamaan calon adalah dewan Institut Kemahiran Belia Negara IKBN Bukit Mertajam.

Setiausaha PAS kawasan Permatang Pauh Ahmad Kamal Bin Ahmad ketika ditemui memberitahu, PAS negeri itu menganggarkan lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat akan hadir .

Beliau turut memberi jaminan perhimpunan juga akan berlangsung aman. Bagaimanapun bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini, 300 petugas Unit Amal akan ditempatkan mengawal keadaan.

Semalam Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Wari Kiew memberitahu, dua jalan utama ke pusat penamaan ditutup kepada lalulintas iaitu Jalan Berapit di hadapan perkuburan Cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang mulai pukul 6 pagi hingga 3 petang .

Sehubungan itu kesemua penyokong Pakatan Rakyat diminta merancang perjalanan dan mengikut arahan pucuk pimpinan.

Ruj : Harakahdaily.

Santai bloggers Pas Perak jalinan ukhuwwah

http://ajijoi.blogspot.com/


GOPENG (15.08.09): Perjumpaan santai bloggers Pas Perak berlangsung dengan jayanya di Hannifa Kem (Kebun Pak Kholil), Jahang Gopeng.

Program yang bermula jam 3 petang itu telah berjaya mengumpulkan melebihi 30 orang bloggers di Perak. Perkenalan mesra di antara bloggers yang selama ini hanya mengenali antara satu sama lain melalui nama-nama samaran dilaman maya mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka.

Laman bloggers yang hadir pada hari ini.

Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs Khalil Idham Lim mengalu-alukan bloggers yang hadir.

Mungkin ramai lagi bloggers Pas di luar sana yang tidak dapat hadir hari ini. Yang tersesat mencari tempat ini pun ada juga agaknya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussein sempat meluangkan masa menghadiri seterusnya memberikan sedikit tazkirah dan taklimat kepada bloggers yang hadir.

Perjumpaan santai bloggers Pas ini hanyalah sebagai permulaan untuk mengumpulkan seberapa ramai bloggers untuk diaktifkan semula blog induk Perakini.

Bloggers muslimat yang aktif membawakan dakwah dan info.

Penulis blog sama juga dengan penyair zaman dahulu. Tulisan anda dapat memberikan maklumat terkini kepada orang ramai dan juga membawa dakwah kepada pembaca. Jika ada terdapat komen yang baik daripada orang-orang umno ataupun yang bukan ahli, tak salah untuk siarkan untuk dikongsi bersama.

Setiap penulisan biarlah berhemah sesuai dengan imej Pas. Dapatkan maklumat yang pasti dan jelas sebelum memberikan apa-apa komen tentang sesuatu isu. Selitkan ayat-ayat al-Quran dan juga hadis Nabi bagi menguatkan hujah tulisan anda.

Semuanya terpegun mendengar taklimat daripada Ust Bakar.

Syoknya dengar Ust Bakar bagi pengisian. Memang berbaloi-baloi ana datang hari ni.

Ana punya blog diambang 5 juta klik. Dalam hutan pun ana boleh update blog. Bubar dun nanti boleh hit 10 juta agaknya.

Anaksengat antara yang menjayakan santai ini. Tahniah kerana kelahiran anak kelima malam tadi. Tambah lagi seorang blogger pas.

Nak taaruf jugak ke? Sapa yang tak kenal saya? Blogger paling digeruni umno.

Macam kumpulan dikir barat pulak. Blogger pas bagan datuk tengah perkenalkan diri.

Hello...hello. Ya. Sekarang ni semangatbesi tengah taaruf dirinya. Ya. Ramai kat sini. Penuh. Ya. Ya. PJ pun ada sama. Ok. Nanti call lagi. Ok. Ok. Bye. (jangan tengok yang depan ni, tu..yang tengah cakap telefon tutup mulut tu. tapi dia bukannya sb)

Blogger anakmuallaf ni peramah orangnya.

Ummianni ni nak perkenalkan diri ke atau mempertahankan diri? Dengan gaya cekak pinggangnya, memang gerun umno tengok. Ataupun sebab cik abang tu tengah zoom tangkap gambar dia kot?

Menulis blog samalah seperti kita bercakap. Nabi bersabda, berdiam diri adalah lebih baik daripada berkata yang sia-sia. Jadi, menulis blog hanya bila perlu ataupun bila ada maklumat yang hendak disampaikan. Jika tiada perkara yang perlu, tak perlulah menulis blog hanya sekadar suka-suka dan bagaikan terpaksa. Selarikan tulisan anda dan tumpukan satu-satu isu yang hangat pada satu masa untuk menjawab tuduhan dan fitnah musuh terhadap pimpinan dan parti kita. Jika boleh, selitkan tulisan didalam bahasa Inggeris untuk menarik dan memberi maklumat tentang Pas dan Islam kepada pembaca bangsa lain.

Sebaldi langsat, Alhusseyn sorang je balun

Mandi sungai, sudah...makan durian dan langsat, sudah...apa lagi yang belum? oh ye, tidur...zzzzz

Kopek durian pakai tangan je...semangat besi le katakan

Nah! Mike ambik yang ni. Makan pueh-pueh. Nak lagi kabo. Sebakui ada lagi tu

Banyak lagi buah durian tu weh. Habih ni kang, teman balun yang sana punya pulak


ISLAM DI SINGAPURA

Saya diminta memberi pandangan mengenai tulisan dibawah...

ISLAM DI SINGAPURA
Ditulis Oleh Ahmad Mohamad Said/Email : Muhamad Al Hafiz
Friday, 02 June 2006

Jikalau Willoughby mencatatkan Muslim Vietnam dan Kampuchea sebagai most forgotten Muslim peoples, Muslim Singapura mungkin berada dalam keadaan yang lebih baik, namun masih boleh dianggap sebagai forgotten Muslims. Malahan, mungkin dalam konteks Melayu rantau ini sebagai forgotten Malays. Di tengah-tengah ‘Lautan Melayu’, Singapura bukan lagi ‘Pulau Melayu’ atau di tengah-tengah ‘Lautan Muslim’, Singapura bukan lagi ‘Pulau Muslim’. Ironisnya semua ini berlaku dalam pasang surut dan gelombang sejarah Melayu-Muslim, dan kini ibarat duri dalam daging, ia sentiasa menusuk-nusuk hingga menikam jantung hati, melainkan memang kita sudah tidak menyimpan perasaan lagi!

Dalam konteks sejarah rantau ini, memang sudah lama kita semua terpaksa berputih mata; dan dalam konteks Tanah Melayu/Malaysia pula, kita bukan sahaja telah berputih mata, malahan agaknya kita telah membelah hati dan memisahkannya kepada dua secara tuntas. Bagi kita Melayu-Muslim Singapura seolah-olahnya telah menjadi semacam saudara jauh, malahan mungkin orang asing dan justru itu hampir sahaja ataupun memang telah dilupakan!

Sorotan Sejarah

Pada tahun 1826 Inggeris telah menggabungkan Singapura dengan Pulau Pinang dan Melaka serta mewujudkan pemerintahan Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1867 pula Singapura telah dijadikan tanah jajahan Inggeris, dan Inggeris terus berkuasa hingga 1963 (kecuali zaman Jepun) apabila Singapura diberikan kemerdekaan melalui Malaysia.

Namun Singapura hanya berada selama dua tahun dalam persekutuan Malaysia, dan pada tahun 1965 ia telahpun keluar atau dikeluarkan dan menjadi sebuah negara yang berasingan. Semenjak merdeka Singapura telah berada di bawah parti PAP (ditubuhkan 1954 dan menang pilihanraya pertama 1959) bawah Lee Kuan Yew. Beliau menjadi Perdana Menteri semenjak 1959 dan berhenti pada tahun 1990. Namun beliau terus memainkan peranan sebagai Senior Minister hingga tahun 2004 dan Minister Mentor semenjak itu. Apa kata Lee Kuan Yew selepas sahaja Singapura berpisah dari Malaysia: Kita hidup di tengah-tengah lautan orang Melayu. Andainya lautan ini bertukar menjadi gelombang, dan gelombang itu bergerak memukul pulau ini, dan jika kita tidak kuat kita akan ditenggelami oleh lautan itu!

Persoalannya: Kepada siapa mesej ini ditujukan? Yang pastinya mesej itu bukan ditujukan kepada penduduk Melayu Singapura kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada ‘lautan Melayu’, lautan yang berkemungkinan bergabung menjadi gelombang. Dengan kata lain ia merupakan ingatan, amaran dan ancaman kepada penduduk Singapura bukan Melayu. Bagi Kerajaan Singapura/Lee Kuan Yew, ‘lautan’ ini mesti dikawal agar ia tidak berpotensi menjadi gelombang, dan mungkin kalau berair sekalipun ia hanya merupakan kolam (kolam renang? kolam ikan?).

Sesungguhnya apa yang tersurat, yang terang lagi nyata, dan yang tersirat, yang juga terang lagi nyata, kenyataan ini menjadi asas kepada pembentukan dasar dan sikap Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura. Model survival negara Singapura adalah persis sama, malahan mencontohi model Israel, iaitu model confrontational. Bezanya ialah ia tidak bersifat militer. Demikianlah bentuk dan pola perhubungannya dengan jiran Melayu-Muslim dan dengan penduduk Melayu-Muslim Singapura.

Penduduk

Pada tahun 1819 hampir semua penduduk, kecuali beberapa orang Cina, terdiri daripada Melayu -Muslim. Pada tahun 1824, daripada 10,000 ke 11,000 penduduk, peratus Melayu -Muslim telah menurun menjadi kurang daripada 50% dan Cina telah meningkat kepada sepertiga. Dengan kemajuan ekonomi lebih ramai lagi orang Cina datang ke Singapura menyebabkan peratusannya terus meningkat, manakala peratusan Melayu-Muslim terus merosot.

Menurut CIA World Factbook: July 2005 penduduk Singapura berjumlah 4,425,720. Berdasarkan Banci 2000, 76.8 % ialah Cina, 13.9% Melayu, 7.9% India dan 1.4% Lain-lain. Dari segi agama pula banci yang sama mencatatkan peratusan Muslim sebanyak 14.9% (termasuk Muslim bukan Melayu). Justeru jumlah Melayu-Muslim ialah seramai 615,175 dan jumlah keseluruhan Muslim ialah 659,432.

Kerajaan Singapura Dan Islam

Pada zaman penjajahan Inggeris, Singapura ditadbirkan sepenuhnya oleh Inggeris, dan penjajah tidak masuk dalam urusan agama. Muslim Singapura, sama ada Melayu atau lain-lain, menguruskan hal ehwal agama, membina masjid dan surau, dan juga menyediakan pendidikan agama.

Selepas merdeka Perlembagaan negara Singapura, Part XIII, General Provisions, Minorities, Special Position of Malays, Section 152, mencatatkan:

The government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays, who are the indigeneous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

Menurut peruntukan ini, kerajaan bertanggungjawab melindungi, menjaga, membantu, memupuk dan menggalakkan agama. Kerajaan menubuhkan MUIS (Majlis Agama Islam Singapura), justeru MUIS merupakan badan kerajaan, dibiayai dan diuruskan oleh kakitangan kerajaan. Ini bermakna ia tertakluk sepenuhnya kepada wawasan, misi dan dasar-dasar kerajaan.

MUIS menguruskan masjid dan kini terdapat 70 buah semuanya dan madrasah/sekolah agama.

Menurut Iqbal Fatagar (Islam Online,Singapore): The strong People’s Action Party (PAP) of Chief Minister Lee Kuan Yew has tight control on the Muslim organizations it helps set up and even lays down the rules to be followed by the organizations…MUIS has played a major role in securing the integration of the Muslims in the secular society. It has helped repress political Islam, but it has not prevented the Muslims from rejecting the absolute secularism preached by the regime.

Walaupun terdapat peruntukan perlembagaan untuk melindungi agama orang Melayu, Muslim tidak bebas mengamalkan agama mereka. Dalam rencana Assessment for Malays in Singapore dicatatkan: The Malays face restrictions on the practice of their religion and the celebration of group holidays.

Selepas peristiwa 11 September Kerajaan Singapura telah mengetatkan lagi kawalan ke atas MUIS, masjid, sekolah agama dan ke atas semua Muslim Singapura. Yang jelas sekali ialah Singapura merupakan negara sahabat Amerika Syarikat yang sangat akrab dan pendokong yang amat setia. Singapura juga bekerja rapat dengan Israel. Singapura menjadi fron untuk menentang JI dan teroris.

Pada September 2002 timbul isu tudung di sekolah nasional. Perdana Menteri Goh Chok Tong dan Kerajaan Singapura mengharamkan pemakaian tudung di sekolah kerana: amalan tersebut boleh mencetuskan perpecahan kaum dan agama dan ramai rakyat republik itu mengambil sikap berwaspada terhadap orang Islam sejak serangan 11 September dan penangkapan 13 lelaki Islam yang disyaki pengganas pada Disember 2001. Pada Disember 2002 pula timbul isu Kerajaan menghadkan bagi enam buah madrasah yang ada kepada 400 pelajar sahaja.

Kerajaan Singapura Dan Muslim

Semenjak 1965 Kerajaan Singapura telah bertindak untuk membendung Melayu-Muslim Singapura dengan menghapuskan kawasan penempatan atau kampong Melayu dan menempatkan mereka dalam kawasan-kawasan perumahan yang tersebar di seluruh Singapura. Kerajaan menetapkan kuota penduduk Melayu –Muslim yang tinggal dalam sesuatu kawasan perumahan. Dalam tesis doktoral Lily Zubaidah Rahim berjudul ‘The Singapore Dilemma’ beliau menegaskan: All these measures undertaken ensure that the Malays, no matter dissatisfied, can never gather enough electoral support to push for their agenda. Dalam konteks Melayu –Muslim dasar Kerajaan Singapura adalah jelas, iaitu pecah perintah atau pecah takluk (divide and rule/divide and conquer) .

Di samping itu, Kerajaan Singapura juga mahu memastikan bahawa peratusan penduduk Cina kekal pada paras 75%. Justeru apabila mereka menghadapi masalah kekurangan kelahiran di kalangan orang Cina, mereka membawa masuk imigran Cina untuk mengekalkan peratusan tersebut. Dalam konteks Melayu dan Muslim, mereka juga mahu mengekalkannya pada paras tersebut. Mereka juga menggalakkan orang asing, bukan orang Melayu, untuk berkahwin dengan wanita Singapura dan memberikan lelaki berkenaan taraf penduduk kekal.Keadaan yang dialami masyarakat Cina Singapura kini turut dialami masyarakat Melayu-Muslim: kadar kelahiran telah berkurangan dan kadar yang kahwin lambat atau yang tidak berkahwin makin bertambah. Sesungguhnya ia merupakan berita baik kepada Kerajaan Singapura.

Dari segi sosioekonomi rencana oleh Wolfgang Holzem/Erwan Shah bertajuk The Malays of Singapore (6 Ogos 2004) mencatatkan: Although very much a part of Singapore’s modernizing society, the Malays conspicuously occupied the bottom rungs of that society..With the lowest level of educational attainment of any ethnic group, the Malays were concentrated at the low end of occupational hierarchy and had average earnings that were 70% of those of Chinese. Kebanyakannya merupakan boroh.

Diskriminasi adalah amat jelas dilakukan oleh Kerajaan dan juga swasta. Malahan Presiden Habibie Indonesia mengatakan negara Singapura bersifat rasis. Dalam tahun-tahun 1960an dan 70an bilangan Melayu dalam polis telah dikurangkan secara drastik. Apabila tentera British meninggalkan Singapura (1970-75), mereka kehilangan jawatan dalam tentera. Tentera Singapura tidak mengutamakan orang Melayu (malahan untuk satu dekad anak-anak Melayu tidak dilibatkan dalam kerahan tenaga/latihan ketenteraan). Tidak ada yang memegang jawatan tinggi. Hal ini berkaitan dengan keselamatan negara dan ternyata Kerajaan Singapura tidak percaya dan meragui kesetiaan orang Melayu.

Lee Kuan Yew membahaskan tentang kesetiaan Melayu-Muslim Singapura pada November/Disember 1986. Beliau mengatakan bancian yang dibuat sebelum dan sesudah kedatangan Presiden Israel Chiam Herzog ke Singapura menunjukkan jumlah yang tidak bersetuju bertambah selepas kunjungan tersebut. LKY menyatakan: ..in certain circumstances, the Malay Singaporean react with the emphasis on Malay/Muslim rather than Singaporean.

Anaknya Lee Hsien Loong menegaskan (Februari 1987): ..Malays do not hold sensitive positions in the armed forces…no Malay fighter pilots, for example, because of their religion might conflict with their duty to Singapore. Dalam konteks yang sama akhbar Straits Times, Singapore bertarikh 9 September, 1999 melaporkan: If for instance, you put a Malay officer who’s very religious and who has family ties in Malaysia, in charge of a machine gun unit, that’s very tricky business.

Syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga Cina pula mengutamakan orang lain daripada orang Melayu. Mereka meletakkan pelbagai syarat, dan yang terutama ialah bahasa Cina.

Melayu-Muslim Singapura juga ketinggalan dalam bidang pendidikan. Misalnya pada tahun 1980, siswazah Melayu ialah kira-kira 1.5% dan penuntut di peringkat pendidikan tinggi sekitar 2.5% sahaja. Walaupun pada masa kini keadaan telah bertambah baik, namun berbanding dengan kaum-kaum lain, mereka masih jauh ketinggalan. Keadaan ini meletakkan Melayu-Muslim dalam keadaan lemah dan merugikan, lebih-lebih lagi Kerajaan Singapura kini mengamalkan meritokrasi (hak istimewa pribumi hanya tinggal teori dan ilusi!).

Keadaan yang menimpa Melayu-Muslim – berselerak dalam jumlah yang kecil di seluruh pulau Singapura, taraf sosioekonomi pendidikan yang rendah, dan dihimpit oleh roda kehidupan hidup yang sangat pantas dan kompetitif serta kejam - telah melemahkan semangat dan daya juang. Akibatnya mereka ditimpa pelbagai masalah sosial. Kadar jenayah lebih tinggi daripada kumpulan lain dan pada tahun 1987 merupakan 47% daripada penagih dadah heroin.

Respon Melayu-Muslim


Dari segi politik ada orang Melayu yang telah menyertai PAP dan ada yang menang dalam pilihanraya, menyertai parlimen dan ada juga dilantik menjadi menteri untuk menjaga hal ehwal agama Islam. Walaupun mereka boleh membawa suara Melayu Muslim dalam parlimen, tetapi mereka terpaksa akur kepada dasar dan kehendak PAP. Di luar PAP dan di arena politik wujud Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (SMNO) yang turut terlibat dalam pilihan raya. Antara objektif utama SMNO ialah memelihara dan menggalakkan kemajuan Islam.SMNO, tanpa kawasan majoriti Melayu atau kawasan Melayu, sukar untuk meraih kemenangan.

Hasil banci penduduk 1980 menunjukkan keadaan Melayu-Muslim adalah serba teruk. Justeru para pemimpin masyarakat Melayu telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Pendidikan Anak-Anak Islam/MENDAKI pada tahun 1981. Tumpuan ialah kepada tuisyen, biasiswa, menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan memberi anugerah kepada anak-anak Melayu yang berjaya.

Di kalangan profesional Melayu-Muslim pula ditubuhkan Persatuan Profesional Muslim yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kemajuan umat.
Penutup

Cabaran ke atas Melayu dan Muslim di Singapura terus meningkat. Kenyataan bahawa mereka berada di tengah-tengah ’Lautan Orang Melayu’ akan sentiasa menghantui LKY dan konco-konconya, PAP dan Kerajaan Singapura. Di samping itu kenyataan yang tersurat dan tersirat bahawa ’teroris itu Islamis’ akan meningkatkan lagi penghantuan diri pada LKY, konco-konco dan Kerajaan Singapura.

Seterusnya cabaran berada dalam sebuah negara maju, yang bersifat kompetitif dan menekankan meritokrasi, akan terus meningkat hingga menyebabkan jurang perbezaan memacu dengan pantas dan jurang kekecewaan akan menjadi semakin mendalam dan parah.

Mutakhir ini pula, untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan tarikan, Kerajaan Singapura menjdi semakin terbuka dan liberal. Dengan masuknya kasino,kelab topless/separa bogel/bogel dan pelbagai lagi aktiviti maksiat akan menukarkan seluruh lanskap Singapura menjadi sebuah Las Vegas!

Persoalannya: Mampukah Melayu –Muslim/Muslim Singapura, yang diri dan agama terus menerus ditindih dan ditindas, bertahan dan tidak menjadi forgotten Malays and forgotten Muslims?

7 Sunnah Rasullalah SAW yang terbaik….

Muhamad Al Hafiz

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

Kedua:membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Berani tegur pemimpin mereka , Khairy kena nasihatkan ahli UMNO bukannya menyibuk dengan PAS !

"Anggota PAS perlu lebih bertanggungjawab dan berani menegur pemimpin mereka yang dilihat sanggup membenarkan DAP menghina Islam.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa." Itulah kenyataan yang menyebabkan saya rasa mual dan nak termuntah dan menarik minat saya untuk membuat sedikit ulasan.

Pada kenyataan itu dia mendakwa PAS telah mengorbankan prinsip demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara.

Khairy mengeluarkan kenyataan tersebut kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Rompin kelmarin.

Sebenarnya kenyataan ini adalah kenyataan yang akan ditetawakan oleh bukan sahaja kepada penyuokong PAS namun lebih jauh dari iru akan ditertawakan sendiri oleh ahli UMNO, dan lebih jauh dari itu saya beranggapan akan ditertawakan oleh orang bukan Islam.

Saya yakin Non Muslim tahu sangat hati budi mengenai amalan ahli dan pemimpin PAS berbanding dengan UMNO. Siapakah yang mempersendakan Islam dan beranikah ahli UMNO sanggup menegur pemimpin mereka. Realitinya apa yang tidak betul dilakukan oleh pemimpin UMNO turut diikuti oleh golongan dalam UMNO disemua peringkat termasuk yang bergelar mereka yang berlatarbelakang agama.

Berapa ramai kalau ada segelintir pemimpin yang mampu untuk meneguru pemimpin UMNO yang jelas becakap dan beramal dengan perkara yang jelas bertentangan dengan islam termasuk boleh merosakkan aqidah.

Menyibuknya Khairy menegur ahli PAS supaya menegur pemimpin PAS adalah kenyataan yang
tidak mengukur baju dibadan sendiri. Menpuk air didulanfg dan tindakan ludah kelangit. Apa yang beliau katakan adalah untuk UMNO sendiri bukannya PAS.

Kami sangat tahu dengan sikap kami apabila pemimpin PAS termasuklah Tok Guru Nik Aziz yang kononnya tidak menegur kalau ada pemimpi dalam Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR yang non muslim menghina Islam. itupun tidak ada pengesahan ada ada unsur provokasi dari pihak tertentu tanpa bukti yang kukuh.

Yang jelas kata Tok Guru yang dia kesal kalau ada pemimpin yang mengaku Islam tapi mereka menghina Islam, yang saya faham mereka adalah dikalangan UMNO bukannya kami PAS. Kalau pemimpin yang mengaku Islam tapi menghina Islam itulah yang aneh dan ajaib.

Kalau benar ada penghinaan dari bukan Islam saya kira kesan dari peninggalan jahat UMNO dan BN yang mempersendakan Islam dihadapan pemimpin non muslim sesama mereka demi untuk mengekalkan kuasa. Sanggup mereka mempersendakan dan perolokkan Islam.

Selama mereka duduk bersama, selama itu Islam dipersendakan semsana mereka

Permatang Pasir...

SIBUK...Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri sibuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Pulau Pinang, hari ini. Penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu diadakan pada 17 Ogos ini di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Penanti manakala hari pengundian pada 25 Ogos. Setakat ini calon Basian Nasional (BN), Rohaizat Othman dan calon PAS, Mohd Salleh Man akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu. Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman,63, daripada PAS akibat sakit jantung pada 31 Julai lepas.--fotoBERNAMA